Showing posts with label umno online. Show all posts
Showing posts with label umno online. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

20 NGO anjur Seksualiti Merdeka


Oleh AZHARI ZAINOODDIN dan
MUHAMAD AIMY AHMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Usaha untuk menghalalkan hubungan sejenis di negara ini dilihat semakin melampau dengan wujudnya pelbagai pihak yang masih tegar memperjuangkan agenda golongan itu.

Terbaru, kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu cuba mempromosikan program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula hari ini hingga 13 November depan.

Seksualiti Merdeka 2011 yang mempromosikan program mereka melalui laman web www.seksualitimerdeka.org, kononnya bertujuan mempertahankan hak golongan tersebut agar diterima dalam kalangan masyarakat negara ini.

Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari itu ialah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan beberapa aktiviti diatur seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Penganjur menyatakan mereka percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi walaupun mereka termasuk dalam golongan homoseksual.

Jelas mereka, istilah Seksualiti Merdeka digunakan untuk mengingatkan semua pihak bahawa walaupun negara telah berpuluh tahun merdeka, tidak semua rakyat dapat menjadi diri mereka yang sebenar.

Difahamkan Seksualiti Merdeka yang berlangsung di Galeri Annexe, Kuala Lumpur ini merupakan penganjuran kali ke-4 sejak pertama kali diadakan pada 2008.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm)

Tuesday, October 4, 2011

BN Sudah Mula Kenal Pasti Calon Untuk Pilihanraya Umum



PARIS, 27 Sept – Barisan Nasional (BN) sudah mula mengenal pasti calon bagi pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata langkah awal itu bukan bermakna pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat tetapi bagi memastikan calon yang dipilih nanti berkeupayaan dalam semua aspek, termasuk dalam menjayakan pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

Muhyiddin berkata BN akan menggunakan pendekatan baru dalam memilih calon dengan kriteria utamanya ialah bakal calon akan dinilai secara individu dan menyeluruh oleh pucuk pimpinan, selain sumber rasmi dan tidak rasmi.

“BN perlu ubah cara pemilihan calon berdasarkan perubahan landskap politik semasa…tidak boleh secara semberono,” katanya kepada wartawanMalaysiadi sini hari ini.

Muhyiddin yang diiringi isteri beliau Puan Sri Norainee Abdul Rahman kini berada di ibu negara Perancis ini untuk lawatan kerja dua hari bagi menghadiri mesyuarat lembaga eksekutif Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (Unesco), yang berakhir hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata antara kriteria pemilihan bakal calon ialah kebolehan, kewibawaan, latar belakang, status pendidikan, kemahiran tertentu yang selari dengan tuntutan semasa, selain prihatin dan faham kehendak rakyat.

Beliau menarik perhatian bahawa untuk menjadi seorang wakil rakyat pada masa ini adalah amat mencabar dan memerlukan kebijaksanaan berikutan pengundi sekarang sudah matang dan membuat penilaian berdasarkan kewibawaan seseorang.

Sehubungan itu, beliau berkata pemilihan bakal calon terdiri daripada golongan muda dan berkelulusan tinggi akan diberikan pertimbangan sewajarnya, namun pengalaman turut diberikan perhatian bagi mewujudkan keseimbangan antara jumlah pemimpin muda dan berpengalaman.
Keutamaan juga diberikan kepada calon pilihan rakyat
, katanya.

Muhyiddin berkata “calon yang boleh menang” yang dikatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini bukan bermaksud semata-mata yang boleh menang tetapi turut memenuhi semua aspek yang dikatakan itu.

“Ini bermakna walaupun seseorang wakil rakyat itu pernah menang tanpa bertanding, tidak semestinya dicalonkan semula. Semuanya bergantung kepada tuntutan semasa,” katanya.

(sumber;http://umno-online.com/?p=46152)

Friday, September 17, 2010

Ingat 16 September, Ingat Kelentong Besar Anwar


Ingat 16 September, Ingat Kelentong Besar Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Sept – Selain penubuhan Malaysia, tarikh 16 September juga perlu diingati seluruh rakyat di negara sebagai hari pembohongan mega oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Tegasnya tarikh 16 September 2008 tidak mungkin dilupakan rakyat kerana pada tarikh itulah satu penipuan politik terbesar berlaku kononnya berlaku perubahan kerajaan di mana kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) akan ditumbangkan.

“Anwar pada waktu itu berdrama yang ditonton oleh seluruh negara malahan seluruh dunia bahawa dia akan mengetuai kerajaan akibat lompatan fatamorgana, ilusi 30 Ahli Parlimen BN kononnya..

“Rakyat perlu ingat 16 September bukan hanya penubuhan Malaysia tetapi pembohongan mega itu sebagai ingatan siapa sebenarnya Ketua Pembangkang yang akan menjanjikan apa sahaja,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi bukan sahaja rakyat di negara ini dan masyarakat seluruh dunia tertipu malah di kalangan pemimpin pakatan pembangkang juga turut terpedaya.

“Itulah wajah sebenar Anwar yang perlu sentiasa diingati rakyat terutama menjelang tarikh 16 September,” ujarnya.

Beberapa bulan sebelum tarikh 16 September 2008, Anwar telah mewar-warkan kononnya pakatan pembangkang akan menggantikan kerajaan BN apabila sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen BN akan melompat parti.

Malah beberapa ahli parlimen pembangkang juga bersusah payah sanggup membontoti beberapa ahli parlimen BN ke Taiwan bagi merealisasi misi tersebut.

Malangnya apabila tiba tarikh 16 September 2008 tiada apa yang berlaku selain satu pembohongan besar yang akan diingati seluruh rakyat negara ini dan dunia sampai bila-bila. -MediaUMNO

(sumber;http://umno-online.com/?p=20920)