Memang sesuatu yang cukup mengejutkan apabila sebuah filem yang pro komunis dengan mudah dapat ditayangkan manakala filem sejarah perjuangan Bekas Perdana Menteri kita ditangguhkan banyak kali seolah-olah ianya merupakan sebuah filem “jenayah berat”. Kami rakyat Malaysia menuntut perkara ini dihakimi dengan sewajarnya.
Ini menunjukkan tanda-tanda yang amat ketara bahawa mereka yang bertanggungjawab dalam memberi kelulusan penayangan filem merupakan pihak yang menyokong pembangkang. Sekiranya mereka ini menafikan bahawa mereka dari pihak pembangkang, adakah mereka cuba memberitahu rakyat bahawa mereka merupakan pengecut tahap kronik yang melutut kepada pembangkang.
Filem pro Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero berjudul The New Village bakal ditayangkan di pawagam Negara kita mulai 23 Ogos yang merupakan bulan kemerdekaan negara. Tayangan trailer filem tersebut menceritakan kisah masyarakat Cina di Kampung Baru telah mula tersebar sejak minggu ini.
Astro Shaw jelas amat tidak sensitif terhadap penderitaan mangsa kekejaman komunis terutamanya bekas perajurit ataupun sebenarnya mereka merupakan penyokong tegar pihak pembangkang. Maka pihak-pihak yang terlibat harus menbuka mata dan telinga mereka agar tidak terlepas pandang perkara-perkara penting yang mampu menggugat keselamatan Negara.
Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan wajib mengambil tindakan sewajarnya jika benar filem tersebut mengagungkan komunis seperti dalam tayangan trailer. Filem sejarah negara seperti Tanda Putera telah ditangguh beberapa kali akibat desakan bukan Melayu yang berterusan cuba menukar sejarah perjuangan Negara kepada pro komunis.
Filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan dan perjuangan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam mendepani tragedi 13 Mei 1969 telah tiga kali ditunda. Alasan konon tidak mahu menimbulkan konflik dan kontroversi ketika negara sedang dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 Mei lalu amat mengecewakan kami rakyat Malaysia yang amat berbangga dengan sejarah Negara yang telah dipaparkan dalam filem Tanda Putera.
Sesungguhnya pihak pembangkang harus menerima hakikat kebenaran sejarah perjuangan UMNO dalam merealisasikan keamanan Negara. Begitu juga hakikat komunis merupakan anasir subversif yang telah menghuru harakan Negara dan membunuh ramai rakyat Negara kita dan membawa banyak penderitaan terhadap rakyat. Kekejaman komunis masih menghantui dan terus menjadi igauan ngeri kita namun ianya cuba diangkat sebagai hero oleh bangsa Cina yang lupa diri aka asal usul mereka.
MELAYU JANGAN MUDAH LUPA TENTANG KEKEJAMAN KOMUNIS
Sempena menyambut hari kemerdekaan yang ke-53, biarlah saya memperingati semula bagaimana kekejaman komunis di era zaman dharurat mungkin kita sudah terlupa kerana kekejaman ini berlaku hampir seabad yang lalu Apabila kedudukan dan keistimewaan orang Melayu semakin dicabar, Islam semakin dihina, yang dulu wira dianggap musuh, yang dulu musuh kini dianggap wira! benar, aku bercakap tentang Parti Komuni Malaya(PKM) yang kini mula digambarkan sebagai pejuang kemerdekaan sedangkan ribuan anggota keselamatan dan orang yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman mereka sewaktu darurat dulu
Bagi yang terlupa atau buat-buat lupa, sejarah PKM bermula semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. PKM telah bekerjasama dengan British untuk memerangi Jepun. PKM berjaya mempengaruhi British untuk membebaskan semua tahanan politik yang berhaluan kiri.
PKM lah yang membentuk MPAJA untuk berjuang ala gerila menentang Jepun. Selepas berjaya mengusir tentera Jepun, satu konflik timbul disebabkan polisi tentera British yang sebenarnya anti-komunis.
MPAJA atau Bintang Tiga mendakwa British berjanji untuk menyerahkan negara ini kepada mereka kerana mereka menyokong British tetapi apabila janji ini tidak ditunaikan, gerila MPAJA telah memberontak dan mengganas dengan membunuh ramai orang yang dianggap bersekongkol dengan Jepun yang kebanyakannya orang Melayu. Menurut ahli akademik Cheah Boon Kheng di dalam buku “Red Star Over Malaysia” konflik perkauman itu mencapai kemuncaknya semasa dan selepas kekosongan kuasa (interregnum) dari 15 Ogos hingga 3 September 1945 berikutan dengan pengunduran tentera Jepun.
Ketika tentera Jepun berundur ke bandar-bandar utama, gerila Cina yang dipimpin oleh pergerakan yang diterajui oleh Komunis iaitu MPAJA, keluar daripada hutan dan menguasai 70% kampung dan bandar-bandar kecil.
Mereka membalas dendam terhadap individu yang didakwa bersubahat dengan Jepun terutama pegawai Melayu, polis dan ketua kampung sehingga mewujudkan suasana kezaliman (reign of terror).
Di beberapa bahagian Semenanjung, orang Melayu bertindak balas sehingga ramai orang Cina terbunuh di tangan kumpulan yang diketuai para ulama yang berjihad menentang musuh.
Selain kemusnahan harta benda, apa lagi yang komunis lakukan selama 42 tahun daripada 1948 hingga 1990?
Sejumlah 1,444 orang anggota polis telah terkorban, manakala 1,883 lagi anggota polis telah cedera angkara PKM.
Seramai 2,558 orang awam terbunuh dan 1,490 orang awam cedera akibat kekejaman komunis.
Pada 23 Februari 1950, 17 anggota polis telah terkorban di Bukit Kepong akibat kekejaman komunis. 200 orang pengganas komunis telah menyerang dan membakar balai polis di Bukit Kepong. Hampir kesemua anggota polis ini dibunuh komunis dalam balai polis tersebut
Apa yang memalukan, 200 orang pengganas komunis ini diketuai oleh orang Melayu sendiri yang bernama Muhammad Indera dari Kompeni Bebas Ke-4, Komunis. Melayu digunakan oleh komunis untuk membunuh orang Melayu yang lain. mangsa kekejaman Bukit Kepong
Bukan sekadar membakar balai dan berek kelamin, malah komunis juga telah mencampak hidup-hidup Hassan Bin Abu Bakar (anak seorang konstabel polis) ke dalam api. Al-Fatihah...
Begitulah kejamnya Parti Komunis Malaya
Dan hari ini mereka dengan bangganya mengatakan bahawa mereka pejuang sejarah kerana matlamat mereka menyertai PKM kerana ingin menghalau penjajah British aku boleh bersetuju dengan fakta itu, tetapi bagaimana pula dengan fakta kekejaman di atas?
buat PKM, terima kasih kerana cuba meyakinkan kami generasi muda yang anda adalah wira…tapi hanyir darah datuk dan moyang kami yang tumpah demi mempertahankan agama, bangsa dan tanah berdaulat ini tidak akan hilang buat selama-lamanya bahkan ia akan melekat pada tubuh dan tulang-temulang kami sebagai tanda yang kami tak mungkin lupa, dosa dan kezaliman yang dulunya tercipta
Ingat, dalam apa juga keadaan, matlamat tidak boleh menghalalkan cara! Ingat walau pun komunis menggunakan apa cara sekali pun modus operandinya adalah sama iaitu mempergunakan orang melayu untuk membunuh orang melayu sendiri, mempergunakan guru agama untuk memperdayakan orang melayu, memasuki semua surau dan masjid demi meraih undi dari orang melayu, mecari keypoint iaitu orang melayu yang paling dihormati untuk dipergunakan....semua ini sudah dilakukan pada zaman dharurat lagi kini perkara itu kembali lagi..
Menyaksikan kekejaman Panganas Komunis Penjenayah yang dicanang sebagai hero
Catatan, bukti kezaliman Bintang Tiga terus hantui penduduk Lenggong, Grik
LENGGONG, GRIK dan isu komunis - satu kaitan fakta sejarah yang kekal dalam ingatan dan menjadi igauan masyarakat yang menyaksikan puluhan ribu anggota keselamatan terkorban mempertahankan negara dengan pelbagai peristiwa kekejaman komunis.
Kawasan itu yang dulunya dikelilingi hutan belantara dan banjaran di situ diakui kawasan hitam kerana menjadi laluan komunis menghubungkan utara ke Pantai Timur serta bersempadan dengan Thailand. Kesian kepada Pak Lebai ini!!kurang pemahaman sejarah
Ketika pihak pembangkang berbicara mengenai soal kemasukan bekas Ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, sewajarnya generasi muda perlu ada keinsafan dan kesedaran bahawa bantahan suara rakyat menghalang kemasukan ketua komunis itu amat berasas, bukan sekadar gimik politik.
Sebenarnya Chin Peng (Lahir 21 Oktober 1924) nama samarannya Ong Boon Hwa juga ketua Parti Komunis Malaya. Chin Peng bukan berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai, Chin Peng adalah seorang Cina Kantonis yang dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan iaitu kampung yang sama dengan Ngeh Ko Ham juga ADUN Sitiawan sekarang. Kini Ngeh juga dikatakan ada talian saudara yang sangat rapat dengan Chin Peng . Chin Peng merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi yang teruk di China tahun 1930.
Berbalik kepada peristiwa di Lenggong saja sudah banyak peristiwa berdarah berlaku, pembunuhan anggota keselamatan dan penduduk yang enggan bekerjasama. Bahkan, lebih 100 bekas Konstabel Khas (SC) di Perak berhasrat membuat perarakan bantahan besar-besaran jika hasrat membawa pulang Chin Peng diteruskan. Pendirian itu memang tepat pada masanya, kerana mereka yang bersabung nyawa mempertahankan negara dan jika hasrat itu diteruskan, ibarat luka lama berdarah kembali.
Di perkampungan kecil Changkat Berangan, kira-kira 15 kilometer dari pekan Lenggong, tinggalan kesan aktiviti dan kekejaman komunis masih jelas kelihatan. Cuma, ia tidak dipelihara dan terjaga yang memungkinkan dua persoalan mengenai kedudukannya sekarang.
Pertama, kemungkinan penduduk langsung tidak mahu mengingati kekejaman komunis akibat pemahan sejarah sudah tidak menjadi satu nilai lagi, keduanya memang tiada sebarang usaha mana-mana pihak mahu memelihara tinggalan sejarah itu sebagai tatapan generasi muda untuk menyedarkan pentingnya hidup dalam keadaan aman.
Antara secebis tragedi berdarah yang berlaku di situ ialah Peristiwa Bechah Kemahang yang berlaku di Changkat Berangan, Lenggong pada 1952, ketika era komunis mengganas memuncak. Kesan tempat kejadian dan sarang komunis masih jelas kelihatan.
Pondok estet tempat komunis menggantung hingga mati tiga penduduk ada, cuma gua tempat persembunyian mereka yang digunakan untuk mengurung lebih 20 penumpang bas agak tersorok di hutan di banjaran Bintang Hijau.
Pada tahun yang sama juga berlaku nahas udara sebuah pesawat penyerang dan pengebom British, Bristol Brigand PH755 yang terhempas ketika operasi mengebom sarang komunis di kawasan berkenaan menyebabkan tiga krew pesawat terbunuh.
Semua kesan tinggalan sejarah penentangan komunis itu masih ada, cuma tidak dijaga, dibiarkan bahan sejarah dimamah usia dan berkemungkinan hilang terus pada pandangan mata dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Menyingkap ringkas Peristiwa Bechah Kemahang, Ketua Kampung Changkat Berangan, Hassan Shahriman Sulaiman, 68, berkata peristiwa bersejarah itu patut didedahkan kepada masyarakat umum, apatah lagi ketika ini muncul pihak tertentu yang seakan menyebelahi perjuangan komunis.
Peristiwa itu merujuk kepada serangan komunis ke atas sebuah bas awam ulang alik dari Taiping ke Grik yang digelar penduduk sebagai Mail Car kerana sering membawa bungkusan pos dan penumpang pada 1952. Ketika tiba di Bechah Kemahang, semua 30 penumpang diarahkan turun kerana komunis mengesyaki bas itu membawa anggota risik. Selepas menggeledah dan menyoal siasat, komunis tidak menemui individu dikehendaki menyebabkan mereka bertindak ganas.
Berdasarkan cerita lisan daripada datuk saya, Osman Mat Piah, komunis menggantung sampai mati seorang wanita Cina dan dua wanita Melayu di pondok estet di tepi jalan. Penumpang lain dibawa ke gua di Bintang Hijau dan dikurung.
Mereka mencabar penduduk, jika mahukan tebusan hidup datanglah selamatkan. Ketika itulah muncul tujuh bersaudara terdiri daripada pasukan Homeguard tempatan bangkit menyerang kubu berkenaan dan menyelamatkan tebusan, katanya.
Homeguard tujuh bersaudara itu terdiri daripada Osman Mat Piah bersama dua beradik, Hussien dan Yaakob disertai tiga lagi anak Yaakob iaitu Mior Ahmad, Mior Kassim dan Mior Ariffin serta menantunya, Sulaiman Pandak Yusoff.
Bersenjatakan senapang patah dibekalkan kepada pasukan kawalan kampung, tujuh bersaudara itu berjaya menyelamatkan tebusan selepas berlaku pertempuran selama tiga hari menyebabkan semua 30 komunis terbunuh.
Polis yang menerima maklumat pertempuran menghantar pasukan diketuai pegawai British membantu menyerang komunis. Bagaimanapun, rasa terkilan wujud di kalangan penduduk kerana sumbangan tujuh bersaudara itu langsung tidak dicatatkan dalam sejarah sehingga kini.
DARI Changkat Berangan menuju ke banjaran Bintang Hijau, pasti akan menemui lokasi yang dikatakan sarang komunis. Kedudukannya di lereng bukit di tanah agak rata memang strategik untuk pertahanan jika diserang.
Beberapa tinjauan mendapati, menemui satu kawasan lapang di tengah hutan. Kawasan itulah yang dikatakan sarang komunis dan logiknya memang ada kerana di tengah hutan tebal, terdapat kawasan yang seolah-olah dibersihkan.
Pokok besar masih kekal, tetapi di bawahnya cuma tinggal pokok hutan renek setinggi paras lutut orang dewasa, menunjukkan seolah-olah ia pernah menjadi penempatan untuk tempoh yang lama.
Di kawasan dianggarkan 200 meter persegi itu kelihatan wujud satu lubang besar seperti kawah yang dalamnya melebihi paras lelaki dewasa. Kawah besar itu adalah bekas letupan bom yang dijatuhkan pesawat pengebom British ke atas kedudukan sarang komunis.
Info:
Krew pesawat Bristol Brigand RH 755 yang terkorban.
* Juruterbang: Basil Cochrane,
* Sarjan James Blacklock Armstrong.
* Cyril John Alexander Cox.
Banjaran Bintang Hijau
* Mendapat nama sempena kedudukan kumpulan komunis Bintang 3 dan Bintang 5.
* Laluan ke sempadan Thailand (seminggu perjalanan).
* Dikelilingi berbelas kampung Baru Cina yang diwujudkan semasa darurat.
* Pernah menjadi laluan gerila dan Force 136.
* Pernah diisytiharkan kawasan hitam pada 1950-an, 1960-an dan 1970-an,
Antara kezaliman komunis sekitar Lenggong dan Grik:
* 800 komunis mengganas di Grik, Lenggong, Baling dan di Kroh sehingga menjadi padang jarak padang tekukur.
* Bermula 1945, membakar rumah penduduk kampung yang enggan menerimanya sebagai pihak berkuasa iaitu:
* Bukit Buloh.
* Malau.
* Kubang.
* Kuala Kenering.
* Sungai Terap.
* Kampung Chua.
* Kampung Beko
* Manong
* Kampung Chepor
* Bukit Sapi, Lenggong.
Tujuh bersaudara Homeguard
* Osman Mat Piah
* Hussien Mat Piah
* Yaakob Mat Piah
* Mior Ahmad Yaakob
* Mior Kassim Yaakob
* Mior Ariffin Yaakob
* Sulaiman Pandak Yusoff (menantu Yaakob)
Janganlah sesudah mencapai kemerdekaan 53 tahun kita membiarkan negara kita dijajah semula.
Saya juga ingin mecadangkan kepada kerajaan supaya sejarah keganasan komunis diberi pendedahan terutama kepada generasi muda yang lupa sejarah. Ini mengelakan pihak lain mengambil kesempatan memanipulasikan sejarah dan menjadikan Komunis sebagai wira negara Ingat Komunis mempunyai pelapis sehingga kini