Monday, October 19, 2009

Demokratik kah UMNO?

18 October 2009
Nizar kvv2: Demokratikkah UMNO?

Dr Novandri Hasan Basri

Ketika mengulas mengenai keberkesanan perlembagaan yang dipersetujui semasa Perhimpunan agung UMNO baru-baru ini, TS Muhyiddin Yassin mengatakan beliau tidak nampak sistem ini menyebabkan pemimpin silih berganti sebaliknya akan mengujudkan pemimpin yang aktif bekerja kerana jika mereka tidak bekerja dengan elok, mereka akan diganti.

Penulis setuju dengan kenyataan TS Muhyiddin Yassin mengenai 'mengujudkan pemimpin yang aktif bekerja' tetapi penulis tidak nampak sebarang bentuk mekanisme untuk mengukur keaktifan seseorang pemimpin itu bekerja.

Dan untuk ahli-ahli UMNO mengetahui 'keaktifan kerja seseorang pemimpin itu', kita biasanya hanya tahu melalui televisyen, radio, media cetak dan media internet kecuali jika pemimpin tersebut berada di kawasan kita sendiri. Mustahil untuk kita mengetahui gerak kerja pemimpin tersebut tanpa alat media tersebut.

Pokoknya, adalah tidak adil untuk ahli-ahli UMNO melakukan perbandingan di antara pemimpin-pemimpin hanya berdasarkan kepada kekerapan seorang pemimpin itu masuk di dalam televisyen atau suratkhabar.

Malah, adalah tidak adil dan sangat membimbangkan jika seseorang pemimpin yang berminat kelak turut mempunyai kuasa untuk mengawal dan 'memerintah' agensi-agensi penyiaran utama di dalam negara ini. Mereka mungkin secara tidak langsung akan menggunakan agansi-agensi tersebut untuk mempopularkan diri mereka.

Seperkara lagi, terdapat beberapa lagi kerangka di dalam perlembagaan Baru UMNO yang bakal menimbulkan pelbagai isu kelak. Jawatankuasa Pengurusan UMNO mempunyai hak untuk memperkemaskan peraturan baru di bawah pindaan perlembagaan tersebut.

Penulis lihat perkara ini tidak demokratik kerana jika berlaku perubahan dan menambahan di dalam peraturan tersebut, perkara ini mestilah dibincangkan dan dipersetujui oleh ahli-ahli UMNO dahulu sebelum dilaksanakan.

Begitu juga dengan Suruhanjaya Pilihan Raya UMNO yang bakal membuat peraturan-peraturan baru untuk melicinkan proses pemilihan kelak. Peraturan-peraturan tersebut perlu dibincang dan dipersetujui oleh ahli-ahli UMNO dahulu sebelum dimaktubkan dan bukan ditentukan di kalangan Majlis Tertinggi UMNO sahaja.

Ianya juga kerana MT UMNO merupakan pemimpin-pemimpin yang layak untuk bertanding kelak dan kemungkinan akan berlaku conflict of interest yang tidak sedap kita dengar.

Pokoknya, jika UMNO benar-benar mahu menampilkan imej demokratik, mulai dari sekarang, segala perubahan di dalam kerangka asas parti mestilah juga melambangkan demokratik dengan mengambil kira pandangan serta persetujuan ahli-ahli UMNO.

UMNO mesti kuat kembali!

(sumber;http://novandri.blogspot.com/2009/10/nizar-kvv2-demokratikkah-umno.html)

No comments: