Friday, October 2, 2009

N31 Bagan Pinang - Isa ibarat 'Surat Khabar lama dikitar semula' Naib Presiden PKR, Azmin Ali



Friday, October 2, 2009
N31 Bagan Pinang - Isa ibarat 'Surat Khabar lama dikitar semula'
Naib Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa, "BN mencalonkan surat khabar lama untuk dikitar semula yang terbukti sebagai perasuah dan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa."

“Tindakan BN mencalonkan Isa juga katanya cubaan menghina dan memperbodohkan pengundi Bagan Pinang.”

"Tentunya orang paling bersedih dengan pemilihan Isa adalah Dr. Mahathir dan Tengku Razaliegh, nasihat mereka telah dibakul sampahkan," katanya. Klik

Begitulah ungkapan dari seekor ‘burung tiong’ yang diberi nama Azmin dan diberi jawatan Naib Presiden PKR. Kebodohan ‘burung tiong’ yang pandai meniru cakap tuannya tetapi tidak mengerti apa yang dia cakapkan dan kebodohan pula bagi orang yang menerima pakai percakapannya.

Azmin teramatlah sedihnya bila Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN di Bagan Pinang. Sedih bukan kerana UMNO-BN memilih seorang yang didakwa perasuah dan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa, sedih kerana calon PAS tidak akan berpeluang beroleh kemenangan di PRK Bagan Pinang.

Azmin kata, Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaliegh, adalah orang yang paling bersedih apabila nasihat mereka telah dibakul sampahkan oleh UMNO.

Azmin tidak tahu bahawa Tun Dr. Mahathir menerima pemilihan Tan Sri Isa Samad kerana itu adalah pilihan parti. Tun Dr. Mahathir juga berkata, pandangan atau perasaan peribadinya tidak boleh lagi diambil kira kerana parti telah membuat keputusan secara sepakat.

Malah Tun Dr Mahathir juga menaruh keyakinan yang tinggi BN akan menang besar dalam pilihan raya yang akan diadakan pada 11 Oktober depan. Klik

Bertambah-tambah sedihlah siAzmin ‘burung tiong’ mendapat khabar bila Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel berkata, kebanyakan penduduk India di kawasan tersebut turut memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Tan Sri Isa untuk menjadi wakil kawasan berkenaan. Tan Sri Isa akan menerima 100 % sokongan daripada masyarakat India kerana beliau sangat terkenal di kalangan kaum India Bagan Pinang.

Azmin lupa agaknya, Tan Sri Isa Samad merupakan calon pilihan masyarakat akan umbi yang amat disenangi masyarakat setempat khususnya di Bagan Pinang, kalau tidak, masakan lebih 10,000 rakyat dari pelbagai kaum memberikan sokongan kepada Timbalan Presiden UMNO-BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan calon BN untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Ini menunjukkan bahawa peluang BN untuk memenanginya sangat cerah serta memudahkan laluan kepada Tan Sri Isa untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Azmin cuba berselindung disebalik jubah dengan mendakwa Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaliegh adalah orang yang paling bersedih apabila nasihat mereka telah dibakul sampahkan oleh UMNO, sebaliknya dia teramatlah sedihnya apabila Tan Sri Isa diumumkan sebagai calon.

Ini bukan soal 'Surat Khabar lama dikitar semula', ini adalah satu lipatan surat khabar lama yang banyak menceritakan sejarah jasa-jasa perkhidmatan Tan Sri Isa kepada rakyat pelbagai lapisan kaum di Negeri Sembilan khususnya dalam kawasan Telok Kemang selama 22 tahun beliau menjadi Menteri Besar.

Jadi-jadilah wahai si Azmin ‘burung tiong’ bercakap perkara yang melalut untuk menipu rakyat. Jentera UMNO-BN akan berkerja keras mengekang dakyah-dakyah pembohongan PAS, PKR dan DAP untuk memastikan pakatan rakyat bertambah sedih dan pilu menerima penolakkan pengundi-pengundi di DUN Bagan Pinang.

InsyaAllah, BN akan mencapai kemenangan besar untuk menentang kemungkaran PAS, PKR dan DAP…………….

Pesanan kepada sahabat-sahabat blog, kawan minta sangat-sangat agar tuan-tuan semua bersikap rasional, jangan cuba memfitnah kawan dengan menggunakan nama 'yang gambi' kalau hendak buat komen di dalam blog orang lain. Kalau rasa diri tuan-tuan menegak ideologi sendiri, gunakan nama tuan-tuan sendiri, buktikan tuan-tuan ada maruah dan 'anak jantan' untuk menegak kebenaran, kalau tidak kawan berani katakan orang yang buat keerja kotor dan jijik ini 'anak haram, hasil zina dari emak dia dengan Anwar Al-jubur".....

(sumber;http://yanggambi.blogspot.com/2009/10/n31-bagan-pinang-isa-ibarat-surat.html)

No comments: