Showing posts with label PRK DUN 31 Bagan Pinang. Show all posts
Showing posts with label PRK DUN 31 Bagan Pinang. Show all posts

Wednesday, October 14, 2009

UMNO dan rakyat Malaysia menghalalkan dan mendewa-dewakan ‘Sang Perasuah’ – Azmin Ali

Tuesday, October 13, 2009
UMNO dan rakyat Malaysia menghalalkan dan mendewa-dewakan ‘Sang Perasuah’ – Azmin Ali

Benarlah kata-kata Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo di dalam blognya, jika ditanya kepada sebahagian pemimpin veteran Umno, penganalisis politik dan pembangkang, pastinya Tan Sri Isa tidak layak menjadi calon.

Dr Mohamad Khir berpendapat, ‘seolah-olah tiada lagi peluang kedua ke atas mereka yang pernah dihukum atas apa kesalahan sekalipun.’ Sedangkan BN memenangi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang kerana "mengutamakan pendapat rakyat" ketika memilih calon.

Azmin Ali menulis di dalam blognya menyatakan, UMNO perlu membuat persiapan awal untuk menghadapi PRU ke 13 dengan menonjolkan barisan calon-calon UMNO di kalangan perasuah kerana itulah ‘cita rasa rakyat Malaysia’.

Dunia hari ini mendapat jawapan yang jelas bahawa UMNO menghalalkan rasuah dan 'rakyat Malaysia mendewa-dewakan Sang Perasuah.'

Azmin juga menulis, UMNO juga tidak perlu sebarang transformasi. Justeru itu, UMNO tidak memerlukan Perhimpunan Agung Khas ( EGM ) untuk meminda perlembagaan bagi membendung gejala dan amalan rasuah yang sudah menjadi barah dalam institusi politik perkauman sempit di Malaysia. Malahan, sebarang usaha untuk melakukan transformasi dalam UMNO adalah usaha yang sia-sia kerana sekurang-kurang pengundi di Bagan Pinang amat selesa dengan UMNO dan pemimpin UMNO yang rasuah.

Begitu marah Azmin dengan kekalahan PRK di Bagan Pinang sehingga mlebelkan ‘rasuah adalah cita rasa rakyat Malaysia’.

Azmin lebih mudah menyebut perkataan ‘rasuah’ untuk melindungi kepincangan ‘pakatan rakyat’ sendiri yang telah begitu banyak berdusta dengan rakyat dengan janji-janji ‘kerajaan kebajikan’ pada PRU ke 12.

Rakyat bukannya buta sentiasa atau pekak tuli selalu, mereka sudah mendengar dan melihat apa yang kerajaan ‘pakatan rakyat’ lakukan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan serambi Mekah Kelantan.

Rakyat sudah mula sedar segala tomahan-tomahan zalim, perompak, perasuah, penjenayah oleh ‘pakatan rakyat’ terhadap kerajaan UMNO-BN sebenarnya telah mencerminkan kepada tindak tanduk pemimpin-pemimpin ‘pakatan rakyat’ sendiri.

Apa, Azmin sudah lupa, bahawa beliau adalah ‘barua nombor 1’ kepada bosnya Anwar menjalankan aktiviti ‘rasuah’ di dalam UMNO dan Kerajaan BN untuk cepat sampai ke puncak politik ?

UMNO dan kerajaan BN sungguh bernasib baik kerana Tun Mahathir pada masa menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO cepat sedar dan mengambil tindakan segera menyikirkan Anwar dan kuncu-kuncunya untuk menyelamatkan UMNO dan Kerajaan Malaysia.

Azmin sama juga dengan pemimpin popular DAP Lim Kit Siang@Ching Peng yang menujah bahawa UMNO dan BN tidak dapat berubah untuk membersihkan negara daripada gejala rasuah.

‘Apa yang tidak dapat dijangkakan, kemenangan Isa dengan 8,013 undi dan majoriti 5,435 undi, menyapu bersih kesemua lapan pusat mengundi – keputusan yang jelas berhubung salah guna kuasa, politik wang dan penipuan undi pos,’ kata Lim di blognya.

Macam mana dengan kerajaan ‘pakatan rakyat’ di Selangor ?

Lim dan Azmin tidak perasan kah macam mana ‘perasuah’ diberi kekebalan oleh kerajaan Selangor, bagaimana ‘salah guna kuasa’ oleh penyangak-penyangak samseng yang sanggup mematikan bukti untuk lari dari tindakan SPRM.

Tetapi Lim dan Azmin lebih memperbesarkan fitnah kepada SPRM dan UMNO sebagai pembunuh.

Adalah wajar rasanya Azmin dan Lim lebih memikirkan bagaimana untuk melaksanakan segala perancangan-perancangan yang ‘pakatan rakyat’ telah janjikan kepada rakyat di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan.

Bersihkan ‘budaya rasuah’ dikalangan pemimpin-pemimpin ‘pakatan rakyat’ dahulu, sebelum menghukum serta mendakwa ‘RASUAH ADALAH CITA RASA RAKYAT MALAYSIA’.




Dicatat oleh YANG GAMBI di 12:11 PM

(sumber;http://yanggambi.blogspot.com/2009/10/umno-dan-rakyat-malaysia-menghalalkan.html)

Tuesday, October 13, 2009

Ombak Tsunami melanda Bagan Pinang: Isa-UMNO-BN menang bergaya, Zul-PAS-pakatan rakyat karam juga akhirnya H


Monday, October 12, 2009
Ombak Tsunami melanda Bagan Pinang: Isa-UMNO-BN menang bergaya, Zul-PAS-pakatan rakyat karam juga akhirnya

Hakikatnya, BN mengekalkan kerusi DUN Bagan Pinang apabila Tan Sri Mohd Isa Samad menang dengan majoriti 5,435 undi. Jumlah itu lebih besar daripada majoriti 2,333 undi yang diperolehi BN pada PRU 12 tahun lalu.

Satu petanda baik BN yang bukan sahaja di Bagan Pinang malah di seluruh negara. Rakyat telah mula menunjukkan keyakinan bahawa BN adalah parti yang mampu membangunkan Negara serta menggambarkan sokongan rakyat terhadap gandingan kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dalam melaksanakan gagasan ;

‘1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

Apa kata PAS ?

‘UMNO menang tetapi kalah dalam memerangi rasuah’ kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, tetapi kenalah juga terima serta menghormati keputusan rakyat atas prinsip demokratik.

Sementara itu, Pengarah jentera pilihan raya PAS Bagan Pinang, Salehuddin Ayub yang sebelum ini yakin, N31 bakal memangkin gelombang ketiga Rasuah Musuh No.1 Negara. Bagan Pinang juga dijadikan medan permulaan pakatan rakyat memperjuangkan senarai undi pos bersih.

Pendapat kawanlah, UMNO memang berusaha menjurus ke arah memerangi rasuah. Tan Sri Isa bukan penjenayah ‘rasuah’ yang telah di dakwa di Mahkamah, belaiu Cuma dituduh melanggar ‘etika parti’ kerana mengadakan jamuan makan malam bersama ‘para perwakilan’ UMNO semasa beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

Dalam perkara ini, bukan dari kalangan orang-orang UMNO sahaja yang membuat kerja-kerja melobi untuk mendapat sokongan semasa musim pemilihan parti. Ahli-Ahli PAS juga banyak berbuat demikian semasa untuk berkempen merebut jawatan dalam muktamar PAS baru-baru ini.

Kalau tidak, masakan bekas Ketua Dewan Ulama PAS, Muhamed Daud Iraqi mendedahkan sudah ada fenomena rasuah dengan memberi hadiah berupa baju dan menjamu makan kepada perwakilan.

Sudah tentu Muhamed Iraq tidak berbohong mengenai hal itu bukan ?

Apakah PAS anggap itu bukan ‘rasuah’ atau dalil tok guru Nik Aziz menyatakan itu hanya ‘pemberian saguhati’ atau ‘hadiah politik’ ?

Kalau dalam UMNO ‘rasuah’, dalam PAS ‘hadiah’ begitu ?

Kalau PAS-Mahfuz-Salahuddin benar-benar ikhlas untuk memerangi ‘rasuah’, mengapa PAS-Mahfuz-Salahuddin tidak membantu menyokong SPRM dalam penyiasatan rasuah kerajaan pakatan Selangor ?

Sebaliknya PAS-Mahfuz-Salahuddin begitu tegar memfitnah SPRM-UMNO-BN telah membunuh Teoh semasa penyiasatan dijalankan oleh SPRM.

Berkenaan ‘Undi Pos’, kalau benarlah PAS-Mahfuz-Salahuddin mendakwa berlaku penyelewengan.

Apakah PAS-Mahfuz-Salahuddin tidak sedar bahawa SPR telah membenarkan setaiap parti bertanding menghantar wakil di setiap pusat pembuangan undi dijalankan ?

Waima apa sekali pun, PAS-Mahfuz-Salahuddin perlu menerima hakikat bahawa rakyat telah mula sedar dari budaya bisikan fitnah ‘pakatan rakyat’ dalam PRK Bagan Pinang.

Hentikan fitnah-fitnah yang mengelirukan rakyat, adalah lebih baik PAS-Mahfuz-Salahuddin memikirkan bagaimana untuk menambah baik lagi khidmat kebajikan untuk rakyat, lebih-lebih lagi bagi kawasan-kawasan yang diwakili oleh PAS-Mahfuz-Salahuddin.

Adalah lebih baik Mahfud-Salahuddin menyeru kaum-kaum Melayu, India dan Cina yang ada di dalam PKR agar meninggalkan parti mereka. PKR yang amat jelas dan nyata di pimpin oleh seorang Ketua yang dikenali sebagai ‘raja rasuah’, penjenayah dan tali barut Yahudi.

Kalau Melayu kebalilah ke tempat asalnya UMNO, kalau India kembali ke MIC, PPP, IPF atau Makkl Sakti dan kalau Cina kembali ke MCA atau Gerakan. Biarkan PKR dengan Anwar serta kuncu-kuncu………..

Bagaimana dengan PAS ?

Adalah amat baik kalau Mahfuz-Salahuddin menasihati tok-tok guru agar meninggalkan DAP dan PKR. Bersatu dalam UMNO-BN demi mengekalkan keperkasaan kuasa Melayu demi menjaga maruah bangsa dan agama……….


Dicatat oleh YANG GAMBI di 6:34 AM

(sumber;http://yanggambi.blogspot.com/2009/10/ombak-tsunami-melanda-bagan-pinang-isa.)

Monday, October 12, 2009

Mereka silap dan Isa hebat





Mereka silap dan Isa hebat

Ini bukan kemenangan kecil tetapi kemennangan bergaya, pilihan rakyat yang akhirnya direstukan oleh kepimpinan berjaya diterjemah kan oleh rakyat bahawa Isa lah pemimpin yang mereka mahu di Bagan Pinang.UMNO dan BN lah pilihan mereka dan pilihan mereka nyata tepat . dari jumlah undi yang kita lihat , mereka tolak PAS , mereka tolak pakatan rakyat. Pakatan rakyat sudah tidak relevan lagi. Nik Aziz tidak lagi relevan , Nik Aziz hanya kuda tua Anwar Ibrahim dan PAS adalah kuda tua DAP dan Keadilan.

Pengundi Bagan Pinang menghantar pesanan rengkas kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat , "Go to hell bro " . Anwar sudah mula bimbang , Anwar sudah mula panik . Mungkin kepopulariti beliau sudah sampai ke puncak dan kini sudah mula menurun.Rakyat sudah bosan dengan penipuan Anwar , rakyat sudah mula membenci dengan gelagat mereka. Isa pilihan raykyat. Isa berjaya membuktikan bahawa ramai yang salah. Isa juga membuktikan bahawa Tun Mahathir juga salah. Tun sepatutnya tidak cepat melatah. Tun sebenarnya tidak cepat menghukum. Kepmimpinan UMNO juga telah memuktikan bahawa mereka lebih memntingkan desakan rakyat dan bukannya pemimpin Individu. Dengan mengenepi kan desakan Tun dan mendengar kehendak rakyat, nyata keputusan kepimpinan tertinggi ini sememangnya bertepatan,

Beginilah , biarlah Presiden dan timbalan presiden yang menguruskan dan memimpin UMNO. Berikanlah mereka kebebasan untuk mengemudi kan UMNO, Eloklah Tun berehat dan menjadi pemerhati sahaja dan jika mahu menjadi penasihat, nasihat lah dengan cara yang betul di landasan yang betul. Tidak perlu membuat kenyataan akhbar untuk mengaibkan seseorang. Rasuah dalam politik amat berbeza dengan rasuah diluar sana. Rakyat faham , rakyat tahu apa yang berlaku. Jangan di besar besarkan isu rasuah dalaman politik kerana ianya amat berbeza dari rasuah diluar sana, Apakala rasuah dalam politik khususnya yang diputuskan oleh lembaga disiplin sukar diterima oleh ahli UMNO sendiri. Lembaga Disiplin UMNO juga perlu dirubah. Sudah tiba masanya lembaga disiplin juga perlu satu perubahan yang drastik untuk memantapkan dan mengukuhkan UMNO.

Mustahil , pemilihan UMNO 2009 hanya dua tiga kerat sahaja dijatuhkan hukuman sedangkan ramai yang tahu apa yang berlaku, Perwakilan bukannya buta atau bodoh. Khir sibuk dengan frasuah , macam tiada rasuah yang berlaku waktu 22 tahun pemerentahan beliau hanya kerana sakit hati dan berdendam dengan pemimpin yang tertentu. Rasuah dalam UMNO dan rasuah dalam BBMB dan PEWAJA dll tidak sama denga rasuah dalam UMNO dan ini telah dibuktikan oleh pengundi Bagan Pinang.

Pas juga telah membuat satu kesilapan yang besar apabila mempertikai kan kewibaan SPR apabila mereka tidak pernah pertikaikan keputussn SPR apabila mereka menang .Pas is a sore looser, hanya mahu menang sahaja. kalau takut kalah sepetut nya Pas tidak perlu bertanding disamping faktor Pas tidak ada pemimpin yang mampu mereka ketengahkan kerana calon Pas ini pernah tewas 3 kali dal pilihan raya sebelum ini dan ini adalah kali ke empat beliau tewas. Oleh kerana ini iah calon terbaik yang Pas ada , mereka perlulah menerima kekalahan ini.

Isa juga adalah seorang yang unik , sukar untuk mencari seoranmg pemimpin yang begitu tabah menghadapi liku liku dugaan poitik. Isa telah emmbuktikan bahawa dia adalah comtoh yang terbaik untuk di contohi. bukan apabila nama tidak disenaraikan sebagai ahli kebinet terus sahaja beli kererta Porche , BMW 7 Series , enjoy ke disko disko dan pergi ke kelab bogel di jakarta. dan lawati dissko disko mewah bersama geng geng . Yang menarik pula Isa adil , Baju nya sama kain dengan kain seluar , satu pasang . Beli kain seluar sekali untuk buat baju, atau beli kain baju sekali untuk buat seluar.

Posted by Admin at 5:44 PM

(SUMBER;http://mytepakbersulam.blogspot.com/2009/10/mereka-silap-dan-isa-hebat.html)

SARANG UMNO: AJAR PAS













PAS kalah, Lim Kit Siang akan kata, bubar PAS masuk PKR. Kita berjuang bersama-sama mewujudkan Malaysia-Malaysian.


Kenapa PAS tewas dengan calon 'Local Hero' yang dikatakan pengamal rasuah? Kalau PAS anti-Rasuah, kenapa PAS menyokong Anwar Ibrahim yang sudah dijatuhi penjara enam tahun kerana penyalahgunaan kuasa dan rasuah?

PAS juga perlu menerima realiti pertandingan walaupun bukan main hebat provokasi yang dilakukan oleh PAS semasa hari pembuangan undi. Gelagat penyokong PAS tidak ubah seperi gelagat India yang suka buat kacau.

Mengingatkan sejarah, sejak pilihan raya 2008 baru-baru ini, periuk nasi PAS berada dalam keadaan zon 'amat' selesa. Kemenangan yang tidak diduga di Selangor dan impian selama 40 tahun untuk menakluk Kedah ibarat ulam dipinta, pucuk mendatang. Namun setahun setengah PAS mengacapi kemenangan ini, kenapa kekalahan demi kekalahan sudah terpancar semasa pilihan raya kecil (PRK) walaupun PAS masih mengekalkan ulama tersohor iaitu Haji Hadi dan Nik Aziz sebagai 'Ketua Mujahid PAS'?

Kenapa PAS kalah di Bagan Pinang atau undi terhadap PAS semakin berkurangan?


1. Mesej pertama cuba disampaikan di PRK ADUN Manik Urai yang merupakan kawasan kubu kuat PAS dan negeri 'Ulama Nik Aziz', namun PAS masih tidur dengan lena. Majoriti undi diperolehi sebanyak biji nasi yang dimakan oleh ibu ayam bukti yang jelas kenapa orang Melayu sudah muak dengan panji dan janji PAS. Kenapa ini berlaku? lihat sebab di bawah...

2. PAS sudah hilang taring dalam perjuangan politiknya. PAS berjuang dan berjihad untuk melaksanakan hukum hudud tetapi apabila diberi 'test market' PAS tidak mahu hudud dilaksanakan. Dahulu PAS kata UMNO yang tolak hudud, kini bagaimana dengan sahabat PAS yang menolak hudud diterima sebagai 'saudara se-Islam'? Contohnya Zaid Ibrahim. Adakah PAS....

3. ...takut pada manusia? Semasa PAS diharapkan menjadi parti alternatif buat orang Melayu, bukan main PAS berhujah, 'kita adalah parti yang berjihad fisabilillah untuk memerangi musuh Islam' iaitu UMNO.

Kini, ulama PAS bukan sahaja berpeluk dengan Cina DAP malahan sanggup menerima penjualan Arak, membina kandang babi dan memberi kebenaran oleh DAP dan PKR untuk memperlekehkan ayat suci al-Quran.

PAS masih berlagak kononnya mereka adalah pejuang kepada rasuah yang merupakan musuh nombor tiga negara. Kata PAS, dalam Harakhdaily 12 Oktober 2009, "Umno menang tetapi kalah dalam memerangi rasuah..." persoalannya...

4. Kenapa PAS sanggup menabalkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sedangkan dia seorang peliwat dan sudah dihukum dengan jenayah rasuah serta penyalahgunaan kuasa selama enam tahun? Bukan itu sahaja, Nik Aziz pun ini sudah menjadi 'tali barut' Anwar Ibrahim daripada menjadi 'tali barut' Baginda Rasulullah s.a.w. Namun PAS masih melihat kuman dilaut berbanding gajah di atas dahi dan PAS cuba melindungi rasuah yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dengan....

5. ...mengaburi permasalahan parti berkenaan dengan menghambur ceramah yang berbentuk hasutan dan memburukkan pihak lawan. Itu 'stail' lama sebab rakyat akan menuntut janji ditabur selama ini untuk membela rakyat.

6. Abe MIE ringkaskan, sebenarnya PAS kini ibarat mereka yang menelan air liur sendiri.

7. Di mana undi kaum India yang sebelum ini berjuang bersama-sama dengan PAS? Mana laungan 'Makkal Sakthi' yang diperjuangkan oleh PAS untuk 'undi' orang India. Janji PAS membela orang India hanya cakap penagih dadah untuk membangunkan negara, semuanya 'hamPAS'. Buktinya...

8. Orang India marah dengan DAP di Pulau Pinang yang menghalau penduduk Kampung Buah Pala sedangkan semasa di bawah pemerintahan BN, mereka boleh berunding dan terus menetap di kampung berkenaan sehingga 30 tahun.

PAS pula tidak menjadi 'local hero' untuk memperjuangkan nasib kaum India, kenapa?

9. ...sebab PAS takut pada DAP. Karpal Singh kata, kalau sebut aje hudud, langkah mayat dia dulu. Lim Kit Siang pun marah pada Hussam Musa apabila dia memberitahu PAS akan melaksanakan hudud dalam masa terdekat semasa berdebat dengan KJ di Kubang Kerian enam bulan yang lepas.

Anwar Ibrahim yang merupakan 'local hero' Pakatan menjadi serba salah. Kenapa ini berlaku?

10. Sebab PAS masih bermimpi yang mereka adalah parti yang memperjuangkan Islam sedangkan pada masa yang sama mereka menjadi 'lembu yang dicucuk hidung dengan tali oleh komunis DAP'. Persoalannya, kenapa Cina di Bagan Pinang tidak menyokong PAS walaupun PAS sanggup menjadi 'lembu' pada DAP? Jawabnya...

11. Cina DAP dan Cina Malaysia tidak sama dengan Melayu. Melayu percaya janji syurga dan masih percaya air liur golongan agama, tapi bagi orang Cina mereka akan memberitahu, 'janji kena tunai'. Tunai itu ialah wang bukannya air liur. Mana PAS ada 'tunai' sebab Kelantan pun mengemis dengan Kerajaan Persekutuan untuk mendapat royalti Petronas.

PAS boleh bodohkan Melayu Kelantan sehingga 19 tahun, tetapi Cina akan lihat janji PAS dalam masa 19 bulan sahaja. PAS gagal sebab itulah ini yang berlaku untuk AJAR PAS....

PAS memperoleh undi sebanyak 2,578
ISA (BN) memperoleh undi sebanyak 8,013
Undi rosak 233 yang mungkin dari ahli PKR atau ahli PAS.


abe MIE- PAS masih salahkan BN atas kemenangan ini, kata Salehuddin Ayub, "N31 juga bakal dijadikan medan permulaan Pakatan memperjuangkan senarai undi pos bersih. (Yang dipersalahkan undi pos kerana tidak menyokong PAS)


abe MIE- Ibrahim Ali mencabar PAS supaya mengosongkan kerusi ADUN di Pengkalan Pasir, Pasir Mas Kelantan. Sekiranya Ibrahim menang ADUN berkenaan, Nik Aziz perlu letak jawatan sebaga Menteri Besar, sekiranya Ibrahim kalah, dia akan letak jawatan sebagai ahli Parlimen.


KENAPA PAS TIDAK SAHUT CABARAN BERKENAAN? Boleh kita 'test' lagi di kawasan kubu kuat PAS. Adakah PAS boleh menabik dada yang PAS boleh menang 'selesa' kerana sokongan 100 peratus orang Melayu. Di sana tiada undi pos, buat apa PAS perlu takut!

PAS akan hanyut dan yang untung 'manyak-manyak' ialah DAP dan Bapak Anwar Ibrahim....


(sumber;http://pkrpasdap.blogspot.com/2009/10/ajar-pas.html)

ISA SAMAD - TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI…


Monday, October 12, 2009
ISA SAMAD - TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI…

Bolehkah kita katakan bahawa provokasi penyokong parti yang bertanding menyebabkan sasaran Suruhanjaya Pilihanraya agar 90 peratus keluar mengundi di Bagan Pinang tidak berhasil?


Atau apakah penduduk di kawasan itu sudah yakin dengan kejayaan yang mungkin dicapai oleh Tan Sri Mohd Isa Samad dan tidak perlu membuang undi?

Semalam, seramai 11,157 atau 81.65 peratus daripada 13,664 pemilih berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya kecil itu sehingga pengundian ditutup jam 5 petang tadi.

Walaupun ia meningkat sedikit berbanding 10,911 atau 81.59 peratus pada pilihan raya umum ke-12 tahun lalu, namun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, kecewa kerana sasaran keluar mengundi kali ini tidak tercapai.

"Saya agak kecewa dengan peratusan ini, saya harapkan peratusan hampir ke 90 peratus, saya tidak tahu apa sebabnya peratusan ini tidak meningkat walaupun hari mengundi diadakan pada hari cuti hujung minggu," katanya.

Beliau berkata, SPR akan melakukan analisis mengapa peratusan itu tidak meningkat sebagaimana yang diharapkan.

Ternyata calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Samad, bukan tandingan calon PAS apabila menang besar dengan majoriti 5,435 undi.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan Menteri Wilayah Persekutuan itu memperoleh 8,013 undi berbanding calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar, yang mendapat 2,578 undi.

Secara mudah undi yang didapati oleh PAS (pakatan pembangkang hanya 21 peratus) berbanding undi yang dimiliki BN.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor daripada BN pada 4 September lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Azman menang dengan majoriti 2,333 undi apabila memperoleh 6,430 undi manakala calon PAS, Ramli Ismail, mendapat 4,097 undi.

Merosotnya undi PAS begitu banyak, hampir sekali ganda dan pertambahan undi kepada BN daripada 6.430 kepada 8.013 menggambarkan bahawa BN dan UMNO ‘bukan teruk sangat’.

Cuma sebelum ini, ruang untuk BN mengetengahkan calon ‘sebaik Mohd Isa’ tidak muncul. Mungkin juga sebelum ini BN membuat keputusan salah mengenai calon.

Bagi saya untuk kali pertamanya isu calon tidak menjadi ‘isu utama’ di kalangan BN atau UMNO. Untuk kali pertamanya juga rakyat tempatan tidak mempersoalkan ‘diri calon’ dan sangat sukar untuk mereka menolak Mohd Isa tidak seperti pada pilihan raya kecil yang lain.

Memanglah bagi PAS dan pakatan rakyat, mereka akan merasa terkilan, bukan sahaja kerana kalah tetapi kempen kononnya mereka bersih daripada BN dan UMNO tidak berjaya memutarkan fakta.

Ternyata Mohd Isa sudah diterima kembali dan seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, Mohd Isa sudah menjalani ‘hukumannya’.

Dalam soal ini, nampaknya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa peka dan menerima reality bahawa rakyat di Bagan Pinang mahukan Mohd Isa walau dalam keadaan apa sekali pun!

Sementara PAS yang sering berburuk sangka kepada orang lain, khususnya orang UMNO melemparkan komtentar yang bunyinya bagaikan ‘anggur masam’.

Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, kemenangan Mohd Isa dianggap suatu kegagalan kepada misi integriti nasional.

Katanya dalam kedudukan PAS menghormati keputusan rakyat atas prinsip demokratik, PAS (beliau?) malu dengan sikap UMNO yang tidak akan membawa rakyat kepada kehidupan yang lebih baik kerana gagal memerangi rasuah.

"UMNO memang menang dalam pilihanraya, tapi ternyata kalah dalam memerangi rasuah,"kata dalam sidang media yang diadakan selepas PAS di isytiharkan tewas dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang semalam.

Tidak apalah, PAS tidak akan melihat kelemahan dirinya tetapi akan terus mempersalahkan orang lain. Itu perangai dan tingkah lakunya.

Bagi BN dan UMNO, pengajaran kes pilihan raya kecil ini penting kerana jika calon tepat, kemenangan tidak sukar untuknya.

Calon yang diterima rakyat tempatan dan berjasa amat penting – bukan kerana dia muda atau pelajaran tinggi. Yang penting rakyat sayangkan diri calon berkenaan, UMNO akan menang.

UMNO dapat melihat bagai pembangkang menang di Kuala Terengganu, Permatang Pasir, Manek Urai atau juga sebelum ini di Permatang Pasir.

Selain itu BN perlu juga menjaga tata susila dan mengelakkan provokasi kerana rakyat akan menilai siapa sebenarnya yang membuat kekacauan dan cuba cari pasal tidak tentu hala.

Rakyat Malaysia cintakan keamanan. Sebarang kekerasan atau pertelingkahan bukan pilihan mereka. UMNO dan BN kena amalkan ‘keamanan’ dan kestabilan sama ada ketika berkempen atau hari membuang undi.

Selain itu, Presiden dan pemimpin tertinggi BN perlu bekerja satu hati dalam memenangkan parti komponen, bukan UMNO, MCA. MIC atau Gerakan dan parti-parti komponen lain bertanding secara berasingan. Bersatu hati untuk kemenangan.

Serangan dan pertahanan terhadap lawan umpamanya dalam konteks pemimpin utama mereka perlu tersusun dan jangan ada pihak yang mahu mengambil kredit atau keuntungan peribadi daripadanya.

Ternyata Penasihat Parti Keadilan Rakyat – Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin utama PAS gagal menambat hati rakyat di Bagan Pinang.

Kepada rakyat di Bagan Pinang, tahniah kerana tidak terpegaruh dengan dakyah pembangkang dan melontar jauh-jauh sokongan anda.

Pemimpin pembangkang pasti akan ‘terkejut beruk’ dengan undi kecil yang diterima oleh mereka.

Walaupun ada menganggap Mohd Isa sebagai ‘calon kitar semula’, pembangkang lupa bahawa calon ‘kitar semula’ milik mereka lebih teruk kerana sudah beberapa kali kalah dalam pilihan raya. Sedangkan Mohd Isa tidak pernah kalah pun dalam pilihan raya – sama ada kerusi DUN mahupun Parlimen.

Itulah, Anwar pun boleh lupa fakta dan ini hanya permulaan. Banyak lagi Anwar akan lupa fakta selepas ini kerana beliau perlu mengumpul fakta mengenai dirinya sendiri bagi mempertahankan maruah dan identitinya sendiri – sama ada di mahkamah atau juga pentas politik.

Kepada Mohd Isa, ingatlah janji-janji kerana daripada rakyat kita datang dan rakyat juga boleh menentukan sama ada kita kekal atau ditendang jauh-jauh, jika gagal berbakti!


(SUMBER;http://hambali1.blogspot.com/2009/10/isa-samad-tuah-ayam-nampak-di-kaki.html)

Sunday, October 11, 2009

Bagan Pinang : Kalau PAS-pakatan rakyat mampu buat kejutan, berakhirkah kuasa politik MELAYU ?


Sunday, October 11, 2009

Bagan Pinang : Kalau PAS-pakatan rakyat mampu buat kejutan, berakhirkah kuasa politik MELAYU ?

Hari ini penentuan pengundian di Bagan Pinang. Kita telah mendengar dan menilai penjelasan dan kempendari kedua-dua pihak lebih seminggu dan di tangan pengundi akan membuat pilihan.

Sebilanhgan besar daripada 13,664 pengundi berdaftar di Bagan Pinang sudah membuat keputusan siapa yang akan mereka pangkah. Keputusan yang akan diterjemahkan hari ini oleh pengundi sama ada UMNO-BN atau PAS-pakatan rakyat.

Dari segi fizikal UMNO-BN akan memperoleh kemenangan. Keyakinan jentera dan calon yang bertungkus lumus bekerja bagi menebus kekalahan dalam tujuh pilihan raya lalu, disusuli dengan pengaruh Tan Sri Isa yang cukup kuat dengan masyarakat setempat, keyakinan kerusi UMNO-BN kekal di Bagan Pinang.

Begitu juga dengan pandangan PAS-pakatan rakyat mampu membuat kejutan dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang hari ini bersandarkan kepada penerimaan masyarakat setempat yang dilaporan petugas-petuga PKR di semua daerah mengundi.

Kebanyakan blog-blog pro pembangkang meramalkan UMNO mendahului dengan majoriti tipis iaitu 51 peratus berbanding dengan 49 peratus untuk calon PAS.

Bagaimanapun mereka juga optimis bahawa PAS-pakatan rakyat mampu merapatkan jurang yang tipis tersebut dan ada kemungkinan akan melakukan kejutan dengan menumbangkan calon BN.

PAS-pakatan menaruh harapan kepada undi protes yang membantah pencalonan Tan Sri Isa sebagai calon BN, akan memberikan undi tersebut kepada calon PAS.Kalau benar seperti yang diwar-warkan PAS-pakatan rakyat, bermakna orang Melayu sememangnya sudah muak dan jemu duduk di bawah kuasa Orang Melayu sendiri…….

Sama-sama kita tunggu keputusannya....

Dicatat oleh YANG GAMBI di 11:31 AM

(sumber;http://yanggambi.blogspot.com/2009/10/bagan-pinang-kalau-pas-pakatan-rakyat.html)

Wajah militan PAS




Thursday, October 8, 2009
Wajah militan PAS

FaceBook Pas kawasan Segamat telah mengedarkan arahan ini; mesejnya jelas hendak membuat kacau; mereka yg menyerang kawasan BN, hari ini mereka pula mendakwa mereka diserang; sengaja buat kacau kerana nak mengganggu proses pilihan raya?

"KEADAAN SEMAKIN KRITIKAL! RAMAI AHLI PAS DIPUKUL DIBAGAN PINANG! SEMALAM, MARKAZ PEMUDA PAS PUSAT TELAH DICEROBOH DAN PETUGAS DI HALAU KELUAR. DEMI ALLAH DENGAN NAMA JIHAD FI SABILLILLAH, SAYA SELAKU PEMEGANG AMANAH KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT (DPPP) MENGERAHKAN SERAMAI MUNGKIN PEMUDA DARI SELURUH NEGARA AGAR TURUN KE BAGAN PINANG" - USTAZ NASRUDIN HASSAN TANTAWI

**SILA PANJANGKAN MAKLUMAT INI KEPADA SAHABAT2 YANG LAIN. JANGAN KITA BIARKAN KEZALIMAN UMNO BERPANJANGAN! MENGGUNAKAN CARA KOTOR SEJAK HARI PERTAMA LAGI DENGAN LAKONAN AZEEZ. AYUH, SHAHAB! KE MEDAN JIHAD! UMNO SEMAKIN MELAMPAU!!! ALLAHUAKHBAR!!

Jika benar mesej ini dari Ketua Pemuda Pas, maka masa depan Pakatan Pembangkang adalah amat kelam. Masa depan Islam? Jihad memerangi umat Islam atas nama fi sabilillah? Kelakar pula melihat tahap ilmu agama Ketua Pemuda Pas. Ataupun sikap memutar belit ajaran agama (sama belitnya dengan lilitan serban mereka) seperti yang diamalkan oleh Nik Aziz telah turun kepada Ketua Pemuda mereka?

Nampaknya kempen merendah diri Pas dan arahan Nik Aziz agar kempen dijalankan secara sopan hanya retorik kosong. Sejak hari penamaan calon, penyokong BN yang terpaksa melalui kumpulan penyokong Pas telah ditendang, diraba dan ditumbuk oleh mereka. Semalam Pas menghantar gerombolan untuk masuk ke kawasan penyokong BN dan melakukan provokasi, satu tindakan yang akhirnya menyebabkan mereka dihalau dari kem BN. Pada waktu yang sama dakwaan palsu bahawa petugas mereka ditetak dengan parang pula dimainkan. (gambar dan video telah dimuat naikkan ke blog DUN31baganpinang.blogspot.com, unitmediabaru.blogspot.com dan blog-blog lain yang melaporkan kejadian tersebut seperti rbf, pisau, marahku.blogspot.com dan banyak lagi (sila rujuk link di sebelah).

Sikap militan, samseng, penipu dan ganas Pas yang cuba disembunyikan di bawah slogan `Pas for All' dan di sebalik kopiah dan serban mereka, nampaknya tidak dapat disembunyikan lagi. Bagi rakyat Malaysia, muslim dan bukan muslim, inilah wajah sebenar Pas dan marilah sama-sama turun ke Bagan Pinang untuk menyaksikannya sendiri.

Bila orang sudah menjual, kenapa tidak kita membeli.....?

Posted by Tun Faisal Ismail bin Aziz at 9:08 PM

(sumber;http://malaysianposts.blogspot.com/2009/10/rusuhan-bagan-pinang.html)

zmsegamat kata; jangan memalukan segamat bro dedahkan siapa anda.. dan jangan berani hanya dengan bangsa sendiri sahaja..

Strategi provokasi, keganasan melampau...PAS terima padah


Strategi provokasi, keganasan melampau...PAS terima padah

Oleh: Roslan Bian dan Lukman Abdullah

Perang kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang berakhir tengah malam Sabtu.

Pengundi serta penduduk di kawasan pilihan raya itu ibarat sudah berpesta sepanjang tempoh kempen bermula 3 Oktober lalu.

Bermacam ragam dan cara BN dan PAS yang disokong PKR dan DAP berusaha memenangi 13.664 pengundi berdaftar yang layak menentukan siapakah wakil rakyat mereka bagi menggantikan Allahyarham Azman Mohd Nor yang meninggal dunia awal bulan lalu.

BN mahu mempertahankan maruah selepas tewas tujuh daripada lapan pilihan raya kecil yang diadakan dalam tempoh tidak sampai dua tahun selepas pilihan raya umum 2008.

Pembangkang melalui PAS pula mahu melebarkan sayap serta mengukuhkan cengkaman apabila berjaya mempertahankan semua kerusi dalam pilihan raya kecil itu malah berjaya merampas kerusi BN Parlimen Kuala Terengganu.

Sama ada BN mahupun pembangkang, menang atau tersungkur di Bagan Pinang boleh menggambarkan penerimaan rakyat terhadap parti masing-masing.

Bagaimanapun, calon BN, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mempunyai peluang menang selesa pada pengundian 11 Oktober berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar.

Semua tanda-tanda kemenangan menjurus kepada beliau.

Cuma dikhuatirkan apabila pembangkang terus menggunakan strategi serangan di saat-saat akhir dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ‘berkampung’ di Bagan Pinang.

Masuk gelanggang sebagai under dog , PAS memanipulasi undi pos yang dianggap penentu calon pilihanraya kecil kali ini.

Itu juga taktik lama pembangkang cuba menjadikan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai kambing hitam selain isu pengundi hantu yang digunakan dalam beberapa pilihanraya sebelum ini.

Namun PAS melakukan kesilapan apabila mempertikai cadangan Kementerian Pertahanan mahu menyediakan kemudahan seperti padang futsal, kolam renang dan peruntukkan membaiki surau di kem tentera dan menganggapnya rasuah kerajaan BN.

Malah, parti itu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tindakan ini jelas sesuatu yang bodoh kerana cuba menyekat kemudahan yang mahu disalurkan kepada mereka padahal Port Dickson yang diisytihar sebagai Bandar Tentera Darat harus ada kemudahan-kemudahan bagi keselesaan anggota tentera yang turut dikongsi bersama oleh orang awam di sana.

Apakah anggota tentera perlu memberi undi kepada parti yang cuba menghalang pemberian kemudahan kepada mereka?

Apakah dengan menyalurkan peruntukkan membaiki surau juga dianggap rasuah?

Jelas PAS terperangkap dalam isu ini selain SPR sendiri sudah telus bagi memastikan proses undi pos boleh dipantau wakil parti yang bertanding malah mereka boleh bawa tilam bantal serta ubat nyamuk jika mahu menunggu karung undi yang disimpan SPR dibuka untuk pengiraan.

Memang benar, 4,604 undi adalah satu jumlah besar daripada 13,664 pengundi berdaftar yang layak memilih pada Ahad ini.

Pembangkang sepatutnya tidak perlu membesar-besarkan soal undi pos kerana pada pilihan raya umum lalu, PAS memperolehi 1,189 undi pos atau hampir 30 peratus daripada keseluruhan jumlah undi pos.

PAS sebenarnya sudah merasa gelombang yang akan menolak mereka di Bagan Pinang pada pilihanraya ini.

Lebih malang nanti apabila anggota tentera yang kecewa dengan tindakan PAS cuba menghalang kerajaan menyediakan kemudahan kepada mereka menghukum PAS dengan memberi undi kepada BN.

Ada anggota tentera yang turut kecewa kerana pembangkang pernah melontorkan tuduhan bahawa pasukan beruniform di negara ini sebagai barua malah dianggap seperti anjing oleh parti tersebut. Penghinaan ini amat memeritkan pasukan berseragam ini yang berkhidmat kepada negara.

Selain itu, kempen keterlaluan sehingga mencetuskan provokasi keganasan, fitnah dan pembohongan keterlaluan sehingga pengundi rasa muak juga antara sebab PAS bakal tersungkur di Bagan Pinang.

Malah Pengarah Pilihan Raya PAS yang juga Naib Presiden parti itu, Salahuddin Ayub dikatakan telah mengeluarkan arahan agar sebarang tindakan yang hendak diambil mestilah dirujuk terlebih dahulu kepada jentera pusat PAS. Ini ekoran strategi provokasi kononnya ada petugas parti itu ditetak, dan SMS menyeru berjihad, menjadi senjata makan tuan.

Lebih menarik, Salahuddin juga mengingatkan kepada semua jentera parti itu, jika ada sebarang arahan atau perkara yang hendak dilakukan datang dari PKR ia mestilah mendapat kelulusan jentera pilihan raya PAS Pusat terlebih dahulu.

Dalam pada itu, PAS juga mungkin tidak menyedari sama ada pengundi PKR dan DAP akan terus menyokong calon mereka seperti pilihan raya umum lalu.

Ini kerana daripada tujuh kerusi, PAS hanya memperolehi satu kerusi dan jumlah kecil itu hanya menjadikan PAS ‘nyamuk’ dalam Pakatan Pembangkang sama seperti di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Ada ura-ura kononnya PKR dan DAP mensasarkan untuk menawan Negeri Sembilan pada pilihan aya akan datang dan tidak mahu PAS bersama mereka kerana khuatir soal perbezaan pendapat seperti sebelum ini menyebabkan PAS jadi beban kepada PKR dan DAP.

Faktor ini juga dijangka menyumbang kepada kemerosotan undi calon PAS.

BN pula mengharapkan tuan badan Mohd Isa, mantan Menteri Besar selama 22 tahun yang cukup dikenali hati budi serta jasa-jasanya kepada negeri yang masih tebal dengan Adat Perpateh itu.

Rata-rata dilihat pengundi golongan tua akan memberikan sokongan Mohd Isa manakala golongan muda yang mendengar nasihat ibu bapa dan mengenang jasa-jasa beliau sebelum ini akan memberi undi kepadanya.

UMNO mahupun BN tidak boleh mendabik dada mengatakan parti itu kembali diterima rakyat jika Mohd Isa hanya menang dengan majoriti 2,000 undi kerana Azman dahulu mendapat majoriti 2,333 undi.

Jentera BN pula harus belajar daripada kesilapan beberapa pilihanraya lalu apabila ramai jentera parti pulang awal ketika hari pengundian.

Kesempatan ini diambil peluang oleh pembangkang terutama penyokong-penyokong PAS yang datang beramai-ramai menyatakan sokongan moral pada malam dan hari mengundi.

Bagaimanapun, tinjauan dan bancian rambang Agendadaily, menjangkakan Mohd Isa akan memperolehi sekitar 3,000 hingga 3,300 majoriti selepas keputusan pilihan raya Bagan Pinang diumumkan.

Selain mengambil kira faktor di atas, jika 83 peratus keluar mengundi atau seramai kira-kira 11,200 orang, BN akan memperolehi 62 peratus daripada jumlah tersebut atau kira-kira 7,100 orang.

PAS pula bakal mendapat bakinya kira-kira 3,900 undi.

Apapun, hanya pengundi Bagan Pinang layak memutuskan siapa pilihan mereka yang bakal meneruskan pembangunan di daerah pantai peranginan itu.

Maka, moh kito samo-samo poie ngondi .

Buatlah keputusan bijak memilah parti yang boleh menjamin masa depan dan kestabilan negara. Seandainya ada keputusan drastik dengan calon BN tewas di Bagan Pinang, maka ‘ tak dapet den nolong dor’. -10/10/2009

(sumber;http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a)

Apa makna jika PAS menang….?

Apa makna jika PAS menang….?

Oleh: Badrul Hisham Abdul Aziz

 

Pengakuan pengarah Pilihanraya PAS bagi pilihanraya kecil Bagan Pinang, Sallahuddin Ayob bahawa partinya tidak akan membawa sebarang pembangunan jika calonnya memenangi pilihanraya itu memberi gambaran sebenar ketidakmampuan pihak pembangkang.

Kata Salahuddin, pembangunan di Port Dickson sudah disenaraikan oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dan akan dilaksanakan walau siapapun memenangi pilihanraya kecil ini.

Kenyataan beliau itu juga secara langsung mengesahkan bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) adalah pihak yang amat bertanggungjawab dan mempunyai perancangan untuk memaju dan membangunkan Bagan Pinang, Port Dickson dan Negeri Sembilan.

Dengan kenyataan dan pengakuan ini, kira-kira 14,000 pengundi berdaftar di Bagan Pinang boleh membuat pilihan dengan waras iaitu sama ada mengekalkan perwakilan BN bagi memastikan pembangunan berterusan atau wakil pembangkang yang pastinya tidak akan berbuat sesuatu.

Dengan memilih pembangkang juga bermakna warga tempatan akan menempah dan menempuh jalan sempit serta malam yang gelap kerana peruntukan kerajaan memerintah tidak mungkin disalurkan kepada wakil pembangkang walaupun sudah ada perancangan awal untuk pembangunan.

Sebagai wakil rakyat pembangkang, seseorang itu tidak akan mendapat peruntukan kerajaan negeri dari BN dan jauh sekali memperoleh peruntukan kerajan persekutuan. Pengalaman rakyat di negeri Selangor dan Kedah di mana BN menjadi pembangkang adalah pengalaman pahit.

Sebagai contoh, di Hulu Selangor, Ahli Parlimennya dari PKR yang pastinya berhadapan masalah untuk mendapat peruntukan daripada kerajaan persekutuan pimpinan BN. Wakil rakyat Dewan Undangan Negeri Batang Kali dalam parlimen Hulu Selangor pula dari BN. Beliau tidak mendapat layanan langsung daripada kerajaan Selangor yang dikuasai PKR-DAP-PAS.

Ringkasnya, para pengundi yang ‘sakit’ kerana mempunyai wakil-wakil rakyat yang tidak sehaluan dengan kerajaan yang memerintah.

Kemenangan satu kerusi bagi pembangkang di Bagan Pinang tidak akan menjejas atau menggugat keseluruhan kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Mohamad Hassan. Satu kerusi juga tidak membawa makna kepada pembangkang kerana ia bukanlah kudis yang boleh melumpuhkan kerajaan negeri yang kukuh itu.

Bagaimanapun, dengan Tan Sri Mohd. Isa Samad sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil ini, dijangkakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu akan mendapat laluan mudah sekalipun pelbagai tohmahan dan sindiran dilemparkan terhadap beliau dan BN.

Rekod perkhidmatan Isa sebagai menteri besar dan kemudiannya menteri pusat masih menjadi ingatan ramai dan pengalaman itulah yang dijadikan sandaran oleh pengundi di Bagan Pinang mahukan beliau sebagai calon kali ini.

Dari awal lagi, banyak pihak yakin bahawa BN akan mengekalkan kerusi ini walaupun Zulkefly Mohamad Omar digembar-gemburkan boleh membuat kejutan untuk PAS dan pakaran rakyat.

Melihat kepada perang poster, pada keseluruhannya dijuarai BN kecuali di lokasi-lokasi markas atau bilik gerakan PAS. Namun, ada satu identiti PAS dan pembangkang yang tidak dapat ditandingi BN iaitu di mana berlaku kesesakan lalulintas, itulah petanda adanya ceramah PAS di situ.

Parti itu mengadakan ceramah di tepi-tepi jalan utama dan seperti biasa, mereka membuka gerai-gerai jualan bagaikan pasar malam. Ini menjadikan jalan sesak dan memberi gambaran seolah-olah ceramah mereka dihadiri ramai.

Namun pada haikikatnya, ceramah Presiden parti, Datuk Haji Hadipun dihadiri 50 orang sahaja. Malah, ada kalanya 20 atau 30 orang sahaja. Presiden itu sendiripun hadir selama 10 minit sahaja kerana cuba menghadiri sebanyak mungkin ceramah pada satu malam.

Dari segi bahan berkempen, PAS nampaknya menggunakan apa sahaja yang difikirkan mendatangkan keuntungan. Ini termasuklah menaikkan poster Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dari awal dan terang tidak mahu Isa Samad menjadi calon.

Mungkin PAS terlupa bahawa Isa adalah kehendak pengundi. Merekalah yang lebih tahu dan mengerti mengenai wakil mereka.

Dalam tempoh baki 24 jam lagi untuk berkempen, kedua-dua pihak meneruskan pelbagai cara meraih undi termasuk meredah kampung, pasar, gerai dan segala macam tumpuan awam.

Namun, tangan yang mengundi pada Ahad nanti akan menentukan siapa bakal bergelar YB.

Ramai berpendapat bahawa BN bakal memperoleh 70% sokongan kali ini, tetapi jentera kerja BN berpuashati dengan sokongan 60% berpihak kepada Isa. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbarnya di Paris kelmarin memberitahu: “Menang besar atau kecil bukan persoalannya. Yang penting ialah kita menang.”-10/10/2009


(sumber;http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_3ce9254f-7f000010-6cf97c00-ec2369d3)

Cucu pun dikata anak hubungan sulit...

Cucu pun dikata anak hubungan sulit...

Oleh: Roslan Bian dan Lukman Abdullah

Menyerang peribadi, menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan mengatakan bahawa mereka sahaja yang baik dan betul sudah jadi modal tetap parti pembangkang setiap kali pilihan raya.

Parti pembangkang memang bijak dalam hal ini kerana BN lebih banyak bersikap bertahan untuk menunjukkan BN adalah parti yang baik dan mengikut undang-undang.

Kebelakangan ini, sikap bertahan BN menyebabkan pembangkang semakin berani ibarat ‘sudah pijak kepala’ dengan mendedahkan soal peribadi calon serta pemimpin negara dan parti.

Semuanya gara-gara mereka mahu menang bagi mencapaii tujuan menawan negeri ataupun kerajaan Pusat hingga kadangkala matlamat menghalalkan cara.

Hakikat ini diakui calon BN, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad calon BN yang akan menentang calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Ahad ini.

“Kita memang ada kekurangan dari segi menyerang, asyik bertahan. Bagi saya, kalau kita kena serang, kita kena lawan balik,” katanya dalam interbiu khas dengan Agendadaily.

Katanya, BN mahupun UMNO tidak boleh berdiam apabila kerajaan, pemimpin mahupun parti kena serang bertubi-tubi oleh pembangkang.

“Kadangkala saya lupa saya adalah calon. Saya pula beria-ia sangat bercakap ketika kempen di Bagan Pinang,” jelas mantan Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun itu.

Baginya, pembangkang sengaja menyerang peribadi kerana mereka tiada dasar kerajaan yang hendak ditonjolkan termasuk dilakukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas serangan terhadap kes politik wang oleh pembangkang sebaik sahaja namanya disahkan calon BN Bagan Pinang, Mohd Isa menjelaskan, pembangkang cuba berhipokrik dalam perkara ini.

“ Zaman Anwar pun ada rasuah. Semua orang tahu, dia terbabit rasuah masa pemilihan UMNO. Apabila beliau keluar UMNO, beliau cuba menonjolkan diri sebagai seorang yang maksum, tidak bersalah, bersih daripada rasuah,” tegas beliau.

Sebab itu katanya, “Kita kena jelaskan. Bercakap pasal Anwar, beliaupun bukan ada modal baru, cakap berulang-ulang perkara sama, jadi kita jangan jemu memberi jawapan menangkis seranganya itu,”.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang itu, beliau akan serang balik, jika pembangkang menyerangnya ketika kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Ditanya, kemungkinan pembangkang turut memainkan isu kononnya beliau ada perempuan simpanan, Mohd Isa menjawab, “ Itulah kerja parti pembangkang, menuduh macam-macam setiap kali pilihan raya,”.

Malah katanya, gambar beliau menimang cucunya juga dikatakan beliau menimbang anaknya hasil hubungan sulit dengan wanita.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa beliau sudah menjalani hukuman kerana kesalahan kod etika pemilihan dan wajar diberikan peluang sebagai calon, Mohd Isa mengakui itulah pemilihannya.

“ Kita tidak boleh menghukum sesaorang dua kali. Pembangkang tak mahu terima. Orang UMNO sendiri dan orang ramai, tiada masalah. Saya bukan melakukan jenayah, saya bukan di penjarakan,”

“Cuma kesalahan langgar kod etika parti. Kesalahan saya itu, bukan kesalahan lebih besar seperti Anwar sehingga kena penjara,” jelasnya.

Beliau berharap dengan penjelasan Presiden UMNO itu, pengundi-pengundi akan faham suasana sebenar dan memberi sokongan kepadanya untuk menjadi wakil rakyat.

Mohd Isa mengakui beliau tidak bermimpi perkara ini akan berlaku dan dipilih sebagai calon selepas dikenakan tindakan disiplin serta tewas pemilihan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti baru-baru ini.

“Namun, saya tidak kata politik saya berakhir. Saya masih Ketua UMNO Bahagian. Saya masih aktif menyertai mana-mana kempen pilihan raya. Bagi saya, karier jatuh nombor dua, parti yang utama,”.

“UMNO parti terbaik, Saya masih yakin perkara ini berbanding PAS mahupun Keadilan (PKR). Kalau nak ikut rasa kecewa, dihukum, mungkin banyak galak cari pilihan...bagi saya mana ada pilihan selain UMNO,” ujarnya.

Baginya, pemimpin PAS dengan pendirian yang tidak konsisten, PKR parti yang caca merba dan beliau tidak dapat menyakinkan diri bahawa UMNO lebih buruk daripada parti pembangkang.

“Saya bercakap cara rasional perasaan saya masa kena tindakan dulu. Saya terpikir, tindakan itu tidak adil kepada saya tetapi setelah fikir betul-betul, saya rasa kalau saya tinggalkan parti, itu merugikan saya kerana tiada parti lain sebaik UMNO,” tegas beliau.


Masalah, kata beliau adalah pesepsi orang luar yang fikir macam-macam terhadap beliau sedangkan dirinya tiada masalah dengan pemimpin mahpun ahli di Bahagian Teluk Kemang.

Bercakap soal undi pos yang jadi modal utama pembangkang di Bagan Pinang, Mohd Isa percaya, PAS ataupun pembangkang memang sentiasa mencari sebab atau ‘kambing hitam’ sesuatu pihak termasuk Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana percaya mereka akan kalah.

“Sebelum ini mereka heboh dengan undi hantu. Ini akan berlarutan sampai bila-bila. Bila mereka rasa tidak dapat keuntungan, mereka akan timbulkan macam-macam masalah. Kalau memihak pada mereka, mereka kata SPR telus. Ini stail mereka untuk harap simpati selain cuba timbulkan keraguan dengan mengatakan itu ini salah,” jelas beliau.

Pada akhir interbiu itu, Mohd Isa yakin mengekalkan kerusi BN di Bagan Pinang walaupun diasak bertubi-tubi oleh parti lawan.

Beliau juga sudah bersedia berdepan serangan terakhir Anwar pada penghujung kempen sebelum hari pengundian pada 11 Oktober kerana tahun Anwar akan terus mendendangkan cerita-ceritaq lama.

“Itu modal dan cerita lama beliau. Itulah pembohongan..pembongak besar kata orang Negeri Sembilan,” katanya. 9/10/2009



Printable Version | Email to a Friend

(sumber:http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a)

Darah Palsu Di Bagan Pinang? Strategi Silap Atau Taktik Melampau


Saturday, October 10, 2009
Darah Palsu Di Bagan Pinang?
Strategi Silap Atau Taktik Melampau

KEMPEN Pas pada pilihan raya kecil Bagan Pinang pada awalnya berjalan lendik, lancar dan bersih nampaknya berakhir dengan suasana tidak begitu menyenangkan ekoran dakwaan Pas kononnya penyokongnya ditetak oleh penyokong UBN, walhal berita itu hanya lebih kepada satu gimik dan provokasi saja.

Keadaan ini sudah pasti ia meninggalkan kesan tidak baik kepada keputusan pilihan raya berkenaan. Kejadian yang berlaku di hujung kempen ini juga turut menjejaskan nama baik Pas sebagai parti yang berlandaskan akhlak al-Quran. Apa yang berlaku sebenarnya, dan di manakah silapnya?

Diawal lagi ketika meneliti gambar dikatakan seorang penyokong Pas yang dimuatkan dalam portal berita Pas yang dikatakan ditetak ia menimbulkan pertanyaan kepada saya. Sebab itu saya tidak sedia copy gambar berkenaan dan dimasukkan dalam posting saya mengenai kejadian itu. Beberapa penjenguk blog saya mempertikaikan kenapa saya tidak selitkan gambar mangsa berkenaan, dan ada yang menuduh saya sebagai tidak peka!

Ada yang mengirimkan kepada saya gambar berkenaan yang dicopy daripada portal berita parti itu dan ada juga yang dikirimkan ke dalam FB saya. Kenapa saya tidak teruja dengan gambar itu ialah kerana ia agak melampau. Si mangsa juga nampaknya releks sahaja dan tidak menunjukkan keperitan atas apa yang berlaku. Entah kenapa perasaan saya kurang yakin dengan penampilan gambar berkenaan.

Sepatutnya jurugambar lebih bijak dan kreatif mengambil wajah mangsa berkenaan. Seharusnya di close-upkan di tempat luka. Biar nampak jahitan atau tulang. Lagi real. Dan sudah tentu dalam kes jenayah seperti itu memerlukan bukti laporan polis. Nama mangsa dan detik-detik kejadian serta saksi. Saksi juga tidak disertakan dalam laporan berkenaan.

Kalau setakat laporan rambang dan penuh dengan rekaan untuk menimbulkan kebencian dan kemarahan, ia bukan pemberitaan yang tepat. Bersalahan dengan etika kewartawanan dan Islam juga marah melakukan provokasi demikian. Sesuatu yang tidak benar adalah fitnah walaupun siapa yang melakukannya.

Apakah dalam konteks ini kalau fitnah itu dilakukan oleh sesama kita ianya boleh dihalalkan dan kalau fitnah dilakukan di pihak lain ia haram perlu dikutuk siang dan malam? Inilah sikap berat sebelah yang tidak baik diamalkan.

Ada peringatan dari cerdik pandai berbohong jangan lebih daripada dua kali. Kalau lebih daripada dua kali maka akan naaslah jawabnya!

Seperti dikatakan tadi laporan tanpa usul periksa atas kejadian yang menimpa mangsa tidak bernama itu menjejaskan Pas yang dianggap bersih selama ini. Barang kali benar juga kata orang sejak berkawan dengan PKR, Pas kini sudah pandai melakar strategi dan taktik di luar kerangka pemikiran dan landasan hukum diamalkan parti itu selama ini. Apa-apa yang diajar dan ditunjukkan oleh PKR dan DAP tidak seharusnya Pas mengambil semuanya. Ingat juga kemenangan yang mutlak itu kemenangan yang melalui kaedah yang dihalalkan! Pada saya biarlah kita kalah dengan kebenaran daripada menang dengan kebatilan!

Tidak dinafikan bahawa pilihan raya di negara ini berjalan dengan penuh kepincangan dan kekotoran. Bukan bermakna orang Pas tidak dipukul dan dibelasah sebelum ini, ada. Sudah beribu orang Pas dan penyokong Pas yang menjadi mangsa. Bukan saja setakat berlumuran darah, tetapi ada yang maut dan syahid semasa kempen. Ayah saya dan sepupu saya juga pernah menjadi mangsa pemuda tahan lasak Umno tahun 60an.

Bagaimana pun kejadian-kejadian dan kezaliman itu tidak boleh diambil sebagai lesen untuk mengatakan pihak musuh jahat. Kalau benar mereka jahat, kejam dan zalim buktikan apa yang mereka lakukan. Biarlah kejahatan itu mereka lakukan dan bukan kita mencipta dan membayangkan kejahatan mereka.

Kalau tidak ada bukti maka terjadilah seperti hari ini, ia menyusahkan dan menyebabkan Pas terjejas dengan apa yang berlaku. Kini orang mulai mempertikaikan mengenai wibawa Pas dengan apa yang berlaku itu. Gara-gara pembohongan itu juga menyebabkan kalau sesuatu kejadian seumpama itu benar-benar berlaku di masa akan datang ia boleh menjadikan orang keliru sama ada hendak percaya atau tidak.

Dalam hal ini saya tidak mahu menyalahkan Pas khasnya jentera pilihan raya kempen di Bagan Pinang seratus peratus. Mungkin apa yang berlaku itu diluar pengetahuan dan kawalan pengarah pilihan raya berkenaan dan mungkin juga ia helah pihak musuh. Tetapi yang terlepas pandang dan ghairah untuk membantu Pas, perlu dipersalahkan.

Dalam hal ini portal berita parti berkenaan serta blog yang pro Pas, individu penyokong Pas harus dipertanggungjawabkan sama kerana menyiarkan berita, menghantarkan SMS yang tidak sahih dan dari sumber yang tidak tepat. Malang bagi mereka yang melaporkan kejadian itu kerana tidak menggunakan ilmu serta bijak mencongakkan apa yang berlaku. Kerana kelalaian itu telah menimbulkan risiko, kini mereka perlu berikhtiar dan memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah yang timbul daripada laporan atau catatan yang tidak tepat dan melampau itu.

Portal berita parti berkenaan seharusnya profesional sesuai ianya dirujuk oleh pelbagai pihak di seluruh dunia. Sepatutnya ia tahu menilai mana yang baik mana yang buruk. Mana yang boleh menjejaskan Pas dan mana yang menguntungkan Pas. Di sini mereka yang mengendalikannya perlu daya kepengarangan yang tinggi, strategis dan bukan hanya tahu politizekan apa-apa saja yang dihumbankan kepadanya.

Di masa akan datang penyiaran berita bersifat jenayah ini harus lebih berhati-hati dan tidak pakai tangkap muat sembarangan. Ingat, pembaca hari ini bukan mudah diputar belit. Mereka akan mengkaji disetiap sudut. Apa yang penting kebenaran dan bukannya provokasi. Kebenaran yang akan kekal manakala provokasi akan terlerai juga dijalanan bila sampai masanya. Kebatilan akan padam.

Apa yang paling penting dan perlu dijaga ialah wibawa portal berita berkenaan dan blog-blog pro pembangkang lain juga. Kita tidak mahu satu masa nanti wibawa portal berita dan blog pro pembangkang tidak akan dipercayai oleh pembaca kerana terlalu memuatkan berita yang hampas. Bagi memastikan wibawa blog dan portal berita ini terjamin kualiti dan peranannya ia hendaklah diawasi bersama dan bentuk pemberitaan atau provokasi juga perlu dinilai semula.

Dalam masa tidak sampai 48 jam saya tidak fikir Pas dapat memperbaiki keadaan berhubung berita provokasi berlebihan itu. Kalau pun ada pendapat mengatakan kejadian itu didalangi oleh pihak musuh yang sengaja mahu memburukkan Pas, rasanya pembuktiannnya bukan mudah. Tuduhan itu tidak lebih daripada cuba menyembunyikan garam dalam laut sahaja.

Penjelasan Pengarah Pilihan Raya Bagan Pinang, Sallahuddin Ayub (foto atas) mengenai berlakunya beberapa kesalahan termasuk orang Pas diganggu tidak mudah untuk menimbuskan berita provokasi mengenai 'mangsa Pas' yang teruk dibelasah itu. Kecualilah Sallahuddin dapat mengesahkan mangsa yang berjujusan dengan darah itu bukan ahli Pas dan penyokong Pas. Bahawa dia hanya sengaja menahan mukanya dengan sebalan darah dipotretkan untuk dijadikan bahan kempen bagi memburukkan Pas.

Apakah Sallahhdin boleh jelaskan hal ini dalam masa 48 jam? Bagi Sallahuddin sendiri kena ingat kegagalan atau kelemahan jentera pilihan raya Bagan Pinang dipertanggungjawab ke atas bahunya. Pilihan raya itu adalah ujian pertama baginya selaku Naib Presiden Pas. Kalau Pas kalah tidak mengapa ia tidak menjejaskan Sallahuddin, tetapi kesilapan yang berlaku di sepanjang pilihan raya itu boleh menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin!

[wm.kl. 10:00 am 10/10/09]
Posted by mso.im at 9:35:00 AM
Labels: RENCANA

(sumber;http://msomelayu.blogspot.com/2009/10/darah-palsu-di-bagan-pinang.html)

Tan Sri Isa Samad Memang Layak



ISA SAMAD MEMANG LAYAK

Mengenai Tan Sri Mohd Isa Samad ini, saya tidak perlu memperkatakan banyak untuk beliau.
Namun, saya ingin mengajak pembaca kepada satu kenyataan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO DI Paris pada 4 Oktober lalu iaitu Mohd Isa telah menjalani hukuman berat di atas kesalahannya dalam parti.

Dan dia dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang kerana beliau mampu memenangi kerusi itu serta popular di kalangan masyarakat kawasan itu.

Itulah tiga faktor besar. Saya ulangi – beliau sudah menjalani hukuman, popular di kalangan penduduk serta mampu menang.

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata pertimbangan pilihan raya kecil, parti akan memilih calon yang mampu berkhidmat di satu-satu kawasan dengan berkesan, popular, diterima masyarakat serta kepimpinannya dikehendaki.

Jadi bohonglah mereka yang menuduh kononnya pemimpin tertinggi menolak Mohd Isa, malah Pengerusi BN dan Presiden Umno mengatakan Mohd Isa telah dikenakan tindakan di atas kesalahannya termasuk kehilangan jawatan Menteri dan Naib Presiden namun masih setia kepada parti serta bekerja keras untuk parti walaupun tidak berjawatan.

Jelas Mohd Isa hanya melakukan kesalahan teknikal parti dan bukan kesalahan daripada segi undang-undang negara.

Sebaliknya ada orang sudah mencemarkan maruah negara serta bersalah di mahkamah tetapi tetap menjadi pujaan pembangkang.

Jelas, Mohd Isa wajar diterima rakyat dan dia mampu memberikan sepenuh khidmat! Tiada orang lain selain Mohd Isa untuk Bagan Pinang.

Tan Sri Isa Samad Untuk Bagan Pinang!

Oleh dukeofmontecristo (mykmu.net)

Beliau di dapati bersalah. Beliau akur. Beliau digantung keahlian 3 tahun. Beliau akur. Beliau dicemuh, dihina dan diumpat, pun beliau akur. Beliau "berehat" dan menerima hukuman dunia dan masyarakat dengan sikap zuhud dan insaf.

Beliau tidak pun cuba untuk menonjolkan diri sepanjang tempoh "rehat"nya. Namun begitu, beliau tetap aktif sebagai insan yang berpegang kuat pada semangat dan jiwa UMNO yang tebal di dalam dirinya. Beliau tidak cepat "melatah" atau "merajuk" melompat ke arah parti lain, jauh sekali menubuhkan parti lain ataupun "memijak" bendera UMNO. Beliau tetap kukuh berjiwa UMNO, demi Islam, bangsa dan tanahair.

Siapa yang tidak melakukan kesalahan atau kesilapan. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Namun, Allah juga punya sifat Maha Pengampun kesilapan dan kesalahan hambaNya. Di dalam Islam juga punya perkataan "taubat", tanda penyesalan dan berazam tidak mengulanginya kesilapan yang lampau. Tan Sri Isa Samad. Insan inilah yang dimaksudkan.

Teguh sungguh jiwanya kepada perjuangan "alif, ba, ta" UMNO. Dikala dia di dalam tempoh "cuti"nya, dirinya tetap sebok berjuang dan berkhidmat kepada masyarakat setempat. Di atas keikhlasan dan jasa juangnya kepada masyarakatlah, maka beliau disukai dan dipuji oleh masyarakat sekitarnya.

Penduduk tempatan di Teluk Kemang pastinya terkilan jika "wakil rakyat tidak rasmi"nya ini tidak terpilih untuk menjadi calon "wakil rakyat rasmi" di Bagan Pinang. Sehubungan itulah maka mereka sebulat suara mencalonkan Tan Sri Isa Samad sebagi calon pilihan mereka.

Itulah kehendak rakyat setempat di Teluk Kemang, khususnya Bagan Pinang. Dikhabarkan bahawa, beliau bukan sahaja menjadi pilihan ahli-ahli UMNO di Bahagian Teluk Kemang, malah Tan Sri Isa juga menjadi pilihan rakyat "atas pagar", bahkan pengundi pembangkang juga secara diam-diam "meminati" Tan Sri Isa. Itulah pilihan rakyat setempat.

Tidak dinafikan bahawa ada juga pandangan dan suara dari luar Bagan Pinang yang tidak "favor" kepada pencalonan Tan Sri Isa Samad. Malah ada juga pemimpin UMNO, bekas pemimpin UMNO dan blogger-blogger pro-UMNO yang tidak bersetuju dengan pencalonan Tan Sri Isa. Saya berterima kasih banyak kepada pandangan mereka mengenai isu ini.

Memang benarlah pandangan mereka itu. Namun mereka tidak boleh menghukum seseorang itu hanya keran melihat sesuatu kesalahan yang pernah dilakukan oleh individu tersebut. Individu itu telah menerima hukuman setimpal dan beliau juga sudah insaf.

Tiadakah tempat untuk seseorang seperti itu untuk menjadi pemimpin? Bukankah Saiyidina Umar Al-Khattab juga asalnya kafir dan pernah menanam anak perempuannya hidup-hidup ke perut bumi sehingga mati.

Jika benar tiada tempat untuk insan yang pernah berdosa besar seperti itu untuk berperanan sebagai pemimpin, mengapa beliau diangkat sebagai salah seorang Khulafa' Ar-Rashidin yang dijamin syurga. Apakah Tan Sri Isa tidak boleh diterima sebagai pemimpin walaupun beliau sudah bertaubat dan insaf? Saya menerima khabar bahawa sebelum disahkan pencalonan calon untuk Bagan Pinang oleh UMNO, Tan Sri Isa Samad begitu aktif turun ke lapangan akar umbi di seluruh Bagan Pinang.

Beliau meminta dan merayu supaya semua ahli UMNO dan rakyat setempat tanpa mengira parti agar memilih calon pilihan UMNO/BN sebagai wakil rakyat mereka. Beliau ketika itu langsung tidak menyentuh mengenai pencalonan dirinya. Beliau sendiri secara peribadinya tidak sedikit pun melobi untuk menjadi calon.

Malah menggesa agar semua penyokong BN agar menerima calon pilihan Presiden UMNO dan MT kerana pastinya pucuk pimpinan akan memilih calon yang "mengutamakan rakyat" dan "mementingkan prestasi KPI perkhidmatannya kepada rakyat". Beliau begitu ikhlas dan tulus berjuang demi Parti "sebenar" yang menjadi "Pembela Rakyat" ini.

Saya faham. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan dan tulisan saya kali ini. Saya hormati pandangan yang bertentangan, namun saya yakin dengan pilihan saya kali ini. Saya yakin dengan pandangan saya sebagai insan yang tidak terlepas dari salah dan silap.

Saya yakin dengan pilihan saya kerana saya tahu bahawa manusia juga mampu berubah kepada sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya.

Dan saya yakin dengan pilihan saya kerana pilihan ini adalah pilihan rakyat pengundi-pengundi di Bagan Pinang dan bukan pengundi dari "luar kawasan" yang hanya "suka komen itu tak betul, ini tak betul". Apa-apa pun, fikir-fikirkanlah...

Sphere: Related Content
Oleh Hambali Abd Latiff at 12:29 AM

(sumber;http://hambali1.blogspot.com/2009/10/isa-samad-memang-layak.html)

Saturday, October 10, 2009

Keropok Cap BULAN sogokan PAS Di Bagan Pinang!


10 October 2009
Nizar kvv2 : Keropok Cap BULAN sogokan PAS Di Bagan Pinang!

Dr Novandri Hasan Basri

Kita acap kali mendengar pemimpin-pemimpin pembangkang yang menuduh parti Barisan Nasional memberikan rasuah dan pelbagai jenis barangan kepada pengundi-pengundi Bagan Pinang. Mereka menjual topik ini di mana-mana sahaja ceramah mereka.

Mereka mengutuk, mengeluarkan firman Allah swt untuk memperkuatkan lagi hujah mereka seperti yang dilakukan oleh 'ustaz' Go-bala Krishnan, pemimpin PKR.

Mereka menonjolkan diri mereka seperti suci dan bersih dari rasuah dan sogokan. Mereka mahu pendengar-pendengar tahu bahawa mereka amat benci kepada tektik rasuah dan sogokan kepada pengundi-pengundi kerana ianya haram.

Tetapi, lihatlah foto di bawah :-





Semasa penulis dan Klinik Kesihatan Bergerak mengadakan khidmat kesihatan di Taman Intan Perdana semalam, penulis telah didatangi oleh penduduk di situ. Mereka telah menceritakan bahawa beberapa hari lepas, beberapa jentera pilihanraya PAS telah mengadakan lawatan rumah ke rumah untuk berkempen.

Selain daripada risalah-risalah, penduduk-penduduk di situ juga telah disogokkan dengan bahan makanan seperti keropok (rujuk foto).




Bungkusan keropok itu telah dilekat rapi dengan jenama KEROPOK CAP BULAN bersama gambar-gambar pemimpin tertinggi PAS berserta logo dan UNDILAH PAS!


Penulis terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh penduduk di situ.

Penulis ingin bertanya kepada ahli-ahli PAS, bukankah KEROPOK CAP BULAN itu merupakan satu sogokan dan rasuah untuk berkempen semasa pilihanraya?

Di manakah imej bersih dan suci yang cuba ditonjolkan oleh pemimpin-pemimpin PAS pada hal parti mereka sebenarnya telah melakukan perkara yang haram seperti yang mereka sendiri katakan?

Penulis berasa amat malu dengan pendedahan KEROPOK CAP BULAN tajaan parti PAS ini.

Kepada pembaca-pembaca sekalian, penulis percaya kita semua terkejut dengan pendedahan ini tetapi inilah realitinya! Parti PAS telah berbohong dan menipu!

Selama ini mereka begitu garang menuduh parti BN memberi rasuah dan sogokan tetapi parti PAS yang sebenarnya telah melakukannya!

Penulis pasti ada komentar yang mengatakan bahawa 'parti BN boleh buat jadi parti PAS pun boleh buat juga'. Tetapi itu bukan isunya.

Hakikatnya, jika parti PAS yang selama ini benci dan mengharamkan sebarang bentuk rasuah seperti sogokan keropok CAP BULAN, parti tersebut tidak boleh sekali-kali mempraktikkan apa yang mereka benci dan haramkan.

Tetapi, mereka lakukan juga. Itu penipu namanya!

Penulis juga diberitahu bahawa jentera pilihanraya PAS telah menyogok pekerja-pekerja estet bangsa India di Bagan Pinang dengan sari dan beras!

Persoalannya, kenapakah berlaku ketidaksamarataan dan pilih kasih di antara orang Melayu dan orang India?

Kenapakah orang Melayu di Bagan Pinang hanya diberikan keropok 'CAP BULAN' dan barangan lain yang berharga kurang daripada RM10 tetapi orang India di Bagan Pinang diberi sari dan kampit beras yang pastinya lebih mahal daripada harga barangan yang diberikan kepada orang Melayu?

Sudahlah parti PAS berbohong kononnya parti mereka itu suci dan bersih, harga sogokan mereka itu pun tidak mengutamakan orang Islam dahulu!

Shame on you Parti PAS!


at 10/10/2009 01:35:00 PM

(sumber;http://novandri.blogspot.com/2009/10/nizar-kvv2-keropok-cap-bulan-sogokan.html )

MILITAN PAS mengganas




Saturday, October 10, 2009
MILITAN PAS MENGGANAS

Haa... PAS memang Militan, bukti terbaru apa bila petang tadi lebih kurang jam 6 petang di hadapan pusat latihan tentera kem si-rusa, mereka sanggup memukul seorang anggota polis berpakaian preman menggunakan halmet, punca kejadian apabila petugas-petugas PAS dengan ganasnya menahan dua orang petugas UMNO yang sedang memasang poster disitu.

Bila kejadian menjadi tidak terkawal disebapkan provokasi yang dibuat oleh petugas PAS, maka pihak polis pun datang untuk meleraikan keadaan, tetapi dah memang dasar PAS bencikan UMNO dan Pihak POLIS, mereka tak dapat pukul petugas UMNO anggota POLIS yang menjadi mangsa, terima kasih kepada Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan dan POLIS kerana berjaya menenangkan petugas-petugas UMNO, kalau tak kerana KP Negeri Sembilan datang meleraikan keadaan dah tentu teruk petugas PAS kena sosah dengan Pemuda UMNO.

Dan seperti biasa PAS tetap juga menyalahkan UMNO dan menuduh UMNO memulakan pergaduhan itu walau pun terang-terang PAS memulakannya dan ini diakui sendiri oleh berberapa petugas PAS dan Pihak POLIS yang berada di situ. tetapi seperti biasa Ketua Militan PAS, Nasaruddin Tantawi tetap juga menyalahkan UMNO dan mengatakan Polis tidak mengambil tindakan, sila lihat bertapa bebal dan jahatnya ketua militan PAS yang bernama Nasarudin Tantawi.

Posted by det at 8:14 PM

(sumber;http://darulehsantoday.blogspot.com/2009/10/militan-pas-mengganas.html)

"Anak Bapak"





Kisah ‘Anak Bapak’

Dalam keghairahan orang PAS mengagung agungkan MB Besar Kelantan Murshidul Am PAS Dato’ Nik Aziz Nik Mat sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat, tidak korup dan hidup penuh keserdehanaan, sebagai insan marhaen yang benar benar bertaqwa, keadaan sebenar yang berlaku di’belakang tabir’ sebenarnya ‘lain padang, lain belalang’. Nik Aziz, yang disifatkan orang PAS sebagai ‘Ulama Besar’ sebenarnya mengamalkan nepotism dan kronism, dalam pentadbiran ‘Semi Diktator’ semenjak PAS mengambil alih Kerajaan Kelantan Disember 1990.

Dikhabarkan hari ini, MB Kelantan itu melantik Abdul Ariffahmi Abd Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Beliau merupakan suami Nik Amalina Nik Aziz, anak perempuan kesayangan Murshidul Am PAS itu.

Perlantikan ini menjadi kontroversi kerana Ariff disifatkan sebagai ‘tidak layak’ untuk menjawat kedudukan strategik agensi perlaburan dan perlaksana pembangunan jentera Kerajaan PAS Kelantan tersebut. Walaupun sebagai seorang juritera, beliau tidak diyakini dikalangan professional dari berkhidmat diKelantan. PMBK dipercayai mempunyai asset beratus juta Ringgit kini berada dalam keadan kesempitan tunai. Salah satu sebab ialah dipercayai Ariff yang sebelum ini COO PMBK dikatakan seorang yang boros berbelanja.
Nik Aziz atas platform DAP chauvinis Cina anti Islam bersama Lim Kit Siang

Nik Aziz atas platform DAP chauvinis Cina anti Islam bersama Lim Kit Siang

Dikhabarkan bahawa Ariff merupakan ahli UMNO Bahagian Machang. Sekiranya ini benar, maka Nik Aziz yang tidak lama dahulu mengeluarkan kenyataan celupar “Pergi jahanam UMNO” dan “Boleh berkerjasama dengan Syaitan” sebagai alasan meng’halal’kan perhubungan dan kerjasama rapat dengan DAP yang rata rata disifatkan sebagai anti-Islam itu adah seorang pemimpin yang layak disifatkan seai ‘munafik’. Ini kerana semata mata politik, beliau tergamak memanipulasi kedudukan beliau sebagai ‘ulama’ yang rata rata dihormati dan mengeluarkan pendapat dari perspektif ugama Islam untuk meng’halal’kan matlamat dan cara.
Nik Aziz memberi 'endorsement' kepada anasir anti-Melayu/Islam Asia Tenggara Lee Kuan Yew

Nik Aziz memberi 'endorsement' kepada anasir anti-Melayu/Islam Asia Tenggara Lee Kuan Yew

Nik Aziz juga merupakan pemimpin yang mengeluarkan kenytaan “Allah pun mencarut” untuk menghalalkan penulisan sumbang Dato’ Shahnon Ahmad “Shit”, yang diterbitkan pada tahun 1999 dan disifatkan sebagai mencemar anugerah kepada seorang Sasterawan Negara sebagai reaksi kepada episod pemecatan Anwar “Mat King Leather” Ibrahim dari Kerajaan. Ini jelas menunjukan bahawa Nik Aziz secara begitu mudah memperkudakan ugama Islam, termasuk Maha Suci Allah s.w.t. semata mata untuk kepentingan politik dan mempertahankan kecabulan bahasa dan tindakan ahli PAS seumur hidup.

Apa apa pun, perlantikan Ariff merupakan amalan ‘Kronism’ dan ini boleh membawa kepada amalan korupsi dan salah guna kuasa, samada untuk kepentingan peribadi maupun politik. Apakah tindakan ini, yang dilihat akan membawa kepada keadaan dimana rakyat Kelantan sendiri mengumpat, jika tidak sampai ketahap memfitnah sebagai sesuatu “Yang berlandaskan Al Quran dan Sunnah”?

Lantikan ini umpama semasa pentadbiran PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengangkat menantunya Khairy Jamaluddin sebagai CEO Khazanah Holdings Bhd atau MOF Inc. Sedangkan beliau diambil sebagai Naib Ketua Setiausaha di Pejabat Perdana Menteri pun menjadi bahan politik Pembangkang, ini pulak mempunyai akses dan penguasaan pada harta dan dana agensi pelaburan Kerajaan Persekutuan.

Kegagalan MB Kelantan ini membangunkan Kelantan, yang rata rata merupakan negeri warga Islam per kapita paling tinggi dalam negara. Slogan “Membangun bersama Islam” sebenarnya omong omong kosong dan permainan politik yang memperkudakan emosi dan ketaatan orang Melayu atas aqidah, yang tidak langsung direalisasi pada pembangunan fizikal, modal insan dan rohaniah warga Islam Kelantan. Selama 19 tahun warga Kelantan di’nafikan’ pembangunan kerana kegagalan kepimpinan Nik Aziz.

Walaupun PMBK diujudkan bagi tujuan pembangunan, namun kelemahan kepimpinan tidak akan berjaya merealisasikan apa apa perancangan walaupun Kelantan kaya dengan sumber asli. Apabila agensi pemangkin pembangunan Kelantan seperti PMBK diPengerusikan bapa dan dilaksana dengan penguasaan eksekutif oleh menantu, maka tidak banyak yang diharapkan untuk menjaya dan realisasikan apa apa program melainkan agenda tersirat memperkuatkan propaganda agar Nik Aziz untuk bererusan berkuasa di Kelantan. Pemimpin PAS Kelantan juga pernah dikaitkan dengan salah guna kuasa seperti isu pembalakan Lojing.

Yang nyatanya, tindakan MB Kelantan Nik Aziz ini sebenarnya memperlupuri amalan Muawiyah Abi Suffian diKelantan, yang memulakan pemerintahan hierraki Khalifah Ummaiyah dalam menghalalkan amalan dinasti dan menghentikan amalan musyawarah Khalifah Ar Rashidin.

* Perkembangan dikemas kini Selasa 30 September 2009 0745am

Anak anak MB Kelantan Nik Aziz dikatakan dilantik ke beberapa badan yang ditaja Kerajaan Kelantan atau PAS Kelantan. Badan ini, seperti Yayasan Kumus dipercayai mendapat konsessi balak dan anak beliau Nik Omar Nik Aziz merupakan ahli lembaga pengarah.

(sumber;http://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/09/29/kisah-anak-bapak/)

UNDI lah Calon BN Tan Sri Isa Samad jangan undi Calon DAP topengkan PAS





oleh RBF

Memandangkan malam ini pihak SPR telah mengeluarkan amaran keras kepada semua parti yang bertanding di Bagan Pinang agar menghentikan segala kegiatan kempen tepat jam 12.00 tengah malam ini,maka RBF pun meggunakan sebaik mungkin masa yang ada ini untuk membuat posting sebelum jam 12.00 sebagai pesanan terakhir kepada pengundi.

Kepada pengundi Bagan Pinang, sila pastikan anda tidak membuat keputusan yang silap esok. Pilihlah Tan Sri Isa Samad sebagai Adun kawasan anda.
Jangan sesekali memilih calon DAP yang menggunakan logo Pas bagi bertanding di Bagan Pinang.Cukuplah dengan apa yang berlaku di tempat lain. Jadikan itu semua pengajaran. Ternayata mereka semua tidak boleh buat kerja. Mereka hanya pandai tabur fitnah dan berbohong. Lidah mereka ibarat lidah syaitan.

Lihatlah betapa kelam kabutnya Selangor,betapa kalutnya P.Pinang,betapa teruknya Kedah,betapa hancurnya Kelantan dan betapa sialnya Perak selama 11 bulan mereka memerintah.

Oleh yang demikian,sila pastikan perkara yang sama tidak berlaku di Bagan Pinang. Pilihlah wakil rakyat yang boleh bekerja dan telah pun membuktikannya selama ini. Jangan pilih Adun bunian ,seperti mana Ahli Parlimen Teluk Kemang. Mereka hanya datang sewaktu hendak berkempen,selepas menang mereka hilang dan makan elaun haram setiap bulan.

Pilihlah Tan Sri Isa Samad sebagai wakil rakyat anda.

(sumber;http://unitmediabaru.blogspot.com/2009/10/nizar-oii-pesanan-encik-rbf-undilah-isa.html)

10 sebab kenapa kena tolak PAS




(sumber;http://dun31baganpinang.blogspot.com/2009/10/10-sebab-kenapa-mesti-tolak-pas.html)

Pakatan Rakyat hanyalah Pakatan Rasuah



Pakatan Rakyat hanyalah Pakatan Rasuah

Dalam masa 18 bulan berkuasa dalam lima negeri, taring sebenar Pakatan Rakyat (PR) benar benar menyerlah. Mereka hanyalah politikus yang mementingkan diri sendiri dan melakukan salah guna kuasa berusaha untuk mengaut seberapa banyak ‘keuntungan dan harta’, dalam tempoh masa terdekat.

1. MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyalah guna sumber GLC negeri (Kumpulan Peransang) bagi Korban Aidil Adha diluar Selangor (Bandar Tun Razak)

2. Exco PR Perak Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi dituduh dalam Mahkamah kerana rasuah

3. Setiausaha Politik Exco DAP Kerajaan PR Selangor Ean Yong menjadi saksi dalam siasatan salah guna kuasa dan wang peruntukan DUN/Parlimen oleh wakil rakyat DAP di Selangor

4. MB Kelantan Nik Aziz memberikan kroni konsessi balak dan melantik menantu sendiri sebagai CEO PMBK

Ini belum kira salah laku politikus PR sepanjang 18 bulan ini. Ini termasuk:

1. Dakwaan Pesuruhjaya PAS mengelapkan peruntukan PRK Permatang Pauh Ogos 2008

2. Exco Kerajaan PR Selangor Elizabeth Wong yang mengaku melakukan seks diluar nikah dan gambar bogelnya disebar luas. Muslimat PAS yang kunun kunun berjuang atas ‘Al Quran dan Sunnah’ pula secara terbuka memberi sokongan kepada Eli Wong. Ada juga yang mempercayai kes ini merupakan skandal konspirasi dalam PKR.

3. Exco DAP Kerajaan PR Selangor Ronnie Liu yang cuba menghalang siasatan penuh keatas kes kematian mengejut Teoh Beng Hock

4. Wakil rakyat DAP Selangor yang dikatakan terlibat dengan pengamal maksiat dan kongsi gelap

5. PAS yang mengaku berjuang atas ‘Al Quran dan Sunnah’ tergamak mementingkan kegiatan maksiat dan minoriti kafir dari hukum Allah s.w.t.

6. Pengerusi DAP Karpal Singh biadap ingin mengheret DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke Mahkamah dan ini wajar disifatkan sebagai ‘menghasut’

Tidak pernah dalam sejarah demokrasi Raja Berpelembangaan ala Westminster mana mana pihak yang dipilih untuk memerintah menjarah dan melakukan sebegitu banyak salah laku dan guna kuasa dalam tempoh sebegitu singkat!


(sumber;http://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/10/09/pakatan-rakyat-hanyalah-pakatan-rasuah/)

Bersama MENIPU Rakyat

untung lebih malam ni nampaknya.. kalau selalu macam ni tak payahlah lagi aku kerja.


Bersama MENIPU Rakyat


Adus sakitnya...jangan baling botol sos bang..nanti KFC marah saya..tak cukup sos nanti.
Posted by panglima at 7:16 PM

(sumber;http://www.pilihanrayakini.com/2009/10/bersama-menipu-rakyat.html)