Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

Wanita kerugian RM60,000 gara-gara ditipu rakan Facebook


TAMBAT HATI GUNA FOTO DUIT,


Wanita kerugian RM60,000 gara-gara ditipu rakan Facebook

Lelaki dipercayai terlibat memperdayakan Kavita untuk mendapatkan wang.


IPOH – Terpesona gambar longgokan wang dan kereta mewah selain wajah kacak kenalan Facebook, seorang wanita berputih mata kerugian lebih RM60,000.

Semuanya, gara-gara termakan kata-kata manis lelaki tempatan berusia 26 tahun itu yang menyamar sebagai ahli perniagaan berjaya dan kerap menang tawaran tender kerajaan untuk kerja-kerja pemasangan paip.

Difahamkan lelaki berkenaan menggunakan pelbagai nama samaran dan mempunyai lebih lima akaun Facebook meletakkan gambar-gambar mewah untuk menarik minat mangsa.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Kavita, 25, berkata, lelaki itu mula meminta wang secara berperingkat sehingga berjumlah RM47,000 dengan alasan menghadapi masalah untuk meneruskan projek selepas tiga bulan berkenalan.

“Ia bermula apabila dia mendakwa salah seorang pekerjanya melarikan wang syarikat sebanyak RM8,000 yang digunakan untuk menjalankan projek pelaburan kerajaan dan ia berterusan selama beberapa bulan.

“Saya bertambah yakin apabila pernah bertemunya di sebuah bank,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak di sini, semalam.

Menurutnya, dia mula curiga apabila lelaki itu tiba-tiba menghilangkan diri dan pendedahan seorang saudara lelaki itu kepadanya mengesahkan lelaki itu cuba menipunya.

“Saya terkejut apabila seorang wanita tidak dikenali menghubungi dan memperkenalkan dirinya sebagai isteri kepada lelaki itu.

“Wanita itu berjanji memujuk suaminya untuk memulangkan wang milik saya tapi pada masa sama, dia pula mahu meminjam wang dengan alasan sebagai deposit pembedahan bapanya pula,” katanya.

Kavita berkata, lelaki itu ada menghubungi dan berjanji akan memulangkan semula wang dipinjam setelah wang RM61,500 hasil projek yang dijalankan sebelum itu.

“Bagaimanapun, dia meminta saya membayar RM12,500 terlebih dahulu agar pembayaran sekali gus dilakukan. Saya terdesak mahu wang berkenaan dikembalikan untuk rawatan ibu saya.

“Sekali lagi saya ditipu apabila dia menghilang diri. Usaha untuk menghubungi juga gagal malah, wanita yang mendakwa isteri lelaki itu juga memaki hamun saya,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam di sini.

Sementara itu, Ketua Urus Setia Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Mohd Rawi Abdullah meminta wanita yang mempunyai masalah sama tampil membuat laporan polis.

“Penemuan mengejutkan apabila ramai lagi gadis lain pernah terpedaya dengan taktik sama seperti yang dilakukan lelaki ini dilaporkan,” katanya.

Sinar Harian 21 Nov 2012

(TERIMAKASIH SUMBER:http://duniaitu.blogspot.com/2012/11/tambat-hati-guna-foto-duit.html)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tambat hati guna foto duit

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmerto.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
LAPOR...Kuar menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
LAPOR...Kuar menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
IPOH: Gambar longgokan wang dan kereta mewah yang dipaparkan dalam laman sosial facebook (fb) sudah cukup menjadi ‘modal’ bagi seorang lelaki bagi mencairkan hati wanita kononnya untuk menjalin hubungan cinta sebelum menipu mangsa lebih RM60,000.
Mangsa kasanova fb itu yang hanya mahu dikenali sebagai I Kuar, 24, berkata, lelaki berusia lewat 20-an terbabit dikenalinya awal tahun ini dan hanya berhubungan melalui Internet serta telefon tanpa berjumpa.
“Dia mendakwa menjalankan perniagaan dan banyak mendapat tawaran tender kerajaan. Perbualannya dalam fb menambat hati saya dan kami bertukar nombor telefon.

“Sejak itu kami saling menghantar SMS bagi bertanya khabar sehingga pada tengah malam 14 Mac lalu dia menghubungi saya dalam keadaan tergesa-gesa dan mendakwa ditimpa musibah,” katanya yang ditemui di Biro Aduan Barisan Nasional (BN) di sini, semalam.


Menurutnya, suspek mendakwa seorang pekerjanya melarikan wang syarikat RM8,000 yang sepatutnya digunakan untuk menjalankan projek perniagaan.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/21

Friday, January 13, 2012

AS pantau laman web popular :utusan online



WASHINGTON 12 Jan.- Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) Amerika Syarikat (AS) menjalankan pemantauan rutin ke atas laman-laman web popular termasuk yang melaporkan berita dan gosip seperti Facebook, Twitter, Hulu, WikiLeaks, Huffington Post dan Drudge Report.

Menurut dokumen kerajaan, satu 'penelitian mematuhi privasi' yang dikeluarkan jabatan tersebut pada November lalu menyatakan, sejak Jun 2010, pusat operasi DHS telah mengendalikan program 'Jaringan Sosial/ Kemampuan Media'.

Ia berperanan menjalankan pemantauan ke atas forum-forum dalam talian yang boleh diakses semua pengguna, blog, laman-laman web awam dan mesej-mesej.

Pemantauan itu dilaksanakan bagi mengumpul maklumat yang boleh digunakan bagi membangkitkan kesedaran tentang situasi tertentu dan mewujudkan satu gambaran operasi umum.

Dalam kata lainnya, tugas itu dilakukan bagi membantu DHS dan agensi-agensi seperti Perkhidmatan Rahsia AS dan Agensi Pengurusan Sulit Kecemasan Persekutuan yang menguruskan respons kerajaan terhadap kejadian tertentu contohnya gempa bumi di Haiti pada 2010.

Seorang pegawai bertanggungjawab dalam tugas itu berkata, pemantauan tersebut dibuat bagi membolehkan pegawai pusat operasi sentiasa berhubung dengan media Internet supaya mereka tahu tentang peristiwa yang berlaku kerana ia mungkin memerlukan respons jabatan.

Dokumen menggariskan program pemantauan itu menjelaskan, semua laman web yang dipantau merupakan yang boleh diakses semua pengguna dan semua data yang diperoleh dalam Internet digunakan untuk mewujudkan kesedaran bagi satu-satu kejadian.

Pegawai DHS itu berkata, peraturan program pemantauan juga menetapkan jabatan tidak akan menyimpan salinan kekal trafik Internet yang dipantaunya.

Bagaimanapun, pusat operasi akan menyimpan maklumat yang diperolehi untuk masa tidak lebih lima tahun. - REUTERS

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_09.htm)

Minda Pengarang Berita Harian: Menjaga adab penting ketika layari facebook


2012/01/13

FACEBOOK (FB) sudah menjadi satu kebiasaan bagi golongan yang celik teknologi maklumat (IT), terutama di kalangan generasi muda. Memang banyak kelebihan dinikmati jika seseorang memiliki akaun FB. Melalui laman sosial internet itu, pemiliknya boleh saling berhubungan dengan keluarga dan sahabat handai serta berkongsi maklumat dengan mereka, tidak kira di mana mereka berada.

Apa yang lebih menarik ialah perkhidmatannya percuma. Berikutan itu, tidak hairanlah FB mempunyai 800 juta pengguna aktif di seluruh dunia dengan 50 peratus daripada mereka menggunakan laman sosial itu setiap hari.

Di Malaysia saja, FB mencatatkan 10.2 juta pengunjung unik setiap hari. Walaupun diakui boleh memberi manfaat, FB tidak kurang mempunyai pengkritiknya. Antara kerap menjadi kritikan terhadap FB ialah isu berkaitan privasi dan keselamatan kanak-kanak.

Dalam isu privasi, sesetengah negara mendapati laman sosial itu melanggar undang-undang privasi kerana secara bebas membolehkan akses kepada maklumat peribadi di antara pengguna. Berhubung keselamatan kanak-kanak pula, ada kebimbangan orang yang tidak bertanggungjawab melayari FB untuk mencari mangsa kalangan kanak-kanak yang mudah terpedaya.

Kritikan terhadap FB turut kedengaran di negara Islam. Baru-baru ini, seorang ulama Iran menetapkan FB bercanggah dengan ajaran Islam, sekali gus berdosa menjadi ahlinya kerana menggalakkan perilaku tidak bermoral. Menurut ulama itu, hanya penggunaan laman web yang menekankan kriteria agama dan tidak membawa kepada sebarang perilaku atau etika tidak bermoral yang tiada masalah.

Di negara kita, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin kelmarin, berkata hukum mempunyai akaun FB adalah dosa besar dan dilarang dalam Islam jika digunakan atas tujuan memudaratkan, termasuk melemparkan fitnah, mencaci serta memburukkan orang.

Sebaliknya jika digunakan untuk menyebarkan maklumat benar dan digunakan untuk berinteraksi secara berhemah, ia diharuskan.

Kedua-dua ulama ini nampaknya bersetuju bahawa FB atau mana-mana laman sosial lain tidak bercanggah dengan agama Islam. Apa yang menjadi masalah ialah jika ia disalah guna untuk tujuan yang memudaratkan.

Sama juga dengan penggunaan alat komunikasi yang lain, pengguna laman sosial seperti FB atau blog harus sentiasa menjaga adab serta nilai sensitiviti agar tidak menimbulkan sebarang masalah kepada diri masing-masing atau orang lain.

Penggunaan laman sosial itu untuk menyebarkan fitnah mahupun mengaibkan orang lain secara melampaui batas seperti mengedar gambar dengan aksi tidak senonoh bertujuan memalukan seseorang mesti dihentikan.

Sebaliknya, kesempatan berinteraksi menerusi FB sebaik-baiknya digunakan bagi tujuan baik seperti menyebarkan maklumat berunsur ilmu, memberi nasihat serta panduan kepada orang lain.

(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MindaPengarang_Menjagaadabpentingketikalayarifacebook/Article)

Saturday, November 5, 2011

CIA pantau aktiviti Twitter, Facebook


2011/11/04

McLEAN (Virginia): Di sebuah kawasan perindustrian yang tidak dikenali di Virginia, Amerika Syarikat (AS), Agensi Perisikan Pusat (CIA) mengikuti lebih daripada lima juta perbualan di dalam laman rangkaian media sosial, Twitter, sehari.

Tujuan pemantauan twitter bagi memastikan CIA mendapat maklumat awal yang disiarkan pemberontak, militan, aktivis atau diplomat.

Di Pusat Open Source agensi berkenaan, penganalisis dilengkapi dengan sistem perpustakaan dengan kemampuan menyokong semua media sosial dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. - AP

(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/CIApantauaktivitiTwitter_Facebook/Article)

Tuesday, October 25, 2011

Adab menggunakan Facebook dan rangkaian sosial


ARKIB UTUSAN : 13/10/2011

YOSRI ABU MAHSIN
Putrajaya

1.0 PENINGKATAN penggunaan Facebook atau 'buku muka' di kalangan rakyat Malaysia begitu mendadak.

2.0 Ia begitu ketara di kalangan remaja dan orang muda yang menganggap laman sosial itu suatu wacana baharu bagi meningkatkan jaringan komunikasi dan interaksi bersama rakan-rakan mereka merentasi sempadan antarabangsa.

3.0 Ketiadaan akaun laman Facebook dianggap ketinggalan dalam arus perdana teknologi maklumat serta dianggap ketinggalan zaman.

4.0 Kajian mendapati golongan remaja di negara ini menggunakan masa selama 19 jam seminggu bagi melayari Internet.

5.0 Setiap hari akaun Facebook dikemas kini dan kegiatan mereka dimasukkan seperti makan lempeng di kedai mamak atau bertugas menjadi juruacara di hotel terkemuka dan menyampaikan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang tolong jemputkan emaknya di lapangan terbang.

6.0 Melalui maklumat tersebut segala pergerakan dapat didedahkan kepada orang ramai.

7.0 Sejak akhir-akhir ini terdapat individu yang cuba menodai laman tersebut apabila memuat naik status yang tidak sepatutnya dipaparkan kepada masyarakat umum serta rakan-rakan Facebook yang ramai.

Sebagai suatu contoh terdapat dalam kalangan suami isteri yang menggunakan laman tersebut untuk menyatakan kesetiaan kasih sayang hingga pengguna lain meluat membaca statusnya.

8.0 Keadaan akan menjadi lebih kritikal lagi apabila mereka turut menyatakan status masing-masing semasa mengalami krisis rumah tangga. Kisah pergaduhan caci-maki dimuatkan dalam Facebook masing-masing dan menjadi tatapan umum pula.

Justeru apabila keaiban sesama sendiri turut didedahkan dalam laman tersebut.

9.0 Penggiat Facebook, Norhasimah Mohd Noor dalam laman sosialnya turut menasihatkan pengguna Facebook terutama kaum wanita muslim mendapat izin suami sebelum menarima rakan-rakan lelaki. Ia bagi mengelak kecelaruan hubungan rumah tangga.

10.0 Pada pandangan saya bahawa teknologi maklumat dan Internet sememangnya mempunyai kesan yang amat besar dalam kehidupan manusia jika ia dikendalikan dengan betul.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm)

Wednesday, September 28, 2011

Kuasa Facebook mengatur dunia


oleh imlan adabi

Facebook kuasa baru dunia
Pemimpin terpaksa dekati generasi X, Y, Z

DUNIA hampir pasti berterima kasih kepada pengasas Facebook, Mark Zuckerberg kerana membuka dimensi baru proses komunikasi sejagat.

Jika sebelumnya media cetak, elektronik, laman web, blog dan portal berita lebih terarah kepada komunikasi sehala, Facebook membenarkan hubungan banyak hala pada tempoh cepat tanpa sekatan.
Sesiapa saja boleh berhubung dan menyuarakan pendapat tanpa batasan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dengan ‘rakan maya’ secara santai. Ahli sukan, artis, sasterawan dan sesiapa saja bebas bersuara.


Ketika membangunkan Facebook, Zuckerberg yang dilahirkan pada 1984 di New York sekadar mengharapkan jaringan itu untuk rakan siswa di Universiti Harvard bagi berinteraksi di samping mengatur temu janji minum petang di kios ayam goreng tidak jauh dari kampusnya. Hubungan maya sesama rakan akhirnya merebak ke pusat pengajian lain -- Stanford, Dartmouth, Columbia, Cornell dan Yale. Akhirnya budaya Facebook merebak ke seluruh dunia dan meruntuhkan kekebalan ideologi di sebalik Tembok Besar China. Keadaan ini juga melonjakkan Beijing sebagai ekonomi kedua terbesar dunia selepas Amerika Syarikat dan mengatasi pesaing Asia Timur -- Jepun yang menghadapi kemelut ekonomi, politik, krisis budaya dan bencana alam.

Hari ini istilah dunia tanpa sempadan menjadi klise yang menakjubkan. Sesiapa saja boleh bercakap soal bola sepak, cuaca, temu janji, ideologi atau pergeseran politik. Belum pun rejim diktator tumbang di Tunisia, Mesir dan kini Libya, media baru sudah meledak di hati rakyat dengan pelbagai maklumat yang menakjubkan. Sebelum Disember lalu, Mohamed Bouazizi hanya anak jalanan yang tidak dipedulikan. Dia hanya mempunyai kenalan Facebook, bukan penguasa di istana agam.

Bagaimanapun, aksi bunuh diri bagai halilintar menyambar bangsa Arab yang kaya dengan krisis keamanan, kemanusiaan dan hak asasi. Sekali gus meletakkan nama anak muda yang tidak dipedulikan sebelumnya sebagai ikon demokrasi. Rakyat yang selama ini terperangkap antara sistem monarki pro-Barat dan diktator sosialis tentera, bangkit memberontak. Mereka bukan saja memaksa Zine al-Abidine Ben Ali meninggalkan Tunisia, juga meresahkan pemimpin lain di Asia Barat dan Utara Afrika.

Pengguna Facebook dikaitkan dengan generasi X, Y dan Z. Don Tapscott dalam bukunya 'Grown Up Digital' meneliti latar belakang generasi X,Y, Z yang mempunyai latar tersendiri. Generasi X lahir antara 1965 hingga 1976, Generasi Y lahir antara 1977 hingga 1997, manakala Generasi Z lahir selepas 1998. Mereka mempunyai citra tersendiri dan berbeza antara satu sama lain.

Bagaimanapun, mereka disatukan dengan suatu ledakan iaitu teknologi maklumat. Merekalah yang banyak mem punyai jaringan internet, kenalan Facebook dan twitter. Me reka jugalah yang kerap membawa laptop, ipad dan netbook serta bertukar pandangan dengan pelbagai pihak tanpa batasan. Mereka menguasai maya dan merayakan kebebasan media baru.

Mereka juga terdedah dengan pelbagai ideologi, tayangan filem, khidmat pesanan ringkas dan menghabiskan masa di kafe siber, kopitiam, berani menyanggah pandangan yang dianggap tidak sesuai. Mereka dianggap generasi internet, manakala generasi sebelumnya iaitu Generasi Baby-Boomer dan Pre Baby-Boomer dikaitkan media lama seperti percetakan dan penyiaran.

Bagi mana-mana ahli politik, menyelami hasrat dan keinginan generasi muda bakal melonjakkan saham siasah mereka. Najib menyedari hal ini dengan mendekati generasi muda ketika menghadiri konsert Suara Kami anjuran sebuah syarikat penyiaran. Berkemeja T, santai dan spontan, Perdana Menteri tekun mengikuti persembahan yang tentunya bukan lagu ala retro sesuai dengan zamannya.

Najib juga ketika hadir konti radio bercerita mengenai dirinya yang dikejutkan dari tidur pada setiap subuh oleh penggera iPhone yang dikunci dengan lagu Karma Chameleon nyanyian kumpulan Culture Club yang popular pada 1980-an.

Beliau yang baru mengenali perkataan ‘sempoi’ mengakui masa depan generasi muda terletak kepada kekuatan minda. Kesungguhan mendekati generasi X, Y, Z dan pengikut Facebook tentunya mempunyai tafsiran berbeza mengenai ideologi, tamadun dan hak asasi. Dunia tentunya sunyi jika Zuckerberg tidak mencipta sesuatu yang amat diperlukan ketika manusia semakin menjarakkan perhubungan dan ahli politik semakin bersemangat untuk bersengketa! - Berita Harian, 27 September 2011
Posted by imlan adabi at 5:45 PM

terimakasih (sumber;http://imlanadabi.blogspot.com/2011/09/facebook-kuasa-baru-dunia.html)

Thursday, December 23, 2010

Pengendali Facebook 'Sultan Yang Setan' ditahan


Pengendali Facebook 'Sultan Yang Setan' ditahan

Polis menahan pemilik akaun facebook "Sultan Yang Setan" yang diburu sejak Ogos lalu kerana menyiarkan komen menghina institusi diraja Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata lelaki berumur 40 tahun itu yang dipercayai mewujudkan akaun itu selepas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail pada Januari lalu, diberkas di ibu negara pada 29 November lalu.

Turut dirampas ialah lima telefon bimbit dan PDA pelbagai jenis, empat komputer riba, dan perkakas komputer, katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.

Satu pasukan petugas telah menyiasat kes itu selepas lima laporan polis dibuat tentang kewujudan laman itu.

Bernama melaporkan Syed Ismail berkata siasatan mendapati lelaki yang berasal dari ibu negara dan bergerak sendiri itu menyiarkan komen-komen yang mempunyai unsur menghina institusi diraja.

Akaun berkenaan menggunakan alamat e-mel ''pendekar.bentan@gmail.com'' namun identiti yang digunakan adalah kepunyaan individu lain, katanya.

Syed Ismail berkata lelaki itu adalah bekas pelajar sebuah universiti tempatan.

"Motif suspek mewujudkan akaun itu adalah untuk memperjuangkan idealisme sendiri kerana siasatan mendapati beliau tidak terlibat dengan mana-mana politik," katanya.

Syed Ismail berkata lelaki itu mendapat pengetahuan untuk menggunakan internet melalui pembelajaran sendiri selain menggunakan perisian tertentu yang boleh menyembunyikan identitinya.

Katanya tiga orang sudah ditahan berhubung kes seumpamanya.

"Kertas siasatan telah diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948," katanya.

Beliau menasihati pengguna internet supaya menjaga keselamatan alat-alat yang digunakan untuk membuat capaian internet seperti ''wireless router'' supaya mendaftar keluar jika tidak lagi digunakan.

"Jika tidak mahir dalam penggunaannya dapatkan nasihat pakar cara untuk menggunakannya selain berhati-hati jika ada orang yang tidak dikenali menggunakan capaian internet di rumah," katanya.

Bagi pengguna laman sosial seperti Facebook, Myspace dan Friendster, Syed Ismail menasihatkan mereka supaya tidak mendedahkan maklumat diri dan gambar kepada individu tidak dikenali.

"Jangan tulis sebarang unsur fitnah dan hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam dalam laman-laman sosial kerana polis mampu mengesan sebarang hebahan yang salah," katanya. -22/12/2010

(sumber;http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_cdfc4430-7f000010-1d956ad0-f9bc283a)

Saturday, June 5, 2010

Sophos keluarkan amaran pengguna laman Facebook

Sophos keluarkan amaran pengguna laman Facebook


2010/06/03

FIRMA keselamatan internet, Sophos memberi amaran kepada pengguna Facebook supaya berwaspada dengan komplot penipuan yang menghantar mesej spam kepada rakan-rakan mereka di rangkaian sosial itu.

Sophos, menerusi blog yang disiarkannya lewat Isnin lalu, berkata ratusan ribu pengguna Facebook telah menjadi mangsa penipuan yang digelarnya sebagai ‘likejacking’.
Katanya, sesetengah pengguna Facebook menerima mesej seperti This man takes a picture of himself EVERYDAY for 8 YEARS dan ia telah mempengaruhi mereka untuk klik pada pautan yang disertakan.

Sophos berkata, apabila pengguna Facebook klik pada pautan berkenaan, ia akan muncul satu ruang kosong yang mengarahkan mereka untuk meneruskan klik ke bahagian mesej yang tertera ‘Klik di sini untuk seterusnya’.

Katanya, dengan meneruskan klik pada ruang yang menerbitkan mesej pertama pada Facebook itu, ia adalah sama seperti mencadangkannya kepada semua kenalan di rangkaian Facebook.

“Menerusinya, sudah tentu ia adalah seperti menghantar satu mesej, apabila kenalan anda melihat dan klik kepadanya, ia seterusnya akan merebak,” kata Sophos.

Minggu lalu, syarikat itu memberi amaran mengenai satu penipuan di Facebook yang memperdayakan pengguna untuk memuat turun satu perisian iklan, iaitu pakej perisian yang berkebolehan untuk memainkan secara automatik, memaparkan atau memuat turun iklan ke dalam komputer pengguna.

Ia juga adalah satu penipuan sama yang merebak di Facebook pada minggu sebelumnya yang membabitkan penghantaran tanda palsu tertera sexiest video ever, kata Sophos – AFP

(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SophoskeluarkanamaranpenggunalamanFacebook/Article/index_html)

Saturday, January 16, 2010

Guna Kemudahan Facebook Dengan Tanggungjawab: Rais

Sabtu Januari 16, 2010
Guna Kemudahan Facebook Dengan Tanggungjawab: Rais

SEREMBAN: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, rakyat Malaysia perlu membentengkan diri dengan sikap tanggungjawab dan pegangan agama sebelum menerima bulat-bulat pemakaian budaya internet seperti Facebook dan Twitter.

Beliau berkata, ini kerana seseorang itu perlu bertanggungjawab terhadap apa juga komen atau ulasan yang dimuatkan dalam laman sosial Facebook atau Twitter termasuk dikenakan tindakan undang-undang.

"Apabila memakai dan menggunakan alat-alat ini (Facebook dan Twitter), sifat keMalaysiaan, sifat keIslaman, sifat buddhisme, sifat kristian yang ada pada seseorang itu perlu dijadikan benteng," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran 1Malaysia di sini hari ini.

Katanya, selain itu mereka juga perlu berhati-hati dan menimbangkan kebenaran dan ketepatan maklumat yang dipaparkan dalam internet yang tidak semuanya benar.

"Kita (masyarakat) menerima ini semua (internet) dalam satu keadaan kejutan budaya," katanya sambil mengkritik sesetengah rakyat Malaysia yang suka mencemuh golongan yang tidak mahu mengikuti budaya baru itu.

"Kita jangan lekas sangat 'condemn' atau memandang rendah pada mereka yang tidak menggunakan Facebook. Suratkhabar akan tetap relevan, Facebook pun begitu tetapi jangan terima semua isian ini seolah-olah yang lama ini tidak pakai lagi," katanya.

Beliau memuji tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atas kejayaan mengesan salah laku seorang pelajar dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) yang mendakwa bertanggungjawab membakar sebuah gereja berhubung isu kalimah Allah, di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

"Tahniah kepada SKMM yang meneliti salah laku rakyat kita dalam pemakaian Facebook, Twitter dan SMS. Jadi, saya suka menerangkan sebagai seorang bekas peneliti perundangan negara, pemakaian (menggunakan internet) bukan bermakna kita (boleh) melepaskan diri dari tanggungjawab."

Mengenai gagasan 1Malaysia, beliau berkata, lebih banyak program akan disusun untuk menerapkan kefahaman 1Malaysia di kalangan rakyat terutama kepada masyarakat kampung dan pelajar. - BERNAMA