Wednesday, October 14, 2009

UMNO dan rakyat Malaysia menghalalkan dan mendewa-dewakan ‘Sang Perasuah’ – Azmin Ali

Tuesday, October 13, 2009
UMNO dan rakyat Malaysia menghalalkan dan mendewa-dewakan ‘Sang Perasuah’ – Azmin Ali

Benarlah kata-kata Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo di dalam blognya, jika ditanya kepada sebahagian pemimpin veteran Umno, penganalisis politik dan pembangkang, pastinya Tan Sri Isa tidak layak menjadi calon.

Dr Mohamad Khir berpendapat, ‘seolah-olah tiada lagi peluang kedua ke atas mereka yang pernah dihukum atas apa kesalahan sekalipun.’ Sedangkan BN memenangi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang kerana "mengutamakan pendapat rakyat" ketika memilih calon.

Azmin Ali menulis di dalam blognya menyatakan, UMNO perlu membuat persiapan awal untuk menghadapi PRU ke 13 dengan menonjolkan barisan calon-calon UMNO di kalangan perasuah kerana itulah ‘cita rasa rakyat Malaysia’.

Dunia hari ini mendapat jawapan yang jelas bahawa UMNO menghalalkan rasuah dan 'rakyat Malaysia mendewa-dewakan Sang Perasuah.'

Azmin juga menulis, UMNO juga tidak perlu sebarang transformasi. Justeru itu, UMNO tidak memerlukan Perhimpunan Agung Khas ( EGM ) untuk meminda perlembagaan bagi membendung gejala dan amalan rasuah yang sudah menjadi barah dalam institusi politik perkauman sempit di Malaysia. Malahan, sebarang usaha untuk melakukan transformasi dalam UMNO adalah usaha yang sia-sia kerana sekurang-kurang pengundi di Bagan Pinang amat selesa dengan UMNO dan pemimpin UMNO yang rasuah.

Begitu marah Azmin dengan kekalahan PRK di Bagan Pinang sehingga mlebelkan ‘rasuah adalah cita rasa rakyat Malaysia’.

Azmin lebih mudah menyebut perkataan ‘rasuah’ untuk melindungi kepincangan ‘pakatan rakyat’ sendiri yang telah begitu banyak berdusta dengan rakyat dengan janji-janji ‘kerajaan kebajikan’ pada PRU ke 12.

Rakyat bukannya buta sentiasa atau pekak tuli selalu, mereka sudah mendengar dan melihat apa yang kerajaan ‘pakatan rakyat’ lakukan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan serambi Mekah Kelantan.

Rakyat sudah mula sedar segala tomahan-tomahan zalim, perompak, perasuah, penjenayah oleh ‘pakatan rakyat’ terhadap kerajaan UMNO-BN sebenarnya telah mencerminkan kepada tindak tanduk pemimpin-pemimpin ‘pakatan rakyat’ sendiri.

Apa, Azmin sudah lupa, bahawa beliau adalah ‘barua nombor 1’ kepada bosnya Anwar menjalankan aktiviti ‘rasuah’ di dalam UMNO dan Kerajaan BN untuk cepat sampai ke puncak politik ?

UMNO dan kerajaan BN sungguh bernasib baik kerana Tun Mahathir pada masa menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO cepat sedar dan mengambil tindakan segera menyikirkan Anwar dan kuncu-kuncunya untuk menyelamatkan UMNO dan Kerajaan Malaysia.

Azmin sama juga dengan pemimpin popular DAP Lim Kit Siang@Ching Peng yang menujah bahawa UMNO dan BN tidak dapat berubah untuk membersihkan negara daripada gejala rasuah.

‘Apa yang tidak dapat dijangkakan, kemenangan Isa dengan 8,013 undi dan majoriti 5,435 undi, menyapu bersih kesemua lapan pusat mengundi – keputusan yang jelas berhubung salah guna kuasa, politik wang dan penipuan undi pos,’ kata Lim di blognya.

Macam mana dengan kerajaan ‘pakatan rakyat’ di Selangor ?

Lim dan Azmin tidak perasan kah macam mana ‘perasuah’ diberi kekebalan oleh kerajaan Selangor, bagaimana ‘salah guna kuasa’ oleh penyangak-penyangak samseng yang sanggup mematikan bukti untuk lari dari tindakan SPRM.

Tetapi Lim dan Azmin lebih memperbesarkan fitnah kepada SPRM dan UMNO sebagai pembunuh.

Adalah wajar rasanya Azmin dan Lim lebih memikirkan bagaimana untuk melaksanakan segala perancangan-perancangan yang ‘pakatan rakyat’ telah janjikan kepada rakyat di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan.

Bersihkan ‘budaya rasuah’ dikalangan pemimpin-pemimpin ‘pakatan rakyat’ dahulu, sebelum menghukum serta mendakwa ‘RASUAH ADALAH CITA RASA RAKYAT MALAYSIA’.




Dicatat oleh YANG GAMBI di 12:11 PM

(sumber;http://yanggambi.blogspot.com/2009/10/umno-dan-rakyat-malaysia-menghalalkan.html)

No comments: