Friday, October 9, 2009
Konsultasi Kesihatan Calon PAS Bagan Pinang. Dr Novandri Hasan Basri
08 October 2009
Nizar kvv2: Konsultasi Kesihatan Calon PAS Bagan Pinang.
Dr Novandri Hasan Basri
Penulis tidak menyangka pertemuan penulis dengan Zulkefly, calon PAS di Pasar Tani, Batu 4, Port Dickson begitu sensasi dan mendapat perhatian media cetak dan media maya.
Apa yang penulis boleh katakan ialah sebagai seorang doktor, penulis sentiasa berpegang kepada The Hippocrates Oath iaitu sumpah doktor-doktor perubatan semasa menjalankan tugas mereka sebagai doktor.
Di antaranya :
"Dan apa pun yang saya lihat dan dengar dalam proses profesi saya, ataupun di luar profesi saya dalam hubungan saya dengan masyarakat, apabila tidak diperkenankan untuk dipublikasikan, maka saya tak akan membuka rahasia, dan akan menjaganya seperti rahasia yang suci."
Walau pun penulis bertugas di Bagan Pinang di bawah parti UMNO tetapi penulis ke sana untuk menunaikan tugas penulis sebagai seorang doktor dan penulis berpegang kukuh kepada Hipprocrates Oath.
Kerana itu, penulis tidak langsung menceritakan sebarang konsultasi penulis dengan calon PAS tersebut. Penulis menghormati beliau sebagai pesakit dan calon PAS itu turut menghormati penulis sebagai seorang doktor yang memeriksa beliau.
Kerana itu juga, semasa calon PAS mengunjungi kaunter Klinik Kesihatan Bergerak Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, penulis tidak memandang beliau sebagai musuh politik disebabkan berlainan parti politik tetapi penulis mengganggap beliau sebagai seseorang yang datang untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan seperti pengunjung-pengunjung lain.
Penulis sebenarnya tidak kisah jika rombongan jentera PAS yang bersama calon PAS itu mendapatkan pemeriksaan di kaunter penulis. Malah, penulis mengalu-alukan kedatangan semua orang tanpa memilih bulu dan sebagainya.
Kerana penulis tahu bahawa mereka yang terlibat di dalam jentera pilihanraya begitu sibuk dan kurang tidur. Mereka juga mengalami dehidrasi dan terdedah kepada pelbagai penyakit akut seperti demam, batuk dan sebagainya. Penulis sendiri pun begitu!
Tetapi mungkin, Zulkefly dan rombongan beliau sedang sibuk berkempen menyebabkan beliau dan rombongan beliau terpaksa bergegas ke tempat lain.
Apa yang penulis ingin sampaikan ialah Klinik Kesihatan Bergerak Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia adalah untuk semua, tidak kira bangsa, agama dan pegangan politik.
Labels: KLinik Bergerak, Klinik Kesihatan Bergerak, Parti Pas, PK Bagan Pinang, PK Permatang Pasir
(sumber;http://novandri.blogspot.com/2009/10/nizar-kvv2-konsultasi-kesihatan-calon.html)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment