Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Sunday, March 18, 2012

Menyingkap sejarah lebuh raya : utusan online



JALAN Slim River-Tanjung Malim ini merupakan lebuh raya bertol terawal di Malaysia, dibuka pada 1966. Laluan sepanjang 33 kilometer ini kemudian ditukar status menjadi jalan persekutuan pada 1994, sekali gus memansuhkan bayaran tol 50 sen hingga RM2. Di kanan jalan ialah Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang dikekalkan.


SEJARAH pembinaan jalan raya negara bermula pada tahun 1860 apabila Orang Besar Jajahan Hilir Perak, Tengku Menteri Ngah Ibrahim membina jalan pertama menggunakan kayu balak yang diikat dengan rotan.

Jalan tersebut dibina bagi mengangkut bijih timah dari lombong di Kamunting ke jeti Teluk Kertang (kini Kuala Sepetang), Perak.

Jalan kedua pula dipercayai dibina oleh pekerja lombong bijih timah dari Ampang ke Kuala Lumpur.

Pembinaan jalan raya di negara ini hanya berkembang pesat selepas kemasukan British.

Selain mempunyai teknologi dan kepakaran dalam membina jalan raya, perkembangan pesat itu turut didorong oleh pertumbuhan industri bijih timah.

Faktor lain jalan raya banyak dibina bertujuan memudahkan British mentadbir negeri-negeri di bawah pemerintahannya terutama Negeri-Negeri Selat.

Disebabkan itu, banyak kemudahan jalan raya dan pengangkutan awal dibina di negeri tersebut sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain.

Setelah merdeka, sistem jaringan jalan raya terus berkembang bagi menghubungkan lebih banyak kawasan.

Jalan-jalan tersebut kemudiannya dirujuk sebagai Jalan Persekutuan yang mempunyai satu lorong.

Jalan dua lorong pertama pula dibina di Jalan Gasing dan Jalan Universiti di Petaling Jaya sebelum Lebuh Raya Persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Klang dibina.

Mungkin ramai berpendapat Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) merupakan lebuh raya bertol pertama negara.

Pendapat itu tidak tepat kerana lebuh raya bertol pertama negara terletak di antara Slim River ke Tanjung Malim, Perak sebelum PLUS dibuka sepenuhnya pada tahun 1994.

Wartawan S2, MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR dan jurugambar MUHAMAD IQBAL ROSLI, FAUZI BAHARUDIN, MOHD. NAIM AZIZ dan MOHD. NOOR AMIN menyingkap sejarah pembinaan lebuh raya negara dalam memastikan jaringan pengangkutan darat bergerak lancar.

Kini terdapat lebih 29 buah lebuh raya di seluruh negara termasuk di ibu negara yang memberikan kemudahan, keselesaan dan penjimatan masa kepada pengguna.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0310&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_01.htm)

Sunday, August 14, 2011

15 Ogos 2011 ini genap 500 tahun jatuhnya Melaka

oleh Untung Sabut Timbul

1.0 PADA tahun-tahun 40-an dahulu, lama sebelum negara mencapai kemerdekaan, ada segelintir guru-guru Melayu yang setiap 15 Ogos akan memakai baju kemeja hitam dan bertali leher merah ketika mengajar di sekolah.

2.0 Hitam sebagai tanda berkabung sementara merah bermakna kesanggupan berjuang.

3.0 Mereka yang menjadi penyokong Kesatuan Melayu Muda (KMM) ini berpakat memakai baju itu sebagai mengenang kejatuhan kota Melaka di tangan Portugis yang berlaku pada 15 Ogos 1511.

4.0 Memang sukar bagi mereka mencari baju kemeja hitam dan tali leher merah yang perlu dibuat khas, dan tentunya memerlukan wang. Pada masa itu, pakaian guru ialah baju putih dan seluar putih bertali leher hitam dan bersongkok hitam.

5.0 Maka pada 15 Ogos 2011 ini, genaplah 500 tahun kota Melaka tumbang. Kota Melaka hanya merdeka pada 31 Ogos 1957 sebagai salah sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu.

6.0 Ini bermakna kota Melaka dijajah 446 tahun 16 hari. Tun Ghafar Baba yang menjadi bapa kemerdekaan bagi Melaka mencadangkan bendera merah putih sebagai latar belakang kepada bendera negeri tetapi dengan bintang bulan di bucunya selaras dengan jati diri Melaka sebagai negeri Melayu seperti negeri-negeri Melayu lain di Tanah Melayu ketika itu.

7.0 Beliau mencadangkan supaya petak empat segi yang menempatkan bulan bintang itu supaya berwarna hijau sebagai kaitannya dengan agama Islam. Tetapi cadangannya ditolak oleh Tunku Abdul Rahman yang mahukan warna petak itu sebagai biru, selaras dengan warna petak empat segi di bucu bendera persekutuan.

8.0 Dengan kemerdekaan itu, Melaka yang sudah tidak mempunyai raja sendiri sejak tahun 1511 mendapat pula kedaulatan diraja melalui Yang di-Pertuan Agong yang menjadi ketua agama bagi negeri itu.

9.0 Maka pada masa giliran Sultan Perak menjadi Yang di-Pertuan Agong, Melaka memperoleh semula seorang raja yang susur galurnya sampai kepada Kesultanan Melayu Melaka ketika kota itu belum jatuh ke tangan Portugis.

10.0 Tetapi pada tarikh 31 Ogos 1957, buat pertama kalinya kota Melaka menjadi negeri yang berdaulat. Ini kerana sebelum itu, ia hanya menjadi kota jajahan bagi Inggeris, Belanda dan Portugis. Dengan beberapa tahun pernah berada di bawah Jepun.

11.0 Sementara semasa pemerintahan Kesultanan Melayu, kota Melaka adalah tempat bersemayam sultan yang memerintah satu kerajaan yang wilayah pemerintahannya adalah luas meliputi sebahagian besar kepulauan Nusantara yang meliputi semenanjung Tanah Melayu, pulau Sumatera hinggalah ke Brunei.

12.0 Perlu diingatkan bahawa pada zaman itu, orang tidaklah menyebut raja Melaka itu sebagai Sultan Melaka dan negaranya sebagai Melaka.

13.0 Mereka menyebut raja Melaka itu sebagai Sultan Melayu dengan kerajaannya sebagai kerajaan Melayu yang memerintah negeri-negeri di kepulauan Melayu.

14.0 Melaka hanyalah kota di mana bersemayam raja Melayu. Maka oleh kerana pusat kerajaan terletak di kota Melaka, maka selat itu juga kemudian dikenali sebagai Selat Melaka.

15.0 Tetapi negara yang diperintah oleh sultan yang bersemayam di Melaka itu adalah luas dan disebut sebagai negeri-negeri Melayu saja.

16.0 Sementara Kesultanan Melayu di Melaka itu pula merupakan kesinambungan kepada Raja-raja Melayu terdahulu yang bersemayam di Palembang, Sumatera di bawah nama kerajaan Sri Wijaya.

17.0 Tetapi apa yang disebut sebagai Melayu meliputi semenanjung, dan semua pulau di sekitarnya iaitu Sumatera dan Brunei. Sudah tentu Singapura juga termasuk di dalamnya.

18.0 Malah sebelum Melaka, kerajaan Melayu ini cuba menjadikan Singapura yang ketika itu dikenali sebagai Temasik sebagai kota kerajaan Melayu sebagai lanjutan kepada Palembang sebelum itu.

19.0 Sejarah mungkin berbeza jika kerajaan Melayu dapat bertapak di Singapura untuk memerintah kepulauan Melayu.

20.0 Tetapi Siam menganggap keseluruhan semenanjung, termasuk Temasik adalah miliknya.

21.0 Maka bala tentera dihantar Siam untuk mengajar raja Melayu itu. Askar Melayu yang ada tidak akan mampu berlawan dengan tentera Siam itu.

22.0 Maka berpindahlah raja Melayu itu ke Melaka untuk ditubuhkan sebuah kerajaan yang kuat. Siam tetap mahu memusnahkan Melaka. Tetapi kemenangan Melaka di Batu Pahat di bawah pimpinan Laksamana Hang Tuah menyelamatkan kerajaan Melayu.

23.0 Tetapi pada keseluruhannya yang memantapkan kedudukan kerajaan Melayu adalah hubungan diplomatik dengan Kerajaan Ming China melalui laksamana Cheng Ho dan pemelukan Islam oleh raja dan rakyat Melaka.

24.0 Islam adalah trend pada masa itu. India menjadi Islam di bawah Moghul. Dinasti Ming hampir penuh menjadi Islam. Di Jawa pula, Islam juga sedang mara menguasai keseluruhan pulau itu.

25.0 Tetapi pada waktu yang sama di sebelah Barat, kerajaan Andalusia sudah lama tumbang dan munculnya kuasa baru yang akan mengubah dunia, Sepanyol dan Portugis.

26.0 Dengan semboyan Glory, Gold dan Gospel atau Kegemilangan, Emas dan Injil, dalam erti kata lain, kekuasaan, kekayaan dan penyebaran agama, bala tentera Portugis sampai ke Nusantara.

27.0 Di sebalik semboyan itu, apa yang mereka cari ialah rempah. Rempah ratus! Makanan dan dorongan tekak dan perut yang mendorong mereka sampai ke sini. Begitulah besar motivasi makanan.

28.0 Maka dengan dorongan inilah, Melaka tumbang. Tetapi walaupun ia memusnahkan istana dan bandarnya, kerajaan Melayu tidak tumbang. Ia hanya berpindah tempat istana semayamnya iaitu ke Kota Tinggi di Johor.

29.0 Walaupun tempat itu tidaklah sehebat Melaka, tetapi ia cukup untuk meneruskan kesultanan Melayu. Hakikatnya kerajaan Melayu di Melaka dan Johor-Riau adalah serupa dan sambung-menyambung saja.

30.0 Oleh kerana ia terletak di Johor dan Riau, maka ia disebut sebagai kesultanan Johor-Riau, tetapi hakikatnya ia adalah kesultanan Melayu yang sama dengan di Melaka.

31.0 Walaupun kemudiannya kerajaan ini tidak lagi diperintah oleh waris-waris Sultan Melaka, ia tetap merupakan pewaris kepada kesultanan terdahulu. Bendaharanya menjadi Sultan Pahang. Sementara Maharaja Abu Bakar menjadi Sultan Johor yang menyambung kesultanan Melayu.

32.0 Kerajaan ini terus berdaulat walaupun British kemudiannya menguasai pertahanan dan hal ehwal luar Johor.

33.0 Justeru apabila Malayan Union diperkenalkan, Datuk Onn mampu bangkit dan membantah. Ini kerana negeri-negeri Melayu masih berdaulat dengan raja-rajanya tidak boleh menyerahkan kedaulatannya ke pada British begitu saja.

34.0 Kedaulatan sesebuah negara bukan milik raja seseorang tetapi adalah persetujuan dengan rakyatnya. Ketika itu, rakyat Raja-raja Melayu adalah orang Melayu. Maka untuk berdepan dengan British, orang Melayu telah mewakilkan UMNO untuknya. Negeri Melaka pula lain. Ia memang tanah jajahan British. Rakyatnya adalah anak jajahan British.

35.0 Tetapi UMNO meliputi semua negeri dalam Tanah Melayu. Ini membolehkan Melaka turut merdeka. Begitu juga dengan wilayah dalam kesultanan Melaka dahulu yang kini juga merdeka dalam Indonesia.

ARKIB : 07/08/2011
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0807&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm)

Sunday, June 12, 2011

SEJARAH dari AgendaDaily: Tiada agenda tersembunyi ramai keluarga saya dalam Umno - Kadir


Tiada agenda tersembunyi ramai keluarga saya dalam Umno - Kadir

Oleh HELME HANAFI

“Saya sendiri pun tidak tahu rupa-rupanya ramai ahli keluarga saya yang masuk politik.”itulah reaksi Menteri Penerangan Datuk Kadir Sheikh Fadzir sambil tersenyum ketika menatap berita Agendadaily mengenai keluarga besarnya dalam Umno.


Beliau lantas menjelaskan kebanyakkan ahli keluarganya masuk bukan atas dorongannya.

“Mereka sendiri menunjukkan ciri-ciri kepimpinan semasa di universiti lagi, mereka aktif berpersatuan dan menjadi pemimpin pelajar. Saya sendiri tidak mengalakkan mereka masuk politik tetapi kerana minat mereka sendiri memilih untuk menjadi ahli politik.

“Alhamdulilah mereka masuk Umno untuk berkhidmat kepada rakyat. Mereka bukan hendak sangat jawatan tetapi bila mereka dipilih atau dilantik mereka berkerja bersungguh-sungguh untuk Umno,”katanya ketika ditemui di Kondominium Pantai Panorama,Kuala Lumpur selepas merasmikan Pelancaran Bulan Kemerdekaan yang dianjurkan oleh Kumpulan Telekom Malaysia Selasa malam.

Menurutnya jika mereka memilih untuk kaya lebih baik mereka menumpukan perhatian untuk menjadi ahli perniagaan.

“Kebanyakkan mereka sanggup ‘miskin’ demi bertugas untuk rakyat,”katanya.

Kerana kesibukkan tugasnya sebagai menteri, Kadir memberitahu beliau jarang bertemu adik-beradiknya yang lain.

Beliau sendiri agak terkejut membaca salah seorang saudaranya yang hanya dikenali sebagai Majid menjadi orang kuat Umno Nibong Tebal. “Saya tahu dia Umno, tapi tak tahu pulak dah jadi orang kuat,”katanya sambil tertawa.

Beliau ketawa lebih besar melihat gambar keluarganya di muka depan Agendadaily dan berkata, “bukanlah senjata tersembunyi , berapa sangat undi boleh dapat jika hendak dibandingkan dengan lebih 2000 pewakilan Umno .”

Beliau berharap siapapun tidak salah sangka anggap ada agenda tersembunyi keluarganya ramai menyertai Umno.

---------------------------------------------------

‘ Senjata tersembunyi’ Kadir… keluarga besarnya dalam Umno….

Oleh ROSLI ISMAIL

Dari kiri Musa Sheikh Fadzir,Nadzir Sheikh Fadzir,Harun Faudzar,Omar Faudzar,Haidar Sheikh Fadzir dan Aziz Sheikh Fadzir…

Antara yang kelihatan relax untuk berdepan dengan pemilihan Umno September ini ialah Datuk Kadir Sheikh Fadzir.

Sebagai Menteri Penerangan publisiti untuk dirinya memang tak tidak jadi masalah.

Bukan sahaja kerana pegang kementerian cerita Kadir kerap keluar tv dan suratkhabar.

Sejak di Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan dulu ahli Majlis Tertinggi Umno ini memang terkenal konsisten dengan kerjanya.

Sebagai Ketua Umno bahagian Kulim Bandar Bharu siapa pun tak boleh goncang kedudukannya.

Satu lagi kekuatan Kadir yang mungkin ramai tidak sedar ialah rangkaian keluarga besarnya yang jadi orang kuat di beberapa bahagian Umno.

Adiknya Datuk Aziz Sheikh Fadzir yang nak tamat tempoh jawatan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia kini adalah Timbalan Ketua Umno Bahagian Baling di Kedah.

Seorang lagi adiknya Haidar yang dulu Ketua Pemuda Kepong dan bekas Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan kini adalah Timbalan Ketua Umno bahagian Kepong.

Saudaranya Omar Faudzar ialah Ketua Umno Bahagian Bayan Baru di Pulau Pinang.Satu lagi bahagian di Pulau Pinang iaitu Bukit Mertajam juga diketuai oleh Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Di bahagian Jelutong pula Nadzir Sheikh Fadzir ialah salah seorang ahli jawatankuasa bahagian.

Dalam bahagian Nibong Tebal juga ada saudaranya,Majid yang jadi orang kuat di bahagian itu.

Di bahagian Cheras di Kuala Lumpur Harun Faudzar ialah bekas Naib Ketua Umno bahagian.

Difahamkan setakat ini dari segi jumlah dan pegangan jawatan, tiada siapa yang boleh mengatasi rekod keluarga besar Kadir dalam Umno.

(sumber;http://202.71.99.84/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_8cadce47-ca9db1d0-c0c18f00-1b6b24ec)

Sunday, January 16, 2011

SEJARAH 04.09.1995: Tenang Station: Ular Sawa Telan Manusia

SEJARAH 04.09.1995: Tenang Station: Ular Sawa Telan Manusia

KIRA-KIRA jam 8 malam pada 4 September 1995, seorang pemuda, E Heng Chuan, 29, berjalan menuju ke bangsal berhampiran rumahnya di pekan Tenang Stesen, dekat Segamat, Johor untuk menutup suis generator air kolam.

image ULAR sawa yang menelan E Heng Chuan berdekatan rumahnya di Pekan Tenang, Segamat pada 1995.

Itulah perjalanan terakhir Heng Chuan, sebelum beliau menemui ajal dengan cara yang cukup tragis, iaitu ditelan ular sawa seberat 140 kilogram. Cukup mengerikan dan kejadian itu menggemparkan seluruh negara bahkan dianggap peristiwa hitam paling mencemaskan sepanjang 1995.

image PEGAWAI Perhilitan memeriksa bangkai ular sawa yang membunuh E Heng Chuan.

Berdasarkan laporan, ketika ditemui kira-kira jam 10.30 malam, mangsa sudah mati dengan kepala hingga sebahagian badannya ditelan ular sawa berkenaan. Dipercayai ular itu hanya berjaya menelan kepala dan sebahagian badan Heng Chuan kerana tersangkut pada bahu pemuda berkenaan.


image

Ular sawa itu dipercayai berada berhampiran bangsal berkenaan sebelum menyerang Heng Chuan dengan mematuk dan membelit badannya sebelum bertindak menelannya. Berdasarkan keadaan semak yang bertukar menjadi kawasan lapang, kemungkinan berlaku pergelutan agak lama sebelum mangsa mati.

Hakikat itu memang logik kerana kejadian berkenaan hanya disedari abang mangsa, E Seng Guan, 32, yang keluar mencarinya adiknya apabila tidak pulang ke rumah, kira-kira 30 minit selepas keluar untuk menutup suis generator terbabit. Seng Guan mencari adiknya di kawasan itu pada jam 8.30 malam tetapi gagal menemuinya

Ketika sampai ke situ pada kali kedua, Seng Guan menemui seekor ular sawa sedang membelit dan cuba menelan adiknya dari bahagian kepala tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu terkejut. Dia kemudian bergegas pulang ke rumah untuk memberitahu ibunya, Lim See Mek, 51.

Mereka kemudian melaporkan kejadian itu ke pondok polis pekan Tenang Stesen untuk meminta bantuan.

Polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 malam, tetapi pada masa itu tidak mempunyai sebarang gambaran mengenai kemungkinan yang bakal dihadapi. Polis pada mulanya beranggapan ia hanya kejadian ular sawa membelit mangsa dan tidak begitu yakin sebahagian badannya ditelan walaupun sudah dimaklumkan abang mangsa.

Dalam kegelapan malam itu, pasukan lima anggota polis bersama Seng Guan dan seorang penduduk kampung pergi ke tempat kejadian. Mereka menggunakan lampu picit dan bersenjatakan M16.

Seorang anggota polis melepaskan empat das tembakan untuk membunuh ular itu bagi menyelamatkan mangsa, bagaimanapun Heng Chuan didapati meninggal dunia di tempat kejadian akibat terlalu lama dijerut dengan kuat.
ULAR sawa yang menelan E Heng Chuan berdekatan rumahnya di Pekan Tenang, Segamat pada 1995.

PEGAWAI Perhilitan memeriksa bangkai ular sawa yang membunuh E Heng Chuan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat manakala ular sawa itu dibawa ke pondok polis Tenang Stesen.

Seorang anggota polis yang menyertai operasi ketika itu, Lans Koperal Razib Ujang, 30, menggambarkan bunyi ular sawa itu ketika hendak menelan mangsa amat menggerunkan.

Ular itu berbunyi seperti menyedut, kemudian kedengaran bunyi seolah-olah ia menghembuskan nafasnya. Pada masa yang sama, ular itu menggeleng-geleng kepalanya seperti mahu memastikan kepala dan badan lelaki itu masuk ke dalam mulutnya.

Kejadian itu turut menakutkan penduduk di sekitar Tenang Stesen dan Redong terutama penoreh getah, yang risaukan keselamatan mereka kerana beranggapan pasangan ular yang mati dibunuh itu akan keluar mencari temannya, terutama di dalam paya dan semak berhampiran kebun getah tempat mereka menoreh.

Timbalan Pengarah Penguat kuasa, Jabatan Perhilitan dan Taman Negara (Perhilitan) Ibu Pejabat, Celescoriano Razond ketika mengulas tindakan agresif ular sawa menyerang manusia menegaskan, ada beberapa faktor ular sawa akan bertindak terhadap manusia, terutama kerana lapar atau diganggu,

"Mangsa yang ternampak ular yang terlalu besar akan terkejut dan mungkin boleh pengsan. Jika pengsan atau terjatuh, ia akan memudahkan ular menyerang.

"Ular sawa biasanya mengambil masa untuk membelit mangsanya, ini bermakna seseorang itu masih mempunyai masa untuk melepaskan diri tetapi bergantung kepada kekuatan dan semangatnya," katanya.

Beliau berkata, kejadian ular sawa membelit manusia amat jarang dilaporkan tetapi pernah berlaku di Kuala Krai, Kelantan pada 1985 apabila mangsa ditemui mati dengan keadaan tulangnya patah dicerut reptilia itu tetapi ular berkenaan melarikan diri.

Info:
Ular sawa telan manusia

 Saiz ular sawa - ukur lilit 53.34 sentimeter, seberat 140 kilogram dan panjang tujuh meter.

 Kejadian berlaku kira-kira 200 meter dari rumah mangsa.

 Polis melepaskan empat das tembakan untuk membunuh ular.

“sumber”
(sumber:http://guanomanikurai.blogspot.com/2010/12/n5-tenang-ular-sawa-telan-manusia.html)

Friday, September 17, 2010

Sejarah ringkas pembentukan Malaysia

eboss

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan.

Sebab pembentukan Malaysia

1. Senario politik di Singapura - Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang kian bertambah di Singapura pada tahun 1950-an. Ejen-ejen komunis telah meresap masuk ke sekolah Cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan. Selain itu, komunis juga merampas pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) yang sejak tahun 1959 menguasai Kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Mereka menjadi ahli PETIR sehingga menubuhkan satu kumpulan berhaluan kiri dalam PETIR. Pada mulanya, Lee Kuan Yew berbaik-baik dengan mereka tetapi akhirnya pertelingkahan telah berlaku. Pertelingkahan ini menyebabkan PETIR kalah dalam pilihanraya kecil pada tahun 1961 iaitu Pilihanraya Hong Lim dan Pilihanraya Anson. Kekalahan PETIR menunjukkan pengaruh komunis bertambah kuat. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri ini dari PETIR. Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk Tanah Melayu. Diharapkan melalui gagasan Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal yang seterusnya dapat menyekat kemaraan mereka.

2. Senario politik di Sarawak- Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis ditubuhkan tetapi dibubarkan semasa Darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhan komunis sulit iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menentang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu, Kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharap melalui gagasan ini, kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman komunis.

3. Mengimbangi penduduk- Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk. Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan ¾ daripada penduduk Singapura berbangsa Cina. Kemasukan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum-kaum kerana 70% daripada penduduk Borneo Utara ialah bumiputera.

4. Kemajuan ekonomi bersama- Pembentukan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati kemajuan ekonomi bersama. Singapura, Brunei dan Tanah Melayu telah mencapai kemajuan ekonomi yang amat memuaskan, manakala Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur. Penubuhan Persekutuan Malaysia membolehkan Sabah dan Sarawak dimajukan. Hal ini bermaksud kekayaan dari kawasan maju akan dipindah ke kawasan mundur untuk membiayai projek pembangunan.

5. Mempercepatkan proses kemerdekaan- Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberi kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar.

Reaksi-reaksi negeri terlibat

1. Singapura - Lee Kuan Yew selaku Ketua Mentei Singapura menyokong gagasan ini kerana PETIR dapat meneruskan kekuasaannya di Singapura, ancaman komunis dapat dikawal, perkembangan ekonomi Singapura menjadi lebih pesat dan Singapura dapat merdeka dengan lebih awal. Namun demikian, Barisan Sosialis dan Parti Buruh menentang gagasan ini. Pada 1 September 1962, Lee Kuan Yew telah mengadakan satu pungutan suara bagi mendapatkan persetujuan rakyat Singapura mengenai penyertaan Singapura dalam Malaysia. Mengikut keputusan, 71.1% daripada rakyat Singapura menyokong penubuhan Malaysia. Melalui gagasan Malaysia, taraf pelabuhan bebasnya dikekalkan, Singapura mempunyai kuasa autonomi dalam bidang kewangan, pendidikan dan perburuhan dan Singapura akan mendapat 15 kerusi dalam Parlimen Malaysia.

2. Sabah dan Sarawak - Pemimpin di kedua-dua negeri ini amat terperanjat dengan penubuhan Malaysia. Pemimpin-pemimpin di kedua-dua negeri ini membentuk Barisan Bersatu pada 9 Julai 1961 bagi menentang gagasan Malaysia. Pemimpin-pemimpin itu termasuk Ong Kee Hui (Pengerusi SUPP), Temenggung Jugah Anak Berieng (Yang Dipertua Parti Negara Sarawak – PANAS), Dato' Mustapha bin Dato' Harun dan Donald Stephen (ahli tak rasmi Majlis Undangan Sabah). Mereka menentang gagasan kerana takut Sabah dan Sarawak akan dikuasai oleh Tanah Melayu. Mereka takut kedudukan politik mereka terjejas. Mereka juga bimbang keperibadian negeri masing-masing akan hilang. Golongan peniaga Cina pula bimbang kuasa ekonomi akan dirampas oleh Tanah Melayu dan Singapura. Selain itu, mereka juga berpendapat Sabah dan Sarawak perlu diberi kemerdekaan dahulu sebelum menyertai Malaysia. Kaum bumiputera bukan Islam turut menentang gagasan Malaysia. Bantahan mereka disuarakan melalui Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan sebagainya. Pemimpin di kesua-dua negeri menganggap gagasan Malaysia merupakan satu helah untuk meluaskan kuasa Tanah Melayu dan menggantikan penjajahan British. Pada bulan Jun 1961, Tunku Abdul Rahman berangkat ke Sabah dan Sarawak dan mendapati rakyat di sana telah salah faham mengenai gagasan Malaysia. Oleh itu, sebuah persidangan Persatuan Parlimen Komanwel diadakan di Singapura pada Julai 1961. Beberapa orang daripada Barisan Bersatu telah dihantar oleh British ke persidangan ini. Mereka membincangkan tentang gagasan Malaysia. Akhirnya, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan untuk mengumpulkan pendapat Sabah dan Sarawak mengenai gagasan ini. Pada bulan Ogos 1961, Abang Haji Mustapha (Pengerusi PANAS) menyokong gagasan Malaysia. Kemudian, Donald Stephen dan Dato' Mustapha turut menyokong gagasan ini selepas melawat ke Tanah Melayu dan berunding dengan Tunku Abdul Rahman.

3. Brunei - Sultan Omar Ali Saifudin menyokong gagasan ini tetapi Parti Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin oleh A.M. Azahari menentangnya. A.M. Azahari menentang gagasan ini kerana Brunei akan menjadi jajahan Malaysia. Beliau mahukan Brunei merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia. Beliau juga merancang menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak menjadi Persekutuan Borneo Utara di bawah pimpinan Sultan Brunei. PRB menang dalam pilihanraya Majlis Daerah dan Majlis Undangan yang diadakan pada Ogos dan September 1962. Kemenangan ini menyakinkan Azahari bahawa rakyat Brunei turut menentang gagasan Malaysia. Selain itu, Azahari juga merasa dirinya kuat kerana Filipina dan Indonesia menyokongnya. Dengan keyakinan bahawa gagasan ini akan gagal, PRB melancarkan pemberontakan bersenjata pada 7 Disember 1962. Pemberontakannya ditumpaskan oleh Kerajaan Brunei dengan bantuan tentera dari British dan Tanah Melayu. Azahari melarikan diri ke Filipina dan mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri dan Sultan Omar Ali Saifudin sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan Borneo Utara. Walaupun pada mulanya Sultan Brunei menyokong gagasan ini tetapi baginda telah menarik diri pada Julai 1963 kerana baginda tidak mahu membayar cukai hasil daripada pengeluaran minyaknya kepada kerajaan pusat Malaysia dalam tempoh 10 tahun. Selain itu, baginda juga tidak berpuas hati kerana diberi kedudukan yang paling rendah dalam senarai nama Sultan-sultan. Tambahan pula, rakyat Brunei juga tidak bersetuju menyertai Malaysia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
eboss
21-02-2009, 09:17 PM
Proses pembentukan Malaysia

1. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
JPPM ditubuhkan pada 23 Julai 1961. Ia dipengerusikan oleh Donald Stephen (anggota Majlis Undangan Sabah). Anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu), Lee Kuan Yew (Singapura), Dato' Mustapha Dato' Harun (Sabah), Temenggung Jugah Anak Berieng (Sarawak) dan Dato' Setia Pangeran Ali (Brunei). Tujuan JPPM ialah:

a. Memberitahu orang ramai mengenai Malaysia.
b. Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.
c. Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.

JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Singapura (1 Februari 1962). Hasil daripada rundingan yang dijalankan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, satu memorandum disusun semula dan dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Kandungan memorandum ini ialah:

a. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.
b. Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.
c. Islam – agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.
d. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.
e. Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.
f. Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.
g. Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.

Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.

2. Suruhanjaya Cobbold - Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli-ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato' Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Tugas utama suruhanjaya ini ialah:

a. Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.
b. Membuat syor-syor perlembagaan.

Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962. Sebanyak 50 perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan. Selain itu, 2000 atau lebih memorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962.

Pada 1 Ogos 1962, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak:

a. 1/3 menyokong kuat Malaysia
b. 1/3 menyokong dengan syarat
c. 1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia

Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan syor-syor Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:

a. Nama persekutuan baru – Malaysia.
b. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia.
c. Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin.
d. Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri.

e. Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam secepat mungkin.

f. Dasar pendidikan, ugama, imigresen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputera, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing-masing.

g. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing-masing membuat keputusan.
Hampir semua syor diterima oleh British dan diumumkan pada 1 Ogos 1962, Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia.

3. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)- JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangka Perlembagaan Malaysia. Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya ialah Tun Abdul Razak. Anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Wakil Sabah telah mengemukakan memorandum yang mengandungi 20 perkara. Antaranya ialah:

a. Agama Islam – agama rasmi persekutuan. Tiada agama rasmi di Sabah.
b. Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah; Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan.
c. Imigresen orang asing Sabah di bawah kuasa negeri Sabah.
d. Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.
e. Perwakilan Parlimen harus mengambil kira keluasan kawasan dan bilangan penduduk.

Pemimpin Sarawak tidak mengemukakan memorandum tetapi bersetuju dengan memorandum yang dikeluarkan oleh Sabah.

27 Februari 1963 JAK mengeluarkan laporan
8 Mac 1963 Dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak
13 Mac 1963 Dibentangkan di Sabah.

Kedua-dua negeri menerima laporan ini dan laporan ini seterusnya diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Kandungannya ialah:

a. Agama Islam – agama rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.
b. Bahasa Melayu – bahasa rasmi persekutuan.

Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia apabila Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan.

c. Imigresen Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal sendiri.
d. Sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan di bawah kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri ini membuat pindaan.
e. Perwakilan Parlimen – Sabah 16 kerusi, Sarawak 24 kerusi dan Singapura 15 kerusi.
Berdasarkan laporan JAK, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963. Pada masa ini Brunei menarik diri secara rasminya.

4. Pengisytiharaan Malaysia

Berkenaan dengan penubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia menentang kuat. Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua-dua negara dengan Tanah Melayu. Akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan. Pemimpin ketiga-tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963

Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda. Mengikut laporan PBB, lebih 70% rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Maka pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia diisytiharkan secara rasminya.

Penentangan gagasan Malaysia

1. Filipina - Apabila JPPM dan Suruhanjaya Cobbold menunjukkan sokongan kepada penubuhan Malaysia, Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu pada 22 Jun 1962. Filipina mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan kepada Baron Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874. Pajakan ini telah dibatalkan pada tahun 1958. Kerajaan British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Kerajaan Filipina juga mengemukakan tuntutan yang sama kepada Tanah Melayu tetapi ditolak. Hubungan diplomatik Filipina-Tanah Melayu menjadi genting. Walau bagaimanapun, usaha-usaha dijalankan untuk menyelesaikan persengketaan. Akhirnya, Filipina juga mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun 1966.

2. Indonesia- Pada mulanya, Indonesia mengalu-alukan pembentukan Malaysia. Namun, PKI di bawah D.N. Aidit menyifatkan ia merupakan satu penjajahan baru yang mengancam Indonesia. Setelah tercetusnya pemberontakan Brunei, Presiden Indonesia, Sukarno menerima tekanan hebat dari PKI dan mengubah sikap serta menentang gagasan Malaysia. Aidit telah melawat ke Tanah Melayu dan menghasut rakyat dan tentera memberontak. Hubungan Tanah Melayu dengan Indonesia menjadi renggang. Pada 20 Januari 1963, Dr. Subandrio mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. Kemudian, Indonesia bersetuju meminta Suruhanjaya PBB bagi meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. Laporan PBB menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia enggan mengakui.
16 September 1963, Malaysia diisytiharkan secara rasminya. Pada hari ini, Indonesia melancarkan konfrontasi dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Tanah Melayu. Sebab Indonesia melancarkan konfrontasi ialah:

a. Tekanan PKI ke atas Kerajaan Indonesia.
b. Penubuhan Malaysia menghalang cita-cita Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya yang termasuk Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu.
c. Sukarno merasa tersinggung kerana tidak diajak berunding mengenai penubuhan Malaysia.

Pada bulan November 1963, serangan gerila dilancarkan. Tentera Indonesia mendarat di Pontian, Labis, Muar dan Kota Tinggi. Pengintip-pengintip juga dihantar. Akibatnya:

a. Dato' Dr. Ismail Abdul Rahman telah meminta bantuan dari PBB dan membuat bantahan mengenai serangan Indonesia.
b. Pasukan pertahanan tempatan atau askar wataniah ditubuhkan.
c. Britain memberi bantuan tentera.
d. Australia, New Zealand, Canada memberi bantuan senjata.
e. Rundingan sulit dengan pegawai Indonesia bukan komunis diadakan.
f. Dato' Abdul Razak melawat ke negara Afro-Asia dan Dunia Ketiga untuk mengikis propaganda Indonesia yang memburuk-burukkan nama Malaysia.

Pada 30 September 1965, gerakan komunis untuk merampas kuasa gagal. Konfrontasi menjadi berkurangan. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik berusaha menamatkan konfrontasi dan mewujudkan persefahaman dengan Malaysia. Hasrat menamatkan konfrontasi wujud apabila Suharto menggantukan Sukarno. Hasilnya, perjanjian damai ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 selepas Tun Abdul Razak berunding dengan Adam Malik di Bangkok.

(sumber;http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-73673.html)

Friday, August 20, 2010

MCA-DAP BERSATU ; BATALKAN KERAKYATAN JUS SOLI

MCA-DAP BERSATU ; BATALKAN KERAKYATAN JUS SOLI



1.0 Hari ini tercipta sejarah baru bagi Kaum Pendatang Cina di Malaysia , sempena 7 Ramadhan , bersamaan 17 Ogos 2010, selepas 7 hari penganut Islam berpuasa,
dengan kebesaran Allah telah menzahirkan hipokrasi dan pembohongan kaum Cina di negara ini, yg selama ini kononnya berpegang kepada pantang menyentuh atau pantang menyinggung sensitiviti dan perasaan Org Melayu (sebagai tuan di Tanah Melayu ini) sejak mereka tiba di negara ini sebelum merdeka di bawa masuk oleh Britsh, sejak Tanah Melayu (yang diperbesarkan lagi menjadi Malaysia atau Melayu Raya) menjadi tempat mereka mencari makan, rupa-rupanya mereka terbukti kini , mereka tidak lagi boleh berselindung , tanpa sengaja mereka mendedahkan siapa sebenarnya kaum Cina yang ada di bumi Tanah Melayu ini…!!!

2.0 Laporan media hari ini (yang tidak dinafikan sehingga malam ini, semasa saya menulis artikel ini) menjelaskan dengan terang dan nyata, isihati mereka yang menentang hak istimewa orang-orang Melayu di negara ini.

3.0 Bukti pertama; di Kongres Ekonomi Cina Malaysia kelmarin MCA menuntut supaya Kerajaan mengurangkan pemilikan 30% ekuiti Bumiputera , tanpa segan silu terhadap UMNO yang selama ini berkongsi kuasa dalam Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negara ini.

4.0 Bukti kedua, saya yakin semua media arus perdana , samada dalam bahasa Melayu, Inggeris, China dan Tamil, dan yang sempat saya baca ialah Utusan Melaysia, The Star , New Straits Times, semuanya melaporkan kenyataan Presiden MCA , Dato’ Dr.Chua Soi Lek yg menegaskan, MCA tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP dalam hal yang boleh memberi keuntungan kepada masyarakat Cina. (mungkin kah Soi Lek tak takut kerana Melayu berpecah?)
(gambar hiasan)
5.0 Laporan itu memetik kata-kata Dr.Chua Soi Lek yang berkata: “MCA tidak akan sekali-kali lari daripada tanggungjawab menyuarakan pandangan dan keinginan masyarakat Cina (di Malaysia) jika tidak parti ini akan kehilangan sokongan rakyat”
Nah sudah terang lagi bersuluh pemimpin utama MCA mengeluarkan rahsia sebenar pendiriannya. Sebelum ini orang yang pendek akal mempersoalkan hak-hak orang Melayu di Tanah Melayu ini ialah para pemimpin DAP sahaja...dimana bila pemimpin DAP persoalkan hak-hak orang Melayu, pemimpin-pemimpin MCA konon marah-marah kepada DAP, lakonan sedemikian adalah demi menjaga hati pemimpin UMNO dan orang Melayu yang terpaksa mengundi calon mereka yang bertanding atas BN di kawasan majoriti pengundi Melayu. (di kawasan majoriti Cina jangan mimpilah MCA nak menang!)

6.0 Kata orang tua-tua, “Bangkai gajah tak boleh ditutup” dan pekong MCA telah terbongkar sudah…dibongkarkan oleh Presiden MCA yang memberikan isyarat jelas bahawa mereka telah bersatu dengan DAP, yang membawa kepada kesimpulan, bahawa kaum Cina di negara ini telah bersatu dalam menentang hak-hak orang Melayu, yang memberikan mereka menumpang di Bumi Tanah Melayu ini.

7.0 Tahukah DAP dan MCA akibat dari mulut lancang mereka yang menyakiti hati orang Melayu ini ?Apakah kamu ingat orang Melayu tidak faham sandiwara yang dipertontonkan kepada orang Melayu selama ini…yang sedari awal lagi bermain mata atau mengenyit mata bila berpandangan antara satu sama lain…bila kami terpandang, kamu berdua pura-pura sapu mata , kononnya masuk habuk dan sebagainya…dasar munafik…dan ular kepala dua, sifat kamu ’pepat di luar ,rencong di dalam’ ! ..dulu orang Melayu, termasuk saya, menamakan MCA dalam ceramah-ceramah pilihanraya , kononnya ‘Kafir Zimmi’ iaitu sejenis kaum kafir yang tidak menentang orang Islam, tidak menentang undang-undang Islam, tidak menentang Raja-raja Melayu, tidak menentang pemimpin Melayu atau kerajaan pimpinan orang Melayu ; yang kononnya amat jauh berbeza dengan DAP yang dikategorikan sebagai ‘Kafir Harbi’ anti Melayu, anti Islam, anti Raja-raja Melayu, anti pemimpin Melayu, anti hak-hak orang Melayu dan macam-macam lagi…!

8.0 Oleh yang demikian , ternyata kaum Cina seluruhnya di negara ini telah dengan sengaja merongkai persefahaman sosial antara kaum pendatang Cina ke Tanah Melayu (Malaysia) ini, Tunku Abdul Rahman dan Lord Reid (bagi pihak penjajah British) yang memberikan Kerakyatan Jus Soli (bunyinya Jus Solai) kepada kaum pendatang Cina dan India. Kerakyatan Jus Soli ini adalah merupakan ‘Hak Istimewa Orang-orang Cina dan India’ yang berada di Malaysia waktu itu. Dalam apa keadaan pun adalah tidak sah disebut ‘Hak Istimewa Orang-orang Melayu’ sebab yang istimewa itu adalah Kerakyatan yg diberikan kepada kaum pendatang….manakala masyarakat Melayu adalah merupakan ‘HAK ASASI BANGSA MELAYU’ yang tidak boleh dipersoalkan langsung oleh kaum pendatang ini..!!!

9.0 Oleh kerana kaum pendatang ini terutamanya kaum Cina dan India (Hindraf) telah mempersoalkan ‘HAK ASASI BANGSA MELAYU’ yang menjadi tuan kepada negara ini, maka dari segi peraturannya, secara automatik terbatal lah Kerakyatan Jus Soli..dan kesemua mereka yang menerima kerakyatan Jus Soli ini tidak layak mengundi…kerana mereka bukan lagi rakyat sah negara ini, kerana mempersoalkan Hak Asasi Bangsa Melayu. Jadi, semua kaum pendatang yang menerima Kerayatan Jus Soli ini secara automatik pula menjadi Pendatang Haram atau Pendatang Tanpa Izin…yang seharusnya disuruh meninggalkan negara ini…kerana mereka bukan lagi rakyat patriotik negara ini, sebaliknya menjadi ‘parasite yang berbahaya kepada negara ini..!

10.0 Ada sesetengah kaum China dan India keturunan Kerakyatan Jus Soli ini, pernah membuat pernyataan ,kononnya Orang-orang Asli yg tinggal di hutan rimba, tepi-tepi pantai tertentu di pendalaman negara ini sahaja yang merupakan rakyat asal negara ini, dan bukan Org Melayu. itu tidak benar…itu pernyataan orang yang dangkal fikirannya, tidak matang dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup dalam bidang sejarah dan sosiologi..!

11.0 Orang Melayu yang telah berada di negara ini sejak ribuan tahun lalu telah membina tamadun sendiri, dengan mewujudkan kelompok-kelompok premis tempat tinggal yang kompleks, membina negara bangsa, mewujudkan sistem pemerintahan yang teratur dengan penggunaan , mempunyai ‘Law Of The Land’ berasaskan Syariah, sistem kawalan keselamatan negeri yang teratur, memilih Raja-raja atau Ketua mereka sendiri, mengusahakan ternakan, pertanian, malah mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang pertanian, khususnya pokok-pokok herba dan tanaman pilihan yang menjadi kegemaran dunia seperti Bunga Cengkih, Kayu Manis, buah Pelaga dan ribuah jenis lagi.Mereka juga mempunyai segala sistem pengangkutan air dan darat yang teratur, peralatan nelayan dan sebagainya…

12.0 Sedangkan kaum Orang Asli, tidak membina tamadun. ..mereka hidup dalam hutan belantara atau di tepi-tepi laut dengan cara hidup yang amat mudah…mereka sering berpindah randah , apabila berlaku kematian misalnya, atau sebab2 lain . Kerakyatan Orang Asli memang dijamin.

13.0 Punca masalah sebenar ialah perangka perlembagaan ini ialah Lord Reid, seorang penduduk British berbangsa Yahudi, telah dengan sengaja mewujudkan klosa jenis Kerakyatan Jus Soli, yang ditiru dari kerangka yg dibuatnya untuk menyelamatkan Kaum Yahudi yang tidak mempunyai kerakyatan yang sah di serata dunia…dengan cara ini, mana-mana orang Yahudi yg ada dimana-mana saja negara pun bila tiba masa atau tempoh tertentu seperti lapan tahun dan sebagainya, secara automatik mereka menjadi rakayat negara berkenaan.

14.0 Malangnya wakil Queen dari Britain, Lord Mc Gallivray yang datang membawa Perlembagaan Persekutuan sempena keputusan untuk mengisytiharkan Kemerdekaan pada 31 Ogos itu, yang ditulis dalam Bahasa Inggeris oleh Lord Reid itu, tidak dibentangkan terlebih dahulu oleh Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman, kepada cerdik pandai di Tanah Melayu, padahal negara kita mempunyai cerdik pandai yang cukup untuk menghujahkan bagi menolak kerakyatan Jus Soli itu.

15.0 Saya difahamkan dari ilmuan yg mengkaji hal ini, Tunku yang sememangnya mempunyai cara hidup British, amat mengagumi Bahasa Inggeris yang ditulis oleh Lord Reid, apa lagi yg membawanya kepada Tunku Lord Mc Gallivray yang sangat petah berbicara, telah berjaya memperdayakan Tunku untuk tidak membentangkan kepada para cerdik pandai Melayu, termasuk Pendita Zaaba yg bijaksana itu..!

16.0 Tunku yang terus menandatangani sebagai menerima perlembagaan yang dirangka oleh Lord Reid itu ,dari segi peraturannya, hanya Tunku seorang sahaja yang terikat dengan perlembagaan tersebut…kerana seluruh orang Melayu sebagai tuan kepada negeri ini tidak dibawa berunding dan tidak tahu menahu isi kandungan perlembagaan tersebut…Cuma orang Melayu masih boleh bersabar, pada waktu itu apabila cadangan Lord Reid itu memberikan Kerakyatan Jus Soli kepada kaum pendatang itu , mungkin orang Melayu sebagai tuan negeri ini dihormati…dan hak-hak mereka tidak diperrsoalkan.

17.0 Tetapi bila kaum Cina telah bersatu membela diri mereka sendiri sambil mempersoalkan hak-hak tuan asal negara ini, maka wajarlah Kerakyatan Jus Soli itu digugurkan secara automatik sekarang…wallahu a’lam bissawab..

(sumber;http://yazidothman.com/content/view/197/1/)

Thursday, July 15, 2010

Kajian arkeologi : Melayu bukan pendatang tetapi penduduk asal di bumi Malaysia



Kajian arkeologi : Melayu bukan pendatang tetapi penduduk asal di bumi Malaysia
Selasa, 13 Julai 2010 17:46

Oleh Shahfizal Musa

1.0 BANGI, 13 Julai 2010 – Data arkeologi yang diperolehi di Semenanjung Malaysia dan Sarawak menunjukkan rumpun Melayu adalah penduduk asal bumi Malaysia sejak lebih daripada 40,000 tahun lalu dan bukan berhijrah ke mari dari tanah besar di utara.

2.0 Artifek-arifek seperti seramik yang ditemui di lebih 100 kawasan ekskavasi (excavation sites) yang dijalankan oleh ahli-ahli arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menunjukkan bahawa artifek itu adalah berbentuk tempatan dan bukan dibawa masuk dari luar.

3.0 Antara tempat ekskavasi tersebut ialah Pulau Kalumpang dan Beruas di Perak; Kota Johor lama, Kota Seluyut, Kota Sayong Pinang dan Muar di Johor; Kota Melaka in Melaka; Kota Lukut di Negeri Sembilan dan beberapa tapak di Tasik Kenyir di Terengganu.

4.0 Selain itu, penemuan tengkorak manusia di Gua Niah, Sarawak oleh Kurator Museum Sarawak, Tom Harrison dan isterinya Barbara dalam tahun 1958 menunjukkan rumpun Melayu sudah wujud di Malaysia seawal 40,000 tahun yang lalu.

5.0 Secara langsung, penemuan di Gua Niah dan kajian-kajian yang dijalankan oleh ahli arkelogi UKM menolak teori dipercayai ramai bahawa Melayu di Semenanjung adalah pendatang dari tanah besar di utara. Teori migrasi ini dikemukakan Heine-Geldern dan penyelidik dari Pemikiran Vienna ( Vienna School of Thought ) yang dikemukakan dalam tahun 1930an.

6.0 Teori itu timbul berikutan dengan penemuan kapak batu di Malaysia yang dikatakan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kapak batu yang digunakan di sebelah utara tanah besar Asia bagi membuktikan bahawa orang Melayu telah berpindah dari kawasan utara tanah besar Cina itu kemari.

7.0 Prof Nik Hassan Shuhaimi bertanya: “Adakah hanya kerana kapak batu ditemui di Malaysia orang Melayu telah berpindah dari utara ke selatan di Malaysia. Tidak terfikirkah mereka bahawa orang Melayu waktu itu juga boleh membuat kapak batu?”

8.0 Beliau berkata demikian dalam kertas kerjanya bertajuk ‘Tiga Puluh Lapan Tahun Arkeologi di Universiti Kebangsaan Malaysia’ di Seminar Penanda Arasan Penyelidikan Arkelogi di UKM pada 12-13 Julai, 2010, di Bangi.

9.0 Beliau berkata penyelidikan arkelogi di UKM sejak tahun 1980an telah menemui data baru tentang asal usul kerajaan Melayu tertua di Malaysia iaitu Kataha atau Kedah Tua. Data baru ini diperolehi daripada tapak arkelogi Sungai Mas, Kedah.

10.0 Beliau juga menyatakan isu penting dalam zaman kerajaan awal/zaman klasik ialah proses Indianisasi. Berdasarkan kajian yang dibuat di UKM proses Indianisasi itu boleh ditukar kepada proses pembumiputraan kebudayaan India, kata Prof Nik Hassan.

11.0 Kebudayaan India yang ada di Alam Melayu bukan dibawa melalui proses penaklukan tetapi dijemput oleh masyarakat tempatan dan disesuaikan dengan kebudayaan tempatan.

12.0 Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin ketika merasmikan seminar itu pada 12 Julai, berkata UKM telah melahirkan lebih 1,000 orang graduan dalam bidang arkelogi yang kebanyakanya kini terlibat dalam bidang ini di seluruh Malaysia.

13.0 Beliau berkata dalam usia 40 tahun UKM, para pakar arkeloginya yang diketuai oleh Prof Nik Hassan Shuhaimi telah membuahkan hasil yang bermakna kepada sejarah negara dan memartabatkan warisan Kerajaan Melayu di Alam Melayu.

(sumber;http://pkukmweb.ukm.my/news/index.php?option=com_content&view=article&id=386%3Aarcheological-research-the-malay-stock-are-the-original-inhabitants-of-malaysia-since-more-40000-years-ago&catid=66%3Acurrent-research-news&Itemid=54&lang=ms)

Percubaan manipulasi fakta sejarah

Percubaan manipulasi fakta sejarah

Oleh IDRIS ABDUL HAMID

1.0 FAKTA tidak boleh dibahaskan… Itulah sanggahan daripada salah seorang peserta yang menegaskan bahawa sesuatu fakta sejarah tidak boleh dibahaskan. Ia sudah menjadi fakta, dari itu kita kena terima seadanya. Ini kerana topik yang dibahaskan adalah suatu yang sensitif dan diperakui sebagai sejarah.

2.0 Menarik penghujahan yang dilontarkan oleh peserta berkenaan. Bertambah menariknya apabila beliau mengakui telah mengajar subjek sejarah sejak 10 tahun lalu dan sekarang mengajar subjek kenegaraan pula.

3.0 Bagi menjawab persoalan itu, saya meletakkan sebotol air mineral di atas rostrum dengan labelnya mengadap saya lalu bertanya, apakah objek tersebut. Beliau menjawab, botol air minuman.

4.0 Apabila ditanya apa yang tertera di belakang botol tersebut, jawapannya tidak tahu kerana tidak nampak. Saya bertanya pada peserta yang berada di hujung kiri dan kanan dewan apa yang mereka lihat? Jawapannya berbeza antara satu sama lain. Masing-masing mendakwa apa yang dilihat itulah bahagian hadapan. Apabila ditanya perkataan apa yang tertulis di bahagian belakang yang mengadap saya? Mereka menjawab tidak tahu kerana tidak nampak.

5.0 Maka saya pusingkan botol dan bertanya adakah para hadirin nampak keseluruhan perkataan serta gambar yang tertera pada botol itu, jawapannya Ya.

6.0 Begitu juga sejarah, ia perlu dilihat dari pelbagai sudut barulah kita dapati perkara yang sebenarnya berlaku.

7.0 Bagaimanapun, peserta yang menggesa supaya fakta sejarah tidak dibahaskan masih bertegas dengan pendiriannya dengan mendakwa saya mengelirukan para hadirin. Keliru! Tiada niat sama sekali tetapi peserta itulah yang mengelirukan pemikiran dan bersifat tertutup untuk menerima sesuatu yang baru, kerana persepsi awalnya mendakwa saya yang berkelulusan jurutera tidak layak untuk membicarakan mengenai sejarah negara dan kenegaraan.

8.0 Sebagai seorang yang berkelulusan teknikal dan dilatih untuk melihat sesuatu itu dari pelbagai aspek, begitu juga apabila mengkaji sejarah negara, kita tidak boleh melihat ia dari satu sudut sahaja, sebaliknya ia perlu dilakukan secara menyeluruh, barulah mendapat gambaran yang sebenarnya.

9.0 Perdebatan ini berlaku dalam satu wacana ilmu mengenai sejarah penubuhan Malaysia yang dihadiri oleh golongan pendidik. Ia bermula apabila seorang peserta bukan Melayu menyatakan bahawa orang Melayu di Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah masyarakat tertutup dan ketinggalan dalam pelbagai bidang.

10.0 Beliau mendakwa, Melaka maju hanya disebabkan kehadiran pedagang Cina dan India. Jika kedua-dua bangsa tidak membantu, orang Melayu Melaka akan terus berada dalam keadaan daif dan tidak bertamadun.

11.0 Tersentak saya dengan dakwaan tersebut. Saya bertanya jika Melaka tidak maju mana mungkin, pelabuhan Melaka yang dikendalikan oleh orang Melayu Melaka didatangi oleh pedagang-pedagang dari seluruh pelusuk dunia? Seperti yang ditulis sejarawan Portugis, Tome Pires di dalam bukunya Suma Oriental, antara negara yang datang berdagang di Melaka selain Portugis ialah Kaherah, Mekah, Aden, Malindi, Ormuz, Parsi, Rom, Turki, Turkomans, Armenia, Gujarat, Malabar, Klings, Ceylon, Bengala, Arakan, Pegu, Siam, Patani, Kambodia, Champa, China, Brunei, Lucoes, Laue, Banka, Linga, Banda, Bima, Timor, Madura, Jawa, Sunda, Palembang, Jambi, Tongkal, Indragiri, Minangkabau, Siak, Arqua, Aru, Bata,Tomjano, Pase, Pedir, Maldives dan banyak lagi.

12.0 Di dalam buku berkenaan juga mencatatkan terdapat 84 bahasa yang dipertuturkan sehari di pelabuhan Melaka, tetapi jika tidak tahu berbahasa Melayu mereka tidak dibenarkan berdagang. Ini menunjukkan sistem pentadbiran Melaka diterima pakai oleh masyarakat pedagang ketika itu.

13.0 Maknanya, pedagang Cina dan India sama peranannya seperti pedagang negara lain, cuma pedagang Cina dan India diberikan sedikit keistimewaan berbanding yang lain. Ini kerana berdasarkan sejarah, Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China dan maharaja Ming telah memperakui Melaka sebagai sebuah negara di bawah naungannya.

14.0 Berdasarkan hubungan itu, orang Melayu Melaka telah 'mempelawa' orang Cina untuk bersama-sama memajukan ekonomi Melaka. Manakala India, antaranya berdasarkan pengembangan agama Islam dan percayanya orang Melayu ketika itu, turut meletakkan orang India di dalam sistem pentadbiran Istana Melaka. Mulia sungguh hati orang Melayu!

15.0 Adakah dengan alasan ini, bermakna orang Melayu tidak 'cerdik' dalam mengurus ekonomi dan pentadbiran negara, atau orang Melayu sebenarnya 'mengajar' pedagang-pedagang asing bagaimana untuk menjadi seorang pedagang dan pentadbir yang cemerlang termasuk kepada pedagang Cina dan India.

16.0 Cuba lihat kenyataan Damio de Geos di dalam bukunya Bibilotheca de Classicos Portuguezes, bab 1, m.s 117, perenggan 14; "Bandar Melaka terletak di tepi lautan Siam, di muara sebatang sungai yang kecil. Ia merentangi sepanjang pesisir pantai dan sempit. Terdapat dusun yang sangat subur dan air tawar yang begitu banyak. Sumber-sumber bekalan dibawa dari luar."

17.0 Begitu juga dalam Bab 1, m.s 117, Perenggan 13, Damio de Geos mencatatkan bahawa Melaka dikenali sebagai bandar yang terkaya di dunia memandangkan bahawa pedagang-pedagang yang menduduki bandar tersebut adalah sangat kaya.

18.0 Kekayaan mereka dinilai dari segi jumlah emas yang dimilikinya. Emas ditukar dalam bahar - satu bahar adalah sama dengan 4 quintaes (satu quintaes adalah sama dengan 100 kilogram). Terdapat pedagang di Melaka yang memiliki emas dan permata antara 10 hingga 12 bahar"

19.0 Jika dikaji kenyataan di atas, ia menyatakan bahawa Melaka dikenali sebagai bandar yang terkaya di dunia. Tiada perkataan 'antara' diletakkan. Ini bermakna Melaka adalah negara yang terkaya di dunia ketika itu, mengatasi negara-negara maju di Eropah. Tidak cerdikkah orang Melayu?

20.0 Damio de Geos, turut menyatakan "Terdapat rumah-rumah berbatu yang kelihatan indah dan terdapat istana-istana yang indah."

21.0 Juga seperti mana yang dikatakan oleh M.B. Lewis, pensyarah Bahasa Melayu Universiti London dalam A Handbook of Malay Script dicetak pada tahun 1954.

22.0 "Kalakian maka datang sebuah kapal Feringgi dari Goa maka ia berniaga di Melaka. Maka dilihat oleh Feringgi itu negeri Melaka terlalu baiknya dan bandarnya pun terlalu ramai,"

23.0 Secara logik apabila Melaka maju, bermakna orang Melayu ketika itu bukan sahaja bangsa yang kaya malahan bijak dari segi pentadbiran, ekonomi termasuklah hubungan antarabangsa. Itu sebab wujudnya Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.

24.0 Persoalannya, apabila ada dakwaan menyatakan bahawa orang Melayu tidak mampu berdikari tanpa bantuan orang bukan Melayu dari segi ekonomi, pendidikan mahupun pentadbiran, sejarah membuktikan sebaliknya. Adakah penanya berkenaan cuba memanipulasi fakta sejarah, supaya berpihak kepadanya?

25.0 Dilihat masa era penjajahan yang bermula pada 24 Ogos 1511 iaitu Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun, sistem atau ketamadunan Bangsa Melayu telah dimusnahkan. Dalam tempoh 446 tahun dijajah, siapa sebenarnya yang mendapat manfaat daripada penjajahan tersebut? Adakah orang Melayu atau bukan Melayu yang menerima 'laba' daripada penjajah?

26.0 Apabila dihujah sedemikian, para peserta berkata, mereka tidak tahu. Mereka tidak diajar di sekolah. Apa yang diajar sekarang? Pelik! Saya memperoleh fakta ini semua di dalam buku sejarah yang dibaca di peringkat sekolah, cuma saya kembangkan untuk mendapatkan fakta tambahan bagi mengesahkan apa yang sebenarnya berlaku.

27.0 Adakah benar fakta Sejarah tidak boleh dibahaskan? Adakah fakta yang disogokkan sekarang perlu dipertahankan, atau kebenaran perlu dicari! Fakta tetap fakta, yang perlu dicari ialah kaitan antara satu sama lain sehingga memberikan satu gambaran yang jelas berhubung sesuatu peristiwa itu.

28.0 Malangnya, terdapat segelintir mereka yang mempunyai kuasa, tidak membenarkan perkara-perkara sedemikian dibahaskan secara ilmiah dan yang lebih menyedihkan dengan kuasa yang mereka ada mengarahkan apa-apa yang melibatkan orang Melayu terutama konsep Ketuanan Melayu tidak boleh dibahaskan. Alasannya takut akan dianggap bersifat perkauman.

29.0 Jawapan saya mudah, mereka tiada roh Melayu Ultra. Jika benar mereka bangsa Melayu, fakta sejarah bangsa Melayu tidak harus 'disembunyikan'. Golongan inilah yang sebenarnya mengkhianati perjuangan nenek moyang mereka yang terkorban demi mempertahankan kewujudan bangsa iaitu bangsa Melayu. Sedarlah bangsa Melayu.

Penulis ialah penceramah motivasi.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0715&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm)

Friday, June 11, 2010

PENJAJAHAN DAN KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

PENJAJAHAN DAN KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA




1.Masyarakat Majmuk
Masyarakat majmuk di Malaysia. Melayu adalah bangsa majoriti.


1.1 Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan keduadua istilah masyarakat majmuk membawa maksud `satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu’.

1.2 Manakala, menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompokkelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit politik. Kelompok-kelompok ini bercampuran tetapi mereka tidak bergantung antara kaum lain dan amat berpegang kuat kepada agama, bahasa, budaya, idea-idea dan cara hidup yang tersendiri.

1.3 Dalam memahami intipati masyarakat majmuk yang menumpukan semenanjung Malaysia sahaja, perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang mewujudkan masyarakat majmuk. Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa era kegemilangan Melaka lagi melalui proses perdagangan yang dijalankan. Walau bagaimanapun kehadiran mereka ini tidak dapat digerak menyusuri istilah masyarakat majmuk. Penggunaan istilah masyarakat majmuk itu sendiri hanya bermula pada penghujung abad ke-18 dengan adanya peranan pihak British.Malaysia yang dikenali Tanah Melayu pada suatu ketika dulu pernah dijajah oleh tiga negara yang berbeza iaitu Portugis, Belanda,British dan Jepun. Di sini kita akan mengupas kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia melalui penjajahan kuasa asing.

2.Penjajahan di Tanah Melayu

a) KEDATANGAN DAN SERANGAN PORTUGIS KE MELAKA

Portugis telah datang ke Melaka pada 11 September 1509 dengan lima buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez De Sequeira semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Akibat sedikit perselisihan faham Sultan telah menahan beberapa pedagang Potugis yang datang berdagang.Demi membebaskan para banduan Alfonso De Alburqaque tiba di Melaka pada Julai 1511 dan menghantar utusan meminta sultan Melaka membebaskan orang Portugis dan membayar gantirugi .Keengganan baginda sultan telah menyebabkan Melaka diserang dengan kehadiran 800 orang Portugis dan 600 orang India.Kehadiran tentera seramai 1400 orang ini telah menambahkan lagi jumlah masyarakat berbilang kaum yang ada pada ketika itu.Pada 24 Ogos 1511 orang Portugis telah berjaya menawan Melaka.

b) RAMPASAN TAKHTA OLEH BELANDA

Pada tahun 1597 Belanda menyerang Kota Portugis Melaka.Pada tahun 1606 - Johor

berpakat dengan Belanda untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa.Pada tahun 1636 kapal Belanda telah memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan dan akhirnya Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 14 Januari 1641. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Couthinho telah menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe.

c) PENDUDUKAN BRITISH DI TANAH MELAYU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA

Perubahan ketara berlaku semasa penjajahan British. Pendudukan British di Tanah Melayu bermula dari pergolakkan politik dan perebutan takhta yang berlaku di Kedah dan Johor yang telah dijadikan kesempatan oleh British untuk menakluk Pulau Pinang dan Singapura. Manakala melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, secara langsung Melaka telah diserahkan oleh Belanda kepada pihak British.

Ketiga-tiga wilayah ini telah disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai negeri-negeri Selat. Penjajahan British di Tanah Melayu bertujuan memenuhi keperluan permintaan bahan mentah untuk industri barat, mencari pasaran baru bagi barangan siap dan mencari peluang baru untuk pelaburan di barat. Hasilnya Tanah Melayu membangun dengan pelbagai infrastruktur seperti jalan kereta api yang menghubungkan bandar dengan pelabuhan, perladangan dan pembangunan bandar-bandar kecil.

Tanah Melayu yang pada ketika itu kekurangan pekerja di sektor perladangan dan perlombongan telah menyebabkan pihak British mulai membawa masuk beramai-ramai buruh dari China dan India untuk menampung kekurangan pekerja. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan sektor bandar,jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum bandar dan luar bandar bertambah besar.

Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) melahirkan masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Dari sudut demografi, masyarakat Cina diberi peranan untuk mengusahakan lombong-lombong bijih manakala masyarakat India bekerja di ladang-ladang getah.Masyarakan Melayu pula ditempatkan di kawasan kampung dan bekerja sebagai petani. Penghijrahan orang Cina telah berlaku sebelum kedatangan British lagi, namun selepas kehadiran British, dasar penghijrahan adalah lebih liberal serta diwujudkan jaminan keselamatan undang-undang yang seterusnya keadaan ini menggalakkan lebih banyak migrasi masuk. Sementara kemasukan orang India pula berlaku dengan pesat di penghujung abad ke19 dimana berlakunya perkembangan perladangan seperti getah dan kopi. Sebagaimana migrasi Cina, mereka juga dilindungi oleh British. mengikut ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan

d) PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga turut memberi Kesan serba sedikit terhadap pembentukan masyarakat Malaysia yang sedia wujud pada hari ini. Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu dipanggil sebagai Malai Baru oleh Jepun dan ianya diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di Singapura. Sementara itu di Singapura yang dikenali sebagai Snoyan telah diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu.Dari segi pentadbiran , satu wilayah pentadbiran dibentuk yang terdiri daripada Pulau Pinang , Melaka , Perak , Pahang , Selangor , dan Negeri Sembilan. Sementara itu negeri Perlis , Kedah , kelantan , dan Terengganu diletakkan di bawah pemerintahan Siam pada tahun 1945 , dengan tujuan membalas jasa Siam.

Penjajahan Jepun mewujudkan kesan sosial berkaitan dengan hubungan antara kaum hubungan kaum dan juga keadaan masyarakat dari segi pendidikan serta pentadbiran. Semasa Perang Dunia ke-2, terdapat 2 bentuk hubungan kaum iaitu hubungan kerjasama antara kaum menentang penjajah Jepun (MPAJA)dan juga hubungan tegang antara etnik Melayu dan Cina ekoran dasar pilih kasih / diskriminasi terhadap etnik Cina.

Penindasan Jepun terhadap orang-orang China telah menyebabkan mereka membuka kawasan-kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di Tanah Melayu. Ini membawa kepada pertembungan dengan orang-orang melayu yang tinggal di kampung-kampung tradisi. Pertembungan budaya ini telah membawa kepada perkahwinan kacukan di antara orang melayu dan China telah melahirkan generasi masyarakat Baba dan Nyonya yang boleh kita lihat banyaknya di negeri Melaka pada hari ini. Penguasaan Jepun di Tanah Melayu menyekat kemasukan migrasi terutamanya dari China disebabkan peperangan antara China dan Jepun. Pada 1947 sehingga 1953, telah berlaku pengaliran keluar orang Cina secara beramai-ramai. Sementara itu migrasi dari India masih lagi berlaku sungguhpun dalam kadar yang rendah. Pada tahun 1945 Jepun telah meletakkan senjata dan berundur dari Tanah Melayu.

e) PENDUDUKAN BRITISH DI TANAH MELAYU SELEPAS JEPUN

Selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu pada tahun 1945,British kembali memerintah. Kedatangan semula Inggeris membawa usaha-usaha perpaduan melalui pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum.Namun begitu sokongan rakyat terhadap mereka luput sama sekali kerana merasakan mereka lemah dan tidak mampu menentang Jepun selama 5 tahun penaklukan Jepun di Tanah Melayu.Perkara ini membawa kepada tuntutan kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu berbilang kaum daripada pihak British.

Pihak British telah memberikan syarat yang paling besar di mana untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu, orang Melayu harus menerima dan bekerjasama dengan masyarakat Cina, India dan masyarakat lain sebagai warganegara.Pada mulanya agak sukar bagi masyarakat Melayu menerima pemberian kerakyatan kepada kaum Cina dan India.Namun dengan berlakunya keganasan Parti Komunis Malaya yang berleluasa yang menyebabkan hubungan etnik tegang di mana etnik Cina yang menyokong dan menyertai PKM bertindak ganas terhadap etnik Melayu sebagai kaedah balas dendam semasa pemerintahan Jepun dahulu.Berpunca daripada keadaan ini,kerajaan teleh mengistiharkan darurat pada tahun 1948 . Semasa darurat, hubungan etnik bertambah baik mewujudkan kerjasama menentang komunis.

Keganasan PKM menyebabkan British menawarkan kerakyatan secara automatik kepada penduduk imigran Tanah Melayu yang akhirnya terpaksa dipersetujui oleh orang melayu sebagai salah satu kaedah membanteras keganasan PKM. Pada tahun 1957 , British telah memerdekakan Tanah Melayu atas usaha Rombongan kemerdekaan 1956 yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman. Darurat hanya dibubarkan pada tahun 1960.Kesan dari penjajahan British telah memberi impak positif dan negatif kepada pembangunan dan keamanan negara yang dapat dinilai perkembangannya dari masa ke semasa hingga ke hari ini.

3. Kesan Penjajahan kuasa asing dalam pembentukan masyarakan majmuk di Malaysia.

Dalam melihat perkembangan masyarakat majmuk di Malaysia juga dapat dirumuskan dengan melihat kepada tiga tempoh yang berbeza. Pertamanya, zaman penjajahan British. Didapati ketiga-tiga kaum langsung tidak berinteraksi. Boleh ditegaskan Tanah Melayu milik orang Melayu, ekonomi kormesial pula milik orang Cina dan India sementara politik milik British hinggakan orang Melayu ketinggalan. Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menjadikan orang Melayu tidak terlibat dengan ekonomi kormesial. Salah satu sebabnya adalah British sendiri dengan dasarnya yang menekan penduduk asal serta ‘Dasar Pecah Perintah’ yang dijalankan British sewaktu penjajahanya.

Tempoh yang kedua pula merujuk pada era menuju kemerdekaan. Dalam hal ini dapat dilihat terdapat hubungan antara kaum. Melayu dengan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Cina dengan Persatuan Cina Malaya (MCA) dan India dengan Kongres India Se-Malaya (MIC) membentuk parti politik yang berteraskan kaum masing-masing namun berada di bawah satu payung iaitu Parti Perikatan. Hasil daripada kerjasama antara kaum ini membolehkan British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1957. Sebelum kemerdekaan, peristiwa darurat telah berlaku selepas tempoh penjajahan Jepun pada 1948 sehingga 1960 yang melibatkan Parti Komunis Malaya. Dalam tempoh ini juga hubungan antara orang Melayu dengan Cina kembali tergugat.

Peringkat yang terakhir adalah zaman selepas kemerdekaan yang merujuk zaman selepas 1969. Masih lagi terdapat jurang dalam pelbagai bentuk yang bukan sahaja dari segi ekonomi. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan telah merangka beberapa strategi yang boleh mewujudkan keadaan yang aman damai yang menepati makna sebenar masyarakat majmuk. Namun ianya masih lagi tidak mencapai matlamat perpaduan. Masing-masing berusaha mengekalkan identiti sendiri dan enggan menerima asimilasi dari budaya lain. Sekitar tahun 1965, penggunaan “Malaysian Malaysia”telah mula digunakan namun ia tidak begitu diterima pakai. Kini, ia menjadi salah satu matlamat kerajaan dalam memastikan kesepaduan masyarakat iaitu dikenali sebagai Bangsa Malaysia.

4.Kesimpulan. Secara keseluruhannya, istilah masyarakat majmuk ini terhasil kesan daripada penjajahan British. Bagi memastikan keadaan negara yang aman dan damai, perkara yang paling penting adalah aspek ekonomi kerana ia menjadi isu paling sensitif. Namun dalam hal ini, sikap masyarakat sendiri yang paling utama, perlu memahami kedudukan masing-masing. Perlu ditegaskan bagi memastikan kesepaduan dan kestabilan dalam hubungan sesama masyarakat, penelitian sejarah salah satu langkah yang penting. Malahan boleh menjadikan apa yang berlaku di luar negara sebagai satu ukuran erti sebenar perpaduan. Sejarah perlu dijadikan satu rangka tindakan untuk membina Negara-Bangsa. Kepentingan Sejarah sesuatu bangsa khususnya yang berteraskan kepada sejarah bangsa pribumi perlu diutamakan dan diberi status dan kedudukan yang utama bagi memantapkan lagi asas pembinaan Negara-Bangsa. Identiti Negara-Bangsa adalah sinonim yang saling mengukuhkan identiti, nasionaliti dan nasionalisma serta unsur-unsur patriotisma Negara-Bangsa.

5.Bibliografi.

A. Aziz Deraman. Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd. 2001.

Chong. K.K. "Masyarakat Melayu Semenanjung Malaysia: Evolusi Sejarah." In Masyarakat Malaysia. Zuraina Majid (Ed.). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. 1985.

Ismail Hussein et.al. Tamadun Melayu Menyonsong Abad Kedua Puluh Satu (Edisi Kedua). Selangor: UKM. 2001.

J.S. Furnivall. Netherlands India. Cambridge: Cambridge University Press. 1939.

Kassim Ahmad. Soal Kebangsaan. Wednesday, November 09, 2005. _ HYPERLINK "http://kassimahmad.blogspot.com/" __http://kassimahmad.blogspot.com/_

Leon Comber. 13 May 1969. A Historical Survey Of Sino-Malay Relations. Hong Kong: Heinemam Educational Books (Asia) Ltd. 1983.

McGee. T.G. The Population of Malaysia: A Survey. New York: Praeger Press. 1964.

Mohd Redzuan Otman et. al. Sejarah Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur: UM. 2006.

Mohd Salleh Lebar. Perubahan Dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. 1992.

Muhammad Haji Muhd Taib. Melayu Baru. Petaling Jaya: Visage Communication. 1996.

Prinsip-prinsip pemerintahan dalam masyarakat majmuk. _ HYPERLINK "http://library.mod.gov.my/en/BriefDisplayRetriever.jsp?311356" _Abdul Monir Yaacob_ (Peny.) _ HYPERLINK "http://library.mod.gov.my/en/BriefDisplayRetriever.jsp?311304" _Kuala Lumpur: IKIM. 2000_.

Rabuskha, Alvin. Race And Politics In Urban Malaya. Stanford University, Stanford, California: Hoover Intitution Press. 1973. _

HYPERLINK "http://ilmu.ssl.sabah.gov.my/elmu/BriefDisplayRetriever.jsp?92395" _Saunders, Graham._ Malaya : Perkembangan masyarakat majmuk. Kuala Lumpur: Longman, 1978.

Swe-Hok and Kesarapany. Malaysia Recent. Trends A Challenges. Singapore: Insitute of Soatheast Asian Studiest. 2006. Syed Ahmad b. Syed Mohamad. _

HYPERLINK "http://www.permaya.org/yaman/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid

224&mode=thread&order=0&thold=0" _Kepentingan Perundangan Islam Dalam Konteks Masyarakat Majmuk_. Oct 03, 2006 - 01:59 AM. _ HYPERLINK "http://www.permaya.org/yaman/modules" __http://www.permaya.org/yaman/modules_

Tragedi 13 Mei: Satu Laporan Majlis Gerakan Negara. Kuala Lumpur. 1969.

Zakaria Ariffin. Mengenal Budaya Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1990.

----
Sumber: nurreyes - www.scribd.com

(sumber;http://www.facebook.com/zm.azami#!/notes/hibatullah-yusof-al-haj/penjajahan-dan-kewujudan-masyarakat-majmuk-di-malaysia/130315816987423)

Saturday, April 24, 2010

KENYATAAN TUN SAMBHATAN

KENYATAAN TUN SAMBHATAN

Di negeri mana di dalam dunia ini bangsa-bangsa yang mendatang diterima baik menjadi warganegaranya beramai-ramai.Beliau menegaskan bahawa hanya negara ini sahaja di dalam dunia ini telah memberi segala kemudahan kepada semua bangsa yang mendatang di sini menjadi warganegaranya.

Pemimpin-pemimpin Melayu di sini dalam tahun 1957 dahulu memberi segala kemudahan kepada bangsa-bangsa asing di sini menjadi warganegara di sini.

“Ini amat bodoh sekali kerana adanya lebih ramai bangsa-bangsa asing (khususnya Cina dan India) menjadi rakyat di sini, tentu sukar bagi orang-orang Melayu di sini hendak menguasai bangsa-bangsa lain itu.

“Jika benar mereka hendak menguasai bangsa-bangsa asing di sini, mereka dengan mudah sahaja berbuat demikian dalam tahun 1957 dahulu dengan tidak memberi kemudahan untuk bangsa-bangsa asing menjadi warganegara.

Beliau menerangkan bahawa sungguhpun orang-orang Melayu telah bermurah hati menerima baik bangsa-bangsa asing, tetapi sekarang ini mereka itulah (Melayu) golongan bangsa yang termiskin sekali.

Datuk Sambanthan bertanya: “Siapa yang memiliki bandar-bandar dan gudang-gudang serta ladang-ladang di sini. Adakah gudang-gudang dan ladang-ladang ini dimiliki oleh orang-orang Melayu?”

Malayan Union: Teladan buat generasi kini, akan datang

Malayan Union: Teladan buat generasi kini, akan datang
Oleh Yatimah Rumin

2010/04/22
PELBAGAI masalah yang tercetus dalam masyarakat kita hari ini, antaranya kerana gagal menyelusuri, menghayati dan memahami sejarah. Ada yang mempertikaikan institusi Raja dan membangkit hak orang Melayu. Mengambil iktibar daripada peristiwa lalu, jelas kepada kita bahawa kekuatan sesuatu bangsa dan negara terletak kepada kekukuhan jati diri setiap warganya, kewibawaan pemimpin dan kedaulatan Raja-Raja.

Malah, pengorbanan pemimpin terdahulu dalam memerdeka dan membangunkan negara ini wajar dihargai dan dijadikan teladan oleh semua. Raja-Raja Melayu pula berperanan sebagai penaung dan tonggak perpaduan bagi semua rakyat tidak mengira kaum, bangsa dan agama yang dianuti.
Dalam sekian lama mempertahankan hak dan kedaulatan orang Melayu, Raja-Raja Melayu tidak sekali-kali mengetepikan hak kaum lain. Sebagai rakyat, kita perlu meletakkan kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi terhadap Raja kita. Oleh itu, marilah kita hayati pengajaran daripada peristiwa Malayan Union.
Selepas tamat perang dunia kedua, British mentadbir semula Tanah Melayu melalui Pentadbiran Tentera. Dalam pada itu, Kerajaan British bersedia dengan satu sistem pentadbiran sivil yang mengejutkan seluruh rakyat Tanah Melayu, iaitu Malayan Union.

Pentadbiran Malayan Union (1 April 1946 hingga 1948), secara umumnya sudah menukar taraf kedudukan Tanah Melayu sebagai sebuah negeri naungan kepada negeri jajahan British. Kuasa pentadbiran Tanah Melayu terletak sepenuhnya kepada Gabenor British. Ini menyebabkan Raja-Raja Melayu bukan saja kehilangan kuasa melindungi rakyat negerinya, malah turut kehilangan kuasa memerintah negeri masing-masing. Sebaliknya bidang kuasa baginda hanya dihadkan kepada hal berkaitan adat resam dan agama Islam saja.

Malayan Union juga memperuntukkan undang-undang baru yang memberi kewarganegaraan kepada semua orang yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura tanpa mengira bangsa, termasuk juga pendatang yang sudah tinggal melebihi 10 tahun. Warganegara Malayan Union juga akan memperoleh hak yang sama, termasuk penerimaan masuk ke dalam perkhidmatan awam.
Kuasa Raja-Raja Melayu dan persoalan kerakyatan di bawah Malayan Union ini membangkitkan kemarahan seluruh orang Melayu. Perasaan tidak puas hati ini mula tersebar luas. Suara kritikan diluahkan dalam akhbar Utusan Melayu, Majlis dan juga Warta Negara. Golongan cendekiawan dan pemikir menyuarakan keresahan serta melontarkan idea bagi membangkitkan semangat agar orang Melayu bersatu dalam menggalas masalah dihadapi secara lebih telus dan bersepadu.

Situasi ini akhirnya mencetuskan satu gelombang bersepadu antara suara rakyat dan pemerintah dalam menentang dasar Malayan Union. Kemunculan Malayan Union menyuntik kesedaran orang Melayu bahawa perjuangan besar untuk mendapatkan kembali maruah dan kedaulatan negara tidak mungkin tercapai dengan suara minoriti.

Menyedari hakikat ini, satu kongres yang menghimpunkan 41 persatuan Melayu seluruh negara diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Selangor pada 1 hingga 4 Mac 1946. Kongres ini didukung dan digerakkan Pengerusi Persekutuan Melayu Selangor, Zainal Abidin Ahmad (Zaaba); Yang Dipertua Pergerakan Melayu Semenanjung, Datuk Onn Jaafar dan Yang Dipertua Ikatan Melayu Perak, Datuk Panglima Bukit Gantang bersama-sama pemimpin pertubuhan Melayu lain di seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

Kongres Melayu yang pertama ini dirasmikan Sultan Selangor, Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj. Dalam ucapan perasmiannya, baginda Sultan amat menyokong penuh penubuhan sebuah Persatuan Umat Melayu yang kuat di Tanah Melayu bagi menjamin kepentingan dan hak orang Melayu serta negara terus terpelihara.

Kongres yang berlangsung selama empat hari itu membuat tiga ketetapan utama – penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar), membantah penubuhan Malayan Union dan mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu.

Dengan ketetapan itu, akhirnya Umno secara rasmi diisytiharkan penubuhannya pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor. Cogan kata ‘Hidup Melayu’ mendasari perjuangan Umno pada ketika itu dipimpin Onn Jaafar.

Apabila Tunku Abdul Rahman mengambil alih pucuk pimpinan Umno, cogan kata ‘Hidup Melayu’ ditukar kepada ‘Merdeka’. Berlandaskan cogan kata ini, perjuangan Umno diperhebatkan sehingga negara berjaya beroleh kemerdekaan.

Kejayaan itu adalah hasil permuafakatan dan sokongan padu seluruh rakyat kepada pemimpin dan Raja-Raja Melayu. Rakyat mulai sedar, kita tidak boleh selamanya berada di bawah telunjuk penjajah. Fenomena ini adalah satu kejutan besar kepada pihak British yang sentiasa beranggapan bahawa orang Melayu adalah bangsa yang lemah dan pasif dalam mengendalikan keperluan serta kepentingan masyarakat mereka sendiri.

Rentetan peristiwa sejarah negara ini amat penting difahami dan dihayati semua rakyat negara ini, tanpa mengira lapisan masyarakat dan batas kaum. Malayan Union, walaupun singkat usianya, meninggalkan impak amat hebat dan ia menjadi satu pengajaran yang amat berharga buat kita semua sebagai generasi pewaris.

Satu perkara menarik perlu diketahui umum, kegagalan pelaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu tidak langsung bergantung kepada kekuatan bala tentera atau jumlah senjata yang digunakan. Tidak juga melalui sebarang pertempuran atau keganasan. Sebaliknya, penentangan diajukan adalah melalui gabungan kuat suara rakyat serta pemimpin yang dipayungi Raja-Raja Melayu. Penyatuan suara ini juga amat unik sehingga dapat merungkai segala percaturan dan rancangan rapi yang disusun pihak British.

Jalinan erat kerjasama antara rakyat, pemimpin dal Raja ibarat selirat akar di umbi. Teguh akar dan umbi, maka teguhlah pokoknya. Cetusan semangat dan inspirasi daripada Malayan Union perlu diambil dan disemat sentiasa dalam jiwa setiap rakyat ketika mengharungi apa juga kemelut dan keadaan. Ketelusan, kebijaksanaan dan kewibawaan pemimpin pula akan membawa rakyat dan negara ke arah kemajuan yang seimbang, kemakmuran dan kesejahteraan.

Hakikat perlu kita fahami ialah institusi Raja yang diwarisi secara tradisi sejak dulu lagi sesungguhnya amat penting buat kita semua dan wajar untuk ia dipertahankan bersama. Jika hilang tradisi ini, maka hilanglah tonggak warisan negara. Dan hilangnya juga tidak akan berganti lagi.

Penulis ialah Pegawai Arkib di Arkib Negara

(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MalayanUnion_Teladanbuatgenerasikini_akandatang/Article/index_html)

Friday, April 9, 2010

MSO:Apabila Sejarah Tidak Lagi Bebas Untuk Dibaca

Sebelum Diulik Mimpi
MSO:Apabila Sejarah Tidak Lagi Bebas Untuk Dibaca

SEJARAH tidak lagi relevan dan tidak boleh dibaca oleh pemimpin Umno. Hatta sejarah yang mereka sediri lakarkan ia tidak boleh dibaca. Kalau membaca sejarah menyebabkan seseorang itu akan dihukum. Apakah Umno bercadang untuk membuang segala sejarahnya sendiri? Lebih lanjut pelajaran sejarah di sekolah, khsusnya sejarah perpaduan, atau mengenai bagaimana orang-orang asing datang ke negara ini akan dipotong dan dibakar?

Sedikit masa lagi akan berlaku phobia takut kepada sejarah. Pemimpin Umno akan menjadi kecut perut untuk bercakap mengenai masa lampau. Mulut mereka akan dijaga supaya tidak seskekali menyebut sejarah dan tawarikh negara.

Kenapa tidak, kalau mereka membaca sejarah, mengungkitkan kejadian silam menyebabkan mereka akan menerima padah. Lebih parah lagi mereka akan diminta supaya memohon maaf secara terbuka. Lebih menakutkan lagi mereka akan dikenakan tindakan oleh Umno hingga menggantung keahliannya dan hilang jawatan.

Hari ini giliran Menteri Pertanian, Noh Omar pula telah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana beliau bercakap fasal sejarah apabila memetik kata-kata bekas pemimpin MCA dan MIC, Sambanthan dan Tan Siw Sin bertujuan untuk menguatkan lagi perpaduan. Rupa-rupanya membaca sabda pemimpin terdahulu tidak boleh!

Maksud kepada petikan itu, Noh berkata orang India dan China harus berterima kasih kerana diberi kewarganegarawaan. Ucapan Noh itu dipertikaikan oleh ahli parlimen Puchong, Govind Singh Deo. Apa tidak benarnya. Orang Cina dan India yang datang ke negara ini yang mulanya sebagai pendatang harus berterima kasih atas kemurahan Malaysia memberi kewarganegaraan kepada mereka. Ini adalah fakta yang bukan direka-reka.

Apalah jadahnya Noh sampai beliau kena mohon maaf kepada orang Cina dan India dengan petikan itu. Bukankah apa yang beliau baca dan petikan itu adalah kata-kata pemimpin India dan Cina sendiri? Salahkah?

Pada saya sedikit pun tidak salah. Dan paling mendukacitakan lagi kenapa Noh harus memohon maaf. Kalau apa yang kita kata benar tidak perlu kita memohon maaf. Tanda-tanda kedayusan Melayu dalam Umno semakin jelas dan nyata. Kita tidak tahu kalau Umno sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar) sendiri dayus apalah dengan Melayu dalam parti-parti lain.

Sebelum ini sudah dua orang pemimpin Umno yang dikenakan tindakan kerana membaca sejarah. Datuk Ahmad Ismail di Penang dan Nasir Safar, setiausaha perdana menteri sendiri. Mereka dikenakan tindakan, dan Nasir terpaksa melepaskan jawatan kerana sejarah yang diungkitknya menimbulkan kemarahan orang Cina.

Rasanya tindakan Umno itu tidak betul. Sebaliknya dengan cara berlembut begitu ia memberi muka kepada pihak tertentu. Dalam hidup ini kalau tidak berpandukan kepada sejarah, kepada apa lagi yang hendak dijadikan panduannya? Apakah kepada dongengan dan hikayat yang berupa mitos?

Dalam konteks ini Umno jangan ikut parti-parti lain. Sebagai parti yang memperakui pejung Melayu, Umno harus berpegang kepada sejarah sepanjang masa. Sejarah adalah panduan, sejarah adalah benteng dan sejarah adalah timbang tara kita. Kalau sejarah dibuang ini bermakna semua bangsa dan kaum di negara ini sama saja sebab ia berpandukan kepada sejarah ciptaan baru yang bermula selepas 1957.

Apa yang kita kena ingat bangsa Melayu wujud sebelum 1957, malahan Umno adalah parti Melayu pertama ditubuh di negara ini. Umno harus menjaga kekeramatannya tentang itu. Makanya dilainkan kalau ada pemimpin Umno bercakap mengenai sejarah, mengungkit sesuatu
berdasarkan sejarah dan tawarikh orang itu bukan ditentang sebaliknya kena disokong sepenuhnya.

Di sini saya tidak mahu berterima kasih kepada Noh Omar kerana beliau telah meminta maaf yang tidak sepatutnya beliau lakukan. [wm.kl. 10:45 pm 08/04/10]

Posted by mso.im at 10:36:00 PM 1 comments
Labels: Sejarah - Umno

(sumber;http://msomelayu.blogspot.com/2010/04/sebelum-diulik-mimpi.html)
-------------------------------------------------------------------------------------


Konvensyen BN: Noh Omar minta maaf
Lee Way Loon
Apr 8, 10
5:28pm

Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar hari ini memohon maaf berhubung ucapannya di konvensyen BN Selangor semalam sekiranya ia menyinggung perasaan mana-mana pihak.

"Saya telah membaca petikan ucapan daripada mendiang Tun Tan Siew Sin dan Mendiang Tun Sambanthan," kata Noh yang juga menteri pertanian dan asas tani.

Dalam ucapannya, Noh memetik ucapan Tan dan Sambathan pada 1960-an yang memuji orang Melayu kerana memberi kerakyatan kepada bukan Melayu.

"Saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana kaum, bagi saya ianya adalah bahan sejarah yang amat penting demi memastikan Negara ini terus berada dalam keadaan aman dan rakyat berbilang kaum dapat hidup harmoni sesuai dengan konsep 1Malaysia.

"Di samping itu, tujuan saya membaca petikan ucapan-ucapan tersebut adalah untuk mengukuhkan lagi semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan ahli dan para pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional.

"Jika petikan ucapan tersebut tidak sesuai lagi dibaca di zaman sekarang dan boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak, maka saya mohon maaf," katanya ketika membaca kenyataan bertulis.

Noh membuat permohonan maaf itu dalam satu sidang akhbar khusus untuk akhbar Cina di kafeteria Parlimen petang ini.

Sidang akhbar itu diusahakan oleh setiausaha Kelab Penyokong BN, Huan Cheng Guan.

Noh berkata beliau mengadakan sidang akhbar itu untuk media berbahasa Cina sahaja kerana mereka sahaja yang menyiarkan petikan tersebut.

(sumber;http://www.malaysiakini.com/news/128653)