Monday, October 19, 2009

4775 Layak Bertanding Presiden UMNO ??

16 October 2009
Nizar kvv2: 4,775 Layak Bertanding Presiden UMNO!

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis menyokong penuh beberapa pindaan perlembagaan seperti di dalam Fasal 5.2, Fasal 8.4.4 yang memberi pengiktifan kepada setiausaha bahagian, Fasal 9.2.8 yang mengiktiraf kaum wanita dan Fasal 14.4.7.

Tetapi penulis tidak faham apabila usul pindaan Perlembagaan UMNO boleh diterima dengan sebulat suara oleh seluruh perwakilan UMNO yang hadir di PWTC.

Penulis hairan kerana pindaan perlembagaan ini mempunyai beberapa kelemahan yang sangat ketara tidak dilihat oleh perwakilan tersebut.

1. Fasal 9.5 sekarang akan menyebabkan 4,775 ahli jawatankuasa bahagian layak secara automatik untuk bertanding sebagai Presiden UMNO!

Penulis tidak menentang keterbukaan yang cuba ditonjolkan di dalam UMNO tetapi apakah pengisian kepada ketidak rasionalan 4,775 orang boleh bertanding sebagai Presiden?

Pada pendapat penulis, kerusi kepimpinan tertinggi di dalam UMNO mestilah dikekalkan kredibilitinya dan perlu diadakan kriteria-kriteria tambahan supaya jawatan Presiden UMNO tidak nampak murah dan senang untuk dijawati.

Fasal 9.5 perlu diperhalusi dengan segera!

2. Fasal 9.5 baru iaitu "Calon-calon yang ingin bertanding untuk mana-mana jawatan Ahli Majlis Tertinggi hendaklah mendaftarkan diri dan pernah memegang mana-mana jawatan sebagai Ahli MT atau Ahli Jawatankuasa Bahagian selama 1 penggal." juga mempunyai kelemahannya iaitu apakah sesiapa yang berminat boleh meletakkan nama beliau untuk bertanding di setiap kerusi di dalam MT UMNO?

Contonhnya, apakah penulis boleh bertanding di peringkat Presiden, Timbalan. Naib dan MT UMNO sekali gus?

Fasal 9.5 tidak menerangkan dengan jelas isu ini.

3. Kita perlu berhati-hati kepada satu manipulasi baru yang akan menguasai sikap dan penerimaan baru kepada pindaan perlembagaan ini. Politk wang mungkin boleh dikurangkan tetapi bakal akan berlaku manipulasi media yang teruk di masa hadapan!

Hanya melalui media sahaja sebarang pemimpin mampu menonjolkan nama beliau dan dikenali oleh 140,000 pengundi baru pada Mesyuarat Pemilihan kelak. Tanpa media, pemimpin-pemimpin tidak mungkin akan dikenali dan tidak popular dikalangan ahli-ahli UMNO.

Ramai orang kaya UMNO akan berlumba-lumba untuk merapatkan diri mereka dengan pihak media dan mungkin berlaku penyalahan etikal kewartawanan yang penulis harapkan tidak mungkin berlaku seperti sogokan dan sebagainya!

Mungkin akan berlaku tawar-menawar untuk foto siapakah yang muncul dimuka surat pertama suratkhabar itu atau manipulasi media alternatif yang cuba menjaul nama pemimpin-pemimpin tersebut!

Tetapi perkara ini tidak dilihat oleh perwakilan di PWTC! Kenapa?

Padahal, isu ini sangat penting dan jika tidak dilihat, ianya bakal mewujudkan satu kudis yang lebih teruk lagi jika dibandingkan dengan hari ini!!

(bersambung...)


(sumber;http://novandri.blogspot.com/2009/10/nizar-kvv2-4775-layak-bertanding.html)

No comments: