Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Monday, November 25, 2013

Identiti dan kisah anak tokoh korporat yang mati terbakar didedahkan..

Sunday, November 24, 2013







Maklumat Pertama
TTDI rpt: 3751/13
Pengadu: RF138322 Zaharah Bt. Moksin

Pd 23/11/13 jm l/krg 0510 hrs, pgadu terima pangilan tel. 0127872692 Nama Norliza beritahu anaknya telah bakar diri di balkoni beralmt no.3-19-3 The Residen Jln Wan Kadir 5 TTDI K.L.

Tindakan awal.
SIO dan AIO bertugas mghala ke tmpat kejadian. Sjn aktiviti, Sjn kamarudin juga dimklumkn dan arahkan hubungi Forensik. 

Perkembangan siasatan.

butir2 mangsa
Khaled bin Muhammad Ali Kpt no: 930702 01 5073
Umur: 20 thn
Status: Pelajar tahun 1 Universiti Otago, New Zealand. Jurusan Ekonomi dan politik. Balik bercuti pd 9/11/13.

Butir2 bapa:

Tan Sri Muhammad bin Hashim
Kpt no: 470419 01 5233
Pesara Ketua Eksekutif Johor Corporation lebih kurg 3 tahun lalu.

Hasil temubual saksi2 tempat kejadian.

Pd 23/11/2013 jm l/kurg 0130 hrs ibu mangsa, Datin Norliza telah buka pintu utk melihat mangsa yg bru balik berjumpa dgn rakannya nama shanker. Ibu mangsa terus masuk ke dlm bilik. 

Pd jam l/kurg 0400 
hrs, ibu mangsa telah bangun dari tidur dan telah melihat jelaga api di luar balkoni. Ibu mangsa telah pergi ke arah balkoni tetapi pintu grill berkunci dan berjaya membuka pintu gril balkoni dan melihat anaknya telah mati rentung dgn keadaan tertiarap. Ibu mangsa tidak ada mendengar apa2 dr mangsa.

Hasil temubual rakan mangsa nama Shankar. Saksi memberitahu seblum ini mangsa ada kirim was up semasa berada di New Zealand memberitahu mangsa telah terlanjur melakukan hubungan seks dgn penari di sebuah kelab di sana nama 'Cherry'. Akibat ketelanjuran, perempuan tsbt telah mengandung tetapi enggan menggugurkan anak. Mangsa telah memberikan sejumlah wang yg besar kpd pihak hospital di New Zealand utk tampung kos biaya pengguran bayi tetapi tidak tahu sama ada pihak hosp. ada melakukan pengguguran atau sebaliknya.

Ayah mangsa juga ada nampak dua tin minyak dipercayai petrol diletakkan berhampiran dgn pintu grill atas alasan hendak guna petrol utk isi minyak m/sikalnya. Ayah mangsa tidak mengesyaki apa2 tentang minyak petrol tsbt.

Mangsa tidak menunjukkan sebarang perlakuan bermasalah kepada keluarga sehingga kejadian tsbt berlaku dan masalah sebenar diketahui oleh ibunya dr rakannya setelah kematian mangsa.

Eksibit tmpt kejadian.
1) 2 tin minyak disyaki minyak petrol.

2) bbrapa cebisan daging mangsa yg telah hangus.

3) Sebuah jenis hndphone yg dijumpai berhampiran mangsa.

Lain2 penemuan.
1) sekeping nota sajak dlm bhsa inggeris dan melayu dlm pendrive milik mangsa memberitahu secara tersirat akan pemergian mangsa spt 'kembali pada tanah'

2) Mesej pd rakan2 mangsa menyebut 'see you in other side, dlm telefon bimbit rakan mangsa nama Shanker

Mayat dibawa ke PPUM utk bedah siasat dan dikendali oleh Sjn Aktiviti B.Polis TTDI, Sjn Kamarudin. Dicadangkan kes diklasifikasi SDR. Tq tn

-Sumber: http://panggungopera.blogspot.com/2013/11/identiti-dan-kisah-anak-tokoh-korporat.html
(terimakasih sumber:http://tepakbersulam2.blogspot.com/2013/11/identiti-dan-kisah-anak-tokoh-korporat.html)

zmsegamat kata:

Al-Fatihah buat arwah dan salam takziah buat keluarga arwah

Thursday, July 25, 2013

Produk kecantikan haram guna artis popular diserbu


Dua pegawai Bahagian Penguat Kuasa Farmasi memeriksa mesin memproses suplemen kecantikan dalam serbuan di sebuah kilang di Semenyih, Selangor, semalam.

HULU LANGAT 23 Julai - Bagi menyakinkan pelanggan dan melariskan produk, sepasang suami isteri yang mengeluarkan suplemen kecantikan melantik seorang pelakon jelita tempatan sebagai duta bagi mempromosikan produk tersebut.

Selain artis wanita itu, seorang pelakon lelaki popular tempatan berasal dari Singapura turut dilantik menjadi duta bagi satu lagi produk syarikat mereka iaitu yogurt segera.

Namun, suplemen kecantikan berbentuk tablet itu yang berperisa strawberi dan didakwa boleh menyelesaikan beberapa masalah kecantikan itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kerana tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Produk berkenaan didakwa mampu mencerahkan dan melembapkan kulit, merawat jerawat, ekzema, resdung dan ruam membantu meningkatkan sistem imunisasi badan serta mencegah kanser.

Suplemen itu dikatakan mengandungi vitamin C, kolagen, gluta dan asid hyaluronic dijual dalam talian dengan harga RM109 sebotol dan kini ditawarkan harga promosi RM90 turut boleh dibeli secara borong dengan harga RM750 bagi 12 botol dan RM3,250 (57 botol).

Produk kecantikan itu didakwa menjadi pilihan ribuan pengguna dan menjadi suplemen pilihan nombor satu di negara ini, tiada gelatin, selamat serta dijamin halal.

Rahsia pasangan suami isteri itu terbongkar apabila sepasukan anggota dari Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, KKM membuat serbuan di kilang, butik pakaian dan kedai yogurt segera milik mereka di Kawasan Perindustrian Lekas, Semenyih dan Seksyen 8, Bandar Baru Bangi hari ini.

Dua artis popular yang menjadi duta kepada produk keluaran syarikat berkenaan bagaimanapun tiada kaitan dengan aktiviti itu.

Menurut sumber, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi yang menerima maklumat mengenai suplemen kecantikan tidak berdaftar itu menjalankan siasatan dan intipan sebelum menyerbu kilang dan dua premis lain yang dijadikan stor penyimpanan produk tersebut pada pukul 12.30 tengah hari ini.

"Semasa serbuan dilakukan di kilang, beberapa pekerja sibuk menjalankan kerja-kerja menghasilkan suplemen menggunakan mesin khas.

"Selain mesin, turut dijumpai ialah beberapa bungkusan besar mengandungi bahan makanan dipercayai digunakan untuk menghasilkan suplemen tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia yang dibawa menyertai serbuan itu hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut terhadap pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an itu mendapati mereka melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana mengeluar dan menjual produk yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
Menurutnya, suplemen itu dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan kerana produk tersebut tidak diuji untuk keselamatan, kualiti dan keberkesanannya.

Sumber berkenaan memberitahu, nilai keseluruhan mesin, bahan mentah dan ubat kesihatan tidak berdaftar yang dirampas di kilang di Semenyih serta masing-masing sebuah butik dan kedai yogurt yang dijadikan stor penyimpanan bernilai kira-kira RM700,000.

Beliau berkata, di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara tidak melebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Katanya, bagi kesalahan kedua dan seterusnya, individu disabitkan bersalah boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

"Sebuah syarikat yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan maksimum RM100,000 untuk kesalahan kedua dan berikutnya," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130724/je_02/Produk-kecantikan-haram-guna-artis-popular-diserbu#ixzz2a0YTst5D
© Utusan Melayu (M) Bhd 

(sumber terimakasih arkib utusan)

Thursday, May 9, 2013

Biar Betul! 5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita Tidak Tahu


Biar Betul! 5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita Tidak Tahu | Setiap orang mempunyai pengalaman  tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel 3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Di sini Melayukini.net ingin berkongsi tentangrahsia bilik hotel yang kita sendiri tidak tahu. Namun begitu, jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kita boleh membuat pilihan sendiri. Jom baca di bawah ini.
hotel
Sekadar gambar hiasan
Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.
Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.
Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.
Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk.  Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.
Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.
Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.
Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur.  Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

Monday, February 11, 2013

Jantung terasa bagai ditekan


Tidak semua sakit dada diakibatkan oleh serangan jantung. Ada pelbagai sebab yang mampu menyebabkan sakit pada bahagian dada yang hampir sama simptomnya dengan serangan jantung.
Kebiasaannya, sakit dada disebabkan otot dan tulang rangka paru-paru serta hanya beberapa peratus kecil yang datang ke unit kecemasan dengan masalah ini adalah serangan jantung.

Serangan jantung yang ‘klasik’ ialah sakit di bahagian tengah atau kiri dada. Ia bukan terasa sakit tetapi digambarkan seperti jantung ‘ditekan’ dan terasa berat pada bahagian itu.
Ini disertai dengan kebas pada bahagian tangan kiri, dagu kiri, berpeluh, pening dan muntah. Biasanya orang yang diserang serangan jantung akan menunjukkan bahasa badan yang ‘klasik’ iaitu memegang kedua-dua tangan pada bahagian dada kiri dan badan menunduk sedikit.

Untuk mengesahkan ‘sakit’ itu adalah serangan jantung, dua ujian penting perlu dijalankan. Pertama dipanggil electrocardiogram (ECG). Ujian ini dilakukan di mana beberapa wayar diletakkan pada dada dan empat anggota badan.

Ujian ini dapat membantu mengesahkan berlaku serangan dan lebih penting, kemungkinan bahagian jantung mana yang mengalami masalah.
Ujian kedua ialah ujian darah. Ketika serangan jantung berlaku, sel jantung tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi.

Oleh itu, ia akan ‘cedera’ atau ‘mati’. Sel ini akan merembeskan enzim yang boleh dapat dikenal pasti dengan ujian darah berkenaan.
Jika simptom diberikan adalah ‘klasik’ serangan jantung, ujian ECG dan ujian darah memberikan tanda serangan jantung, rawatan segera akan diberikan bergantung pada jenis serangan.

Selain ubatan, prosedur dipanggil angiogram akan dijalankan, di mana lokasi tepat sumbatan pada salur darah jantung dapat dikenal pasti dan diatasi dengan menggunakan alat tertentu.

Jika rawatan dimulakan dalam masa enam jam selepas bermulanya serangan jantung, peluang untuk pesakit selamat lebih tinggi.

Bagi mereka yang berumur lebih 40 tahun, mempunyai sejarah keluarga sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis, perokok atau minum minuman keras, anda dinasihatkan menjalani ujian saringan dipanggil stress test.

Ujian ini dijalankan bagi mereka yang mempunyai risiko itu dan tidak mempunyai simptom supaya salur darah jantung yang tersumbat di peringkat awal dapat dikenal pasti dan dirawat dengan segera sebelum terlambat.
(terima kasih sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Jantungterasabagaiditekan/MA/Article)
Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09

Thursday, October 11, 2012

Kaji semula had laju memandu di negara ini


ARKIB UTUSAN : 10/10/2012

 Eye on the road: A camera is seen in Putrajaya as part of the AES test in over 10 locations. 




1.0 Saya ingin memberi pandangan mengenai kadar had laju jalan raya di Malaysia, terutama di lebuh raya dan jalan bandaran sempena dengan pengenalan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

2.0 Saya rasa kadar had laju sekarang perlu dikaji semula dengan mengambil kira keadaan semasa seperti teknologi kenderaan yang canggih, jalan raya baik dan sebagainya.

3.0 Seingat saya, kadar had laju jalan raya di Malaysia tidak pernah berubah sejak sekian lama. Sebagai perbandingan, kadar had laju jalan raya di Amerika telah dikaji semula pada tahun 2005. Kadar had lajunya telah dinaikkan daripada 55 batu sejam (bsj) kepada 70 bsj bagi lebuh raya.

4.0 Walaupun begitu, kebiasaannya pemandu di Amerika akan memandu 10 hingga 20 peratus melebihi kadar had laju tanpa disaman walaupun pegawai trafik berada di tepi lebuh raya. Tetapi awas jika memandu di kawasan bandar, mereka amat serius menyaman pemandu yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.

5.0 Saya mempunyai pengalaman bertahun-tahun memandu di Amerika dan tidak pernah disaman kerana memandu sekitar 20 peratus melebihi kadar had laju di lebuh raya. Sebaliknya saya pernah disaman oleh pegawai trafik di Malaysia hanya kerana memandu 115 km/j di kawasan had laju 110km/j.

6.0 Hakikatnya agak sukar untuk kita memastikan kita mematuhi had laju sepanjang masa kerana ia boleh mengakibatkan hilang fokus memandu kerana asyik melihat meter had laju.

7.0 Oleh itu, saya sarankan agar pemandu diberikan kelonggaran sebanyak 20 peratus daripada kadar had laju (jika kadar had laju sekarang dikekalkan) memandangkan kenderaan sekarang mempunyai teknologi canggih. Di sesetengah lebuh raya Malaysia, ada yang menetapkan kadar had laju sekitar 60 hingga 70km/j. Pada saya ini amat tidak sesuai dan menyiksa pemandu.

8.0 Bagi sesetengah negara Eropah, kadar had laju di lebuh raya adalah sekitar 80 bsj. Ini tidak bermakna saya menggalakkan pemandu kita memandu laju atau saya mengharapkan kerajaan berbuat seperti di Lebuhraya Autobahn di Jerman di mana tidak ada kadar had laju ditetapkan.

9.0 Dalam pemerhatian saya, sikap pemandu adalah faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya seperti memandu di lorong kecemasan (pemandangan biasa di kawasan lebuh raya Utara-Selatan ke Senawang-Seremban), memandu perlahan di lorong kanan, memandu dengan sebelah tangan (trend sekarang tangan dijulurkan keluar tingkap dengan rokok di jari), sering menukar lorong dan memotong barisan (termasuk di terowong SMART).

10.0 Tahniah saya ucapkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana memasang sistem AES ini. Walaupun terlambat tetapi lebih baik daripada tidak ada. Sistem serupa telah lama dipraktikan di Singapura dan ia amat berkesan.

11.0 Juga saya sarankan dengan pemasangan ini, pihak berkuasa boleh menyaman pemandu yang suka membuang sampah dari kenderaan terutama botol air mineral di bahu jalan agar kita dapat mewujudkan persekitaran bersih di sepanjang jalan dan lebuh raya kita.
(PAK TUANilai, Negeri Sembilan)


terimakasih: Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121010/fo_02/Kaji-semula-had-laju-memandu-di-negara-ini#ixzz28wPmHzXr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, March 18, 2012

Radiasi telefon pengaruhi janin (kosmo online)


PENGGUNAAN telefon bimbit oleh wanita hamil membawa kesan negatif pada bayi dalam rahim.


PENGGUNAAN telefon bimbit oleh wanita hamil boleh meningkatkan risiko terhadap anak dalam kandungan.

Para penyelidik dari Universiti Yale, Amerika Syarikat (AS) mendakwa, pendedahan radiasi telefon bimbit ketika hamil boleh menjejaskan perkembangan otak janin dengan risiko janin hiperaktif sehingga 30 peratus, ketakutan dan rendah daya ingatan.

Penyelidikan yang diketuai Prof. Hugh Taylor mendapati telefon bimbit boleh membawa kesan negatif terhadap bayi dalam rahim berdasarkan hasil uji kaji yang dijalankan ke atas seekor tikus bunting.

Beliau menyarankan wanita hamil memastikan jarak telefon bimbit dengan mereka lebih kurang semeter.

Namun, sekumpulan saintis Britain yang diketuai Prof. Katya Rubia, menafikan kajian itu.

Rubia menjelaskan anak tikus yang belum dilahirkan itu mungkin telah didedahkan dos radiasi yang tinggi berbanding bayi yang belum dilahirkan.

Sementara itu, sekumpulan pakar dari Kolej Universiti London, mendakwa perbandingan antara tikus dan manusia tidak relevan kerana anak tikus dilahirkan selepas 19 hari berbanding manusia yang mengandung selama sembilan bulan.

(sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0318&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm)

Tuesday, February 28, 2012

Dana politik ke akaun rasmi :berita harian 28.02.2012


Oleh Johari Ibrahim

2012/02/28

NAJIB merasmikan program Pegawai Integriti Bertauliah  anjuran SPRM, di Putrajaya, semalam.
NAJIB merasmikan program Pegawai Integriti Bertauliah anjuran SPRM, di Putrajaya, semalam.
Elak ahli parti seleweng sumbangan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, semua sumbangan dana politik mesti disalurkan melalui akaun rasmi parti bagi mengelak ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta sumbangan dan kemudian diseleweng untuk kepentingan sendiri.

Perdana Menteri berkata, inisiatif baru yang diperkenalkan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) itu juga bertujuan menangani isu berkaitan dana politik supaya ia lebih tepat, telus dan jelas, sekali gus meningkatkan ketelusan serta keyakinan rakyat terhadap parti politik di negara ini .
Katanya, sumbangan dana itu juga akan melalui rekod penerimaan yang teratur dengan resit penerimaan wang dan boleh diaudit pada akhir tahun kewangan.
Kerajaan percaya inisiatif ini akan mengelakkan perbuatan rasuah dan penyelewengan pada peringkat akar umbi dan manfaat sumbangan dapat disampaikan kepada segenap peringkat parti dan seterusnya rakyat, katanya pada majlis perasmian dan penyampaian sijil Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini semalam.

Pandangan berkaitan pengawalan dana politik itu dikemukakan Jawatankuasa Mencegah Rasuah dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM sebelum ini.

Najib berkata, jenayah rasuah tidak ada kaitan dengan fahaman politik, kepartian, status, kedudukan atau bangsa.

"Ia adalah kesalahan yang amat serius, melanggar undang-undang negara dan hukum agama. Sesiapa yang terbabit rasuah dan terbukti bersalah, wajar menerima hukuman, katanya.
Bagaimanapun, katanya, menuduh seseorang melakukan rasuah tanpa asas dan bertujuan membunuh karakter tanpa bukti adalah kesalahan besar.


Janganlah kita menggunakan rasuah untuk menjatuhkan seseorang. Jika rasuah dipolitikkan, tindakan SPRM dipolitikkan akan membawa natijah yang amat besar dan buruk, katanya.

Pada majlis itu, Najib menyampaikan CeIO kepada 24 penerima terdiri daripada pegawai kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Najib berkata, bagi memastikan undang-undang di Malaysia telus dan mengambil kira pandangan setiap pihak sebelum dikuatkuasakan, kerajaan bercadang memaparkan draf rang undang-undang dalam laman web bagi mendapatkan pandangan umum dan pihak yang berkaitan bagi tempoh yang ditetapkan sebelum dimuktamadkan.

terimakasih(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Danapolitikkeakaunrasmi/Article )

SPRM diberi akses penuh :utusan malaysia 28.02.2011



NAJIB Tun Razak meneliti isi kandungan buku Pelaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah pada majlis perasmian program berkenaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam. Turut hadir Mohd. Sidek Hassan (kiri) dan Abu Kassim Mohamad. - BERNAMA


PUTRAJAYA 27 Feb. - Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mempunyai akses penuh kepada dokumen-dokumen pengisytiharan harta mana-mana anggota pentadbiran Persekutuan termasuk menteri, timbalan menteri dan keluarga mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, persetujuan itu sejajar dengan saranan Lembaga Penasihat SPRM supaya anggota pentadbiran kerajaan termasuk ahli keluarga terdekat mengisytiharkan harta masing-masing bagi menentukan ketelusan dan integriti mereka kepada umum.

''Berhubung langkah pengisytiharan harta yang dicadangkan oleh lembaga terbabit, ingin saya jelaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengamalkan proses itu jauh lebih awal berbanding yang lain.

''Setiap anggota pentadbiran diwajibkan mengisytiharkan harta diri dan keluarga terdekat kepada Perdana Menteri termasuklah setiap tambahan atau pelupusan harta dan pengisytiharan itu dibuat secara berkanun," katanya ketika berucap merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah 2012 di sini, hari ini.

Januari lalu, Lembaga Penasihat SPRM mencadangkan kepada kerajaan supaya mewajibkan ahli keluarga dan pasangan menteri Kabinet mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada agensi itu.

Cadangan itu, menurut Pengerusinya, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh bagi memastikan integriti dalam pentadbiran kerajaan.

Dalam pada itu, Abu Kassim ketika ditemui menjelaskan, jumlah aset milik menteri, timbalan dan anggota pentadbiran kerajaan Persekutuan lain yang menjadi perhatian SPRM adalah sepanjang tempoh mereka memegang jawatan sahaja.

Menurut beliau, pihaknya akan melihat dengan teliti sama ada wujud atau tidak pertambahan yang mendadak terhadap jumlah aset milik mereka, termasuk ahli keluarga terdekat dalam tempoh itu.

''Apa yang menjadi perhatian SPRM bukanlah jumlah aset sebelum mereka menyandang jawatan dalam kerajaan, tetapi yang penting ada atau tidak pertambahan yang mendadak sehingga boleh menimbulkan keraguan sepanjang memegang jawatan kerajaan.

''Jadi, jumlah aset atau harta yang mereka peroleh atau sedia ada, kita akur," katanya.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm)

Saturday, February 11, 2012

Buat Duit Dengan Maklumat Peribadi (BLOG CIKGU HAIRUL)

Orang lain jadi kaya raya dengan jual maklumat. Maklumat tu maklumat kita pulak tu. memang tak tau malu. Tau tak sapa yang tak tau malu tu?

Hahaha… Pernah tak ada orang call jual insurans? Mereka ni dipanggil telemarketer. Mana agaknya mereka dapat data kita ye? Kalaulah tak ada yang buat duit dengan data peribadi kita, dah tentu maklumat tu tak sampai pada ejen insurans.

Ehhhh.. Bukan tu aja. Kenal CTOS? Mereka ni lagi gila. Kaya raya dan berkuasa pulak tu. mereka ni ambik data dari bank dan jual balik pada kita. Mereka yang pernah kena tentu rasa sakit hati sangat-sangat.

Pernah tak korang dapat sms suruh subscribe menda ngarut macam lagu, ringtone, gambar dan macam-macam lagi la? Mana agaknya dia dapat nombor telefon kita ye? Sekali lagi, dah ada orang buat duit dengan maklumat kita!

Facebook pulak apa cerita? Yes, facebook juga jadi kaya raya dengan menjual maklumat peribadi pengguna a.k.a kita. Kita semua telah dipergunakan oleh Mark Zuckerberg. Sesiapa yang pernah menggunakan fungsi Ads Facebook pasti perasan. Ada pilihan untuk iklankan di negara mana, sasaran jantina, umur, pekerjaan dan kegemaran. Itu kan semua maklumat yang kita masukkan. Senang-senang je dia buat duit dengan apa yang telah kita beri.

Cis! mereka menggunakan maklumat diri kita untuk jadi kaya!

Paling tak boleh terima, kita tak dapat satu sen pun dari maklumat kita yang digunakan untuk buat keuntungan tu. Tapi kita bukan boleh buat apa pun kan? Pasrah je la. Mereka dah sediakan perkhidmatan untuk kita, apa salahnya bagi je mereka buat duit dengan maklumat kita tu kan.Ini pendapat salah ye..

Nasihat aku, jagalah maklumat peribadi kita sebaiknya. Maklumat sekecik-kecik zarah pun orang yang pandai buat duit akan gunakan pelbagai cara untuk memanipulasi. Tak mustahil satu hari nanti ada orang buat pinjaman dengan menggunakan nama dan maklumat kita. Sapa kena bayar balik? Kitaaaaa jugak!

Sebagai pengguna internet yang tahu setakat mana tahap keselamatan data kita, beringat adalah sesuatu yang perlu diutamakan. Macam mana nak ingat? Kena selalu buat. Maknanya bermula hari ini, jangan ada kebocoran maklumat kita di internet. Korang boleh fikir sendiri mana satu maklumat yang boleh dikongsi dan maklumat yang tak boleh dikongsi kan. Lepas ni sama-sama kita ingat mengingati. Supaya tak ada pihak yang bermaharajalela buat duit dengan maklumat kita.



Read more: http://www.cikguhairul.com/buat-duit-dengan-maklumat-peribadi/#ixzz1m5aU08C8

Tujuh Prinsip Ulung Dalam Akta Perlindungan Data Peribadi :Datuk Seri Dr Rais Yatim

Tujuh Prinsip Ulung Dalam Akta Perlindungan Data Peribadi

KUALA LUMPUR -- Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) yang diwartakan pada Jun 2010 mengandungi tujuh prinsip ulung yang wajib dipatuhi bagi menjaga keutuhan data peribadi, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.


Beliau berkata, dengan berkuatkuasanya akta itu, satu jabatan baru di bawah kementerian telah diwujudkan iaitu Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), bertujuan mengawal selia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam transaksi komersial oleh pengguna data supaya tidak disalahguna oleh pihak-pihak yang berkepentingan.


"Data peribadi mempunyai pengertian seperti butiran akaun bank, kad pengenalan, jenis darah dan sejarah kesihatan selain akaun kredit yang wujud atau apa-apa juga butiran komunikasi yang ada pada seseorang itu yang boleh dianggap sebagai data peribadi. "


Jika pihak lain menyimpan data peribadi itu tanpa kebenaran atau tanpa mengikut tujuh prinsip yang ada di bawah akta itu, maka beliau melakukan satu kesalahan, dan boleh didenda sehingga RM30,000 dan penjara setahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan JPDP dan Seminar Kesedaran Perlindungan Data Peribadi 2012 di sini Khamis.


Seramai 400 orang hadir pada seminar yang julung kali diadakan bagi meningkatkan kesedaran, mengumpul maklumat balas daripada segi pendekatan rangka kerja kawal selia yang akan diwujudkan untuk tujuan pelaksanaan dasar dan perundangan berkaitan dengan aspek data peribadi.


Turut hadir kedua-dua timbalan menterinya Datuk Joseph Salang, Datuk Maglin Dennis De Cruz dan Ketua Pengarah JPDP Abu Hassan Ismail.


Rais berkata, tujuh prinsip tersebut ialah seseorang pengguna tidak dibenarkan memproses data peribadi seseorang lain tanpa kebenarannya; mesti mematuhi prinsip Notis dan Pilihan di mana makluman dan tujuan awalan dimaklumkan kepada subjek data berkenaan; prinsip penzahiran tujuan data peribadi seseorang subjek itu demi mengenal pasti maksud yang baginya dataperibadi itu hendak dizahirkan.


Prinsip keselamatan - apabila memproses data peribadi mana-mana subjek perlu mengambil langkah supaya data tersebut selamat, tidak diubahsuai, disalahguna atau tidak hilang atau diberikan kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan;


prinsip penyimpanan - sesuatu data peribadi itu tidak dibenarkan disimpan di dalam sesuatu pemprosesan lebih daripada had masa yangdiperlukan;


prinsip integriti data - setiap data peribadi dipastikan supaya tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini menepati maksud sesuatu data itu disimpan dan diproses;


prinsip akses - seseorang hendaklah diberi hak akses kepada data peribadinya yang dipegang oleh seseorang pengguna data dan juga boleh memperbetulkan datanya itu supaya terkini.


"Dengan adanya prinsip tersebut, akan wujud keyakinan di kalangan pengguna, pengamal e-dagang, kemudahan rangkaian dan bukan rangkaian bahawa maklumat peribadi mereka adalah dilindungi," katanya.


Bagaimanapun, katanya di bawah perundangan itu, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dikecualikan daripada aplikasi akta itu bagi memberi ruang dan hak untuk kerajaan menggunakan data peribadi asas seseorang untuk diproses susulan maksud pentadbiran yang sah di sisi undang-undang.


Rais berkata, APDP berkomplimentari dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang bertujuan menjaga kepentingan rakyat daripada segi integriti dan keselamatan data peribadi seseorang.


Terdahulu, dalam ucapannya, Rais berkata, kewujudan perundangan itu antara lain akan dapat membantu Malaysia menjadi pusat komunikasi dan perdagangan elektronik, lokasi pelaburan dalam industri dan multimedia yang menarik serta rakan perdagangan antarabangsa yang boleh memberi jaminan perlindungan data peribadi mengikut piawaian antarabangsa.


Katanya, kini terdapat lebih 100 negara yang telah dan sedang memperkenalkan perundangan perlindungan data peribadi masing-masing.

(sumber;http://malaysiaaktif.my/v2/index.php/News/State/Tujuh-Prinsip-Ulung-Dalam-Akta-Perlindungan-Data-Peribadi.html)

`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Enam Hak Pengguna Lindungi Data Peribadi

    February 9, 2012

No Comments


KUALA LUMPUR – Akta Perlindungan Data Peribadi yang diluluskan pada Jun 2010 memberikan enam hak utama kepada pengguna di negara ini bagi memastikan data peribadi mereka tidak disalah guna oleh pihak berkepentingan.

Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Malaya Prof Abu Bakar Munir berkata enam hak yang diperuntukkan kepada pengguna ialah sesebuah organisasi perlu memberitahu sama ada telah memproses data pengguna itu atau tidak, mempunyai hak untuk mengakses data itu, membetulkan serta membatalkan kebenaran untuk memproses data mereka.

Selain itu, beliau berkata pengguna juga boleh menghalang organisasi terbabit daripada menggunakan data peribadi itu sehingga boleh menyebabkan gangguan dan juga hak untuk menghalang pihak tertentu daripada memproses data peribadi bagi tujuan pemasaran secara langsung.

“Di United Kingdom, hak ini sentiasa digunakan oleh para artis dan selebriti di mana dalam satu kes, Naomi Campbell membawa kes seorang jurugambar akhbar ‘Daily Mirror’ ke mahkamah kerana menyiarkan gambar supermodel itu di dalam akhbarnya tanpa kebenaran sehingga menyebabkan tekanan,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Personal Data Protection Act 2010: To Comply Is To Know pada seminar kesedaran perlindungan Data Peribadi 2012 di sini Khamis.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2009 telah diluluskan oleh Kabinet pada Jun 2010 bertujuan mengawal selia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam transaksi komersial oleh pengguna data untuk mengadakan perlindungan kepada data peribadi individu itu, dan dengan itu, melindungi kepentingan individu berkenaan.

Menurut rang undang-undang itu seseorang pengguna data yang melanggar peruntukan Seksyen 5(1) telah melakukan satu kesalahan dan berdepan hukuman maksimum penjara dua tahun, denda RM200,000 atau kedua-dua sekali.

Seksyen itu memperuntukkan bahawa pemprosesan data peribadi oleh seseorang pengguna data hendaklah mematuhi prinsip perlindungan data peribadi iaitu prinsip am, prinsip notis dan pilihan, prinsip penzahiran, prinsip keselamatan, prinsip penyimpanan, prinsip integriti data dan prinsip akses.

Dalam sesi soal jawab, Abu Bakar berkata data peribadi seseorang hanya boleh disimpan dalam tempoh tertentu sahaja.

“Data boleh disimpan untuk sesuatu tujuan dan sekiranya tujuan dipenuhi maka data itu harus dihapuskan. Ini bermakna tidak boleh simpan data untuk selamanya.

Seminar yang berlangsung sehari ini dihadiri 400 peserta terdiri pengamal undang-undang serta pegawai agensi kerajaan, sektor swasta dan juga pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO). – BERNAMA