Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Saturday, May 25, 2013

WAHAI PENCACAI PAKATAN! MANA DIA BUKTI BLACKOUT MASA PRU TEMPOHARI? MANA BUKTINYA?


Saturday, May 25, 2013


Inilah antara gambar yang disebarkan dalam isu lampu padam atau ‘Black Out’ yang didakwa Pakatan Rakyat.

Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.

“Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

“Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut
melainkan petugas SPR dan ejen calon.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul… mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.

“Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR,” katanya.

Wan Ahmad berkata sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.

“Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak.

“Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat ‘tweet’ mengatakan lampu padam oleh ‘cybertrooper’ yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai
Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tidak ada apa-apa,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai dakwaan sebuah akhbar pembangkang bahawa 24 petugas SPR di Besut, Terengganu telah dikurung bagi memangkah kertas undi, Wan Ahmad berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

Beliau berkata namun kesemua mereka dipercayai masuk ke satu bilik itu untuk memangkah kertas undi masing-masing memandangkan kesemua mereka mengundi secara pos kerana bertugas pada PRU13.

“Salah seorang daripada mereka didapati telah membuat laporan polis… itu keputusan yang bagus dan betul agar polis dapat membuka kertas siasatan.

“Namun dipercayai mereka mendapat sampul surat yang berisi kertas undi untuk mengundi cara pos dan itu hak mereka untuk pangkah di mana-mana lokasi termasuk di dalam bilik yang dikatakan itu.. namun apa yang sebenarnya berlaku kita tidak tahu,” katanya.

Katanya, masyarakat tidak harus membuat andaian dan rumusan sendiri dengan hanya membaca melalui media pembangkang sedangkan semua yang dilaporkan berkaitan SPR adalah buruk dan berbaur fitnah.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata cadangan pembangkang agar Tribunal Rakyat ditubuhkan adalah amat berbahaya kerana ia membelakangkan perlembagaan dan undang-undang negara.

“Siapa yang akan mewakili Tribunal Rakyat itu? Orang-orang mereka, pemimpin NGO yang selama ini yang menentang sistem dan dasar pilihan raya? Mereka yang menyemai budaya tidak baik dan tidak sopan pada anak muda?,” katanya. – Bernama

(terimakasih sumber:http://parpukari.blogspot.com/2013/05/wahai-pencacai-pakatan-mana-dia-bukti.html)

Monday, May 13, 2013

Fakta PRU13 : Impak 'Tsunami' Cina Di Johor



E-mailPrint
alt

Tidak dinafikan lagi, kemenangan Barisan Nasional (BN) diperingkat pusat merupakan kemenangan mudah ekoran jumlah kerusi Parlimen yang dipegang BN menurun jika dibandingkan dengan Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008.

Keputusan PRU13 menunjukkan BN memenangi 133 kerusi Parlimen dan 275 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Johor antara kubu terkuat BN turut menerima tempias 'tsunami' peralihan sokongan masyarakat Cina yang memperlihatkan BN kalah di lima kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN berbanding hanya satu kerusi Parlimen dan enam kerusi DUN pada 2008.

Kekalahan BN adalah di kawasan yang berkepadatan majoriti berbangsa Cina melebihi 51 peratus.

Parlimen Bakri yang dipegang oleh DAP pada 2008 terus dipertahankan pembangkang disamping dua kerusi panas yang dirampas pakatan tersebut iaitu Parlimen Gelang Patah dan Kulai yang mengandungi majoriti penduduk Cina melebihi kaum-kaum lain.

Dua kerusi parlimen lagi yang dimenangi pembangkang ialah di Batu Pahat dan Kluang dimana kepadatan masyarakat Cina di kawasan tersebut antara 41 hingga 50 peratus.

Kedua-dua kerusi tersebut dahulunya dimenangi oleh Barisan Nasional dengan Batu Pahat disandang oleh UMNO dan Kluang oleh MCA.

alt

Faktor utama peralihan empat kerusi kepada pembangkang diperjelas melalui peralihan tambahan 12 kerusi DUN daripada hanya tujuh kerusi yang dimenangi pembangkang pada PRU12 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 18 kerusi.

Kesemua kerusi tersebut di menangi pembangkang di kawasan majoriti diduduki masyarakat Cina dengan masing enam di daerah berkepadatan 41 hingga 50 peratus, 51 hingga 60 peratus dan 60 peratus ke atas.

Kepadatan masyarakat Cina antara 41 hingga 50 peratus menyaksikan DUN Sungai Abong dan Maharani dimenangi pembangkang pada 2008 terus dipertahankan selain peraliahan empat lagi kerusi iaitu di Parit Yaani, Putera Wangsa, Johor Jaya dan Pengkalan.

alt

Pola majoriti kaum Cina 51 peratus hingga 60 peratus pula menunjukkan hanya satu kerusi dimenangi pembangkang pada PRU12 iaitu di DUN Mengkibol dan tambahan lima kerusi lagi iaitu di Jementah, Bengkok, Tangkak, Stulang dan Pekan Nenas.

Manakala di daerah majoriti masyarakat Cina lebih dari 61 peratus menunjukkan tambahan tiga kerusi pada PRU13 iaitu di Yong Peng, Penggaram dan Bukit Batu di samping mempertahankan DUN Skudai, Senai dan Bentayan yang dimenangi pada 2008.

alt

Peningkatan sokongan masyarakat Cina di Johor berkemungkinan besar dipengaruhi oleh pencalonan Penasihat DAP Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah menentang Datuk Abdul Ghani Othman.

Kit Siang yang mempunyai pengaruh besar dikalangan penyokong DAP khusunya dari masyarakat Cina mengubah landskap pilihan raya di Johor terutama di kawasan majoriti diduduki oleh kaum tersebut.

Kerusi yang dipegang oleh MCA selama beberapa penggal sebelum ini tewas apabila BN meletakkan calon UMNO menentang Kit Siang.
 
 (terimakasih sumber:http://klpos.com/analisis/60522)

Fakta PRU13: Pendedahan 'Tsunami Cina' Di Selangor



E-mailPrint
alt
 
Keputusan pilihanraya baru-baru ini menunjukkan Barisan Nasional (BN) telah kehilangan sebilangan kerusi yang dimenangi parti itu pada pilihanraya sebelumnya. Pengerusi BN , Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap keputusan ini adalah kesan dari apa yang dikatakan 'tsunami Cina' . Beberapa tokoh politik dari Pakatan Rakyat (PR) pula berpendapat sebaliknya, malah Merdeka Center selaku sebuah badan analisis bebas turut menyatakan pandangan Najib berkenaan 'tsunami Cina' adalah tidak tepat . Penulis walau bagaimanapun lebih bersetuju dengan pandangan Najib berdasarkan corak sokongan kaum Cina terhadap BN sepanjang tempoh 2008 hingga 2013.
 
Majoriti kaum Cina sebelum tahun 2008 dilihat agak pasif dengan perkembangan politik tanah air malah mereka tidak menentang atau menunjukkan sokongan kepada pembangkang secara terbuka. Kegagalan Barisan Nasional pada pilihanraya tahun 2008 dalam memperoleh majoriti 2/3 kerusi parlimen merupakan titik tolak momentum sokongan kaum Cina terhadap parti pembangkang, tambahan pula PAS dilihat boleh berkompromi dengan gabungan DAP dan PKR dalam soal-soal perjuangan parti itu yang berteraskan Islam.
 
DAP yang merupakan parti majoriti kaum Cina mendahului PAS dan PKR dalam jumlah kerusi parlimen yang dimenangi iaitu sebanyak 38 kerusi . Dalam konteks negeri Selangor , DAP telah bertanding di 4 buah kerusi parlimen yang majoritinya pengundi Cina iaitu Serdang, Puchong, Petaling Jaya Utara dan Klang. Di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula , DAP turut bertanding di kawasan yang majoritinya pengundi Cina iaitu Sekinchan, Kuala Kubu Baru, Teratai, Kinrara,Damansara Utama, Kampung Tunku, Balakong, Seri Kembangan, Subang Jaya, Bukit Gasing, Sungai Pinang, Pandamaran, Kota Alam Shah, Teluk Datuk, dan Sungai Pelek. DAP menang di semua 15 kerusi DUN dan 4 kerusi Parlimen yang ditandingi.
 
Jadual berikut adalah bilangan peratusan bagi pengundi Cina di kawasan yang ditandingi DAP untuk parlimen dan DUN .
 
alt
 
Jadual berikut adalah bilangan peratusan bagi pengundi Cina di kawasan yang ditandingi PAS untuk parlimen dan DUN .
 
alt
 
Jadual berikut adalah bilangan peratusan bagi pengundi Cina di kawasan yang ditandingi PKR untuk parlimen dan DUN .
 
alt
 
Daripada jadual yang ditunjukkan di atas, daripada 22 kerusi parlimen Selangor yang ditandingi PR , 7 buah parlimen dengan peratusan pengundi Cina 41-51% disapu bersih (100%) oleh PR. Bagi kerusi parlimen yang mempunyai peratusan pengundi Cina sebanyak 31-40% , daripada 6 buah kerusi yang ditandingi PR , 5 buah kerusi dimenangi (83.3%) . Manakala untuk kerusi parlimen yang mempunyai peratusan pengundi Cina sebanyak 21-30% dan kurang , PR berjaya memperoleh 5 buah kerusi daripada 9 yang dipertandingkan dimana peratus kerusi yang dimenangi semakin berkurangan iaitu sebanyak 55.5% . Dari data yang ditunjukkan di atas agak jelas apabila peratusan pengundi Cina yang semakin berkurangan di kerusi parliamen yang dipertandingkan, peratus kemenangan PR juga semakin berkurangan.
 
Pola pengundian yang serupa turut ditunjukkan bagi kerusi DUN yang dipertandingkan . Bagi DUN yang mempunyai 60% dan keatas pengundi Cina , PR rakyat memperoleh kesemua kerusi yang dipertandingkan (100%) . 9 DUN yang mempunyai 51-60% pengundi Cina turut disapu bersih (100%) oleh PR . 'Trend' yang serupa (100%) dituruti oleh pengundi di 3 DUN yang mempunyai 41-50% pengundi Cina. 'Trend' ini masih tidak menunjukkan perubahan di 6 DUN yang mempunyai 31-40% pengundi Cina apabila PR memperoleh kemenangan di kesemua tempat. Walau bagaimanapun, pola pengundian berubah di 32 DUN yang mempunyai peratus pengundi Cina yang rendah iaitu dalam lingkungan 1-30% . PR berjaya memperoleh 20 kerusi daripada 32 yang DUN yang dinyatakan iaitu sebanyak 63.5% .
 
Dari corak pengundian yang ditunjukkan untuk DUN dan Parlimen , kenyataan Najib bahawa 'tsunami Cina' adalah tepat memandangkan BN langsung tidak memenangi sebarang kerusi untuk DUN bagi kawasan yang mempunyai peratus pengundi Cina dalam lingkungan 31-60% . Faktor kemenangan BN di kawasan yang peratus pengundi Cina yang rendah (1-30%) dibantu sokongan pengundi-pengundi Melayu dan India. Kekalahan BN di kawasan yang mempunyai peratus pengundi Melayu yang tinggi pula boleh dijustifikasikan sebagai pengaruh PAS itu sendiri terhadap pengundi-pengundi Melayu selain mempunyai beberapa 'kubu kuat' yang terus dikekalkan . Kesan pengaruh PAS ini boleh dilihat apabila berlaku pertembungan antara calon PAS dan PKR di Kota Damansara yangmenyebabkan pecahan undi yang memberikan kelebihan kepada BN untuk menang di kerusi DUN itu .
 
Walaupun BN berjaya memenangi 12 kerusi DUN Selangor, kebanyakkan majoriti yang diperoleh semakin berkurangan, ini mungkin berlaku disebabkan kehilangan sokongan minoriti pengundi Cina di kawasan itu. Oleh yang demikian, 'tsunami Cina' seperti yang dinyatakan oleh Najib adalah berasas kerana ia merupakan faktor utama kegagalan BN memperoleh majoriti 2/3 apabila senario politik negara melihat peralihan besar sokongan kaum Cina terhadap parti pembangkang. Riak-riak sokongan ini boleh dilihat selepas PRU-12 , kaum Cina lebih terbuka membantah dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan malah bersama-sama menyertai demonstrasi-demonstrasi yang dianjurkan pembangkang. Senario ini tidak pernah berlaku semenjak pilihanraya tahun 1969. 

(terimakasih sumber:http://klpos.com/analisis/60482)

Monday, May 6, 2013

APAKAH PAS SELANGOR AKAN BERJUANG MENDAPATKAN JAWATAN MENTERI BESAR ATAU SEKALI LAGI BERPUTIH MATA?



Monday, May 6, 2013

PAS Selangor mencatatkan kemenangan besar di DUN Selangor buat pertama kali dalam sejarah kewujudan parti tersebut. Daripada 21 kerusi DUN yang ditandingi oleh PAS, parti tersebut telah berjaya memperolehi 15. PKR yang pada PRU12 merajai takhta di Selangor, juga bertanding di 21 kerusi DUN tetapi hanya menang 14. DAP menyapu kesemua kerusi yang mereka tandingi pada tahun ini iaitu 15.

Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor tidak melayakkan mana-mana pemimpin DAP untuk menjadi Menteri Besar. Apatah lagi dengan 15 kerusi yang dikuasai oleh PAS berbanding 8 pada tahun 2008, dominasi dan kelebihan sebenarnya berpihak kepada PAS.

Apakah kali ini, PKR akan bercakap besar tentang jawatan Menteri Besar dan Exco yang didominasi oleh mereka? Atau adakah kali ini, PAS akan mengambil sikap berundur, mengalah dan membiarkan sahaja parti tersebut diperkotak-katikkan oleh PKR dan DAP sepertimana yang dilakukan pada tahun 2008 sehinggakan jawatan Exco Agama Islam juga dirampas oleh PKR?

Persoalan yang paling besar ialah apakah CHINAMIE akan membuatkan PAS sekali lagi kelam mata kerana memang sudah menjadi budaya parti kedua Melayu itu, untuk tunduk menyungkur diri di hadapan para pemimpin DAP?

(terimakasih sumber:http://theflyingkick.blogspot.com/2013/05/apakah-pas-selangor-akan-berjuang.html)

Wednesday, April 24, 2013

Calon BN, PAS Buloh Kasap Bertembung Ketika Berkempen



Norshida (kiri) bertembung dengan Mohd Firdaus (kanan) Masod apabila bertembung ketika sama-sama berkempen di pekan Buloh Kasap, Selasa.
SEGAMAT: Ketua Puteri Umno Johor, Norshida Ibrahim dan Yang Dipertua PAS Segamat, Mohd. Firdaus Masod yang kedua-duanya calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap 'terkejut' apabila bertembung ketika sama-sama berkempen di pekan Buloh Kasap, di sini, Selasa.
Pertemuan secara tidak sengaja di sebuah kedai makan itu turut menarik perhatian orang ramai serta masing-masing bertegur sapa dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira lima minit itu sebelum mereka beredar untuk meneruskan kempen.
Noshida yang juga Ketua Puteri Umno Segamat berkata, beliau kini bekerja keras untuk memperkenalkan dirinya kepada pengundi kerana pertama kali bertanding sebagai wakil rakyat yang di kerusi yang sebelum ini diwakili Datuk Othman Jais.
"Setakat ini sambutan amat baik. Apa yang dijanjikan kepada penduduk ialah pembangunan Barisan Nasional (BN) yang berterusan. Bagi pengundi Cina pula, saya tidak ada masalah, yang penting yakinkan mereka untuk saya berkhidmat kepada semua.
"Disebabkan ini adalah pengalaman pertama bertemu rakyat secara bersemuka di akar umbi, pelbagai karenah rakyat dapat disaksikan. Saya perlu menguatkan mental dan fizikal untuk memikul tanggungjawab ini," katanya.
Beliau yang merupakan adik kepada penyandang kerusi DUN Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tok Ai, berkata, dalam tempoh singkat ini beliau akan menemui seberapa ramai pengundi bagi memastikan BN terus diterima di kawasan itu.
Sementara itu, Mohd. Firdaus berkata, pihaknya percaya akan berlaku kejutan di DUN Buloh Kasap terutama isu atau masalah di Felda Palong Timur yang akan memihak kepada pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini.
Katanya yang bertanding bagi kali kedua di Buloh Kasap, kesempatan tersebut akan digunakan pembangkang untuk menang di kawasan berkenaan yang merupakan kubu kuat BN.

Tuesday, April 9, 2013

"Over my dead body" kata Karpal Singh bila mengutuk PAS


By Aziz Kaprawi
"Over my dead body" kata Karpal Singh bila mengutuk PAS kerana mahu menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam. Maka bertempiklah para mujahidin dan bakal syuhada di dalam PAS menghentam dan memaki hamun Karpal Singh & DAP sehingga nak terbalik si punjabi tak berturban tu! Malah ada yang sanggup mati syahid untuk menentang Pengerusi DAP ini!

Belum pun mati si Karpal Singh, tau-tau Presiden Parti Islam SeMalaysia PAS mengisytiharkan pada hari Ahad 03 Rejab/ 06 Jun 2011 bahawa PAS tidak akan memperjuangkan lagi penubuhan Negara Islam dengan fatwa "negara Islam tidak ada dalam Al Quran!!!".
Tentu tidur Karpal Singh nyenyak penuh dengkuran puas, pasti Kitsiang tersengeh meleret macam Anwar tengok China-doll melihat pendirian PAS yang terkulai kini. Tidak cukup dengan pemimpin PAS mengisytiharkan sanggup mati mempertahankan Karpal, kini PAS sudah sanggup mematikan perjuangan mendirikan sebuah Daulah Islamiyyah. Ini tidak ada bukti lain selain membuktikan bahawa cengkaman DAP sudah lengkap bukan sahaja keatas PKR, malah kini keatas PAS!!!

Apa yang menyedihkan ialah fatwa terbaru Ustadz Hadi ini sangat menghina para syuhada', mujahidin dan pejuang-pejuang PAS terdahulu yang bukan sahaja berkorban harta benda dan keringat peluh, malah ada yang membayar dengan nyawa demi mencapai impian Amanat Hadi untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Ramai yang terpengaruh dengan Amanat Hadi sehingga ada yang mengkafirkan UMNO dan orang Melayu yang didakwa kononnya menolak penubuhan sebuah Negara Islam.
Akibat daripada Amanat Negara Islam Hadi ini, maka muncullah isu solat jemaah dua imam, pemboikotan kenduri walaupun di kalangan sanak-saudara, putus hubungan ahli keluarga, suami isteri ada yang bercerai berai, anak-anak kehilangan ibu bapa akibat dirasuk fahaman penubuhan Negara Islam melalui Amanat Hadi ini. Melihat sendiri orang kampung yang walaupun hidup kais pagi makan semalam, kais petang makan minggu lepas, tapi sanggup belanja duit untuk buat frame Amanat Hadi yang nak menubuhkan sebuah negara Islam. Rupanya 30 tahun pengorbanan mereka semua selama ini sia-sia, perjuangan yang mereka sokong selama ini tidak ada dalam Al Quran pun!!!

Dan persoalan besar ialah: adakah perjuangan orang saperti Ustadz Ibrahim Libya selama ini sia-sia; sedangkan beliau difatwakan mati syahid kerana memperjuangkan sebuah Negara Islam, demi memenuhi Amanat Hadi tersebut. Fatwa terbaru bahawa "perjuangan menubuhkan Negara Islam tidak ada dalam Al Quran" adalah satu penghinaan besar terhadap ‘Assyahid’ Ustadz Ibrahim Libya dan ‘para syuhada' yang lain!!!

Kalau ikut logik fatwa terbaru Ustadz Hadi itu, maka Negara Islam Madinah yang ditubuh oleh Rasulullah saw juga tidak ikut Al Quran lah jugak agaknya! Malah kalau ikut fatwa terbaru ini, PAS perlu ubah namanya kerana nama Parti Islam SeMalaysia pun tiada dalam Al Quran!

Padanlah Rasulullah saw berpesan kepada kita, kelak kamu nanti akan diratah oleh kafir kerana walaupun kamu besar dan ramai, tetapi kamu terkenapenyakit hubbud dunya wakarohiyatul maut - terlalu cintakan dunia, dan takut mati!!! Na'uzubillah min zalik!

Cukup diyakini ramai ahli akar umbi PAS yang tidak bersetuju dengan perubahan dasar perjuangan PAS ini. Ramai juga yang melahirkan perasaan sedih dan dukacita mereka. Kepada para ahli akar umbi PAS, inilah harga yang perlu dibayar oleh PAS demi memenuhi nafsu seorang manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah tuhan. PAS berterusan mahu bergayut kepada Anwar, PAS akan terpaksa membayar harga yang mahal.

Dalam keadaan DAP bukan sahaja masih kekal dengan prinsip perjuangannya Malaysian Malaysia, perjuangan mahu menyamatarafkan semua agama dan kaum dalam negara ini, malah makin bertambah cauvinis, rasis dan biaDAP; tau-tau PAS pulak yang bukan sahaja tumPAS dan gagal mempertahankan prinsip perjuangannya untuk mendaulatkan sebuah Daulah Islamiyyah; malah menghalalkan tindakan mematikan perjuangan menubuhkan sebuah Negara Islam atas fatwa "ianya tidak ada dalam Al Quran!!!". Na'uzubillah min zalik! Moga ALLAH mengampuni kita semua.

Mungkin selepas ini para kuffar dan muysrik akan berebut mengundi PAS. Mungkin selepas ini para kaafirun dan musyrikun akan berasak-asak memangkah calon-calon PAS menjadi Yang Berhormat. Mungkin selepas ini para penghalal khinzir ini akan menobatkan kepimpinan PAS ke Putrajaya bersama Anwar, Karpal & Kitsiang. Mungkin selepas ini para taukeh judi & arak akan turut sama memenuhi tabung jihad PAS demi membiayai perjuangan negara kebajikan PAS. Tetapi apa guna itu semua jika prinsip tergadai, aqidah berkecai, perjuangan bersepai!!! Bolehkah para kuffar, musyrik, penghalal khinzir ini membantu kita di hadapan ALLAH nanti?!

Pesan kepada para ahli akar umbi PAS, Janganlah dikorbankan perjuangan PAS semata-mata kerana kilauan palsu Putrajaya. Kalau dahulu UMNO dikafirkan kerana kononnya tidak menerima Negara Islam, bagaimana pula dengan dakwaan pemimpin PAS sendiri yang memfatwakan Negara Islam tidak ada dalam Al Quran? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing .
Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali. Semoga ALLAH memberikan kita semua hidayah dan istiqamah, dan memberi petunjuk kepada kaum yang perlu diberikan petunjuk.
Amin.

(TERIMAKASIH SUMBER:http://www.facebook.com/azizkpw)

Jawapan Kepada Tuduhan BN Ciplak Manifesto Pakatan Pembangkang



Tidak sampai 24 jam selepas dilancarkan Manifesto Barisan Nasional telah mendapat reaksi yang begitu besar sekali. Mungkin inilah kali pertama sejak beberapa dekad lalu, satu manifesto pilihan raya umum di negara ini menjadi topik perbualan utama rakyat Malaysia.
Seperti yang dijangka sebelum ini, Barisan Nasional telah memperkenal 17  perkara yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan rakyat.
Paling utama, manifesto kali ini memberi perincian terhadap apa yang akan BN akan lakukan dalam masa lima tahun akan datang.  Membawa tema “Menepati Janji, Membawa Harapan” memfokuskan kepada 17 perkara berikut:
1. Menangani Kos Sara Hidup
2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar
3. Menyediakan Rumah Mampu Milik
4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti
5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam
6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar
7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif
8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara
9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam
10. Memperkasa Penyertaan Wanita
11. Memenuhi Aspirasi Belia
12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial
13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:
14. Memerangi Gejala Rasuah
15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus
16. Gerakan Kesederhanaan Global
17. Memulihara Sumber Semula Jadi
Pemerincian janji-janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (lihat www.manifestopru13.com) telah menyebabkan Pakatan Rakyat (Pakatan) hilang arah dan mula menuduh BN meniru manifesto mereka.
Memang terdapat topik-topik yang diutarakan oleh Manifesto Pakatan turut disebut dalam Manifesto BN. Namun idea-idea yang sama seperti harga kereta, pemberian bantuan kepada orang miskin, sistem pendidikan, kos sara hidup adalah isu universal yang diperkatakan oleh orang ramai.
Antara tuduhan mengatakan Manifesto BN meniru Manifesto Pakatan dibuat oleh pemimpin Pas dalam harakahdaily:

Dakwaan 1
Harga kereta
Manifesto Pakatan Pembangkang :
Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.
Mewujudkan industri automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.
Manifesto BN :
Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional
FAKTA:
Kerajaan telah mengumumkan Dasar Automatif Negara yang dikaji semula pada 2009 yang antara lain menyatakan “Adalah menjadi keutamaan kepada MITI dalam mempromosikan perdagangan antarabangsa yang bebas dan menguntungkan negara. Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), Malaysia komited untuk mengurang atau menghapuskan duti import semasa secara berperingkat.” (Pautan: Kajian Semula Dasar Automotif Nasional)
Ini bermakna kerajaan sejak 2009 telah merancang  pengurangan harga kereta secara berperingkat. Jika pengenalan Dasar Automatif Nasional 2006 dan 2009 yang diperkenal kerajaan diambil kira, maka jelas peniru sebenar ialah Pakatan Rakyat.

Dakwaan 2
Dasar Perumahan
Manifesto Pakatan Pembangkang :
150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.
Manifesto BN :
Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sector awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA
FAKTA:
Kerajaan telah mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu milik sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Malahan pada 2008, Tahun 2008, SPNB telah berjaya melancarkan 24 buah projek perumahan di seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah pelbagai jenis di bawah program Rumah Mampu Milik.
Malahan Dato’ Sri Mohd Najib Razak telah melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012.
PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinisikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00.
Apa yang terdapat dalam Manifesto BN sebenarnya merupakan kesinambungan program kerajaan sedia ada. Yang meniru sebenarnya siapa?
Jadi siapa tiru siapa sebenarnya? Tidak malukah Pakatan mahu mendakwa idea mereka?

Dakwaan 3
Keretapi laju
Manifesto Pakatan Pembangkang :
Memulakan langkah kearah membina sistem keretapi laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara.
Manifesto BN :
Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan system landasan keretapi berkembar
Pada 1995, Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-5 telah mencadangkan pembinaan sebuah landasan kereta api yang bermula dari Singapura dan melintasi Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja hingga ke Kunming, ibu kota provinsi Yunnan China. Pemimpin pelbagai negara ASEAN dan China telah menyatakan persetujuan terhadap cadangan tersebut.
Cadangan rel keretapi laju telah diumumkan sejak beberapa tahun lalu. Jadi idea siapa ini? Idea BN atau Pakatan? Buatlah kajian sedikit, jangan main hentam keromo sahaja.

Dakwaan 4
Lebuhraya Sabah dan Sarawak
Manifesto Pakatan Pembangkang :
Memulakan pembinaan lebuh raya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat
Manifesto BN :
Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah
FAKTA :
Lebuh Raya Pan Borneo telah dirancang sejak 1970-an dan sebahagiannya telah disiapkan. Akibat kemelesetan ekonomi Kerajaan menangguhkan sebahagianny.
Pada Februari 2012, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan mengaktifkan semula kerja menaik taraf Lebuhraya Pan Borneo yang menelan belanja RM423 juta yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). (Lihat pautan: Kerja naik taraf Lebuhraya Pan Borneo diaktif semula)
Dakwaan 5
Royalti Petroleum
Manifesto Pakatan Pembangkang :
Menaikkan royalty kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.
Manifesto BN :
Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyakdan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang
FAKTA :
Tidak ada janji Pakatan untuk menaikkan royalti minyak dalam Manifesto Pakatan Rakyat.  (Lihat berita harakahdaily:
PR akui kesilapan royalti minyak tertinggal).
Namun jika Pakatan membawa masuk pun dalam Manifesto mereka yang telah diubah, ia tidak menjejaskan apa-apa kerana BN sejak dahulu telah menegaskan bahawa sungguhpun  bayaran royalti hanya 5% kepada negeri pengeluar minyak dan gas namun peruntukan yang mereka terima setiap tahun kadang-kadang boleh mencecah sehingga 20% daripada hasil keuntungan minyak negeri tersebut.
 Ini bermakna apa yang dijanji oleh BN dalam manifesto hanyalah memperkukuhkan apa yang dibuat sebelum ini secara aku janji.

Dakwaan 6
Permit Teksi
Manifesto Pakatan Pembangkang :
Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.
Manifesto BN :
Meningkatkan jumlah permit teksi individu
Tiada sebarang peniruan dalam dakwaan ini kerana Manifesto BN  hanya menjanjikan untuk meningkatkan jumlah permit teksi individu bukannya menghapuskan permit teksi syarikat.
Malahan dalam sidang Dewan Rakyat Oktober 2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk memberi sejumlah permit teksi kepada individu yang layak dalam usaha membaiki sistem penyewaan teksi.
Hasilnya pada Mac 2013 yang lalu kerajaan telah meluluskan 1,000 permit teksi individu. Malahan mereka ini telah diberi geran RM5,000 bagi pembelian Proton Exora. Bagaimana sesuatu yang telah kerajaan janjikan sejak tahun lalu dan dilaksanakan tahun ini dianggap meniru manifesto Pakatan yang baru dilancarkan tahun ini?
Sekarang siapa tiru siapa?

Dakwaan 7
“Pengkalan” data
Manifesto Pakatan Pembangkang :
Mewujudkan sistem pengkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sedia ada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan.
Manifesto BN :
Memperhalusi dan menambahbaik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu
Pertamanya, manifesto BN bercakap soal manambaihbaik sistem yang sedia ada, sebaliknya Pakatan bercakap soal mewujudkan sistem pangkalan (bukan pengkalan lah beb) data nasional bersepadu mengenai sosio ekonomi rakyat.
Sebenarnya apa yang dicadangkan oleh Pakatan telah wujud melalui pangkalan data E-Kasih, dan juga Jabatan Statistik (lihat: www.statistics.gov.my/portal/index.php).
Jadi siapa tiru siapa lagi?

Dakwaan 8
Tanah wakaf
Manifesto Pakatan Pembangkang :
Menambah nilai tanah-tanah wakaf demi menjana kebajikan ekonomi untuk rakyat
Manifesto BN :
Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri
Kerajaan telah memperkatakan pembangunan tanah wakaf dalam bajet 2013 lagi pada Oktober tahun lalu. Malahan perbincangan pembangunan tanah wakaf telah dibuat oleh agensi kerajaan sejak tahun 2011 lagi. Jadi BN sekadar mengukuhkan lagi pelan yang dirancang dengan aku janji manifesto.
Bukankah ini bermakna Manifesto Pakatan sebenarnya yang menciplak dan meniru idea BN dan melancarakan lebih awal?

Dakwaan 9
Pakej penggajian baru
Manifesto Pakatan Pembangkang :
Pakej penggajian baru yang menggabungkan prinsip-prinsip dayakerja cemerlang, tempoh perkhidmatan dan potensi kepimpinan demi menjamin keadilan sementara mencungkil bakat kepimpinan
Manifesto BN :
Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3 peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji
FAKTA :
Barisan Nasional telah memperkenalkan skim gaji baru sejak beberapa tahun lalu. Perubahan skim perkhidmatan gaji kerajaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa di bawah Barisan Nasional.

Kesimpulan
Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya?
Sebenarnya, Manifesto Pakatan lebih indah dari Manifesto BN. Pakatan tidak perlu risau jika ada sebahagian idea dalam Manifesto Pakatan turut diambil kira oleh BN.
Namun yang perlu Pakatan risaukan ialah majoriti rakyat tidak percaya Manifesto mereka yang “menjanjikan bulan dan bintang” tersebut boleh dilaksanakan.
Ramai orang tidak percaya Pakatan akan melaksanakan janji-janji mereka tersebut kerana banyak janji-janji dalam manifesto mereka dalam pilihan raya yang lalu tidak ditunaikan.

(terima kasih sumber:http://www.umno-online.my/?p=81006)

Friday, April 5, 2013

Inilah harinya: Gendang perang sudah dipalu...


Oleh Zaini Hassan

HARI ini, jika tiada aral melintang, kira-kira jam 11.30 pagi tibalah hari yang kita semua tunggu-tunggukan. Parlimen akan dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Terlalu banyak spekulasi yang dibuat mengenai tarikh pembubaran itu.

Sejak setahun lalu semua pihak terpaksa bersiap-siaga kepada tarikh itu.

Pada hari Sabtu ini 6 April, juga difahamkan manifesto BN akan dilancarkan di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Namun ada baiknya apa yang dilakukan oleh PM selama ini. Dia mahu semua pihak bekerja -- bekerja keras kerana baginya pembubaran adalah bila-bila masa, walaupun penantian itu terlalu memenatkan.
Beliau telah berjaya mengangkat dirinya sebagai PM dan Presiden UMNO yang bekerja “siang-malam" bagi menentukan semuanya sempurna.

Hari ini, 3 April genap empat tahun pemerintahan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia Keenam.
Hari itu juga banyak signifikannya. Hari ini juga Sidang Jemaah Menteri yang terakhir dan semua anggota jemaah Kabinet akan melakukan ritual terakhir iaitu bergambar beramai-ramai, sebelum pulang ke destinasi masing-masing untuk menentukan kesinambungan negara bagi penggal seterusnya.

Najib telah melakukan segala-galanya. Beliau telah memberi 101 peratus bagi menentukan bahawa kejayaan PRU-13 ini cemerlang. Beliau bukan merayu dan perayu, tetapi telah menunjukkan kepada rakyat beliau seorang ekonomis yang hebat.

Sepanjang rancangan transformasinya, pihak lawan terkunci mulut. Mereka gagal melakukan apa-apa untuk mengkritik pentadbirannya. Sebaliknya janji mereka dalam manifesto PRU-12 gagal dipenuhi.

Rakyat sudah dan akan menerima apa yang sepatutnya mereka terima.

Oleh kerana Najib terlalu sempurna dalam tugasnya mereka cuba membunuh karekternya melalui cara lain. Isterinya diserang habis-habisan.

Namun, Najib terus bekerja keras. Beliau tidak peduli serangan itu. Kerja diteruskan. Para pegawainya juga terpaksa bekerja keras -- juga siang dan malam -- untuk menyaingi pace, rentak laju beliau.
Kempen pembangkang untuk menukar negara ini hanyalah omongan. Konon mahu selamatkan Malaysia.
Kita mahu tanya, mereka mahu menyelamatkan siapa dan apa sebenarnya? Slogan Selamatkan Malaysia adalah permainan reverse psychology (psikologi songsang) Anwar Ibrahim yang cukup pintar dalam permainan itu.

Anwar, jika tersungkur kali ini akan terus lenyap dalam kamus politik negara. Biarpun matlamat menghalalkan cara sekalipun, dia perlu lakukan.

Begitu juga Nik Aziz dan Kit Siang. PRU-13 adalah yang terakhir bagi mereka.

“Mereka harus dikuburkan." Itu kata Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri berusia 86 tahun yang terus dianugerahkan Allah SWT dengan kesihatan yang cukup baik dan akal yang cukup tajam -- walaupun pelbagai kata nesta dilemparkan ke atasnya sejak berdekad.

Walaupun pelbagai solat hajat untuk kemusnahannya dilakukan di padang stadium di Kelantan oleh Nik Aziz, namun lihat siapa sakit, siapa sihat.

Ya Allah, Kau sesungguhnya Maha Adil dan Maha Mengetahui kepada hamba-hambaMu.

Beberapa hari lalu semasa melalui jalan di hadapan Muzium Negara, saya sempat menoleh ke kanan jalan. Kelihatan muncul bangunan-bangunan yang tinggi. Sebuah hotel tersohor di dunia St. Regis sedang dibina menghadap ke bangunan muzium yang menyimpan pelbagai khazanah sejarah negara itu.

Itulah kemakmuran Malaysia. Jika tidak makmur, mereka tidak akan mendirikan hotel mewah itu di sini.
Kren-kren bangunan masih kelihatan di sana-sini di sekeliling Lembah Klang, yang menunjukkan pembangunan Malaysia terus utuh, walaupun ada pihak yang mahu menyelamatkan negara ini.

Kaum-kaum pedagang yang rata-rata Cina Malaysia terus menerus menjalankan perniagaan dan mengaut untung tanpa rasa takut dan gentar. Keselamatan mereka sentiasa dijagai oleh anggota polis dan tentera, rata-rata bangsa Melayu dan Pribumi.

Orang Cina amatlah beruntung berbumbungkan tanah bumi bertuah ini.

Kita harap mereka akan memberi undi bagi kesinambungan kepemimpinan kerajaan yang sudah memimpin selama 56 tahun ini dengan aman, makmur; walaupun penganalisis politik meramalkan kaum Cina tidak mahu berganjak daripada DAP dan pembangkang.

Namun, orang India dikatakan akan tetap setia dan taat bersama BN.

Seburuk-buruk kerajaan ini yang didakwa pembangkang, ia masih negara terbaik dan terhebat dari dulu hingga sekarang, kata rakan-rakan Arab saya. Orang Arab amat menyanjung tinggi negara ini.
Pernah ketika saya di Dubai, mereka berkata peralatan elektrik dari Malaysia adalah pilihan utama kerana kualitinya cukup baik.

Maksud mereka bukanlah kepada barang elektrik itu sangat, tapi kerana ketaksuban mereka di atas pencapaian dan kemajuan Malaysia dan rakyatnya.

Hari ini Malaysia sudah berbeza. Rakyatnya juga sudah berubah. Orang Melayu bukan orang Melayu dulu lagi. Ramai juga yang bercelaru fikiran. Mereka terlalu taksub kepada perkara-perkara yang tidak menentu.

Sudah ada orang Melayu yang sanggup memotong kemaluan bapanya sendiri (yang menghasilkannya) dan kemaluan dia sendiri kerana terpengaruh dengan cerita dunia akan kiamat beberapa hari lagi.
Dengan kecekapan doktor-doktor nasib baik punainya itu dapat dicantum semula.

Hendak juga kita bertanya kepada dia “apa perasaannya sekarang".

Maka saya percaya dia akan berkata “saya sudah insaf dan tidak taksub lagi".

Begitu jugalah insafnya orang yang cukup dihormati dalam kalangan cendekiawan di negara ini seperti Profesor Datuk Sidek Baba atau Cikgu Sidek.
Beliau sudah insaf kerana selama ini dia mengatakan hanya Anwar Ibrahim sahaja yang betul, orang lain salah.
Cikgu Sidek pernah marah kepada Dr. Mahathir kerana memecat Pak Sheikh itu. Beliau pernah marah Dr. Mahathir kerana menzalimi Pak Sheikh itu. Dia marah kerana orang menuduh Anwar sebagai peliwat dan homoseks.

Kini dengan kehendakNya, Cikgu Sidek sudah berubah. Hari Jumaat yang barakah ini, buat pertama kalinya beliau akan bertemu dan berbincang dengan Tun Dr. Mahathir.

Bertemu dari hati ke hati. Mungkin jauh di dalam hatinya beliau mahu berkata "Tun ampunkanlah aku. Aku hanyalah insan yang kerdil yang tidak kurang daripada kesilapan dan kekhilafan."
“Maafkan saya Tun..."

Begitu juga seorang ahli Ahli Seumur Hidup Pas, C.N Al-Afghani juga akan menemui Tun Mahathir pada hari yang barakah itu untuk tujuan yang sama.
Sebelum ini dalam satu ceramah beliau secara terbuka memohon maaf kepada Tun di atas kejahilannya selama ini.
Pertemuan itu bukan diminta oleh Tun Mahathir, tapi di atas permintaan ikhlas daripada kedua-dua tokoh itu.

Alhamdulillah, ini adalah kuasa Allah. Dialah yang memberi cahaya nur kepada kedua-duanya dan berpuluh-puluh lagi bekas rakan-rakan Anwar untuk sudah dapat menerima yang haq dan meninggalkan yang bathil.
Anwar kini keseorangan. Cikgu Sidek yang bersama-samanya selama 30 tahun telah meninggalkan beliau. 

Dua tahun Cikgu Sidek mencari jawapan kepada “siapa sebenarnya Anwar Ibrahim".
Kini dengan berkat istiharah ke hadrat Allah SWT beliau sudah jumpa jawapannya.
Di atas pentas forum, sudah menjadi kewajipan Cikgu Sidek atas nama Tuhan Yang Esa untuk mendedahkan yang benar: Siapa itu Anwar Ibrahim?
Malaysia oh Malaysia, kau negara bertuah. Keramatmu sungguh hebat sekali.
Hari ini sudah tiba masanya. Gendang sudah dipalu. Trompet perang sudah ditiup.

Jika tiada aral melintang, insya-Allah pilihan raya ialah awal Mei ini.

Ayuh mara ke medan tempur demi Agama, Bangsa dan Negara. Sayangilah Malaysia, ia adalah satu-satunya negara tumpah darah kita ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130403/re_05/Inilah-harinya-Gendang-perang-sudah-dipalu#ixzz2PVtQFcTP
© Utusan Melayu (M) Bhd