Air mineral cap Magnum…mau minum?
Posted on Oktober 15, 2009 by syahrilkadir
semalam aku berbual pendek dengan seorang rakan yang juga jurugambar Utusan Malaysia, Razak Latif dalam Facebook
Razak Latif adalah suami kepada wartawan hiburan Kosmo!, Marliah Surip yang juga blogger www.jangandatangmalamini.blogspot.com
actually aku nak tergelak bila Razak dikehendaki membuat satu tugasan baru-baru ini
selepas selesai mengambil gambar di majlis itu, dia pun dijamu dengan pelbagai hidangan oleh penganjur majlis
tetapi yang nak tergelak tu, air mineral yang diberikan kepada tetamu adalah dari syarikat Magnum Corporation
macam mana tu? semua orang tahu Magnum adalah antara syarikat empat nombor ekor terbesar negara
lalu Razak melontarkan persoalan kepada kita semua, apakah hukum meminum air mineral tersebut?
dah tentu ada yang kata haram, ada yang kata halal dan ada yang kata shubhah
jawapan paling senang, kalau rasa was-was, baik takyah minum
hal ini mengingatkan aku pada ceramah seorang ustaz di sekolah dulu
katanya, sesuatu benda itu mungkin kelihatan bersih tetapi ini tidak bermakna ia suci
bersih tapi tidak suci, macam mana pulak tu?
kata ustaz tersebut, di Singapura kerajaannya menggalakkan rakyatnya minum Newater, air kumbahan yang telahpun menjalani pelbagai peringkat saringan sehinggakan ia bersih dan boleh diminum…tetapi air itu belum tentu SUCI
mungkinkah dalam soal air mineral Magnum ini, ia memang bersih tetapi disebabkan syarikat yang mengeluarkannnya itu adalah syarikat haram, maka ia tidak SUCI?
entahlah, aku sekadar melontarkan persoalan, mungkin korang ada jawapannya, macam mana bro?
(sumber;http://syahrilkadir.wordpress.com/2009/10/15/air-mineral-cap-magnum-mau-minum/)
1 comment:
bro, boleh minum kot sebab orang PAS undi DAP dah boleh dan hati orang DAP lebih bersih dan suci dari Melayu UMNO(kata orang (PAS)..hehehe
Post a Comment