Showing posts with label tipu. Show all posts
Showing posts with label tipu. Show all posts

Thursday, November 14, 2013

Giant Hypermaket Terbukti Kantoi Menipu Pelanggan!


Seorang pelanggan yang telah ditenangkan oleh pengurus cina pasaraya Giant dimana pasaraya ini sememangnya kita ketahui bukan milik Melayu telah mengadakan penipuan. Kimball Tomato Pure yang diletakkan harga pada asalnya adalah RM3.00 tetapi apabila sistem komputer pembayaran menunjukkan harga RM3.79.

Maka jika sahih dan benarlah seperti gambar yang diambil dari pages fb boikotbarangancinadap ini, kita sebagai pelanggan jangan bagi muka lagi.

Perkara sebegini sepatutnya dibawa kepada Tribunal For Consumer Claims Malaysia kerana di jabatan itu akan menyediakan peguam khas percuma untuk menuntut ganti rugi. Jika anda pergi ke jabatan Tribunal ini, keuntungan anda yang akan dapat akan lebih berlipat ganda, dan seterusnya pasaraya Giant bukan milik Melayu ini akan dapat dijatuhkan dengan lebih mudah kerana berita ini akan disiarkan ke dalam berita. 

Mengapa perlu bersusah payah untuk membuat aduan kepada pengurusan Giant itu? Ambil sahaja gambar yang berkaitan bersama resit dan kaut sahaja keuntungan melalui jabatan yang telah kerajaan sediakan. Bila lagi kita mau ajar cauvinis2 ni?

Alamat Jabatan Tribunal:
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Aras 5, Podium 2, No. 13, Persiaran Perdana,Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya.

Toll Free : 1-800-88-9811
Telephone No. : 03-8882 5822

Sunday, February 3, 2013

60 pelajar Harvard tipu peperiksaan dihukum


Sekumpulan pelajar lalu di Dataran Harvard, Cambridge, Massachusetts ketika universiti itu dilanda skandal penipuan beramai-ramai.Sekumpulan pelajar lalu di Dataran Harvard, Cambridge, Massachusetts ketika universiti itu dilanda skandal penipuan beramai-ramai.
New York: Sekurang-kurangnya 60 pelajar di Universiti Harvard digantung pelajaran, manakala yang lain dikenakan tindakan disiplin dalam satu skandal penipuan besar di institusi tersohor Amerika Syarikat itu. 

Dekan Fakulti Sains dan Sastera, Michael Smith memberitahu kakitangan dan pelajar di universiti berhampiran Boston itu bahawa lebih separuh kes sedang disiasat menyebabkan pelajar berkenaan diminta tidak berada di kolej untuk sementara.
 “Dalam kes lain, ada yang dikenakan tindakan disiplin, manakala selebihnya tidak dikenakan sebarang tindakan,” kata Smith dalam satu e-mel ke semua kampus. 


Pelajar yang diminta tidak berada di kampus untuk sementara waktu dilaporkan antara dua hingga empat semester. 

Ketika skandal mula terbongkar dan diketahui ramai pada Ogos lalu, pentadbir Harvard berkata i 125 pelajar disyaki berpakat menjawab peperiksaan akhir. 


Plagiat 

Universiti berkenaan berkata, ramai pelajar mungkin bekerjasama menjawab soalan atau melakukan plagiat membabitkan rakan sekelas mereka ketika peperiksaan akhir kursus masing-masing. 
Harvard di Cambridge, Massachusetts adalah sebuah daripada universiti eksklusif dunia dengan pelajar membayar AS$63,000 setahun (RM189,000) untuk mengikuti pengajian selepas melalui proses kemasukan yang sengit. 

Smith menyifatkan skala insiden penipuan terbabit sebagai paling ramai setakat ini menyebabkan proses perubahan sedang dirangka untuk menggalakkan integriti akademik dan pemahaman lebih mendalam isu itu dalam kalangan penghuninya. 

“Kita semua boleh lakukan yang lebih baik,” katanya dalam e-mel. 

Presiden Majlis Siswazah Harvard, Tara Raghuveer, berkata siasatan kes berkenaan berlangsung terlalu lama hingga menjadi topik hangat. 

Katanya, ada pelajar memulakan pelajaran semester baru tanpa mengetahui sama ada dibenarkan menamatkan kursus. - Agensi
(terimakasih sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/60pelajarHarvardtipupeperiksaandihukum/Article/index_html)

Thursday, February 16, 2012

Janda jual air liur kebas RM5,000 :(harian metro)

Oleh Mohd Fauzi Abdullah

fauzie@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KESAL...mangsa menunjukkan pengeluaran RM5,000 dari akaun Tabung Haji untuk dipinjamkan kepada wanita terbabit.
KESAL...mangsa menunjukkan pengeluaran RM5,000 dari akaun Tabung Haji untuk dipinjamkan kepada wanita terbabit.

KUANTAN: Tangisan simpati dan pujuk rayu seorang janda mencairkan hati seorang peneroka warga emas bergelar datuk yang mengeluarkan wang simpanannya dalam Tabung Haji sebanyak RM5,000 untuk dipinjamkan kepada wanita itu sebelum menyedari dia ditipu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Haron, 70, berkata dia kecewa kerana kelicikan janda beranak satu itu menyebabkan perancangannya untuk menunaikan haji tahun depan musnah.

Haron yang berasal dari Felda Bukit Sagu, di sini, berkata dia berkenalan dengan ibu tunggal berusia 30 tahun itu di sebuah perhentian bas di Jalan Bukit Ubi, di sini, seminggu lalu.

“Bertitik tolak daripada pertemuan itu, saya menjalinkan hubungan dengannya, malah dia menawarkan diri untuk menjadi isteri saya.


“Bagaimanapun, saya menolak dengan cara baik kerana saya sudah berumah tangga dan mempunyai enam anak serta 13 cucu,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, semalam.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.