Friday, October 9, 2009
Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin memberitahu kepada wartawan Harakahdaily
Adakah Umat Islam sebegini yang akan lahir pada masa akan datang?
Cuba Renungkan....
Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin memberitahu kepada wartawan Harakahdaily, "Lihat kualiti calon, bukan lihat jenama parti. Pilih calon yang baik pada nilaian agama dan berkemampuan pada nilaian politik. Jika sekadar berkemampuan sahaja, tapi tidak amanah, maka penyelewengan akan berlaku."
1. Siapa calon yang dimaksudkan oleh Dr. Asri? Adakah calon itu Anwar Ibrahim yang beria-ria menjadi Perdana Menteri Bawah Pokok?
Siapa Anwar Ibrahim yang kita kenali selain 'laki' Azizah dan ayah Nurul Izzah? Seorang peliwat, penipu dalam perjuangan, murtad dalam membela Syariah Islam, perasuah, menyalahgunakan wang kerajaan untuk mencapai cita-cita dalam politik dan perampas bini orang!
2. Kata Dr. Asri, "para pengundi mestilah memilih calon dan bukannya parti yang bertanding...
Kalau begitu kenapa orang PAS masih sokong Nizar Jamaluddin menolak perlaksanaan hukum hudud di Perak?
Kenapa PAS beria-ria menyokong Elizaberth Wong dari PKR yang terang-terang 'berbogel' dan melakukan maksiat dengan Helmi? Kenapa PAS menyokong DAP walaupun Dr Hassan Ali menentang penjualan arak di Selangor?
3. Sambung Dr. Asri, ... sekaligus merujuk istilah siyasah syariyyah yang disebut al-Quwwah dan al-Amanah iaitu yang ada kekuatan atau kemampuan atau ketangkasan melaksanakan tugas serta amanah terhadap tugasan tersebut.
Adakah Nik Aziz menjalankan syariah berkenaan? Nik Aziz yang sering sakit masih memegang jawatan Menteri Besar dan Mursyidur Am PAS tidak disuruh mengikut tugas dan amanah mengikut al-Quwwah dan al-Amanah.
Masalah jenayah berleluasa, maksiat, pengangguran, yang tidak berkesudahan tiada pembangunan...itulah ciri-ciri kepimpinan Ulama PAS.
4. Dr. Asri memberitahu, "Jika sekadar amanah sahaja tetapi tidak berkemampuan atau tangkas dalam tugasnya, maka tanggungjawab akan terbengkalai.
Bodoh juga wartawan PAS, kenapa tidak memahami apa yang diperkatakan oleh Dr. Asri. Setahu abe MIE, wartawan Harakah kebanyakan dari lulusan Al-Azhar, Mesir takkan tak faham tersirat kata-kata berkenaan.
Wartawan PAS tidak perasan kenyataan Dr.Asri secara 'tertidur' menyindir pemimpin PAS yang bersekongkol dengan DAP dan Bapa Yahudi Anwar Ibrahim.
5. "Jika kita sesama Muslim bergaduh dan berperang di antara satu sama lain, apa yang akan terjadi kepada masa depan umat Islam dalam negara ini?", ujar Dr. Asri lagi.
Siapa dahulu yang melancarkan 'peperangan'? Pengikut dari parti mana yang mula-mula menghina Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang lalu lalang semasa penamaan calon di 8 pilihan raya kecil sebelum ini?
Adakah kita sudah lupakah tentang Fatwa Haji Hadi yang telah merosakkan pemikiran dan budaya Melayu dan Umat Islam di Malaysia sehinggalah lahir sembahyang dua imam dan tidak menyembahyangkan jenazah orang UMNO!
6. Nasihat Dr. Asri, "Maka mereka dalam apa pun tindakan hendaklah memastikan masa depan Islam tidak tercalar dengan apa yang mereka lakukan.
Siapa yang menyokong pembinaan kuil di Shah Alam dan menuduh UMNO sebagai tualang kejadian kepala lembu?
Siapa yang menghina Pak Lah dan Islam Hadhari sehingga kini umat Islam layak dianggap kelas 'paria'?
Siapa yang menyokong kebebasan beragama di majlis anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) kalau bukan Anwar Ibrahim. Siapa yang membenarkan terjemahan ayat al-Quran di dalam bahasa Melayu kalau tidak Lim Kit Siang, bapa kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz?
Siapa yang memberitahu 'Allah for All' sebagaimana perjuangan politiknya 'PAS for All' seolah-olah Islam setanding agama Budha, Falsafah Tao Tze, Hindhu dan Kristian?
Siapa yang mengeluarkan kenyataan politik yang Islam yang diamalkan oleh orang UMNO Islam Plastik? Adakah itu semua 'fatwa' ciptaan Najib Tun Razak dan pemimpin UMNO?
abe MIE- Terfikir nasihat Dr. Asri ditujukan kepada pemimpin PAS, namun mereka semua pemimpin yang memiliki hati yang buta dan gagal mendapat hidayah untuk menerima nasihat orang lain. Mereka berlagak seperti Maharaja Firaun tetapi berimej jubah dan serban.
Posted by abe MIE 'TERJAH' at Friday, October 09, 2009
(sumber;http://pkrpasdap.blogspot.com/2009/10/wartawan-harakah-bodoh.html)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment