Friday, October 9, 2009

Kronyism Nik Aziz




Realitinya, pemimpin PAS merupakan orang politik yang tidak bertanggung jawab kerana mempunyai naluri untuk tamak kuasa dan harta membatasi kepertanggung jawaban melunaskan amanah yang rakyat . Pemimpin PAS yang selalu mengambil peluang memperkudakan keyakinan orang ramai atas perjuangan mereka yang kunun kunun berlandaskan ‘Al Quran dan Sunnah’ kini sah dikategorikan dalam rumpun amalan kronyism, terutama menjaga kepentingan sendiri.

Semalam, perlantikan Ariffahmi Abdul Rahman sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan Bhd. (PMBK) menjadi rasmi. Menantu MB Kelantan Nik Aziz Nik Mat ini mengambil alih jawatan agensi pelaburan dan pemangkin pembangunan Kelantan dalam tempoh singkat menjawat COO.

Antara tindakan terawal beliau setelah mengambil alih penuh kuasa eksekutif ialah mengeluarkan perintah melucutkan jawatan CFO Puan Norizan Yaakob dan diberi tugasan ‘bilik sejuk’ (cold storage). Dipercayai, CEO bertindak demikian untuk menjaga maklumat mengenai kegiatan beliau semasa menjawat COO, terutama berkaitan salah guna kuasa. Kemungkinan, setelah CFO ini dikeluarkan serta merta, CEO bertindak untuk ‘memadamkan’ maklumat. Kuasa hampir mutlak ini juga memungkinkan dana dan pengaruh PMBK sebagai GLC Kelantan dijarah bagi kepentingan pihak tertentu.

PMBK dikatakan memberikan banyak kelebihan peluang perniagaan kepada mereka yang rapat dengan Nik Aziz, termasuk waris Abdul Razak “Pok Jak” Abas.

Jika benar kegiatan semua ini berlaku, maka kepimpinan Nik Aziz sebagai Murshidul Am PAS merupakan sesuatu ‘wayang’ semata mata. Pelawaan Nik Aziz mengundang Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melihat Kelantan dari dekat merupakan sebahagian strategi PR dalam proses untuk ‘memutihkan’ amalan kronysim yang dilakukan.

Hari ini, orang yang secara mudah melacurkan nama Allah s.w.t. sebagai “pun mencarut” dan “boleh berkawan dengan syaitan” terbukti tamak kuasa dan harta.

(sumber;http://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/10/08/kronyism-nik-aziz)

3 comments:

melayulupalagi said...

tahniah nic ajis...

dl d katakan UMNO, skrg PAS mengambil alih...

DULU TOLAK UMNO, SKRG JOM RMI2 TOLAK PAS...

mohammad azren fooldog PH yg bahalol said...

Betul la mudz, aku teringin sangat nak masuk syurga Niky Ajeh. Tapi aku lagi suka masuk syurga Allah. Kalau orang tu dah bertaubat, kenapa kita nak riuh2 lagi. Yang paling risau ada calon PRK bersetuju dan bersubahat untuk berkawan dengan syaitan. Dari dulu sampai sekarang tak bertaubat2 lagi.

Jadi aku rasa marilah kita bersama2 mengundi Isa Samad.

Jangan marah....
PAS 4 all = Israel 4 all
www.israel4all.com

YANG GAMBI said...

Betul komen shonzu, kekadang orang yang sering menyatakan keciwa, sebenarnya bukan kerana keburukan orang itu, tetapi kerana diri sendiri tak dapat apa yang dihajati......contoh tak dapat jadi calon atau kroni jadi calon... inilah salah satu puncanya kelemahan parti-parti Melayu...

Lebih kurang jugalah dengan cerita tok guru ni, bila semua orang sudah taksub dan bodoh, barulah dia mula tunjuk ketamakan kuasa dia sebenar........ inilah seorang ulama yang menggunakan agama untuk kepentingan diri dan keluarga kerana keciwa tidak mendapat kerusi PM, dia sanggup jadi barua DAP dan Yahudi dengan menghancurkan bangsa dan agama sendiri....