Wednesday, October 7, 2009
BAGAN PINANG, JANGAN JADI BODOH UNTUK PILIH PAS
Wednesday, October 7, 2009
BAGAN PINANG, JANGAN JADI BODOH UNTUK PILIH PAS
PAS di dalam harakah hari ini menjelaskan bahawa calonnya di Bagan Pinang berjanji tiga pekara:
Bercakap pada pemberita di sini semalam, Zulkefli (Calon PAS) menggariskan tiga fokus utama dalam manifestonya 'Bersama Kehendak Rakyat' beliau.
"Daripada 13 permasalahan yang dekat dengan rakyat (Bagan Pinang), umumnya rakyat mahu isu penaiktarafan jalan utama dari Telok Kemang ke Pasir Panjang segera diselesaikan.
"Kedua, rakyat mahu masalah perparitan yang menjadi punca utama banjir kilat, pembiakan lalat serta nyamuk segera diselesaikan.
"Ketiga dan terakhir, rakyat mahu isu alam sekitar yang melibatkan Pantai Port Dickson kerana dengan berbuat demikian, bukan sahaja menggamit semula kehadiran pelancong malah menjana ekonomi setempat," katanya.
Ketiga-tiga permasalahan lapuk masyarakat Port Dickson dan Teluk Kemang itu sudah lama menjadi perhatian oleh Pihak Berkuasa Tempatan setempat.
Janji si Zulkifli ini hanya berkisar kepada masalah yang sudah berada di fail PBT dan jika ia diselesaikan nanti pastinya dia akan mengatakan dia sudah berjaya membawa suara rakyat.
ADUN Bagan Pinang sebelum ini sudah lama membawa isu ini ke pihak berwajib dan tindakan calon PAS itu kononnya mahu menjadi hero sengaja mencetuskan propaganda politik murahan.
Malahan, sekiranya ADUN BN yang membawa isu ini, ia lebih mudah diselesaikan kerana ADUN BN hampir dengan kerajaan persekutuan.
Manefesto seperti ini jelas tidak optimistik malah menampakkan lagi sikap PAS yang sengaja mencari masalah namun tidak mampu selesaikan masalah.
BN lebih optimistik kerana sekirannya Bagan Pinang terus dipertahankan, maka kawasan disekitarnya akan terus dimajukan dan pastinya indikator alam sekitar akan menjadi pembolehubah utama mencetuskan potensi ekonominya meningkat naik. Sektor yang diutamakan pastinya sektor pelancongan.
Semoga orang Bagan Pinang tidak buta memangkah parti hijau toyol ini. Tekadkan hati dan terus istiqamah memilih kerajaan Islam yang adil bernama Barisan Nasional.
Sama-sama kita tumbangkan PAS dan ajaran sesatnya.
Wallahhualam.
Penulis,
(sumber;http://empayar-malaya.blogspot.com/2009/10/bagan-pinang-jangan-jadi-bodoh-untuk.html)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment