Showing posts with label penceroboh. Show all posts
Showing posts with label penceroboh. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

Cikgu Gelar Pejuang Kita Sebagai Hanjing!!! @ YAB Tan Sri Muhyiddin Tolong Ambil Tindakan!!!

MEMANG BANGSAT!!!!!!!

Tak Sedar dek untung dengan keamanan dan keselamatan negara yang dinikmati selama ini. Dah tu makan gaji pula dengan kerajaan. Patutlah semakin ramai anak murid yang rosak akhlak dan membenci anggota keselamatan kita!!!
Mohon pihak Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak terlepas pandang isu macam ni!!!
Jangan jadikan generasi baru kami rosak disebabkan cikgu sebegini.
Gua Tunggu Kenyataan Rasmi KPM dan TPM!!!!!!!!




(terima kasih sumber:http://beliabangkit.blogspot.com/2013/03/bangsat-cikgu-gelar-pejuang-kita.html)

Monday, March 4, 2013

9 SEBAB SABAH BUKAN MILIK SULU


9 SEBAB SABAH BUKAN MILIK SULU

1. Waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

2. Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986

3. Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

4. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah.

5. Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

6. Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

7. Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:

Article 3

The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’.

(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)

8. Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).

9. Jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka.

Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.


(terimakasih sumber dari:http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151383074099272&set=a.413367544271.189538.365563124271&type=1&ref=nf)

Saturday, March 2, 2013

Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Tidak Tentera?


Status Update
By KELAB PENYOKONG POLIS DIRAJA MALAYSIA
Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Tidak Tentera?

Persoalan Kenapa polis tak tentera?

1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)

Komen : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.

Sumber-Kiub Fakta

(terimakasih sumber dari :http://www.facebook.com/pages/KELAB-PENYOKONG-POLIS-DIRAJA-MALAYSIA/114607018573243)

Tindakan ke atas penceroboh tanpa kompromi





PEKAN 1 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kumpulan penceroboh di Lahad Datu ditumpaskan setelah mereka menembak mati dua anggota keselamatan dalam insiden serangan pagi ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin telah diberi mandat dan kuasa sepenuhnya untuk mengambil apa sahaja tindakan yang perlu tanpa ada lagi sebarang lanjutan masa kepada kumpulan berkenaan.

‘‘Apabila mereka telah mengakibatkan anggota kita terkorban, maka kita tidak perlu beri apa-apa lagi tempoh masa. Tindakan yang diambil perlu mengikut keadaan dan situasi yang difikirkan wajar oleh pasukan kita yang telah diberi kuasa sepenuhnya.

‘‘Kumpulan ini mesti ditumpaskan sama ada mereka menyerah diri ataupun terima apa juga akibat daripada tindakan yang telah dilakukan," tegas beliau pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Pekan di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, berdasarkan maklumat daripada Ketua Polis Negara, insiden yang berlaku itu di luar jangkaan sama sekali kerana kumpulan penceroboh terlibat telah mara 1.5 kilometer dari tempat yang mereka berkumpul selama ini dan itu sesuatu yang tak diduga oleh pasukan keselamatan negara.

Katanya, dalam pertempuran secara mengejut itu, polis telah kehilangan dua anggota manakala tiga lagi cedera dan laporan yang diterima, kumpulan penceroboh itu pula kehilangan 10 hingga 12 anggota.
‘‘Apa yang berlaku sekarang ini, kita telah menambah kekuatan kita dan mereka berada dalam keadaan dikepung sepenuhnya.

‘‘Apa yang akan berlaku selepas ini, tindakan tertentu akan diambil. Ini merupakan keputusan yang hanya boleh dibuat pimpinan ground commanders, mereka diberi mandat sepenuhnya," jelasnya.

Dalam pada itu, menurut Najib, beliau sedih dengan kejadian yang berlaku di Lahad Datu kerana apa yang diharapkan iaitu mengelakkan sama sekali sebarang pertumpahan darah sama ada di pihak yang menceroboh dan apatah lagi jika berlaku ke atas anggota pasukan keselamatan.

Ditanya pihak mana yang memulakan serangan, Najib berkata, kumpulan penceroboh yang mula melepaskan tembakan dahulu.

Katanya, sekarang ini kumpulan berkenaan telah dikepung sepenuhnya.

Berhubung spekulasi mengatakan terdapat pemimpin kumpulan penceroboh yang terbunuh dalam insiden itu, Najib berkata: ‘‘Mayat itu kita kena kenal pasti dahulu, setakat ini kita belum buat pengesahan.’’

Ditanya pihak yang mengetuai operasi di Lahad Datu, Perdana Menteri berkata, polis terlibat dalam barisan pertama dan tentera di barisan kedua.

‘‘Tetapi polis juga terdiri daripada pasukan VAT 69 yang cukup berpengalaman," ujarnya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130302/je_01/Tindakan-ke-atas-penceroboh-tanpa-kompromi#ixzz2MKwTOB7I
© Utusan Melayu (M) Bhd 


(terimakasih;sumber dari http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130302/je_01/Tindakan-ke-atas-penceroboh-tanpa-kompromi(