Showing posts with label Datuk Dr Hasan Mohd Ali. Show all posts
Showing posts with label Datuk Dr Hasan Mohd Ali. Show all posts

Monday, January 9, 2012

NASHA, PROF DATO DR HARON DIN DAN ISKANDAR SAMAD TUNJUK SOLIDARITI KEPADA HASAN ALI!!! Author: CUCU TOK WAN


| Posted at: 2:48 AM |

Seramai lebih 1000 orang berkumpul di rumah Hasan Ali untuk mendengar amanatnya. Turut datang tanpa bimbang dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa PAS Pusat adalah Haron Din, Nasharuddin Mat Isa dan ADUN Cempaka Iskandar Samad.

Pada ketika Anwar Ibrahim bergelut untuk mendapatkan sokongan daripada orang ramai untuk keputusan akhir perbicaraannya, Hasan Ali pula membuat onar. Tidak cukup dengan Hasan Ali, kehadiran Nasharuddin Mat Isa, Haron Din dan Iskandar Samad, walau atas alasan apa sekalipun yang diberikan untuk menghalalkan kehadiran mereka di sisi Hasan Ali, sebenarnya mengundang padah yang lebih besar.

Secara tidak langsung, ketiga-tiga orang pemimpin PAS itu memberi isyarat yang cukup jelas bahawa keputusan Jawatankuasa PAS Pusat yang terlalu menurut kehendak Azmin Ali dan ketakutan dengan DAP, tidak dipersetujui mereka.

Pada masa yang sama, di sebalik kehebatan yang digemparkan kononnya, PAS Selangor akan menurunkan seramai 75,000 orang ahli, pagi nanti, isyarat-isyarat yang ditunjukkan sepanjang malam tadi, tidak begitu menggalakkan.

Selama ini pun, dalam apa-apa demonstrasi, ahli yang paling ramai adalah PAS. Kalau PAS tidak mengerahkan ahli-ahlinya untuk turun ke jalan raya, yang berdemonstrasi tidak lebih daripada tikus-tikus pasar Chow Kit yang gemuk-gemuk dan berkudis pada seluruh belakang. Nak harapkan orang PKR, samalah seperti mengharap peri dan mambang turun dari langit. Nak harapkan DAP... jangan haraplah sebab DAP adalah tuan kepada Melayu-Melayu dalam PAS dan PKR.

Dalam ucapannya, Hasan Ali membelasah Anwar Ibrahim. Mungkin dia melepaskan geram dan mungkin juga, itulah yang terbuku di dalam hatinya selama ini yang amat sukar diluahkan kerana dia adalah pemimpin dan ahli PAS.

"Sapu anak orang... sapu bini orang... dia kata, dalam penjara pun dia nak jadi Perdana Menteri."

tq(sumber:http://theflyingkick.blogspot.com/2012/01/nasha-haron-din-dan-iskandar-samad.html)

Sunday, January 8, 2012

PAS pecat Hasan Ali



Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

(sumber;http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7453-pas-pecat-hasan-ali)

Monday, December 12, 2011

Hasan Ali Bersedia Tidak Dicalonkan Semula Bertanding PRU-13


12 Disember, 2011 17:47 PM

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali berkata beliau bersedia tidak dicalonkan semula oleh Pas untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Hasan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas kawasan Gombak Setia berkata sama ada beliau digugurkan atau tidak, ia tidak menimbulkan masalah dan halangan serta tidak memerlukan parti atau presiden untuk mengiktiraf beliau dan hanya setia kepada Allah.

"Soal ini (calon) kecil. Agenda nak martabatkan Islam bukan sempadannya Selangor, Perak, Malaysia tetapi alam buana ini. Kalau itu menyebabkan saya kecewa, saya rasa kecil benarlah cita-cita untuk menegakkan Islam itu.

"Saya hendak Allah swt mengiktiraf usaha kecil yang saya jalankan untuk perpaduan umat, untuk bangsa Melayu dan kedaulatan institusi Raja Melayu. Kalau berjuang atas Islam, Melayu tak tertakluk kepada ganjaran sama ada berbentuk wang, jawatan, pangkat sebagainya,"
katanya kepada pemberita di rumahnya di sini Isnin.

Beliau mengulas demikian berikutan kontroversi laporan akhbar semalam yang mengatakan beliau digugurkan daripada menjadi calon Pas bagi bertanding pada pilihan raya umum akan datang, namun dinafikan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor selama lapan tahun itu berkata setakat ini juga pimpinan tertinggi parti tidak memaklumkan apa-apa perkara mengenai sama ada beliau digugurkan daripada menjadi calon ataupun sebaliknya.

"Saya tak tahu berapa pencalonan, berapa saya terima, bila pencalonan dibuka dan ditutup dan berapa cawangan yang menyokong saya, tiba-tiba meletup sahaja (berita) dua hari lepas waktu saya nak terima anugerah (daripada Sultan Selangor)," katanya.

Kata Hassan sebagai kesimpulan beliau tidak pernah berubah dalam hal mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan institusi Raja dan sama ada dicalon atau tidak itu tidak menjadi halangan, bahkan isu ini menjadikan semangatnya lebih kental untuk terus berjuang.

"Cuba anda rasa hati seorang insan, ratusan yang mengucapkan tahniah kepada saya daripada pelbagai tempat tiba-tiba (keluar berita digugurkan kerana) Dr Hasan tak dapat pencalonan cukup? Apa awak rasa sebagai seorang manusia? Dalam hati kecil awak?" tanyanya.

Semalam, Hasan menerima anugerah Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor yang membawa gelaran Datuk sempena Hari keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-66.

Hasan juga tidak menyalahkan Ketua Penerangan Pas Selangor Shaari Sungib kerana mungkin beliau mempunyai niat yang baik apabila memilih untuk mendedahkan perkara ini kepada media secara terbuka.

Tetapi, katanya, setakat yang diketahui dan untuk mengelak kekeliruan berterusan, kaedah pencalonan ialah dengan mengambil kira pencalonan daripada cawangan-cawangan tetapi ini tidak menjadi faktor penentu (pemilihan calon) kerana wujudnya pertimbangan-pertimbangan yang lain.

"Sebagai contoh saya sendiri ditunjuk bertanding di DUN Gombak Setia pada pilihan raya umum lepas dan bukan atas dasar pencalonan daripada cawangan-cawangan.

"Dan begitu juga ketua penerangan Pas negeri sekarang yang bertanding di DUN Hulu Kelang tidak mengikuti proses penerimaan pencalonan daripada cawangan-cawangan di Hulu Kelang dalam pilihan raya umum lepas," katanya.

Katanya dalam amalan parti, isu calon yang bakal bertanding pilihan raya diputuskan oleh Pas Pusat selepas melalui proses penilaian oleh Majlis Syura Ulama.

"Adalah tidak sesuai sekiranya mana-mana individu bertindak untuk mendahului pimpinan tertinggi parti dalam hal ini.

"Saya berharap pimpinan tertinggi parti dapat memantau anggota dan pimpinan di pelbagai peringkat agar tidak membuat sebarang kenyataan yang mendahului pimpinan tertinggi parti demi menjaga keutuhan dan wibawa parti,
" katanya.

Begitupun Hasan berkata beliau merasakan mungkin ada sedikit gangguan dalam parti di peringkat negeri untuk menahan kemaraannya tetapi ia hanya spekulasi darinya sendiri dan berharap itu tidak berlaku.

Katanya, beliau akan terus bekerjasama dengan Pas dan pakatan pembangkang selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja dan tidak semudah itu untuk keluar daripada Pas jika menghadapi masalah dalaman parti.

Ditanya sama ada beliau setia kepada parti dan pakatan pembangkang, Hasan berkata: "Saya setia kepada Allah. Kepada umat, dalam konteks ini, saya tidak suka menggunakan istilah setia, tetapi bekerjasama".

Mengenai soal perpaduan umat dan masyarakat Malaysia, beliau menawarkan diri untuk menjadi anggota jawatankuasa peringkat negeri mahupun persekutuan dan mendakwa mempunyai jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Hasan berkata ramuan yang diperolehnya itu sudah dicuba berbelas-belas tahun dalam melahirkan perpaduan yang sejati dan berdasarkan Islam.



-- BERNAMA

(sumber:http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=633602)