MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (dua kanan) bersama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Datuk Suraya Yaacob (tiga kanan) merasmikan Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK) di aras 3 Bangunan UTC Kedah Jalan Kolam Air, hari ini. - Foto Sharul Hafiz Zam
Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata tindakan terhadap individu terbabit yang menjalankan perniagaan haram menjual pingat kebesaran negeri pada harga antara RM120,000 dan RM600,000 disifatkan sebagai kesalahan besar dan harus dihentikan bagi memelihara nama baik kerabat Diraja Kedah.
"Ada pihak tidak bertanggungjawab menyalahguna nama baik kerabat Diraja Kedah untuk kepentingan sendiri dan ini perlu dihentikan segera...polis kena ambil tindakan segera kerana laporan mengenainya sudah dibuat.
"Saya juga nasihatkan orang ramai supaya tidak tertipu atau 'gelap mata' dengan tawaran berkenaan kerana ia jelas tidak akan diiktiraf kerajaan negeri...pihak ini hanya ambil kesempatan dan cara mereka tidak ubah seperti skim cepat kaya atau piramid," katanya selepas merasmikan Unit Pembangunan Usahawan Kedah (UPUK) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah, di sini, sebentar tadi.
Kelmarin, bekas Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya, mendedahkan kegiatan haram seorang pensyarah sebuah IPT yang mendakwa dirinya Sultan Kedah dan dipercayai turut terbabit kegiatan menjual pingat kebesaran yang membawa gelaran Datuk, Datuk Seri, Datuk Paduka dan Datuk Seri Paduka negeri Kedah sejak Ogos lalu.
Tengku Zainol mendakwa lelaki itu menggelarkan dirinya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Shah Alam Tuanku Nai Mazlan Muhiyuddin Jamalul Alam Badrul Ibni Shah Tuanku Nai Abdul Majid Muadzam Shah Al-Jefri Johan, bergerak menggunakan sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Pulau Pinang.
Sehubungan itu, laporan polis dibuat Tengku Zainol bersama Persatuan Sharif Shah, Tungku Long Putra dan Anjang Putra Negeri Kedah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.
terimakasih sumber:http://www.bharian.com.my/node/16723)
"Pertubuhan ini adalah satu pertubuhan haram yang cuba mengaut keuntungan dengan menjual gelaran Datuk dan Datuk Seri pada harga yang sangat tinggi. Antara anugerah kebesaran dikeluarkan persatuan terbabit adalah Datuk Seri Paduka yang dijual pada harga RM600,000.00, Datuk Seri (RM500,000.00), Datuk Paduka (RM300,000.00) dan Datuk (RM120,000.00)"