Showing posts with label MKT2009. Show all posts
Showing posts with label MKT2009. Show all posts

Tuesday, March 3, 2009

PM lantik Abdullah Md Zin sebagai Penasihat Agama


PM lantik Abdullah Md Zin sebagai Penasihat Agama

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Isnin mengumumkan perlantikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md Zin sebagai Pensihat Agama kepada Perdana Menteri. Perlantikan beliau berkuatkuasa serta merta. Abdullah dilantik menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Othman yang telah memegang jawatan berkenaan sejak Januari 2001. - 2/3/2009

(sumber; agendadaily)

zmsegamat; umpama peribahasa melayu Jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah

Wednesday, February 25, 2009

Pemilihan 2008 - Senarai Nombor Calon



Feb 24th, 2009 | By Zailan | Category: Berita Utama

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Ibu Pejabat UMNO telah mengadakan majlis cabutan nombor calon bagi pemilihan jawatan pusat untuk semua peringkat di Dewan Tun Razak (3), Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Berikut Senarai Nombor Calon Bagi Jawatan Majlis Tertinggi UMNO:

PENGERUSI TETAP

1. Badruddin Bin Amiruldin – Jerai (02)
2. Che Onn Bin Ismail – Kapar (01)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1. Mohamad Bin Haji Aziz – Sri Gading (01)
2. Ahmad Bhari Bin Abdul Rahman – Selayang (02)

PRESIDEN

1. Mohd Najib Tun Hj Abd Razak (calon tunggal)

TIMBALAN PRESIDEN

1. Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin – Pagoh (01)
2. Mohd. Ali Bin Mohd. Rustam – Bukit Katil (02)
3. Muhammad Bin Haji Muhammad Taib – Kelana Jaya (03)

NAIB PRESIDEN

1. Hishammuddin Bin Tun Hussein Onn – Sembrong (08)
2. Ahmad Zahid Bin Hamidi – Bagan Datok (01)
3. Mohd Shafie Bin Hj. Apdal – Semporna (02)
4. Mohamed Khaled Bin Nordin – Pasir Gudang (06)
5. Syed Hamid Bin Tan Sri Syed Jaafar Albar – Kota Tinggi (05)
6. Mohd Isa Bin Dato Abdul Samad – Telok Kemang (04)
7. Rais Bin Yatim – Jelebu (03)
8. A. Rahim Bin Tamby Chik – Masjid Tanah (07)

AHLI MAJLIS TERTINGGI

1. Noh Bin Omar – Tanjong Karang (28)
2. Mohd Zin Bin Hj Mohamed – Sepang (36)
3. Musa Bin Hj Aman – Libaran (32)
4. Mustapa Bin Mohamed – Jeli (30)
5. Abdul Ghani Bin Othman – Ledang (49)
6. Ismail Sabri Bin Yaakob – Bera (48)
7. Zainal Abidin Bin Osman – Nibong Tebal (47)
8. Azian Bin Osman – Ipoh Timur (37)
9. Tajuddin Bin Abd Rahman – Pasir Salak (10)
10. Adnan Bin Yaakob – Bentong (07)
11. Azalina Binti Othman – Pengerang (21)
12. Abd. Latiff Bin Ahmad – Mersing (03)
13. Mohamad Bin Hj Hassan – Rembau (33)
14. Sharil @ Shahrir Bin Ab Samad – Johor Bahru (24)
15. Mahdzir Bin Khalid – Padang Terap (51)
16. Ahmad Husni Bin Mohd Hanadzlah – Tambun (02)
17. Hamzah Bin Zainudin – Larut (35)
18. Ahd Shabery Bin Cheek – Kemaman (26)
19. Mohd Puad Bin Zarkashi – Batu Pahat (20)
20. Noraini Binti Ahmad – Parit Sulong (41)
21. Zulhasnan Bin Rafique – Setiawangsa (22)
22. Awang Adek Bin Hussin – Bachok (04)
23. Mohamad Norza Bin Zakaria – Wangsa Maju (38)
24. Mohd Johari Bin Baharum – Kubang Pasu (25)
25. Shahidan Bin Kassim – Arau (50)
26. Idris Bin Haron – Tangga Batu (13)
27. Lajim Bin Ukim – Beaufort (11)
28. Shaziman Bin Abu Mansor – Tampin (40)
29. Saifuddin Bin Abdulllah – Temerloh (34)
30. Idris Bin Haji Jusoh – Besut (05)
31. Syed Ali Bin Abbas Alhabshee – Cheras (15)
32. Md. Isa Bin Sabu – Kangar (12)
33. Mokhtar Bin Radin – Kinabatangan (31)
34. Hilmi Bin Haji Yahaya – Balik Pulau (43)
35. Abdul Azeez Bin Abdul Rahim – Baling (08)
36. Norraesah Binti Mohamad – Balik Pulau (44)
37. Hasan Bin Malek – Kuala Pilah (45)
38. Jamaludin Bin Dato Mohd Jarjis – Rompin (42)
39. Raja Ropiaah Binti Raja Abdullah – Petaling Jaya Utara (01)
40. Abdul Rahman Bin Bakar – Marang (17)
41. Halimah Binti Mohamed Sadique – Tenggara (29)
42. Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar – Larut (27)
43. Mohammed Radzi @ Mohd Radzi Bin Manan – Kampar (tarik diri)
44. Ishak Bin Ismail – Seremban (18)
45. Astaman Bin Abdul Aziz – Wangsa Maju (39)
46. Siti Zaharah Binti Sulaiman – Paya Besar (46)
47. Abdullah Bin Md Zin – Besut (23)
48. Zahidi Bin Zainul Abidin – Padang Besar (14)
49. Azhar Bin Ibrahim – Kepala Batas (19)
50. Azimi Bin Daim – Kulim–Bandar Baharu (09)
51. Sazmi Bin Miah – Machang (06)
52. Mohamed Jin Bin Samsudin – Bukit Gantang (16)

Berikut Senarai Nombor Calon Bagi Jawatan Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia:

PENGERUSI TETAP WANITA

1. YBhg Tan Sri Dato’ Hajah Napsiah Binti Omar – Kuala Pilah (Calon tunggal)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP WANITA

1. YBhg Datuk Sharifah Aminah Binti Syed Ahmad – Lembah Pantai (03)
2. YB Senator Dato’ Hajah Saripah Aminahbi Binti Syed Mohd – Jelutong (04)
3. Rohani Binti Abu Hassan – Tanah Merah (02)
4. Rosdianah Binti Md Nor @ Nunong – Tawau (01)

KETUA WANITA

1. YB Tan Sri Rafidah Binti Aziz – Kuala Kangsar (01)
2. YBhg Dato’ Seri Shahrizhat Binti Abdul Jalil – Kepong (02)

NAIB KETUA WANITA

1. YBhg Dato’ Hajah Kamilia Binti Dato’ Ibrahim – Kuala Kangsar (Calon tunggal)

AHLI JAWATANKUASA WANITA

1. YBhg Datuk Hajah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin – Kubang Kerian (08)
2. YBhg Datuk Hajah Mastika Junaidah Binti Husin – Arau (24)
3. YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique – Tenggara (36)
4. YB Senator Dato’ Maznah Binti Mazlan – Rompin (12)
5. YBhg Datuk Hajah Melati Binti Ali – Pekan (15)
6. Hajah Hasnah Binti Salam – Alor Gajah (26)
7. YB Datuk Hajah Azizah Binti Datuk SP Haji Mohd Dun – Beaufort (17)
8. YB Senator Datuk Armani Binti Hj Mahiruddin – Libaran (06)
9. YBhg Dato’ Hajah Rosni Binti Haji Zahari – Maran (27)
10. YB Sen Datin Paduka Datuk Norhayati Binti Onn – Klang (16)
11. YBhg Dato’ Norhayati Binti Omar – Kuala Pilah (18)
12. YB Latipah Binti Omar – Masjid Tanah (42)
13. Puan Azihani Binti Dato’ Ali – Kangar (47)
14. YBhg Datin Paduka Hajah Seripah Noli Binti Syed Hussin – Kelana Jaya (46)
15. YBhg Dato’ Hajah Khamsiyah Binti Yeop – Lenggong (33)
16. YB Dato’ Hajah Jahara Binti Hamid – Tasek Gelugor (01)
17. Datuk Hajah Maznah Binti Abd Hamid – Jerlun (45)
18. Hajah Noriah Binti Mahat – Pagoh (41)
19. Norliza Binti Abdul Rahim – Bukit Gelugor (20)
20. Salmah Binti Pin – Bandar Tun Razak (35)
21. YB Sen Hajah Sharifah Azizah Binti Syed Zain – Kluang (28)
22. YB Dato’ Siti Salmah Binti Mat Jusak – Padang Rengas (40)
23. Marlia Binti Abd Latiff – Padang Serai (31)
24. YB Senator Hajah Wan Hazani Binti Haji Wan Mohd Nor – Gua Musang (22)
25. Rosni Binti Sohar – Hulu Selangor (13)
26. YB Dato’ Hjh Rusnah Binti Kassim – Tanjong Malim (43)
27. Jamelah Binti A Bakar – Batu Kawan (25)
28. YBhg Datuk Dayang Mahani Binti Tun Pg Ahmad Raffae – Sipitang (03)
29. Che Arpah Binti Ariffin – Padang Terap (19)
30. YBhg Datin Paduka Hajah Mesrah Binti Selamat – Kuala Selangor (44)
31. Haliza Binti Abdullah – Batu Pahat (34)
32. YB Hamidah Binti Hj Osman – Gopeng (30)
33. Robia Binti Kosai – Muar (07)
34. YB Suraya Binti Yaacob – Pendang (14)
35. Munaliza Binti Hamzah – Petaling Jaya Selatan (48)
36. Jumabi Binti Mohamad – Bagan (39)
37. Ros Suryati Binti Alang – Bayan Baru (02)
38. Mas Normah Binti Mas Junid – Bukit Bintang (09)
39. Datuk Amisah Binti Yassin – Ranau (49)
40. Mariany Binti Mohammad Yit – Bukit Bintang (29)
41. Dr Rozaidah Binti Talib – Ampang (11)
42. Hjh Fatimah Binti Hamat – Hulu Terengganu (50)
43. YBhg Datin Dr Hajah Nik Azizah Binti Hj Nik Yahya – Kota Bharu (37)
44. YB Puan Hjh Zainab Binti Nasir – Tampin (23)
45. Norliza Binti Hj Ahmad – Kapar (21)
46. YBhg Dato’ Hjh Ainon Khariyah Binti Dato’ Mohd Abas – Pasir Salak (10)
47. Madihah Binti Ab Aziz – Kota Bharu (05)
48. Puan Sri Sa’adah Binti Abd Samad – Bandar Tun Razak (04)
49. Nora’shekin Binti Yusof – Batu (38)
50. YB Senator Dato’ Dr Hjh Mashitah Binti Ibrahim – Baling (32)

Berikut Senarai Nombor Calon Bagi Jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia:

PENGERUSI TETAP PEMUDA

1. Abdul Fattah Bin Abdullah - Cameron Highlands (02)
2. Rami Bin Simbok – Puchong (01)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP PEMUDA

1. Muhammad Yadzan Bin Mohammad - Tanjong Malim (01)
2. Osman Bin Ahmed – Sipitang (05)
3. Kamarudin Bin Hj Hassan – Segambut (06)
4. Jaigani Bin Jaafar – Sembrong (04)
5. Syed Azmi Ahmad Bin Syed Nazir Ahmad – Tanjong (03)
6. Mohamad Radhi Bin Abdullah - Kelana Jaya (02)

KETUA PEMUDA

1. Mukhriz Bin Mahathir - Kubang Pasu (01)
2. Mohamad Khir Bin Toyo - Sungai Besar (02)
3. Khairy Jamaluddin Abu Bakar – Rembau (03)

NAIB KETUA PEMUDA

1. Razali Bin Ibrahim – Muar (01)
2. Reezal Merican Bin Naina Merican - Kepala Batas (02)

AHLI JAWATANKUASA PEMUDA

1. Mohd Anis Hisham Bin Abd Aziz - Kuala Selangor (48)
2. Rosli Bin Hasan - Bukit Katil (37)
3. Zakaria Bin Dullah - Simpang Renggam (56)
4. Mohamed Suffian Bin Awang – Kuantan (30)
5. Norizan Bin Ali – Kepong (34)
6. Tengku Azman Bin Tengku Zainol Abidin - Bukit Bintang (06)
7. Mohd Afandi Bin Yusoff - Rantau Panjang (27)
8. Wan Amizan Bin Wan Abdul Razak – Jerantut (47)
9. Muhammad Khairun Bin Aseh – Putrajaya (50)
10. Marzuki Bin Yahya – Bagan (62)
11. Mohamed Hazali Bin Abu Hassan - Kuala Selangor (53)
12. Mohd Gasing Bin Saling – Kalabakan (25)
13. Ahmad Zaki Bin Zahid – Putrajaya (38)
14. Sohaimi Bin Shahadan – Selayang (55)
15. Mohd Najib Bin Mohd Isa - Telok Kemang (29)
16. Zubir Bin Zabidi - Alor Star (02)
17. Anuar Bin Safian - Kubang Kerian (13)
18. Mohamad Iruan Bin Zulkefli – Lenggong (58)
19. Nixon Bin Abdul Habi – Semporna (35)
20. Mohd Hisamudin Bin Yahaya – Putrajaya (42)
21. Azizul Nizam Bin Bidin – Merbok (26)
22. Norman Bin Zahalan - Bayan Baru (05)
23. Syahrin Bin Md Jamaludin – Tebrau (64)
24. Aziaan Bin Ariffin - Balik Pulau (31)
25. Lokman Noor Bin Adam - Shah Alam (20)
26. Mohamad Sazali Bin Kamilan - Lembah Pantai (36)
27. Saiful Ismail Bin Saaya - Kuala Kangsar (32)
28. Ahmad Bin Darus -Kepala Batas (17)
29. Khalid Bin Mohamed - Johor Bahru (54)
30. Novandri Bin Hasan Basri - Bukit Gelugor (08)
31. Nadziruddin Bin Mohamed Bandi - Telok Intan (04)
32. Ung Md Salleh Bin Ung Abd Jamal – Serdang (57)
33. Ali Mazat Bin Salleh – Kulai (10)
34. Megat Zulkarnain Bin Omardin – Gombak (11)
35. Zainuri Bin Zainal – Klang (43)
36. Akhramsyah Muammar Ubaidah Bin Sanusi – Langkawi (18)
37. Asri Bin Abdul Rahman – Selayang (39)
38. Ahmad Izany Bin Mohd Nor – Seremban (01)
39. Lob Mahadir Bin Abdul Shukur - Shah Alam (15)
40. Ahmad Suhairi Bin Ahmad Hariri - Shah Alam (61)
41. Faizal Bin Tajuddin - Pasir Salak (52)
42. Mohasdjone @ Mohd Johari Bin Mohamad – Besut (40)
43. Fakhrul Zafran Bin Absl Kamarul Azman - Gelang Patah (60)
44. Mohd Anuar Bin Mohammad Nor – Marang (63)
45. Mohd Fairuz Bin Mohd Sakirin – Klang (65)
46. Mohd Husaimi Bin Hussin – Besut (19)
47. Tun Faisal Ismail Bin Aziz – Putrajaya (12)
48. Mohd Azmi Bin Hamzah - Kota Raja (21)
49. Mohamad Nazim Bin A Samad - Kota Melaka (51)
50. Mohd Zamri Bin Mohd Idrus - Pasir Gudang (24)
51. Nazir Hussin Bin Akhtar Hussin – Titiwangsa (46)
52. Shafiqurrahman bin Haji Shamsuddin – Kuala Kedah (09)
53. Hamunir Bin Hamzah – Kangar (59)
54. Mohd Faiz Bin Mohd Raih – Setiawangsa (16)
55. Zamri Bin Zainol Abidin - Pokok Sena (22)
56. Mohd Amin Bin Hamidon @ Hampon – Pengerang (23)
57. Jasni Bin Shafie - Padang Terap (33)
58. Nor Hazaimi Bin Hamzah - Bukit Bendera (41)
59. Bahrul Razha Bin Chuprat - Kota Kinabalu (49)
60. Jamawi Bin Jaafar – Tenom (28)
61. Mohd Zaidi Bin Ilamdin - Kelana Jaya (14)
62. Shamsudin Bin Md Saad – Jerlun (07)
63. Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii – Seputeh (45)
64. Mohd Johari Bin Abu Bakar - Hulu Terengganu (03)
65. Kamarol Bin Salleh - Pokok Sena (44)

Berikut Senarai Nombor Calon Bagi Jawatan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia:

PENGERUSI TETAP PUTERI

1. Roslinda Binti Abd Rahman – Rasah (01)
2. Azlieza Binti Azizan – Tangga Batu (02)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP PUTERI

1. Hasspalela Binti Mohammed Hassan – Kulai (01)
2. Zakiah Binti Kalipunya – Semporna (03)
3. Rosmarynda Binti Mohamad Rasidi – Bandar Tun Razak (02)

KETUA PUTERI

1. Shahaniza Binti Shamsuddin – Maran (02)
2. Rosnah Binti Hj Abd Rashid Shirlin – Papar (04)
3. Ismalina Binti Ismail – Wangsa Maju (01)
4. Bibi Sharliza Binti Mohd Khalid – Rembau (06)
5. Ida Rahayu Binti Md Noor – Petaling Jaya Utara (03)
6. Saarah Binti Ali Bashah – Seputeh (05)

NAIB KETUA PUTERI

1. Nolee Ashilin Binti Mohammed Radzi – Lembah Pantai (01)
2. Shahanim Binti Mohamad Yusoff – Sungai Petani (05)
3. Wan Norashikin Binti Wan Noordin – Pasir Salak (02)
4. Nordiana Binti Shafie – Kuala Terengganu (03)
5. Haslinda Binti Mohd Zerain – Ampang (04)

AHLI JAWATANKUASA PUTERI

1. Mas Ermieyati Binti Samsudin – Masjid Tanah (34)
2. Idamoerni Binti Zakaria – Bukit Gelugor (35)
3. Fahariyah Binti Md Nordin – Ledang (28)
4. Nor Azita Binti Abdul Rahman – Pekan (53)
5. Norhamizah Binti Mat Tahir – Selayang (18)
6. Norashikin Binti Abdul Rahman – Rasah (47)
7. Azlinda Binti Zubir @ Zubin – Bukit Katil (26)
8. Rina Binti Mohd Harun – Sepang (38)
9. Inahwyati Binti Jaini – Tenom (49)
10. Huzry Fionnawatty Binti Hussein – Segambut (48)
11. Wan Salwati Binti Abdullah – Seremban (51)
12. Isfarina Binti Mohd Bali – Ipoh Barat (36)
13. Anita Binti Murad – Tenggara (42)
14. Dg Maimunah Binti Sidek – Sipitang (19)
15. Roselinda Binti Abd Jamil – Klang (01)
16. Faraha Binti Ismail – Mersing (30)
17. Nordiana Binti Shafie – Kuala Terengganu (21)
18. Azliza Binti Ahmad – Seputeh (20)
19. Rohaiza Binti Yang Yussof – Kuala Kangsar (15)
20. Fatimah @ Nik Fatimah Binti Haji Nik Salleh – Tumpat (08)
21. Azana Rita Binti Abdul Aziz – Tambun (12)
22. Nik Nora Hiryani Binti Nik Mohamed Yusoff – Gua Musang (52)
23. Jamilah Hanim Binti Othman – Petaling Jaya Selatan (06)
24. Azifah Binti Abdul Rahman – Pokok Sena (09)
25. Shahanim Binti Mohamad Yusoff – Sungai Petani (04)
26. Wan Noor Dizamdila Binti Wan Mustapa – Arau (24)
27. Wan Norashikin Binti Wan Noordin – Pasir Salak (39)
28. Hamizah Binti Abdollah Zawawi – Putrajaya (07)
29. Hartini Binti Abdul Rahman – Jerantut (44)
30. Zauyah Binti Zainuddin – Bandar Tun Razak (14)
31. Zurina Binti Abd Rahman – Hulu Terengganu (03)
32. Ellyana Binti Mohd Muslim Tan – Padang Besar (13)
33. Nashua Binti Fauzun – Segambut (23)
34. Norsabrina Binti Mohd Noor – Kulim-Bandar Baharu (32)
35. Zahida Binti Zarik Khan – Pandan (31)
36. Asmaiza Binti Ahmad – Padang Besar (41)
37. Hamidah Binti Mohd. Jaffar – Putatan (40)
38. Emm Roosehaziram Binti Mohd Rahim – Pengkalan Chepa (27)
39. Noor Marry Binti Abdul Karim – Jelebu (22)
40. Herni Azura Binti Ghafar – Subang (45)
41. Jamilah Binti Awang – Nibong Tebal (29)
42. Hasrunizah Binti Hassan – Pontian (37)
43. Siti Fatimah Binti Amir – Setiawangsa (05)
44. Seriwani Binti Sabtu – Setiawangsa (46)
45. Rita Syarinda Binti Manaf Najid – Dungun (10)
46. Noor Hayati Fitrah Binti Shahril – Bayan Baru (50)
47. Wan Zawiyah Binti Wan Halim – Kubang Pasu (17)
48. Rosmarynda Binti Mohamad Rasidi – Bandar Tun Razak (11)
49. Azlinda Binti Alis – Kubang Kerian (16)
50. Nur Fazlim Binti M Mohamed Kunju – Kemaman (33)
51. Norhasmimi Binti Abdul Ghani – Kuala Krau (02)
52. Julie Binti Sabran – Beluran (43)
53. Masmira Binti Mohd Salleh – Bukit Bintang (25)
Leave Comment

You must be logged in to post a comment.
powered by © 2009 UMNO Online

Sunday, February 22, 2009

MKT2008; Senarai Calon Yang Sah Bertanding




Feb 21st, 2009 | By zailan | Category: Berita Utama

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Ibu Pejabat UMNO mengesahkan telah menerima senarai calon-calon yang layak bertanding bagi jawatan pusat pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2008 nanti.

Bagi jawatan Presiden, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak merupakan calon tunggal.

Manakala lima jawatan dipertandingkan iaitu Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majis Tertinggi (MT) UMNO.

Sehubungan itu, pada 24 Februari 2009 (Selasa), jam 2.30 petang, diadakan satu majlis cabutan nombor calon bagi pemilihan jawatan pusat untuk semua peringkat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini di mana melibatkan wakil-wakil calon sahaja.

Pada 29 Januari lalu, Ibu Pejabat telah mengeluarkan surat kepada calon-calon yang layak bertanding untuk mengisi jawatan MT UMNO dan sayap pergerakan bagi mengisi borang pengesahan penerimaan dan penolakan pencalonan jawatan untuk tempoh tiga tahun (2008 – 2011).

Semalam merupakan tarikh akhir untuk mengembalikan surat tersebut termasuk borang pelantikan wakil calon.

Berikut senarai calon yang sah bertanding bagi jawatan Majlis Tertinggi UMNO:

PENGERUSI TETAP

1. Badruddin Bin Amiruldin – Jerai
2. Che Onn Bin Ismail – Kapar

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1. Mohamad Bin Haji Aziz – Sri Gading
2. Ahmad Bhari Bin Abdul Rahman – Selayang

PRESIDEN

1. Mohd Najib Tun Hj Abd Razak (Calon tunggal)

TIMBALAN PRESIDEN

1. Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin – Pagoh
2. Mohd. Ali Bin Mohd. Rustam – Bukit Katil
3. Muhammad Bin Haji Muhammad Taib – Kelana Jaya

NAIB PRESIDEN

1. Hishammuddin Bin Tun Hussein Onn - Sembrong
2. Ahmad Zahid Bin Hamidi – Bagan Datok
3. Mohd Shafie Bin Hj. Apdal – Semporna
4. Mohamed Khaled Bin Nordin – Pasir Gudang
5. Syed Hamid Bin Tan Sri Syed Jaafar Albar – Kota Tinggi
6. Mohd Isa Bin Dato Abdul Samad – Telok Kemang
7. Rais Bin Yatim – Jelebu
8. A. Rahim Bin Tamby Chik – Masjid Tanah

AHLI MAJLIS TERTINGGI

1. Noh Bin Omar – Tanjong Karang
2. Mohd Zin Bin Hj Mohamed – Sepang
3. Musa Bin Hj Aman – Libaran
4. Mustapa Bin Mohamed – Jeli
5. Abdul Ghani Bin Othman – Ledang
6. Ismail Sabri Bin Yaakob – Bera
7. Zainal Abidin Bin Osman – Nibong Tebal
8. Azian Bin Osman – Ipoh Timur
9. Tajuddin Bin Abd Rahman – Pasir Salak
10. Adnan Bin Yaakob – Bentong
11. Azalina Binti Othman – Pengerang
12. Abd. Latiff Bin Ahmad – Mersing
13. Mohamad Bin Hj Hassan – Rembau
14. Sharil @ Shahrir Bin Ab Samad – Johor Bahru
15. Mahdzir Bin Khalid – Padang Terap
16. Ahmad Husni Bin Mohd Hanadzlah - Tambun
17. Hamzah Bin Zainudin – Larut
18. Ahd Shabery Bin Cheek – Kemaman
19. Mohd Puad Bin Zarkashi – Batu Pahat
20. Noraini Binti Ahmad – Parit Sulong
21. Zulhasnan Bin Rafique – Setiawangsa
22. Awang Adek Bin Hussin – Bachok
23. Mohamad Norza Bin Zakaria – Wangsa Maju
24. Mohd Johari Bin Baharum – Kubang Pasu
25. Shahidan Bin Kassim – Arau
26. Idris Bin Haron – Tangga Batu
27. Lajim Bin Ukim – Beaufort
28. Shaziman Bin Abu Mansor – Tampin
29. Saifuddin Bin Abdulllah – Temerloh
30. Idris Bin Haji Jusoh – Besut
31. Syed Ali Bin Abbas Alhabshee – Cheras
32. Md. Isa Bin Sabu – Kangar
33. Mokhtar Bin Radin – Kinabatangan
34. Hilmi Bin Haji Yahaya – Balik Pulau
35. Abdul Azeez Bin Abdul Rahim – Baling
36. Norraesah Binti Mohamad – Balik Pulau
37. Hasan Bin Malek – Kuala Pilah
38. Jamaludin Bin Dato Mohd Jarjis – Rompin
39. Raja Ropiaah Binti Raja Abdullah – Petaling Jaya Utara
40. Abdul Rahman Bin Bakar – Marang
41. Halimah Binti Mohamed Sadique – Tenggara
42. Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar - Larut
43. Mohammed Radzi @ Mohd Radzi Bin Manan – Kampar
44. Ishak Bin Ismail – Seremban
45. Astaman Bin Abdul Aziz – Wangsa Maju
46. Siti Zaharah Binti Sulaiman – Paya Besar
47. Abdullah Bin Md Zin – Besut
48. Zahidi Bin Zainul Abidin – Padang Besar
49. Azhar Bin Ibrahim – Kepala Batas
50. Azimi Bin Daim – Kulim–Bandar Baharu
51. Sazmi Bin Miah – Machang
52. Mohamed Jin Bin Samsudin – Bukit Gantang

Berikut senarai calon yang sah bertanding bagi jawatan Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia:

PENGERUSI TETAP WANITA

1. YBhg Tan Sri Dato’ Hajah Napsiah Binti Omar – Kuala Pilah
(Calon tunggal)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP WANITA

1. YBhg Datuk Sharifah Aminah Binti Syed Ahmad – Lembah Pantai
2. YB Senator Dato’ Hajah Saripah Aminahbi Binti Syed Mohd – Jelutong
3. Rohani Binti Abu Hassan – Tanah Merah
4. Rosdianah Binti Md Nor @ Nunong – Tawau

KETUA WANITA

1. YB Tan Sri Rafidah Binti Aziz – Kuala Kangsar
2. YBhg Dato’ Seri Shahrizhat Binti Abdul Jalil – Kepong

NAIB KETUA WANITA

1. YBhg Dato’ Hajah Kamilia Binti Dato’ Ibrahim – Kuala Kangsar
(Calon tunggal)

AHLI JAWATANKUASA WANITA

1. YBhg Datuk Hajah Mastika Junaidah Binti Husin – Arau
2. YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique – Tenggara
3. YBhg Datuk Hajah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin – Kubang Kerian
4. YB Senator Dato’ Maznah Binti Mazlan – Rompin
5. YBhg Datuk Hajah Melati Binti Ali – Pekan
6. Hajah Hasnah Binti Salam – Alor Gajah
7. YB Datuk Hajah Azizah Binti Datuk SP Haji Mohd Dun – Beaufort
8. YB Senator Datuk Armani Binti Hj Mahiruddin – Libaran
9. YBhg Dato’ Hajah Rosni Binti Haji Zahari – Maran
10. YB Sen Datin Paduka Datuk Norhayati Binti Onn – Klang
11. YBhg Dato’ Norhayati Binti Omar – Kuala Pilah
12. YB Latipah Binti Omar – Masjid Tanah
13. Puan Azihani Binti Dato’ Ali – Kangar
14. YBhg Datin Paduka Hajah Seripah Noli Binti Syed Hussin – Kelana Jaya
15. YBhg Dato’ Hajah Khamsiyah Binti Yeop – Lenggong
16. YB Dato’ Hajah Jahara Binti Hamid – Tasek Gelugor
17. Datuk Hajah Maznah Binti Abd Hamid – Jerlun
18. Hajah Noriah Binti Mahat – Pagoh
19. Norliza Binti Abdul Rahim – Bukit Gelugor
20. Salmah Binti Pin – Bandar Tun Razak
21. YB Sen Hajah Sharifah Azizah Binti Syed Zain – Kluang
22. YB Dato’ Siti Salmah Binti Mat Jusak – Padang Rengas
23. Marlia Binti Abd Latiff – Padang Serai
24. YB Senator Hajah Wan Hazani Binti Haji Wan Mohd Nor – Gua Musang
25. Rosni Binti Sohar – Hulu Selangor
26. YB Dato’ Hjh Rusnah Binti Kassim – Tanjong Malim
27. Jamelah Binti A Bakar – Batu Kawan
28. YBhg Datuk Dayang Mahani Binti Tun Pg Ahmad Raffae – Sipitang
29. Che Arpah Binti Ariffin – Padang Terap
30. YBhg Datin Paduka Hajah Mesrah Binti Selamat – Kuala Selangor
31. Haliza Binti Abdullah – Batu Pahat
32. YB Hamidah Binti Hj Osman – Gopeng
33. Robia Binti Kosai – Muar
34. YB Suraya Binti Yaacob – Pendang
35. Munaliza Binti Hamzah – Petaling Jaya Selatan
36. Jumabi Binti Mohamad – Bagan
37. Ros Suryati Binti Alang – Bayan Baru
38. Mas Normah Binti Mas Junid – Bukit Bintang
39. Datuk Amisah Binti Yassin – Ranau
40. Mariany Binti Mohammad Yit – Bukit Bintang
41. Dr Rozaidah Binti Talib - Ampang
42. Hjh Fatimah Binti Hamat – Hulu Terengganu
43. YBhg Datin Dr Hajah Nik Azizah Binti Hj Nik Yahya – Kota Bharu
44. YB Puan Hjh Zainab Binti Nasir – Tampin
45. Norliza Binti Hj Ahmad – Kapar
46. YBhg Dato’ Hjh Ainon Khariyah Binti Dato’ Mohd Abas – Pasir Salak
47. Madihah Binti Ab Aziz – Kota Bharu
48. Puan Sri Sa’adah Binti Abd Samad – Bandar Tun Razak
49. Nora’shekin Binti Yusof – Batu
50. YB Senator Dato’ Dr Hjh Mashitah Binti Ibrahim – Baling

Berikut senarai calon yang sah bertanding bagi jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia:

PENGERUSI TETAP PEMUDA

1. Abdul Fattah Bin Abdullah - Cameron Highlands
2. Rami Bin Simbok - Puchong

TIMBALAN PENGERUSI TETAP PEMUDA

1. Muhammad Yadzan Bin Mohammad - Tanjong Malim
2. Osman Bin Ahmed - Sipitang
3. Kamarudin Bin Hj Hassan - Segambut
4. Jaigani Bin Jaafar - Sembrong
5. Syed Azmi Ahmad Bin Syed Nazir Ahmad - Tanjong
6. Mohamad Radhi Bin Abdullah - Kelana Jaya

KETUA PEMUDA

1. Mukhriz Bin Mahathir - Kubang Pasu
2. Mohamad Khir Bin Toyo - Sungai Besar
3. Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

NAIB KETUA PEMUDA

1. Razali Bin Ibrahim - Muar
2. Reezal Merican Bin Naina Merican - Kepala Batas

AHLI JAWATANKUASA PEMUDA

1. Mohd Anis Hisham Bin Abd Aziz - Kuala Selangor
2. Rosli Bin Hasan - Bukit Katil
3. Zakaria Bin Dullah - Simpang Renggam
4. Mohamed Suffian Bin Awang - Kuantan
5. Norizan Bin Ali - Kepong
6. Tengku Azman Bin Tengku Zainol Abidin - Bukit Bintang
7. Mohd Afandi Bin Yusoff - Rantau Panjang
8. Wan Amizan Bin Wan Abdul Razak - Jerantut
9. Muhammad Khairun Bin Aseh - Putrajaya
10. Marzuki Bin Yahya - Bagan
11. Mohamed Hazali Bin Abu Hassan - Kuala Selangor
12. Mohd Gasing Bin Saling - Kalabakan
13. Ahmad Zaki Bin Zahid - Putrajaya
14. Sohaimi Bin Shahadan - Selayang
15. Mohd Najib Bin Mohd Isa - Telok Kemang
16. Zubir Bin Zabidi - Alor Star
17. Anuar Bin Safian - Kubang Kerian
18. Mohamad Iruan Bin Zulkefli - Lenggong
19. Nixon Bin Abdul Habi - Semporna
20. Mohd Hisamudin Bin Yahaya - Putrajaya
21. Azizul Nizam Bin Bidin - Merbok
22. Norman Bin Zahalan - Bayan Baru
23. Syahrin Bin Md Jamaludin - Tebrau
24. Aziaan Bin Ariffin - Balik Pulau
25. Lokman Noor Bin Adam - Shah Alam
26. Mohamad Sazali Bin Kamilan - Lembah Pantai
27. Saiful Ismail Bin Saaya - Kuala Kangsar
28. Ahmad Bin Darus -Kepala Batas
29. Khalid Bin Mohamed - Johor Bahru
30. Novandri Bin Hasan Basri - Bukit Gelugor
31. Nadziruddin Bin Mohamed Bandi - Telok Intan
32. Ung Md Salleh Bin Ung Abd Jamal - Serdang
33. Ali Mazat Bin Salleh - Kulai
34. Megat Zulkarnain Bin Omardin - Gombak
35. Zainuri Bin Zainal - Klang
36. Akhramsyah Muammar Ubaidah Bin Sanusi - Langkawi
37. Asri Bin Abdul Rahman - Selayang
38. Ahmad Izany Bin Mohd Nor - Seremban
39. Lob Mahadir Bin Abdul Shukur - Shah Alam
40. Ahmad Suhairi Bin Ahmad Hariri - Shah Alam
41. Faizal Bin Tajuddin - Pasir Salak
42. Mohasdjone @ Mohd Johari Bin Mohamad - Besut
43. Fakhrul Zafran Bin Absl Kamarul Azman - Gelang Patah
44. Mohd Anuar Bin Mohammad Nor - Marang
45. Mohd Fairuz Bin Mohd Sakirin - Klang
46. Mohd Husaimi Bin Hussin - Besut
47. Tun Faisal Ismail Bin Aziz - Putrajaya
48. Mohd Azmi Bin Hamzah - Kota Raja
49. Mohamad Nazim Bin A Samad - Kota Melaka
50. Mohd Zamri Bin Mohd Idrus - Pasir Gudang
51. Nazir Hussin Bin Akhtar Hussin - Titiwangsa
52. Shafiqurrahman bin Haji Shamsuddin – Kuala Kedah
53. Hamunir Bin Hamzah - Kangar
54. Mohd Faiz Bin Mohd Raih - Setiawangsa
55. Zamri Bin Zainol Abidin - Pokok Sena
56. Mohd Amin Bin Hamidon @ Hampon - Pengerang
57. Jasni Bin Shafie - Padang Terap
58. Nor Hazaimi Bin Hamzah - Bukit Bendera
59. Bahrul Razha Bin Chuprat - Kota Kinabalu
60. Jamawi Bin Jaafar - Tenom
61. Mohd Zaidi Bin Ilamdin - Kelana Jaya
62. Shamsudin Bin Md Saad - Jerlun
63. Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii - Seputeh
64. Mohd Johari Bin Abu Bakar - Hulu Terengganu
65. Kamarol Bin Salleh - Pokok Sena

Berikut senarai calon yang sah bertanding bagi jawatan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia:

PENGERUSI TETAP PUTERI

1. Roslinda Binti Abd Rahman – Rasah
2. Azlieza Binti Azizan – Tangga Batu

TIMBALAN PENGERUSI TETAP PUTERI

1. Hasspalela Binti Mohammed Hassan – Kulai
2. Zakiah Binti Kalipunya – Semporna
3. Rosmarynda Binti Mohamad Rasidi – Bandar Tun Razak

KETUA PUTERI

1. Shahaniza Binti Shamsuddin – Maran
2. Rosnah Binti Hj Abd Rashid Shirlin – Papar
3. Ismalina Binti Ismail – Wangsa Maju
4. Bibi Sharliza Binti Mohd Khalid – Rembau
5. Ida Rahayu Binti Md Noor – Petaling Jaya Utara
6. Saarah Binti Ali Bashah - Seputeh

NAIB KETUA PUTERI

1. Nolee Ashilin Binti Mohammed Radzi – Lembah Pantai
2. Shahanim Binti Mohamad Yusoff – Sungai Petani
3. Wan Norashikin Binti Wan Noordin – Pasir Salak
4. Nordiana Binti Shafie – Kuala Terengganu
5. Haslinda Binti Mohd Zerain - Ampang

AHLI JAWATANKUASA PUTERI

1. Mas Ermieyati Binti Samsudin – Masjid Tanah
2. Idamoerni Binti Zakaria – Bukit Gelugor
3. Fahariyah Binti Md Nordin – Ledang
4. Nor Azita Binti Abdul Rahman – Pekan
5. Norhamizah Binti Mat Tahir – Selayang
6. Norashikin Binti Abdul Rahman – Rasah
7. Azlinda Binti Zubir @ Zubin – Bukit Katil
8. Rina Binti Mohd Harun – Sepang
9. Inahwyati Binti Jaini – Tenom
10. Huzry Fionnawatty Binti Hussein - Segambut
11. Wan Salwati Binti Abdullah - Seremban
12. Isfarina Binti Mohd Bali – Ipoh Barat
13. Anita Binti Murad – Tenggara
14. Dg Maimunah Binti Sidek – Sipitang
15. Roselinda Binti Abd Jamil – Klang
16. Faraha Binti Ismail – Mersing
17. Nordiana Binti Shafie – Kuala Terengganu
18. Azliza Binti Ahmad – Seputeh
19. Rohaiza Binti Yang Yussof – Kuala Kangsar
20. Fatimah @ Nik Fatimah Binti Haji Nik Salleh – Tumpat
21. Azana Rita Binti Abdul Aziz – Tambun
22. Nik Nora Hiryani Binti Nik Mohamed Yusoff – Gua Musang
23. Jamilah Hanim Binti Othman – Petaling Jaya Selatan
24. Azifah Binti Abdul Rahman – Pokok Sena
25. Shahanim Binti Mohamad Yusoff – Sungai Petani
26. Wan Noor Dizamdila Binti Wan Mustapa – Arau
27. Wan Norashikin Binti Wan Noordin – Pasir Salak
28. Hamizah Binti Abdollah Zawawi - Putrajaya
29. Hartini Binti Abdul Rahman – Jerantut
30. Zauyah Binti Zainuddin – Bandar Tun Razak
31. Zurina Binti Abd Rahman – Hulu Terengganu
32. Ellyana Binti Mohd Muslim Tan – Padang Besar
33. Nashua Binti Fauzun – Segambut
34. Norsabrina Binti Mohd Noor – Kulim-Bandar Baharu
35. Zahida Binti Zarik Khan - Pandan
36. Asmaiza Binti Ahmad – Padang Besar
37. Hamidah Binti Mohd. Jaffar – Putatan
38. Emm Roosehaziram Binti Mohd Rahim – Pengkalan Chepa
39. Noor Marry Binti Abdul Karim – Jelebu
40. Herni Azura Binti Ghafar – Subang
41. Jamilah Binti Awang – Nibong Tebal
42. Hasrunizah Binti Hassan – Pontian
43. Siti Fatimah Binti Amir - Setiawangsa
44. Seriwani Binti Sabtu - Setiawangsa
45. Rita Syarinda Binti Manaf Najid – Dungun
46. Noor Hayati Fitrah Binti Shahril – Bayan Baru
47. Wan Zawiyah Binti Wan Halim – Kubang Pasu
48. Rosmarynda Binti Mohamad Rasidi – Bandar Tun Razak
49. Azlinda Binti Alis – Kubang Kerian
50. Nur Fazlim Binti M Mohamed Kunju – Kemaman
51. Norhasmimi Binti Abdul Ghani – Kuala Krau
52. Julie Binti Sabran – Beluran
53. Masmira Binti Mohd Salleh – Bukit Bintang

(sumber; umno-online)

Saturday, February 21, 2009

Soal Jawab: Semangat setia kawan mampu perkukuh Pemuda



Oleh Nurul Adlina Kamaludin dan Rohaniza Idris

Khairy Jamaluddin

Khairy yakin pimpinan dinamik realisasikan perjuangan parti untuk agama, bangsa, tanah air

KERUSI Ketua Pemuda yang dipertaruhkan pada pemilihan Umno bulan depan menjadi rebutan tiga calon, termasuk orang kuat pergerakan yang juga Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin. Wartawan Berita Minggu, Nurul Adlina Kamaludin dan Rohaniza Idris, mendekati calon paling muda ini bagi mendapatkan pandangannya.

BERITA MINGGU; MENGAPA YB membuat keputusan bertanding jawatan Ketua Pemuda.

Saya percaya Pemuda perlukan calon yang membawa suara orang muda di akar umbi. Berbanding calon lain, saya paling muda. Saya masih lagi umur Pemuda dan tidak melangkaui umur Umno dewasa. Maka, pendekatan, aspirasi, isi hati, memahami kebimbangan orang muda itu, saya rasa ada sedikit kelebihan kerana dapat merasai peralihan generasi yang sedang berlaku.

Apabila kita melihat Umno induk sendiri ada peralihan generasi daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Razak, maka saya nampak di dalam Pergerakan Pemuda kita perlukan peralihan itu.

Jika tidak, kita hanya retorik apabila menyebut mengenai peremajaan Umno dan tidak memberi peluang kepada generasi muda mengambil tampuk kepemimpinan berkenaan.

Dulu, tidak mengapa jika Ketua Pemuda berada di dalam kelompok usia dewasa. Mungkin kerana ada ketandusan pemimpin muda. Tetapi kini, Akta Belia pun sudah dipinda dan menyatakan Pengerusi dan pemimpin persatuan belia berada di bawah umur 40, maka dalam Pergerakan Pemuda ini perlu dipraktikkan.

Cabaran pilihan raya umum akan datang untuk menarik minat pengundi muda di bawah umur 40. Jadi kita perlukan kepemimpinan yang menjiwai orang muda, dipimpin oleh orang muda. Tahun ini, kita mahu catatkan sejarah, Pemuda Untuk Pemuda.

BERITA MINGGU; Kenapa YB menjadi calon terakhir mengumumkan untuk bertanding.

Saya mengambil sikap tunggu dulu kerana mahu lihat calon lain yang menawarkan diri. Kita kena bagi alternatif kepada perwakilan. Saya nampak dua calon menawarkan diri sudah masuk usia pertengahan 40-an. Jadi saya tunggu mana tahu kalau ada calon dalam lingkungan umur 30-an membuat pengumuman dan ke depan. Apabila tiada, saya selaku Naib Ketua Pemuda, rasanya ada platform untuk ke jawatan Ketua Pemuda.

Bagi saya Pergerakan Pemuda memerlukan pemimpin jangka panjang dan wawasan masa depan. Bagi saya umur masih 33 tahun, boleh lama bersama Pemuda. Untuk mengukuhkan Pemuda memerlukan sentuhan jangka masa panjang.

BERITA MINGGU; YB memilih slogan 'setia kawan' bagi persaingan ini.

Perkara paling asas dalam perjuangan politik adalah keikhlasan menjaga angkatan dan barisan kita. Setia kawan bermaksud kita pentingkan rakan-rakan bukan hanya diri sendiri. Saya berpegang kepada prinsip perjuangan semangat berpasukan. Jadi apa yang berlaku kepada rakan, akan beri kesan kepada kita.

Jika di medan perang, rakan ditembak, kita juga berasa sakitnya. Kalau rakan menganggur, kita pun rasa susah. Kalau kawan ada masalah, kita pun rasa kebimbangannya. Jadi saya mahu tanamkan dalam hati Pemuda, apa yang paling penting adalah menjaga rakan. Saya tak suka budaya tamak atau pentingkan diri. Setia kawan adalah budaya orang Timur dan Melayu seperti kita menjaga kampung sendiri. Saya tak mahu Pemuda hanya jaga diri sendiri.

Sedari awal berpolitik, saya sering mendengar ungkapan Inggeris - 'In politics there are no permanent friends and permanent enemies.' (Dalam politik, tiada rakan atau musuh yang kekal). Contoh paling jelas Pakatan Rakyat, dulu musuh sekarang kawan. Tetapi untuk kata tiada rakan kekal, saya tidak setuju. Kalau kita pegang pada ungkapan tiada rakan kekal, ia seolah-olah kita tiada prinsip. Kita mesti ada prinsip. Susah senang bersama rakan. Jangan guna perwakilan hanya ketika kempen untuk menang. Dengan slogan setia kawan ini, saya sebenarnya berikrar dan berjanji akan ingat jasa perwakilan selama-lamanya.

BERITA MINGGU; Ada menyifatkan YB masih baru atau kurang berpengalaman.

Dari segi pengalaman dan mengikut usia, saya memang masih muda tetapi di dalam Pemuda selaku Naib Ketua sudah empat tahun. Sebelum itu menjadi Exco untuk empat tahun juga. Jadi sedikit sebanyak dapat menimba pengalaman terutama di bawah kepemimpinan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Ketua Pemuda). Tidak hanya visinya, tetapi juga aspek pentadbiran dan pengurusan Pemuda. Soal pengalaman menjaga orang muda ini, saya memang sudah ada. Calon lain pun ada pengalaman dan tidak boleh dipertikaikan. Pengalaman menjaga Pemuda itulah yang relevan menjadi Ketua Pemuda.

BERITA MINGGU; Bagaimana YB melihat peluang memandangkan saingan lain tidak kurang hebatnya.

Susah nak buat rumusan mengenai peluang kemenangan tetapi saya merayu perwakilan pertimbangkan pencalonan saya. Kalau mereka inginkan kepemimpinan muda dan pemimpin yang mengutamakan kebajikan mereka, itulah slogan setia kawan yang saya bawa. Kalau ada kawan yang setia, kita akan membantu kawan-kawan kita. Saya anggap ahli pergerakan ini kawan-kawan. Saya bukannya ketua dan yang lain pengikut. Itu bukan saya kerana saya adalah sebahagian daripada angkatan ini. Cuma diangkat dan diamanahkan menjadi Naib Ketua tetapi saya kena ingat bahawa amanah itu berdasarkan kepada setia kawan untuk bantu akar umbi.

Kini, tekanan ekonomi dirasai oleh semua bukan saja ahli Umno tetapi seluruh rakyat. Apabila menjadi ketua, saya kena menjaga akar umbi, memastikan peluang pekerjaan dan peluang ekonomi untuk generasi muda Melayu dan ahli Pemuda dijaga dengan sempurna. Saya ada memberitahu ahli, saya mahu menjadi pekerja untuk mereka dan jangan anggap saya sebagai ketua dan pemimpin saja. Saya diberi amanah dan perlu bekerja. Sebab itu, sebagai calon yang ada rancangan masa depan, saya tidak menganggap jawatan Ketua Pemuda sebagai batu loncatan, duduk hanya satu penggal dan kemudian mendapatkan jawatan lebih tinggi.

Berikutan hasrat memegang jawatan ini untuk jangka masa lama, perkara pertama yang harus saya buat adalah bekerja bersungguh-sungguh. Jika tidak saya akan ditolak pada penggal seterusnya. Apabila kita ada kesungguhan untuk jangka panjang ia berbeza dengan azam mereka yang mahukan ia sebagai batu loncatan ke peringkat lebih tinggi atau menjadi pemimpin untuk satu penggal saja.

BERITA MINGGU; Apakah ciri seorang Ketua Pemuda pada pandangan YB.

Pertama mestilah seorang yang mempunyai kelantangan menyuarakan hasrat rakyat dan bangsa. Kedua, dapat berhujah dengan berkesan. Kadang-kadang kita lantang tetapi tidak berisi, maka tidak dapat menyampaikan mesej dan patahkan hujah pembangkang. Jadi kita kena ada kebolehan berhujah bagi menyampaikan maklumat serta berdepan pembangkang.

Ketiga, lebih kepada perkhidmatan. Mereka perlu memastikan telinga selalu mendengar masalah daripada bawah. Ketua Pemuda perlu meruntuhkan segala dinding protokol yang ada bagi merapatkan jurang kepemimpinan dan akar umbi. Itu paling penting. Jika kita berhenti mendengar rintihan dan masalah akar umbi, maka di situlah kita berhenti menjadi pemimpin berkesan.

BERITA MINGGU; Andai terpilih, apakah YB akan menjadi lebih lantang bersuara.

Kelantangan ini kena bertempat. Kalau kita hanya lantang bersuara tetapi tidak bekerja, ia tidak memberi sebarang kesan. Apa yang penting, Pemuda ini bukan hanya pendesak tetapi pembawa penyelesaian masalah. Zaman Pemuda dulu amat berbeza berbanding sekarang.

Pemuda zaman dulu tidak ada cara dan peranan untuk menentukan dasar orang muda dan menyelesaikan masalah mereka. Kini Pemuda sudah ada peranan dalam kerajaan dan diberikan tempat oleh kepemimpinan Barisan Nasional (BN) dan Umno untuk selesaikan masalah.

Minggu lalu misalnya, kelantangan Pemuda terserlah memperjuangkan dan mempertahankan Raja Berperlembagaan dalam kes di Perak. Pemuda juga membuat laporan polis dan saya menghimpunkan lebih 4,000 orang di padang Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Malah, selepas itu Pemuda Selangor dan Wilayah mengambil tindakan susulan membuat demonstrasi dan perhimpunan. Ini semua adalah kelantangan Pemuda. Kelantangan Pemuda bertempat, kita bukannya buat semua itu untuk setiap isu. Kalau tidak ia akan menampakkan kita tiada kerja lain selain berdemonstrasi saja. Bagi saya, kita perlu ada dua pendekatan, satu kelantangan dari segi ke hadapan tetapi biarlah bertempat dan kedua, ada penyelesaian.

BERITA MINGGU; Apa pandangan yang melihat YB sebagai samseng Umno.

Saya bukan samseng... agresif Pemuda pun bertempat. Apa yang saya lakukan bukannya membawa budaya samseng tetapi kelantangan bersuara, bukan kekerasan. Itu bukan budaya kita.

BERITA MINGGU; YB adalah Naib Ketua Pemuda. Bukankah ini satu kelebihan berbanding calon lain.

Saya nampak, jika calon yang lain tidak popular maka ia akan bagi kelebihan kepada saya. Namun, dua calon itu ada nama dalam politik. Saya sebagai Naib Ketua Pemuda tidak bawa apa-apa kelebihan. Calon lain saya lihat menawarkan perubahan secara menyeluruh kepada Pemuda, seolah-olah apa yang sudah dilakukan Pemuda sebelum ini tidak berkesan langsung.

Sebagai Naib Ketua, saya mengambil tanggungjawab bersama Hishammuddin dan tidak benar apa yang kita buat selama ini semuanya tidak betul. Saya tidak boleh menerima dakwaan itu. Saya akui ada benda yang perlukan pembaharuan dan diperbaiki. Mungkin calon lain merasakan mereka bebas mengkritik kepemimpinan Pemuda sekarang.

BERITA MINGGU; Apa yang YB maksudkan peremajaan dan pemugaran dalam Umno.

Peremajaan adalah peralihan generasi. Kita melihat kini berlaku peralihan kuasa yang bukan hanya membabitkan perubahan pemimpin tetapi peralihan generasi. Daripada seorang pemimpin negara dan parti yang terakhir lahir sebelum kemerdekaan kepada pemimpin yang dibesarkan dalam era pasca kemerdekaan. Inilah peralihan generasi yang cukup ketara sekali.

Dalam konteks Pemuda, saya mahu menyeru ahli supaya buat peralihan generasi daripada kepemimpinan pada usia 40-an kepada 30-an, generasi Wawasan 2020. Saya adalah generasi Wawasan ini. Jadi itulah maksud peremajaan. Dalam konteks gerak kerja, kita kena bagi peluang ramai lagi orang muda masuk parti dan bersama dengan kita.

Kini, orang muda rasakan ada sekatan untuk berada dalam Umno dan perkara ini bukan hanya membabitkan keahlian semata-mata tetapi program yang kita laksanakan untuk generasi muda. Program yang kita laksanakan juga tidak harus syok sendiri saja. Buat program hanya untuk orang Umno. Saya nampak program yang dianjurkan hanya untuk ahli, muka yang sama dan tidak membabitkan generasi muda yang umum dan luas.

Kita harus sedar hakikat, pengundi muda untuk pilihan raya umum akan datang ada lebih 7 juta berbanding keahlian Pemuda 750,000. Oleh itu, kita kena menjangkaui batasan tradisi, tidak hanya menganjurkan program untuk ahli Umno.

Jika kita menarik penyertaan lebih ramai orang, proses meremajakan Umno akan berlangsung secara automatik kerana keyakinan orang muda kembali kepada Umno kerana Umno menampilkan wajah dan satu gerak kerja yang lebih sesuai dan serasi dengan orang muda.

BERITA MINGGU; Apa yang boleh YB tawarkan jika dipilih sebagai Ketua Pemuda.

Pertama, kita mahu bergerak dalam keahlian Pemuda Umno. Kita jaga kebajikan ahli Pemuda yang boleh menyebabkan ahli bersemangat membawa perjuangan. Jika kita tidak mampu menjaga rumah tangga, serta ekonomi ahli, maka semangat perjuangan turut terbatas kerana mereka terpaksa memikirkan kepentingan diri tanpa fikirkan masalah bangsa.

Kedua, menarik minat generasi muda di luar Umno. Kita nak mengenal pasti program untuk golongan muda di bawah umur 40-an ini. Kita akan mengadakan program untuk masyarakat bawah usia 40-an seperti pegawai kerajaan, guru, profesional, imam, ahli akademik serta media. Jangan kita fikir mereka yang bukan ahli Umno ini tidak sokong kita. Mereka ini menyokong cuma tidak menjadi ahli saja. Jadi, sentuhan ini berbeza. Kita perlu bertanya apa yang mereka mahukan dan apa yang patut Pemuda lakukan. Kadang-kadang kalau kita hanya mendengar suara orang Umno, pemikiran kita terbatas dan kita tidak menjadi masyarakat terbuka kerana tidak mendengar pendapat mereka di luar. Jadi saya mahu pecahkan sentimen sebegini dan segmen masyarakat. Kita mungkin adakan dialog dengan mereka dan buat program tertentu. Kita kena buat program mengikut sasaran masyarakat dan kehendak mereka.

Ketiga, saya mahu merapatkan lagi hubungan dengan parti komponen kerana sebagai Ketua Pemuda Umno, pemimpinnya juga menjadi Pengerusi Pemuda BN. Kita tidak boleh lupa kepada 14 parti komponen ini. Pendekatan yang ingin saya bawa adalah yang berhemah dan berprinsip tanpa berkompromi dengan perjuangan Umno serta pendekatan mengukuhkan lagi hubungan antara Pergerakan Pemuda komponen yang lain.

Sebelum ini kita melihat dan mencari penyelesaian dalam perbalahan yang berlaku. Kini, kita kena cari formula yang dapat kukuhkan hubungan malah, saya akan kerapkan mesyuarat Pemuda BN di semua peringkat supaya dalam apa isu kita akan bercakap senada dan satu suara. Saya tidak mahu lagi selepas ini isu seperti isu Melayu hanya dibangkitkan oleh Umno, Cina oleh MCA dan kemiskinan golongan muda India oleh MIC. Apa salahnya kita bangkitkan isu secara bersama, saya rasa tak salah. Saya rasa tak kurang semangat nasionalisme kalau saya bantu bangsa lain untuk masalah mereka sendiri. Inilah konsep perkongsian kuasa tulen.

BERITA MINGGU; Tidakkah YB melihat pendekatan bersuara bagi bangsa lain boleh mencetuskan rasa tidak senang.

Tidak. Apa salahnya kita melakukan perkara yang tidak bercanggah dengan perjuangan. Contohnya jika kita perjuangkan isu kemiskinan di estet, adakah ini dilihat sebagai bercanggah dengan orang Melayu? Saya rasa tidak. Jika kita cakap mengenai bantuan kepada pelajar Cina, ia juga tidak menjejaskan tumpuan kepada kepentingan Melayu. Begitu juga dengan rakan MCA dan MIC yang sepatutnya sama-sama membantu isu lain yang turut membabitkan kepentingan Melayu di luar bandar. Ini bukan 'zero sum game' iaitu saya untung kamu kalah. Kita perlu cari isu yang boleh bawa keuntungan kepada semua bangsa.

BERITA MINGGU; Pandangan YB mengenai politik wang hingga Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen mencadangkan sayap Umno dibubarkan.

Cara menangani politik wang bukan membubarkan, sebaliknya mengukuhkan lagi sayap parti. Inilah tempat kita mendidik ahli muda erti perjuangan sebenar iaitu majukan negara, bangsa serta tegakkan syiar Islam. Kalau kita bubarkan sayap ini, habislah idealisme parti yang membara di kalangan orang muda. Inilah tempatnya kita perangi habis-habisan politik wang. Kita terapkan jati diri, prinsip, keikhlasan perjuangan di kalangan mereka. Bagi menangani politik wang, kita harus kuatkan idealisme ahli.

Kenyataan Tengku Ahmad Rithauddeen itu seolah-olah politik wang cuma wujud dalam sayap sedangkan ia masalah umum yang perlu ditangani. Kalau pendidikan politik itu dijalankan menyeluruh dengan memberi latihan ahli Pemuda dan Puteri, mereka dapat menilai pemimpin berdasarkan kesungguhan dan keikhlasan perjuangan.

Saya juga mahu bawa satu budaya dalam Pemuda iaitu pemikiran yang matang. Apa saja kita buat perlu berdasarkan kepada hikmah dan kebijaksanaan. Kita pilih pemimpin bukan ikut sentimen, tapi kekuatan dan kesesuaian. Kalau tiada budaya ini dalam Pemuda, mereka akan ikut nafsu seperti kerakusan mendapatkan duit yang tidak berdasarkan kewarasan.

BERITA MINGGU; Tidakkah status menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi boleh mengaburi kemampuan sebenar YB.

Saya melihat sebahagian besar perwakilan dapat menilai calon berdasarkan kekuatan peribadi bukan persepsi, pertalian keluarga atau kekuatan ekonomi. Selepas bertemu perwakilan dalam tempoh dua tiga bulan lalu, saya dapat rasakan kejujuran dan pemikiran mereka.

Saya tekankan kepada mereka, jangan pilih pemimpin kerana beliau menantu, anak atau pernah pegang jawatan tetapi pilih untuk masa depan Pemuda dan apa yang boleh beliau lakukan.

BERITA MINGGU; Apakah YB yakin dapat terus bertahan dalam bidang politik selepas peralihan kepemimpinan bulan depan.

Jika kemasukan saya dalam politik bergantung sepenuhnya kepada usaha Pak Lah, mungkin soalan itu relevan. Tapi dari dulu, saya cuba berdikari dan di atas kekuatan sendiri. Bagi saya, Insya-Allah saya boleh terus bertahan dalam senario pasca pentadbiran Pak Lah sebab saya tak pernah bergantung kepada pertalian itu. Saya berpolitik atas kekuatan dan kesungguhan saya.

BERITA MINGGU; Bagaimana dengan pandangan pihak yang beranggapan YB patut berundur selepas ketiadaan Pak Lah.

Biarlah kita serahkan kepada perwakilan membuat keputusan itu. Tiada siapa pun yang layak menentukan sama ada seseorang itu relevan atau tidak dalam parti selain ahli dan perwakilan.

BERITA MINGGU; Apa harapan YB bagi pemilihan ini.

Pertama, harapan saya perwakilan membuat pilihan calon mengikut merit. Kita perlu ada sistem merit dalam politik. Apabila kita nilai calon, kita tahu kelayakan calon itu untuk jadi Ketua Pemuda. Keupayaannya dari segi kebolehan dan kejujuran.

Kedua, saya harap perwakilan pilih calon yang mempunyai perancangan masa panjang untuk Pemuda bukan hanya 'singgah' untuk jawatan lain. Buat pilihan ikut realiti, bukan persepsi. Saya rasa perwakilan Pemuda lebih mengenali saya dan realiti siapa saya daripada persepsi yang ada.

(sumber; berita minggu 15022009)

Saturday, February 14, 2009

MKT2009; Soal Jawab: Pemuda kena berani jadi suara perubahan



Mohamad Khir Toyo

(BERITA MINGGU 08FEB2009)

Rakyat bosan jika asyik bercakap bagi pihak kerajaan

PERSAINGAN merebut kerusi jawatan Ketua Pemuda Umno bulan depan memang panas dan menjadi tumpuan. Wartawan Berita Minggu, Nurul Adlina Kamaludin dan Mohd Azis Ngah menemubual calon yang mendapat pencalonan kedua tertinggi bagi jawatan itu, bekas Menteri Besar Selangor yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno (MT), Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo bagi mendapatkan pandangannya.

BERITA MINGGU; MENGAPA Datuk Seri membuat keputusan bertanding jawatan ini?

Pertama, sejak empat lima tahun ini, saya melihat Pemuda tidak memainkan peranan sebaiknya sehinggakan peranan itu diambil alih badan bukan kerajaan (NGO) dan pembangkang. Bagi saya, Pemuda perlulah berani menjadi suara rakyat, cakap mengenai kepemimpinan dan kehendak rakyat. Pemuda tak boleh lagi bercakap bagi pihak kerajaan. Jika semua bercakap bagi pihak kerajaan, rakyat akan mencari media (saluran) lain menyuarakan harapan mereka. Akhirnya yang dianggap berkesan adalah NGO dan pembangkang. Apabila ini berlaku, mereka menganggap diri serasi dengan perjuangan pembangkang. Orang muda lebih kepada sifat idealis, melihat sesuatu perkara daripada aspek terbaik.

Saya lihat tidak ramai ahli pergerakan yang mengenali Umno, menjadi ahli Umno tetapi hakikatnya tidak menjiwai Umno. Tidak ramai ahli Pemuda dapat memberi jawapan tepat apabila ditanya tujuan menyertai Umno. Daripada 10 orang yang ditanya, hanya seorang bagi jawapan tepat. Paling sedih, ramai katanya Umno boleh beri mereka projek, kedudukan dan kuasa. Jarang kaitkan Umno untuk agama, bangsa dan negara. Oleh kerana mereka tidak menjiwai Umno, sikap untuk berkorban memang tiada. Ini masalah yang besar kerana apabila mereka bergerak, mereka akan minta habuan.



Jika kita nak buat pembaharuan dalam parti, perubahan tak memadai dalam keadaan Umno dilihat dalam keadaan kritikal. Oleh itu, Umno kena buat pembaharuan. Ia mestilah dimulai oleh Pemuda kerana ia tidak akan berlaku dalam tempoh semalaman, mungkin berlaku dalam tempoh lima tahun. Saya lihat Pemuda perlu diperbaharui, jika nak buat transformasi, kita cuma nak buat pembaharuan daripada struktur, peranan dan pendekatan. Jika kita gagal membaharui Pemuda, maka Umno akan pupus.

BERITA MINGGU; Apakah Datuk Seri berasakan latar belakang dan pengalaman sebelum ini memadai untuk bertanding bagi jawatan ini?

Saya tak fikirkan jawatan kerana perjuangan Umno perlu dikekalkan. Ramai kata Umno ini parti lama dan tak boleh mati. Keramat Umno kerana ahli memahami perjuangannya. Umno sekarang bersifat eksekutif, buat program pun di hotel lima bintang, pemimpin dihormati berlebihan hinggakan menegur pemimpin dianggap kurang ajar.

Saya sudah lalui semua, daripada asal orang susah, jadi Menteri Besar Selangor dan jatuh pada hari ini. Saya rasakan tak ramai orang macam ini hari ini. Tidak ramai pemimpin lahir daripada anak petani miskin, terpaksa minta derma nak masuk universiti, menjadi Menteri Besar Selangor pada usia 33 tahun. Selama lapan tahun di Selangor, saya bawa banyak kemajuan. Cuma pada Pilihan Raya Umum ke-12 kita kalah, kerana banyak faktor termasuk faktor nasional kerana kenaikan harga minyak dan kenaikan kos hidup tinggi. Orang Cina dan India pula tidak bersama kita.

Biarpun bermula dari bawah, naik ke puncak dan kembali semula ke bawah, saya tak lari daripada perjuangan. Inilah semangat yang perlu difahami Pemuda. Apabila kita pernah jatuh bangun dalam politik, macam Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah kalah dan bangun semula dalam politik, kita memahami erti tawaduk, memahami keadaan, yang tahu bagaimana kita dihina dan dicaci. Saya pernah dihalau pada jam 4 pagi di kediaman Menteri Besar Selangor. Cuma tinggal keluarga saja pada waktu itu. Anak saya sampai sekarang masih trauma. Kami dihina, dicaci pihak tertentu. Saya hadapi bersendirian kena halau tengah malam, mereka periksa beg, kotak yang tak sepatutnya. Orang Melayu perlu sedar supaya ia tidak berlaku kepada orang lain.

BERITA MINGGU; Adakah Pemuda gagal menarik generasi muda atau ahli sedia ada sebenarnya berkurangan?

Ahli bertambah tetapi tidak menjurus kepada pengorbanan. Sekitar 1960-an dan 1970-an, orang tua mempengaruhi orang muda tetapi sekarang sudah terbalik, orang muda yang mempengaruhi orang tua. Kena ingat, apabila orang muda dari Lembah Klang balik mengundi di kampung, mereka boleh paksa ahli keluarga, ibu bapa supaya undi pilihan mereka. Kalau katakan ada 30 peratus orang muda balik kampung mempengaruhi 20 peratus orang tua, itu sudah menjadi 50 peratus dan besar kesannya. Sudah tiba masanya Pemuda jadi suara rakyat dan inilah masanya membetulkan Umno kerana parti inilah yang memberi peluang dan pengalaman kepada saya.

BERITA MINGGU; Benarkah dulu Pemuda cukup berani apabila mereka menegur ramai akan menyokong dan Pemuda dilihat cukup kuat tetapi keadaan sekarang jauh berbeza? Komen Datuk Seri?

Sebab itu saya gunakan slogan 'Pemuda Berani.' Saya nak bangkitkan semangat berani dalam Pemuda. Jika nak berubah, mereka kena berani jadi suara rakyat, bukan setakat berubah pada nama. Dalam keadaan sekarang, jika mereka tak puas hati, mereka tak jumpa Pemuda sebaliknya jumpa kesatuan masing-masing. Dalam konsep perjuangan ini kita kena lihat dua aspek, pertama yang melaksanakan polisi dan kedua yang memantau polisi. Pemuda perlu memainkan peranan sebagai pemantau polisi. Mereka masih muda, jika buat silap pun masih boleh dimaafkan sebab masih muda dan jadi platform untuk jadi pemimpin akan datang. Ramai pemimpin hari ini tak datang dari bawah dan ramai tak faham kehendak dan masalah rakyat, sebab itu hari ini pemimpin buat lain, rakyat nak lain.

BERITA MINGGU; Dalam keadaan Datuk Seri tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan, adakah ini mampu untuk menangani pelbagai isu dalam keadaan Umno dianggap kritikal. Di manakah peranannya Pemuda berani?

Kerajaan banyak adakan program untuk rakyat. Tetapi berapa banyak program itu boleh membabitkan orang muda. Contohnya, isu paling besar ialah pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Jika dulu orang muda terikat kerana dapat biasiswa, tetapi sekarang mereka dapat pinjaman sama macam bank. Pinjam dengan kerajaan atau pinjam dengan bank sama saja dan tetap kena bayar faedahnya. Macam mana muda orang nak dekatkan diri dengan kerajaan dan berasa terhutang budi dengan kerajaan. Kita pernah cadangkan, jika nak kena bayar pun, biarlah ketika tahun kelima atau keenam selepas bekerja, bukan tahun pertama.

Masa itulah nak kahwin, nak bantu keluarga, nak mula kerjaya, baru nak cari tapak berniaga. Mungkin kita boleh bagi diskaun jika mereka berkhidmat dalam kerajaan, sebab mereka curahkan semula khidmat kepada kerajaan selepas dapat pinjaman kerajaan. Saya boleh bercakap sebab di Selangor, kami bagi pinjaman pengajian tanpa faedah. Bila nak bayar, mereka boleh bincang.

BERITA MINGGU; Andai Datuk Seri dipilih sebagai Ketua Pemuda, apa yang boleh Datuk Seri lakukan?

Saya akan pimpin Pemuda menjadi berani, pendesak isu rakyat dengan memberi penekanan kepada pembaharuan Umno, Barisan Nasional (BN), peranan orang muda serta ekonomi. Parti mesti sentiasa diaktifkan, bukan hanya menjelang pilihan raya dan bilik gerakan mesti mewakili semangat BN sebenarnya. Tempat MCA, mesti ada Umno dan MIC. Semua aktiviti mesti berasaskan perjuangan BN. Pembaharuan dalam Umno juga penting dan Pemuda harus mengutarakan isu seperti struktur parti sendiri. Hari ini kita ada satu Timbalan Presiden, mengapa tidak letak dua Timbalan Presiden – satu dalam kerajaan dan seorang lagi jaga pengurusan atau di luar kerajaan supaya ada 'check and balance.' Naib Presiden juga tambah kepada empat orang. Dua di dalam dan dua lagi di luar kerajaan. Rakyat tidak ke mana sebab kepentingan mereka terbela.

Jika ada pemimpin yang berada dalam kerajaan gagal berkhidmat dengan baik, peranan mereka diambil alih rakan yang di luar kerajaan. Jadi sesiapa yang kerja, perlu bertugas dengan betul. Saya akan tumpu kepada isu ini.

Penstrukturan dalam Pemuda, Wanita dan Puteri perlu lebih khusus. Kita lihat hari ini, pembabitan Pemuda dalam program kerajaan tiada. Contohnya dalam pelbagai suruhanjaya yang ditubuhkan, tiada orang muda langsung. Pengalaman itu perlu diwarisi. Bagaimana 10 tahun akan datang kita tubuhkan suruhanjaya lain dan ahli terdahulu sudah tiada? Timbalan Menteri, seharusnya dipilih orang muda. Ia menjadi cara melatih mereka menjadi pemimpin yang baik. Saya tak nampak perkara itu berlaku sekarang. Kita tidak boleh ambil pemimpin tangkap muat saja. Pemuda juga perlu berubah dengan kembali kepada asas perjuangan iaitu agama dan bangsa.

Kita perlu ubah sikap dan mentaliti materialistik. Lupakan hasrat mengadakan semua acara di hotel lima bintang. Sebaliknya, buat mesyuarat di kampung, manfaatkan program 'homestay' atau inap desa supaya lebih dekat dengan masyarakat serta menghayati kegiatan ekonomi rakyat. Selepas solat Maghrib dan tahlil, kita bincangkan perjuangan parti. Cara ini ada komunikasi dua hala. Sekarang, banyak aktiviti diadakan di hotel mewah. Pemimpin bercakap di atas pentas sedangkan ahli di bawah tidak faham. Cuma komunikasi sehala.

Selain itu, mantapkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana Umno tidak boleh ketepikan perjuangannya membela orang Melayu, agama dan bangsa. Dasar baru itu boleh dibuat dengan memfokus kepada merapatkan jurang pendapatan antara rakyat. Pendapatan purata orang Melayu berkeluarga adalah RM2,800 sebulan dan bujang RM3,200. Bagi orang Cina berkeluarga, jumlahnya RM4,400 sebulan. Selagi orang Melayu tidak mengatasi atau samakan jurang pendapatan, selagi itu kerajaan perlu memberi lebih banyak bantuan kepada mereka.

BERITA MINGGU; Apakah ciri-ciri Ketua Pemuda bagi pandangan Datuk Seri?

Pemimpin yang menginsafi susah senang bangsanya dan mempunyai pegangan agama dan perlu memahami permasalahan yang wujud di sekelilingnya. Soal agama misalnya, Umno dilihat tidak berjuang untuk agama menyebabkan Pas mengambil alih segmen itu. Sebab itulah orang Melayu berpecah. Mereka yang fikirkan soal agama, memilih Pas. Imej Umno dari segi keagamaan itu terjejas dan ini perlu diperbetulkan.

Mereka yang lihat soal bangsa Melayu itu tidak diperjuangkan Umno pula lari kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana menganggap pembangkang itu boleh jadi suara. Inilah hakikatnya dalam Umno. Jadi, kalau Umno balik kepada agama dan soal bangsa, tiada sebab berlaku masalah rakyat lari kepada Pas dan PKR. Ketua Pemuda mesti memahami kehendak anggotanya dan orang muda, termasuk isu semasa dan manfaatkan apa yang ada. Ini seperti faedah teknologi maklumat seperti peranan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan multimedia lainnya. Hantar SMS kepada orang muda sekerap mungkin dan mana tahu selepas lima tahun, mereka boleh mengundi BN. Di sinilah peranan IT yang saya gelar sebagai 'forced information' atau maklumat secara paksa menerusi SMS, MMS dan pesanan suara. Suka atau tidak, mereka pasti akan membuka setiap mesej yang diterima. Ketua Pemuda perlu peka kepada senario semasa.

BERITA MINGGU; Datuk Seri semestinya sudah menemui ramai perwakilan ketika berkempen. Bagaimana Datuk Seri melihat peluang dalam persaingan ini?

Saya seorang 'dark horse' (calon bukan pilihan) dan itulah keadaannya sepanjang masa. Tetapi peluang saya mungkin juga 50/50. Harapan memang ada. Perlu diingat, ketika berkempen menemui orang, apa yang saya lakukan adalah memberitahu mereka apa yang mampu dibuat.

Sebagai calon bukan pilihan, saya berharap janganlah perwakilan menganaktirikan saya. Saya 'yatim piatu' dalam politik. Saya tidak membawa nama sesiapa kecuali diri sendiri.

Inilah hakikat politik di Malaysia dan kita perlu ubah. Bukan soal latar belakang semata-mata yang perlu jadi pilihan tetapi kemampuan calon. Apa yang saya mampu lakukan adalah tonjolkan kewibawaan dan pengalaman diri. Saya bermula dalam Umno dari peringkat bawah lagi dan meniti tangga hingga kepada kedudukan ini. Saya sudah melalui bermacam-macam pengalaman pahit, manis, buruk, indah dan semuanya dalam Umno. Biarpun berpengalaman, mujurlah saya masih muda dan mampu memberi sumbangan. Pengalaman lalu mendewasakan kita. Lihat saja pemimpin lalu seperti Dr Mahathir dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga pernah merasai jatuh bangun dalam Umno.

BERITA MINGGU; Tidakkah Datuk Seri melihat kekalahan Selangor di tangan pembangkang itu boleh menjejaskan peluang Datuk Seri?

Kalau kata saya kalah, saya cuma kalah pilihan raya tetapi majoriti meningkat di kawasan saya. Ini bererti kekalahan negeri disebabkan faktor lain. Sebagai Menteri Besar dulu, saya tidak gagal.

Buktinya, di bawah pentadbiran saya, masalah kemiskinan di Selangor daripada lima peratus berkurangan kepada di bawah satu peratus. Soal kebajikan orang Melayu saya juga jaga. Paling jelas, soal kutipan zakat daripada RM40 juta kepada RM240 juta pada 2007. Pelaburan, saya bawa masuk RM11 bilion. Masalah setinggan, daripada 47,000 kepada cuma tak sampai 500 orang. Pembangunan pula, Selangor menyumbang 25 peratus kepada pendapatan kasar negara. Jadi orang tidak boleh pertikai apa saya saya lakukan di Selangor. Oleh itu isu kekalahan Selangor tidak harus dijadikan alasan untuk perwakilan menolak saya.

BERITA MINGGU; Datuk Seri dikritik hebat kerana isu pemberian penyapu kepada pihak berkuasa tempatan ketika menjadi Menteri Besar dan turut disifatkan antara punca kekalahan BN di Selangor?

Kita kena berani melakukan sesuatu untuk kebaikan masyarakat. Kalau kita buat sesuatu yang baru dan drastik, memang ramai yang mengkritik. Tapi Alhamdulillah isu penyapu ini, ada hikmah yang berlaku. Dulu saya dikritik hebat. Tetapi tahun lalu, Pejabat Daerah dan pegawai sama (yang menerima penyapu) mendapat hadiah pertama kecemerlangan.

Kadar kutipan cukai pejabat berkenaan daripada 47 peratus meningkat kepada 94 peratus. Beliau mengakui dengan pemberian penyapu itu, semangatnya meningkat. Bagi saya, apa lebih penting ialah kesan daripada usaha yang dilakukan.

BERITA MINGGU; Pandangan Datuk Seri mengenai politik wang yang didakwa berleluasa hingga Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mencadangkan supaya sayap Umno dibubarkan?

Bagi saya tidak wajar menyatakan anak muda perlu belajar lagi dan semua sayap itu perlu dibubarkan. Apa yang penting adalah pembaharuan yang dibuat dan tugasan diberikan kepada golongan ini dapat direalisasikan. Setiap sayap ada peranan dan jasa. Kita perlu menjadi masyarakat yang memandang ke depan. Politik wang perlu ditolak kerana ia tidak melahirkan pemimpin disegani sebaliknya perasuah. Umno boleh berkubur jika politik wang berleluasa. Kita beri harapan bukan menaburkan wang.

BERITA MINGGU; Apa pesanan Datuk Seri kepada perwakilan?

Kita dalam politik harus tolong kawan-kawan bukan tikam kawan. Sebab itu kita ada perwakilan yang diberi amanah untuk mengundi dan memilih pemimpin, bukan ketua. Perlu diingat, ketua tiada kuasa, tetapi pemimpin mempunyai kuasa dan tahu apa yang mahu dibuat. Ibarat bidalan lama, kalau mahu mencari tempat mandi pertamanya teluk yang keduanya pantai. Begitu jugalah kalau mencari pemimpin, pertamanya elok dan keduanya pandai. Jangan melihat yang pandai saja kerana yang pandai ini boleh 'menjual' kita. Sebab itu orang tua beri peringatan ini. Pemimpin yang elok ini merasai susah senang. Seperti Nabi Muhammad SAW, yang dipilih kerana elok dulu, iaitu pengalaman sebagai anak yatim, miskin, dijaga bapa saudaranya dan hidup susah. Selepas itulah baru Baginda menjadi pandai apabila diberi ilmu. Mengapa Nabi tidak dipilih dari kalangan anak raja? Sebabnya Allah SWT mahu individu yang merasai kesusahan dulu. Pengalaman itu yang memberinya kelebihan untuk berdepan apa juga situasi selepas itu. Malangnya, tidak ramai yang melihat perkara ini.

Cetak artikel | Hantar pada kawan

Wednesday, February 4, 2009

MKT2009; Soal Jawab: Kepemimpinan baru Umno bawa impian orang Melayu






Dr Jamaluddin Jarjis

(SUMBER; BERITA MINGGU 01022009)

PERSAINGAN sengit merebut kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan kali ini sememangnya ketara. Selain bilangan sembilan calon bertanding, faktor kepelbagaian latar belakang dan pengalaman calon turut menjadi tumpuan. Minggu ini, dua lagi calon Naib Presiden yang pertama kali mencuba nasib, memberikan pandangan mereka. Wartawan Berita Minggu, Nurul Adlina Kamaludin dan Rohaniza Idris menemubual Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.

BERITA MINGGU; Ini adalah percubaan pertama Datuk Seri bertanding jawatan Naib Presiden. Mengapa baru kini.

Saya berterima kasih kepada bahagian yang mencalonkan saya untuk jawatan ini. Saya percaya ini suara akar umbi yang mahukan pembaharuan seperti yang disampaikan dalam pilihan raya umum lalu.



Umno sedang mencari pemimpin di peringkat Majlis Tertinggi (MT), Naib Presiden dan Timbalan Presiden yang dapat membantu Presiden Umno membawa pembaharuan kepada parti seterusnya mengharungi era 50 tahun akan datang bagi mencapai impian baru bangsa dan negara.

Memang benar, ini kali pertama saya menawarkan diri. Saya melihat perubahan sekitar di peringkat global dan dalaman serta perubahan demografik negara, juga mesej rakyat dalam pilihan raya umum lalu yang menunjukkan mereka mahukan perubahan.

BERITA MINGGU; Bagaimana peluang Datuk Seri memandangkan saingan lain tidak kurang hebat, malah ada calon lebih kanan dan berpengalaman dan sudah beberapa kali bertanding jawatan ini.

Ini proses demokrasi. Peluang ada atau tidak, kita serahkan kepada kebijaksanaan perwakilan. Apa yang penting, Umno kena ada pasukan yang sesuai membantu bakal Presiden, Datuk Seri Najib Razak.

Sama ada perlu gandingan baru dan lama, berpengalaman atau tidak, semuanya pasti akan di ambil kira perwakilan. Terpulanglah kebijaksanaan perwakilan memilih corak pasukan macam mana mereka mahu untuk membantu ketua pasukan mengharungi perjalanan 50 tahun ke depan.

Kita kena ingat bahawa Datuk Seri Najib adalah pemimpin pertama untuk era 50 tahun akan datang selepas negara merdeka 52 tahun. Umno sudah berjaya membawa Malaysia menjadi negara maju. Negara lain yang sama tempoh kemerdekaan dengan Malaysia, seperti Zimbabwe, Sri Lanka dan Ghana tidak berada di tahap yang kita ada seperti ini.

Cuma kini, pertimbangan untuk menilai pemimpin kena selaras dengan perubahan dunia dan perubahan Malaysia seperti perubahan demografi masyarakat, Contohnya, sekarang ini makin ramai pengundi lebih muda dan ramai tinggal di bandar.

Pemimpin yang dipilih perwakilan untuk bersama pasukan Datuk Seri Najib nanti perlu bijak menangani isu yang dilemparkan kepada Umno. Pasukan ini juga perlu bijak membawa perubahan dan sudah tentu mereka akan berjaya kerana Umno mempunyai rekod yang baik dalam sejarah dan semestinya mengangkat kejayaan dan martabat parti lebih tinggi.

BERITA MINGGU; Tidakkah Datuk Seri melihat sembilan calon yang bertanding itu persaingan sengit.

Perwakilan Umno tahu latar belakang sembilan calon yang bertanding. Setiap calon adalah yang terbaik, ada kekuatan dan keunikan masing-masing. Terserah kepada perwakilan untuk memilih.

Perwakilan tahu, seperti dalam pasukan bola sepak perlu ada posisi yang sesuai. Perwakilan tahu dan dapat menilai gandingan sesuai dan terserah kepada mereka menentukan percampuran sesuai mengisi tiga kekosongan itu.

Biarlah akar umbi yang pilih campuran baru dengan lama atau muka lama saja atau muka baru semuanya. Perwakilan ada kebijaksanaan mereka dan sejarah sudah membuktikan kewajaran dan kebijaksanaan mereka dalam pemilihan lalu.

BERITA MINGGU; Apakah ciri seorang Naib Presiden kerana kini ada calon mempunyai latar belakang politik wang layak bertanding.

Mengikut sejarah, perwakilan Umno amat bijak menyusun dan memilih pasukan yang akan membantu Presiden. Sekarang sudah ada kapten (Datuk Seri Najib), dan kini perwakilan hanya perlu memilih penyerang, pertahanan dan penjaga gol dalam pasukannya.

Kita serahkan kepada perwakilan kerana semua yang dicalonkan layak dan berkemampuan serta berpengalaman, bukannya sehari dua berada dalam politik. Kebanyakannya berada dalam arena ini lebih 20 tahun malah ada yang menjangkau lebih 30 tahun pengalaman.

Semua sembilan calon itu memenuhi ciri Naib Presiden. Cuma sekarang, perwakilan perlu pilih yang terbaik di kalangan terbaik. Pemimpin yang dipilih juga perlu ada kebijaksanaan dan kemampuan menangani ancaman baru seperti perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan globalisasi.

Mereka (pemimpin) juga perlu menangani perubahan dalaman seperti demografi orang Melayu yang ramai tidak sedar bahawa kini majoriti orang Melayu tidak lagi tinggal di luar bandar.

BERITA MINGGU; Bagaimana peluang Datuk Seri berdasarkan jumlah pencalonan yang diterima iaitu keenam dengan 27 pencalonan dan Datuk Seri kini berada di luar Kabinet.

Saya berpendapat biarlah perwakilan membuat pilihan. Mereka juga akan menentukan perubahan yang bakal dilaksanakan Umno untuk 50 tahun akan datang. Untuk itu, mereka (perwakilan) yang tahu siapa yang layak dan terbaik untuk membantu Presiden membuat perubahan dan anjakan.

Perwakilan ada kebijaksanaan, kita sudah berjaya menguruskan kepemimpinan peringkat tertinggi dengan cara yang baik. Ini kebijaksanaan Umno bagi mengelakkan perpecahan dalam parti

Sekarang tugas perwakilan memilih pasukan yang sesuai untuk membantu Datuk Seri Najib selaku Presiden yang sudah tentu akan membawa perubahan dalam Umno.

BERITA MINGGU; Datuk Seri dilihat mempunyai hubungan baik dengan Datuk Seri Najib, lebih-lebih lagi hanya Datuk Seri seorang wakil Pahang. Adakah ini satu kelebihan.

Saya nampak perwakilan memikirkan banyak faktor sebelum membuat pilihan. Isu negeri, kemampuan, keupayaan serta keserasian semuanya menjadi perkiraan mereka. Perwakilan yang akan ke Perhimpunan Agung nanti bukannya kali pertama menjadi perwakilan, mereka sudah dua tiga kali mewakili bahagian masing-masing. Jika ada yang kali pertama pun, cuma tidak sampai 20 peratus.

Perwakilan kini sudah ada banyak maklumat, diperoleh sama ada menerusi media biasa atau media baru seperti internet atau hubungan politik dan setia kawan. Perwakilan bijak menilai.

Perwakilan juga mengenali calon yang bertanding, sudah tahu rekod calon dalam parti dan kerajaan. Mereka tahu sama ada calon itu menteri, bekas menteri, bekas Menteri Besar atau Ketua Menteri. Perwakilan bijak memilih siapa yang sesuai mengisi tiga jawatan itu.

BERITA MINGGU; Pandangan Datuk Seri mengenai tanggapan ahli dan masyarakat sesetengah calon menang kerana menggunakan wang. Tidakkah ia tidak adil kepada mereka yang menang dan kesan 'pembersihan' menerusi tangkapan dan dakwaan rasuah membabitkan ahli pada peringkat bahagian.

Saya nampak isu politik wang bukan perkara baru. Apa yang penting, perwakilan tahu bahawa pasukan baru yang dipilih nanti akan dapat menangani isu politik wang dengan bijak. Mereka juga perlu memilih pasukan yang dapat memenangi cita rasa dan suara hati yang diluahkan baru-baru ini dalam pilihan raya umum lalu sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Dulu orang Melayu tiada sumber kewangan yang kukuh. Kini, hasil kejayaan DEB dan usaha Umno, ramai orang Melayu hidup senang dan sejahtera. Maka, timbul isu baru seperti politik wang.

Kita tidak mahu wang terus merosakkan pemilihan Umno. Jadi perlu ada pengurusan pemilihan yang baik mengelakkannya supaya tidak wujud gambaran negatif terhadap Umno.

Sebab itu, ada yang mencadangkan supaya pemilihan MT, Naib Presiden dan Timbalan Presiden bukan lagi ditentukan 13 perwakilan mewakili setiap bahagian, tetapi dipilih di kalangan perwakilan cawangan ke bahagian (selalunya 300 hingga 1,000 orang bergantung kepada jumlah cawangan) dan ada pula yang menyatakan mengapa setiap ahli Umno diberikan hak untuk memilih iaitu satu ahli satu undi membabitkan 3 juta.

BERITA MINGGU; Tidakkah pertandingan sengit bagi jawatan ini akan menjejaskan kekuatan parti.

Pertandingan ini satu kejayaan untuk Umno kerana ia membuktikan demokrasi subur dalam parti dan membuktikan kita tidak ketandusan kepemimpinan. Kalau kita ada empat calon merebut tiga kekosongan, jelas Umno tidak ada calon sesuai atau 'tangkap muat' saja. Ini bermakna, selepas 50 tahun merdeka, Umno sudah membina asas yang kukuh untuk pelapisnya dan kini ada sembilan calon bertanding. Ini petanda baik dan kebanggaan kepada Umno selepas 50 tahun merdeka dan mampu memupuk barisan kepemimpinan yang bernilai dan berkualiti.

Ini seperti pertandingan ratu cantik dan itulah yang dinamakan demokrasi. Kalau kita tidak tafsir demokrasi maka orang akan tuduh Umno tidak demokratik. Ini soal menyuburkan demokrasi dalam Umno. Kita perlu ada kebijaksanaan untuk mengimbangi kepentingan perpaduan parti dan penyuburan demokrasi dalam Umno.

Suara akar umbi menentukan supaya jawatan Presiden tidak ditandingi dan ini sudah dizahirkan mereka di hampir semua bahagian dengan mencalonkan seorang saja calon Presiden. Pandangan calon perlu juga di ambil kira, begitu juga suara akar umbi. Akar umbi buat keputusan tidak mahu ada pertandingan untuk jawatan Presiden, kerana takut berlaku perpecahan dalam parti maka ia diterima dan ini berjalan dengan baik.

Untuk jawatan Timbalan, Naib Presiden dan MT berdasarkan kepada pencalonan, kita nampak akar umbi mahu ada pertandingan. Ini penting untuk demokrasi terus subur dalam Umno.

BERITA MINGGU; Benarkah wujud puak dan team dalam pemilihan Umno kali ini.

Saya nampak pemilihan berjalan dengan baik. Setakat ini, tidak ada calon yang membentuk team seperti Team Wawasan dulu, malah tiada kejadian atau unsur negatif termasuk mengumpat atau unsur fitnah terhadap sama sendiri. Ini satu kematangan Umno dan membuktikan kualiti dan keperibadian calon yang menawarkan diri.

Sewajarnya begitu, kerana Umno bukan hanya diperhatikan ahlinya tetapi menjadi contoh kepada rakyat. Umno perlu bangga dengan perkembangan ini. Saya percaya yang menang atau kalah akan terus bekerja untuk memberi sumbangan kepada parti.

BERITA MINGGU; Apa yang boleh Datuk Seri tawarkan jika dipilih Naib Presiden terutama ketika keadaan Umno dikatakan lemah selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Saya kurang setuju dengan kenyataan Umno lemah atau sudah malap. Umno kini dalam proses menguruskan kejayaan bagi disesuaikan dengan perubahan terkini seperti perubahan demografik, penyebaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan globalisasi.

Umno berjaya menjadi pelopor kepada Malaysia yang mewujudkan keyakinan daripada orang Cina dan India ketika kemerdekaan dulu. Umno bukan saja membela martabat bangsa Melayu tetapi mampu membela bangsa lain. Resipi kejayaan Umno ini memungkinkan Malaysia merdeka dan mendapat kemakmuran. Malah, Malaysia kini terkenal di seluruh dunia.

Hanya sekarang suasana berbeza dengan zaman merdeka dulu. Kini Umno perlu mengurus kejayaannya dengan perubahan dalaman dan dunia. Umno mempunyai rekod gemilang dalam membangunkan Malaysia serta mengeratkan hubungan kaum.

Untuk 50 tahun akan datang, Datuk Seri Najib akan menerajui pasukan Umno. Oleh itu, beliau perlukan ahli yang ada kebijaksanaan dan kewibawaan. Pada saya, kita perlu mampu memberikan keyakinan baru kepada Umno untuk menempuh 50 tahun akan datang bagi memenuhi cita rasa dan impian warga Malaysia generasi baru.

Umno perlu mengikis tanggapan negatif yang Umno itu lemah. Isu seperti penjenamaan, penguasaan siber dan internet serta isu keadilan sosial perlu ditangani untuk menawan jiwa, perasaan dan hati rakyat Malaysia. Cara Umno mendekati rakyat juga perlu diubah, sebagai contoh tidak lagi mengikut cara tradisional.

Cara menangani pengundi luar bandar berbeza dengan masyarakat bandar. Masyarakat luar bandar masalahnya seperti rumah bocor, tiada air, elektrik, jalan rosak atau mahukan biasiswa untuk anak melanjutkan pelajaran dan bantuan pertanian.

Di bandar masalahnya adalah isu pembuangan sampah, longkang, lif rosak, pengangkutan dalam kawasan perumahan, perkhidmatan masyarakat dan keadilan sosial (ketelusan dan rasuah yang berbangkit daripada cara hidup bandar).

Umno kena relevan bukan hanya kepada masyarakat luar bandar tetapi di bandar. Infrastruktur Umno dan kerajaan perlu diubah. Mengikut rekod, Umno berjaya menangani isu di luar bandar, malah kerajaan mewujudkan Kementerian Luar Bandar untuk menangani masalah mereka. Kini, keadaannya berbeza yang mana lebih ramai orang Melayu tinggal di bandar.

Generasi muda juga tinggal dan bekerja di bandar dan kini lebih terpelajar. Sudah semestinya isu bandar dan keadilan sosial ketelusan dan rasuah makin menarik perhatian mereka. Maka, strategi menangani cita rasa dan hati, naluri orang Melayu di bandar dan lebih muda adalah berbeza daripada strategi untuk luar bandar.

Sekarang ini, jumlah mereka yang miskin di luar bandar berkurangan dan tumpuan perlu diberikan untuk mereka yang susah di bandar. Kita perlu ada strategi dan pendekatan teliti dan khusus untuk membela nasib orang Melayu di bandar. Ada yang bertanya kalau ada Kementerian Luar Bandar, mengapa tidak ada kementerian khusus membela masyarakat Melayu di bandar.

Ini semua perlu kita lihat sebagai satu anjakan perubahan, satu yang baru perlu diberi perhatian oleh Umno. Perkara ini, sudah disuarakan rakyat pada pilihan raya umum lalu. Saya penuh yakin Presiden Umno yang baru akan membuat perubahan ini dan sudah tentu nanti Melayu di bandar akan kembali memberi sokongan kepada Umno dan BN seperti Melayu di luar bandar.

Sekarang ini, sebagai contoh mereka yang berpendapatan rendah di bandar membeli rumah dan terpaksa membayar prasarana. Kini, 30 hingga 40 peratus daripada harga rumah yang mereka bayar itu adalah harga prasarana dan 60 peratus saja harga rumah. Di luar bandar semua kos prasarana dibiayai kerajaan termasuk tanah dikurniakan kerajaan, begitu juga elektrik dan air juga jalan raya.

Oleh itu, kita kena bantu mereka berpendapatan rendah yang tinggal di bandar yang mana kerajaan boleh melaksanakan projek perumahan rakyat secara besar-besaran. Menerusi projek itu, contohnya bagi pembelian apartmen, pembeli hanya membayar harga rumah tetapi tidak prasarana, yang mana tanah dikurniakan kerajaan begitu juga jalan dan prasarana lain.

Ini bermakna, Umno perlu buat anjakan. Kalau dulu membela Melayu luar bandar sekarang Umno membantu dan membela rakyat berpendapatan rendah di bandar. Majoriti berpendapatan rendah ini orang Melayu, dan mengapa tidak bantuan yang sama diberikan kepada bukan Bumiputera yang berpendapatan rendah.

Strategi ini sama seperti strategi membasmi kemiskinan tanpa kaum. Umno bukan hanya membantu orang Melayu tetapi seluruh warga negara termasuk Cina dan India serta kaum minoriti lain juga dibela. Untuk itu, tanggapan yang salah bahawa Umno hanya membela Melayu, dapat dikikis.

Semua ini, saya nampak sudah disuarakan rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu. Saya penuh yakin dengan kepemimpinan baru Umno di bawah Datuk Seri Najib dan pasukan Timbalan Presiden dan Naib Presiden serta MT yang dipilih perwakilan dapat membuat perubahan dan anjakan bagi memenuhi cita rasa, hati dan naluri rakyat Malaysia.

InsyaAllah, impian semua rakyat Malaysia akan menjadi kenyataan.


Cetak artikel | Hantar pada kawan

MKT2009; Soal Jawab: Keikhlasan perjuangan perkasa semula Umno






Hishammuddin Hussein

(SUMBER BERITA MINGGU 01.02.2009)

PERSAINGAN sengit merebut kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan kali ini sememangnya ketara. Selain bilangan sembilan calon bertanding, faktor kepelbagaian latar belakang dan pengalaman calon turut menjadi tumpuan. Minggu ini, dua lagi calon Naib Presiden yang pertama kali mencuba nasib, memberikan pandangan mereka. Wartawan Berita Minggu, Nurul Adlina Kamaludin dan Rohaniza Idris menemubual Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

BERITA MINGGU; Datuk Seri berada pada kedudukan teratas dari segi pencalonan. Tetapi, mengapa sehingga sekarang Datuk Seri tidak membuat sebarang pengumuman rasmi untuk bertanding.

Dunia hari ini sudah berubah. Negara dan rakyat Malaysia bakal merasai tempiasnya. Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu menyesuaikan perjuangan parti apabila berhadapan dengan landskap Orde Baru Dunia ini. Sebelum ini, saya sudah umumkan hasrat tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda dan ada banyak sebab di sebalik tindakan ini. Walaupun 10 tahun memimpin Pemuda, bukan mudah bagi saya untuk lepaskan jawatan itu kerana ada agenda belum selesai. Tetapi keadaan semasa khususnya 48 peratus penduduk dunia terdiri daripada generasi muda yang semakin matang dan dewasa menuntut saya memberi ruang kepada muka baru.



Pada masa sama saya berpendapat hak untuk melepaskan jawatan sedikit sebanyak adalah hak saya. Tetapi saya juga sedar hak untuk menawarkan diri dan untuk menentukan kedudukan diri saya dalam parti adalah hak perwakilan dan bukan hak peribadi saya. Sebab itulah saya memilih tidak membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai pencalonan. Kedudukan diri saya selepas ini, saya serahkan kepada ahli Umno khususnya perwakilan.

BERITA MINGGU; Mengapa Datuk Seri memilih bertanding pada masa ini? Apakah ia ada kaitan dengan faktor kedudukan sepupu Datuk Seri iaitu Datuk Seri Najib Razak yang bakal menjadi Presiden serta Perdana Menteri.

Bagi saya, sudah tiba masanya saya melepaskan jawatan Ketua Pemuda. Selepas tempoh sedekad bersama Pemuda, pergerakan itu perlu diberi suntikan baru dengan kepemimpinan baru. Tetapi semangat saya tetap sama walau apa juga jawatan yang saya sandang.

Mengenai kaitan dengan Datuk Seri Najib, sebenarnya keputusan saya tiada kaitan langsung dengan hubungan kekeluargaan itu. Dunia hari ini sedang berubah – krisis kewangan dan ekonomi global; pertembungan agama dan budaya; perubahan iklim yang datang bersama bencana alam yang tak diduga, wabak penyakit yang tidak mengenali batasan dan sempadan – bagaimana kita hendak sandarkan keputusan kepada sesuatu di mana iklim dan senario dunia yang masih belum jelas dan tidak menentu lagi?

BERITA MINGGU; Apakah Datuk Seri melihat sembilan calon yang bertanding itu sebagai persaingan sengit.

Ia tidak menjadi masalah jika proses pemilihannya bukan dilihat sebagai persaingan semata-mata kerana kita melaluinya dalam semangat kekeluargaan, kematangan dan akur ia satu proses demokrasi politik.

Ia satu proses yang sihat jika tidak menjejaskan parti. Tidak mengapa jika ramai menawarkan diri kerana apa yang penting, adalah cara kita menawarkan diri dan pembawaan diri. Jangan sampai kita berpecah-belah, memburuk-burukkan rakan seperjuangan atau memperlekeh nama baik Umno. Tugas sebenar kita menanti selepas pemilihan Mac ini.

Apa yang saya tidak mahu lihat ialah akibat persengketaan yang wujud, kita terpaksa membuang masa memperbetulkan keadaan dalam merapatkan barisan. Sebenarnya kita tidak ada masa untuk merombak struktur asas perjuangan parti kita ini.

BERITA MINGGU; Apakah faktor negeri boleh menggugat kedudukan Datuk Seri memandangkan ada tiga wakil dari Johor termasuk calon lebih senior berbanding Datuk Seri dilihat pemimpin generasi baru.

Ada pihak menganggap ini kelebihan dan ada yang kata ia bebanan. Mungkin ada kesan, tetapi saya harap itu tidak berlaku.

Dunia hari ini menempuh era globalisasi dunia tanpa sempadan dan perkampungan sejagat; dan jika kita di Malaysia masih melihat dalam konteks kenegerian, ia menidakkan landskap dunia hari ini. Kita tidak boleh terikat dengan pemikiran lama. Ini yang terpaksa dilalui arwah datuk saya, Datuk Onn Jaafar dulu ketika mahu memerdekakan negara. Cabaran bagaimana mahu menyatu padukan orang Melayu yang sangat tebal sikap kenegerian mereka. Suara kebangkitan Melayu pada masa itu adalah untuk menyatu padukan semua dengan merentasi sempadan negeri.

Hari ini selepas 52 tahun merdeka, saya melihat cabaran tidak kurang hebatnya. Malah lebih hebat kerana banyak perkara yang kita tidak nampak. Dulu kita tahu siapa musuh kita. Sekarang banyak perkara sedang berlaku yang memerlukan kita bersatu meniti arus tidak menentu ini. Tak dinafikan saya sayangkan orang Johor dan berterima kasih kepada Umno Johor yang memberikan pencalonan tetapi saya juga sedar ada sokongan dari negeri dan bahagian lain.

Saya percaya ahli Umno cukup matang dan mengharapkan sangat faktor kenegerian tidak menjadi teras pertimbangan dalam pemilihan kali ini. Saya sentiasa mengingatkan diri bahawa saya sudah berjaya memperoleh 153 pencalonan dan 100 pencalonan datangnya daripada bawah iaitu akar umbi.

BERITA MINGGU; Ada pendapat Datuk Seri menerima pencalonan tertinggi kerana legasi keluarga, termasuk kedudukan Datuk Seri Najib sebagai bakal Presiden. Komen?

Inilah hakikat yang saya hadapi sejak hari pertama memutuskan untuk menyertai arena politik. Saya tidak boleh nafikan legasi keluarga, malah berbangga menjadi pewaris pejuang iaitu arwah datuk dan bapa saya, Datuk Onn Jaafar dan Tun Hussein Onn. Tetapi seperti dibuktikan sejarah, bukan semua hubungan keluarga itu membantu kerana dalam perjuangan, akhirnya kita secara individu perlu membuktikan kemampuan dan kepemimpinan sendiri.

BERITA MINGGU; Datuk Seri mempunyai jawatan dalam Kabinet yang menjadi kelebihan kerana memudahkan mendapat sokongan peringkat akar umbi berbanding mereka di luar kerajaan.

Tidak semestinya kerana perlu diingat, setiap jawatan datang dengan amanah dan tanggungjawab. Orang akan menilai kita berdasarkan tanggungjawab yang diberikan itu. Ketika calon lain yang tidak memegang jawatan Kabinet, bebas menemui perwakilan, saya juga perlu memikul amanah sebagai Menteri Pelajaran yang menjadi tumpuan rakyat. Ini dilema kita dalam Umno. Yang akan menentukan kedudukan pada Mac ini adalah perwakilan. Tetapi yang menentukan kedudukan Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak adalah pengundi.

BERITA MINGGU; Datuk Seri juga memegang jawatan dalam Kementerian yang banyak diselubungi isu panas. Tidakkah ini sedikit sebanyak menjejaskan Datuk Seri.

Saya tidak menafikan sejak menjadi Menteri Pelajaran, semua perkara menjadi isu dan tidak asing bagi saya. Tetapi ia tidak harus menjadi satu bebanan kepada mana-mana pemimpin pun. Kerana apa juga jawatan yang dipegang, kita tetap berdepan dengan isu. Jika tidak, tiada bezanya antara kita, pemimpin dengan orang yang dipimpin. Jika enggan mengharunginya, maka kita tidak layak menjadi pemimpin.

Saya tidak nafikan berbanding kementerian lain, Kementerian Pelajaran diselubungi banyak isu seperti beg sekolah berat, buku teks tak cukup, bumbung bocor dan sebagainya. Paling banyak dibincangkan soal Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan kedudukan bahasa kita dalam dasar itu. Saya sedar ini perkara yang datang bersama jawatan.

Bagi saya, selagi kita bersatu dalam satu barisan dan parti, apa juga ujian yang datang boleh dihadapi. Soal PPSMI ini, Insya-Allah, kalau kita ikhlas, jujur, telus dan keputusan bersandarkan fakta, tiada siapa boleh mempertikaikannya. Kementerian sudah menubuhkan jawatankuasa bagi menanganinya.

BERITA MINGGU; Apakah ciri seorang Naib Presiden kerana kini didakwa ada calon amal politik wang turut layak bertanding.

Pertamanya, Umno sedang melaksanakan transformasi dalaman untuk memastikan parti terus relevan dan diterima rakyat dalam landskap politik baru hari ini. Pemimpin yang dipilih perlu dilihat boleh membawa perubahan ini. Selepas pemilihan Umno, maka bermulalah transformasi kita untuk mendekatkan diri dengan rakyat supaya parti tetap diterima.

Maka yang penting ialah ciri sanggup bekerja sebagai satu pasukan berkongsi visi dan misi. Jika tidak, visi individu tidak akan menjadi kenyataan dan akhirnya apa yang dijanjikan hanya tinggal impian kosong saja.

Datuk Seri turut digelar sebagai 'Keris Man' kerana keberanian bertindak menghunus keris pada Perhimpunan Agung sebelum ini. Namun tindakan Datuk Seri memohon maaf April lalu mengundang kecaman orang Melayu. Apakah Datuk Seri kesal dengan tindakan itu.

Keris tetap merupakan warisan dan lambang budaya dan kekuatan bangsa Melayu. Saya sudah memohon maaf atas isu Keris Panca Warisan Pemuda kepada orang Melayu dan kaum lain bukanlah bertujuan untuk merendahkan martabat keris Melayu. Tetapi selepas empat tahun mempertahankannya, permohonan maaf itu saya suarakan dengan tujuan menzahirkan rasa amat kesal saya terhadap salah anggap segelintir pihak yang mengeksploitasikan bahawa keris adalah simbol permusuhan orang Melayu dengan kaum lain. Sehinggakan ia dikatakan sebagai salah satu punca yang mengalih sokongan kaum lain daripada BN.

Alhamdulillah hikmahnya, selepas permohonan maaf itu barulah orang Melayu bangkit menyedari dan menginsafi pentingnya keris kepada bangsanya. Walaupun kita sudah berada pada abad ke-21, keris masih tetap dianggap sebagai warisan yang berhubung kait maruah bangsanya. Kita tidak mahu menjadi masyarakat yang ibarat kata pepatah, 'sudah terhantuk baru tergadah'.

BERITA MINGGU; Pandangan Datuk Seri mengenai tanggapan ahli dan masyarakat sesetengah calon yang menang menggunakan wang? Tidakkah ia tidak adil kepada mereka yang menang.

Semua pihak sudah pun menyedari bahawa politik wang bukan perkara baru. Jika dilihat, setiap kali pemilihan, perkara ini timbul. Kita sudah pun membincangkan perkara ini secara serius.

Namun dalam keadaan sekarang, perkara itu dibincangkan secara negatif berulang-ulang kali hingga menimbulkan persepsi seolah-olah perwakilan tiada nilai dan pendirian. Apa yang jadi pertimbangan cuma wang ringgit. Ini budaya yang tidak harus dibenarkan wujud. Tetapi kita juga perlu mengenal pasti punca gejala ini serta cara menanganinya.

BERITA MINGGU; Tidakkah pertandingan sengit bagi jawatan ini akan menjejaskan kekuatan parti.

Boleh. Tetapi saya berpegang kepada dua prinsip. Pertama, jika kita menawarkan diri dengan kesedaran selepas pertandingan, kita terima keputusan dengan hati terbuka dalam merapatkan barisan. Berikan sokongan kepada kepemimpinan baru iaitu Datuk Seri Najib sebagai Presiden. Pendirian ini membolehkan proses menyatu padukan ahli tidak sukar. Ahli parti perlu bergerak dengan satu suara, satu nada dan satu langkah selepas Mac ini. Bukan saja untuk Umno tetapi juga untuk BN.

Prinsip kedua, niat atau nawaitu kita ketika menawarkan diri juga mesti betul. Semua mesti menjaga hati dan memastikan nama baik Presiden sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak diaibkan hingga saat peralihan kuasa itu berlaku. Saya pernah melaluinya ketika arwah bapa berdepan keadaan itu sebelum ini. Apabila seseorang itu mahu menyerahkan jawatan, seperti biasa ada pihak yang kadang-kadang tidak mengambil berat pengorbanan dan jasa pemimpin terdahulu. Itu perlu ditekankan apabila kita hendak berdepan dengan transisi kepemimpinan dan tidak berpecah belah hingga sukar untuk bersatu membantu kepemimpinan baru. Kita perlu sedar dunia di luar sana juga turut mengamati proses ini.

BERITA MINGGU; Timbul kebimbangan pemimpin Umno terlalu ghairah berkempen sedangkan tugas lebih penting ialah memperkukuhkan parti untuk menghadapi cabaran pembangkang, terutama di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Saya bersetuju kerana kita tidak boleh lalai dan leka dengan pemilihan semata-mata. Kadang-kadang kita rasa itu saja difikirkan tetapi perlu diingat, pemilihan sekali setiap empat tahun.

Ia bukan satu fenomena yang berlaku dan dibincangkan hari-hari. Bagi saya, tidak jadi kesalahan kerana memang perlu bincangkan soal itu. Sebab itu ke mana-mana saya pergi, saya akan tanya pemimpin yang jadi pilihan mereka. Tetapi kalau saya ke hulu ke hilir mencanangkan keburukan calon lain, menjanjikan imbuhan serta ugutan tertentu, itu bukan perjuangan bernilai. Sekarang, orang Umno perlu sedar, tindak-tanduk mereka tidak lagi dinilai orang dalam parti saja, tetapi rakyat secara keseluruhannya.

Keterbukaan sekarang membabitkan media, ahli Umno juga meletakkan parti dalam landskap sedemikian. Sebab itu kita perlu sesuaikan diri perjuangan dan pendekatan kita selepas Mac nanti harus yang bertumpu kepada program yang tepat. Apa juga yang berlaku selepas itu, perjuangan kita tidak terhenti dan saya yakin dengan barisan yang mantap, Umno dan BN akan melipat gandakan usaha membangunkan negara.

BERITA MINGGU; Apa yang boleh Datuk Seri tawarkan jika dipilih Naib Presiden terutama ketika keadaan Umno dikatakan lemah.

Umno sudah melalui keadaan penuh mencabar sebelum ini. Sejarah membuktikan, setiap kali Umno berdepan keadaan seperti ini, alhamdulillah, kita dapat melaluinya. Setiap ahli Umno mampu bangkit dan bersatu menghadapinya serta membuat penyesuaian.

Apa yang menjadi harapan saya tidak penting kerana visi dan misi yang tidak dikongsi bersama, disahut dan digembleng bersama rakan pemimpin lain, cuma tinggal catatan atas kertas saja. Apa yang penting sekarang ialah dengan barisan baru yang bakal dipilih Mac nanti, kita perlu melihat hala tuju Umno dan bagaimana dapat menyokong visi itu. Segala visi dan hala tuju parti itu harus dibincang bersama.

Jadi saya cuma sebahagian daripada mereka yang boleh memberi input terhadap masa depan Umno dan BN. Saya cuma boleh menjanjikan komitmen, kesetiaan tidak berbelah-bahagi kepada parti. Setakat itu saja kerana lebih daripada itu, cuma tinggal visi kosong kerana apa juga matlamat perlu bersandarkan bumi yang nyata dan hakikat di depan mata. Saya akan tunggu hala tuju parti selepas Mac ini.

Secara peribadi, saya berharap diberi peluang untuk terus menjadi; pertama, jambatan antara Umno dengan golongan muda. Bagi saya suara mereka mesti terus didengari biarpun saya sudah meninggalkan jawatan Ketua Pemuda.

Kedua, menjadi mata dan telinga rakyat yang akhirnya menentukan kedudukan rakyat, termasuk anak-anak saya sendiri. Jadi saya pun ada kepentingan peribadi dalam melihat hala tuju parti. Sebagai Menteri Pelajaran, saya juga mesti menunjukkan visi kepada pegawai, guru dan pada masa sama menjadi wakil Umno. Jika kita kaku, kita akan gagal melaksanakan amanah yang diberikan. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah agama, bangsa dan tanah air kita.

Cetak artikel | Hantar pada kawan