Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013

Jom tengok PAS baru sedaq jadi macai DAP di P.Pinang !!

on Tuesday, November 19, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

KENYATAAN MEDIA
Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang

Bagi memperkukuh & memberdaya Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang, Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang pada 14 November 2013 lalu yang dipengerusikan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS P.Pinang YB Dato’ Mohd Salleh Man, telah membuat beberapa ketetapan untuk makluman & tindakan Kerajaan Negeri serta Majlis Pakatan Rakyat Negeri P.Pinang, seperti berikut:-

1.      Memberi kuasa penuh tanpa sebarang campur tangan yang tidak wajar kepada YDP MAINPP sekarang (YB Dato’ Mohd Salleh Man) untuk mengemukakan makluman keputusan cadangan lantikan Ahli-ahli Majlis MAINPP serta mana-mana portfolio @ Lembaga Pengarah dalam mana-mana agensi atau anak syarikat dibawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Kami difahamkan terdapat campur tangan yang tidak sewajarnya dari pihak Exco Kerajaan Negeri untuk menetapkan Ahli-ahli Majlis MAINPP serta Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat MAINPP untuk sesi akan datang. Jika benar, ianya adalah satu tindakan yang bertentangan etika & semangat Pakatan Rakyat. Tindakan campur tangan ini sangat dikesali.

2.      Menambah bilangan Ahli Majlis MPPP & MPSP untuk kuota PAS P.Pinang dari 2 orang setiap PBT kepada 4 orang setiap PBT. Ini adalah manifestasi dari pandangan ahli peringkat akar umbi dalam mesyuarat-mesyuarat agung yang telah dijalankan sebelum ini.

Perlantikan Ahli Majlis MPPP & MPSP untuk kuota PAS ini hendaklah dilantik dengan cadangan & persetujuan PAS P.Pinang.

3.      Memberi kuasa penuh kepada PAS P.Pinang untuk memilih & melantik JKKK di kawasan DUN / Parlimen yang ditandingi PAS (6 DUN, 2 Parlimen).

Kami difahamkan bahawa terdapat lantikan JKKK di kawasan yang ditandingi PAS dibuat secara terus kepada individu terlibat tanpa persetujuan & perbincangan melibatkan pihak PAS Kawasan. Tindakan ini juga melanggar etika Pakatan Rakyat.
Ia sangat dikesali.

4.      Memperuntukkan kuota mewakili PAS bagi lantikan Ahli Lembaga Pengarah dalam anak-anak syarikat milik / berkaitan Kerajaan Negeri (GLC). Sehingga kini, TIADA mana-mana lantikan yang dibuat mewakili PAS dengan persetujuan PAS P.Pinang. Tindakan ini juga tidak menggambarkan semangat kerjasama Pakatan Rakyat.



Tuntutan / ketetapan ini dibuat berdasarkan beberapa justifikasi seperti berikut:-

1.      Mesyuarat Agung PAS Kawasan-kawasan seluruh P.Pinang serta sayap parti (Dewan Ulama, Dewan Pemuda & Dewan Muslimat) yang berlangsung baru-baru ini sebahagiannya membuat keputusan bahawa PAS P.Pinang perlu lebih bertegas dengan pihak rakan Pakatan Rakyat dalam Kerajaan Negeri P.Pinang supaya diberi peranan & posisi yang seimbang dalam Kerajaan Negeri. Tuntutan ini dibuat berdasarkan maklumbalas ahli-ahli peringkat akar umbi bagi memperkukuhkan PAS dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

2.      Tuntutan & ketetapan ini adalah selari dengan semangat persefahaman & kerjasama  yang digariskan dalam Pakatan Rakyat.

3.      Ia juga adalah selaras dengan slogan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus) yang diamalkan Kerajaan Negeri. Kami mendapati bahawa slogan CAT ini tidak dipraktikkan dalam hubungan PAS bersama Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

4.      PAS P.Pinang akan terus bertindak sebagai juru semak & imbang (check and balance) kepada Kerajaan Negeri & Pakatan Rakyat P.Pinang. Tuntutan & ketetapan ini adalah sebahagian dari fungi semak & imbang tersebut.

5.      PAS P.Pinang bimbang dengan campur tangan yang tidak wajar oleh pihak Kerajaan Negeri terhadap MAINPP akan menyebabkan berlakunya ‘Pertindihan Kuasa’ yang akan mengganggu kelancaran pentadbiran & organisasi MAINPP yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong.

6.      Walaupun PAS P.Pinang hanya memiliki 1 kerusi DUN, ia tidak bermakna suara, sumbangan, khidmat & profesionalisma PAS di Pulau Pinang dipinggirkan.




Dengan ini, PAS P.Pinang membuat penegasan bahawa:-

1.      PAS P.Pinang hendaklah dilibatkan dalam apa-apa perbincangan dasar & polisi yang hendak dirancang oleh Kerajaan Negeri sebelum ia dilaksanakan. Perbincangan tersebut hendaklah melibatkan organisasi, bukan secara individu. Hal ini amat perlu kerana ahli-ahli PAS, penyokong dan pendokong PAS tidak mengizinkan PAS dilihat seperti boneka rakan Pakatan Rakyat terutamanya di P.Pinang.

2.      Sebarang perlantikan politik terhadap mana-mana jawatan, portfolio, posisi dalam Kerajaan Negeri yang melibatkan kuota PAS mahupun pimpinan atau mana-mana ahli PAS, mestilah dengan perbincangan dan persetujuan PAS P.Pinang. Jika tidak, PAS P.Pinang tidak mengiktiraf penglibatan individu tersebut sebagai mewakili parti dan akan mengambil tindakan keatas individu berkenaan, serta menganggap tindakan ini sebagai mengenepikan PAS P.Pinang.

3.      PAS P.Pinang dengan penuh hormat akan menarik diri serta  meletak jawatan dalam beberapa tawaran jawatan, portfolio dan posisi jawatan tertentu dalam Kerajaan Negeri jika tuntutan & ketetapan ini tidak diambil serius oleh pihak Kerajaan Negeri & Majlis Pakatan Rakyat.

PAS P.Pinang juga akan mengkaji kembali kedudukannya dalam Pakatan Rakyat P.Pinang jika tidak lagi diperlukan dalam Kerajaan Negeri, demi memelihara prinsip & maruah perjuangan.


Sekian, terima kasih.


Mohd Fauzi b Yusof
TIMBALAN PESURUHJAYA PAS P.PINANG

Sunday, October 6, 2013

Zairil Khir Johari Agenda DAP Untuk Kuasai Tanah Melayu Dengan Memperbodohkan Melayu







03/10/13 – Pengunjung laman ini yang bernama ‘anak tiri’ mendesak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil memberi penjelasan berkenaan status ‘Zairil Khir Johari’. 

Menurutnya, banyak kekeliruan daripada penggunaan nama ‘Zairil Khir Johari’ yang seolah-olah merujuk kepada anak kandung Allahyarham Tan Sri Mohamed Khir Johari. 

“Zairil anak tiri Khir Johari. Ibu bapa dia berbangsa China. Bila emak dia kahwin dengan Khir Johari dia guna nama Zairil Khir Johari bin Abdullah tetapi telah ditukar kepada Zairil Khir Johari saja dalam kad pengenalan dia. 

“Bagaimana ini boleh berlaku? Adakah nama dia dalam surat beranak dia pun sudah ditukar? JPN mesti beri penjelasan? 

“Nama dalam surat beranak mesti sama dengan nama dalam kad pengenalan,”katanya ketika mengulas artikel “Status Melayu Zairil Terus Dipertikai.” 

Status Zairil 

Seorang lagi pengunjung yang bernama ‘bunga’ kerkata nama Zairil diberikan oleh Tan Sri Khir Johari apabila beliau berkahwin dengan Rose Christine Lim (Setiausaha Tan Sri Khir) pada tahun 1996. 

“Zairil dilahirkan pada 17.10.1982 di Hawaii. Bapa beliau Howard Lim. Zairil berusia 13 tahun semasa ibunya berkahwin dengan Tan Sri Khir Johari. 


Zairil pemegang Kad Pengenalan No 821017-71-5183 (kod 71 menunjukkan dia bukan dilahirkan di dalam Malaysia). Nama asal dia Christopher Ross Lim,”katanya. 

Menurutnya, penjelasan lanjut tentang latar belakang Zairil boleh dibaca ditunkuaisha.blogspot.com


Biologi Cina 

Menurut blog itu Zairil bukan seorang Melayu seperti didakwa sama ada dari segi biologi ataupun jiwa. 

“Pada dasarnya, orang Melayu akan menerima mana-mana kaum sebagai seorang Melayu jika mereka mempunyai jiwa Melayu, selain daripada menjadi seorang Muslim. 

“Melayu, terutama yang berasal dari Alor Setar, termasuk diri saya sendiri, tahu tentang keluarga Tan Sri Khir Johari yang tinggal di tempat yang sama. 

“Beliau telah berkahwin dengan Puan Sri Kalsom Abdul Rahman (Che Tom) pada tahun 1943 dan mempunyai 7 orang anak. Selepas Che Tom meninggal dunia pada 20 September 1994, Tan Sri Khir kemudian berkahwin dengan Puan Seri Christine Lim pada Februari 1998. 

“Puan Seri Christine adalah seorang janda dan beliau mempunyai dua orang anak daripada perkahwinannya sebelum ini dengan seorang Cina. Salah seorang daripada anaknya diberi nama Zairil Khir Johari, nama Islam, mengambil nama suami barunya. 

“Zairil berusia 13 apabila ibunya berkahwin dengan Tan Sri Khir. Ini memberitahu kita bahawa Zairi adalah seratus peratus Cina. Tan Sri Khir meninggal dunia pada tahun 2006 apabila Zairil berusia 23 tahun, ketika sedang belajar di luar negara,” dedah blog tunkuaisha. - AIDCNews


Realitinya DAP akan terus cuba untuk memperbodohkan orang Melayu agar parti Chauvenist ini dapat diterima oleh orang Melayu dan melayakkan DAP untuk mentadbir negara kelak atas ehsan dan undi orang Melayu. Mungkin ada yang sudah sedar permainan DAP namun banyak lagi sebenarnya orang Melayu yang tidak peka dalam pekara ini. Harapan saya agar orang Melayu sampai menyampai bahawa DAP adalah musuh Islam dan juga orang Melayu.

- Malay Rights

Friday, October 4, 2013

Status Melayu Zairil Terus Dipertikai


AIDCNews -02/10/13 – Kemenangan Zairil Khir Johari di tangga ke-12 yang diwar-warkan sebagai calon Melayu tunggal dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) di Petaling Jaya Ahad lalu dipertikaikan ramai pihak.
“Isunya tentang status sebenar Zairil Khir Johari sebagai orang Melayu sejati, kerana sebelum ini ada pertikaian bahawa Zairil sebenarnya adalah seorang Cina dan nama itu diperolehi apabila dia masuk Islam setelah ibunya, Puan Sri Cristine Lim Abdullah, berkahwin dengan bekas Menteri UMNO, Tan Sri Khir Johari pada 1996.
“Malangnya, Zairil tidak pernah mengesahkan atau menafikan perkara tersebut. Itulah masalahnya sekarang. Sepatutnya Zairil tampil menjelaskan status dirinya yang sebenar sama ada memang seorang Melayu (hasil perkongsian hidup ibunya dengan Khir Johari) ataupun Cina.
“Kita tahu, ibu Zairil menikah dengan Khir Johari pada 1996 (ketika Zairil sudah berusia 12 tahun), tapi itu tidak bermaksud Zairil bukan anak Khir Johari. Mempunyai anak ini bukan ditentukan dengan bernikah atau tidak,” kata blog negarapakatanrakyat.
Menurut blog itu dalam portal rasmi Parlimen Malaysia, nama Zairil ditulis sebagai Zairil Khir Johari sahaja tanpa menyatakan nama bapanya.
“Justeru itu, wajiblah Zairil Khir Johari menjelas statusnya yang sebenar kepada rakyat, supaya rakyat akan bertambah yakin bahawa DAP ini tidak meminggirkan orang Melayu seperti dibuktikan dengan kemenangan selesa Zairil,” katanya lagi. kh
mynewshub.my turut melontarkan komentar berkenaan status Zairil.
“Jika kita mencari maklumat mengenai Zairil di internet, kita pasti akan terjumpa salah satu wawancaranya di mana beliau bangga memberitahu dunia bagaimana bapa tirinya, arwah Tan Sri Khir Johari juga merasa ‘kurang sesuai’ dengan cara Melayu dan lebih ‘senang’ dengan budaya dan cara hidup Cina.
“Hakikat bahawa Zairil mendedahkan perkara ini menunjukkan bahawa Zairil juga tidak suka dengan cara Melayu. Ini tentulah tidak mengejutkan kerana beliau langsung tidak punya darah Melayu malah lahir juga di Hawaii. Hanya setelah berusia belasan tahun maka ibunya berkahwin dengan seorang Melayu yang turut ‘tidak suka’ menjadi Melayu.
“Justeru, tiada apa-apa yang Melayu mengenai Zairil melainkan nama yang digunakannya. Sekali gus membuktikan bahawa tindakannya mempromosi dirinya sebagai Melayu mempunyai motif yang licik dan jahat,” komennya.
(terimakasih sumber:http://www.anwaraidc.com/?p=39576)

Sunday, June 16, 2013

EKSKLUSIF @ AKJr : JOM BONGKAR LAGI.. RED BEAN ARMY!!!


Kewujudan Red Bean Army, iaitu tentera siber DAP bukan lagi satu rahsia. Jika sebelum ini ramai yang musykil dengan jumlah komen menyokong dan ‘like’ bagi sesuatu bahan yang menentang kerajaan di internet tetapi segala kemusykilan terjawab apabila seorang bekas pemimpin muda DAP sendiri mendedahkan akan kewujudan Red Bean Army ini.

Menurut Shen Yee Aun, Red Bean Army berjumlah sehingga 2000-3000 orang dan dibayar dari RM3000-RM8000 seorang. Masing-masing mempunyai sehingga 20-50 akaun laman sosial dan beroperasi di beberapa tempat dengan dua pejabat utama di Komtar Pulau Pinang dan Hotel Concorde Kuala Lumpur.

DAP, bagaimanapun menafikan kewujudan tentera ini.

Malah, Lim Kit Siang dalam blognya juga turut memberi perhatian kepada isu ini dan mempersoalkan kebijaksanaan Dato’ Seri Zahid Hamidi yang membuat kenyataan mengenai Red Bean Army DAP. Kata Lim Kit Siang, mana mungkin DAP membelanjakan sejumlah of RM15 sebulan, atau RM180 juta setahun atau RM1.08 billion untuk keseluruhan enam tahun kewujudan Red Bean Army.

Mungkin jumlah itu kelihatan terlalu tinggi untuk ‘dihadamkan’ oleh logik akal kita. Tetapi, kita wajar memahami akan pentingnya pilihanraya ke-13 untuk DAP. Malah, ia terlalu penting sehinggakan mereka tidak mampu menyembunyikan campurtangan PAP Singapura bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat. Slogan yang dilaungkan mereka yang berbunyi ‘Ini Kalilah’ sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka telah mencagarkan segala-galanya untuk PRU kali ini.

Maka tidak hairanlah kenapa kaum Cina sanggup turun berdemonstrasi dalam Himpunan 505 sedangkan selama ini kerja berdemonstrasi ini hanya diletakkan di atas bahu PAS. Jelas, DAP benar-benar terkilan dan kecewa kerana gagal memenangi PRU-13 walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh menambah dan menukar pengundi di kawasan-kawasan ‘strategik’.

Oleh itu, DAP masih mengharap yang Anwar akan mampu merampas kuasa dari BN melalui apa cara sekali pun.

Namun, cita-cita DAP semakin sukar untuk dicapai dengan pendedahan mengenai Red Bean Army. Kini, rakyat tahu bahawa berpuluh-puluh ribu komen dan ‘like’ terhadap bahan yang menghentam kerajaan sebenarnya hanya mewakili lebih kurang 2,000 – 3,000 orang sahaja. Justeru, segala propaganda mereka semakin kurang menyengat.

Lebih buruk lagi, apabila Red Bean Army dibuktikan bukan sahaja sebagai samseng tetapi juga penipu tegar. Mereka menipu dan terus menipu tanpa malu, walaupun penipuan mereka telah dibongkarkan berkali-kali.

Penipuan yang melampau dan tidak tahu berhenti bila sudah terkantoi membuktikan yang Red Bean Army bukanlah sekumpulan tentera yang bijak. Perlahan-lahan Red Bean Army kini menjadi liabiliti kepada DAP di mana setiap bahan yang digembar-gemburkan mereka mula diragui oleh penyokong mereka sendiri. Malah, ada juga dari kalangan pemimpin DAP sendiri yang bangun menangkis pembohongan mereka, contohnya dalam isu ‘blackout’.

Lim Kit Siang boleh terus menafi dan menipu, namun rakyat tahu bahawa tiada apa yang dapat seorang penipu lakukan untuk menyelamatkan diri selain terus menipu. Dan Kit Siang memilih untuk terus menipu kononnya Red Bean Army tidak wujud. Pelik sekali kerana Kit Siang tidak pula menghentam Shen Yee Aun, iaitu sumber asal maklumat mengenai Red Bean Army. Sebaliknya, beliau hanya menghentam Dato’ Seri Zahid Hamidi.

Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh mengesahkan kewujudan tentera bodoh ini jika benar-benar peka dengan aktiviti-aktiviti yang berlaku di internet, terutama laman-laman sosial.

Bayangkan bagaimana satu bahan yang mengutuk kerajaan boleh mendapat ‘like’ sehingga lebih 50,000 dalam masa sejam? Dan bagaimana satu artikel di Malaysiakini boleh menerima beratus-ratus komen dalam masa tidak sampai sejam dengan semua akaun pemberi komen tidak mempunyai ‘wajah’?

Justeru, sebelum Lim Kit Siang mempersoal kebijaksanaan Dato’ Seri Zahid Hamidi, lebih baik beliau sendiri mempersoalkan kebijaksanaan beliau sendiri. Apakah jenis pemimpin yang menghabiskan jutaan ringgit untuk membayar tentera yang kurang bijak? Apakah jenis pemimpin yang berjuang dengan cara samseng dan menipu?

Kini, terbukti berjuta-juta ringgit yang dilaburkan DAP dan PAP sudah pun lebur. Red Bean Army sudah pun terdedah. Penipuan mereka juga sudah terkantoi. Hari ini, tentera ini terpaksa ke hulu ke hilir mengikut Anwar ke himpunan-himpunan haram.

Agak-agak Kit Siang, siapa yang bijak, siapa yang bodoh?

Wednesday, June 5, 2013

Red Bean Army Lebih Bahaya Daripada Pengganas Komunis


By Sungai Rapat on Sunday, June 2, 2013 


Red Bean Army sebenarnya lebih merbahaya daripada pengganas komunis yang mengganas di Malaysia suatu ketika dahulu.

Strategi RBA lebih memfokuskan kepada penjajahan minda secara halus dikalangan orang Melayu terutamanya anak muda agar membenci kerajaan pimpinan orang Melayu.

Kerajaan sewajarnya mengambil tindakan segera bagi membenteras jenayah terancang ciptaan cina DAP ini agar minda masyarakat orang muda Melayu tidak dimanipulasikan.

Menurut seorang bekas ahli DAP beliau mula mengikuti laman sosial Red Bean Army sejak enam bulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 berkata, tentera siber itu akhir-akhir ini lebih berani menonjolkan identiti dengan meletakkan gambar kacang merah di laman sosial terutama selepas pengikutnya semakin bertambah.

"Berdasarkan pembacaan menerusi laman sosial mereka, tenteranya berada di seluruh dunia. Mereka terdiri daripada golongan muda dan kebanyakannya berumur 40 tahun ke atas. Paling penting, matlamat Red Bean Army adalahmenjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) walau dengan apa cara sekalipun.


 

Rangkaian laman sosial mereka sangat meluas. Kaedah mereka sebarkan maklumat juga cukup sempurna dan proaktif. Apa sahaja isu yang baru mendapat liputan media terutama melibatkan BN pasti disebarkan dengan pantas dan diputar-belitkan.


Semalam Utusan Malaysia melaporkan polis telah mengenal pasti sebanyak 30 individu yang bertanggungjawab merancang menggulingkan kerajaan menerusi pergerakan Red Bean Army.

Kebanyakan laman sosial yang dimiliki Red Bean Army menggunakan bahasa Mandarin selain bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi.

Seorang lagi bekas ahli DAP mengatakan beliau yang mengetahui perkara itu menerusi pemerhatian di laman Facebook 'We Fully Support PKR' dan 'Hew Kuan Yau' mendapati, komen-komen mereka mula ke arah memberi amaran sesama sendiri supaya tidak membongkar identiti ahli mereka sekiranya ditahan pihak berkuasa.

"Ada antara mereka sudah mula mengalih haluan termasuk menghentam rakan-rakan mereka yang telah dihubungi polis. Mereka mahu dilihat seolah-olah tiada kaitan dengan individu-individu yang dikenal pasti pihak berkuasa.

"Contohnya, seorang tentera mereka yang menggunakan nama 'Sam Chen' dalam Facebooknya meminta rakan-rakannya menghentikan tindakan menghentam sesama mereka termasuk tidak menjadikannya sasaran," katanya.

Menurut beliau, Sam Chen sebelum itu menulis di laman Facebooknya: "Telah dihubungi oleh cawangan khas polis bagi menjawab beberapa soalan dan turut mencapai persetujuan melalui perbualan itu."

Menurut Kevin, Sam Chen turut memberitahu polis yang menghubunginya bertindak sopan dan terlebih dahulu memberitahu tujuan panggilan tersebut menyebabkannya bersetuju bekerjasama namun menegaskan tidak akan membongkarkan identiti sesiapa pun dalam kalangan mereka.

Tambahnya, seorang lagi tentera Red Bean Army yang menggunakan nama 'Medoli Siang' mendedahkan menjadi 'terkenal' selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjemputnya 'minum teh' yang bermaksud disoal siasat.

Selain itu, tambah beliau, seorang lagi tentera siber pembangkang, 'Woodstock Lee' menerusi Facebooknya dengan lantang mengaku salah seorang tentera Red Bean Army dan mencabar pihak berkuasa menangkapnya.

Red Bean Army sentiasa meletakkan gambar orang Melayu yang menyokong cina DAP supaya dapat mempengaruhi anak muda Melayu yang lain.


Kerajaan sewajarnya menggunakan segala undang-undang yang ada untuk mendakwa mereka di mahkamah supaya rakyat tidak terancam dengan perbuatan mereka.

IDENTITI RED BEAN ARMY DAP MULA DIKENAL PASTI...!!!





Red Bean Army mula kepanasan dan satu persatu mula menghilangkan diri dari alam siber sekarang ni kerana diburu sehingga kelubang cacing.

Mengikut kata Bapa 13 Mei yang mengakui mempunyai angkatan pemfitnah tidak hairan dengan berita ni, kerana kita tahu Bapa 13 Mei ni sungguh licik dan bijak mengendali tentera merahnya untuk tidak dikesan dengan semudahnya.

Walaubagaimanapun mereka ni semuanya manusia, sudah pasti ada kesilapan yang akan membuat mereka tertangkap jua. Red Bean Army DAP ni ditubuhkan untuk memecah-belahkan antara satu sama lain.

Melaga-lagakan diantara Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR untuk meningkatkan lagi kemarahan agar bertengkar sesama sendiri. Banyak yang tak sedar akan akaun2 palsu mereka yang sering menggunakan profile gambar Melayu dan nama Melayu tetapi memaki hamun bangsa Melayu sendiri dengan perkataan lucah dan penghinaan yang begitu teruk sekali.


Pengasas sebuah syarikat elektronik Taiwan yang merupakan rakyat Malaysia (kanan) dilihat bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika berkempen dalam PRU-13 lalu. Gambar ini pernah disiarkan dalam portal propembangkang Malaysiakini
KUALA LUMPUR 31 Mei - Polis telah mengenal pasti identiti beberapa individu yang bertanggungjawab merancang menggulingkan kerajaan menerusi pergerakan pasukan tentera siber Red Bean Army.

Menurut sumber, sebanyak 30 individu telah dikesan menjadi orang upahan pihak pembangkang untuk melancarkan serangan ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi blog, laman sosial dan YouTube.

"Identiti lima atau enam daripada jumlah itu telah dikenal pasti sejak lebih seminggu lalu dan pasukan keselamatan percaya akan menangkap mereka dalam tempoh terdekat untuk menghapuskan kegiatan kumpulan ini yang diwujudkan bertujuan memburuk-burukkan kerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sumber berkata, walaupun pada awalnya beratus-ratus akaun Facebook dikesan menjalankan kegiatan itu sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia, tetapi siasatan polis mendapati itu hanya akaun palsu yang dimiliki oleh 30 individu yang terlibat.

Red Bean Army difahamkan bergerak secara siber yang mempunyai misi menggulingkan kerajaan dengan dibantu oleh pihak tertentu dalam memberi dana dan bantuan kepada mereka.

Untuk rekod, sebelum ini akhbar melaporkan berita mengenai Red Bean Army adalah tentera siber yang dipercayai ditaja oleh DAP yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mesra BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube bagi membangkitkan kebencian pengundi Cina.

Selain itu, Red Bean Army didakwa ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang diberi latihan oleh DAP serta dibayar gaji tetap 
sebanyak RM3,000 sebulan sejak enam tahun lalu. 

(terimakasih sumber:http://rakyattranung.blogspot.com/2013/06/10-info-sulit-red-bean-army-terbongkar.html)

Saturday, May 11, 2013

'RED Bean ARMY' dan TAKTIKAL mereka yang anda perlu TAHU jika mahu NEGARA ini KEKAL seperti sebelum ini..


SATURDAY, MAY 11, 2013



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Err.. RASAnya kalau kita menyentuh padal 'RED Bean ARMY', ianya TIDAK perlu diLIHAT sebagai RASIS bukan? Ye la.. Pihak berKUASA sendiri bukannya mahu menyiasat siapakah 'RED Bean ARMY' ini dan apakah DAKYAH serta FITNAH yang diTABURkan oleh mereka.. Almaklumlah, ada jugak di kalangan pihak berKUASA pun boleh diKATAkan 'KAKI' jugak kepada 'RED Bean ARMY' ini.. Sebab itulah 'RED Bean ARMY' ini KONFIDEN aje menabur FITNAH.. Apa pun, apa KATA kita pakat-pakat SELIDIK bagaimanakah 'RED Bean ARMY' ini mengatur MODUS operandi untuk MENIPU terUTAMAnya KAUM Melayu/ISLAM!
'RED Bean ARMY' ini sebenarnya bukan BARU diTUBUHkan.. Dah LAMA dah.. Boleh diKATAkan selepas PRU-12 dulu lagi.. Antara PUNCA penubuhannya terMASUKlah keGAGALan Penasihat PKR menubuhkan kerajaan '30 September'nya untuk menarik 30 orang MP UMNO/BN ke dalam PR.. KeGAGALan ini menyebabkan PARTI DAP La'anatullah yang menaja 'RED Bean ARMY' ini meRASAkan mereka perlu meWUJUDkan sebuah agensi PROPAGANDA ala-ala KOMUNIS di China untuk menyebarkan DAKYAH dan pemBOHONGan bagi menDAPATkan KUASA..SASARANnya tentulah KAUM 'AH-Beng' dan golongan MUDA yang berkeLULUSan di atas KERTAS untuk diPENGARUHi oleh mereka..

Sepanjang 5 TAHUN ini, 'RED Bean ARMY' sebenarnya telah BANYAK meLAKUkan perkara-perkara seperti berikut.. 

1) MeLAKUkan KAJI SELIDIK untuk meNILAI PERSEPI KAUM Melayu/ISLAM terhadap PR dan DAP La'anatullah..

2) MeLAKUkan KAJI SELIDIK untuk meNILAI PERSEPSI golongan MUDA berBILANG KAUM terhadap PR..

3) Mengumpulkan GAMBAR-GAMBAR dan MAKLUMAT yang akan diputar-BELITkan khusus untuk PRU-13..

4) Memasang 'KAKI' seorang DUA di mana-mana ORGANISASI kerajaan, GLC dan PARTI LAWAN untuk mengutip MAKLUMAT-MAKLUMAT SULIT..

5) Mengenal pasti POPULASI KAUM dan 'DEMAND' mengikut KAUM di sesebuah kawasan pilihanraya seluruh NEGARA..

KeSEMUA perkara-perkara di atas bertujuan untuk mengumpulkan MAKLUMAT dan mengkaji ASPEK keLEMAHan di pihak LAWAN.. Setelah itu, mereka akan membuat RUMUSAN dan menyenaraikan TINDAKAN yang perlu diLAKUkan mengikut FASA seperti sebelum dan selepas pemBUBARan PARLIMEN.. Ini penting agar 'TIMING' PROPAGANDA tersebut sesuai dengan SENTIMEN RAKYAT pada MASA itu.. PROPAGANDA tersebut akan diMAINkan seMAKSIMUM mungkin!

PengGUNAan MEDIA sosial di INTERNET seperti FACEBOOK dan TWITTER ialah satu keMESTIan untuk penyebaran PROPAGANDA mereka.. Tatkala para pengguna FACEBOOK KAUM Melayu/ISLAM lebih SUKA menyebarkan GOSSIP atau pun 'SHARE' pasal keAGAMAan, 'RED Bean ARMY' pulak menyebarkan PROPAGANDA mereka dalam BAHASA KAUM 'AH-Beng' untuk mengelakkannya daripada diFAHAMi oleh pihak berKUASA.. TAHUkah anda bahawa berBEZA dengan UMB UMNO/BN, 'RED Bean ARMY' mengUTAMAkan FACEBOOK, TWITTER dan FORUM di INTERNET berBANDING BLOG kerana OBJEKTIF mereka ialah untuk menyampaikan MESEJ secara ringkas dan dapat tersebar secara meluas?

Antara kandungan PROPAGANDA yang disebarkan seMAKSIMUM mungkin ialah berKAITAN dengan perkara seperti:-

1) PENIPUan bahawa KONONnya KAUM 'AH-Beng' ini sering diTINDAS dalam segala bentuk keHIDUPan di NEGARA ini..

2) MeMAKSIMUMkan SENTIMEN tentang TUDUHan RASUAH terhadap pihak LAWAN dan meMINIMUMkan keKORUPan mereka sendiri seperti keGAGALan pemilihan PARTI akibat terSALAH kira pada 'EXCEL Sheet'!

3) MemBERIkan GAMBARan bahawa golongan MUDA KAUM lain jugak turut terPENGARUH dengan kePIMPINan PARTI DAP La'anatullah..

4) Menuduh Kerajaan UMNO/BN mengamalkan KRONISME dengan merujuk kepada seorang BILIONAIR Melayu/ISLAM seperti TS Syed Mokhtar AL-BUKHARY tetapi menyembunyikan FAKTA tentang 10 orang BILIONAIR dari KAUM mereka!

5) Menekankan kePENTINGan PLURALISME dalam ELEMEN keAGAMAan dengan mengGAMBARkan KONONnya penganut AGAMA selain ISLAM ini diTINDAS..   

6) MengGAMBARkan bahawa Kerajaan UMNO/BN menambah keRAKYATan umat ISLAM melalui 'PROJEK IC' tetapi menyembunyikan FAKTA tentang semakin RAMAI pemegang PAS lawatan SOSIAL dari BENUA China yang 'LESAP' di NEGARA ini secara tiba-tiba..

Bagi 'RED Bean ARMY' segala norma-norma keHIDUPan yang WUJUD sejak NEGARA ini MERDEKA perlu dilenyapkan demi meNAIKkan DAP La'anatullah ke puncak KUASA walaupun berKUASA secara PROKSI di dalam Pakatan RAKYAT..Sebab itulah SASARan 'RED Bean ARMY' ini ialah 'PRODUK' daripada sekolah VERNAKULAR, Lebai-Lebai DUNGU PAS peMAKAN GAJI BUTA dan golongan Melayu/ISLAM yang berOTAK LEMBAB seperti MAHASISWA 'DROP' yang BODOH dalam PELAJARan tapi berANGAN nak HIDUP SENANG tanpa perlu beKERJA..

Seperti mana KOMUNIS, secara TAKTIKALnya mereka HEBAT menyebarkan PROPAGANDA sebegini.. Namun, mereka jugak SEDAR bahawa mereka pasti TUMPAS jika TAKTIKAL mereka ini diGUNAkan untuk berlawan secara 'FACE to FACE'.. Mereka menunggu 'TIMING' di mana Kerajaan UMNO/BN diLALAIkan oleh 'KAKI-KAKI' mereka yang diPASANG di dalam AGENSI-AGENSI kerajaan dan GLC sebelum meLAKUkan SERANGan secara BESAR-BESARan.. Anda jugak tentunya dah TAHU bahawa 'TIMING' tersebut diTAKDIRkan kena pulak dengan MASA PRU-13.. Jadik inilah MASA terBAIK untuk mereka menDEDAHkan MUKA sebenar mereka tanpa perlu TAKUTkan TINDAK balas terhadap pemBOHONGan mereka..

KITA AKAN CERITAKAN PULAK TAKTIKAL 'RED BEAN ARMY' SEMASA PRU-13 DALAM 'POSTING' BERIKUTNYA..

Wallahualam..

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? 

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''. 
Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''
Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

Saturday, May 4, 2013

Video Sulit Untuk 18 Tahun Keatas



SATURDAY, MAY 4, 2013


SEBARKAN VIDEO INI


Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

ANWAR AL JUBURI HARUS BERTAUBAT

BONGKAR! 10 Kata-kata Kit Siang Yang Mencetus 13 Mei 1969! Melayu Tak Kan Lupa.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=600236499988596&set=a.593294530682793.1073741828.589467731065473&type=1

Di bawah adalah ayat-ayat cercaan Lim Kit Siang, ahli-ahli DAP dan Gerakan sewaktu berarak meraikan kemenangan mereka di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969 yang dipetik daripada Laporan MAGERAN..

1. Menggunakan slogan “Malai-Si” yang membawa maksud “Mati Melayu”.
2. “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” – 11 Mei, Jalan Bukit Bintang.

3. “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”– 11 Mei, Jalan Bukit Bintang.

4. “KL sekarang cina punya” – 11 Mei, Jalan Changkat Dollah.

5. “Melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.” – 12 Mei, Jalan Tunku Abdul Rahman.
6. “Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…” – 12 Mei, Jalan Khir Kampung Baru.

7. “… semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.” – 12 Mei, depan Balai Polis Jalan Pudu.

8. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….” – 12 Mei.

9. “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…” – 12 Mei, Jalan Canvel.

10. “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.” – 12 Mei Jalan Bukit Bintang.

Kerana provokasi-provokasi yang didalangi oleh Lim Kit Siang inilah dikatakan telah menyebabkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 dahulu. Jika dilihat pada kenyataan-kenyataan itu, padanlah ramai pemimpin-pemimpin DAP yang sensitif dan mahu menutup sejarah ini serapat-rapatnya. Contoh Filem Tanda Putera di tentang habis-habisan oleh penyokong2 tegar DAP.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=600236499988596&set=a.593294530682793.1073741828.589467731065473&type=1