Wednesday, October 7, 2009

Lawak dan sindiran modal kempen Isa Samad...


Lawak dan sindiran modal kempen Isa Samad...

Mengenali Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, beliau juga seorang yang suka melawak. Ada saja modalnya ketika berkempen merintis jalan bagi memenangi kerusi DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Antara lawak beliau adalah pasal pengundi yang ‘ tak sihat’.

Katanya, kalau pengundi Bagan Pinang tidak mengundinya tetapi undi PAS, bermakna orang itu tak sihatlah.

Menurut Mohd Isa, hanya orang tak sihat yang tidak nampak apa yang kerajaan BN sudah buat sejak merdeka.

“Orang tu juga tak sihat kalau dengar cakap PAS yang kata saya tak buat apa-apa dan banyak projek tak siap masa saya jadi Menteri Besar,” ujarnya.

Ketika berucap di Sawah Sunggala malam Isnin, beliau berkata penduduk di situ beruntung kerana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan dan menteri lain termasuk Exco kerajaan negeri datang merayu undi untuk beliau.

“Hebat tuan puan dekat sini. TPM, MB dan Exco datang merayu undi, kalau tak undi saya juga, bermakna tuan puan ada yang tak sihat. Kalau tak sihat, nanti saya doakan supaya sembuh” ujatnya.

Kaedah Isa berkempen bersahaja diselang seli lawak tetapi tutur katanya cukup pedih jika masuk telinga pembangkang.

Dua malam lalu, beliau menggambarkan pemimpin PAS sebagai jin yang datang mengacau di Bagan Pinang.

“Jin ini kita kena semah (buang atau cuci). Lepas pilihanraya jin-jin hilang entah ke mana, masa ada pilihanraya, mereka muncul cakap macam-macam,” kata mantan Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

Malam tadi katanya, orang PAS pun kokok berderai-derai tetapi ekor penuh tahi maka janganlah nak tuduh orang BN atau UMNO semuanya jahat dan buruk.

Malah, PAS juga ujarnya hendak buat kerja Tuhan apabila hendak menentukan syurga dan neraka.

“Kasihan orang Arab tak dapat masuk syurga kerana mereka tak masuk PAS,” sindirnya.

Mohd Isa berkata, rakyat negara ini akan duduk aman tenteram selagi tidak termakan hasutan pembangkang.

Sebelum itu ketika menghadiri sambutan Aidilfitri anjuran Kesatuan Pekerja-Pekerja awam Angkatan Tentera Malaysia (Kesatria) dan Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan Negeri Sembilan di Dewan Orang Ramai Bagan Pinang, beliau menegur kakitangan awam yang menentang kerajaan.

Katanya, kerajaan bukan milik orang politik tetapi penjawat awam yang melaksanakan dasar ditentukan pemimpin politik.

Sebab itu katanya, jika kakitangan awam terlalu mengkritik kerajaan, bermakna mereka kritik diri sendiri.

“Kalau tak sokong kerajaan, macam main bola sepak masuk gol sendirilah,” katanya.

Kritikan ujarnya tidak salah asalkan bertujuan membaiki kelemahan tetapi bukan sehingga menyokong atau mengundi pembangkang dalam pilihanraya.

Menurutnya kerajaan tidak seperti pembangkang yang hanya tahu menyalahkan itu ini.

“Ceramah pembangkang semua senang...dari awal hingga akhir tak cakap benar. Mereka ini bukan gokongan yang bersyukur. Sebab itu, kita jangan salah pilih kerajaan hingga buang yang baik,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang itu menempelak pembangkang yang tiada idea dengan berterusan menyerang peribadinya sejak awal kempen pilihanraya Bagan Pinang.

Katanya, sudah jadi sikap pembangkang yang hanya memandang sesuatu perkara itu betul jika ianya memihak kepada mereka.

Berbaki kira-kira lima hari lagi, Mohd Isa yakin memenangi kerusi DUN Bagan Pinang kerana kempen ‘Jalan-Jalan Cari Undi’ olehnya sudah nampak signal atau cahaya untuk menang.

Walaupun penat kerana banyak program dari awal pagi hingga larut malam, beliau masih gagah dan bersemangat berkempen.

“Badan tak penat tapi mata mengantuklah,” katanya ketika disapa Agendadaily bertanya keadaannya sejak hari penamaan calon Sabtu lalu.- 5/10/09

(sumber;http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_2c43220c-7f000010-6cf97c00-4e920ea)

6 comments:

mudz said...

Kenapa UMNO pilih Isa??

Aku kecewa apabila UMNO memilih Isa, sebahagian keluarga aku menaruh harapan yang tinggi terhadap UMNO, hancur berkecai.

UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan memilih calon yang imej tercemar bermula di Permatang Pasir melarat ke Bagan Pinang.UMNO tidak memperdulikan lagi imej calon asal kemenangan memihak kepadanya.

Walau pun Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh tidak mahu UMNO memilih Isa sebagai calon. Tapi nasihat veteran UMNO ini ditolak mentah dengan alasan kehendak rakyat memilih Isa.

Ujud juga budaya kuno mengugut dari ahli-ahli UMNO sendiri untuk memboikot PRK jika Isa tidak dipilih. Budaya Melayu yang menjejekkan. Begini corak pemikiran Melayu yang dihasilkan oleh UMNO setelah lebih 52 tahun memerintah, setia membabi buta.

Kekalahan demi kekalahan menjadikan UMNO terdesak untuk menang.

Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkan UMNO secara tidak langsung mengiktirafkan politik wang. Walaupun kehendak rakyat menolak politik wang, UMNO lebih mementingkan kemenangan. Jika Isa benar-benar mementingkan masa depan UMNO, dia sepatutnya menolak pencalonan tersebut. Isa lebih mementingkan diri sendiri.


Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkkan sikap kepimpinan DS Najib dan TS Muhyiddin yang lemah dan tidak berani membawa perubahan kepada UMNO. Mereka lebih takut kepada desakan dan kekalahan BN dari masa depan UMNO. Beginikah kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin Malaysia?


Demi masa depan UMNO , saya tidak dapat menerima Isa Samad sebagai calon BN di Bagan Pinang.

Dan saya berharap UMNO dapat dikalahkan lagi di Bagan Pinang supaya UMNO benar-benar dapat menghayati makna perjuangan parti.

melayujantan said...

Mudz!!! jgn buat lawaklah , atau anda memang tak sihat , aku cadangkan pi jumpa pakar sakit jiwa kerana hati dan fikiran anda tu bercelaru semoga boleh nampak lebih jelas . Klu hang nak pangkah PAS pi lah pangkah Parti yg suka sangat menyundal, mengemis , minta simpati , tolerate dgn penghinaan ugamanya...pilah

Anonymous said...

senang ja mudz...

pilih ISA...walaupun ISA dikategorikan "jahat" oleh mudz tetapi parti yg diwakilinya teguh membela umat Melayu..

pilih Zulkifli...walaupun zulkifli dianggap baik oleh mudz tetapi parti dan pakatan yang diwakilinya..ANWAR IBRAHIM akan menghancurkan Islam dan Melayu!!!

Anonymous said...

orang-orang politik juga macam seniman ada peminat dan penyokong.Ada setengah kata filem P.Ramlee tak bangus dan ada yang kata tidak menjemukan. Bila filem ditanyangkan diTV ada yang menonton dan ada yang tidor.sememangnya selera tak sama. kalau dihati memang dah tak mahu undi tak usah salah itu dan ini.anda yang tak mahu undi pun belum tentu bersih dan bagus . Orang tua macam Mahathir dan Tg. Razali pun cakap politik , diaorang pun bukan ikhlas sangat pandangannya tuh. Kalau betullah apa dia kata kenapa dia tak bagi Parlimen Gua Musang pada orang lain rasa.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam,

saudara mudz, kelakarnya bila lihat komen saudara yg sama di semua blog. tak ada idea lain ke? or you are just seeking attention? mcm orang tak cukup perhatian dan kasih sayang aje.banyakkan membaca bahan2 yg ilmiah barulah boleh bagi komen yng bernas2 sikit.- noor