Showing posts with label Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Show all posts
Showing posts with label Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Show all posts

Friday, April 5, 2013

Hisap rokok tidak boleh jadi calon Pas, kata Nik Aziz




4 April 2013

Nik Aziz
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.















PETALING JAYA - Setiap calon Pas yang bertanding sama ada di peringkat Dun atau Parlimen di Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) mesti bebas rokok.
Ini ditegaskan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas.
"Kalau hisap rokok, tak boleh jadi calon," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang diibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, hari ini.
Nik Abdul Aziz sebelum ini dilapor pernah menegur sesetengah pemimpin dan penyokong Pas di Kelantan yang merokok di khalayak ramai dan pernah melarang tabiat itu.
Mesyuarat itu berlangsung sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada PRU13.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi jaminan pihaknya tidak akan menimbulkan kekacauan pada PRU13.
"Di pihak DAP dan rakan-rakan yang lain, kita jamin penyokong dan anggota kita akan berkempen secara aman, berdisiplin dan mengikut undang-undang serta tidak akan membuat kekecohan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut disertai Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Ketua Umum PKR Datuk
Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan pemimpin lain Pakatan Rakyat.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak hadir kerana mempunyai urusan lain. - Bernama

(terimakasih sumber:http://www.sinarharian.com.my/politik/hisap-rokok-tidak-boleh-jadi-calon-pas-kata-nik-aziz-1.146272)

Monday, January 28, 2013

Nik Aziz sambut hari lahir di rumah Karpal


WARTAWAN SINAR HARIAN
28 Januari 2013
Nik Abdul Aziz Nik Mat
$entry.content.caption.value














SHAH ALAM - Di sebalik laporan bahawa kedua-dua mereka bertembung dalam isu hukum hudud dan bagi menyatakan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat (PR), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam mengunjungi rumah Pengerusi DAP, Karpal Singh di Jelutong, Pulau Pinang.
Nik Aziz tiba di kediaman Karpal kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam di Jalan Scotland.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berada dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran Pas di negeri itu.
Ia dilihat sebagai pertemuan bersemuka kedua selepas konvensyen nasional PR tahun 2009 di Shah Alam dan juga ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu negara 12 Januari lalu.
Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulang tahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, Pas dan PKR.
Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata, beliau terkejut kerana pemimpin Pas itu tiba 30 minit lebih awal.
"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.
"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya dipetik Harakah Daily.
Pada konvensyen 19 Disember 2009, Nik Aziz menyifatkan "di dada Karpal Singh ada bulan" dengan merujuk kepada lambang Pas adalah bulan, pada jaket khas dikenakan pemimpin DAP itu.
Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama PR.
Sebelum Nik Aziz berucap, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, beliau bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi di antara Nik Aziz dan 'Tok Guru Abdul Hadi'.
Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau akan memberikan ucapan penutup.
"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz...apa salahnya...saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan tiga tahun lalu.
Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen 2009  mencatat satu sejarah baru politik negara.
Dalam pada itu, Harakah Daily semalam memetik Nik Aziz mempelawa rakyat negeri Pulau Pinang melawat Kelantan yang didakwa terlalu miskin oleh Kerajaan Pusat.
Pelawaan itu dibuat beliau ketika memberikan tazkirah Zohor sempena lawatannya ke Masjid Jamek Batu Uban iaitu masjid pertama yang dibina di Pulau Pinang tengah hari semalam.
"Marilah pula ke Kelantan lawat negeri miskin sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri bila berkempen.  Saya pun hairan yang dikatakan miskin macamana sedangkan kapal terbang banyak yang turun menandakan banyak pelancong tiba, " jelasnya.
Beliau bersyukur memimpin negeri yang didakwa miskin kerana tidak payah mengarahkan penangkapan penyelewengan, rasuah atau memberi projek kroni.  
Sebaliknya hanya mengarahkan pembangunan rohani supaya diseimbangkan dengan jasmani.
(terima kasih sumber:http://www.sinarharian.com.my/politik/nik-aziz-sambut-hari-lahir-di-rumah-karpal-1.125715)

 sambut harilahir di rumah Karpal Singh

Harakahdaily,27 Jan 2013













JELUTONG: Bagi menyatakan kesatuan dan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengunjungi pengerusi DAP Karpal Singh di Pulau Pinang.
(Karpal menyambut kedatangan TG Nik Aziz di rumahnya - foto Malaysiakini)

TG Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam, di Jalan Scotland, lapor wartawan Malaysiakini di Pulau Pinang, Sosan Loone.

Tuan Guru Nik Aziz dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran PAS di negeri itu.

Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR.

Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata beliau terkejut kerana pemimpin PAS itu tiba 30 minit lebih awal.

"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya.

(terima kasih sumber:http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/16345-tg-nik-aziz-sambut-harilahir-di-rumah-karpal-singh)

Foto TG Nik Aziz kunjungi rumah Karpal Singh

Harakahdaily,28 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Foto-foto di bawah dipetik daripada Facebook Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertajuk ‘Memenuhi undangan ke rumah Pengerusi DAP, Karpal Singh’.





(terima kasih sumber:http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16358-foto-tg-nik-aziz-kunjungi-rumah-karpal-singh)

TG Nik Aziz terharu terima kek harijadi dari Karpal

Salmah Mat Husain,28 Jan 2013

(TG Nik Aziz memotong kek harijadinya yang ke 82 yang disediakan Karpal Singh)

PENGKALAN CHEPA: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengakui beliau begitu teruja apabila dihadiahkan sebiji kek yang tertera tiga parti di bawah Pakatan Rakyat sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-82.

Hadiah kek berkenaan diberikan Pengerusi DAP Karpal Singh, semalam ketika bertandan ke rumah pemimpin parti itu di Jalan Kebun Bunga, Pulau Pinang semalam.

Kek yang tertera hiasan logo tiga parti di bawah Pakatan Rakyat itu, tertera tulisan di atasnya, Selamat Hari Ulang Tahun Tuan Guru ke-82.

Dengan perpaduan yang harmoni itu sekaligus membuktikan pakatan kerjasama parti itu tidak pernah goyah walaupun sering disensasikan oleh media terhadap dua orang pemimpin tertinggi dua-dua parti itu.

Menteri Besar Kelantan itu ketika mengenang kembali saat-saat gembira itu berkata, kunjungan pertama kali ke kediaman Karpal Singh memberikan pengertian yang cukup bermakna.

“Saya begitu terkejut di atas penghormatan yang diberikan kepada saya yang langsung tidak saya duga selama ini.

“Saya rasa gembira kerana perasaan Islam fobia langsung tidak wujud khususnya sejak kita sering mengadakan pendekatan yang harmoni bersama mereka,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Harakah dan Harakahdaily di Putik pagi tadi sekembalinya dari Kedah dan Pulau Pinang.

Menurutnya, walaupun beliau dalam keadaan letih kerana mempunyai jadual padat di sebelah utara itu, namun beliau cukup gembira di atas sambutan pimpinan bukan Islam khususnya dari rakan Pakatan Rakyat terutamanya DAP.

Menurutnya, kecaman hubungan baik dengan bukan Islam bukan hanya diterima zaman ini, sebaliknya sejak Rasulullah lagi.

“Andainya bukan jemaah Islam memberikan gambaran baik tentang agama Islam, siapa lagi, nak harapkan Umno?”soalnya.

Katanya, sekarang ini tugas jemaah Islam memperkenalkan kesucian agama itu pada pihak luar disamping akhlak yang ada padanya (Islam).

Katanya, dakwah Islam sering disampaikan pada DAP dan PKR dalam ucapan dan perbincangan, untuk menerima terpulang pada mereka.


(terima kasih sumber:http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/16365-tg-nik-aziz-terharu-terima-kek-harijadi-dari-karpal)


Wednesday, January 9, 2013

Nik Aziz Setuju Bukan Islam Guna Kalimah Allah

 08 Januari, 2013 16:51 PM

KOTA BAHARU, 8 Jan (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam.

Menurutnya langkah itu sebagai memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam sebenarnya.

"Bagi (pendapat) saya, orang bukan Islam perlu diberi ruang menggunakan perkataan itu kerana ia merupakan gerakan dakwah untuk mendekatkan orang bukan Islam kepada agama Islam," katanya kepada pemberita selepas berucap merasmikan majlis penyerahan watikah pelantikan anggota majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini, Selasa.

Pendapat Nik Abdul Aziz itu sekali gus menimbulkan percanggahan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama serta kalangan pemimpin PAS.

Ditanya mengenai pendirian PAS berhubung isu itu, Nik Abdul Aziz berkata ia akan diputuskan di peringkat Dewan Syura Ulama parti itu yang akan bermesyuarat di Kuala Lumpur Sabtu ini.

"Bagaimanapun, saya akan menerima apa sahaja keputusan parti dalam mesyuarat itu nanti," katanya.

Kontroversi penggunaan kalimah Allah itu dibangkitkan semula oleh Setiauasaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini dengan mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk Bible versi bahasa Melayu.

-- BERNAMA

(terimakasih sumber:  http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=920125)

Perokok Tidak Dilantik Anggota PBT Kelantan - Nik Aziz


08 Januari, 2013 18:24 PM

KOTA BAHARU, 8 Jan (Bernama) -- Kerajaan Kelantan tidak akan melantik individu yang merokok bagi mengisi jawatan anggota majlis daerah atau pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata langkah itu sebagai salah satu usaha mendisiplinkan pemimpin dalam sesebuah agensi kerajaan negeri di bawah pentadbirannya.

"Sebagaimana parti (PAS) sebelum ini tidak memilih calon mereka yang merokok, kita (kerajaan negeri) juga tidak akan pilih ahli majlis daerah atau anggota PBT yang merokok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan watikah pelantikan anggota PBT dari seluruh negeri ini di sini, Selasa.

"Bagi saya tidak pilih mana-mana ahli majlis daerah yang merokok sebagaimana juga calon pilihan raya,...lainlah kalau saya tak tahu," katanya.

Nik Abdul Aziz dalam ucapannya sebelum itu menegur sesetengah penyokong dan pemimpin Pas yang menghisap rokok di kalayak umum sambil memakai ketayap (kopiah) dan berimejkan orang Islam.

"Mereka ini seolah-olah berlagak seperti seseorang yang mempunyai pistol menunjuk-nunjukkan kepada khalayak umum walaupun mempunyai lesen," katanya.



-- BERNAMA
(terimakasih sumber:http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=920157)

Sunday, February 20, 2011

Nik Aziz akui Melayu perlu diutamakan

oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
pengarang@utusan.com.my

NIK Abdul Aziz Nik Mat berbual dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS di Shah Alam, semalam.

Nik Aziz akui Melayu perlu diutamakan

SHAH ALAM 19 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya terpaksa mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa peribumi di negara ini.

Perubahan pendirian itu dipercayai ekoran kebimbangan Pas terhadap penurunan sokongan masyarakat Melayu yang kian ketara dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Nik Abdul Aziz berkata, parti-parti politik perlu bertanggungjawab untuk mempertahankan hak orang-orang Melayu kerana mereka adalah masyarakat dominan negara ini.

Ujarnya, walaupun Pas tidak memberi keutamaan kepada perjuangan terhadap bangsa, ia bukan alasan untuk tidak mempertahankan hak orang Melayu memandangkan mereka adalah masyarakat majoriti di negara ini.

"Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz sebelum ini beberapa kali menolak perjuangan terhadap bangsa Melayu kerana menganggap ia tidak dilakukan oleh Islam secara keseluruhannya.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu juga menolak perjuangan nasionalis kerana dakwanya, ia jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz turut menuduh Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan untuk kepentingan politik Barisan Nasional (BN) semata-mata.

"Ia adalah satu pengkhianatan yang dilakukan secara sistematik oleh pemimpin BN. Pengkhianatan itu dibuat dengan menolak hak kaum Cina, India, Iban dan Kadazan," ujarnya.

Sementara itu, dalam konvensyen yang sama, penganalisis politik, Dr. Wong Chin Huat berkata, barisan Nasional (BN) akan menang dalam pilihan raya umum akan datang dengan majoriti dua pertiga jika parti itu dapat mengekalkan momentum peningkatan sokongan orang Melayu seperti yang diperlihatkan pada beberapa pilihan raya kecil kebelakangan ini.

Chin Huat berkata, pihak pembangkang pada masa sama dilihat akan kehilangan kira-kira 34 kerusi Parlimen jika Pas gagal mendapatkan kembali sokongan pengundi Melayu.

"Pada 2008, hampir kesemua kawasan yang Pas berjaya mencatatkan prestasi baik adalah di kawasan bukan Islam,'' katanya.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm)

zmsegamat:Surah(Al-Baqarah 42) Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.