Showing posts with label lim kit siang. Show all posts
Showing posts with label lim kit siang. Show all posts

Sunday, June 16, 2013

EKSKLUSIF @ AKJr : JOM BONGKAR LAGI.. RED BEAN ARMY!!!


Kewujudan Red Bean Army, iaitu tentera siber DAP bukan lagi satu rahsia. Jika sebelum ini ramai yang musykil dengan jumlah komen menyokong dan ‘like’ bagi sesuatu bahan yang menentang kerajaan di internet tetapi segala kemusykilan terjawab apabila seorang bekas pemimpin muda DAP sendiri mendedahkan akan kewujudan Red Bean Army ini.

Menurut Shen Yee Aun, Red Bean Army berjumlah sehingga 2000-3000 orang dan dibayar dari RM3000-RM8000 seorang. Masing-masing mempunyai sehingga 20-50 akaun laman sosial dan beroperasi di beberapa tempat dengan dua pejabat utama di Komtar Pulau Pinang dan Hotel Concorde Kuala Lumpur.

DAP, bagaimanapun menafikan kewujudan tentera ini.

Malah, Lim Kit Siang dalam blognya juga turut memberi perhatian kepada isu ini dan mempersoalkan kebijaksanaan Dato’ Seri Zahid Hamidi yang membuat kenyataan mengenai Red Bean Army DAP. Kata Lim Kit Siang, mana mungkin DAP membelanjakan sejumlah of RM15 sebulan, atau RM180 juta setahun atau RM1.08 billion untuk keseluruhan enam tahun kewujudan Red Bean Army.

Mungkin jumlah itu kelihatan terlalu tinggi untuk ‘dihadamkan’ oleh logik akal kita. Tetapi, kita wajar memahami akan pentingnya pilihanraya ke-13 untuk DAP. Malah, ia terlalu penting sehinggakan mereka tidak mampu menyembunyikan campurtangan PAP Singapura bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat. Slogan yang dilaungkan mereka yang berbunyi ‘Ini Kalilah’ sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka telah mencagarkan segala-galanya untuk PRU kali ini.

Maka tidak hairanlah kenapa kaum Cina sanggup turun berdemonstrasi dalam Himpunan 505 sedangkan selama ini kerja berdemonstrasi ini hanya diletakkan di atas bahu PAS. Jelas, DAP benar-benar terkilan dan kecewa kerana gagal memenangi PRU-13 walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh menambah dan menukar pengundi di kawasan-kawasan ‘strategik’.

Oleh itu, DAP masih mengharap yang Anwar akan mampu merampas kuasa dari BN melalui apa cara sekali pun.

Namun, cita-cita DAP semakin sukar untuk dicapai dengan pendedahan mengenai Red Bean Army. Kini, rakyat tahu bahawa berpuluh-puluh ribu komen dan ‘like’ terhadap bahan yang menghentam kerajaan sebenarnya hanya mewakili lebih kurang 2,000 – 3,000 orang sahaja. Justeru, segala propaganda mereka semakin kurang menyengat.

Lebih buruk lagi, apabila Red Bean Army dibuktikan bukan sahaja sebagai samseng tetapi juga penipu tegar. Mereka menipu dan terus menipu tanpa malu, walaupun penipuan mereka telah dibongkarkan berkali-kali.

Penipuan yang melampau dan tidak tahu berhenti bila sudah terkantoi membuktikan yang Red Bean Army bukanlah sekumpulan tentera yang bijak. Perlahan-lahan Red Bean Army kini menjadi liabiliti kepada DAP di mana setiap bahan yang digembar-gemburkan mereka mula diragui oleh penyokong mereka sendiri. Malah, ada juga dari kalangan pemimpin DAP sendiri yang bangun menangkis pembohongan mereka, contohnya dalam isu ‘blackout’.

Lim Kit Siang boleh terus menafi dan menipu, namun rakyat tahu bahawa tiada apa yang dapat seorang penipu lakukan untuk menyelamatkan diri selain terus menipu. Dan Kit Siang memilih untuk terus menipu kononnya Red Bean Army tidak wujud. Pelik sekali kerana Kit Siang tidak pula menghentam Shen Yee Aun, iaitu sumber asal maklumat mengenai Red Bean Army. Sebaliknya, beliau hanya menghentam Dato’ Seri Zahid Hamidi.

Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh mengesahkan kewujudan tentera bodoh ini jika benar-benar peka dengan aktiviti-aktiviti yang berlaku di internet, terutama laman-laman sosial.

Bayangkan bagaimana satu bahan yang mengutuk kerajaan boleh mendapat ‘like’ sehingga lebih 50,000 dalam masa sejam? Dan bagaimana satu artikel di Malaysiakini boleh menerima beratus-ratus komen dalam masa tidak sampai sejam dengan semua akaun pemberi komen tidak mempunyai ‘wajah’?

Justeru, sebelum Lim Kit Siang mempersoal kebijaksanaan Dato’ Seri Zahid Hamidi, lebih baik beliau sendiri mempersoalkan kebijaksanaan beliau sendiri. Apakah jenis pemimpin yang menghabiskan jutaan ringgit untuk membayar tentera yang kurang bijak? Apakah jenis pemimpin yang berjuang dengan cara samseng dan menipu?

Kini, terbukti berjuta-juta ringgit yang dilaburkan DAP dan PAP sudah pun lebur. Red Bean Army sudah pun terdedah. Penipuan mereka juga sudah terkantoi. Hari ini, tentera ini terpaksa ke hulu ke hilir mengikut Anwar ke himpunan-himpunan haram.

Agak-agak Kit Siang, siapa yang bijak, siapa yang bodoh?

Tuesday, January 29, 2013

Kenyataan Kit Siang biadab



 Khairy bidas Kit Siang isu kematian William

MELAKA 28 Jan. - Tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta mendakwa Malaysia tidak selamat untuk kanak-kanak seperti William Yau Zhen Zhong, 6, disifatkan sebagai biadab.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tuduhan melampau itu tidak seharusnya dikeluarkan oleh seseorang yang berpengalaman dalam politik seperti Kit Siang.

"Saya amat kurang senang apabila diberitahu Lim Kit Siang menuduh UMNO dan BN tidak menjaga keselamatan kanak-kanak. "Perkara ini berlaku di Selangor, sepatutnya yang dipersalahkan ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana beliau merupakan Pengerusi Keselamatan negeri itu, bagaimanapun kita tidak mahu menuduh beliau.

"Tetapi apabila Kit Siang yang merupakan ahli politik senior membuat tuduhan sebegitu, ini sesuatu yang tidak baik, tuduhan yang amat kurang ajar," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang William pada upacara pembakaran mayat di Taman Memorial Melaka, Sungai Putat, Batu Berendam di sini hari ini.
Sebuah blog, pengundibaharu.blogspot.com, memaparkan kenyataan Kit Siang melalui laman sosial Twitternya, "6yr William Yau's tragic death - apart from UMNO/BN Ministers/leaders, Msia just not safe even 4children like William" di ruang statusnya kelmarin.


terima kasih utusan:  Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130129/dn_07/Kenyataan-Kit-Siang-biadab#ixzz2JN1pdetD
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Laporan DNA sahkan mayat William

Mohd. Ali Rustam mententeramkan nenek kepada William Yau Zhen Zhong, Chee Chou Moi yang tidak dapat menahan kesedihan apabila beliau tidak dapat melihat cucunya semasa urusan pembakaran mayat di Taman Peringatan Melaka di Bukit Jelutong, Batu Berendam, Melaka, semalam. - UTUSAN/AZLI AHAD

SUBANG JAYA 28 Jan. - Polis mengesahkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui terapung di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang pada Khamis lalu adalah William Yau Zhen Zhong.

Keputusan itu dikeluarkan oleh Unit Forensik Jabatan Kimia petang semalam setelah mengambil sampel rambut dan tulang mayat kanak-kanak itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Ramli memberitahu, ujian yang dijalankan mendapati dua sampel itu sepadan dengan spesimen darah milik ibu William, Goh Ying Ying, dan bapanya, Yau Kok Kang.
“Polis juga akan memanggil semula ibu bapa William dan keluarga terdekatnya untuk diambil keterangan dan membantu siasatan berhubung dakwaan berlaku penderaan terhadap kanak-kanak itu.

“Saya minta semua pihak tidak membuat spekulasi kerana kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan polis akan menyiasat secara menyeluruh berdasarkan beberapa kemungkinan mengenai punca kematian William ketika ini," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Mayat William, 6, ditemui di Pelabuhan Klang sembilan hari selepas dia dilaporkan hilang oleh ibu bapanya pada 16 Januari lalu berhampiran sebuah kedai menjual barangan elektrik di Putra Heights.
Proses bedah siasat yang dijalankan sehari selepas mayat itu ditemui gagal mengenal pasti punca sebenar kematian kanak-kanak itu berikutan keadaan mayat dan organ dalaman yang reput.

Menurut Yahaya, laporan perubatan juga mendapati William dipercayai meninggal dunia dalam tempoh kehilangannya itu iaitu sejak 16 Januari.

Bagaimanapun katanya, polis sedang menyiasat beberapa kemungkinan yang timbul mengenai punca kematian kanak-kanak itu iaitu sama ada terjatuh dalam longkang atau disebabkan perkara lain termasuk jenayah.

“Polis sudah mendapatkan pandangan pihak JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) mengenai keadaan longkang yang menjadi punca William dihanyutkan sehingga ke Pelabuhan Klang.
“Menurut JPS tidak mustahil seorang kanak-kanak dihanyutkan sejauh itu kerana tiada halangan dalam saluran longkang tersebut.

“Mayat itu mungkin tidak tersangkut pada perangkap sampah di sepanjang sungai itu kerana kebiasaannya mayat hanya akan timbul selepas tiga hari," jelasnya.
Tambah beliau, perangkap sampah pula hanya dapat memerangkap objek hanyut di bahagian atas permukaan sungai dan kemungkinan mayat William tidak timbul dan dihanyutkan arus sehingga sejauh 30 kilometer ke Klang.

Selain itu, Yahaya turut memaklumkan kes ini disiasat jika terdapat unsur penderaan berikutan penemuan kesan parut lama di kepala kanak-kanak itu.

Katanya, polis belum mengesan mana-mana suspek yang boleh dikaitkan dengan kematian William namun telah mengambil keterangan sebanyak 30 individu bagi membantu siasatan.

Sementara itu di MELAKA, suasana pilu menyelubungi Taman Peringatan Melaka di Bukit Jelutong, Batu Berendam apabila mayat William dibakar hari ini.

Mayat mendiang dibawa dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang menaiki van tiba di taman peringatan kira-kira pukul 1 petang bersama ibu bapanya yang menaiki kereta berasingan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Tahir Hasan adalah antara yang hadir memberi penghormatan terakhir dan turut menyampaikan sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM5,000.

Nenek kanak-kanak malang itu, Chee Chou Moi, 68, tiba sambil menangis dan meronta-ronta memanggil nama mendiang.

“Saya mahu sayang cucu, sudah seminggu saya ingat cucu saya, hari-hari ingat cucu," katanya sambil menangis dan meronta di hadapan bilik pembakaran sehingga terpaksa ditenangkan oleh Mohd. Ali dan ahli keluarga mendiang.


terima kasih utusan: Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130129/dn_05/Laporan-DNA-sahkan-mayat-William#ixzz2JN2hLChg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, January 27, 2013

Khairy bidas Kit Siang isu kematian William


 Khairy bidas Kit Siang isu kematian William



SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membidas Penasihat DAP, Lim Kit Siang kerana mempolitikkan insiden tragis kematian kanak-kanak enam tahun, William Yau Zhen Zhong.

Khairy mempersoalkan kenyataan Kit Siang di laman Twitternya yang mendakwa Malaysia sebuah negara' masih tidak selamat walaupun untuk kanak-kanak seperti William'.

"Insiden tragis ini pun nak dikaitkan dengan politik? Pemimpin jenis apakah ini?

"Daripada kita kerjasama menjaga keselamatan kanak-kanak, ada yang tak melepas peluang untuk berpolitik. Sila tunjuk etika anda," katanya yang dipetik daripada laman Facebook miliknya, semalam.

 William sebelum itu dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Height, Subang Jaya, sejak 16 Januari lalu sebelum mayatnya ditemui di jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, kira-kira 30 kilometer dari lokasi kanak-kanak itu hilang.

Bapa kanak-kanak malang itu, Yau Kok Kang dan isterinya, Goh Ying Ying sudah mengesahkan mayat  ditemui itu adalah anak mereka. Punca kematian masih disiasat.

(terima kasih sumber:http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/khairy-bidas-kit-siang-isu-kematian-william-1.125490)

Tuesday, September 28, 2010

Iktibar daripada tuduhan melulu Kit Siang

Iktibar daripada tuduhan melulu Kit Siang

SEJAK lebih sebulan lalu, pemimpin pembangkang berebut-rebut mahu mengutip 'bonus politik' daripada insiden dua orang guru yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman sebelum ini.

Pertama, melibatkan seorang pengetua menegur beberapa pelajar Cina yang tidak menghormati lagu Negaraku ketika sambutan Hari Kemerdekaan di sekolahnya di Kulaijaya, Johor pada 12 Ogos lalu.

Insiden kedua pada 19 Ogos lalu, membabitkan seorang guru sekolah menengah di Bukit Selambau, Kedah menegur beberapa pelajar Cina yang makan di tempat terbuka ketika bulan puasa.

Tanpa mengambil kira alasan dan punca kedua-dua guru itu membuat teguran kepada pelajar-pelajar tersebut, pembangkang tidak henti-henti mendesak supaya tindakan diambil terhadap mereka.

Kemuncaknya apabila penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa kononnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan menggunakan kuasa eksekutifnya sebagai Menteri Pelajaran untuk bertindak terhadap kedua-dua guru berkenaan.

Bagaimanapun dia ditempelak oleh Muhyiddin yang menegaskan, beliau tiada kuasa eksekutif untuk bertindak terhadap mana-mana pegawai kerajaan berjawatan tetap termasuk kedua-dua guru tersebut. Sebaliknya ia hanya terletak di bawah kuasa Ketua Setiausaha Negara.

Dalam kelantangan dan keghairahannya mengkritik dan memburuk-burukkan serta mencari salah kerajaan, akhirnya Kit Siang terperangkap di sebalik kenyataannya sendiri.

Sekali gus, ini juga memperlihatkan Kit Siang seorang yang tidak melakukan penyelidikan sebelum membuat kenyataan. Apa yang beliau tahu ialah memburuk-burukkan pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak kira sama ada tuduhannya benar atau palsu.

Dalam isu kedua-dua guru tersebut yang didakwa sebagai rasis, pembangkang khususnya DAP sebenarnya tiada tujuan lain kecuali mahu menunjukkan mereka adalah hero di kalangan masyarakat Cina.

Apa yang mereka mahu ialah masalah disiplin melibatkan pelajar Cina terbabit dilupakan dan dipadamkan daripada perbincangan. Sebaliknya mereka hanya mahu melihat kedua-dua guru itu diambil tindakan.

Merekalah sebenarnya yang rasis dan bersikap pilih kasih.

Apa tidaknya, dalam kes Wee Meng Chee, atau lebih dikenali sebagai Namewee yang bukan saja bertindak menunjuk aksi lucah, biadab dan tidak bermoral malah sanggup mencetuskan api perkauman secara terbuka di Internet, DAP dan Kit Siang tidak pula beria-ia meminta tindakan diambil terhadapnya.

Seluruh Malaysia mengetahui Namewee pernah mengubah suai lirik lagu kebangsaan Negaraku kepada 'Negarakuku.' Namewee juga mempersendakan orang Islam termasuk menghina azan menerusi laman webnya.

Semua itu tidak dianggap rasis oleh DAP dan Kit Siang, hanya kerana Namewee bukan orang Melayu. Jika dia orang Melayu, sudah pasti Kit Siang menjadi orang pertama mengheretnya ke pengadilan.

Inilah sikap sebenar pimpinan DAP termasuk Kit Siang sejak dari dulu, kononnya memperjuang kesamarataan hak semua warganegara tetapi hakikatnya mereka cuma mempertahankan puak dan kaumnya sahaja.

Yang tidak pernah sedar ialah orang Melayu sendiri, membiarkan hak, ketuanan dan keistimewaan kaum sendiri dipersoalkan.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm)