Wednesday, August 19, 2015
UMNO dan Orang Melayu hari ini
Sunday, July 12, 2015
Tiga pegawai kanan Bank Negara Malaysia disiasat?
Di Amerika Syarikat, undang-undang sedemikian wujud, sentiasa dikuatkuasakan dan menjadi simbol keteguhan ekonomi.
Di Singapura, Awang dapat tahu, jika ada mana-mana bank atau pegawai bank memecahkan kerahsiaan pelanggan dengan membocorkan maklumat kewangannya, di bawah undang-undang republik itu, individu berkenaan boleh didenda sehingga S$125,000 (RM350,878) atau dipenjara sehingga tiga tahun. Di sana, bank-bank yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda sehingga S$250,000 (RM701,000) bagi setiap kes maklumat yang dibocorkan.
Malaysia turut mempunyai undang-undang seumpama itu yang diliputi di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958, Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 dan Akta Bank Islam 1983. Hukuman di Malaysia untuk kesalahan membocorkan maklumat peribadi dan kewangan agak minimum iaitu hanya setakat denda RM40,000 atau penjara sehingga tiga tahun.
Perkembangan semasa yang berlaku sejak akhir-akhir ini menunjukkan integriti sistem perbankan dan obligasi kerahsiaan bank-bank sedang dicabar oleh sesetengah pegawai bank yang tidak amanah sehingga terjadi kes transaksi dan maklumat perbankan rakyat negara ini disalahgunakan hingga jatuh ke tangan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam laman web dan akhbar asing.
Awang sangat berharap suatu langkah drastik dan punitif disegerakan bagi menangani isu ini. Bank Negara Malaysia dan pihak-pihak berkuasa wajib menguatkuasakan undang-undang kerahsiaan perbankan yang telah sedia wujud di Malaysia sebelum keyakinan pendeposit, pelabur dan rakyat terhakis.
Ini kerana, sekali orang ramai telah hilang kepercayaan terhadap sifat amanah bank-bank, akan berlaku pengaliran wang keluar dari Malaysia untuk disimpan di bank-bank di seberang laut. Ekonomi negara kita kelak akan menerima tamparan maut daripada perbuatan tidak amanah pegawai-pegawai bank terbabit yang setakat ini nampaknya seolah-olah terlepas tanpa dihukum.
Wednesday, January 28, 2015
Dalam POLITIK bukan BELOT terapi KOMPROMI
KU SEMAN KU HUSSAIN (KUSEMANKH@GMAIL.COM)
25 Januari 2015 12:45 AM
1.0 Salah satu watak yang tercatat dalam semua sejarah tamadun manusia selain daripada pejuang ialah pembelot. Oleh kerana itu tamadun yang hebat sekalipun akan hancur apabila gagal mengenali pembelot yang berada di gelanggang sama. Orang Melayu menggambarkan pembelot, tidak kira dalam konteks negara, masyarakat atau organisasi sebagai musang berbulu ayam. Belot ialah sikap tidak setia dan berubah-ubah mengikut tinggi atau rendah nilai habuan yang diberikan kepadanya.
2.0 Saya mencatatkan tentang pembelot kerana dalam kalangan kita selalu lupa kepada watak ini. Kita hanya mengangkat watak pejuang atau wira tetapi terlupa pembelot juga menjadi faktor yang menguatkan seseorang pejuang. Sebabnya pejuang yang hebat bukan sahaja di medan pertempuran tetapi kenal dan dapat membaca langkah sumbang pembelot yang kononnya setia pada perjuangan.
3.0 Nama seperti Si Kitul dan Raja Mendaliar pada era Empayar Melaka, Brutus semasa Empayar Rom tahun 42 Sebelum Masihi, Aldrich Ames pada era Perang Dingin Amerika Syarikat (AS) dengan Kesatuan Soviet, Augusto Pinochet seorang jeneral yang akhirnya merampas kuasa daripada Presiden Chile, Salvador Allende atau Alexander Butterfield pada era Presiden AS, Richard Nixon sentiasa menjelma dan silih berganti dalam wajah dan bentuk yang lain.
4.0 Malah semua sejarah manusia juga mencatatkan bahawa pembelot bukanlah dalam kalangan orang luar. Sebaliknya dalam kalangan masyarakat sendiri. Inilah yang menyukarkan untuk dikenal pasti musang atau musang berbulu ayam. Wajah dan peranannya akan berubah mengikut keadaan bagi memastikan kedudukan yang selamat dan terus mendapat keuntungan peribadi.
5.0 Selepas lebih lima abad, jangan kita leka kononnya Si Kitul dan Raja Mendaliar sudah tiada. Sebenarnya kedua-dua watak ini terus wujud dengan nama dan wajah berbeza tetapi matlamatnya sama untuk mengaut kepentingan diri dengan condong kepada pihak yang boleh memberikan hasil kebendaan. Kejatuhan Melaka pada 1511 bukanlah kerana kehebatan bala tentera Portugis yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque. Malah bukan juga kelemahan bala tentera Sultan Melaka. Kejatuhan Melaka oleh penjajah yang datang dengan tujuh buah kapal disebabkan pengkhianatan Si Kitul dan Raja Mendaliar.
6.0 Dalam sejarah juga ada tercatat tali barut Portugis di Melaka ialah Raja Mendaliar yang menjadi Datuk Shahbandar Melaka. Si Kitul dan Raja Mendaliar membuat konspirasi menjatuhkan Bendahara Tun Mutahir berikutan konflik Bendahara dengan Sultan Melaka. Kejatuhan Melaka pada serangan kedua Portugis disebabkan ketiadaan Bendahara seorang strategis yang berjaya menangkis pada serangan pertama. Si Kitul dan Raja Mendaliar mengadu domba supaya Bendahara Tun Mutahir kelihatan buruk.
7.0 Kedua-dua watak pembelot ini adalah cermin terdekat kepada orang Melayu supaya pantas membaca yang tersurat dan tersirat pada peristiwa yang berlaku di sekeliling. Sekiranya ada musuh tetapi tiba-tiba diberi ruang menjadi pencetus untuk menjatuhkan dalam kalangan sendiri, bacalah dengan mata fikir. Sebab itu penting bagi orang Melayu menelaah semula Sejarah Melayu dan memetik maksud daripadanya.
8.0 Perihal pembelot juga boleh kita kutip daripada tragedi Empayar Rom sekitar tahun 45 Sebelum Masihi apabila Julius Caeser dikhianati oleh orang kepercayaannya, Brutus. Sasterawan tersohor William Shakespeare menulis semula tragedi Rom ini dalam naskhah agungnya, Julius Caeser (1599). Siapa Brutus? Bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad pernah mengingatkan kembali watak Brutus dalam satu ucapannya tahun 1996.
9.0 Semasa perang saudara tahun 49 Sebelum Masihi oleh Pompey dengan Julius Caeser, Brutus telah belot dan menyebelahi Pompey. Tetapi apabila Julius Caeser menang dan menangkapnya, Brutus menangis kononnya insaf dan meminta maaf kepada Julius Caeser. Padahal dia menjadi pembelot kerana menyokong Pompey. Julius Caeser tidak memikir panjang dan memaafkan Brutus. Bagaimanapun ketika banyak ahli senat cuba menjatuhkan Julius Caeser, Brutus merancang satu konspirasi dan membunuhnya.
10.0 Semasa sejarah moden AS, siapakah yang menjatuhkan Presiden AS yang paling licik, Richard Nixon kalau bukan pembelot? Nixon ialah Presiden AS yang paling hebat dasar luarnya tetapi terlibat dalam Skandal Watergate. Nixon jatuh kerana Skandal Watergate yang didedahkan oleh dua wartawan The Washington Post. Pembelot yang memberi maklumat ialah Alexander Butterfield, pembantu Nixon sendiri. Alexander Butterfield hidup kaya raya dengan ganjaran berjuta-juta dolar.
11.0 Pada era Perang Dingin AS dengan Kesatuan Soviet, ada tertulis dalam sejarah bahawa seorang anggota Agensi Perisikan Pusat (CIA), Aldrich Ames menjual maklumat kepada agensi perisikan KGB. Aldrich Ames mengaut ganjaran berjuta-juta dolar hasil pembelotan menjual maklumat sulit CIA kepada KGB selama 15 tahun “berkhidmat” dengan musuhnya.
12.0 Tetapi istilah pembelot tidak dirujukkan dalam dunia politik. Walaupun beberapa perbuatan yang pada mata kasar seolah-olah belot kepada ketua, perjuangan, parti malah bangsanya, tetapi itu ialah satu kompromi.
13.0 Ada pandangan yang ekstrem mengungkapkan bahawa tidak ada kesetiaan dalam politik melainkan kompromi yang menyumbang kepada kepentingan masing-masing.
14.0 Oleh kerana itu sangat menggelikan hati apabila di sana sini muncul “pendekar muda” yang belum cukup umur menghunus keris mencabar guru lamanya berlawan di gelanggang. Tetapi ini bukan belot. Ini cara pendekar muda tunjuk setia dan "sanggup mati" mempertahankan guru baharunya. Oleh sebab itu politikus yang hebat pasti tidak akan berasa sedih apabila dibuang oleh juak-juak yang pernah menjulang. Ini bukan belot tetapi berkompromi untuk kepentingan bersama.
15.0 Begitu juga dengan rasuah, semua ini tidak ada dalam politik. Yang ada ialah politik wang. Politik wang tidak disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
http://m.utusan.com.my/rencana/dalam-politik-bukan-belot-tetapi-kompromi-1.51990
MENGUKUR KEUPAYAAN DIRI
DR. MUHAYA MUHAMAD
25 Januari 2015
1.0 Kita ibarat seperti sebuah komputer, apabila sistem operasi tergendala, maka kita mesti menggantikan sistem operasi itu semula. Begitu juga dengan kehidupan, kita perlu set semula (reset), mengubah dan menyusun semula cara minda kita berfikir, iaitu untuk berubah ke arah kebaikan dan, membuang jauh-jauh minda negatif yang memberkas kehidupan kita.
2.0 Jangan memberikan pelbagai alasan untuk berubah, dan jangan jadikan sesuatu perkara yang negatif sebagai alasan yang menyekat keupayaan diri kita menjadi seorang yang positif. Tidak ada orang lain yang boleh mengubah diri kita, melainkan diri kita sendiri, dan kekuatan semangat untuk berubah itu mesti datang dari hati.
3.0 Mesti sentiasa ada gambaran yang baik tentang diri sendiri. Kebiasaannya manusia mempunyai banyak kepercayaan yang melemahkan diri sendiri. Iaitu perasaan rendah diri, mengutuk diri sendiri dengan pandangan negatif terhadap diri sendiri dan seumpamanya. Contohnya kita selalu kata, “Saya memang teruk”, “Saya memang tak pandai...?” “Saya jadi begini disebabkan didikan ibu bapa saya, ibu bapa saya selalu mengutuk saya dan sebagainya.” Apabila kita hidup dengan banyak menyalahkan apa yang berlaku kepada kita disebabkan orang, kita akan menjadi lemah dan tidak ada keyakinan untuk mengukur keupayaan diri sendiri.
4.0 Sememangnya ada insan yang ditakdirkan mengharungi kehidupan suram dan sedih disebabkan sejarah lampau, semasa di peringkat dia membesar untuk menjadi dewasa. Hakikatnya, kita tidak mampu mengubah masa lampau, tetapi kita masih mampu melepaskan diri daripada berkas masa lampau menyedihkan. Kita perlu betulkan keadaan diri kita yang berminda dan beremosi negatif kepada positif melalui kawalan minda sedar dan minda bawah sedar/minda segar, barulah kita boleh mengukur tahap keupayaan diri kita yang baharu, dari segi ketenangan, kebahagian, kesihatan dan kekayaan (4K). ‘Kita tenang, bahagia, sihat dan kaya bukan kerana dunia ini betul, tetapi dunia ini menjadi betul apabila kita rasa tenang, bahagia, sihat, dan kaya.’
5.0 Kita tidak akan tahu mengukur keupayaan diri kita selagi kita tidak sedari dan tahu akan potensi diri kita yang tersembunyi, yang memerlukan kepada usaha untuk mencungkil dan meningkatkan kebolehan, yang ada dalam diri kita dengan pendekatan yang betul.
6.0 Bagi mengukur keupayaan diri, kita mesti berani mencuba sesuatu kebolehan yang ada dalam diri kita, tanpa rasa was-was dan gementar. Takut untuk mencuba sesuatu yang baharu dan takut berhadapan dengan khalayak atau orang ramai, adalah salah satu faktor utama mengapa kita enggan mencuba bakat/kebolehan kita. Tidak dinafikan, kadang-kadang apabila berhadapan dengan orang, kita akan berasa gementar dan hilang idea. Sebenarnya, di satu bahagian otak kita, ada thinking mind. Apabila kita terlampau panik, maka akan keluar sympathetic nervous system, dan akan berlaku overight thinking mind,yang menyebabkan kita hilang idea yang telah difikirkan sebelumnya.
7.0 Yang penting ialah kita mesti hilangkan rasa takut itu, dengan cara ingat niat utama, mengapakah kita hendak melakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan itu? Jika di hadapan orang kita asyik memikirkan, “Aku nampak bagus atau tidak” atau “Nanti orang kata apa”, kita tidak akan ke mana! Kita akan gagal melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kita dengan sebaik mungkin. Minda bertindak mengikut niat, dan niat menunjukkan hasil kehidupan kita.
8.0 Cepat kecewa setelah menerima kegagalan juga punca kita gagal untuk mengukur keupayaan diri. Sekali kita gagal tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Jangan anggap gagal dalam setiap yang kita usahakan dan yang kita tempuhi, jika kita tidak dapat seperti mana yang kita harapkan, kerana sebenarnya tidak ada kegagalan dalam hidup. Tetapi, semua yang berlaku adalah refleksi kepada kehidupan kita.
Terperangkap
9.0 Apabila kita gagal adakah kita akan mengatakan; memang “Saya bodoh”? atau “Saya mesti belajar lebih tekun lagi” atau “Oh! Saya gagal, saya patut tukar strategi, saya belajar daripada kegagalan ini”. Orang yang melakukan perkara yang sama akan mendapat keputusan yang sama. Tukar strategi apabila berlakunya kegagalan dalam hidup! Set semula (reset) minda, untuk mengatur strategi baharu, bukan terperangkap dalam set minda yang sama, dengan menyalahkan dan mengutuk kelemahan diri sendiri. Perubahan cara berfikir dengan mengatur strategi baharu dalam perjuangan hidup insya-Allah akan membuahkan kejayaan. Seterusnya untuk mengukur kemampuan diri, hiduplah dengan penuh inspirasi. Jadilah orang yang tidak suka dipuji dan tidak takut dikeji, serta sentiasa terbuka menerima teguran. Sebab ingatlah, pada hari kita tidak boleh menerima teguran, bermakna ketika itu bermulalah kejatuhan kita, kerana jiwa kita tidak kuat. Hal ini adalah kerana, apabila kita berasa kita hebat, sebenarnya kita tidak hebat. Orang yang merasakan dirinya hebat itulah orang yang tidak boleh menerima teguran. Orang yang kata dia bahagia, sebenarnya dia tidak bahagia. Orang yang kata dia kaya, sebenarnya dia tidak kaya. Orang yang kata dia tahu, sebenarnya dia tidak tahu.
10.0 Oleh sebab itulah kita perlu berilmu, barulah kita boleh mengukur keupayaan diri kita. Ingat, orang yang berjaya dia tidak akan berhenti belajar. Setiap kali kita belajar, otak kita akan mengeluarkan neuron-neuron dan kimia yang baharu. Bagi mengukur keupayaan diri, apa-apa yang kita lakukan mesti fokus, termasuk fokus menambahkan ilmu dalam bidang yang kita minati.
11.0 Muhasabah diri, nilai mana yang baik dan yang terbaik, berkesan atau tidak, cukup atau tidak. Kita mesti tahu apakah yang kita inginkan. Ada dua cara dalam bertindak. Pertama, “kita boleh suka apa yang kita buat” dan kedua, “kita buat apa yang kita suka”. Pilihan kita antara kedua-dua cara itu akan menentukan kemampuan diri kita pada masa akan datang.
11.0 Untuk mengukur kemampuan diri catatkan pencapaian kita setiap hari. Cuba tulis skrip kehidupan, iaitu contohnya, di mana kita pada 10 tahun akan datang? Apakah misi kehidupan kita? Buat satu jurnal diri. Tuliskan dalam jurnal, apa yang kita syukuri pada hari ini, terhadap apa-apa yang kita dapat, dan apa yang kita mesti perbetulkan. Dalam jurnal tersebut, buat dua kolum, iaitu “apa yang kita buat” dan “apa yang mesti diperbaiki”. Insya-Allah setiap hari kita akan menjadi semakin baik, hinggalah seterusnya kita dapat mengukur keupayaan diri kita, supaya menjadi positif. “Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak”.
http://m.utusan.com.my/rencana/mengukur-keupayaan-diri-1.51981
Monday, January 12, 2015
Antara pijat dan kelambu
(sumber: terimakasih utusan online)