Sunday, October 4, 2009
Serang pemimpin UMNO bukti PAS bukan parti Islam – Muhyiddin
Serang pemimpin UMNO bukti PAS bukan parti Islam – Muhyiddin
PAS sudahpun masuk kandang bersama PKR dan DAP selepas pilihan raya umum lalu. Macam pepatah, masuk kandang kambing kenalah mengembek, masuk kandang rimau kenalah mengaum.
Secara tak langsung, budaya keganasan dan provokasi yang kerap dikaitkan dengan PKR ketika pilihan raya sudah meresap ke dalam PAS gara-gara sekandang.
Sebab itulah juga, sekumpulan penyokong parti itu melakukan provokasi melampau dan menyerang dua pemimpin UMNO ketika proses penamaan calon dalam polihan raya kecil DUN Bagan Pinang, di Port Dickson pagi Sabtu.
Dalam insiden kira-kira jam 9.45 pagi itu, bekas Pengerusi Putera UMNO yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mendakwa dipukul penyokong parti lawan ketika menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.
Sekurang-kurangnya sembilan penyokong PAS menumbuknya menyebabkan Ketua UMNO Bahagian Baling untuk cedera di bahu dan leher kiri.
Bercakap kepada Agendadaily, Abdul Azeez berkata, ketika kejadian beliau bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan beberapa ahli parti daripada UMNO Bera berjalan ke pusat berkenaan.
Kurang 200 meter sebelum tiba di pusat itu, mereka terus diejek oleh penyokong-penyokong pembangkang termasuk beberapa orang daripada mereka menayang wang kertas ke muka Ismail Sabri, yang juga ahli MT.
“Kami tidak menghiraukan provokasi mereka dan terus berjalan. Barangkali marah kami tidak respons dan hampir sampai ke pusat penamaan, beberapa orang daripada mereka cuba menerpa Ismail,” ujarnya.
Bagaimanapun, pengawal peribadi menteri itu berjaya melindungi Ismail menyebabkan cubaan serangan itu terus ke arah Abdul Azeez yang berjalan di belakang Ismail.
Beberapa anggota polis yang bertugas meluru ke arah kumpulan terbabit dan berjaya mengawal keadaan dan mengarahkan pengikit-pengikut parti lawan beredar.
Abdul Azeez dan Ismail kemudian terus menuju ke pusat pencalonan diiringi anggota polis dan penyokong-penyokong BN yang berkejar ke tempat kejadian.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ditanya reaksinya mengenai kejadian itu, menyifatkan PAS hanya parti dengan nama Islam sahaja tetapi tindak tanduknya tidak beradab serta tiada akhlak.
Katanya, PAS cakap tidak serupa bikin.
“Itu contoh parti PAS tidak beradab. Kata pari Islam, biasanya Islam berhemah,berakhlak dan bermoral. Mereka bukan parti Islam tapi PAS sahaja, sebab itu mudah guna cara provokasi dan taktik kotor lain,” katanya dalam sidang media selepas proses penamaan calon tersebut.
Menurut Timbalan Perdana Menteri itu, tindak tanduk PAS kerap cakap tidak serupa bikin.
“Perkara ini bukan baru, mereka juga buat perkara serupa di tempat lain. Kenyataan (Mursyidul Am PAS, Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) kata guna cara baik, jangan kritik peribadi tapi semuanya cakap saja, tak serupa bikin,” tegasnya.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan menyerang Abdul Azeez menunjukkan pembangkang tertekan untuk menang di Bagan Pinang.
“Sebelum ini ada wartawan diserang dan macam-macam lain termasuk Puteri UMNO, Kita (UMNO dan BN) tidak pernah mengasari sesiapa. Saya berharap polis akan mengambil tindakan terhadap kejadian itu,” katanya.
Nain Presiden UMNO itu percaya tindakan itu dicetuskan oleh orang luar bagi mengeruhkan keadaan.
Manakala Ismail Sabri pula berkata, insiden itu dapat dikawal kerana penyokong-penyokong BN tidak bertindak balas terhadap provokasi yang dilakukan penyokong pembangkang terhadapnya dan Abdul Azeez.
“Selama ini kita menunjukkan sikap berhemah, saling menghormati sistem demokrasi dalam pilihan raya. Tindakan ini membuktikan itulah rupa sebenar PAS dan parti pembangkang,” jelasnya.
Ismail dan Abdul Azeez kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu. -3/10/2009
Printable Version | Email to a Friend
(sumber;http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_19fc97fc-7f000010-6cf97c00-906e07a8)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment