Showing posts with label ts isa samad. Show all posts
Showing posts with label ts isa samad. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

Tengku Zafrul didesak letak jawatan dalam GLC

Tengku Zafrul didesak letak jawatan dalam GLC

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Pelbagai pihak hari ini mendesak Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (gambar) supaya meletak jawatan selepas 'menyerang' syarikat milik kerajaan (GLC) lain dalam satu forum terbuka baru-baru ini.

Tindakan Tengku Zafrul mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda telah memberi isyarat salah sehingga menyebabkan kebimbangan pasaran dilihat seolah-olah mempertikai keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Desakan tersebut timbul hanya beberapa hari selepas desakan yang sama dilakukan ke atas Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof kerana mengeluarkan kenyataan senada dengan Tengku Zafrul dalam forum yang sama.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, selaku orang yang dilantik untuk mengepalai sebuah GLC lain, Tengku Zafrul perlu berundur jika dia tidak bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri kerana jawatannya sekarang juga adalah atas ihsan Najib.

"Jangan jadi kaduk naik junjung dan perasan hanya dia seorang sahaja yang mahir dalam ekonomi dengan mempertikaikan pengalaman orang lain yang sudah 22 tahun mentadbir sebuah negeri dengan pelbagai cabaran lebih rumit daripada menguruskan sebuah GLC.

"Dia sepatutnya bersyukur kerana kedudukannya hari ini atas perjuangan orang politik malah, ahli keluarganya sendiri adalah orang politik. Jangan nak hipokrit kerana saya yakin dan percaya tanpa sokongan politik Tengku Zafrul tidak akan memiliki kedudukan seperti hari ini.

"Orang seperti ini tidak layak untuk mengkritik Mohd. Isa apatah lagi dibuat secara terbuka atas kapasitinya sebagai peneraju GLC, ini perbuatan tidak beretika dan sepatutnya dia meletakkan jawatan," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Serangan terhadap Mohd. Isa itu dilakukan oleh Tengku Zafrul dan Zainal Aznam dalam satu forum anjuran sebuah badan pemikir tempatan dengan bersandarkan alasan bahawa, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan tersebut pernah terpalit dalam isu rasuah.

Dalam pada itu, beberapa laman blog juga mendesak supaya Tengku Zafrul melepaskan jawatan.

http://anotherbrickinwall.blogspot.com; http://theunspinners.blogspot.com dan http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com.

Paling lantang berbuat demikian adalah blog anotherbrickinwall, apabila meminta Permodalan Nasional Berhad (PNB) selaku pemegang saham utama dalam Maybank dan beberapa pemegang saham lain supaya berwaspada dengan kenyataan tidak matang Tengku Zafrul itu.

Blog tersebut yang mendedahkan secara terperinci bagaimana Tengku Zafrul boleh mendaki kedudukan sekarang termasuk siapa orang politik di belakangnya, turut mempersoal bagaimana pemegang saham dalam Maybank boleh berurusan dengan Ketua Pegawai Eksekutif muda itu.

"Tengku Zafrul meletakkan dirinya sebagai liabiliti kepada Perdana Menteri dan kenyataannya terhadap Mohd. Isa kini dijadikan peluru oleh pembangkang untuk menyerang kerajaan. Jadi, dengan segala kerosakan ini apakah dia perlu tunggu lagi, letaklah jawatan dengan segera," desak blog tersebut.

(sumber:http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=210311)

Sunday, February 20, 2011

Saya tak kisah...itu pendapat dia - Tan Sri Isa Samad


Saya tak kisah...itu pendapat dia

Oleh: NOOR HASILAH ISMAIL

Petang Rabu Tan Sri Isa Samad kelihatan relaks saja sewaktu hadir di kompleks membeli belah AEON di AU2, Setiawangsa dekat Kuala Lumpur.

Beliau berada di situ untuk melancarkan Promosi Produk SAWARI (Satu Wilayah Satu Industri) Felda atas kapisitinya sebagai Pengerusi.

Wartawan yang pernah membuat liputan acaranya sejak beliau Menteri Besar Negeri Sembilan dahulu tahu begitulah stailnya yang sentiasa nampak ceria tak kira apa situasi sekalipun.

Sejak dilantik sebagai Pengerusi FELDA nampaknya ada sahaja pihak yang cuba geletek beliau.

Sandaran mereka tidak lain daripada isu beliau digantung jawatan Naib Presiden UMNO oleh Lembaga Disiplin UMNO pada tahun 2005.

Sedangkan beliau sudah menjalani proses hukuman itu dengan baik dan menang dengan cemerlang kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang di Port Dickson melalui satu pilihanraya kecil.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri lebih mengenali Isa dan pasti tahu kemampuannya dari segi politik dan pentabiran ketika melantiknya ke jawatan yang penting itu.

Sebagai orang politik yang sudah biasa melalui segala macam cabaran Isa juga steady ketika diminta mengulas komentar Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof, yang menilai pelantikannya sebagai Pengerusi FELDA boleh mengakibatkan kebimbangan pasaran.

“Saya tak nak komen. Bagi saya, sedangkan Nabi yang dipilih oleh Tuhan pun ada yang tak suka, inikan saya, yang dipilih oleh manusia... Itu pendapat dia. Saya tak kisah.

“Dari mula saya pegang jawatan politik saya sudah banyak kena hentam dan sebagainya. ... Saya pun tak tahu latarbelakang dia, sama ada dia terlalu hebat atau pandai,” katanya.

Isa menegaskan beliau tetap komited dengan tugas yang diamanahkan ke atasnya untuk memajukan FELDA.

Katanya sekiranya diambil serius perkara itu, ia akan menghalang fokusnya untuk membangunkan FELDA dan memberikan taraf kehidupan lebih bermakna kepada peneroka di seluruh negara.

Sementara itu dalam ucapanya di majlis itu Isa berkata FELDA sudah melahirkan 36,187 usahawan di kalangan peneroka dan daripada jumlah itu 33 orang sudahpun bertaraf jutawan dengan pendapatan masing-masing melebihi RM1 juta setahun!

Beliau memberitahu nilai keseluruhan aktiviti perniagaan warga peneroka di rancangan FELDA pada tahun lalu mencapai RM1.06 billion dan beliau menganggarkan nilai itu akan bertambah sekali ganda tahun ini.

Turut hadir ialah Pengarah Besar FELDA, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab dan Nagahisa Oyama, Pengurus Besar AEON Co (M) Bhd. Promosi Produk SAWARI FELDA itu berlangsung di pusat membeli belah berkenaan pada 8 hingga 13 Februari.

Isa berkata, usaha promosi yang diadakan di antara Felda dan AEON Co (M) Bhd adalah untuk mempromosikan produk usahawan Felda bagi menembusi pasaran hypermarket tempatan dan luar negara, terutama Jepun.

Isa berkata, program pembangunan produk makanan dan kraf di FELDA digerakkan di bawah SAWARI dan Felda turut menganggotai Jawatankuasa SDSI peringkat kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan kejayaan program One Village One Product (OVOP) di Oita Prefecture, Jepun.

Pengerusi Felda itu berkata, melalui Model Baru Ekonomi, Felda mensasarkan setiap rancangan menjadi kuasa besar ekonomi pada 2020. – 9/2/11

(sumber;http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_2bdfe515-7f000010-2cbbb200-76aedd7a)

Tuesday, January 4, 2011

Peneroka tidak terpengaruh

Oleh SHOLINA OSMAN
pengarang@utusan.com.my


MOHD. Isa Abdul Samad (kanan) dipeluk Mohd. Yusof Noor pada Majlis Penyerahan Tugas Pengerusi Baru Felda di Balai Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 3 Jan. – Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yakin segala serangan terhadap agensi itu tidak akan membuatkan peneroka terpengaruh dan menyokong perjuangan pembangkang.

Beliau berkata, sebaliknya para peneroka faham segala tuduhan yang dilemparkan termasuk Felda bankrap hanyalah permainan politik pembangkang yang akan terus memuncak sehingga pilihan raya akan datang.

“Malah semenjak penubuhan Felda 50 tahun lalu, pembangkang tidak pernah memuji agensi ini sebaliknya suka menimbulkan isu yang buruk sahaja,” katanya.

Mohd. Isa berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan tugas antara beliau dengan bekas Pengerusi, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor di Balai Felda di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Mohd. Isa menjelaskan, ketika menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, beliau pernah menyuruh peneroka Felda yang terpengaruh dengan pembangkang sehingga menuduh kerajaan zalim supaya balik sahaja ke kampung halaman masing- masing.

“Tetapi mereka tak balik pun dan ini menunjukkan kerajaan sudah melakukan yang terbaik untuk mereka dan tidak ada sebab untuk keluar dari Felda hanya kerana hasutan pembangkang,” katanya.

Malah katanya, pembangkang sudah mula menyerang Felda sewaktu agensi itu hendak ditubuhkan lagi dengan slogan ‘Langkah Kerajaan Menipu Peneroka’.

“Malah ketika Felda di bawah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga dikritik bahawa Felda akan mengalami kerugian dengan penanaman getah,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, ketika harga getah melambung tinggi tidak ada pula pembangkang yang muncul untuk memuji langkah Felda ini.

Mohd. Isa menjelaskan, beliau tidak takut untuk berhadapan dengan apa juga isu yang cuba ditimbulkan oleh pembangkang kerana yakin Felda akan berjaya memacu kejayaan.

“Biarpun pembangkang membuat seribu janji tetapi saya percaya peneroka sesekali tidak akan terpengaruh dengan mana-mana parti pembangkang,” katanya.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm)

Monday, January 3, 2011

Isu Felda Harus Dijelaskan Segera - Isa Samad




PORT DICKSON: Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang baru dilantik meneraju Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berkata isu berkaitan organisasi itu harus diperjelaskan pada kadar segera.

Langkah itu katanya amat penting bagi mengelak golongan peneroka terus menjadi mangsa kepentingan politik pembangkang.

"Ini kerana mengikut fikiran pembangkang melalui pencetusan keraguan pada kalangan peneroka ini, sedikit demi sedikit akan menghakis kepercayaan peneroka dengan kerajaan," katanya kepada pemberita, di sini, Selasa.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan Karnival Juara Rakyat Ladang Parlimen Teluk Kemang bagaimanapun yakin peneroka Felda tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang yang hanya membangkitkan isu itu sejak kebelakangan ini.

"Felda tidak ada banyak masalah. Kalau benar fitnah pembangkang itu (tanah rancangan) Felda sudah lama kosong," katanya.

Mohd Isa berkata beliau juga sudah masak dengan taktik pembangkang dan akan menggunakan pengalaman politiknya untuk menangkis tohmahan mereka terhadap organisasi tersebut.

"Dalam pilihan raya umum yang lalu majoriti peneroka Felda menyokong kerajaan...segelintir saja tidak menyokong," katanya.

Malah katanya, masyarakat di tanah rancangan Felda tidak mempunyai asas untuk menolak kerajaan sedia ada memandangkan ramai yang telah dapat membaiki taraf hidup menerusi program itu.

Hakikatnya kata Mohd Isa, pembangkang tidak menghargai tanah rancangan Felda pada awal penubuhannya namun kini mempolitikkan beberapa isu berkaitan organisasi itu bagi mendapatkan undi. -BERNAMA

(sumber;http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2010/12/28/mstar_berita/20101228183530)

Pengerusi Felda Baru, Malapetaka Kepada Pembangkang




Perlantikkan Tan Sri Isa Samad (TSIS) sebagai Pengerusi Felda yang baru merupakan satu berita yang membanggakan kami penduduk Negeri Sembilan. Secara tak langsung ia mengesahkan keupayaan seorang anak Negeri Sembilan (walau lahir di Melaka tapi dibesar dan dituakan di Negeri Sembilan) dalam menggalas tanggungjawab besar memimpin sebuah organisasi penting negara seperti Felda.

Dari segi politik, perlantikkan TSIS juga merupakan satu tamparan hebat kepada parti pembangkang terutama PAS dan PKR yang menjadi alat DAP untuk memecah belahkan peneroka kawasan Felda yang terdiri majoriti orang melayu ini. Barua kafir lahanat wakil DAP dari PAS yang ditugaskan memecah belah peneroka Felda ini yang bernama Mazlan Aliman tidak ada sebesar kuman pun dari segala segi berbanding dengan TSIS.

PAS memang kena tukar anjing lain, anjing nama Mazlan Aliman ini sudah tidak sesuai untuk berhadapan dengan ‘gergasi’ politik macam TSIS. Anjing macam Mazlan Aliman ini hanya layak memutar belit kes-kes tuntutan peneroka di mahkamah yang ada diantaranya menang kerana peguam Felda yang tidak hadir. Dari segi politik, pengalaman Mazlan Aliman tidak langsung setanding dengan TSIS yang kerjaya sebagai Menteri Besar saja pun sudah menjangkau 22 tahun.

Ketewasan calon PAS merangkap pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan di tangan TSIS (majoriti berganda) dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang tahun sudah membuktikan TSIS memang ‘the PAS killer’. PAS tidak pernah menang dengan TSIS, baik di kerusi DUN lamanya di Linggi dan Parlimen Jempol pada 2004. Memandangkan pakatan pembangkang menyerahkan kepada PAS untuk memutar belit isu Felda, maka kehadiran TSIS bakal memadam kelebihan yang selama ini dinikmati mereka (kalau ada).

TSIS yang punya pengalaman luas dalam politik dan kebolehan luar biasa menarik perhatian orang yang mendengar ucapannya (dengan gaya tersendiri), memang mampu mendatangkan gerun kepada mana-mana anjing pembangkang yang sedang asyik mahu mengelirukan peneroka dengan fitnah dan adu domba yang tiada kesudahan.

Dengan tugas barunya ini TSIS punya akses yang lebih luas kepada masyarakat Felda di seluruh negara dibanding jawatan sekarang sebagai ADUN Bagan Pinang dan Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan yang hanya membataskan beliau dinegeri ini sahaja. Kita harapkan kelebihan ini dan kekuatan tersendiri TSIS dapat menangkis semua dakyah pembangkang yang menjadi utusan syaitan untuk mengelirukan warga peneroka..

Lagipun tuntutan saman terbaru oleh peneroka terhadap Felda yang didalangi PKR datang dari peneroka Serting, yang terletak dalam Negeri Sembilan.

TSIS juga amat dekat sebenarnya dengan masyarakat peneroka. Kerusi Parlimen Jempol yang beliau menangi pada 2004 itu adalah majoritinya dihuni peneroka Felda. Jadi soal penerimaan masyarakat Felda terhadap Pengerusi baru mereka ini bukanlah satu masalah kerana pengalaman yang beliau miliki sebelum ini. Isu Felda Sendayan yang pernah menjadi duri dalam daging kepada pemerintahan TSIS di Negeri Sembilan pada 1999 juga berjaya dihadapi TSIS dengan jaya, buktinya UMNO/BN masih menguasai DUN Rantau dimana Felda Sendayan terletak pada PRU 1999 walaupun ketika itu isu Anwar begitu hebat melanda negara.

Dalam menangkis tohmahan pembangkang terhadap Felda, selama ini Datok Ahmad Maslan dilihat satu-satunya benteng untuk menangkis semua tohmahan tersebut. Kehadiran TSIS akan menjadikan benteng ini bertambah kukuh dan utuh untuk ditembusi anjing PAS suruhan DAP seperti Mazlan Aliman atau anjing baru yang bakal dilantik selepas ini.

Kita seharusnya menyambut baik perlantikkan ini dan mengharap TSIS dapat mengembalikan semula perpaduan masyarakat Felda yang dikelirukan pembangkang. Pembangkang menumpu kepada Felda bukan tidak bersebab tapi mereka begitu yakin akan menguasai kawasan bandar dan sekarang menumpu kepada kawasan luar bandar terutama kawasan Felda yang menjadi kubu kuat UMNO selama ini.

(sumber;http://www.mykmu.net/?p=5595)

Tuesday, December 28, 2010

Jika Isa Samad Di Lantik, Mengapa Tidak Khairy Jamaludin?



Mula-mula Isa Samad menang Naib Presiden UMNO, undi tertinggi. Kemudian beliau didapati bersalah, dilucutkan jawatan dalam parti, tidak dibenarkan bertanding dan memegang apa-apa jawatan selama sepenggal. Sebaik habis tempohnya, beliau menjadi calon ADUN Teluk Kemang dan menang besar.

Adakah peluang kedua Isa Samad menerajui GLC ini menunjukkan bahawa Dato' Sri Najib seorang yang pemaaf? Tidak ada siapa yang tidak boleh 'dipulih'kan oleh beliau.

Banyak tekanan yang dikenakan oleh beberapa pihak agar menggugurkan menteri seperti Nor Mohamad Yaakob dan Nazri Tan Sri Aziz, tetapi DSN masih memberi mereka peluang. Dengan terlantiknya Isa Samad menerajui GLC penting ini, adakah bermakna desas desus Khairy Jamaludin akan dilantik sebagai Menteri atau Timbalan Menteri akan menjadi kenyataan?

Seperti yang pernah ditulis oleh Dato' Ariff Sabri, blogger Sakmongkol AK47, Dato' Najib, seperti bapanya Tun Razak, boleh menerima kesalahan-kesalahan orang disekelilingnya dan memberi peluang kedua kepada mereka. Menurut Sakmongkol, Tun Razak tahun beberapa pegawainya berfahaman kiri aka komunis tetapi masih mengekalkan mereka.

Namun dalam jangka pemerintahannya yang pendek, Tun Razak berjaya membawa kemajuan kepada Malaysia dan masih dianggap salah seorang negawan ulung yang Malaysia pernah ada. Adakah Dato' Sri Najib akan mengalami perkara yang sama?

Melantik Isa Samad menerajui Felda dan memberi peluang kedua kepadanya berbeza dengan Khairy Jamaludin. Khairy didapati bersalah, seperti Isa tetapi ketika itu Tun Abdullah masih PM, jawatankuasa disiplin tidak menghukum Khairy dengan sewajar. Beliau diberi amaran keras, dibenar bertanding dan menang.

Irregularity yang menaungi Khairy sepanjang kareer mentuanya ini yang tidak disenangi rakyat. Belum diambil kira lagi campurtangan KJ dalam menentukan calon, ahli kabinet dan beberapa deal khazanah yang merugikan Malaysia yang dibrokerkan oleh KJ. Dan sebenarnya beliau masih tidak menerima sebarang hukuman, malah bebas menerajui sayap Pemuda.

Sebaliknya, Isa sudah menjalani hukumannya, sudah di 'pulih' dan di 'putih'kan dan sewajar beliau diterima. KJ merupakan liability kepada BN, dan sewajarnya beliau kekal begitu jika Dato' Sri Najib ingin nama BN sebagai jenama yang semakin diterima kini.

(sumber;http://sribuana.blogspot.com/2010/12/jika-isa-samad-di-lantik-mengapa-tidak.html)

Monday, December 27, 2010

Impian Mohd Isa Pastikan Felda Terus Capai Matlamat Penubuhannya


Impian Mohd Isa Pastikan Felda Terus Capai Matlamat Penubuhannya

SEREMBAN, 27 Dis. – Sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baru, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata impian beliau ialah memastikan badan itu terus mencapai matlamat yang dihasratkan oleh kerajaan ketika menubuhkannya.

“Saya tidak ada impian peribadi, cuma saya mahu mencapai apa yang dimatlamatkan kerajaan ketika menubuhkan Felda,” katanya mengulas pelantikannya sebagai Pengerusi Felda berkuatkuasa 1 Jan 2011.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.

Mohd Isa, 61, menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda.

Bercakap kepada Bernama hari ini beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas kepercayaan yang diberikan.

“Saya akan cuba menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Mohd Isa, yang menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari 1982 hingga 2004, merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden Umno.

Beliau merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang dalam kawasan Parlimen Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

Beliau menang besar dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 11 Okt 2009 mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi.

(sumber;http://umno-online.com/?p=27870)

Sunday, May 2, 2010

Jangan Terpedaya PKR Bukan Tolong Rakyat


Jangan Terpedaya PKR Bukan Tolong Rakyat
Apr 20th, 2010 | By administrator | Category: Sana Sini

HULU SELANGOR 20 April – Ahli Dewan Undangan Negeri, Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad berkata, agenda pakatan pembangkang bukan untuk menolong rakyat, khususnya di Hulu Selangor, tetapi semata-mata mahu mengangkat pemimpin mereka sebagai Perdana Menteri dan menyelamatkan Anwar Ibrahim, yang menghadapi tuduhan meliwat Saiful Bukhari.

“Macam mana Anwar nak perjuangkan nasib orang sedangkan nasib dia sendiri pun tak tahu lagi,’’ kata Isa pada majlis kenduri kesyukuran rakyat meraikan perkahwinannya dengan Puan Sri Bibi Sharliza di Taman Sungai Buaya di sini.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Shafie Afdal, ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Saziman Mansor, bekas bendahari PKR Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat dan hampir 800 penduduk pelbagai kaum di Taman Sungai Buaya.

Majlis tersebut banyak keunikannya kerana ini merupakan kali pertama satu kaedah kreatif dan inovatif dirancang untuk meraikan pasangan pengantin baru, memperkenalkan Dr Halili, mengadakan ceramah politik dan kemudiannya kenduri bersama rakyat.

Isa berkata, Anwar merupakan sejenis spesis manusia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri.

“ Saya juga baik dengan Anwar tetapi tidaklah sebaik Saiful yang dipilih Anwar sendiri sebagai pembantu khasnya ,’’ katanya disambut tepukan bergemuruh dan teriakan peliwat daripada sebahagian pengundi yang hadir.

Katanya, Anwar meninggalkan ABIM dan dibawa masuk dan ditatang oleh Tun Dr Mahathir ke dalam UMNO.Dalam masa tidak sampai 11 tahun sudah jadi Timbalan Perdana Menteri.

“Dato’ Sri Najib Tun Razak hanya setelah 27 tahun baru jadi TPM dan sekarang PM. Saya pula masuk UMNO sejak 1972 tapi sampai sekarang tak jadi-jadi…tapi tidak pula merajuk macam Zaid Ibrahim, calon PKR,’’ katanya

Beliau menambah, Anwar merupakan jenis tidak mengenang budi . Sekiranya dia berhajat sesuatu, dia akan langgar tidak kira betul atau salah, depan atau belakang, dia tidak peduli.

Anwar, katanya, sanggup gunakan nama Yang Dipertuan Agong, guna nama Panglima Angkatan Tentera untuk memperdaya rakyat.

“Orang tidak sedar diri, kalau budi kerajaan , parti dan pemimpin UMNO tidak dikenang, hentikanlah dia boleh perjuangkan nasib rakyat di Hulu Selangor. Kalau dah jenis tidak tahu balas budi, jangan harap dia nak berbudi pada rakyat di sini.

“Saya tidak hairan jika satu hari nanti, Anwar kata malam tadi dia bermimpi bertemu rasulullah yang meminta sokong dia!’’ ujar beliau.

Isa mengingatkan pengundi-pengundi di Hulu Selangor , mereka akan menggelapkan masa depan anak cucu sekiranya memilih Anwar dan pakatan pembangkang sebagai wakil rakyat.

Isa juga mendedahkan bahawa Anwar merupakan tukang karut terhebat dengan mencipta beberapa isu untuk mencemar dan menghakis kepercayaan rakyat kepada sistem kehakimanan, kepolisan dan pentadbiran kerajaan.

Beliau juga berharap supaya pengundi-pengundi Melayu, khususnya UMNO supaya keluar mengundi BN pada 25 April.

“Saya menang di Bagan Pinang dengan mendapat sokongan penuh pengundi-pengundi India . Peti-peti undi di kawasan estet yang sebelum ini kita kalah, kita menang. Oleh itu tunjukkan dan buktikan janji kongsi kuasa dan perpaduan . Undi BN’’ ujar beliau.

(sumber;http://umno-online.com/?p=8631)