Showing posts with label zamkata. Show all posts
Showing posts with label zamkata. Show all posts

Thursday, April 2, 2015

HARI INI KITA RAYAKAN KUASA PENGGUNA KE ATAS KAUM PENIAGA YANG RAKUS DAN KEJAM


MASA UNTUK AJAR MAMAK

KOMEN:

TAN MELAKA 1 APRIL 2015:
Dengan hanya mamak Mydin istiharkan " Nohting' s Going up" tidak berarti mamak -mamak restoran tidak naikan harga ROTI  canai dan teh tarik. Inilah masanya untuk kerajaan betul-betul  ajar mamak-mamak  supaya mereka  sedar kerajaan tidak bodoh. Sudah lama mereka menipu orang Melayu terutama penagih Teh Tarik. 

HARI INI KITA RAYAKA...

Walaupun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula hari ini tetapi  pagi ini  saya beli bihun  campur mi bungkus dua ringgit  disebuah kedai Melayu,(boleh makan dua orang),minum teh tarik dan makan roti canai di kedai mamak di Presint Deplomat Putrajaya dengan harga biasa,Pelanggannya juga ramai seperi biasa.

Menjelang perlaksanaan  GST, gulongan yang tidak tahu berterima kasih kepada negara ini cuba cetuskan panik dengan serbu ke kedai untuk  beli barang sebanyak-banyaknya seolah olah tidak akan membeli lagi untuk selama-lamanya, malangnya ada juga segelintir orang Melayu juga turut panik.

Sejak lebih setahun lalu,  kerajaan  telah memberikan penerangan  berjela-jela ,menerbitkan risalah, audo visual   di   TV dan Radio yang sukar untuk difahami oleh rakyat biasa malah diketawakan oleh orang yang cerdik . Entah berapa juta yang dikeluarkan untuk iklan dan promosi.

Sepatutnya dari awal lagi, kerajaan menjelaskan dengan fakta, alasan dan  bahasa yang mudah bahawa matlamat GST ini adalah untuk memerangi gulongan peniaga yang tamak haloba,penipu dan penindas yang lari dari membayar cukai yang sewajarnya,yang  mengexploitasi  gulongan  pengguna  yang besar dan kuat di negara ini untuk mengkayakan diri mereka tanpa batas.

GST adalah untuk memerangi gulongan kapitalis yang kejam dan tidak berperi kemanusiaan yang tidak sahaja berwajah biasa,tetapi Tan Sri, Datuk dan lain lain lagi..

Kesan besar dari perlaksanaan GST ini kelak ialah dapat mengurangkan amalan  "ekonomi gelap", kecurangan peniaga-peniaga yang tidak membayar  cukai dengan sepatutnya dan lebih banyak membayar rasuah kepada pegawai- pegawai Jabatan Cukai  dan Kastam untuk menipu melarikan cukai atau  mengurangkan pembayaran cukai yang sewajarnya dan lain lain lagi yang perlu di bayar.

Mereka mendakwa sumbangan cukai mereka   telah membantu memaju dan  mengkayakan negara ini tetapi kekayaan mereka di dalam dan luar negara mungkin  lebih besar dari kekayaan negara sendiri.Bila kesetiaan mereka dipersoalkan mereka mengungkit- ngunkit  tentang sumbangan mereka.  Jika mereka membayar cukai dengan sebenarnya maka mungkin lebih besar jumlah rakyat  miskin di negara ini yang dapat dibantu.

Oleh itu  seluruh rakyat yang taat setia yang tidak menguasai kekayaan negara ini  hendaklah merayakan hari ini sebagai hari bersejarah yang mencatitkan kebangkitan kuasa pengguna dan kuasa rakyat keatas kaum penindas, kaum kapitalis yang rakus dan kejam yang telah bermaharajalela sekian lama  di negara ini.

Bagaimanapun percayalah mereka tetap ada jalan untuk meneruskan ekonomi gelap kecuali jika kita tidak lagi mempunyai pegawai-pegawai kerajaan;  terutama pegawai  kastam  dan  cukai yang tidak rasuah yang pandai untuk membantu mereka ini.


Friday, May 10, 2013

SIKAP PREJUDICE KETUA PENGARANG AKHBAR THE STAR TERHADAP UTUSAN MALAYSIA.


FRIDAY, 10 MAY 2013 Posted by 


The Star tidak lagi dapat menyembunyikan kecendorongannya kepada pihak yang disokongnya sekalipun terpaksa memijakfraternity kewartawanan( persahabatan kewartawanan)  apabila secara terang terang menyalahkan hanya  Utusan Malaysia sebagai perkauman kerana tajuknya " Apa lagi Cina Mahu?"

Dengan meletakan keratan akhbar Utusan Malaysia diatas rencananya tanpa menyebutkan dalam tulsannya bertajuk Win Them Over, Dont Blame Them di akhbar itu 8 Mei ,Ketua Pengarangnya Datuk  Wong Chun Wai   jelas menujukan  kritikannya  kepada Utusan Malaysia.

Lebih jelas lagi bila beliau menyebutkan "Tidak perlu mesej yang mengugut dan laporan  yang berbau perkauman menerusi pantas media social atau tradisi. Ia bukan sesuatu  yang sihat bagi negara apabila  akhbar perdana Bahasa Malaysia condong kepada perkauman dalam edisinya semalam."
Katanya lagi " In highly charged political atmosphere,racial remaks can be easily magnified and such folishness shpuld be avoided."

Datuk Wong tidak bersikap adil dan seimbang sebaliknya bias dan prejudis kerana beliau tidak  menunjuk pula  kepada akhbar akhbar Cina  yang telah sekian  lama menyiarkan rencana berita dan sebagainya yang bertentangan dengan dasar dasar Perlembagaan Malaysia malah bersifat menghasut .( Jika Datuk Wong mahu keratannya boleh saya berikan).

Malah sewajarnya Datuk Wong mengambil perhatian berat apabila menyuarakan agar tidak sahaja melihat kesilapan Utusan Malaysia.Sebagai Pengarang bagi sebuah akhbar Inggeris yang dibaca oleh semua kaum,Datuk  Wong sewajarnya berfikiran bebas selarasan dengan perjuangannya untuk kebebasan media nasional dan tidak terkongkong oleh kecendorongan politiknya dan kepada rasismenya
Siapa yang bodoh? Utusan Malaysia bodoh,Ketua Pengarangnya Datuk Aziz Ishak bodoh? Suara Melayu bodoh? Adakah Ini merupakan  pandangan seorang Cina Ketua Pengarang Akhbar  atau pandangan DAP atau pandangan menyeluruh masyarakat Cina terhadap Melayu.

Utusan Malaysia mempunyai sejarah perjuangan hebat  yang panjang ,sudah mejangkau lebih 70 tahun usianya,. Ia telah menjadi suara perjuangan kemerdekaan rakyat dari sejak di Singapura, suara nasionalis,suara orang sosialis dan sekarang adalah suara Malaysia yang komited kepada Perlembagaan Negara? Suara yang lebih mementingkan perjuangan dari bernabikan wang.Adakah suara suci dan berani ini suara bodoh? 

Apa yang dilakukan oleh Wong adalah tidak beretika kerana secara langsung mengkeritik sebuah akhbar lain yang tidak sama dasar dengannya sedangkan  Utusan Malaysia dalam penyiaran penyiaran berita atau rencana mengenai perasaan marah pembaca terhadap The Star mengenai pekara pekara yang menyentuh perasaan orang Melayu, tidak pernah menyebutkan namanya  sebaliknya hanya menyebutkan sebuah akhbar Inggeris.

Saya pernah mengkeritik The Star kerana menyiarkan tulisan seorang keluarga diraja yang menghina  UMMO  tetapi Utusan tidak menyiarkan nama akhbarnya. Ini adalah merupakanfraternity kewartawanan yang tidak tertulis kecuali jika dalam petikan berita. 

The Star yang bagitu simpati  kepada pembangkang sebelum  tsunami  2008,tidak berselindung lagi dalam  merujukan kepada  Utusan Malaysia bila dikeritik oleh dan masyarakat Cina .( Jika Datuk Wong mahu keratannya  saya boleh berikan).

Saya tidak menapikan The Star adalah seimbang dalam memberikan berita dan rencana,tetapi tidak ada misi dan komitmen Star yang jelas dalam memperjuangkan dasar dasar nasional yang turut didukong oleh MCA.

Ia menyembunyikan kuku dan taringnya yang sebenar tetapi akan menerkam dan menggigit bila melihat musuhnya dalam keadaan lemah dan dalam hal ini Datuk Wong akan muncol kehadapan untuk memainkan peranannya.Untuk menunjukan kepada pembangkang di manakan dia berdiri sebenarnya.

Beliau akan menunjukan kukunya yang tersembunyi.
Dalam hal ini saya terkenang V.K. Chin Ketua Pengarang dan Penasihat The Star  yang ikhla,  jujur dan meyakini sepenohnya dasar Negara Malaysia

Sebelum pilihanraya 2008, Star lah yang secara bijak memenipulasikan berita berita yang dapat membantu pembangkang dan menimbulkan perasaan anti kerajaan di kalangan masyarakat Cina. 
 pembangkangmempromokan  buku 13 Mei yang ditulis oleh seorang pensyarah bekas anggota DAP yang berkhidmat dengan Universiti Singapore. 

The Star melakukan peranan ini secara bijak.Umpamanya dalam mempromokan Buku 13 Mei yang ditulis oleh seoarang bekas DAP yang berkhidmat dengan Universiri Nasional Singapore.

Bagaimana dia memberitahu buku ini berada dipasaran?

Mulanya ia menyiarkan suatu berita dari pesanan ringkas (SMS) mengatakan buku itu diharamkan dan kemudiannya wartawannnya bertanya dengan Kementerian Dalam Negeri samaada benar atau tidak.

Penapian  mengenainya  dibesarkan dengan tujuan untuk mempromokan buku ini yang hanya berpunca  dari berita yang diadaadakan kunonnya buku ini diharamkan.

Bagaimanapun setelah Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek mengambil tanggungjawab pengawasan terhadap The Star selepas Tsunami 2008, akhbar ini agak terkawal walaupun masih nampak bebas. Hal ini tentulah juga dapat dirasakan oleh pihak parti pembangkang yang sebelumnya bersahabat sulit dengan The Star.

Star akhbar bebas tetapi tidak bebas dari dasar Malaysian Malaysia. Ia tidak menjuarai perjuangan nasional dengan penuh komitment seperti Utusan Malaysia.Pendedahan pengkhianatan yang dilakukan oleh anasir anti nasional yang terlatih di Taiwan tidak pernah dilakukan.

Siapakah yang menyiarkan berita pelajar Cina menghina lagi negaraku di Taiwan. Siapakah yang mendedahkan perihal sekumpulan pelajar Cina di Taiwan menunjuk perasaan dengan menterbalikan Jalur Gemilang bendera  negara Malaysia.

Tidak lama dahulu seorang pelajar Malaysia di Taiwan mengubah lirik lagi Negara ku kepada dengan liri yang menghina Malaysia.

 Starlah yang berusaha menyiarkan bapanya meminta maaf dan Star jugalah yang memetik   kenyataan pelajar pelajar Malaysia di Taiwan  " We are Sorry" kerana menterbalikan bendera Malaysia yang mereka dakwa  dilakukan bukan kerana tidak mengormati negara tetapi tidak puas hati dengan pilihanraya yang undemocratic.

Dalam kedua kedua kes ini, The Star sendiri tidak mengkeritik perbuatan itu seperti keberanian Wong  mengkritik Utusan kerana apa yang dilihat sebagai racism.

Sekurang kurangnya Star boleh bertanya kenapa hal ini sering berlaku di Taiwan? Kenapa Taiwan yang ingin bersaing dengan Republik Rakyat Cina  dalam persahabatan dengan Malaysia hanya membiarkan pekara ini berlaku dalam negaranya.

Taiwan  sebenarnya menjadi pusat kepada latihan perkadiran Cina sebarang laut  untuk membangunkan rangkaian sebuah negara Cina di luar Cina bagi mengimbangi Tanah Besar Cina(Republik Rakyat Cina). Ini diperlukan oleh Amerika Syarikat

The Star bagitu sensitif dan pantas untuk  membela dan menutop kejahatan ,pengkhianatan atau sikap anti nasional  sesetengah masyarakat Cina dan akhbar akhbar Cina.

Umpamanya apabila  Perdana Menteri Datuk Seri Najib memberikan gambaran dalam suatu sidang akhbar kelmarin bahawa tidak sahaja Utusan yang salah tetapi juga akhbar cina, Star menyiarkan kenyataan Lim Kit Siang" DAP to back  move to charge Chinese papers playing racial sentimen".

Kata Kit Siang "tidak seharusnya ada double Standard dalam menghukum siapa yang bersalah dalam menyalakan sentimen perkauman."

Tidak salah untuk The Star menyiarkan berita ini jika The Star sendiri tidak menunjukan pendiriannya yang bias terhadap akhbar Cina dan tidak adil kepada Utusan Malaysia menerusi tulisan ketua pengarangnya,

Perlu disebutkan dalam suatu sidang akhbar kelmarin Datuk Seri Najib apabila diasak bertubi tubi dengan pertanyaan oleh  seorang wartawan mengenai laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia" Apa Lagi orang Cina mahu?, telah menjawab" Awak salahkan Utusan ,bagaimana pula akhbar berbahasa Cina. Adakah anda kata sesetengah orang memperkatakan benda yang betul setiap masa"

Para wartawan bertepuk mengiakan kata kata Perdana Menteri.

Dalam ini,aya teringat kepada pertanyaan yang dikemukakan oleh seorang wartawan Australia kepada Perdana Menteri Malaysia Dr.Mahathir Mohamed dalam suatu sidang akhbar di Persidangan Ketua Ketua Negara Asean di Singapura lama dahlu.

Wartawan ini bertanya" Bilakah hubungan antara Malaysia dan Australia akan menjadi lebih baik?"
Dr.Mahathir dengan pantas menjawab dengan menunjukan jarinya kepada wartawan ini" Bila awak berkelakuan baik"( maksudnya media Australia)
Kenapakah pandangan Najib terhadap akhbar Cina  tidak difikirkan dan dipertimbagkan oleh Datuk Wong ketika menulis rencana untuk mewaraskan hukumannya terhadap  Utusan.

Apakah beliau tidak rasis dalam memberikan hukuman ini.Beliau tidak sedar sedang berada dalam keadaan hendak menunjukan kukunya.

Sehari  sebelum rencana mengkritik Utusan itu disiarkan,  Datuk Wong Chun Wai meneriakan  tajuk  "Dont ignore the Chinese voice?  dalam sebuah rencannya.Apakah selama ini  kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib tidak mempedulikan suara orang Cina. Tajuk rencana ini lebih memberi kesan mendalam dari isinya.

Dalam situasi sekrang,tajuk ini memperkuatkan lagi anggapan serong orang Cina terhadap kerajaan dan menyebabkan kemarahan orang Melayu kerana jelas menampakan Wong sendiri   tidak jelas  apa yang mereka sudah dapat.

Maka itu Datuk Wong dan masyarakat Cina tidak  seharusnya  terkejut dengan pertanyaan Utusan Malaysia" Apa lagi Cina mahu?" 

Apakah The Star selama ini tidak menjeritkan sesuatu yang menyakitkan hati orang Melayu?. Apakah lagi suara Orang Cina yang tidak dengar oleh Kerajaan?. Malaysian Malaysia?

(terimakasih sumber:http://zamkata.blogspot.com/2013/05/sikap-prejudice-ketua-pengarang-akhbar.html)

Thursday, February 21, 2013

KEBENCIAN SEORANG CINA PADA NEGARAWAN TERHORMAT


SOKONG MAHATHIR BERARTI SOKONG KERAJAAN RASUAH

Dari akhbar China Press
16 Feb 2013 (Sabtu)

Oleh: Lee Yong Puek

Abang Ajib bergembira dan bersemangat berkobar-kobar menggunakan helikopter khas mendarat di Pulau Pinang, serang kawasan naga kuning di padang sekolah Han Jiang Ayer Hitam, membawa satu mesej untuk sesuatu perubahan, tidak dijangka, orang-orang Pulau Pinang melihat dengan mata sebelah sahaja, menyebabkan muka Abang Ajib merah padam dengan rasa malu tinggalkan Pulau Pinang.

Adakan GangNam Style yang berprestaj tinggi di Pulau Pinang namun diakhiri dengan penutupan yang malap dan lembab, ada pihak media yang menulis dan menceritakan serta melaporkan, berita yang amat menyedihkan! Keseluruhan masalah itu semua timbul dari buah pemikiran Abang Ajib sendiri, tiada orang yang benar-benar faham apa yang berada di dalam minda dan jiwa serta sikap orang-orang Pulau Pinang, orang-orang Pulau Pinang kadang-kadang boleh ikut telunjuk serta patuh dan kadang-kadang berjiwa melawan yang tegar.

Sedangkan presiden Dewan Cina Pulau Pinang En. Lang Wu Chang (terjemahan Mandarin) sendiri tidak berani secara terbuka bersuara menyokong BN, hanya secara lembut menyokong pelabuhan bebas Pulau Pinang serta projek LRT Pulau Pinang, selebihnya tidak berani memberi padangan yang lebih dari itu.

Sebenarnya siapa yang rampas kedudukan pelabuhan bebas Pulau Pinang? Merampas pelabuhan bebas kepunyaan kamu, sekarang serahkan kembali kepada kamu, bukankah itu pemberian yang memuakkan! Pada tahun 1987, kedudukan pelabuhan bebas Pulau Pinang diserah alihkan ke Pulau Langkawi, selepas itu diberikan pula kepada Pulau Labuan, mereka memang berniat tidak mahu kembalikan kedudukan pelabuhan bebas kepada Pulau Pinang, sehingga BN kehilangan kuasa di negeri Pulau Pinang, barulah mereka mahu serahkan kembali kedudukan pelabuhan bebas itu untuk ditukar dengan “tiket undi”. Teng Chang Yeow dan BN sila jangan anggap rakyat Pulau Pinang begitu bodoh yang boleh diperbodoh-bodohkan!

Kita boleh ambil iktibar BN di Han Jiang dimalukan itu jadikan bahan lucu, tetapi tidak boleh biarkan Tun Mahathir yang begitu lantang bersuara itu, sebagai orang berkedudukan tinggi namun keluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab, jenis apakah manusia ini?

 Apabila tidak bersependapat, dan orang-orang yang tidak bersehaluan dengan mereka, mereka terus mahu rampas kewarganegaraan orang yang tidak sehaluan dengan mereka, kelihatan ramai orang-orang yang pernah memerintah di pucuk kepimpinan termasuk bekas timbalan perdana menteri Malaysia Tun Musa Hitam, dan banyak lagi senarai nama yang berjela-jela panjang itu, juga akan terlibat akan dirampas kewarganegaraannya oleh Tun Mahathir, (ada juga orang bergurau suruh Tun Mahathir rampas kewarganegaraan Ambiga selepas itu bawa masuk pekerja buruh Bangladesh, itu idea yang sangat bagus).

Pada lazimnya, negara yang amalkan Totalitarianism akan melihat orang-orang yang tidak sehaluan dengan politik mereka akan diancam ataupun dicederakan, pihak pemerintah akan menggunakan kuasa yang ada di tangan untuk lakukan keganasan dan mengawal undang-undang, menyebabkan kehancuran kepada perundangan sesebuah negara, mereka cipta undang-undnag sendiri untuk menyiksa musuh mereka, termasuk dijadikan buruh kerahan, gerak geri mereka diperhati, dikurung. 

Jika sokong Tun Mahathir, bermakna kita sokong kerajaan rasuah dan kerajaan penyelewengan, rakyat Malaysia yang mengikuti sealiran zaman hari ini, mahukan kerajaan yang macamana? Jika pilih kerajaan seperti ini, pastinya diri sendiri yang mahu cari nahas!

Terjemahan:
Muslim Ngoh Abdulah

(terimakasih sumber:http://zamkata.blogspot.com/2013/02/kebencian-seorang-cina-pada-negarawan.html)

Thursday, November 22, 2012

SEKAM SEDANG DIBAKAR API


THURSDAY, 22 NOVEMBER 2012

Bridget Welsh

Tulisan seorang pemerhati  Muktamar Pas dari Singapore, Dr Briget Welsh,Associate Proffessor of Political Science at Singapore Management Universityjelas menggambarkan api dalam sekam yang sedang membakar Pas ( Lihat Lim Kita Siang for Malaysia).

Beliau menyebut Sayap Pemuda Pas yang menjadi protegees kepada Old Guard(ulama) yang mengancam kepimpinan progresif Pas  dan dark forces menunggu kesempatan untuk kembali merampas kuasa.Mereka tidak pasti jalan progresif  yang diambil oleh pimpinan baru Pas akan berjaya.

Beliau juga memberikan perhatian terhadap serangan yang dibuat oleh perwakilan terhadap suara parti  Harakah kerana sikap bebasnya

Apa yang disebutkan oleh Dr Briget itu jelas dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas ke 53 bila Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad mengkritik Harakah dan portalnya HarakahDailykerana didakwa melaga-lagakan pimpinan parti itu dan ini disokong pula oleh wakil Terengganu Azman Ibrahim yang  berkata " Harakah sebagai suara yang memantau parti sudah tidak relevan lagi dan menjadi sebaliknya , kita tumpulkan senjata sendiri disaat berdepan peperangan pilihanraya".

Kebenaran persepsi  ini jelas apabila Harakah dan Harakahdaily tidak langsung menyiarkan hasrat ulama dan pemuda Pas  mahukan Haji Hadi menjadi Perdana Menteri  sebaliknya Harakah cuba  menyorokannya dan menidakannya dengan menggembar-gemburkan Haji Hadi lebih bersedia untuk menjadi nelayan. Adakah dalam keadaan akar umbi mahukan Hadi sebagai PM suatu langkah bijak Harakah memperkecilkannya?

Haji Hadi terpaksa mempertahankan  Harakah untuk menunjukan seolah olah beliau masih menguasainnya   tetapi alasannnya dengan menyalahkan kerajaan  Harakah menjadi demikian   tidak relevan dengan teguran yang dibangkitkan  kerana sekalipun hanya suara parti tetapi ia telah bebas untuk melampaui suara parti malah memberikan tempat kepada anasir anasir perosak perpaduan parti.Bukankah ini yang dilakukan oleh Harakah terhadap Hadi sendiri dengan menunjulkannya sebagai hanya layak untu menjadi nelayan. Amat bodoh jika Hadi sendiri tidak sensitif kepada permainan politik ini.

Dr. Briget berkata" Some of the progressive have openly called for end to the ulama leadership of the parti". Tidakkah ini yang dilakukan olehHarakahDaily? 

Hadi  nampak berhempas pulas untuk  tidak mahu menampakan kelemahannya sebagai pemimpin tertinggi, beliau tercepit antara ulama dan gulongan progresif dan  dalam keadaan ini kemalangan menimpanya satu demi satu menjelang Muktamar Pas dengan cabaran pluralisme dari  anak Anwar Ibrahim Nurul Izzah,penyelewengan Harakah dan akhir sekali  paling berat ialah Doa K.O  meminta Piraun Piraun UMNO dimunsnahkan.

Perbuatan itu yang dilakukan oleh  adik Nik Aziz yang mewakili gulongan taksub dalam Pas bukannya membantu Hadi tetapi merosakan Imej Hadi,mengingatkan kembali  orang ramai terhadap Haji Hadi sebagai kepada Bapa Taksub yang memfatwakan kekufuran orang UMNO. Haji Hadi mahu supaya imejnya ini  dilupakan dalam keadaan beliau mahu menunjukan diri sebagai pemimpin Order Baru Pas, sebagai pemimpin progresif .

Sesunguhnya tekanan yang dihadapi oleh Pas menjelang Pilihanraya Umum ke 13  bukannnya datang dari luar tetapi dari dalam parti sendiri  dan dari rakan rakan parti Pakatan, dari kenyataan kenyataan  pluralisme agama, penyelewengan Harakah ,Doa K.O, K.O yang besar kemungkinan akan membawa Pas kepada K.O. K.O.