Wednesday, October 7, 2009

Sekiranya pihak tentera memberi undi kepada PAS dalam PRK Bagan Pinang



Tuesday, October 6, 2009
Adainya PAS menang di Bagan Pinang, pasti Chin Peng akan kembali ke Malaysia

Sekiranya pihak tentera memberi undi kepada PAS dalam PRK Bagan Pinang, samalah seperti Angkatan Tentera membenarkan Kepulangan Penganas Komunis bernama Chin Peng yang berpuluhan tahun hidupnya menggambil nyawa askar melayu. Anwar menyokong pulangnya Chin Peng ke Tanah Air, atas alasannya

dasar perikemanusiaan, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, patut dibenarkan pulang ke Malaysia, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dia (Chin Peng) umur pun dah tua. Dia nak balik ke kampung halaman dia. Kita dah benarkan lah," katanya dalam sidang media selepas berucap dalam Kongres Khas PKR di Bangi pada 13 jun 2009.

Anwar menganggap Chin Peng sebagai seorang Nasionalis dan Parti Komunis Malaya sebagai satu Sejarah dan ia harus dilihat secara objektif dan (kita) harus megambil sikap peri kemanusiaan. Yang sudah sudahlah, kita lupakan sahaja," kata Anwar, sambil menyifatkan isu komunis dimainkan media pro-pemerintah.

Anwar kata ambil sikap peri kemanusiaan? peri kemanusian kepada sape? dan peri kemanusian untuk apa? untuk meraih undi cina? untuk melukakan hati dan perasaan balu dan bekas anggota tentera dan polis yang dibunuh oleh komunis pimpinan Chin Peng? untuk siapa sebenarnya peri kemanusian tu?

Masa Chin Peng membunuh anggota Tentera dan Polis yang mejoritinya melayu ketika itu, ada dia fikir tentang peri kemanusian? semasa dia mengarahkan pembunuhan seorang Imam Masjid di Tanjung Karang selangor, ada dia fikir tentang peri kamanusian?

Bagaimana pula PAS melalui Nik Ajis boleh mengakui dan menganggap pengkhianat dan petualang negara seperti Chin Peng ini sebagai seorang Nasionalis?

Ingatlah usaha untuk membawa pulang pengganas komunis bernama Chin Peng hanya akan berjaya sekiranya kerajaan Melayu pimpinan UMNO dan Barisan Nasional dapat di tumbangkan oleh Pakatan Haram, selepas itu jangan katakan Chin Peng akan di bawa pulang, silap-silap Parti Komunis pun di benar ditubuhkan di Malaysia ini, dan Anwar akan menggunakan alasan PERI KEMANUSIAN.

Sejarah Kezaliman Komunis yang di kepalai oleh Chin Peng, kini Chin Peng di angkat sebagai Nasionalis oleh Nik Ajis dan Anwar Ibrahim.

1. Pada 13 Dis 1948, pengganas komunis membakar bangunan anak-anak yatim di Serendah, selangor membunuh seorang pengawas di rumah kebajikan itu.

2. Pada 21 Sept 1949, pengganas komunis di daerah Plentong, Jhr Bahru melemparkan seorang kanak-kanak berusia lapan thn ke dalam api yang sedang marak menyala. Komunis turut membunuh kaum keluarga kanak-kanak malang itu.

3. Pada 5 Julai 1949 pengganas komunis melemparkan sebutir bom ke arah orang ramai yang sedang menyaksikan pertunjukan sarkas di Kampar, Perak. Empat orang terbunuh dan 46 orang cedera termasuk kanak-kanak dan wanita sedang mengandung.

4. Pada 12 Ogos 1949, pengganas memasuki rumah para buruh di Ladang Jany, Selangor dan merompak wang tunai dan barang-barang kemas. Sebenarnya terlalu banyak tindakan komunis menceroboh, merompak dan membakar rumah pekerja.

5. Pada 4 Februari 1950 pengganas komunis membakar kampung di Simpang Tiga, Perak mengakibatkan 1,000 orang kehilangan rumah.
Posted by det at 5:33 PM

(sumber;http://darulehsantoday.blogspot.com/2009/10/andainya-pas-menang-di-bagan-pinang.html)

No comments: