Showing posts with label juara rakyat. Show all posts
Showing posts with label juara rakyat. Show all posts

Sunday, January 17, 2010

Juara Rakyat: Program Juara Rakyat Kembali Dekati Hati Masyarakat




Program Juara Rakyat Kembali Dekati Hati Masyarakat

RAWANG, 9 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan program Juara Rakyat yang menurutnya sebagai tanda Umno menerima isyarat daripada rakyat supaya kembali mendampingi rakyat selepas ditolak pada pilihan raya umum ke-12 lepas.

"Kita pilih Juara Rakyat sebagai tema kita kerana Umno dan rakan dalam Barisan Nasional (BN) dengan segala perasaan rendah diri menerima keputusan pilihan raya umum lepas, yang mana rakyat telah memberi isyarat kepada Umno dan BN.

"Kami dengar dan kami terima bahawa rakyat telah memberi teguran kepada Umno dan BN, teguran itu kami akan hayati bukan saja kami dengar tapi kami insaf bahawa dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat ialah kuasa keramat dan mutlak," katanya.

Program itu dilancarkan penuh meriah apabila lebih 20,000 pengunjung pelbagai peringkat usia dan tanpa mengira kaum membanjiri tapak program di Bandar Bukit Sentosa, dekat sini.

Pelancaran program tiga hari yang bermula pada Jumaat itu turut dihadiri isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin-pemimpin parti komponen BN.

Najib yang juga Presiden Umno berkata pemimpin-pemimpin Umno dan BN tidak boleh lalai, sebaliknya mestilah terus berjuang untuk kepentingan rakyat kerana kedudukan parti pada masa ini adalah semata-mata atas kehendak dan restu rakyat.

"Kita mesti memperlihatkan parti kita melalui segala usaha tindakan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kita di semua peringkat bahawa kitalah merupakan juara kepada aspirasi dan kehendak rakyat di dalam negara kita.

"Justeru itu kita mesti menyusun langkah untuk memperlihatkan hakikat bahawa kita adalah parti yang sentiasa dapat merasai denyutan nadi rakyat melalui pelbagai usaha yang kita lakukan sepanjang masa," katanya.

Beliau berkata Umno sebagai parti tertua di negara ini juga perlu bekerja lebih keras memenangi hati rakyat agar tidak dilupakan dan hanya menjadi kenangan pada masa depan.

Berkongsi cerita pertemuannya dengan Perdana Menteri baru Jepun, Yukio Hatoyama, Najib berkata Umno dan BN wajar mengambil iktibar daripada kejatuhan parti tersohor Jepun, Parti Demokratik Liberal (LDP), kerana parti itu banyak persamaan dengan Umno dari segi peranan mendapat kemerdekaan negara, perjuangan mengisi kemerdekaan serta tempoh pemerintahan.

"Saya tanya Perdana Menteri baru Jepun, Mr Hatoyama tolong bagi tahu saya bagaimana parti saudara telah mengalahkan parti LDP?, jawapannya ringkas sahaja LDP sudah tak lagi dekat di hati rakyat, tidak lagi dapat merasi denyutan nadi rakyat, tak faham apa kehendak dan aspirasi rakyat.

"Bila Hatoyama bagi tahu saya, ayat itu masih terngiang-ngiang di telinga saya sampailah hari ini," katanya sambil menzahirkan harapan supaya semua parti komponen BN meletakkan komitmen yang tinggi untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Najib kemudiannya turut berkongsi cerita tentang bekas wakil Presiden Indonesia Tan Sri Try Sutrisno mengenai kehidupan.

"Dia kata manusia ada pelbagai peringkat, bila pada umur 20 tahun dianggap pada zaman pandang-pandang hidup, pada 30-an dia dikategori pegangan hidup, bila umur 50-an dia masuk kategori perjuangan hidup dan bila berumur 70 tahun ke atas dia masuk kategori kenangan hidup.

"Parti Umno usianya sudah 63 tahun, jangan kita dalam kenangan hidup...kita mesti dalam jiwa muda, semangat kuat, pandang-pandang hidup, pegangan hidup... inilah tema kita Umno, Barisan Nasional Juara Rakyat...jangan nampak tak bermaya, bila kita suruh kerja letih, malas, berat...kalau macam itu dah masuk kategori kenangan hidup," katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Menyindir sikap sesetengah pihak yang suka 'melobi untuk mendapatkan jawatan', Najib berkata mereka, khasnya pemimpin-pemimpin masyarakat sepatutnya memfokuskan usaha mereka dalam membantu rakyat dan tidak hanya bermain politik untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi.

"Jangan berangan-angan sangat, jangan fikir nak jadi wakil rakyat...itu soal kedua, kalau kita buat kerja rakyat suka kita dan pasti (rakyat) boleh menilai kita.

"Ada juga orang yang lobi, kami balik pukul dua pagi pun ada di lapangan terbang...saya dah lama dalam politik, saya tahu bila saya salam pun saya dah dapat tahu dah," katanya.

Sementara itu, pada sidang media kemudiannya, Najib berkata program Juara Rakyat akan dilaksanakan di setiap bahagian Umno di seluruh negara pada setiap bulan mengikut tema tersendiri.

Ini adalah satu cara memastikan parti lebih dekat dengan rakyat dan sentiasa peka terhadap sebarang permasalahan rakyat di peringkat akar umbi, katanya.

Mengulas mengenai kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' yang dilancarkan oleh Pas, Najib menyifatkan kempen seperti itu sebagai satu taktik negatif.

"Itu kempen cara dia (Pas), kita tak kempen cara negatif. Tetapi kita nak lihat berdasarkan track record kita setiap masa," katanya.

-- BERNAMA

(sumber;http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=467200)

Juara Rakyat :Ahli MT jadi bapa angkat Juara Rakyat

Ahli MT jadi bapa angkat Juara Rakyat

1. KUALA LUMPUR: Semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno termasuk Presiden, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi bapa angkat Program Juara Rakyat bermula bulan ini.

2. Tiga Naib Presiden termasuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal turut menjadi bapa angkat program itu.

3. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata melalui keputusan yang dicapai dalam mesyuarat MT Umno 4 Disember tahun lalu, Najib dan Muhyiddin masing-masing menjadi bapa angkat kepada Selangor dan Wilayah Persekutuan serta pada masa sama memantau semua bahagian seluruh negara.

4. Sementara itu katanya, Ahmad Zahid menjadi bapa angkat kepada 53 bahagian di Pulau Pinang, Johor dan Kelantan, Hishammuddin kepada 51 bahagian di Terengganu, Sabah, Negeri Sembilan, Melaka, Perlis dan Labuan dan Shafie kepada 53 bahagian di Kedah, Perak dan Pahang.

5. “Selain itu, ahli MT lain diberikan lima kawasan dan semua bapa angkat akan turun padang ke bahagian setiap bulan. “Program ini dilaksana dengan pembabitan bersepadu pemimpin Umno bahagian termasuk Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional di bahagian terbabit,” katanya di sini, semalam.

6. Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata semua 191 bahagian Umno diwajibkan mengadakan program itu selama dua hari satu malam setiap bulan mengikut tema ditetapkan.

Posted by YB Hj. Ahmad bin Hj. Maslan at 1:44 AM

(sumber;http://ahmadmaslan.blogspot.com/2010/01/ahli-mt-jadi-bapa-angkat-juara-rakyat.html)

Juara Rakyat: Umno Buka Kaunter Pemilih, Ahli Pada Program Juara Rakyat

Umno Buka Kaunter Pemilih, Ahli Pada Program Juara Rakyat

1. KUALA LIPIS, 16 Jan (Bernama) -- Umno akan membuka kaunter daftar pemilih dan keanggotaan Umno pada setiap siri program Juara rakyat di seluruh negara dalam usaha menambah lagi keanggotaannya selain memastikan mereka dapat mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

2. Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata ketika ini terdapat lebih 4.38 juta yang layak mendaftar tetapi masih belum berbuat demikian, dengan 2.85 juta atau 65 peratus adalah Bumiputera."Usaha kita ini adalah bagi membolehkan lebih ramai mereka yang belum lagi mendaftar keanggotaan dan pemilih dapat mendaftar segera, dan dapat menunaikan hak mereka sebagai pengundi.

3. "Antara faktor yang menyebabkan kegagalan mendaftar sebagai pemilih ialah kurangnya kesedaran dan tanggungjawab terhadap kepentingan untuk menjadi pengundi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Taklimat dan Penerangan Pendaftaran Pemilih, Pengundi Baru dan Pemutihan Keanggotaan Umno anjuran Biro Daftar Keahlian Umno Pahang di Sungai Koyan, dekat sini, pada hari Sabtu.

4. Selain itu, Ahmad berkata Umno juga akan memperhebatkan lagi program Juara Rakyat ke semua 191 bahagian Umno di seluruh negara dengan setiap Anggota Majlis Tertinggi (MT) akan menjadikan lima bahagian sebagai "bahagian angkat"."Lima bahagian yang dipilih itu adalah daripada lima negeri yang berbeza, tiga daripadanya kawasan yang dimenangi Barisan Nasional, dua lagi bahagian yang tewas, perkara ini diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi pada 4 Dis lepas," katanya.-- BERNAMA

Posted by YB Hj. Ahmad bin Hj. Maslan at 1:42 AM

(sumber;http://ahmadmaslan.blogspot.com/2010/01/umno-buka-kaunter-pemilih-ahli-pada.html)

Juara Rakyat :'Bapa Angkat' Bahagian Umno Mula Turun Padang Bulan Ini

'Bapa Angkat' Bahagian Umno Mula Turun Padang Bulan Ini

1. KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Anggota-anggota Majlis Tertinggi Umno yang dilantik menjadi "bapa angkat" kepada lima bahagian, setiap satu bahagian di lima negeri berlainan, akan mula turun padang bulan ini bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat setempat selaras program Juara Rakyat anjuran parti itu. Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata bahagian "angkat" bagi anggota MT itu diputuskan dalam mesyuarat MT Umno pada 4 Dis lepas.

2. Bercakap dalam sidang akhbar di sini Khamis, beliau berkata program Juara Rakyat, yang dilancarkan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak di Hulu Selangor pada 9 Jan lepas, akan digerakkan di kesemua 191 bahagian Umno pada setiap bulan mengikut tema yang ditetapkan."Contohnya bagi Mac, temanya adalah 'agensi kerajaan'. Kami akan kumpulkan semua agensi kerajaan di satu-satu bahagian, iaitu lebih kurang 30 gerai dalam satu dewan, dan mengadakan 'hari bersama pelanggan'," katanya.

3. Setiap bahagian perlu menganjurkan program itu dalam tempoh dua hari satu malam di tempat masing-masing setiap bulan.Ahmad berkata walaupun Umno pusat menyediakan peruntukan untuk program itu, setiap bahagian digalakkan mencari peruntukan tambahan.

4. Beliau berkata program Juara Rakyat itu diadakan sebagai satu cara untuk menyelesaikan masalah rakyat setempat yang sudah lama tertangguh dan tidak mendapat perhatian."Penggunaan perkataan juara mempunyai makna yang luas...iaitu pemimpin menjuarai kehidupan rakyat dan akhirnya rakyat menjadi juara kerana nasib mereka terbela dan hidup bahagia," katanya.Ahmad berkata selaku Ketua Penerangan beliau akan membentangkan laporan mengenai perjalanan program itu dalam mesyuarat MT Umno dari semasa ke semasa.-- BERNAMA

Posted by YB Hj. Ahmad bin Hj. Maslan at 1:41 AM

(sumber:http://ahmadmaslan.blogspot.com/2010/01/bapa-angkat-bahagian-umno-mula-turun.html)

Slide :Program JUARA RAKYAT Hulu Selangor

Juara Rakyat :Ahmad selar pemimpin bahagian, cawangan malas


17 January, 2010

Ahmad selar pemimpin bahagian, cawangan malas

KUALA LIPIS 16 Jan. – Sikap sambil lewa dan malas sesetengah pemimpin UMNO bahagian serta cawangan dalam menggerakkan aktiviti pendaftaran, merupakan salah satu punca seramai 4.3 juta penduduk berusia 21 tahun ke atas belum mendaftar sebagai pemilih baru.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, senario itu jika tidak diberi perhatian sewajarnya oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMN0 bahagian serta cawangan, boleh melemahkan kekuatan parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang. - Utusan

Posted by YB Hj. Ahmad bin Hj. Maslan at 1:05 AM

(sumber;http://ahmadmaslan.blogspot.com/2010/01/ahmad-selar-pemimpin-bahagian-cawangan.html)

Juara Rakyat :'Bapa Angkat' turun padang

17 January, 2010
'Bapa Angkat' turun padang

1. KUALA LUMPUR 14 Jan. - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dilantik menjadi 'bapa angkat' kepada lima bahagian, setiap satu di lima negeri berlainan akan mula turun padang bulan ini bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat setempat selaras program Juara Rakyat anjuran parti itu.

2. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, bahagian 'angkat' bagi anggota MT itu diputuskan dalam mesyuarat MT UMNO pada 4 Disember lepas. Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata, program Juara Rakyat yang dilancarkan oleh Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di Hulu Selangor pada 9 Januari lepas akan digerakkan ke semua 191 bahagian UMNO pada setiap bulan mengikut tema yang ditetapkan.

3. "Contohnya bagi Mac, temanya adalah 'agensi kerajaan'. Kami akan kumpulkan semua agensi kerajaan di satu-satu bahagian, iaitu lebih kurang 30 gerai dalam satu dewan dan mengadakan 'hari bersama pelanggan," katanya.

4, Setiap bahagian perlu menganjurkan program itu dalam tempoh dua hari satu malam di tempat masing-masing setiap bulan.

5. Ahmad berkata, walaupun UMNO Pusat menyediakan peruntukan untuk program itu, setiap bahagian digalakkan mencari peruntukan tambahan.

6. Beliau berkata, program Juara Rakyat itu diadakan sebagai satu cara untuk menyelesaikan masalah rakyat setempat yang sudah lama tertangguh dan tidak mendapat perhatian.

7. "Penggunaan perkataan juara mempunyai makna yang luas iaitu pemimpin menjuarai kehidupan rakyat dan akhirnya rakyat menjadi juara kerana nasib mereka terbela dan hidup bahagia, katanya.

8. Ahmad berkata, selaku Ketua Penerangan beliau akan membentangkan laporan mengenai perjalanan program itu dalam mesyuarat MT dari semasa ke semasa. - Bernama

Posted by YB Hj. Ahmad bin Hj. Maslan at 1:03 AM

(sumber;http://ahmadmaslan.blogspot.com/2010/01/bapa-angkat-turun-padang.html)

Juara Rakyat :Umno letak rakyat tempat utama perjuangan

Umno letak rakyat tempat utama perjuangan

1. Program bukan untuk bermegah, tetapi penjelasan mengenai dasar, matlamat perjuangan parti"GELANGGANG politik dengan gelanggang laga lembu tidak jauh bezanya dalam praktik. Lembu itupun sama dengan politik... sama-sama diperjudikan". Itulah petikan dialog dalam novel Juara, karya Sasterawan Negara, Dr S Othman Kelantan pada halaman 74.

2. Persoalan dan tema utama yang diangkat dalam novel itu adalah mengenai konsep menjadi 'juara'. Juara adalah novel mengisahkan perjuangan seorang bekas pejuang politik yang dikenali sebagai Mamat yang tidak pernah berakhir selepas kariernya berakhir.

3. Dalam novel itu, Mamat menganggap perjuangan di medan politik tiada bezanya dengan perjuangan di gelanggang laga lembu. Kedua-duanya memerlukan peran-cangan rapi, muslihat dan taktik untuk menjadi juara tetapi pada masa sama amat berisiko dan kemungkinan akan terkorban.

4. Dalam gelanggang politik dan laga lembu, penulis mengingatkan penceburnya boleh pada bila-bila masa kecewa dan kecundang serta gagal. Maka, jika dikaitkan dalam realiti kancah politik negara yang berteraskan pilihan raya, memang tiada istilah naib juara. Jika menjadi naib juara, ia bermakna tewas. Begitu juga halnya dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).

5. Sebagai parti yang lebih 50 tahun meneraju negara, mereka dilihat berjaya mencapai matlamat untuk menjadi juara dalam isu dan kepentingan membabitkan rakyat. Momentum yang dicapai Umno dan BN itu perlu diakui dan dibanggakan kerana selama tempoh itu, pelbagai kejayaan, kecemerlangan dan keajaiban berjaya dihasilkan, berkat perancangan dan strategi yang berkesan.

6. Namun keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008 dan petunjuk luar dugaan manakala 10 pilihan raya kecil setahun selepas itu seperti mengganggu perancangan Umno dan BN meneruskan kesinambungan kejuaraan mereka. Kedudukan mereka sebagai parti, pertubuhan atau kerajaan yang menjadi juara kepada isu rakyat yang selama ini tidak goyah, mula tercabar.

7. Ia disebabkan kemunculan Pakatan Pembangkang – pakatan antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sehingga kini masih gagal didaftarkan secara sah tetapi 'sibuk' berkokok mendakwa merekalah pejuang kepentingan rakyat yang sebenar. "Mereka mengeksploitasi perkataan 'rakyat' untuk memenangi hati rakyat sehingga rakyat terpengaruh dengan dakyah dan pendekatan mereka," kata Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

8. Justeru katanya, pelancaran Program Juara Rakyat di Bandar Bukit Sentosa, Hulu Selangor, oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini diharap dapat mengembalikan kesedaran rakyat terhadap usaha dan komitmen Umno serta BN memajukan rakyat sejak sebelum merdeka sehingga kini.

9. Program tiga hari yang akan dirasmikan Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN itu bukan saja untuk menyaingi strategi pembangkang malah juga memantapkan lagi pendekatan, perancangan dan strategi bagaimana untuk menjadi juara rakyat yang sebenar pada zaman ini.

10. Program Juara Rakyat adalah program yang merujuk kepada hasrat Umno untuk menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan dalam membangun rakyat dan sentiasa berada di barisan hadapan untuk rakyat.

11. Ia juga bertujuan meletakkan Umno terus berada nombor satu di hati rakyat dengan rakyat juga sentiasa berada di tempat utama dalam perjuangan parti. Yang penting katanya, program itu bukan untuk bermegah atau menyombong apabila menyebut juara, tetapi menjelaskan kepada rakyat mengenai dasar dan matlamat perjuangan Umno untuk agama, bangsa dan negara, malah menangkis tohmahan Pakatan Rakyat yang mendakwa lebih berhak menjadi juara rakyat.

12. "Istilah rakyat bukan ekkslusif kepada mana-mana parti termasuk pembangkang. Pembangkang mengeksploitasinya dan digunakan sebagai landasan untuk memenangi hati rakyat.

13. Mereka sebenarnya hanya meniru apa yang sudah, sedang dan akan dilakukan Umno dan BN untuk membantu rakyat. Setiap aspek yang mereka bangkitkan sebenarnya sudah lama Umno dan BN menjadi juaranya. "Kita yang ke depan dan bersama rakyat, pembangkang hanya meniru dan mengambil alih.

14. Mereka menumpang tuah kejayaan yang kita bina dan sediakan. Rakyat sedar perkara ini tetapi kita juga harus bekerja dengan gigih lagi supaya lebih menjadi juara rakyat," kata Ahmad lagi.

15. Menerusi program itu, Umno dan BN mahu mengingatkan setiap pemimpinnya bahawa dalam persaingan politik berasaskan pilihan raya, tiada istilah naib juara. Mereka yang menjadi naib juara sebenarnya tewas dalam pilihan raya walaupun hanya dengan satu undi.

16. Konsep itu perlu disedari pemimpin Umno kerana dalam politik pilihan raya, mereka mesti menjadi juara. "Oleh itu kita ingin menegaskan kepada pimpinan Umno apakah sifat juara. Kita kena ada di hadapan kalau ada berlaku apa situasi kepada rakyat.

17. Dalam politik, kita perlu bersaing dan penentu pertarungan itu adalah rakyat. Oleh itu rakyat yang perlu kita juarai," katanya.

18. Untuk memastikan objektif program ini mencapai matlamatnya, semua jentera penerangan Umno diarah memberi penjelasan kepada rakyat bahawa Umno yang sebenarnya juara rakyat kerana semua program parti adalah untuk rakyat sama ada politik, ekonomi atau sosial.

19. Bagi memantapkan jentera penerangan Umno bahagian, semua Umno bahagian diarah melantik dua pelengkap tugas Ketua Penerangan Umno bahagian, masing-masing penceramah tetap dan ketua siber.

20. Penceramah tetap tugasnya memberi ceramah manakala ketua siber bertugas menyediakan laman web dan blog untuk Umno bahagian.

21. Bagi memastikan Umno bahagian menjalankan program itu, setiap Ahli Majlis Tertinggi (MT) akan diminta mengambil lima bahagian menjadi anak angkat.

22. Yang penting kata Ahmad, Umno bahagian perlu menganjurkan program itu sekurang-kurangnya satu setiap bulan mengikut tema yang ditetapkan. Tema program itu pada bulan ini adalah pendidikan.

23. Soalnya kini, bersediakah pemimpin Umno pada semua peringkat termasuk sayap parti dan parti komponen melaksanakan program itu untuk menjadikan Umno dan BN sebagai parti yang menjuarai rakyat.

Posted by YB Hj. Ahmad bin Hj. Maslan at 10:45 AM

(sumber;http://ahmadmaslan.blogspot.com/2010/01/umno-letak-rakyat-tempat-utama.html)

Friday, January 15, 2010

UMNO :MT wajib miliki 5 bahagian angkat


12 January, 2010
MT wajib miliki 5 bahagian angkat

1. HULU SELANGOR 10 Jan. – UMNO menunjukkan keikhlasannya untuk menjadi juara rakyat apabila semua ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu diwajibkan mempunyai lima bahagian angkat dari lima buah negeri yang berlainan bagi memastikan program UMNO Juara Rakyat mencapai objektif seperti yang diharapkan.

2. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, satu daripada lima bahagian angkat bagi setiap seorang MT, merupakan bahagian di negeri yang dipimpin oleh pembangkang.

3. “Pendekatan ini menunjukkan UMNO benar-benar serius dan agresif untuk menawan semula semua kawasan yang kita kalah.

4. Pada masa yang sama kita juga ingin memastikan rakyat yang selama ini menyokong UMNO juga tidak terpinggir,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan program UMNO Juara Rakyat, di sini hari ini.

5. Majlis penutup tersebut dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

6. Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

7. Menurut Ahmad, mekanisme pembahagian bahagian angkat tersebut akan diputuskan kemudian dan ia selaras dengan konsep rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

8. “Kita sudah tidak mempunyai banyak masa. Mulai hari ini, program UMNO Juara Rakyat akan menjadi medium bagi rakyat menilai kerajaan,” ujarnya.

9. Sehubungan itu, katanya, mulai esok program berkenaan akan diteruskan ke semua 191 bahagian UMNO dengan mengekalkan konsep yang telah dipersetujui di peringkat UMNO Pusat.

10. Sementara itu, Ahmad Zahid dalam uncanny menyifatkan program tersebut berjaya apabila mencatatkan lebih 50,000 pengunjung.

11. Katanya, selain sambutan daripada masyarakat, lebih penting program berkenaan terbukti berjaya apabila masalah penghuni Pangsapuri Sri Anggerik yang berlarutan sejak lapan tahun lalu dapat diselesaikan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan peruntukan RM15.6 juta.

12.“Komitmen ini menunjukkan keprihatinan UMNO dalam menyelesaikan soal kebajikan, kemiskinan dan masalah infrastruktur. Apatah lagi selepas ini ia akan diteruskan pada setiap bulan,” katanya.

Posted by YB Hj. Ahmad bin Hj. Maslan at 10:40 AM

(sumber;http://ahmadmaslan.blogspot.com/2010/01/mt-wajib-miliki-5-bahagian-angkat.html)


12 January, 2010
Semua ahli MT Umno wajib jaga lima 'kawasan angkat'

1. BUKIT BERUNTUNG: Setiap ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dipertanggungjawabkan menjaga lima bahagian sebagai 'kawasan angkat' di negeri berasingan, termasuk satu kawasan yang dikuasai pembangkang selepas pilihan raya umum lalu.

2. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata prestasi setiap ahli MT dalam melaksanakan program yang memanfaatkan masyarakat akar umbi akan dipantau demi memastikan kejayaan pendekatan menye-luruh Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi meraih sokongan rakyat.

3. "BN menerima hakikat bahawa rakyat mahukan kita berubah dan kita sedia maklum dengan teguran mereka yang diterjemahkan dalam pilihan raya umum lalu. Kita perlu ambil iktibar daripada isyarat ini.

4. "Setiap anggota MT perlu mengutamakan kawasan 'panas' yang terlepas ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU ke-13) tanpa mengabaikan keperluan empat lagi bahagian angkat di bawah penjagaan mereka.

5. "Program Juara Rakyat yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu hanya sebahagian daripada usaha kita meraih keyakinan rakyat," katanya pada sidang media di tapak ekspo Program Juara Rakyat di Bandar Bukit Sentosa, di sini semalam.

6. Jelas Ahmad, program bulanan bagi memantau permasalahan rakyat peringkat akar umbi itu akan diadakan di 191 bahagian di seluruh negara dengan tema yang berlainan.

7. Beliau menyifatkan kejayaan program tiga hari di Bandar Bukit Sentosa, yang dihadiri hampir 100,000 orang itu memberi isyarat jelas bahawa rakyat memerlukan perhatian sepenuhnya dan membuktikan usaha yang diambil Umno berada di landasan yang sepatutnya.

8. Katanya, program itu akan diteruskan di Pahang dengan tema pendidikan, Kelantan (kebajikan), Kuala Lumpur (agensi kerajaan); Pulau Pinang (pertubuhan bukan kerajaan (NGO dan swasta), Perak (Wanita dan Keluarga) dan tema belia dan sukan di Terengganu.

9. Program di Johor pula memberi keutamaan terhadap ekonomi dan keusahawanan, Kedah (ibadat dan kerohanian), Sabah (1Malaysia: Perpaduan dan Kebudayaan), Selangor (Pertanian) dan aspek kesihatan serta keselamatan menjadi tumpuan di Negeri Sembilan.

10. Tema kerjaya dan kemahiran menjadi pilihan di Melaka manakala program penutup tirai pada akhir tahun ini di Perlis bertemakan sejarah Umno dan BN.

Posted by YB Hj. Ahmad bin Hj. Maslan at 10:42 AM

(sumber;http://ahmadmaslan.blogspot.com/2010/01/semua-ahli-mt-umno-wajib-jaga-lima.html)