Showing posts with label tsunami cina. Show all posts
Showing posts with label tsunami cina. Show all posts

Monday, May 13, 2013

Fakta PRU13 : Realiti Pengundi Cina Tolak BN.



E-mailPrint
alt

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Ahad lalu mencerminkan corak pengundian dari segenap sudut pandang.
Ianya turut dikejutkan dengan sokongan majoriti pengundi Cina dilihat bersatu menolak pembentukan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sungguhpun pelbagai faktor dan alasan sampingan diberikan, tiada pihak berkemampuan menidakkan faktor paling utama ini apabila 90 peratus pengundi Cina memberikan sokongan padu kepada gabungan kerjasama DAP, PKR dan PAS.

alt
Jadual keputusan PRU13 merujuk prestasi BN di peringkat Nasional.

Merujuk jadual di atas, hasil kajian berdasarkan jumlah kerusi BN mengikuti komposisi kaum cina di peringkat Nasional jelas menunjukkan peningkatan mendadak pengundi cina terhadap parti pembangkang.

Bagi kawasan minoriti pengundi cina (20% - 30%), BN memperolehi jumlah kerusi lebih tinggi bagi kawasan Parlimen dan DUN seluruh Negara. Sebaliknya, Pakatan Rakyat memonopoli majoriti jumlah pengundi yang sama bagi kawasan lebih dari 50%.

alt
Jadual keputusan PRU13 merujuk prestasi BN mengikut komposisi Negeri.

Corak pengundian Pakatan Rakyat juga dilihat sangsi apabila jelas menunjukkan perbezaan ketara kemenangan BN mengikut status jumlah pengundi kaum cina di peringkat Negeri.

Kawasan pengundi kurang 40% mempamerkan kekuatan pengundi Melayu dan India yang mentafsir tahap sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

alt
Jadual keputusan PRU13 merujuk prestasi BN mengikut komposisi Negeri.

Ianya turut memberi kekalahan teruk buat MCA dengan hanya memperoleh tujuh kerusi Parlimen daripada 37 kawasan yang ditandingi manakala GERAKAN memenangi satu kerusi Parlimen daripada 11 yang ditandingi.

Kedudukan itu jauh ketinggalan daripada 38 kerusi Parlimen yang diraih DAP hingga menjadikannya parti dominan dalam pakatan pembangkang berbanding PKR dengan 30 kerusi dan PAS dengan 21 kerusi.

alt
Jadual keputusan PRU13 merujuk prestasi BN mengikut komposisi Negeri.

Apakah corak pengundian itu tidak menunjukkan bahawa orang Cina dalam negara ini tidak menyokong gagasan 1Malaysia yang berterusan diperjuangkan Najib?

Ada juga penganalisis Cina memberi alasan bahawa sebagai suatu bangsa yang amat pragmatik mereka selalunya memberi sokongan kepada pihak yang mereka anggap akan menang dalam sesuatu pertarungan.
 

alt
Jadual keputusan PRU13 merujuk prestasi BN mengikut komposisi Negeri.

Apa pun alasan yang diberikan dalam menunjukkan pengundi Cina tidak bersikap perkauman dan sekadar mahu menunjukkan bantahan kepada MCA dan GERAKAN, hakikatnya mereka sudah menolak BN pada PRU13.

Fakta PRU13 : Impak 'Tsunami' Cina Di Johor



E-mailPrint
alt

Tidak dinafikan lagi, kemenangan Barisan Nasional (BN) diperingkat pusat merupakan kemenangan mudah ekoran jumlah kerusi Parlimen yang dipegang BN menurun jika dibandingkan dengan Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008.

Keputusan PRU13 menunjukkan BN memenangi 133 kerusi Parlimen dan 275 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Johor antara kubu terkuat BN turut menerima tempias 'tsunami' peralihan sokongan masyarakat Cina yang memperlihatkan BN kalah di lima kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN berbanding hanya satu kerusi Parlimen dan enam kerusi DUN pada 2008.

Kekalahan BN adalah di kawasan yang berkepadatan majoriti berbangsa Cina melebihi 51 peratus.

Parlimen Bakri yang dipegang oleh DAP pada 2008 terus dipertahankan pembangkang disamping dua kerusi panas yang dirampas pakatan tersebut iaitu Parlimen Gelang Patah dan Kulai yang mengandungi majoriti penduduk Cina melebihi kaum-kaum lain.

Dua kerusi parlimen lagi yang dimenangi pembangkang ialah di Batu Pahat dan Kluang dimana kepadatan masyarakat Cina di kawasan tersebut antara 41 hingga 50 peratus.

Kedua-dua kerusi tersebut dahulunya dimenangi oleh Barisan Nasional dengan Batu Pahat disandang oleh UMNO dan Kluang oleh MCA.

alt

Faktor utama peralihan empat kerusi kepada pembangkang diperjelas melalui peralihan tambahan 12 kerusi DUN daripada hanya tujuh kerusi yang dimenangi pembangkang pada PRU12 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 18 kerusi.

Kesemua kerusi tersebut di menangi pembangkang di kawasan majoriti diduduki masyarakat Cina dengan masing enam di daerah berkepadatan 41 hingga 50 peratus, 51 hingga 60 peratus dan 60 peratus ke atas.

Kepadatan masyarakat Cina antara 41 hingga 50 peratus menyaksikan DUN Sungai Abong dan Maharani dimenangi pembangkang pada 2008 terus dipertahankan selain peraliahan empat lagi kerusi iaitu di Parit Yaani, Putera Wangsa, Johor Jaya dan Pengkalan.

alt

Pola majoriti kaum Cina 51 peratus hingga 60 peratus pula menunjukkan hanya satu kerusi dimenangi pembangkang pada PRU12 iaitu di DUN Mengkibol dan tambahan lima kerusi lagi iaitu di Jementah, Bengkok, Tangkak, Stulang dan Pekan Nenas.

Manakala di daerah majoriti masyarakat Cina lebih dari 61 peratus menunjukkan tambahan tiga kerusi pada PRU13 iaitu di Yong Peng, Penggaram dan Bukit Batu di samping mempertahankan DUN Skudai, Senai dan Bentayan yang dimenangi pada 2008.

alt

Peningkatan sokongan masyarakat Cina di Johor berkemungkinan besar dipengaruhi oleh pencalonan Penasihat DAP Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah menentang Datuk Abdul Ghani Othman.

Kit Siang yang mempunyai pengaruh besar dikalangan penyokong DAP khusunya dari masyarakat Cina mengubah landskap pilihan raya di Johor terutama di kawasan majoriti diduduki oleh kaum tersebut.

Kerusi yang dipegang oleh MCA selama beberapa penggal sebelum ini tewas apabila BN meletakkan calon UMNO menentang Kit Siang.
 
 (terimakasih sumber:http://klpos.com/analisis/60522)

Fakta PRU13: Pendedahan 'Tsunami Cina' Di Selangor



E-mailPrint
alt
 
Keputusan pilihanraya baru-baru ini menunjukkan Barisan Nasional (BN) telah kehilangan sebilangan kerusi yang dimenangi parti itu pada pilihanraya sebelumnya. Pengerusi BN , Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap keputusan ini adalah kesan dari apa yang dikatakan 'tsunami Cina' . Beberapa tokoh politik dari Pakatan Rakyat (PR) pula berpendapat sebaliknya, malah Merdeka Center selaku sebuah badan analisis bebas turut menyatakan pandangan Najib berkenaan 'tsunami Cina' adalah tidak tepat . Penulis walau bagaimanapun lebih bersetuju dengan pandangan Najib berdasarkan corak sokongan kaum Cina terhadap BN sepanjang tempoh 2008 hingga 2013.
 
Majoriti kaum Cina sebelum tahun 2008 dilihat agak pasif dengan perkembangan politik tanah air malah mereka tidak menentang atau menunjukkan sokongan kepada pembangkang secara terbuka. Kegagalan Barisan Nasional pada pilihanraya tahun 2008 dalam memperoleh majoriti 2/3 kerusi parlimen merupakan titik tolak momentum sokongan kaum Cina terhadap parti pembangkang, tambahan pula PAS dilihat boleh berkompromi dengan gabungan DAP dan PKR dalam soal-soal perjuangan parti itu yang berteraskan Islam.
 
DAP yang merupakan parti majoriti kaum Cina mendahului PAS dan PKR dalam jumlah kerusi parlimen yang dimenangi iaitu sebanyak 38 kerusi . Dalam konteks negeri Selangor , DAP telah bertanding di 4 buah kerusi parlimen yang majoritinya pengundi Cina iaitu Serdang, Puchong, Petaling Jaya Utara dan Klang. Di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula , DAP turut bertanding di kawasan yang majoritinya pengundi Cina iaitu Sekinchan, Kuala Kubu Baru, Teratai, Kinrara,Damansara Utama, Kampung Tunku, Balakong, Seri Kembangan, Subang Jaya, Bukit Gasing, Sungai Pinang, Pandamaran, Kota Alam Shah, Teluk Datuk, dan Sungai Pelek. DAP menang di semua 15 kerusi DUN dan 4 kerusi Parlimen yang ditandingi.
 
Jadual berikut adalah bilangan peratusan bagi pengundi Cina di kawasan yang ditandingi DAP untuk parlimen dan DUN .
 
alt
 
Jadual berikut adalah bilangan peratusan bagi pengundi Cina di kawasan yang ditandingi PAS untuk parlimen dan DUN .
 
alt
 
Jadual berikut adalah bilangan peratusan bagi pengundi Cina di kawasan yang ditandingi PKR untuk parlimen dan DUN .
 
alt
 
Daripada jadual yang ditunjukkan di atas, daripada 22 kerusi parlimen Selangor yang ditandingi PR , 7 buah parlimen dengan peratusan pengundi Cina 41-51% disapu bersih (100%) oleh PR. Bagi kerusi parlimen yang mempunyai peratusan pengundi Cina sebanyak 31-40% , daripada 6 buah kerusi yang ditandingi PR , 5 buah kerusi dimenangi (83.3%) . Manakala untuk kerusi parlimen yang mempunyai peratusan pengundi Cina sebanyak 21-30% dan kurang , PR berjaya memperoleh 5 buah kerusi daripada 9 yang dipertandingkan dimana peratus kerusi yang dimenangi semakin berkurangan iaitu sebanyak 55.5% . Dari data yang ditunjukkan di atas agak jelas apabila peratusan pengundi Cina yang semakin berkurangan di kerusi parliamen yang dipertandingkan, peratus kemenangan PR juga semakin berkurangan.
 
Pola pengundian yang serupa turut ditunjukkan bagi kerusi DUN yang dipertandingkan . Bagi DUN yang mempunyai 60% dan keatas pengundi Cina , PR rakyat memperoleh kesemua kerusi yang dipertandingkan (100%) . 9 DUN yang mempunyai 51-60% pengundi Cina turut disapu bersih (100%) oleh PR . 'Trend' yang serupa (100%) dituruti oleh pengundi di 3 DUN yang mempunyai 41-50% pengundi Cina. 'Trend' ini masih tidak menunjukkan perubahan di 6 DUN yang mempunyai 31-40% pengundi Cina apabila PR memperoleh kemenangan di kesemua tempat. Walau bagaimanapun, pola pengundian berubah di 32 DUN yang mempunyai peratus pengundi Cina yang rendah iaitu dalam lingkungan 1-30% . PR berjaya memperoleh 20 kerusi daripada 32 yang DUN yang dinyatakan iaitu sebanyak 63.5% .
 
Dari corak pengundian yang ditunjukkan untuk DUN dan Parlimen , kenyataan Najib bahawa 'tsunami Cina' adalah tepat memandangkan BN langsung tidak memenangi sebarang kerusi untuk DUN bagi kawasan yang mempunyai peratus pengundi Cina dalam lingkungan 31-60% . Faktor kemenangan BN di kawasan yang peratus pengundi Cina yang rendah (1-30%) dibantu sokongan pengundi-pengundi Melayu dan India. Kekalahan BN di kawasan yang mempunyai peratus pengundi Melayu yang tinggi pula boleh dijustifikasikan sebagai pengaruh PAS itu sendiri terhadap pengundi-pengundi Melayu selain mempunyai beberapa 'kubu kuat' yang terus dikekalkan . Kesan pengaruh PAS ini boleh dilihat apabila berlaku pertembungan antara calon PAS dan PKR di Kota Damansara yangmenyebabkan pecahan undi yang memberikan kelebihan kepada BN untuk menang di kerusi DUN itu .
 
Walaupun BN berjaya memenangi 12 kerusi DUN Selangor, kebanyakkan majoriti yang diperoleh semakin berkurangan, ini mungkin berlaku disebabkan kehilangan sokongan minoriti pengundi Cina di kawasan itu. Oleh yang demikian, 'tsunami Cina' seperti yang dinyatakan oleh Najib adalah berasas kerana ia merupakan faktor utama kegagalan BN memperoleh majoriti 2/3 apabila senario politik negara melihat peralihan besar sokongan kaum Cina terhadap parti pembangkang. Riak-riak sokongan ini boleh dilihat selepas PRU-12 , kaum Cina lebih terbuka membantah dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan malah bersama-sama menyertai demonstrasi-demonstrasi yang dianjurkan pembangkang. Senario ini tidak pernah berlaku semenjak pilihanraya tahun 1969. 

(terimakasih sumber:http://klpos.com/analisis/60482)