Showing posts with label utusan. Show all posts
Showing posts with label utusan. Show all posts

Saturday, February 11, 2012

Rakyat bimbang prospek pekerjaan :arkib utusan 09.02.2012



KUALA LUMPUR 8 Feb. – Kebimbangan terhadap prospek pekerjaan menjadi isu utama dalam kalangan rakyat Malaysia mengatasi kerisauan terhadap kenaikan harga makanan dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.

Isu kenaikan harga makanan berada di tangga ketiga selepas kebimbangan terhadap kedudukan kewangan peribadi, demikian menurut kajian yang dilakukan oleh Nielsen Malaysia.

Pengarah Urusan Nielsen Malaysia, Kow Kuan Hua berkata, di sebalik pertumbuhan ekonomi melepasi jangkaan iaitu 5.8 peratus pada suku ketiga, pengguna masih tidak pasti tentang kesan projek-projek yang dijalankan kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan keupayaan perbelanjaan swasta menepis tekanan faktor luaran.

‘‘Walaupun pakar-pakar ekonomi telah melakukan semakan menaik terhadap unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2011, pengguna di negara ini masih bimbang sama ada kadar pertumbuhan eksport berorientasikan pengeluaran bakal terus meningkat ketika keadaan ekonomi sejagat yang terus mencabar,’’ kata beliau.

Pemerhatian itu diperoleh menerusi Kajian Keyakinan Pengguna Dalam Talian Global Nielsen yang dilakukan pada 23 November sehingga 9 Disember tahun lalu melibatkan 28,000 pengguna dalam talian di 56 negara di seluruh dunia.

Kuan Hua berkata, keyakinan terhadap prospek pekerjaan tempatan dan kewangan peribadi masih tidak berubah dan kekal di tangga kedua dengan 64 peratus daripada responden menyifatkan prospek pekerjaan mereka adalah cemerlang ataupun bagus dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Malaysia kekal di tangga ketujuh di antara 56 negara yang mana penggunanya mempunyai prospek pekerjaan yang optimis.

Kuan Hua berkata, meskipun kuasa beli meningkat satu peratus, tetapi responden yang menyatakan bahawa 12 bulan akan datang adalah bukan waktu yang tepat untuk membuat pembelian telah meningkat lebih tinggi iaitu tiga peratus.

Ini menunjukkan 85 peratus daripada pengguna telah menukar cara berbelanja bagi menjimatkan pendapatan isi rumah berbanding suku sebelumnya, katanya.

Di antara langkah yang diambil pengguna untuk menjimatkan pendapatan isi rumah adalah dengan mengurangkan pembelian pakaian baharu, mengurangkan hiburan di luar rumah, menjimatkan penggunaan gas dan elektrik, menukar jenama barangan runcit yang biasa digunakan serta mengurangkan penggunaan telefon.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm)

Tuesday, October 25, 2011

Laporan audit dedah LPKP ambil masa lebih 700 hari selesai kes, aduan



KUALA LUMPUR 24 Okt. – Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan ada kes tangkapan dan aduan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengambil masa lebih 700 hari untuk diselesaikan.

Menurut laporan itu, tempoh tersebut bermula dari tarikh tangkapan sehingga tindakan amaran, pembayaran kompaun, penggantungan atau pembatalan lesen yang boleh diselesaikan dalam masa sehari.

Perkara tersebut dikesan menerusi semakan terhadap 486 kes tangkapan dari tahun 2008 hingga Mei 2010, menurut laporan itu yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, semakan juga mendapati LPKP mengambil masa antara 41 hingga 756 hari untuk menyelesaikan 123 daripada 257 aduan, yang mana bertentangan dengan piagam organisasi iaitu 30 hari bagi urusan pengendalian aduan.

Jabatan Audit Negara turut mendapati ada kelemahan lain dalam LPKP seperti tidak mengambil tindakan pendakwaan, prosedur kerja penguatkuasaan tidak dipatuhi dan pengurusan fail serta dokumen yang tidak teratur.

Sehubungan itu, jabatan tersebut mengesyorkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang ditubuhkan 31 Januari lepas bagi menggantikan LPKP di Semenanjung Malaysia, memperbaiki kelemahan LPKP tersebut bagi memastikan penguatkuasaan dan pengurusan yang cekap dan teratur. — BERNAMA

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1025&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm)

Adab menggunakan Facebook dan rangkaian sosial


ARKIB UTUSAN : 13/10/2011

YOSRI ABU MAHSIN
Putrajaya

1.0 PENINGKATAN penggunaan Facebook atau 'buku muka' di kalangan rakyat Malaysia begitu mendadak.

2.0 Ia begitu ketara di kalangan remaja dan orang muda yang menganggap laman sosial itu suatu wacana baharu bagi meningkatkan jaringan komunikasi dan interaksi bersama rakan-rakan mereka merentasi sempadan antarabangsa.

3.0 Ketiadaan akaun laman Facebook dianggap ketinggalan dalam arus perdana teknologi maklumat serta dianggap ketinggalan zaman.

4.0 Kajian mendapati golongan remaja di negara ini menggunakan masa selama 19 jam seminggu bagi melayari Internet.

5.0 Setiap hari akaun Facebook dikemas kini dan kegiatan mereka dimasukkan seperti makan lempeng di kedai mamak atau bertugas menjadi juruacara di hotel terkemuka dan menyampaikan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang tolong jemputkan emaknya di lapangan terbang.

6.0 Melalui maklumat tersebut segala pergerakan dapat didedahkan kepada orang ramai.

7.0 Sejak akhir-akhir ini terdapat individu yang cuba menodai laman tersebut apabila memuat naik status yang tidak sepatutnya dipaparkan kepada masyarakat umum serta rakan-rakan Facebook yang ramai.

Sebagai suatu contoh terdapat dalam kalangan suami isteri yang menggunakan laman tersebut untuk menyatakan kesetiaan kasih sayang hingga pengguna lain meluat membaca statusnya.

8.0 Keadaan akan menjadi lebih kritikal lagi apabila mereka turut menyatakan status masing-masing semasa mengalami krisis rumah tangga. Kisah pergaduhan caci-maki dimuatkan dalam Facebook masing-masing dan menjadi tatapan umum pula.

Justeru apabila keaiban sesama sendiri turut didedahkan dalam laman tersebut.

9.0 Penggiat Facebook, Norhasimah Mohd Noor dalam laman sosialnya turut menasihatkan pengguna Facebook terutama kaum wanita muslim mendapat izin suami sebelum menarima rakan-rakan lelaki. Ia bagi mengelak kecelaruan hubungan rumah tangga.

10.0 Pada pandangan saya bahawa teknologi maklumat dan Internet sememangnya mempunyai kesan yang amat besar dalam kehidupan manusia jika ia dikendalikan dengan betul.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm)

Thursday, September 2, 2010

Demonstrasi 'cari makan'

Demonstrasi 'cari makan'

JAKARTA 31 Ogos - Perkhidmatan penyediaan peserta demonstrasi yang ditawarkan di kota raya besar ini telah muncul sebagai perniagaan luar biasa serta memberi peluang kepada penganggur meraih pendapatan dan pada masa sama menimba ilmu bagaimana berdemonstrasi secara tertib.

Pihak yang memerlukan peserta demonstrasi boleh membuat pesanan untuk pakej lengkap iaitu penunjuk perasaan terlatih, pengangkutan, pemidato, peralatan sistem bunyi, sepanduk dan kenyataan demonstrasi.

Pakej yang ditawarkan sebuah organisasi bagi membekalkan peserta demonstrasi terlatih di sini dikira berdasarkan bayaran untuk sebuah bas kecil yang boleh memuatkan 30 hingga 35 peserta, iaitu antara Rupiah 1.5 juta (RM522) hingga Rupiah 2 juta (RM696).

Untuk setiap aksi, seorang peserta boleh mendapat bayaran antara Rupiah 30,000 (RM10.45) hingga Rupiah 40,000 (RM13.90) dan sebungkus nasi campur.


Seorang pengelola perkhidmatan ini yang dikenali sebagai Aji Kusuma berkata, pakej yang ditawarkannya terdiri daripada peserta terlatih, namun ada pihak lain turut menawarkan peserta demonstrasi berbayar yang tidak terlatih, selain golongan mahasiswa.

"Anggota demo ini pemuda perkotaan, biasanya mereka yang menganggur tiada pekerjaan, kita ajak, cuba buat latihan supaya bila demo, mereka tidak kosong sangat tentang pemahaman isi demo itu.

"Biasanya kalau kita mahu melakukan aksi A, beberapa hari sebelum hari A, kita sudah melakukan diskusi. Bahawa kita ke A untuk ini dan ini, kita untuk itu dan itu, jadi, kalau di lapangan ditanya orang, mereka faham semua," katanya.

Beliau berkata biasanya, bahan-bahan taklimat untuk demonstrasi diperoleh daripada pihak yang membuat pesanan.

Aji berkata organisasinya mempunyai antara 20 hingga 30 peserta di setiap kampung di kampung-kampung di Jakarta dan peserta itu akan dikumpulkan bila ada pesanan untuk aksi demonstrasi.

Katanya, peserta demonstrasi yang paling ramai pernah beliau kumpulkan ialah 3,000 orang yang dibawa menggunakan 90 bas mini.

Beliau berkata tugas yang dilakukan peserta demonstrasi hanyalah beraksi di lapangan, dan pihaknya tidak mengambil tahu sama ada ia mendatangkan hasil atau tidak, kerana perkara itu adalah urusan pihak yang membuat pesanan.

Aji berkata idea mewujudkan perkhidmatan demonstrasi timbul daripada aksi demonstrasi sebenar yang diadakan secara besar-besaran oleh mahasiswa pada era reformasi.

Aksi demonstrasi itu kemudian berkembang kepada penggunaan peserta demonstrasi berbayar untuk tujuan tertentu, seperti menjatuhkan pemimpin politik.

"Di setiap momentum politik, akan selalu ada demo dengan peserta bayaran dan kita juga tak menyalahkan apa-apa dalam transisi demokrasi, mungkin ini harus dilalui juga," katanya.

Memandangkan ramai belia yang menganggur di Jakarta, beliau berkata pihaknya berusaha mengumpulkan mereka, memberi latihan selama beberapa hari di Puncak, Bogor berkaitan pengurusan demonstrasi, pidato, analisis dan latihan amali di lapangan.

Katanya, terdapat juga pasukan khas yang diberi latihan berkaitan reka bentuk komputer dan bahasa Inggeris bagi menyediakan sepanduk dan seumpamanya. - BERNAMA

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0901&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm)

Wednesday, August 18, 2010

Elak perang besar’

Elak perang besar’

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengesahkan tahu siapa dan parti politik mana yang terlibat dalam mewujudkan perlembagaan baru tetapi enggan mendedahkannya.

Beliau berkata, langkah itu bagi mengelakkan berlakunya ‘peperangan besar’ di negara ini.

“Saya tahu siapa, parti politik mana terlibat dalam menubuhkan perlembagaan baru itu. Tetapi saya tidak akan dedahkan, biarlah sekadar memberitahu terdapat kegiatan pihak tertentu untuk mewujudkan perlembagaan baru menggantikan Perlembagaan Persekutuan.

“Sekiranya didedahkan kesannya terlalu besar sehingga boleh mencetuskan peperangan besar di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Harussani mendedahkan terdapat kegiatan pihak tertentu mewujudkan ‘perlembagaan baru’ bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan dalam satu Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya, Ipoh, Perak.

Menurut beliau, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Mengulas lanjut, Harussani bagaimanapun berkata, beliau mungkin akan mendedahkan maklumat mengenai pihak yang terlibat sekiranya mendapat permintaan daripada kerajaan.

“Buat masa ini tiada pendedahan akan dibuat,” katanya.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0817&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm)

Monday, August 16, 2010

Kekalkan ekuiti 30%



Kekalkan ekuiti 30%

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa kerajaan mengekalkan hak ekuiti 30 peratus penyertaan bumiputera dalam semua sektor ekonomi negara.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, kerajaan tidak perlu tunduk dengan tuntutan Kongres Ekonomi Cina Malaysia yang mahu ekuiti bumiputera itu dikurangkan secara berperingkat-peringkat.

Sebaliknya kata beliau, kerajaan mesti terus kekal dengan keputusan pemilikan ekuiti tersebut seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan Model Baru Ekonomi (MBE).

"Perkasa mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tuntutan Kongres Ekonomi Cina Malaysia supaya kerajaan mengurangkan ekuiti pemilikan 30 peratus kaum bumiputera dalam semua sektor ekonomi secara berperingkat-peringkat.

"Tindakan ini bukan sahaja melampau malah mereka tidak berterima kasih kepada bumiputera yang selama ini telah banyak bertolak-ansur.

"Pemilikan ekuiti 30 peratus untuk bumiputera itu mewakili keseluruhan 67 peratus majoriti kaum bumiputera di negara ini dan ia tidak seharusnya dipersoalkan," katanya pada sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.

Kongres itu juga mahu kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelah dalam bidang perniagaan tempatan dapat dicapai.

Tuntutan itu adalah antara 12 deklarasi yang terkandung dan diluluskan pada kongres yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, sekiranya kerajaan meneruskan tuntutan Kongres Ekonomi Cina Malaysia itu maka kepentingan kaum bumiputera yang digariskan dalam RMK-10 dan MBE hanyalah retorik semata-mata.

Ekoran itu juga katanya, Perkasa dan sekretariat Majlis Perundingan Melayu (MPM) akan mengadakan sidang meja bulat tergempar bagi membincangkan secara terperinci mengenai isu berkenaan.

"Kita akan mengadakan persidangan meja bulat ini pada 29 Ogos bagi membincangkan agenda ekonomi bumiputera dan 12 perkara yang diluluskan oleh Kongres Ekonomi Cina Malaysia itu," katanya.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0816&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm)

Thursday, August 5, 2010

Fahami hak berpolitik

Fahami hak berpolitik

Oleh MUHAMMAD AFIFI ABDUL RAZAK

1.0 SUASANA politik hari ini di Malaysia nampaknya sedang 'subur' dan semakin bertambah baik. Kerajaan dilihat semakin telus. Kebebasan berpolitik dan hak untuk bersuara semakin diperluaskan. Sistem pilihan raya juga semakin 'bebas' yang memungkinkan mana-mana parti bertanding termasuk parti pembangkang boleh menang dengan majoriti besar, malah mampu menguasai beberapa negeri.

2.0 Ketika ini di Malaysia juga heboh mengenai perlunya kebebasan berpolitik dan hak untuk bersuara diperluaskan meliputi semua peringkat golongan dan lapisan masyarakat. Setakat ini, hanya guru tertentu sahaja dibenarkan berpolitik.

3.0 Pada masa yang sama juga, golongan pensyarah dan mahasiswa di universiti juga sedang melobi untuk dibenarkan berpolitik. Secara ringkasnya, semua orang di Malaysia, tidak kira latar belakang ataupun status, inginkan hak untuk berpolitik dan bersuara lebih daripada apa yang mereka peroleh sebelum ini.

4.0 Sememangnya, ini merupakan hak rakyat sebagaimana yang termaktub dalam kamus demokrasi yang kita semua sedia maklum. Secara umumnya, berpolitik tidak salah selagi mana ia dilakukan mengikut peraturan dan saluran yang betul.

5.0 Beberapa persoalan yang ingin dikemukakan di sini adalah bagaimana kalau keadaan ini menjadi politik yang keterlaluan (too much politicking)?

6.0 Apa yang akan berlaku kepada negara kalau semua orang sibuk hendak berpolitik? Apakah kita semua benar-benar faham makna politik itu sendiri sehingga tidak sabar dan 'terkinja-kinja' menuntut hak berpolitik?

7.0 Istilah politik secara umumnya merujuk kepada cara-cara untuk mengurus dan mentadbir negara serta hal ehwal berkaitan negara, termasuk mengurus masyarakat yang menjadi warga di negara tersebut.

8.0 Dalam sistem demokrasi, politik digunakan sebagai 'alat' oleh kerajaan dan rakyat untuk mendapat hak masing-masing. Kerajaan menggunakan politik sebagai 'alat' untuk mentadbir negara, manakala rakyat pula menggunakan politik sebagai 'alat' untuk mendapatkan hak mereka daripada kerajaan.

9.0 Jelasnya, penggunaan politik sebagai 'alat' oleh kerajaan dan rakyat boleh mewujudkan suasana keseimbangan dalam sesebuah negara.

10.0 Penggunaan politik sebagai 'alat' oleh kerajaan dan rakyat kadangkala boleh menjadi sesuatu yang bersifat ekstrem sekiranya ia dilakukan tanpa kawalan, peraturan dan prosedur yang betul.

11.0 Dalam konteks kerajaan misalnya, politik digunakan sebagai 'alat' yang bersifat 'memaksa' untuk tujuan kebaikan umum seperti menjaga kepentingan negara.

12.0 Penggunaan politik sebagai 'alat' oleh rakyat tanpa sebarang kawalan tertentu seringkali menjerumuskan negara ke dalam kancah konflik dan kacau bilau, meskipun ia dilakukan atas label unggul, seperti demokrasi dan kebebasan.

13.0 Sejarah telah membuktikan bagaimana penggunaan politik sebagai 'alat' oleh rakyat jelata atas nama demokrasi dan kebebasan ini sebenarnya tidak membawa kepada suasana aman untuk jangka masa panjang.

14.0 Di negara-negara di mana pemerintahan kerajaan dibentuk dengan cara ini akan sentiasa menghadapi keadaan ketidakstabilan politik, walaupun dari segi ekonominya ia kelihatan seolah-olah sebuah negara maju hanya kerana mengamalkan kebebasan politik sepenuhnya.

15.0 Hakikatnya, di kebanyakan negara maju di Barat, politik dan ekonomi tidak dikuasai oleh kerajaan yang memerintah sepenuhnya, sebaliknya, dikuasai oleh segelintir golongan 'kaya' yang menguasai ekonomi dan sistem kewangan di negara tersebut.

16.0 Mereka inilah sebenarnya yang bertanggungjawab membuat percaturan politik di negara yang mereka sendiri diami.

17.0 Antara contoh negara-negara seperti ini ialah Itali, Perancis, Jerman, Rusia, Britain, dan Amerika Syarikat. Jika kita meneliti di sebalik kejayaan negara-negara ini, kita akan dapat mengenal pasti siapa sebenarnya yang mendapat 'faedah' daripada segala amalan dan praktik liberalisasi politik dan ekonomi di negara-negara tersebut sejak sekian lama.

18.0 Dalam hal ini, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam ucapannya di Konvensyen UMNO sempena ulang tahun ke-50 (11 Mei 1996) berkata:

19.0 "Ramai yang kononnya menerima demokrasi sebagai sistem politik tetapi kerana tidak faham apa ia demokrasi, mereka telah menjadi mangsa demokrasi tanpa sedikit pun memperoleh manfaat."

20.0 Harus diingat juga bahawa demokrasi bukan agama Tuhan. Demokrasi adalah ciptaan manusia dan sudah tentu ia jauh daripada sempurna.

21.0 Bangsa-bangsa Barat cuba mendakwa bahawa demokrasi tidak cacat dan menganggapnya sebagai satu sistem yang tidak siapa boleh mempertikaikan atau mengubahnya.

22.0 Mereka mencipta slogan Vox populi, vox Dei iaitu suara ramai adalah suara Tuhan. Tetapi percayalah demokrasi bukan suara Tuhan dan jauh daripada sempurna, bahkan ia penuh dengan kecacatan yang boleh membinasakan pengamalnya dan menjadikan mereka mangsa kezaliman sistem demokrasi yang tidak kurang buruknya daripada kezaliman sistem feudal atau pun sistem diktator."

23.0 Jelas sekali, hak dan kebebasan berpolitik dalam kerangka demokrasi ini boleh memberi kesan negatif sekiranya ia dilaksanakan tanpa sebarang kawalan, peraturan dan prosedur yang betul.

24.0 Sungguhpun begitu, walaupun hak dan kebebasan berpolitik dilakukan mengikut peraturan, apakah jaminan yang boleh diberikan oleh 'pengamalnya' bahawa ia tidak akan sekali-kali menjadi ekstrem dan merosakkan negara?

25.0 Kita tidak payah meneropong jauh untuk mencari jawapan bagi persoalan ini kerana jawapan sebenarnya sudah tersedia dalam sejarah negara kita.

26.0 Kita tidak harus lupa bagaimana hak dan kebebasan berpolitik yang pernah wujud di negara kita sejurus selepas merdeka telah menjerumuskan negara kita dalam pelbagai konflik serius seperti peristiwa 13 Mei 1969, 'pemberontakan' mahasiswa di universiti-universiti tempatan di sekitar tahun 1970-an, rusuhan di Memali pada 1984, dan insiden 'reformasi' rakyat pada 1998.

27.0 Sehubungan itu, cadangan untuk membenarkan semua orang berpolitik, termasuk guru, pensyarah dan mahasiswa, dan mungkin juga selepas ini semua kakitangan awam daripada yang bergred rendah hingga ke gred JUSA perlu diteliti semula akan kewajarannya untuk jangkamasa panjang.

28.0 Perlu diingatkan, sebarang keputusan kerajaan berkaitan dengan isu ini adalah sesuatu yang bersifat 'dasar', dan apabila ia diputuskan, ia sudah pun menjadi sebahagian daripada sejarah, dan sukar untuk 'ditarik balik'.

29.0 Rakyat akan berterusan membuat pelbagai tuntutan yang mungkin tidak munasabah langsung selepas ini hanya kerana keputusan serupa pernah dilakukan oleh kerajaan seperti termaktub di dalam sejarah negara.

30.0 Biarlah hal ehwal politik itu dijalankan oleh orang politik, manakala yang bukan betul-betul orang politik ataupun separa orang politik, eloklah fokus kepada kerjaya masing-masing.

31.0 Dalam suasana dunia era globalisasi yang sangat mencabar ini, agak sukar untuk berjaya dalam kerjaya yang bersifat 'dua alam', iaitu sebagai kakitangan awam, guru, pensyarah, mahasiswa dan berpolitik.

32.0 Dunia politik tidak sama dengan dunia guru di sekolah, dunia pensyarah serta dunia mahasiswa di universiti.

33.0 Politik mempunyai 'dunianya' yang tersendiri dan sesungguhnya sangat mencabar minda dan kudrat pengamalnya pada setiap masa.

Penulis ialah Pensyarah Program Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm)

Wednesday, August 4, 2010

Jangan cetuskan semula isu kalimah Allah - TPM


Jangan cetuskan semula isu kalimah Allah - TPM

PUTRAJAYA 3 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak supaya tidak mencetuskan semula isu berkaitan kalimah Allah yang masih dibicarakan di mahkamah.

Tegas Timbalan Perdana Menteri, tindakan mana-mana parti politik membincangkan isu tersebut secara terbuka boleh mencetuskan suasana yang boleh menghangatkan semula keadaan yang sudah sejuk.

Kata beliau, isu kalimah Allah perlu diselesaikan secara baik seperti mana pendekatan yang telah diambil oleh kerajaan agar keharmonian antara kaum di negara ini terus terpelihara.

"Kita sudah tahu apakah pendirian kerajaan, jadi sepatutnya parti-parti komponen pun akur supaya tidak menjadi punca yang akan menghangatkan semula isu ini. Hal-hal sebegini perlu diambil perhatian.

"Saya kurang pasti kenapa DAP dan MCA pendiriannya hampir sama dalam hal sebegini kerana kita tahu perkara itu sudah jadi satu perbincangan hangat dan mencetuskan keadaan yang tidak begitu sihat, jadi perkara ini perlu diselesaikan secara baik," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Belia kali pertama di sini hari ini.

Muhyiddin mengulas gesaan MCA dan DAP yang dilihat sepakat bersetuju supaya pengharaman penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan katolik, Herald ditarik balik.

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Loh Seng Kok dilaporkan berkata, MCA sependapat dengan DAP supaya kalimah Allah turut boleh digunakan oleh agama lain.

Kontroversi berhubung penggunaan kalimah Allah pernah menggemparkan negara apabila berlaku insiden menyerang gereja dan masjid.

Isu tersebut kembali reda apabila kerajaan memfailkan tuntutan di mahkamah supaya penggunaan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam.

Sehubungan itu, tegas Muhyiddin, komen-komen yang hendak dibuat perlu mengambil kira kepentingan umum daripada memikirkan soal kepentingan politik atau pentadbiran sesebuah pihak.

"Komen-komen yang dibuat secara terbuka ketika proses rayuan dan perbicaraan masih berjalan di mahkamah boleh dianggap sebagai subjudis," kata beliau.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm)

Thursday, July 29, 2010

Jutawan Jho Low bersama Paris Hilton


(gambar hiasan)

(gambar hiasan)

ARKIB : 20/07/2010
Jutawan Jho Low bersama Paris Hilton

KUALA LUMPUR 19 Julai – Selebriti terkenal, Paris Hilton dilaporkan bersama jutawan Malaysia, Taek Jho Low, 28, ketika ditahan polis di sebuah lapangan terbang di Corsica, Perancis kerana memiliki ganja dalam beg tangannya.

Majalah Ok! dalam laman webnya melaporkan, sebelum itu, Paris telah menghabiskan masa bersama jutawan itu di dalam sebuah bot mewah.

Sebelum ini, New York Times melaporkan Paris turut berada bersama Jho Low ketika jutawan itu menyambut hari jadinya yang ke-28.

Menurut akhbar itu, Jho Low sering berbelanja mewah di luar negara dan sanggup membelanjakan RM161,275 (AS$50,000) semalam untuk berhibur dan bergaul rapat dengan selebriti-selebriti Barat.

Antaranya dia dilaporkan menghadiahkan 200 botol arak berjenama berharga RM3,225 (AS$1,000) sebotol kepada pelakon Hollywood, Megan Fox serta menghabiskan RM516,080 (AS$160,000) dalam sehari di Avenue New York pada September lalu semasa Minggu Fesyen.

‘‘Lelaki gempal lulusan Sarjana Muda Sains Ekonomi dari Sekolah Perniagaan Wharton, Universiti Pennsylvania itu menjadi Penasihat Kumpulan dan Pengarah Bukan Eksekutif untuk sebuah bank terkemuka sejak 19 September 2008,’’ ujar akhbar itu.

Semalam, pelbagai agensi berita antarabangsa melaporkan kisah Paris bersama “personaliti yang dikatakan rapat dengan orang berpengaruh di Malaysia” itu ketika perjalanan dari Paris ke Porto Cervo di Sardinia.

New York Times pula melaporkan di Amerika Syarikat, Jho Low menyewa beberapa unit kondominium di Park Imperial di West 57th Street bersama beberapa kakitangan dan pengawal peribadi.

‘‘Harga sewa setiap unit untuk sebulan adalah RM322,550 (AS$100,000). Antara selebriti yang menjadi jirannya aktor Daniel Craig dan penyanyi, Sean Combs.

‘‘Di New York, dia akan bergerak dengan rombongannya menggunakan kenderaan Escalades,’’ jelasnya.

Akhbar itu juga melaporkan sambutan hari jadi jutawan muda itu yang ke-28 berlangsung selama empat hari di Caesar Palace di Las Vegas dengan dihadiri selebriti dan model terkenal.

Selain Paris, antara yang hadir Jamie Foxx dan Usher.

‘‘Purata perbelanjaannya di kelab malam Pink Elephant di New York hampir RM193,530 (AS$60,000) setiap malam yang dihabiskan dengan berbelanja minuman keras kesukaannya dikenali sebagai Crystal Champagne,’’ lapor akhbar itu lagi.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm)