Sunday, May 16, 2010
Akibat berkasih pada yang tak sudi.
Melihat kepada keputusan PRK Sibu,jelas membuktikan pengundi Cina tetap dengan pendirian mereka menyokong pembangkang lebih lebih lagi calun DAP.
Pemimpin MCA dan Gerakan tak payah lagi menuding jari nak menyalahkan Perkasa lah,pasal isu itu, isu ini dan bermacam macam lagi alasan untuk menyatakan kelemahan ini di sebabkan oleh UMNO yang di tuduh masih mempunyai sikap perkauman.Wal hal kita tak nampak keseriusan pemimpin MCA dan Gerakan memberi penjelasan tentang amalan BN dalam konteks kontrak sosial malah jauh sekali mempertahankannya.Mereka juga sama seperti DAP dalam memperjuangkan kepentingan Bangsa mereka.
Yang tak serik serik PM kita,kena tipu di Hulu Selangor dengan berjuta peruntukan untuk kepentingan masyarakat Cina namun undi tetap kepada pembangkang ,di Sibu kena tipu lagi berlipat ganda peruntukan (RM18 juta) di beri untuk kepentingan masyarakat Cina namun undi mereka tetap kepada DAP.Hidung tak mangcung pipi tersorong sorong.
Orang dah benci kita,dah tak sokong kita dan sedang berusaha keras memujuk orang Melayu hanyut tak sedar dik untung bersekongkol dengan puak2 Cina ni untuk jatuhkan pimpinan UMNO.
Kenapa kita masih tak sedar ,Kenapa nak berkasih lagi pada orang yang dah tak sudi.Apa guna kita berbelanja sekian banyak wang sedangkan ianya bagaikan mencurah air di daun keladi.
Mereka banyak wang,mereka boleh biaya apa saja untuk kepentingan masyarakat mereka,mereka dah tak perlukan UMNO dan BN lagi.Selagi Anwar dan orang Melayu seperti Anwar masih hidup dan terus berjuang dan berjanji untuk menaikkan kuasa pemimpin2 Cina,menghapuskan hak orang Melayu,memperjuangkan konsep DAP (Malaysian Malaysia) selagi itulah jangan mimpi orang cina nak sokong BN sehingga BN mengikut saja kehendak mereka agar Cina diberi sama hak dan taraf dengan orang Melayu.
Alang alang mandi biar basah,menyelok perkasam biar sampai kepangkal lengan,adat berjuang biar mati di medan perang,maskipun mati biar lah mati bermaruah.Dari pada semua calun MCA dan Gerakan kalah di kawasan mejoriti pengundi Cina biarlah mereka langsung tak ada wakil dalam BN.
Kita desak berikan saja semua kawasan pilihan raya mejori orang Melayu kepada calun UMNO.Kalau orang Cina nakkan pemimpin mereka dalam kerajaan mereka terpaksa beri kemenangan kepada calun MCA dan Gerakan yang bertanding di kawasan mejoriti pengundi mereka.
Kembalikan semula semangat orang Melayu kepada UMNO ,bangkitkan semula semangat DEB,laungkan pasal 3,152 dan 153 agar perjuangan UMNO untuk membela nasib orang Melayu benar benar di rasai dalam jiwa orang Melayu.Perkukuhkan kedudukan raja raja Melayu.Kalau perlu bawa PAS bersama perjuangan ini.
BERKASIHLAH PADA YANG SUDI.
Posted by Datuk Hj Hasnoor Sdg Husin at 12:23 PM
(SUMBER;http://datukhasnoor.blogspot.com/2010/05/akibat-berkasih-pada-yang-tak-sudi_16.html)
Showing posts with label Datuk Hasnoor Sdg Husin. Show all posts

Monday, May 17, 2010
Datuk Hasnoor Sdg Husin: P 94 MERUNGKAI KEPEDIHAN DALAM KEMENANGAN
Sunday, April 25, 2010
P 94 MERUNGKAI KEPEDIHAN DALAM KEMENANGAN
Tahniah di ucapkan di atas kemenangan Calun BN Kamalanathan yang menewaskan calun PKR Dato' Zaid Ibrahim dengan mejoriti 1,725 undi.Tahniah dan syabas kepada PM,TPM serta seluruh jentera BN yang bermatian bekerja untuk memenangkan calun BN.
Pertambahan sokongan pengundi India kepada BN memang sudah di duga lantaran calun BN adalah Kamalanathan yg sebangsa dengan mereka.Namun dalm perjalanan saya masih terlihat anak anak muda India yg sibuk menaikan poster,bena dan gambar besar Dato' Zaid di pekan pekan kecil yang saya lalui.sekali gus menunjuk masih terdapat pengundi India yang tidak menyokong BN walaupun BN meletakkan seorang yang berbangsa India (MIC) sebagai calun.
Malangnya BN telah kehilangan 4,000 undi daripada pengundi Cina berbanding PRU 12,semua peti undi mejoriti kaum cina BN mengalami kekalahan yang sangat teruk .Ini membuktikan kepada kita masyarakat cina telah nekad dalam apa keadaan sekali pun mereka tetap pembangkang walaupun PKR meletakkan calun Melayu.Peruntukan,projek,masaalah dalam MCA dan keturunan calun tidak menjadi faktor yang boleh merubah pendirian pengundi Cina.Berjuta Peruntukan serta janji projek untuk kepentingan kawasan dan masyarakat Cina yang di umum kan oleh PM langsung tak dapat mengubah pendirian mereka.Kemerosotan undi Cina ini seolah olah satu ejekan dan penghinaan kepada PM yang di ibaratkan seperti mencurah air kedaun keladi.
Melihat kepada peluang dari kemelut politik orang orang Melayu maka bangsa Cina sudah bergerak mahukan kuasa dalam kerajaan atau menguasai kepimpinan sekaligus boleh menentukan dasar dasar yang di buat oleh kerajaan.Selagi Anwar,Khalid dan Zaid(IBRAHIM) bersetuju melaksanakan tuntutan hak sama rata (Malaysian Malaysia) yang di perjuangkan oleh DAP selagi itulah jangan mimpi lah BN boleh dapat sokongan kaum Cina.Wayang MCA dan Gerakan sudah semakin ketara.Wajarkah janji PM peruntukan RM3 juta kepada sekolah Cina itu di tunaikan?.
Kesian tengok orang Melayu berkorban,berkorban,berkorban,tak kesah walaupun calun berbangsa India tetap juga berjuang sehingga bertambah 6,000 undi kepada BN.Isu masjid atau kuil langsung tak boleh merubah pendirian pengundi Melayu yang akur dengan kepimpinan UMNO yang meletakkan India sebagai calun BN. Mungkin mereka tak sedar semakin hari semakin mereka kehilangan tempat berpaut.Pucuk pimpinan berhempas pulas nak memenuhi tuntutan kaum Cina,satu demi satu hak bangsa Melayu di tarik balik.Selagi kaum Cina tak menyokong BN selagi itu pucuk pimpinan UMNO mencari apalagi hak orang Melayu yang boleh di hapuskan.
Salah satu prinsip 1 Malaysia (Rakyat di dahulukan dan Pencapaian di utamakan) adalah memaksa orang Melayu menerima amalan MERITOKRASI yang membawa pengertian sesuatu peluang yg di ujudkan kerajaan hendaklah di rebut dan pilihan hanya berpaksikan kepada kebolehan,kekuatan,pencapaian dan kecekapan tanpa mengira bangsa dan keturunan.Akhirnya Perlembagaan yang di laungkan hanya menjadi Muzium untuk di lawati.Sementara Orang cina menolak BN atas alasan mereka mahu menghapuskan pasal 152 dan 153 perlindungan dan keistimewaan terhadap bangsa Melayu ,Pemimpin kita pula semakin kurang minat untuk mempertahankannya.Ingatlah Kalau bukan kerana pengundi Melayu tak mungkin BN menang.JANGANLAH BUAT SAMPAI ORANG MELAYU TERLALU KECIWA.........
Tulisan ini berdasarkan seminggu saya sebagai penceramah BN di Bkt Sentosa dan Bakawali,serta keikhlasan saya sebagai aktivis dan pejuang UMNO.Maaf andai saya terlalu ber emosi.
Posted by Datuk Hj Hasnoor Sdg Husin at 7:41 AM
(SUMBER;http://datukhasnoor.blogspot.com/2010/04/p-94-merungkai-kepedihan-dalam.html)

Subscribe to:
Posts (Atom)