Showing posts with label sinar harian. Show all posts
Showing posts with label sinar harian. Show all posts

Friday, November 7, 2014

Mengapa ais kiub tiada sijil halal?

HASLINA KAMALUDIN
  • Kebersihan pembuatan ais kiub mula dibangkitkan pengguna Islam.Kebersihan pembuatan ais kiub mula dibangkitkan pengguna Islam.
 1 / 1 
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Khamis lalu, sebuah kilang ais di Pulau Pinang diarah tutup selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor dan tidak mematuhi standard kesihatan yang ditetapkan.

Ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sama ada sedar atau tidak, kebanyakan syarikat pengeluar  ais batu kiub tidak mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sijil halal bukan hanya untuk menentukan sama ada makanan atau minuman mengandungi bahan yang dilarang dalam Islam tetapi ia juga untuk mengukur tahap kebersihan sesuatu makanan.

Ini termasuk status air yang digunakan, dari sumber mana ia diambil dan sama ada air tersebut diproses terlebih dahulu?

Sudah pasti, sijil halal adalah senjata utama bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku seperti penggunaan air kotor yang boleh mengundang pelbagai penyakit.

Oleh itu, Perbadanan Bioteknologi Melaka (Melaka Biotech) menyarankan supaya semua syarikat pengeluar ais memohon sijil halal bagi melenyapkan keraguan pengguna mengenai isu ais kiub yang tidak bersih.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Badrul Hisham Badrudin berkata, perniagaan pembuatan ais kiub perlu mendapatkan sijil halal dan tahap keselamatan serta kebersihan air yang digunakan bagi membuat ais perlu diuji.

"Menerusi seminar-seminar yang kita adakan sebelum ini, ramai yang mahu tahu apakah status ais  kiub ini? Ini kerana konsep makanan halal turut merangkumi kebersihan dan keselamatan sesuatu makanan dan tidak terhad kepada jenis bahan atau haiwan.

“Penguat kuasa daripada Kementerian Kesihatan seharusnya membuat pemantauan terhadap pengilang-pengilang ini dengan menjalankan ujian ke atas sumber air mahupun ais yang sudah siap,” katanya kepada Sinar Harian.



Beliau berkata, di Malaysia, hanya ada dua syarikat ais kiub yang memiliki sijil halal.

"Ini berdasarkan semakan yang kami buat di laman web Jakim, dan lebih mengejutkan, syarikat pengeluar ais kiub yang popular tidak ada dalam senarai tersebut.

"Syarikat ais turut bertanggungjawab memastikan proses pembuatan produk mereka bebas daripada unsur meragukan. Pengguna terutamanya yang beragama Islam sudah peka dengan barangan yang terdapat di pasaran dan mereka inginkan jawapan jika status produk itu meragukan,” katanya.

Badrul Hisham berkata, air juga antara faktor pelbagai penyakit boleh merebak.

"Walaupun isu ini dilihat remeh, tetapi ia melibatkan keseluruhan pengguna dan peniaga," katanya.

Menurutnya, harga jualan ais kiub  yang begitu murah menjadi faktor ramai peniaga tidak menghasilkan ais kiub  sendiri.

"Melaka Biotech sedia menjadi orang tengah bagi menguji sampel kiub ais jika diyakini tidak dibuat menggunakan air bersih.

"Kita tidak mahu masyarakat di negara ini menghidapi penyakit yang berpunca daripada penggunaan air kotor," katanya.

(terimakasih sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/mengapa-ais-kiub-tiada-sijil-halal-1.329851)

Wednesday, July 17, 2013

Ajar Melayu pancing ikan


muhammad ali hashim
muhammad ali hashim



1.0 HARI ini diperhatikan semakin ramai Melayu-Muslim menyuarakan rasa kecewa dan ‘frustration’ terhadap kedudukan politik dan ekonomi bangsa berbanding persepsi positif dan optimis di dekad awal selepas merdeka.   

2.0 Ramai semakin hilang keyakinan diri melihat kedudukan ekonomi dan politik Melayu-Muslim bukan semakin bertambah baik dan kukuh seperti diharapkan; malah semakin merosot dan membimbangkan. Bangsa Melayu kelihatan seolah-olah kehilangan punca.

Jangan tersalah fokus kelemahan

3.0 Dalam dekad pertama selepas merdeka, Melayu-Muslim percaya penjajahan punca utama kelemahan dan kegagalan mereka. Justeru, penjajah dipersalahkan dan dijadikan kambing hitam atau ‘scapegoat’.

4.0 Kemerdekaan berjaya menamatkan penjajahan, sekali gus menyingkir halangan terbesar kemajuan. Kuasa pemerintahan di tangan meyakinkan tidak akan ada lagi penghalang bangsa dan umat membangun. Namun hakikatnya, setelah lebih lima abad berkuasa sendiri, hari ini Melayu-Muslim Malaysia masih kecewa dan semakin ramai hampa dan hampir putus harapan.    

5.0 Sekali pun majoriti Melayu-Muslim tidak lagi miskin, ekonomi masih bergantungan, menekan hidup dan menjejas kebebasan. Paling membimbangkan, jurang kaya-miskin semakin melebar, bukan sahaja antara kaum, malahan juga dalam kalangan Melayu-Muslim sendiri, berpotensi berpanjangan memecah-belah mereka. 

6.0 Paling Melayu-Muslim takuti: andainya tsunami politik PRU13 berulang lagi pada PRU14 dan seterusnya, kali ini menenggelamkan semua, melemas dan langsung menghapuskan ekonomi setelah pupus kuasa politik Melayu! Siapa pula yang akan Melayu-Muslim persalahkan kali ini, setelah lama merdeka dan penjajah tidak boleh dipersalahkan lagi?   

7.0 Bahayanya, diperhatikan ramai Melayu hari ini cenderung memarahi dan mempersalahkan warga Cina sebagai punca kelemahan dan kegagalan. Sentimen anti-Cina semakin bersemarak setelah keputusan PRU13 dilabel satu tsunami Cina. Label seperti ini menyebabkan ramai cenderung menjadikan warga Cina kambing hitam mutakhir Melayu. 

8.0 Apakah wajar Melayu-Muslim menjadikan warga Cina Malaysia kambing hitam terbaru zaman ini? Persoalan lebih besar yang sebenarnya Melayu-Muslim wajib tanyakan:  Apakah mencari dan menyalahkan kambing hitam jalan keluar terbaik mengatasi kelemahan Melayu-Muslim?

Belajar daripada kejayaan Cina

9.0 Trend pemikiran seperti ini berbahaya dan tidak wajar dibiarkan berleluasa.  Hakikat yang wajib Melayu-Muslim terima ialah: mencari kambing hitam menyalahkan orang lain bukan jalan keluar dan jika dituruti cuma akan memburukkan masalah kelemahan Melayu.

10.0 Satu cara mudah mengatasi kelemahan diri ialah mempelajari pengalaman sukses orang lain. Umat Islam pasti teringat hadis Rasulullah SAW menggalakkan menuntut ilmu, sekali pun “sampai ke negeri China”. Pada pandangan saya bangsa Melayu dan umat Islam Malaysia sebenarnya bertuah dan harus bersyukur kerana terdapat ramai warga Malaysia keturunan Cina di negara sendiri. Belajarlah daripada pengalaman mereka, terutama dalam bisnes!

11.0 Perhatikan, ketika warga Cina mula datang beramai-ramai ke Tanah Melayu. Mereka berpindah ke sini bertujuan melepaskan diri dan keluarga daripada cengkaman kemiskinan dan penderitaan hidup di Tanah Besar China yang ketika itu kerap dilanda kebuluran, pergolakan politik dan kesempitan peluang ekonomi. Ertinya, mereka sanggup mengharungi kepayahan berpindah ke tempat tidak dikenali, lari daripada keselesaan hidup bersama bangsa di tanah air sendiri menuju ketidakpastian hidup sebagai minoriti di tanah asing.   

12.0 Perpindahan satu tindakan besar dan nekad membabitkan terlebih dahulu kesanggupan berhijrah minda dan pandangan hidup, melepaskan semua pegangan kepada kebiasaan lama.

13.0 Pengajaran pertama buat Melayu-Muslim ialah mereka mesti sanggup berhijrah pandangan hidup dan memperbaharui diri. Sikap dan minda pendatang minoriti sanggup menghadapi segala ketidakpastian wajib Melayu budayakan, atas realiti mereka sebenarnya juga warga minoriti dan pendatang baru. Melayu-Muslim minoriti dalam ekonomi negara dan pendatang baru dalam dunia bisnes, justeru memerlukan kekentalan mental dan pembaharuan jiwa luar biasa.

14.0 Majoriti Cina datang ke Tanah Melayu dalam keadaan sangat miskin, berhutang dan bergadai golok. Ramai yang terpaksa menumpang, menyewa tanah milik Melayu; hidup sederhana dengan serba kekurangan. Ada yang terlampau miskin kesusahan hingga terpaksa menyerah anak perempuan untuk diangkat dan dibesarkan keluarga Melayu.
15.0 Namun, mereka segera menerap budaya survival. Disiplin diri, budaya kerja tanpa mengenal penat-lelah dan berjimat-cermat diutamakan. Mereka gigih menabung, pandai menghimpun harta, menghormati orang lain dan sangat mengutamakan semangat kerjasama, membulatkan persepakatan kaum. Akhirnya mereka berjaya melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan. Semua ini wajar segera Melayu contohi dan budayakan.

16.0 Sesungguhnya sangat banyak yang Melayu-Muslim dapat manfaatkan dengan belajar, bekerjasama dan meneladani kejayaan warga Cina. Saya berpendapat cuma sedikit gaya dan pandangan hidup Cina yang tidak perlu Melayu-Muslim tiru dan contohi; iaitu aspek menyentuh akidah dan iman, khasnya yang bertentangan dengan nilai ajaran Islam.

Jangan beri Melayu ikan

17.0 Perhatikan satu lagi kehebatan warga Cina: Tanpa dasar kerajaan memihak sepenuhnya kepada mereka, mereka tetap berjaya. Cina berjaya sekali pun tiada sokongan rasmi kerajaan atau dasar seumpama DEB khas untuk mereka. Ini bermakna ciri budaya berdikari dan semangat langsung tidak mahu bergantung hidup kepada orang lain suatu kelebihan besar membentuk kejayaan orang Cina.

18.0 Tidakkah ini bermakna sikap terlampau bergantung kepada dasar dan bantuan kerajaan punca sebenar kelemahan, menyebabkan terhakis semangat berdikari Melayu?

19.0 Malangnya Melayu-Muslim terlalu 'ketagihkan' bantuan kerajaan hingga mati jiwa berdikari, sekali pun sikap ini jelas bertentangan dengan semangat “alyadul uliya” anjuran Islam menyarankan Melayu-Muslim menjadi umat “tangan di atas”. Di sisi Islam, tangan di atas adalah “tangan memberi” yang lebih mulia dan tinggi darjatnya berbanding umat “tangan di bawah”, sentiasa meminta-minta, termasuk meminta bantuan daripada kerajaan!
20.0 Pada saya, kebergantungan atau dependency seolah-olah menjadi budaya kepada Melayu-Muslim akibat terlalu lama, iaitu lebih lima dekad, di bawah anjuran kerajaan. Sekali pun berniat baik untuk menolong dan membantu, akhirnya dasar dan program kerajaan melemahkan upaya, mematah semangat berdikari dan merosakkan jati diri. Malangnya, sindrom pergantungan juga berlaku akibat perhitungan politik kerajaan sengaja menggalakkannya, bertujuan memikat undi rakyat, terutama menjelang musim pilihan raya.

21.0 Apa pun niat dan puncanya, program bantuan kerajaan merosakkan, terutama jika disampaikan mengikut kaedah “memberikan ikan” kepada rakyat. Kaedah ini bertentangan pepatah menganjurkan rakyat dibantu dengan cara diajar memancing, bukan diberikan ikan. Kerana dengan memberi ikan orang dibantu makan hanya untuk sehari. Sedangkan apabila diajar memancing memberi kemahiran hidup mengupaya mereka makan sepanjang hayat.

22.0 Kesimpulannya, tiba masanya Melayu-Muslim hentikan menyalahi orang lain atas kelemahan dan kerendahan pencapaian sendiri. Kerajaan pula wajib merangka strategi bijak membina generasi Melayu baru supaya tinggi harga diri dan kuat semangat berdikari.

23.0 Melayu-Muslim boleh berdikari dan menjadi golongan “alyadul uliya” dengan dukungan saf GLC amanah dan Wakaf Korporat berautonomi menerajui bisnes strategik menjana kekayaan menambah nilai ekonomi negara. Tegasnya, GLC dan Wakaf Korporat adalah institusi “alat pancing” paling penting untuk melindungi masa depan ekonomi dan politik Melayu-Muslim.

24.0 Warga Cina pula perlu terus digalak menjayakan bisnes membina ekonomi negara menerusi daya entrepreneur hebat mereka untuk memangkin Malaysia bersaing di pasaran global.

25.0 Dengan cara ini, keseimbangan ekonomi dapat dicapai dan kebimbangan Melayu-Muslim kuasa ekonomi dimonopoli oleh warga Cina dapat diatasi. Tanpa kebimbangan ini, dijangka Melayu Muslim tidak akan melampau mencurigai kekayaan warga Cina atau mempersoal hak mereka.

26.0 Paling penting, setelah berdikari ekonomi, tidak ada lagi sebab Melayu-Muslim perlu “mengkambing-hitamkan” sesiapa, kerana berjaya mengembalikan keyakinan diri mengatasi segala kelemahan dan kegagalan lampau.

* Tan Sri Muhammad Ali Hashim Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), ali.bizjihad@yahoo.com

‘Bangau, Oh Bangau’ versi Ramadan

ABD JALIL ALI
Share on facebookShare on twitter

ABD JALIL ALI
ABD JALIL ALI








UNTUK santaikan minda anda pada hari kedua puasa, saya suka membawakan lagu satira popular, Bangau, Oh Bangau, dalam versi bulan al-Mubarak. Mula-mula kita tanya Kak Lijah, penjual makanan di sebuah bazar Ramadan di sekitar KL.

“Kak Lijah, kenapa ketul ayam goreng dalam nasi lemak Kak Lijah semakin kecil sedangkan harganya lebih mahal?” Dia akan menjawab: “Harga ayam di pasar Chow Kit naik mencanak macam roket...”

Kalau kita tanya mana-mana penjual ayam di pasar: “Bang, apa hal harga ayam tiba-tiba naik?” Abang yang bersinglet dan nampak bulu ketiak itu akan menjawab: “Abang dapat daripada pembekal pun harga dah tinggi, kenalah jual tinggi juga, kalau tidak kantoi bisnes.”

Kita tanya pula pembekal @ pemborong: “Bos, macam mana awak jual ayam mahal sangat?” Sambil menghembus asap rokok dan mengelap peluh menggunakan tuala kecil Good Morning dia berkata: “Aaiyaa, ini ayam saya angkat ladang mari, harga sudah banyak kuat punya. Tuntu saya kena juan mahan sikit, kalau tidak saya apa mau makan, maa?”

Tanya pula kepada penternak atau pemilik ladang ayam, pasti mereka akan menjawab: “Kita tidak ada pilihan lain, kecuali menaikkan harga. Harga makanan ayam sudah naik berkali ganda, kita terpaksa naikkan produk ladang, kalau tidak meniaga boleh gulung tikar...”

Nyanyian seperti ini kita dengar setiap kali tiba musim perayaan. Tidak kira raya Cina, raya Hindu, raya orang putih, lebih-lebih lagi raya Melayu @ Aidilfitri, ada sahaja kisah bangau, kerbau, katak, dan ular. Akhirnya ular juga yang menang. Tidak siapa boleh menyalahkan ular yang menelan katak, sebab katanya: “Katak memang makanan aku!”

Beberapa hari sebelum puasa kita telah dikatakkan. Seperti yang dilaporkan media, di Alor Setar harga ayam yang biasanya RM6.30 sekilogram, mendadak menjadi RM7.80, naik RM1.50.

Kata seorang peniaga ayam di pasar tersebut: “Kami tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa juga menaikkan harga disebabkan kos tinggi diterima daripada penternak. Malah, kami difahamkan akan berlakunya kenaikan sebanyak 50 sen lagi ketika bulan Ramadan nanti.”

Tidak sahaja di Negeri Jelapang Padi, harga ayam naik juga di tempat lain. Sana-sini ada ular, dan kita juga yang menjadi katak. Memang ada pemimpin yang cuba memperjuangkan nasib katak. Contohnya Roslee Daud, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu yang memberi amaran kepada peniaga yang menaikkan harga ayam.

“Peniaga yang menjual ayam pada harga terlalu tinggi sehingga membebankan pengguna akan berdepan tindakan tegas pihak berkuasa,” kata beliau seperti yang dilaporkan media. Ini pun lagu lama juga! Rakyat sudah bosan mendengar kata-kata “tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas.” Biasanya kata-kata sahaja yang tegas, tindakan tetap lembap.

Ada lagi kata-kata klise dari Exco Negeri Penyu itu: “Orang ramai juga perlu peka dengan keadaan ini, jika peniaga tetap berdegil, pengguna seharusnya mencari alternatif lain untuk membeli barang lebih murah di pasaran. Jika semua pengguna boikot barang mahal, peniaga akan rugi dan akhirnya mereka menurunkan harga mengikut kadar yang berpatutan.”

Sukalah saya bertanya, kalau harga ayam mahal, apa pilihan yang kita ada untuk menggantikannya? Hendak ganti dengan ikan harganya lagi mahal. Ikan kembung yang menjadi hidangan rakyat biasa pun kini mencecah RM12 sekilogram. Tenggiri, senangin, bawal, sotong, tidak perlu sebut sebab harga macam bedil.

Mengenai boikot barang, cakap memanglah mudah. Bukan pengguna tidak mahu boikot, masalahnya kalau boikot apa yang hendak kita makan? Akhirnya mahal pun kena beli juga sebab kita tidak boleh makan pelepah kelapa sawit atau batang nangka. Dan kita tidak sanggup makan tikus atau monyet.

Setiap kali harga naik, pengguna yang diminta berkorban, dan mencari pilihan lain. Sepatutnya pihak berkuasa bertindak tegas ke atas peniaga, bukan meminta pengguna bersabar. Kita ada menteri jaga ayam, jaga telur, jaga terung, cili, sawi. Tetapi setiap bulan puasa telur dan terung kita sentiasa naik. Dan kita mengulangi lagu Bangau, Oh Bangau

Monday, May 6, 2013

Mohd Ali: Rakyat tidak hargai jasa




6 Mei 2013
Mohd Ali Rustam
Mohd Ali Rustam















MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan kekalahannya di kerusi parlimen Bukit Katil kerana jasanya selama 13 tahun berbakti di Melaka tidak dihargai rakyat.
  
Mohd Ali yang juga pengerusi BN Melaka berkata pengundi khususnya kaum Cina seolah-olah tidak menghargai segala jasa dan usaha yang telah dilaksanakan kerajaan BN dalam membangunkan negeri dan menjaga kebajikan rakyat.
  
"Saya berasa amat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini yang tidak berpihak kepada saya dan BN, seolah-olah BN tidak melakukan apa-apa untuk rakyat.
  
"Keputusan kali ini membuktikan kaum Cina langsung tidak menghargai kerajaan, mereka hanya hendak ubah sahaja tanpa fikirkan kesannya, tidak fikir apa yang telah kita buat selama ini," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar yang diadakan pukul 1.30 pagi di kediamannya di Seri Bendahara di sini.
  
Mohd Ali yang mendapat 40,720 undi tewas dengan majoriti 5,447 kepada Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menerima 46,167 undi.  

Bagaimanapun beliau bersyukur BN masih mampu mempertahan Melaka dengan kemenangan majoriti dua pertiga.
  
BN Melaka berjaya memenangi 21 kerusi dewan undangan negeri (Dun), kurang dua kerusi berbanding 23 kerusi yang dimenanginya pada PRU12.
  
Mohd Ali berkata beliau akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan calon ketua menteri yang baharu menggantikan beliau dalam masa terdekat.
  
Ditanya mengenai masa depan politiknya, beliau berkata "biar masa menentukannya".  - Bernama

Monday, February 11, 2013

Tutti Frutti UK bukti kejayaan anak Malaysia



NORHANA FARIZA HARUN
11 Februari 2013
Tutti Frutti UK bukti kejayaan anak Malaysia
Tutti Frutti
Tutti Frutti UK bukti kejayaan anak Malaysia
Tutti Frutti UK bukti kejayaan anak Malaysia
Tutti Frutti UK bukti kejayaan anak Malaysia
Konsep kedai Tutti Frutti yang berwarna-warni dan santai dapat menarik minat pelanggan untuk berkunjung.








































SIAPA sangka gadis seawal usia 19 tahun (dua tahun lalu), pelajar tahun akhir jurusan Kewangan dan Ekonomi di York University, United Kingdom (UK) mampu melihat potensi besar perniagaan ais krim Tutti Frutti di kota itu.

Idea tercetus ketika Iman Amanda Nasim menikmati ais krim tersebut di tanah air tetapi tidak dapat menikmatinya ketika di UK. Lantas, dia dan nekad mencari peluang untuk membuka perniagaan Tutti Fruitti di sana.

Berbekalkan semangat yang tinggi, Amanda terbang ke Los Angeles, Amerika Syarikat bersendirian untuk menghadiri persidangan daripada wakil-wakil francais di seluruh dunia untuk membentangkan kertas kerjanya.

Nyata, usahanya membuahkan hasil apabila kertas kerja yang dibuat diterima dan dia berjaya meyakinkan mereka bahawa makanan berkhasiat ini sesuai untuk semua peringkat umur.

Mengusahakan perniagaan bersama abangnya, Andy Nasim dan dua lagi rakan kongsi Hashraf Hashim dan Ridzuan Nor, mereka membuka cawangan pertama Tutti Frutti di Covent Gardent, London pada 13 Disember 2011 sekali gus menjadi pemegang lesen utama jenama tersebut di UK di bawah pengurusan Tutti Frutti (UK) Ltd.

Pengarahnya Andy Nasim berkata, kejayaan yang dicapai hari ini bukanlah semudah yang disangka. Pelbagai cabaran dihadapi demi untuk merealisasikan impian di negara orang.

“Saya dan Hashraf menghabiskan masa sebulan di sekitar London untuk mencari lokasi terbaik dan memberi idea, namun semuanya ditolak dengan alasan kami masih muda dan tidak tahu apa-apa tentang perniagaan.

“Tetapi Alhamdulillah, berkat usaha gigih kami berjaya membuka Tutti Frutti di sini dalam tempoh tiga bulan selepas itu,” katanya.

Lebih membanggakan apabila cawangan pertama mereka ini adalah yang pertama di UK dan Eropah serta terbesar di dunia dengan keluasan hampir 2000 kaki persegi di mana boleh memuatkan sehingga 50 orang dalam satu masa.

Kejayaan empat anak muda ini juga sekali gus menaikkan nama negara di kota metropolitan, London.

Sasar 15 cawangan francais

Setelah lebih setahun beroperasi, Tutti Frutti UK kini memiliki tiga cawangan iaitu di Covent Garden, Whiteleys Bayswater dan Princes Street Edinburgh, Scotland serta sebuah francais di Brighton.

Menurut Andy, Tutti Frutti UK menyasarkan untuk membuka 10 hingga 15 francais tahun ini bagi mengukuhkan lagi jenama perniagaannya di UK.

Mereka juga  diberi peluang untuk memasarkan produk keluaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) selepas menerima kunjungan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di cawangan Tutti Frutti tahun lalu.

INFO

-Tutti Frutti adalah jenama yang berasal dari California, Amerika Syarikat.
-Sehingga kini, Tutti Frutti mempunyai lebih 600 cawangan di 24 negara seluruh dunia.
-Di Malaysia, Singapura,Kemboja, Brunei,Thailand, Timur Tengahdan negara Afrika, Naza Tutti Frutti (M) Sdn Bhd adalah pemegang lesen utama untuk jenama tersebut.
-Memiliki lebih 50 perisa, antara perisa paling laris di Tutti Frutti UK adalah laici dan keladi.
-Tutti Frutti UK juga pernah menaja sebuah pasukan sempena perlumbaan motosikal antarabangsa Moto3.

(terimakasih sumber:http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tutti-frutti-uk-bukti-kejayaan-anak-malaysia-1.130075)

Friday, February 8, 2013

Asrama Maahad Darul Quran (MDQ) Rusila, Marang, hangus



WARTAWAN SINAR HARIAN
6 Februari 2013
Asrama Maahad Darul Quran hangus
Pelajar dan penduduk setempat memenuhi lokasi kebakaran selepas dimaklumkan bangunan asrama berkenaan terbakar.
Asrama Maahad Darul Quran hangus
Abdul Hadi ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.
Asrama Maahad Darul Quran hangus
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustafa diiringi Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya turut melawat lokasi kejadian.
Asrama Maahad Darul Quran hangus
Pelbagai kelengkapan termasuk buku serta barang-barang peribadi milik pelajar pusat pengajian itu Abdul Hadi ketika ditemui pemberita di tempat kejadian hangus sama sekali.






















































MARANG - Sebuah bangunan asrama pelajar Maahad Darul Quran dekat Masjid Rusila di sini, terbakar menyebabkan pelbagai kelengkapan termasuk buku serta barang-barang peribadi milik pelajar pusat pengajian itu hangus terbakar sama sekali.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi semalam, seramai 90 pelajar berusia 13 dan 14 tahun yang ditempatkan di asrama berkenaan terselamat berikutan ketika kejadian, pelajar terbabit sedang mengikuti kelas mereka di bangunan berdekatan.

Kebakaran disedari Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ketika itu berada di sebuah bangunan berdekatan, termasuk seorang guru bahasa Inggeris, Akmal Hamzah, 30.

Abdul Hadi bergegas ke tempat kejadian manakala Akmal yang pada mulanya menyangka asap tebal memenuhi ruang udara itu adalah berpunca daripada pembakaran sampah, terus menghubungi pasukan bomba dan penyelamat daerah.

Abdul Hadi ketika ditemui berkata, beliau berada tidak jauh dari tempat kejadian sebelum terhidu bau asap dan melihat asap tebal, namun tidak dapat memastikan bangunan yangterbakar kerana kedudukan bangunan rapat di antara satu sama lain.

“Kejadian kebakaran berlaku terlalu pantas, kami yang berada di tempat kejadian itu tidak mampu untuk menyelamatkan apa-apa namun penduduk setempat tetap bertungkus lumus untuk memadam kebakaran kerana bimbang ia merebak.

“Saya bersyukur kerana tiada siapa yang cedera kerana ketika kejadian, pelajar terbabit berada di dalam kelas tetapi pihak pengurusan tetap membuat pemeriksaan takut jika ada pelajar uzur (sakit) di bilik asrama itu,” katanya kepada pemberita.

Pelajar dibenar bercuti awal

ABDUL HADI yang juga Ahli Parlimen Marang dan penasihat sekolah berkenaan berkata, sekolah tersebut mula beroperasi sejak 1985 dan ketika ini seramai 900 pelajar tingkatan satu hingga menengah atas tinggal dan belajar di situ.

“Bangunan asrama yang musnah dalam kebakaran akan dibina semula dalam masa terdekat dengan bantuan derma serta gotong-royong, manakala pelajar dibenarkan bercuti awal dan pulang ke rumah masing-masing semalam sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina,” katanya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang, Zamri Awang Long berkata, seramai 25 anggota dan empat jentera dari Balai Bomba Marang dan Balai Bomba
Kuala Terengganu dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengawal api.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya. Dalam pada itu, Timbalan Mudir Maahad Darul Quran, Ustaz Hamzah Ngah berkata, pihaknya sudah membuat
satu laporan polis berhubung kejadian kebakaran bangunan itu dan menganggarkan kerugian berjumlah kira-kira RM200,000.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa juga melawat tempat kejadian selepas pihaknya menerima laporan. Beliau diiringi Ketua Polis Daerah Marang, Deputi
Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya serta pihak pengurusan Maahad Darul Quran.
(terimakasih sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/asrama-maahad-darul-quran-hangus-1.128578)








``````````````````````````````````````````````