ISU EGM PAS......
Today at 11:31am
Dalam politik, ahlinya hendaklah kebal dan tebal. kebal hati dan jiwa walau apapun yang melanda. tebal muka adalah perkara biasa. dia harus berani menerima 'sakatan' musuh dan rakan. tak tahan dek sakat, dia boleh melompat-lompat.
Dalam kajian ahlul sosiologi,umum mengetahui orang melayu yang usianya tua punyai tabiat melatah. bila dicuit di pinggang atau di sergah,mulalah dia melatah..adakala melatah pak tua ni lebih menjurus kepada skala mencarut.. dan seakan menjadi suatu budaya atau trend sekarang,orang muda pula yang kuat melatah.. aksi ni saya kata buat-buat, saja nak cari glamer....
Nik ajis sedang menelusuri aksi yang sama. dia kena sakat,dia melatah dan dia melompat-lompat.kasihan sungguh saya melihat si tua pemegang kunci syurga ini. katastrophi sedang melanda partai pas, bukan kerana mereka sedang menjunam kalah di pilihanraya sebaliknya sedang mengalami ribut politik sepertimana yang pernah umno alami.apa ributnya pak ? ributnya berlingkar disekitaran wadah rebut kuasa,pangkat dan harta.
sebenarnya nik ajis nak berterus-terang, agar hj hadi,mustafa ali,hasan ali dan nasarudin dicampak keluar dari parti pas. nik ajis sanggup melangar hukum dan adat pertandingan, sanggup menjadi juara diktator walaupun seterunya itu menang dalam pertandingan yang adil.
ini semua gara-gara penghasut,tukang hasut dan bapak penghasut.ribut-ributan dalam pas pernah berlaku dalam sejarah umat.siapa kah watak 'judas' dan 'utimutraraja' yang semakin galak menghayun pedang untuk menyembelih presiden mereka sendiri ?adakah nik ajis bertindak sendirian atau ada si judas dan utimutraraja yang sedang melayan kipas memanaskan bontot nik ajis agar beliau melompat-lompat kepanasan ?
maka arakiannya, kita harus mengkaji apa punca dan mana berpuncanya. saya tegaskan di sini bahawa karektor-karektor ini lah yang sebenarya sedang menjahanamkan parti pas dengan cara menghasut si pemegang konci sorga.
prof aziz bari adalah seorang profesor UIA, banyak menulis dalam hal ehwal ligitasi. sayang prof kangkung ini lebih condong penulisannya ke arah kumpulan liberal islam. siapa bos aziz bari ? tiada lain mamat kangkung dari melaka bernama khalid jaafar, mastermind institut kajian dasar (IKD).. apa fungsi IKD ? tiada lain menjuarai lidah liberalisme dan jaguh bicara soal demokrasi dan hak asasi. khalid jaafar pernah meggelarkan nabi muhammad saw sebagai D.O (pegawai daerah) sahaja sewaktu diskusinya dengan wartawan pelacur demokrasi dari malaysiakini.
aziz bari terhutang budi tetapi belum sampai tergadai bodi. dia banyak terhutang budi dengan IKD, kerna banyak cetakan buku kangkungnya ditanggung kosnya oleh kalid jaafar. aziz bari sama akhlaknya dengan ibrahim sufian (merdeka centre), satu lagi watak ciptaan anwar attaturki yang bertugas untuk mengipas-ngipas dasar anwar dan perjuangan liberalisme IKD.
aziz bari penggemar anwar attaturki. sewaktu kes tumbangnya perak ke tangan barisan nasional, aziz bari merungkai persepsi dan fitnahi. ini kerajaan haram,tiada demokratik..aziz bari cuba menutup kesalahan anwar attaturk dalam mainan politik 16 september.anwar attaturk telah mendahului tuhan dalam persoalan apa yang bakal terjadi di masa hadapan.perak tumbang dan itu balasan tuhan pada anwar attaturk. tuhan itu berkias dan menempelak anwar dan aziz bari sendiri, agar jangan bermain dengan isu 16 september..tuhan mengingatkan mereka supaya jangan meliwat semangat demokrasi dengan mainan kata 'we have the numbers'..sekali terkena berguling-guling di atas jalanraya.hari ini,seperti biasa dia menjalankan operasi dalam rancangan yang teliti, menjolok hj hadi supaya terkeluar daripada saf parti pas. Klik di sini Aziz Bari ampu kuat Anwar
husam musa ada masalah. dia sedang menanggung malu di atas kekalahannya tempoh hari ditangan nasarudin. perseteruan ini belum berkesudahan, apabila nasarudin mengambil langkah berani untuk menyaman kickdefella, bloger upahan husam yang banyak memfitnah nasa sewaktu kempen muktamar pas tempoh hari.
nik ajis pernah menggelarkan nasarudin sebagai sampah. nik ajis termakan hasutan husam dan anual bakri, set pol nik ajis yang kerinting rambutnya. ini 2 watak utimutraraja, sang penghasut yang bisa membinasakan partai mereka demi mengekalkan kuasa.berani aku katakan bahawa semangat kenegerian sedang melanda pas.
siapa utimutraraja ? dialah sang puaka bangsa, sama tarafnya dengan raja mendeliar,si kitul dan nina chatu si keling yang telah meranapkan kerajaan melaka. dek kerana mereka berempat inilah portugis bisa menguasai melaka..hari ini watak penghasut sejarah lama telah melanda partai pas.
yang bisa ketawa diluar melihatkan sengketa partai pas tiada lain anwar attaturk. dia penjahanam bangsa dan perosak agama. anwar umpama bayangan dajal, air dikata api dan api dikata air. yang lemah longlai jiwanya pasti terpengaruh dengan janji sang halunisasi anwar attaturki.
anwar pernah menghancurkan ABIM,pernah menghancurkan umno dan sedang melakukan kerosakan yang sama kepada pas. ramai dikalangan pimpinan pas terpikat dengan dasar liberalisme anwar attaturki.nizar bintang 3,kalid gereja samad,mujahid yusof rawa,mahfuz omar,salahudin ayob,dr zulkifli ahmad,dr lo'lo dll merupakan petualang sebenar dalam pas.mereka sanggup menggadaikan maruah perjuangan pas demi pangkat dan harta.sama perangainya dengan judas iscariot.
siapa judas iscariot ? dia ialah bendahara sewaktu zaman jesus (nabi isa a.s) . judas antara 12 sahabat terkenal nabi isa a.s.. 12 sahabat yang digelar hawariyun. judas sanggup melacurkan maruah diri demi 30 keping perak yang ditawarkan oleh imam-imam yahudi jika judas memberitahu dimana tempat persembunyian nabi isa a.s. tapi tuhan maha berkuasa,judas telah ditukarkan rupanya seiras nabi isa a.s.dan kerana itulah judas telah disalib.kerana kesundalan itulah judas digelar iscariot yang bermaksud si pengkhianat.
anwar tahu azmin tiada mampu mendepani politik sewaktu sepeninggalannya ke sungai buloh nanti.azmin tiada semangat jantanan politik,saifudin nasution adalah pelacur politik yang kepalanya bisa ke sana kemari umpama lalang ditiup angin.tatkala anwar ke sungai buloh, harapan barunya terletak penuh di atas pundak barua-barua beliau dalam pas. samada mengkhianat hj hadi itu bukan persoalan,yang penting legasi dan pengaruh anwar attaturk perlu diteruskan. anwar attaturk pernah digelar pengkhianat oleh muhyidin yasin. seharusnya ahli pas memahami maksud tersirat muhyidin, antara utimutraraja,judas dan anwar ,,siapa diantara mereka yang patut 'dipancung' terlebih dahulu !
Updated 10 hours ago • Comment • Like / Unlike • Report Note
(sumber; Afzainizam Abdullah: ISU EGM PAS......)
http://www.facebook.com/zm.azami#/note.php?note_id=160917214162&ref=nf
Wednesday, October 28, 2009
Nik Ajis Di Racun Oleh Puak Edrogan
Nik Ajis Di Racun Oleh Puak Edrogan
Monday, October 26, 2009
Sambungan Dari Bab 1....
Ya..Nik Ajis berjaya di racuni oleh Anwar melalui Puak Edrogan. Pro Ulamak yang terdiri dari Haji hadi dan beberapa pimpinan PAS yang lain telah dapat menghidu gerakan yang cuba menghancurkan PAS ini. Mereka yang Pro ulamak telah beberapa kali menyampaikan pada Nik Ajis berhubung ancaman yang datang dari Puak Edrogan ini, namun Nik Ajis dengan lantang telah menolak usul yang di bawa oleh kepimpinan pro Ulamak.
Keadaan dalam Pas semakin terancam apabila Nik Aziz secara terang-terangan menyokong dasar yang di bawa oleh Anwar Brahim bagi mewujudkan Kerajaan Pakatan Pembangkang. maka dari sini lah bermula nya kemelut HITAM yang Tragis buat Kepimpinan Pro Ulamak keseluruhannya.
Dasar yang dicadangan bagi kerajaan Pakatan Pembangkang telah mengubah matlamat dan hala tuju sebenar Pas dalam arena poltik Tanahair. Di tambah pula musuh utama Pas itu sendiri DAP dalam Pakatan Pembangkang membuatkan seluruh Kepimpinan Ulamak risau akan Musibah yang akan melanda kelak.
Kemuncak nya berlaku semasa di muktamar PAS yang lalu apabila isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan UMNO telah di tentang begitu hebat oleh Puak Edrogan dan telah direstui oleh Nik Ajis dalam penentangan kerajaan Perpaduan ini. Ustaz Nasha telah di jadikan korban Puak Edrogan apabila hasutan mereka kepada Nik Ajis telah membuahkan hasil.
Ustaz Nasha telah di sarankan keluar dari parti PAS dan masuk ke dalam UMNO jika agenda kerajaan perpaduan di teruskan. Haji Hadi yang pada masa itu berada di luar negara tidak dapat membuat apa-apa kerana isu kerajaan perpaduan ini merupakan satu bentuk Penyelamatan kepada Islam dan Melayu. Haji Hadi telah bertindak mendiamkan diri selepas dari Muktamar PAS ini. Begitu juga ustaz Nasha yang telah di kritik begitu hebat dari semua peringkat kepimpinan PAS.
Selepas dari Muktamar PAS, kita dapat lihat bagaimana Haji Hadi dan Ustaz Nasha cuba menjauhkan diri dari sebarang penglibatan yang ketara di dalam apa acara yang pakatan Pembangkang lakukan. sebagaio contoh kita lihat tidak ada langsung reaksi dari Haji Hadi mengenai kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak. Mengapa haji Hadi tidak mengulas isu itu??? Harus di ingat Nizar merupakan Puak Edrogan yang paling berpengaruh di dalam kepimpinan PAS. Oleh sebab itu Haji Hadi tidak membuat sebarang ulasan berhubung isu Nizar dan Perak.
Setelah Puak Edrogan yang diketuai hussam Musa kalah di Muktamar Pas, mereka tampa berlengah memeruskan agenda mereka untuk menyingkirkan Haji Hadi, Ustaz Nasha dan kepimpinan Pro ulamak yang lain bagi merealisasikan matlamat Boss nya iantu Anwar brahim.
Nik Ajis telah berjaya di pengaruhi oleh Hussam Musa, dan dengan itu maka keluarlah dari mulut Nik Ajis yang menginginkan EGM di adakan bagi menyingkirkan Haji Hadi dan Pro Kerajaan Perpaduan yang lain. Ternyata Gerakan Puak Edrogan di dalam Pas telah berjaya mencapai matlamat mereka.
Untuk pengetahuan umum, 3 hari sebelum Nik Ajis menimbulkan isu EGM ini. Nik Ajis telah bersama-sama Anwar membincangkan Hal penyingkiran Pimpinan Pas yang Pro Kerajaan Perpaduan ini. Ianya turut di hadiri oleh Hussam Musa dan beberapa pimpinan Puak Edrogan dalam perbincangan meja bulat ini. Maka dari sini satu keputusan telah di ambil dengan mengesa satu EGM di adakan bagi menyingkirkan Pro Ulamak yang Pro kepada kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno.
Setakat sini sahaja Gomo mengupas isu puak Edrogan yang telah berjaya dalam matlamat mereka menghancurkan PAS dari dalam. Maka sama-sama lah kita nantikan EGM PAS yang akan tiba nanti. Adakah Kepimpinan Ulamak masih Utuh??? atau Puak Edrogan berjaya dalam agenda mereka??? Namun apa yang pasti semuanya berpunca dari ANWAR AL-JUBURI.
Psssttt....Tak sabar nak jumpa Mat Sabu...he he he, nak mintak izin guna ayat Anwar Al-Juburi..he he he
(sumber; http://www.papagomo.com/2009/10/nik-ajis-di-racun-oleh-puak-edrogan.html)

Beribu Puak Edrogan Dalam Pas Selepas Reformasi (Bab 1)
Beribu Puak Edrogan Dalam Pas Selepas Reformasi (Bab 1)
Sunday, October 25, 2009
Anwar Brahim punca sebenar kemelut yang berlaku dalam Parti PAS. Tidak ada individu lain yang mahukan PAS berpecah dan bertelagah sesama mereka selain dari Anwar Brahim ini. Namun atas faktor apa Anwar berkehendakan PAS berpecah??? Mari kita kupas isu ini.
Umun mengetahui Anwar Brahim tidak langsung menyokong PAS. Semasa Anwar di dalam ABIM juga Anwar tidak sesekali menyokong PAS. Di dalam UMNO juga Anwar lah pengkritik utama PAS, malah Anwar lah juga yang begitu hebat memperlekehkan PAS. Ini adalah satu fakta yang jelas bahawa Anwar tidak menyokong langsung Parti yang bernama PAS ini.
Apabila Anwar didakwa atas kesalahan penyalahgunaan kuasa dan skandal liwat nya pada tahun 1998, Anwar lantas menubuhkan Parti Keadilan Nasioanal. Mengapa Anwar tidak masuk sahaja ke dalam Parti PAS??? Sebaliknya Anwar menubuhkan Parti nya sendiri bagi meneruskan perjalanan politik nya.
Jika Anwar mengatakan PKR ditubuhkan demi menuntut keadilan dan hak sama rata, maka apa kurangnya PAS??? PAS juga pada masa itu merupakan satu parti yang kuat sebagai pembangkang di dalam Malaysia ini. Bila di tubuhkan Anwar juga tidak menyatakan perpaduan antara PAS dan PKR. Mengapa dulu tidak dan sekarang ini PKR dan PAS malah DAP juga sama terbabit dalam kerjaan Pakatan Pembangkang???
Adakah anda masih ingat semasa zaman Reformasi beribu pengikut dan penyokong Anwar melakukan Demonstrasi jalanan yang mengakibatkan banyak kerosakkan harta benda rakyat dan ketenteraman awam tergugat. Namun mungkin anda lupa selepas reformasi itu kemana para pengikut dan penyokongnya yang lain???
Ya..ada yang masih kekal bersama PKR, ada juga yang telah kembali ke pangkuan UMNO. Namun ke mana lagi bangsa Melayu yang lain??? Harus di ingat selepas zaman Reformasi Anwar ini ahli PKR rata-rata terdiri dari bangsa Cina dan India. Jadi kemana beribu-ribu melayu yang lain???
Anwar telah mengerakkan para pengikut dan penyokongnya masuk ke dalam PAS. Masuk dan menjadi ahli PAS bagi mengerakan ideologi PKR dalam PAS. Selama berapa tahun gerakan PKR yang berbajukan PAS ini berada di dalam lingkungan PAS, maka sedikit demi sedikit di cantas Pro Ulamak di dalam PAS ini. Dan di sinilah wujudnya satu golongan dari parti PAS yang di gelar EDROGAN.
Puak Edrogan ini adalah mereka yang datangnya dari PKR bagi mencapai matlamat Anwar untuk menjahanamkan PAS di masa akan datang. Dan sudah kita lihat dalam berapa tahun ini Puak Edrogan berjaya memegang jawatan tertinggi dalam Parti PAS. Bukan itu sahaja, malah puak Edrogan ini berjaya memecahkan penguasaan pro Ulamak di peringkat bawahan, dan Negeri.
Dan sudah terbukti Puak Edrogan yang di biayai oleh Anwar bagi menjahanakan PAS telah berjaya dalam agenda asal mereka. Perpecahan di dalam PAS telah berjaya dilakukan oleh Anwar dan mangsa yang paling dikehendaki Anwar adalah NIK AJIS.
Terbukti usaha yang Anwar gembelingkan dalam menghancurkan PAS telah berjaya apabila Nik Ajis berjaya dikudakan nya. Nik Ajis adalah target utama Anwar dalam menghancurkan PAS. Melalui puak Edrogan ini lah Anwar akan mendapat sokongan dari pengikut PAS demi matlamat Anwar yang ingin menjadikan Malaysia ini Republik nya.
Bersambung.........
(sumber; http://www.papagomo.com/2009/10/beribu-puak-edrogan-dalam-pas-selepas.html

Tuesday, October 27, 2009
nikabduh.wordpress.com: EGM
egm
Salam Kamunting,
Lebih 25 tahun kita dalam PAS hidup aman, selesa dan sentosa selepas hadirnya kepimpinan ulama. Sewajibnya kita mensyukurinya. Keselesaan kita itu telah banyak membantu kita untuk membantu masyarakat mengenali kita secara lebih dekat.
Adakah anda menjangkakan Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang menggugat kestabilan yang kita kecapi itu? Bahkan, ujian Allah tetap berlaku dan tiada siapa tahu dari daerah mana ujian itu datang. Yang pasti, ujian itu datang untuk menukar keamanan kepada perpecahan.
Dalam aman kita lena terbuai. Dalam kocakan kita sedar dan bersedia. Ertinya, ujian itu penuh hikmah. Allah menginginkan kita untuk tidak lena dan sentiasa berjaga – jaga. Siapa lena di dunia ini, dia tidak akan lena di akhirat nanti.
Semakin ujian itu sukar, semakin besarlah kesannya, baik ataupun buruk. Samada kita keluar daripadanya dengan seribu kebaikan atau jika sebaliknya, dengan seribu keburukan.
Pernahkah anda melihat atau mendengar mengenai perselisihan di antara dua kumpulan dalam agama yang mengelirukan sekali. Ditelan mati anak diluah mati ibu? Apatah di sebelah adalah Ali dan di sebelah lagi adalah Aisyah ( radiaLlahu anhuma ). Ia begitu sukar tetapi siapa dapat menjangka ujian Allah?
Yang penting anda mesti kena selamat. Duduk pada kedudukan yang selamat dan diredhaiNya.
Antaranya, 1) Anda mesti ikhlas 2) Anda mesti memohon pembabasan denganNya daripada keburukan fitnah itu 3) Anda mesti adil menilai 4) Anda mesti menjaga adab dengan Allah dan sesama makhluk 5) Anda mesti merujuk kepada sumber yang pertama 6) Anda mesti mendengar daripada semua dan mengambil yang terbaik 7 ) Anda mesti menapis daripada perkhabaran sang fasiq dan munafik 8 ) Anda mesti kepinginkan kesatuan, bukan perpecahan. 9 ) Anda jangan mengambil bahagian atau kacau daun tak tentu pasal 10) Anda jangan berkata dusta, mengejek dan menghuru harakan 11) Anda jangan nak jadi hero.
Diberitakan daripada sumber yang sahih bahawa al Ikhwanul Muslimin di Mesir juga ada kucah dan kacau hari ini. Antara sebabnya adalah dunia blog. Dunia blog hari ini adalah cukup tanpa adab seolah – olah ada lesen daripada ugama untuk tidak berakhlak dalam berblog!
Di mana – mana pun ujian mesti ada dan kena ada. Kerana Allah ada di mana – mana.
Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata – kata manusia dan peristiwanya. Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar.
Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia.
Adapun isu EGM, saya yakin ianya akan selesai. Ia bukan balah orang jahil. Ia isu orang alim yang disayangi dan yang tidak ingin kecuali kebaikan untuk ummah. Justeru ia mungkin panas di awal, tetapi akan ada penyelesaian selepas ada persefahaman.
Yang payah nak selesai ialah balah orang jahil, payah nak faham apatah nak bersefahaman.
Yang saya takut ialah balah ini sengaja dipanjangkan selepas ianya disurutkan dan diredakan. Saya harap saya dan anda tidak terlibat walaupun saya tak mungkin boleh mengharapkan semua jangan terlibat.
Saya tinggalkan anda dengan sebuah ayat daripada Allah yang maha bijaksana. Hayatinya, ianya sungguh menenangkan.
“Tiadalah terjadi sebarang musibah di bumi dan tiada juga (terjadi) di dalam diri kamu sendiri kecuali ianya telah sedia termaktub di dalam kitab ( di sisi kami ) sebelum Kami lepaskannya. Sesungguhnya itu di sisi Allah adalah teramat mudah. Yang demikian adalah agar kamu tidak berduka cita di atas apa yang telah hilang daripadamu dan kamu tidak pula bersuka ria dengan apa yang kamu perolehi. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan bermegah – megah.” al Hadid:22,23
Janganlah terlalu gundah dan janganlah terlalu bersuka ria.
(sumber;http://nikabduh.wordpress.com/2009/10/26/egm/)

Faisal Tehrani: Tazkirah Pendek: Bangau Oh Bangau Mengapa Engkau Kurus?
27 October 2009
Tazkirah Pendek: Bangau Oh Bangau Mengapa Engkau Kurus?
Kelantan menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes HIV baharu tahun lepas dengan 749 kes. Perkara ini didedahkan oleh salah seorang exco kerajaan negeri YB Wan Ubaidah Omar.
Hal ini didedahkan ketika menjawab soalan ADUN Pulau Chondong, YB Zulkifli Mamat.
Menurut YB Wan Ubaidah lagi peningkatan ini membimbangkan kerana kes-kes baharu ini membabitkan remaja dari usia 20-29 tahun iaitu sebanyak 25 peratus, sementara mereka yang berusia dalam lingkungan 30 ke 39 tahun pula membentuk 42 peratus dari kes-kes baharu tersebut.
Ustazah Wan Ubaidah seterusnya mendedahkan sesuatu yang lebih menggamamkan iaitu peningkatan jangkitan HIV itu adalah dari 'sexual transmissions' yakni dari 19 peratus pada tahun 2003 kepada 27 peratus dalam tahun 2008. Sedangkan jangkitan dari pemindahan jarum penagih dadah yang menyumbang kepada 70 peratus kes yang ada pada tahun 2003 merosot kepada 23 peratus.
(Lihat sini)
Cara berfikir tipikal: Rasa elok kita salahkan UMNO (macam biasa) dalam hal ini. Mungkin cyber troopers mereka punya kerja. PAS sebagai kerajaan di negeri Kelantan sama sekali tidak boleh disalahkan kerana ia dapat membawa ahli dan penyokongnya ke syurga. Selain itu kita juga boleh salahkan remaja-remaja yang menghidap HIV ini kerana mereka tidak kuat iman di sebuah negeri yang Membangun Bersama Islam. Mungkin juga kerana secara geografinya Kelantan dekat dengan Thailand maka menyebabkan kita semua terkulai pasrah. Mungkin ini semua fakta yang tidak benar, dalam usrah dan kuliah tafsir kita diajarkan; 'Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]. Tapi, fakta ini didedahkan oleh YB Wan Ubaidah sendiri. Mungkin juga kerana pimpinan di sana sibuk bergocoh sesama sendiri maka bala pun turun sebagai peringatan; tapi emmm, tak mungkin sama sekali...ini negeri di bawah kepimpinan ulamakan? Jadi, kita kembalilah kepada 'teori asal' - ini semua salah UMNO dan cyber troopers nya.
(sumber;http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/10/tazkirah-pendek-bangau-oh-bangau.html)
Friday, October 23, 2009
MUKTAMAR KHAS NIK AZIZ - SIAPA POTONG SIAPA?
Friday, October 23, 2009
MUKTAMAR KHAS NIK AZIZ - SIAPA POTONG SIAPA?
Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Malaysiakini
DES : Nik Aziz mahu "bersih" kan dua tiga kerat...takut-takut dua tiga kerat tu pulak yang "kerat" Nik Aziz
(SUMBER;http://pilihan-anda.blogspot.com/2009/10/muktamar-khas-nik-aziz-siapa-potong.html)
PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?
22 Oct 2009
PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?
Kategori: Isu Semasa
Latarbelakang:
Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.
Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.
i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.
Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:
“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)
Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.
ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:
“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)
iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:
“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)
Apa isunya?
Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :
“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”
“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”
“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”
“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”
“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”
“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”
“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”
“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”
Pandangan Saya
Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :
Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?
Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?
Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.
Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .
Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.
Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009
(sumber;http://www.blogtokguru.com/pages/posting/29/pas-keperluan-muktamar-khas-luarbiasa)
Thursday, October 22, 2009
PAS: Kata Dulang Paku Serpih
Monday, October 19, 2009
Kata Dulang Paku Serpih
Terkini:
Saya mendapat tahu daripada Facebook YB Zulkifli Nordin, hari ini merupakan ulang tahun kelahiran DS Haji Hadi Awang. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran Datuk Seri ke 62. Semoga DS dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan mendapat hidayah dari Allah SWT.
Posting Asal:
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) hari ini mahukan kepastian berhubung fungsi slogan-slogan yang pernah diperkenal perdana menteri terdahulu iaitu gagasan Islam Hadhari, Bersih Cekap dan Amanah serta Wawasan 2020 setelah gagasan 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau yang juga Presiden PAS bertanya sama ada dengan adanya slogan 1 Malaysia bermaksud kerajaan telah mengenepikan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh perdana menteri terdahulu.
Sumber: Haprakdaily.
Orang tu-tua berkata cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar dan juga pelanduk mudah melupakan jerat, sebaliknya jerat tidak pernah melupakan pelanduk. Lupakah Tuan Presiden PAS apabila beliau mempertikaikan dasar-dasar lama kerajaan dengan memperkenalkan dasar-dasar baru adalah ibarat seperti menepuk air di dulang, muka sendiri yang terpercik.
Saya ingin bertanya kembali kepada DS Haji Hadi, apabila parti PAS memperkenalkan "PAS For All" adakah beliau sudah melupakan dasar perjuangan PAS selama ini iaitu mendaulahkan Kerajaan Islam di Malaysia?
Apabila beliau menerima cadangan supaya penyokong-penyokong bukan Islam diletakkan sebagai sayap parti, bukankah beliau sudah melupakan fatwanya yang terkenal iaitu menkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang-orang kafir?
Apabila beliau dan TG Nik Aziz menerima herdikan Karpal Singh yang mengatakan langkah mayat DAP sekiranya hendak mendirikan Kerajaan Islam, adakah bermaksud hukum hudud yang dilaungkan oleh PAS selama ini hanya tinggal memori semalam?
Apabila beliau dan ahli-ahli PAS menerima DAP yang disifatkan TG Nik Aziz sebagai syaitan sebagai teman tidurnya, adakah beliau mengamalkan apa yang pernah dituduh kepada parti UMNO - politik suku agama suku sehinggakan ramai keluarga porak peranda, masjid mempunyai dua imam dan sebagainya. Sudah lupakah beliau?
Tepuk dada, tanya iman.
(sumber;http://khairulryezal.blogspot.com/2009/10/paku-dulang-paku-serpih.html)
Tuesday, October 20, 2009
Edisi Nasib Melayu di Pulau Pinang : Kenyataan Akhbar Perkasa dan Fakta oleh Blogger Pejuang Bangsa !
Tuesday, October 20, 2009
Edisi Nasib Melayu di Pulau Pinang : Kenyataan Akhbar Perkasa dan Fakta oleh Blogger Pejuang Bangsa !
KENYATAAN AKHBAR WIRA PERKASA WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR, – Ketua Penerangan WIRA, sebuah sayap pemuda di bawah PERKASA,
bagi Wilayah Persekutuan, menyenaraikan 22 alasan tentang ancaman Melayu-Islam di Pulau Pinang :
1) Wakil Rakyat Islam & Melayu dalam Kerajaan Pulau Pinang tidak pernah diberi kuasa tadbir sebenar. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebenarnya bukan Kerajaan Campuran 3 Parti tetapi sebaliknya ditadbir sepenuhnya oleh Kepimpinan Sosialis DAP yang anti-Islam & anti-Melayu.
2) Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Melayu tidak diiktiraf oleh Sosialis DAP Pulau Pinang. Ahli Majlis berbangsa Melayu dipecat kerana memboikot majlis angkat sumpah YDP MPPP.
3) Minuman keras dibenarkan di majlis rasmi Kerajaan Sosialis Pulau Pinang. Arak dibenarkan dijual secara terang-terangan ketika sambutan Hari Belia Negeri Pulau Pinang di Autocity.
4) Ketua Menteri Sosialis Pulau Pinang mendesak supaya jawatan Exco Tanah diberi kepadanya. Taktik ini serupa dengan cara Lee Kuan Yew menghancurkan Ketuanan Melayu di Singapura.
5) DAP Pulau Pinang campur tangan dalam pengurusan zakat negeri. Ketua Menteri Sosialis Pulau Pinang mahu guna kutipan wang zakat para asnaf bagi kegunaan orang bukan Islam.
6) Kerajaan Sosialis Pulau Pinang rampas tanah seluas 140 ekar kawasan Melayu di Pondok Upeh Balik Pulau untuk membina pusat pengajian tinggi ala-Singapura. Projek Universiti Nanyang Singapura ini akan mengakibatkan gangguan geo-politik Melayu Pulau Pinang.
7) Ketua Menteri Sosialis Pulau Pinang desak supaya dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tender PDC & PBA bagi menjayakan Misi Sosialis DAP meskipun wujud ‘Konflik Kepentingan’.
8) Ketua Menteri Sosialis Pulau Pinang menipu orang Islam kononnya mahu mencontohi pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz, tetapi membiarkan pusat-pusat judi, rumah-rumah urut serta premis-premis arak & premis-premis maksiat berleluasa tanpa kawalan.
9) Ketua Menteri Sosialis Pulau Pinang menghapuskan syarat mewajibkan pemaju swasta bina rumah kos rendah. Akibatnya Melayu Pulau Pinang menjadi semakin sukar memiliki rumah.
10) Masjid Jalan Kelawei dilambatkan penyiapannya melalui syarat Sosialis MPPP, sedangkan gereja-gereja, tokong-tokong & kuil-kuil dibiarkan tumbuh macam cendawan selepas hujan.
11) Tender perolehan kerajaan negeri dibuka sebebas-bebasnya secara Sosialis kepada kontraktor bukan Melayu. Jadi, ribuan kontraktor Melayu Pulau Pinang terpaksa gulung tikar.
12) Kerajaan Sosialis Pulau Pinang luluskan syarat pertukaran tanah pertanian kepada tanah perkuburan cina walaupun 30% sudah didominasi oleh jirat Cina. Orang Melayu Pulau Pinang menjadi semakin tersepit kerana masalah kekurangan tanah perkuburan Islam yang serius.
13) Kerajaan Sosialis Pulau Pinang membangunkan marina, resort & hotel mewah di Pulau Betong sebagai strategi secara langsung untuk menghalau keluar orang Melayu Balik Pulau.
14) Ahli Majlis MPPP pula dihina oleh Sosialis DAP Pulau Pinang hanya kerana beliau mahukan Melayu kuat demi menguatkan Islam, walaupun beliau sendiri seorang berbangsa Cina.
15) Kerajaan Sosialis negeri mempermainkan Warga Emas Melayu Pulau Pinang dengan menyuruh mendaftar bagi mendapatkan bantuan tetapi hanya diberi beras 10 kg seorang.
16) Kerajaan Sosialis Pulau Pinang telah mengarahkan gerai-gerai kepunyaan penjaja-penjaja kecil Melayu ditutup walaupun mereka hanya melakukan kesalahan-kesalahan biasa.
17) Perbelanjaan Keraian Kerajaan Sosialis Pulau Pinang telah semakin meningkat dengan ketara kerana bertambahnya perbelanjaan pembelian arak para penyokong Sosialis DAP.
18) Pentadbiran Lim Guan Eng menghina Khalifah Umar Abdul Aziz. Kerajaan Sosialisnya bayar elaun guru KAFA RM50 sebulan seorang, sedangkan Kerajaan Pusat bayar RM500.
19) Lim Guan Eng sanggup membuat apa sahaja demi Politik Sosialisnya. Kerajaan negeri kerugian puluhan juta ringgit ketika membatalkan saman parking PBT pesalah sebangsanya.
20) Dasar Kelulusan Terbuka Sosialis Tukar Syarat Tanah dilaksanakan di kawasan Melayu, di mana status tukar syarat tanah pertanian kepada kediaman dilakukan tanpa sekatan.
21) Perbadanan Ketua Menteri (CMI) dibentuk bagi melaksanakan Visi Sosialis DAP bagi menguburkan terus Melayu Pulau Pinang. Sasaran pertamanya ialah Tanah Wakaf Melayu.
22) Jawatan Gred 48 ke atas perlu mendapatkan kebenaran Ketua Menteri Pulau Pinang. Kini, Ketua Penolong Pegawai Daerah Balik Pulau, iaitu kawasan Melayu, seorang Sosialis DAP.
Ketua Penerangan WIRA PERKASA Wilayah Persekutuan merayu sokongan umat Islam dan bangsa Melayu yang tidak rela & tidak redha ke atas Sosialis untuk terus bertapak walau seinci pun walau sesaat pun lagi di bumi bertuah Malaysia yang kita cintai ini, agar bersatu hati tanpa mengira apa jua fahaman parti politik, demi menentang Agenda Sosialis Kerajaan Pulau Pinang.
Sekian, terima kasih.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN !
MERDEKAKAN PULAU PINANG DARI KERAJAAN SOSIALIS DAP !
Yang benar kerana Islam & Melayu,
Ab Halim Tuah bin Rahmat
KETUA PENERANGAN
WIRA PERKASA WILAYAH PERSEKUTUAN
(sumber;http://aspirasi-bangsa.blogspot.com/2009/10/edisi-nasib-melayu-di-pulau-pinang.html)
Monday, October 19, 2009
Lepas MIRSB, Sekarang Magic Water Pulak
Lepas MIRSB, Sekarang Magic Water Pulak
Posted by sham
October 18, 2009
Ramai mangsa Mobile Income, BossMailer, Seemore dan Monsun Biz sebelum ni dah terkena. Sekarang Puan Nora, pengasas MIRSB menampilkan perniagaan dan produk baru mereka iaitu Magic Water. Kepada yang rasa nak tuntut duit pasal mobile income tu, boleh la kejar road show Magic Water diorang.
Ni iklan diorang kat Sinar Harian. Tak guna Harian Metro dah kot sebab mahal.
Believe or not, semuanya orang sama.
Lepas meniaga direktori, sekarang meniaga air pulak. Air yang diorang jual ialah air bateri kereta. Ia dinamakan sebagai Magic Water. Air yang dikatakan boleh meningkatkan prestasi kereta dan mendapat lebih mileage. (Macam promote la pulak). Itu berdasarkan testimoni kat laman web diorang la, http://www.86.my.
Mereka mendakwa air tersebut telah digunakan oleh pasukan F1 German Selama 20 tahun. Erk.. ada ke pasukan F1 dari German? :P . Saya tak mengikutinya perkembangan F1 ni. Betul ke tidak, saya tak pasti lah. Setahu saya pemandu dari Jerman ada lah, F1 Team dari Germany….erk..rasanya tak de kot. Sila betulkan jika saya silap tentang ni. Ni saya quote skit dari laman web diorang:
Teknologi terbaru dari German yang di formulakan oleh pasukan jurutera Formula one (F1) untuk kereta-kereta lumba F1 kini boleh didapati di Malaysia. Teknologi ini berupaya untuk memanjangkan jangka hayat bateri kenderaan anda sehingga 5 ke 10 kali ganda. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Norai Wan Ismail(Pn.Nora) berkata teknologi ini merupakan yang pertama di Malaysia dan produk ini telah TERBUKTI BERKESAN DIGUNAKAN OLEH KERETA-KERETA LUMBA F1 GERMAN SELAMA HAMPIR 20 TAHUN..!
Sumber: 86.my
Konsep perniagaan masih lagi sama macam dulu yang menjanjikan pulangan lumayan setelah join diorang. Rasanya impak kali ini akan berkurangkan disamping mereka akan diserbu oleh mangsa Mobile Income, Bossmailer dan seangkatan dengannya.
Tiada lagi virtual real estate bernilai RM50,000 agak. Real estate tu dah tak laku agaknya. Harga RM50 pun belum tentu laku kalo virtual real estate yang diorang canangkan sebelum ini. Ribuan orang tertipu. Mungkin diorang nak buat bisnes betul betul kot sekarang.
Tapi stail ala MLM la pulak.Konsep Stokis & Mobile Stokis ni. Diorang ada lesen AJL ke tak ek? Kalo benda online, diorang boleh dakwa tak perlu lesen AJL. Memang jualan langsung yang diorang buat sekarang ni. Bukan senang nak dapat lesen AJL sekarang ni. Saya jangka takde lesen AJL lagi kot.
Kita tengok la apa yang akan jadi nanti. hohohoho..
Mangsa MIRSB,kalo korang tak nak serbu road show diorang terpulang la. Cuba dapatkan hak anda balik kalo rasa tertipu tu. Bukan senang nak cari duit.
(sumber;http://www.shamsuriyadi.com/2009/10/18/lepas-mirsb-sekarang-magic-water-pulak/)

Demokratik kah UMNO?
18 October 2009
Nizar kvv2: Demokratikkah UMNO?
Dr Novandri Hasan Basri
Ketika mengulas mengenai keberkesanan perlembagaan yang dipersetujui semasa Perhimpunan agung UMNO baru-baru ini, TS Muhyiddin Yassin mengatakan beliau tidak nampak sistem ini menyebabkan pemimpin silih berganti sebaliknya akan mengujudkan pemimpin yang aktif bekerja kerana jika mereka tidak bekerja dengan elok, mereka akan diganti.
Penulis setuju dengan kenyataan TS Muhyiddin Yassin mengenai 'mengujudkan pemimpin yang aktif bekerja' tetapi penulis tidak nampak sebarang bentuk mekanisme untuk mengukur keaktifan seseorang pemimpin itu bekerja.
Dan untuk ahli-ahli UMNO mengetahui 'keaktifan kerja seseorang pemimpin itu', kita biasanya hanya tahu melalui televisyen, radio, media cetak dan media internet kecuali jika pemimpin tersebut berada di kawasan kita sendiri. Mustahil untuk kita mengetahui gerak kerja pemimpin tersebut tanpa alat media tersebut.
Pokoknya, adalah tidak adil untuk ahli-ahli UMNO melakukan perbandingan di antara pemimpin-pemimpin hanya berdasarkan kepada kekerapan seorang pemimpin itu masuk di dalam televisyen atau suratkhabar.
Malah, adalah tidak adil dan sangat membimbangkan jika seseorang pemimpin yang berminat kelak turut mempunyai kuasa untuk mengawal dan 'memerintah' agensi-agensi penyiaran utama di dalam negara ini. Mereka mungkin secara tidak langsung akan menggunakan agansi-agensi tersebut untuk mempopularkan diri mereka.
Seperkara lagi, terdapat beberapa lagi kerangka di dalam perlembagaan Baru UMNO yang bakal menimbulkan pelbagai isu kelak. Jawatankuasa Pengurusan UMNO mempunyai hak untuk memperkemaskan peraturan baru di bawah pindaan perlembagaan tersebut.
Penulis lihat perkara ini tidak demokratik kerana jika berlaku perubahan dan menambahan di dalam peraturan tersebut, perkara ini mestilah dibincangkan dan dipersetujui oleh ahli-ahli UMNO dahulu sebelum dilaksanakan.
Begitu juga dengan Suruhanjaya Pilihan Raya UMNO yang bakal membuat peraturan-peraturan baru untuk melicinkan proses pemilihan kelak. Peraturan-peraturan tersebut perlu dibincang dan dipersetujui oleh ahli-ahli UMNO dahulu sebelum dimaktubkan dan bukan ditentukan di kalangan Majlis Tertinggi UMNO sahaja.
Ianya juga kerana MT UMNO merupakan pemimpin-pemimpin yang layak untuk bertanding kelak dan kemungkinan akan berlaku conflict of interest yang tidak sedap kita dengar.
Pokoknya, jika UMNO benar-benar mahu menampilkan imej demokratik, mulai dari sekarang, segala perubahan di dalam kerangka asas parti mestilah juga melambangkan demokratik dengan mengambil kira pandangan serta persetujuan ahli-ahli UMNO.
UMNO mesti kuat kembali!
(sumber;http://novandri.blogspot.com/2009/10/nizar-kvv2-demokratikkah-umno.html)

Biar BETUL!!! Apa ni ?? 4,775 layak bertanding PRESIDEN UMNO
16 October 2009
Nizar kvv2: Apa ni ? 4,775 Layak Bertanding Presiden UMNO!
Dr Novandri Hasan Basri
Penulis tidak akan berhenti menulis mengenai isu ini sehinggalah ada yang mampu menjawab dengan tepat dan memuaskan iaitu di manakah rasionalnya 4,775 jawatankuasa bahagian layak secara automatik bertanding di mana-mana jawatan di dalam Majlis Tertinggi UMNO termasuk Presiden, Timbalan dan Naib Presiden UMNO?
Fasal 9.5 yang baru mengatakan bahawa "Calon-calon yang ingin bertanding untuk mana-mana jawatan Ahli Majlis Tertinggi hendaklah mendaftarkan diri dan pernah memegang mana-mana jawatan sebagai Ahli MT atau Ahli Jawatankuasa Bahagian selama 1 penggal."
Jika 191 bahagian x 25 jawatankuasa di setiap bahagian, maka 4,775 orang layak bertanding! Jumlah ini terlalu besar dan tidak logik untuk bertanding Presiden UMNO! Ianya menyebabkan jawatan Presiden UMNO tampak terlalu murah, kurang kredibiliti dan tiada ummphh nya!
Malah, klaus 'mana-mana jawatan' di dalam Fasal 9.5 turut menimbulkan persoalan iaitu 4,775 orang boleh bertanding sebagai Presiden, Timbalan, Naib dan MT UMNO sekaligus! Apakah 'mana'mana jawatan' itu sebenarnya bermaksud 'di antara satu jawatan Majlis Tertinggi' yang pada pendapat penulis lebih logik dan praktikal?
Penulis juga hairan kehilangan klaus-klaus 'seniority' seperti 3 penggal, 2 penggal dan 1 penggal dalam jawatan yang terdapat di dalam cadangan awal pindaan perlembagaan UMNO itu.
Bila masakah klaus-klaus itu dimansuhkan di dalam cadangan awal tersebut?
Apakah jawatankuasa pindaaan perlembagaan berhak untuk melupuskan sendiri klaus-klaus 3 penggal, 2 penggal dan 1 penggal itu padahal klaus-klaus ini telah termaktub di dalam cadangan awal pindaan perlembagaan?
Jika ianya dimansuhkan dan diistiyharkan selepas setiap bahagian UMNO bermesyuarat, keputusan sebulat suara perwakilan UMNO di dalam PWTC tidak valid kerana tiada bahagian UMNO yang sebenarnya membincangkan cadangan pindaan perlembagaan yang tepat!
Penulis juga memberi amaran bahawa akan berlaku manipulasi media yang teruk di masa hadapan. Penulis tidak bercakap kosong tetapi jika kita kaji dengan mendalam, hanya sistem media sahaja yang dapat menyampaikan mesej sebarang pemimpin itu kepada ahli-ahli akar umbi terutamanya 147,000 pengundi baru UMNO kelak.
Pemimpin yang popular akan dikenali lebih ramai orang jika dibandingkan dengan pemimpin tempatan yang tidak mempunyai akses kepada memperkenalkan diri mereka kepada ahli-ahli UMNO yang lain.
Berkemungkinan akan berlaku pemimpin yang popular dan dikenali ramai tetapi pemimpin tersebut sebenarnya busuk dan buruk. Yang paling teruknya ialah pemimpin-pemimpin UMNO yang berminat akan berlumba-lumba mencari publisiti murahan asalkan nama dan foto mereka terpampang untuk tatapan para pembaca!
Kaedah ini amat merbahaya kerana jika perkara ini diteruskan, integriti dan etika kewartawan akan tergugat dan rakyat Malaysia akan merasa lebih meluat dengan publisiti murahan yang ditonjolkan oleh pemimpin-pemimpin tersebut.
(bersambung...)
(sumber;http://novandri.blogspot.com/2009/10/nizar-kvv2-apa-ni-4775-layak-bertanding.html)

4775 Layak Bertanding Presiden UMNO ??
16 October 2009
Nizar kvv2: 4,775 Layak Bertanding Presiden UMNO!
Dr Novandri Hasan Basri
Penulis menyokong penuh beberapa pindaan perlembagaan seperti di dalam Fasal 5.2, Fasal 8.4.4 yang memberi pengiktifan kepada setiausaha bahagian, Fasal 9.2.8 yang mengiktiraf kaum wanita dan Fasal 14.4.7.
Tetapi penulis tidak faham apabila usul pindaan Perlembagaan UMNO boleh diterima dengan sebulat suara oleh seluruh perwakilan UMNO yang hadir di PWTC.
Penulis hairan kerana pindaan perlembagaan ini mempunyai beberapa kelemahan yang sangat ketara tidak dilihat oleh perwakilan tersebut.
1. Fasal 9.5 sekarang akan menyebabkan 4,775 ahli jawatankuasa bahagian layak secara automatik untuk bertanding sebagai Presiden UMNO!
Penulis tidak menentang keterbukaan yang cuba ditonjolkan di dalam UMNO tetapi apakah pengisian kepada ketidak rasionalan 4,775 orang boleh bertanding sebagai Presiden?
Pada pendapat penulis, kerusi kepimpinan tertinggi di dalam UMNO mestilah dikekalkan kredibilitinya dan perlu diadakan kriteria-kriteria tambahan supaya jawatan Presiden UMNO tidak nampak murah dan senang untuk dijawati.
Fasal 9.5 perlu diperhalusi dengan segera!
2. Fasal 9.5 baru iaitu "Calon-calon yang ingin bertanding untuk mana-mana jawatan Ahli Majlis Tertinggi hendaklah mendaftarkan diri dan pernah memegang mana-mana jawatan sebagai Ahli MT atau Ahli Jawatankuasa Bahagian selama 1 penggal." juga mempunyai kelemahannya iaitu apakah sesiapa yang berminat boleh meletakkan nama beliau untuk bertanding di setiap kerusi di dalam MT UMNO?
Contonhnya, apakah penulis boleh bertanding di peringkat Presiden, Timbalan. Naib dan MT UMNO sekali gus?
Fasal 9.5 tidak menerangkan dengan jelas isu ini.
3. Kita perlu berhati-hati kepada satu manipulasi baru yang akan menguasai sikap dan penerimaan baru kepada pindaan perlembagaan ini. Politk wang mungkin boleh dikurangkan tetapi bakal akan berlaku manipulasi media yang teruk di masa hadapan!
Hanya melalui media sahaja sebarang pemimpin mampu menonjolkan nama beliau dan dikenali oleh 140,000 pengundi baru pada Mesyuarat Pemilihan kelak. Tanpa media, pemimpin-pemimpin tidak mungkin akan dikenali dan tidak popular dikalangan ahli-ahli UMNO.
Ramai orang kaya UMNO akan berlumba-lumba untuk merapatkan diri mereka dengan pihak media dan mungkin berlaku penyalahan etikal kewartawanan yang penulis harapkan tidak mungkin berlaku seperti sogokan dan sebagainya!
Mungkin akan berlaku tawar-menawar untuk foto siapakah yang muncul dimuka surat pertama suratkhabar itu atau manipulasi media alternatif yang cuba menjaul nama pemimpin-pemimpin tersebut!
Tetapi perkara ini tidak dilihat oleh perwakilan di PWTC! Kenapa?
Padahal, isu ini sangat penting dan jika tidak dilihat, ianya bakal mewujudkan satu kudis yang lebih teruk lagi jika dibandingkan dengan hari ini!!
(bersambung...)
(sumber;http://novandri.blogspot.com/2009/10/nizar-kvv2-4775-layak-bertanding.html)

Sunday, October 18, 2009
Dato Seri Najib Tun Razak; Jadi PARTI Juara RAKYAT
Najib Tun Razak semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 di PWTC, semalam.
Terlebih dahulu marilah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang telah memungkinkan Perhimpunan Agung kali ke-60 ini berjalan dengan teratur dan selamat hingga ke penghujungnya.
Saya telah hadir setiap Perhimpunan Agung UMNO sejak tahun 1976 hinggalah pada hari ini. Setiap perhimpunan agung sarat dengan beberapa peristiwa, beberapa kejadian dan ia boleh diukur daripada segi suasananya, daripada segi kualiti perbahasan, daripada segi komitmen ahli-ahli dan lebih-lebih lagi dari segi semangat dan roh perjuangannya.
Maka saya berdiri di sini dan ingin menyatakan bahawa Perhimpunan Agung ke-60 ini ialah antara yang terbaik yang pernah saya hadir. Saya katakan bahawa perhimpunan agung ini antara yang terbaik kerana saya melihat bahawa kita telah menghadapi ujian yang begitu besar.
Dan selama satu tahun saya telah berasa begitu agak gusar, agak gundahgulana juga hati saya melihat bahawa sama ada anggota-anggota parti kita sudah pulih dari segi semangat atau tidak. Sudah boleh bangkit semula atau pun tidak. Sudah sedar atau pun tidak. Sudah benar-benar insaf atau pun tidak! Tetapi hari ini, apabila saya berdiri di depan tuan-tuan dan puan-puan, segala kesangsian itu sudah luput sama sekali.
Saya berani menyatakan dan saya cukup yakin bahawa UMNO pada saat ini, pada ketika ini, bersedia untuk bangkit, bangun sebagai satu kekuatan baru.
Kalau perhimpunan kita pada permulaan dihadiri seorang mantan presiden, maka perhimpunan kita ini ditutup dengan dihadiri oleh seorang lagi mantan presiden UMNO.
Saya sesungguhnya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berbahagia Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi). Bukan sahaja kerana dia hadir dalam perhimpunan ini, bukan sahaja kerana dia memilih tidak mahu duduk di tempat VVIP tetapi duduk di bawah sebagai Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas tetapi kerana dia juga telah melafazkan dua janji kepada saya.
Bila Pak Lah berhenti, dia janji dua perkara pada saya. Pertama, dia janji dia tidak akan mengkritik saya. Saya nak kata, Pak Lah bukan sahaja tidak kritik saya tetapi dalam apa hal pun yang saya buat, dia menjadi penyokong kuat saya.
Yang kedua, dia janji pada saya, dia kata buatlah yang terbaik. Malah dia kata, kalau saya buat lebih baik daripada dia, dia lebih suka dan dia tetap akan menyokong apa-apa yang saya lakukan. Jadi dalam perhimpunan ini saya hendak melahirkan penghargaan UMNO, penghargaan saya dan penghargaan saf pimpinan kepada YAB Pak Lah kita.
Perhimpunan kita pada kali ini bersejarah kerana sejak penubuhan parti UMNO pada 1946, perhimpunan ini membuat satu perubahan daripada segi perlembagaannya. Dan perubahan perlembagaan ini ialah yang paling signifikan, paling radikal dan paling besar sekali pernah dilakukan dalam sejarah perjuangan parti keramat kita ini.
Ya, kita pernah pinda perlembagaan dulu. Malah UMNO telah diharamkan pada tahun 1987 (2 April 1988). Kita buat UMNO baru tapi kita perketatkan proses pemilihan dalam parti UMNO. Kita menentukan sistem bonus, kita menentukan sistem kuota. Kita buat ini kerana kita tidak cukup yakin akan kestabilan dalam parti. Tetapi pada kali ini kita ambil keputusan untuk menghapuskan sistem kuota sama sekali dalam parti UMNO kita ini.
Dan sistem kuota ini kita hapuskan bukan untuk jawatan ketua bahagian sahaja. Ia tidak adil kalau sistem kuota ketua bahagian sahaja kita hapuskan tetapi jawatan presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden, ahli majlis tertinggi kita masih ada sistem kuota.
Kita seolah-olah hendak melindungi kepentingan kita yang berjawatan tertinggi di sebalik sistem kuota itu. Maka bila perkara ini dibincang dalam mesyuarat Biro Politik, saya dan Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden. Kami berdua kata, kami rela tidak berselindung di sebalik sistem kuota.
Ada orang kata pada saya: "Eh... Datuk tak takut ke Datuk tak ada perlindungan, Datuk tak ada perisai lagi?" Ada! saya kata, perisai saya ialah ahli-ahli UMNO seluruh negara.
Kalau saya seorang presiden yang berkerja dengan baik, yang dapat berkhidmat kepada parti, yang dapat membela dan menjadi juara kepada rakyat, dapat membangunkan negara, maka nasib saya, saya serah kepada ahli-ahli UMNO untuk tentukan.
Saya boleh cari jalan yang mudah. Sebab dalam perlembagaan sebelum ini, kuota untuk presiden berapa? Lima puluh lapan (58) bahagian mesti mencalonkan seseorang sebelum dia layak bertanding jawatan presiden.
Cuba fikirkan boleh dapat ke 58 bahagian? Bukan mudah. Biasanya dapat satu, dua pun susah. Satu... Jadi kalau saya nak jadi presiden, sampai bila-bila, presiden seumur hidup, saya tentu sekali kekalkan perlembagaan lama.
Tetapi pada saya, biarlah saya serahkan untung nasib saya kepada ahli-ahli UMNO untuk tentukan dan semangat yang sama juga ada pada timbalan presiden parti.
Kita hendak berkhidmat selagi khidmat kita diperlukan oleh ahli-ahli parti. Perkhidmatan kami diperlukan kalau kami dapat menentukan kepimpinan yang membawa kepada keberhasilan, kepada outcome, kepada sukses, kepada kejayaan, kepada pencapaian.
Dan itulah yang akan menjadi dorongan yang paling kuat untuk kami berdua dan rakan-rakan lain di atas ini untuk bekerja lebih kuat dan lebih bersungguh-sungguh lagi.
Kami tidak mahu dikata, suruh orang di bawah kerja kami di atas tak buat kerja. Kami di atas duduk di atas kerusi empuk, melunjur kaki. Kami mahu menjadi pemimpin teladan yang baik. Kalau kami suruh orang bawah buat kerja, kami juga akan kerja dengan sepenuh hati.
Saya ingin mengucap terima kasih kepada ketua-ketua bahagian yang selama ini orang mengecap ketua-ketua bahagian ini sebagai war-lord. War-lord ini maknanya ketua-ketua bahagian nak jaga kedudukan masing-masing. Pertahankan kedudukan masing-masing.
Datuk (Seri) Hishammuddin punya panik. Sampai pukul 2, 3 pagi dia tidak tidur buat pindaan perlembagaan. Dia takut ketua-ketua bahagian tidak setuju. Tapi saya berterima kasih dan saya hendak menghargai sangat dan melahirkan penghargaan kepada semua ketua bahagian. Sebab dalam hal ini, apa yang dicap, apa yang uar-uarkan sebenarnya ketua-ketua bahagian UMNO bukan war-lord. Ketua-ketua bahagian semuanya inginkan perubahan supaya UMNO lebih demokratik, lebih terbuka.
Apa lagi yang kita hendak dengan perubahan perlembagaan? Kita hendak bersifat lebih inklusif. Kita hendak terima semua golongan dalam parti kita, supaya parti kita lebih kuat.
Jadi kita permudahkan siapa nak masuk. Sekarang ini ketua cawangan boleh sign (tanda tangan), Ketua Pemuda boleh sign, Ketua Wanita boleh sign, Ketua Puteri pun boleh sign. Jadi UMNO sekarang menjadi parti yang membuka pintu seluas-luasnya kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli.
Mari kita kembali kepada asal UMNO ditubuhkan. UMNO menjadi kuat pada awal penubuhannya kerana apa? Kerana UMNO merupakan parti pergerakan massa, a mass movement. UMNO bukan parti elitis, UMNO bukan parti kepunyaan mana-mana golongan bangsawan atau mana-mana golongan.
UMNO merupakan parti himpunan segala-gala. Kepimpinan UMNO daripada semua latar belakang golongan boleh berhimpun, bernaung dan boleh bergerak sebagai satu pergerakan yang mencerminkan hati nurani orang Melayu. Ini kekuatan kita.
Jangan lagi ada kita nak sekat... jangan lagi ada borang hilang macam saya sebut pada taklimat presiden. Pegawai di pejabat saya yang agak mempunyai kelulusan baik, tinggi, seorang graduan hendak jadi anggota UMNO, tiga kali pohon, tiga kali borang hilang.
Jadi UMNO kehilangan dia, nasib baik dia masih sokong kita, hendak sokong UMNO. Cuba kalau puak sana pelawa dia, any time boleh masuk bukan sahaja kasi tempat, bahkan juga kasi jawatan. Itulah sebabnya kita kehilangan sebahagian daripada orang yang patut berjuang dalam UMNO kerana kita tidak bersikap terbuka kepada mereka. Betul ke tidak?
Sekarang kita tinggalkan itu. Bila Tan Sri Muhyuddin kata "buat fiil ni". Ini orang Johor punya sebutan sebagai kelakuan dan perangai yang tak baik kita buang. Sempena perlembagaan baru ni, kita buang. Kita nak pembaharuan. Pembaharuan bukan bersifat perlembagaan sahaja, ia bersifat dari segi budaya, sikap kita, jadi kita bersifat inklusif.
Kepada kaum ibu, kita beri kedudukan istimewa kepada Wanita. Wanita dapat perwakilan tambah seorang lagi di peringkat bahagian supaya Wanita menjadi nadi penggerak kepada parti.
Waktu pilihan raya, jentera utama kita ialah jentera Wanita. Pada mesyuarat cawangan, jika tak ada Wanita, tak cukup kuorum, betul tak? Jadi, jangan sampai masanya kita tak ada sikap sedemikian rupa. Selain daripada Wanita kita juga mesti jaga Pemuda.
Saya punya rakan sejawatan sewaktu menjadi Menteri Pertahanan ialah Menteri Pertahanan Afrika Selatan. Ejaan namanya L,E,K,O,T,E kalau salah sebut, ia jadi lain. 'Lekote' saya tak tahu nak sebut, kalau cara Melayu jadi lain. Tak apalah itu namanya, Tapi saya nak berkongsi dengan para perwakilan sebab saya lihat ada besar maknanya. Dia telah dipenjara di Robin Island, Cape Town bersama-sama Nelson Mandela.
Mandela dipenjara 27 tahun. Dia (Lekote) 14 tahun. Pada musim sejuk, terlalu sejuk dia kata. Bila mereka terpaksa berada di luar penjara, mereka buat dua bulatan. Satu bulatan luar dan satu bulatan dalam. Tapi yang menariknya, yang bulatan luar itu, siapa dia? Orang yang selama-lama duduk di luar bulatan, yang muda-muda ada di dalam bulatan kedua, kenapa?
Sebab kepada mereka yang berjuang atas nama perjuangan, yang penting ialah perjuangan. Jadi kalau orang muda boleh hidup lama maka selama mereka hidup, perjuangan dapat diteruskan.
Daripada merekalah, mereka korbankan diri. Lama-lama korbankan diri untuk menjamin kelangsungan perjuangan mereka itu, menentang aparteid.
Jadi inilah ukuran orang perjuangan. Ini orang yang mementingkan perjuangan. Dia memikir apa? Dia memikirkan kejayaan perjuangannya, bukan kedudukan dirinya.
Saya utamakan UMNO. Mana saya pernah sebut tentang maruah saya, kepentingan saya, walaupun saya dah lama saya nak lagi, nak lagi dan nak lagi - tak beri peluang kepada orang lain. Kita tidak jaga generasi yang baru. Inilah yang menyebabkan generasi baru jauh daripada kita.
Mereka jauh daripada kita bukan kerana mereka tidak mahu sokong UMNO tapi kita tak beri tempat pada mereka.
Inilah pemikiran baru kita yang mesti ada ada selepas perubahan perlembagaan ini. Bukannya pindaan perlembagaan (tetapi) fiil (perangai) sama macam dulu lagi.
Walaupun lebih susah lagi kerana 146,000 nak pilih kita. Bukan 2,500 yang kita boleh kenal, boleh hafal nama dia. Yang bertanding semua hafal nama dia, tahu nombor telefon dan tahu baju.
Kita nak ubah orang - manusia - memang susah. Manusia nak ubah manusia lain tak boleh, jadi kita buat satu sistem. Sistem ini lebih ketat dan lebih ketat sistem itu ia menjurus orang kepada perubahan.
Lambat-laun dia (manusia) akan menjadi orang yang baik, insya-Allah. Kalau dia mula daripada malaikat kepada syaitan dan syaitan kepada malaikat.
Sistem ini akan memaksa dia untuk buat sesuatu ikut peraturan. Jadi kita nak beritahu jangan sekali-kali cuba rosakkan, eksploitasi sistem yang baru ini, kita serius. Jangan! Minta maaf, kalau kita rosakkan, alamat kita semua akan tanggung akibatnya. Kita nak pastikan keterampilan, imej UMNO yang bersih, berintegriti yang disenangi rakyat. Ini perubahan kita.
Ini kerana, apabila rakyat hendak tengok UMNO, mereka tak tengok parti, mereka tengok parti ini betul-betul nak tolong kita. UMNO ini nak bantu kita, nak jadi juara rakyat, bukan bergaduh, berbalah semasa kita atau bukan nak dapatkan kontrak. Hulur borang coklat, "Datuk, mintak tolong tenyeh sikit."
Jumpa saya boleh, tapi kita mesti buat kerja, saya hendak UMNO jadi juara kepada rakyat, kita jadi parti juara kepada rakyat, tak payah nak cari formula sains roket (kompleks).
Ada banyak orang sebut pasal peruntukan. Hei, sebut peruntukan punya teruk, semua nak peruntukan. Saya tahu perlunya peruntukan, tapi saya nak beritahu, ada benda tak perlu peruntukan. Sebagai contoh, kalau kita berubah daripada sikap malas kepada rajin, perlu ke peruntukan? Perlu? (para perwakilan sahut tak perlu!) Tak perlu. Daripada sikap malas tiba-tiba jadi rajin, perlu ke peruntukan? Tak perlu!
Lepas itu, kalau ada orang jenis sombong atau orang sekarang sebut eksyen (berlagak) kemudiannya dia berubah kepada sikap rendah diri, jadi perlu ke peruntukan? Tak perlu. Kemudiannya dia (pemimpin UMNO) suka berdebat kepada suka bekerja, perlu ke peruntukan? Tidak perlu!
Kemudian, dia suka cari kesalahan orang, jenis orang ini orang lain tak betul, hanya dia seorang sahaja yang betul. Kalau dia ubah perangai itu, perlu ke peruntukan? Tak perlu juga.
Begitu juga dengan orang yang perangainya suka mencetuskan perselisihan. Mereka ini yang saya cakap batu ronson ni. Batu ronson ini ialah batu api, tukang kipas. Kalau dia tahu macam itu, perlu ke peruntukan? Kalau sikap menjauhi rakyat kepada mendekati rakyat, perlu peruntukan? Tak perlu, tak perlu.
Tapi kalau aktiviti UMNO, nak tambah aktiviti macam Timbalan Presiden, Muhyiddin (Tan Sri) kata, kita sanggup bagi peruntukan tambahan.
Aktiviti saya sebut, program. Tak boleh serah bulat-bulat. Bila diserah peruntukan, dikonyoknya. Tunggu masa nak pakai. Buatlah seperti program tambahan pengundi. Kita bagi di bawah Datuk Shafie, saya dah janji di Kampung Janda Baik.
Banyak saya janji di Kampung Janda Baik ini. Semangat janda yang baik ini. Kita bagi peruntukan, tapi buat kerjalah, pergi cari pengundi baru.
Kita gaduh, memang betul, parti lawan buat kerja tak senonoh. Memang betul seperti yang dikatakan oleh Datuk Zahid Hamidi tadi, memang betul. Tapi apa hal kita ni, apa hal UMNO ini?
Saya nak beritahu, pada tahun ini, tak buat kerja tambah pengundi pun. Ikut rekod kita, UMNO kaku tak bergerak tambah pengundi. Mulai hari ini, balik nanti pergi tambah pengundi, tambah ahli UMNO baru, supaya kita kuat.
Saya nak beritahu mengenai politik dalam demokrasi berparlimen. Ada dua perkara yang penting. Apa dia?
Satu, politik is a game of numbers (permainan nombor). Itu dia, iaitu bilangan. Kalau ada bilangan lebih, kita menang senang je. Masa saya mula-mula masuk politik dahulu, masa kita kuat, saya tak perlu fikir banyak-banyak pergi rasmi cawangan UMNO dan cukup, gerenti menang tapi sekarang tak boleh macam tu lagi.
Itulah sebab kita mesti ada program outreach. Setiap NGO dalam kawasan kita mesti sokong kita, setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mesti sokong kita. Mereka yang menentang kita, kalau kita dekatkan diri dengan mereka, silapsilap mereka sokong kita.
Namun, bukan semua menentang kita. Pas pun bukannya semua hitam legam. Walaupun ada hitam tapi boleh kikis. Kita berus, kikis hilang hitam itu atau hijau dan boleh jadi colour (warna) kita nanti. Sebab itu, dalam pertandingan, ada yang sokong kerana parti dan ada yang sokong kerana peribadi.
Maka, personaliti calon itu penting, kalau kadang-kadang kita letak calon atas nama parti tapi mereka tak suka parti, boleh jadi mereka tak undi kita. Tapi, kalau mereka suka calon, suka parti, mereka akan undi kita, kita menang. Sebab itu saya pilih Tan Sri Isa (Samad) di Bagan Pinang.
Saya kata, kalau nak diikutkan Tan Sri Isa dari segi kesalahan, kita dah hukum dia. Dalam sistem undang-undang negara, orang kena hukum dan cukup edahnya, kita tak boleh hukum sekali lagi, betul tak?
Malah, dalam undang-undang Islam pun, seseorang dah jalani hukum di dunia, akhirat dia terlepas. Jika Tan Sri Isa walaupun dia kena hukum, hilang jawatan, dia taat setia kepada parti.
Dia tidak merajuk. Hatta (mereka) daripada puak-puak sebelah sana (pembangkang) jangan cakap besar. Ada orang nak kena hukum hari ini pun, macam dia yang hebat sangat.
Yang ada dikenakan tindakan disiplin kewangan pun ada sebelah sana, baru masuk baru-baru ini. Dulu dia kena tindakan disiplin kerana politik wang. Dia terpaksa lepas jawatan. Sekarang ni, dia dah berada di sebelah sana.
Jangan cakap besar, yang penting sekali ialah kita mesti berlaku adil. Penting sekali kalau orang itu dah jalani hukum masih taat kepada parti, orang kawasan itu hendak dia, sebab itu saya pilih Tan Sri Isa sebagai calon di Bagan Pinang.
Kita kerja sebagai satu pasukan. Bila bahagian jalankan dengan baik, calon baik, perhubungan negeri baik iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan. Dia bekerja kuat juga dan jentera kita di bawah Muhyiddin bekerja kuat sehingga kita menang di Bagan Pinang.
Kita menang dengan majoriti berganda, 132 peratus iaitu lebih besar daripada pilihan raya umum pada tahun 2004.
Sebab itu semacam ada suntikan semangat seperti dalam dewan ini dan sebelum masuk ke dewan ini.
Cuba kita kalah di Bagan Pinang. Bagaimana rupa perwakilan agaknya? Mungkin monyok, muram, jalan pun satu macam saja, rasa nak marah saja nanti.
Tapi kita menang. Semua ceria sehinggalah perlembagaan diluluskan. Kalau kalah, nak lulus ke pindaan perlembagaan itu? Kalau lulus pun mungkin ada pindaan lain lagi.
Kita atur dah cantik. Itu sebab saya setuju, lepas semangat dari Kampung Janda Baik. Saya setuju kursus di kampung itu kerana meletakkan kita sama tarafnya. Kita campur semua menteri, bukan menteri supaya lebih kenal antara satu sama lain. Namun, mereka lebih kenal daripada apa yang patut, tapi tak apa. Kita nak semangat macam itu.
Dalam kursus itu, saya pun basuh pinggan, saya tak beritahu orang rumah saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tapi sekarang dia sudah tahu. Kita bersenam bersama. Bagaimanapun kita akan kembali semula di Kampung Janda Baik.
Tiap kali MT mesyuarat, kita nak laporan daripada pengerusi perhubungan sama ada buat kerja atau tak buat kerja. Jangan sedap jadi Pengerusi Perhubungan tapi tak buat kerja, kena buat kerja.
Kalau nak kekal - buat kerja. Jangan marah orang bawah tak buat kerja. Semua kena buat kerja, pengerusi perhubungan, pengerusi biro. Barulah parti kita ada kepimpinan dinamik dan segar. Orang di bawah pun naik semangat bila tengok kita buat kerja dan bila kita suruh mereka buat kerja, mereka akan kata: "OK Datuk, no problem".
Inilah bentuk semangat yang kita hendak. Tuan-tuan dan puan-puan, ini signifikan dengan perhimpunan kita.
Saya janji nak cerita (tentang) Datuk Sahak (Ishak Ismail) ini. Beliau kawan saya lebih 25 tahun. Datuk Sahak ini, orang yang boleh control dia, saya saja. Menteri Besar (Mohamad Hassan) pun tak boleh control dia. Sebab saya dah kawan lama.
Cuma, cerita Datuk Sahak ini (dalam perbahasan semalam) adalah untuk memberikan mesej. Tetapi dia olah cerita itu supaya dapat pada mesejnya itu. Tapi cerita yang dibuatnya itu kita kena tapis sedikit, bukan sikit, tapi banyak, ada yang betul ada yang bidaah.
Apa yang betulnya, saya tidur antara Sulaiman Taha dan arwah Jamaluddin Bakar. Kita panggil dia Jamaluddin JBL. Cita-cita dia nak jadi wakil rakyat tapi sampai sudah tak jadi wakil rakyat, dah kembali ke rahmatullah.
Sulaiman Taha dok ejek dia (Jamaluddin), you tak boleh jadi wakil rakyat sebab rambut you kerinting. Adakah rambut kerinting tak boleh jadi wakil rakyat?
Bila bunyi bom pukul 3.20 pagi, saya turun. Dia (Datuk Ishak) turut turun. Kemudian baru dia cerita kat saya, "tau tak apa yang saya buat bila bom meletup? Hak situ, saya pegang dulu," dia kata. Dia pegang dia punya, dia tak pegang saya punya.
Saya yakin saya punya tu, masih kekal dan kalau saya perlu check, saya takkan suruh Datuk Ishak check. Mampus saya tak suruh Datuk Ishak check. Dia check, entah apa dibuatnya nanti...
Tapi ceritanya, kalau nak jadi pemimpin, benda tu mesti ada pada kita. Maknanya pemimpin yang berani. Itu dia cerita dia.
Ha, itu cerita sebenarnya. Jadi orang kata to put the record straight (untuk memperbetulkan rekod). Nanti dalam rekod perhimpunan agung tahun ini, nanti terekod, terakam dalam itu, "dia check saya..." Saya khuatir tu.
Nanti orang kata, future generation (generasi masa depan) kata, eh macam mana ni? Saya bimbang, saya cukup takut. Jadi, to put the record straight ya, Datuk Sahak. Tak apa, you will always be my friend forever.
Jadi tuan-tuan dan puan-puan, semangat kita dah cukup kuat. Kita dah cukup kuat dah. Nampaknya semangat kita dah berkobar-kobar.
Saya nak tanya pada tuan-tuan dan puan-puan, apakah tuan-tuan bersedia untuk berubah? Apakah tuan-tuan dan puan-puan bersedia untuk bekerja? Apakah tuan-tuan akan mendekati rakyat? Apakah tuan-tuan bersedia menjadi parti yang kuat? Apakah tuan-tuan bersedia berkhidmat untuk rakyat?
Jadi kita sudah bersedia, semboyan telah bunyi. Marilah kita bingkas bersama-sama bangun, balik ke desa, kota, tebarkan UMNO, kuatkan semangat kita, berjuang habis-habisan. Insya-Allah UMNO akan jadi parti yang kuat, parti yang berjaya nanti, insya-Allah.
Hidup UMNO!
Hidup UMNO!
Hidup UMNO!
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1017&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm)
Tan Sri Muhyiddin Yassin: Bersedia tinggalkan fiil buruk
Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, semalam.
Alhamdulillah, pertama-tamanya marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izin kurnia-Nya, kita telah dapat melaksanakan Perhimpunan Agung UMNO pada tahun ini dengan sempurna dan teratur.
Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan hidayat-Nya, hati kita senantiasa setia dan beristiqamah untuk berada di landasan perjuangan untuk membela agama, bangsa dan tanah air.
Terlebih dahulu izinkan saya, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan parti untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada petugas dan sukarelawan parti yang telah pun bertungkus lumus untuk menjayakan Perhimpunan Agung UMNO kita pada tahun ini.
Khususnya terima kasih kepada Setiausaha Agung dan Setiausaha Kerja dan pegawai-pegawai kanan yang telah pun memberikan sumbangan yang amat besar ertinya bagi menjayakan perhimpunan penting kita pada kali ini.
Di awal ucapan ini, izinkan saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi syabas dan tahniah di atas ucapan dan amanat penting yang telah pun disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Presiden parti kita semalam. Satu ucapan yang amat bersejarah, mempunyai signifikannya yang istimewa untuk menentukan hala tuju parti kita dan harapan baru bagi UMNO, orang Melayu dan juga rakyat Malaysia. Tahniah dan syabas kita ucapkan kepada Presiden kita.
Tentunya ucapan itu bukan saja telah menyuntik semangat baru di sanubari kita sebagai perwakilan di sini. Tetapi lebih daripada itu ia telah pun memberikan kita suatu dorongan yang lebih kuat untuk sama-sama bekerja keras.
Untuk memikul suatu amanah dan tanggungjawab yang lebih besar. Untuk memastikan kelangsungan UMNO dan kedudukan UMNO sebagai teras kepada parti Barisan Nasional. Untuk mengekalkan kuasa di tanah air yang kita kasihi ini.
Perkataan yang saya lihat telah pun berkali-kali diungkapkan dalam perhimpunan ini ialah perubahan. Tentulah suatu perkara yang telah pun sama kita bicarakan kerana hampir semua perwakilan yang telah pun menyampaikan ucapan dalam perbahasan ucapan dasar tadi dan juga semalam. Mengupas tentang betapa pentingnya kita memikul tugas yang berat untuk berubah dalam suatu tempoh jangka masa yang cepat kerana masa tidak menyebelahi kita.
Tetapi kita tahu bahawa proses perubahan ataupun change yang biasa disebutkan oleh ramai juga tokoh-tokoh dunia, memakan masa dan perubahan yang penting itu biasanya terpaksa melalui masa sakit ataupun pain period.
Ini adalah sesuatu yang tidak dapat kita elakkan. Kerana kalau kita sudah menyedari hakikat bahawa apa yang dikehendaki oleh orang Melayu dan juga masyarakat Malaysia khususnya, yang dapat kita lihat selepas kita menghadapi keputusan Pilihan Raya Umum yang ke-12 lalu, maka pastinya kita juga sedar bahawa di hadapan kita adalah suatu perkara yang amat kritikal.
Proses perubahan yang diharapkan oleh orang Melayu dan rakyat yang mesti berlaku dalam satu tempoh yang seberapa cepat yang mungkin.
Daripada pernyataan yang telah pun disebutkan oleh ramai para perwakilan, kita telah pun menyatakan kesanggupan kita. Kita telah pun menyatakan kesediaan kita untuk berubah.
Kerana di dalam sanubari, kita sedar kalau kita tidak melakukan perkara ini dengan cepat dan pantas, masa tidak menyebelahi kita.
Oleh sebab itu, kemungkinannya kita tidak dapat dilihat sebagai sudah mula berubah. Soal siapakah yang akan menilai tentang apakah langkah-langkah dan tindakan yang hendak kita lakukan dalam proses perubahan ini, pemimpin yang ada di atas ataupun saudara-saudara yang menjadi ahli persidangan di sini.
Ataupun rakyat jelata yang merupakan satu kelompok yang terbanyak yang sentiasa memerhati akan apa yang telah pun kita lakukan.
Apa yang kita lakukan di masa yang lalu dan apa yang akan kita lakukan di masa yang akan datang?
Maka pastilah jawapan yang lebih tepat ialah orang Melayu dan rakyatlah yang akan menilai sejauh mana perubahan itu sudah pun berlaku.
Dan oleh sebab itu tentulah perkara yang harus kita berikan perhatian sekarang ialah untuk memulakan proses perubahan yang telah pun dengan lantang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Presiden parti kita semalam.
Beliau telah pun menggariskan dengan jelas tentang apakah perubahan dan pembaharuan ataupun transformasi yang dikehendaki dilakukan oleh kita. Bukan sahaja oleh pemimpin yang ada di atas, ataupun kita yang ada di perhimpunan ini. Tetapi rata-rata seluruh lebih tiga juta ahli UMNO yang ada di seluruh negara dan didokong bersama oleh pemimpin serta ahli-ahli komponen parti Barisan Nasional.
Maka oleh sebab itu, saya ingin menyatakan di sini bahawa di peringkat jawatankuasa pengurusan parti, saya telah pun diamanahkan untuk menerajui jawatankuasa ini.
Sejak dilantik sebagai Timbalan Presiden, kita telah pun kerap berbincang dalam pertemuan-pertemuan yang telah pun kita adakan. Baik dengan Jawatankuasa Pengurusan yang termasuk di dalamnya Pergerakan Pemuda, Wanita dan juga Puteri, ataupun di kalangan pimpinan di peringkat negeri. Khususnya pada waktu kita melakukan retreat (pemukiman) di Janda Baik.
Mungkin ramai di sini tidak mendapat - orang kata - merasakan apakah denyutan nadi yang dapat kita rasakan waktu berhimpun di Janda Baik itu.
Tetapi sebagaimana yang telah disebutkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Latihan dan sebagainya, kita akan menganjurkan kursus-kursus seterusnya untuk melibatkan sebahagian besar daripada pemimpin kita di semua peringkat dalam program untuk menambah baik perjuangan parti kita ini.
Maka dalam pertemuan-pertemuan itu, telah pun kita bersetuju supaya pelan tindakan untuk memperkukuhkan parti ini kita dapat laksanakan dalam satu tempoh yang cepat.
Dalam pertemuan yang telah pun kita adakan di Janda Baik, semua pimpinan di peringkat Perhubungan UMNO Negeri telah pun menggariskan inisiatif-inisiatif yang akan kita jalankan dengan seberapa cepat yang boleh.
Setiap negeri mempunyai perancangan, pelan tindakan yang akan disusun bukan sahaja di peringkat negeri tetapi yang tidak kurang penting ialah di peringkat bahagian yang mencakupi cawangan ataupun sayap-sayap pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO.
Saya ingin nyatakan di sini bahawa selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan parti, saya telah pun memberitahu kepada Yang Amat Berhormat Presiden parti, saya akan mengambil masa yang lebih untuk turun ke padang, untuk berjumpa dengan semua pemimpin UMNO yang ada di peringkat negeri dan juga di peringkat bahagian.
Perkara ini amat penting untuk melihat sejauh mana komitmen yang dijalankan mereka untuk menangani isu yang sudah dikenal pasti di setiap negeri.
Sasaran penting UMNO, tentunya bagaimana kita memastikan kawasan-kawasan di bawah kita, yang dimenangi UMNO selama ini atas mandat diberikan pengundi terus kekal dan kukuh dalam pilihan raya akan datang. Dan saya hendak ambil contoh Bagan Pinang.
Saya ucapkan terima kasih kepada semua pemimpin yang turun padang dan bertungkus-lumus memastikan kemenangan parti. Satu perkara, bagaimana usaha yang dilakukan ini mendapat kejayaan besar untuk mencipta satu kecemerlangan bagi meraih sokongan pengundi di Bagan Pinang.
Memang banyak faktor membantu kemenangan ini. Calon kita adalah calon terbaik yang diterima seluruh pengundi Melayu, Cina dan India. Ada peti-peti undi yang dulunya hitam legam warnanya dan kawasan ladang hitam legam bertukar warna menjadi putih melepak.
Daripada kalah menjadi menang. Hampir semua kita menang dengan cemerlang dan satu yang dapat saya pelajari di situ ialah hubungan persaudaraan. Ini penting untuk kita peringatkan waktu bila kita perlu menggerakkan program kita iaitu bila kesatuan dan perpaduan di kalangan ahli parti di peringkat bahagian, negeri serta komponen parti diperoleh untuk membantu kita mencapai kemenangan besar.
Mesej yang kita mahu sampaikan di sini, waktu rakan-rakan di atas berbincang di Janda Baik ialah waktu untuk kita memulakan langkah pertama inisiatif bagi memupuk perpaduan yang jitu di kalangan ahli kita di semua peringkat terutamanya pemimpin dan bahagian. Saya diberikan amanah untuk mengepalai hampir semua pilihan raya kecil.
Hari ini saya dapat pujian, tetapi yang kalah banyak juga sebelum ini. Kenyataan yang dapat saya sebutkan di sini antara faktor kekalahan adalah kerana tidak adanya semangat perpaduan dan kalau pun ada, terhad serta terbatas.
Faktor yang menyebabkan kita berjaya adalah disebabkan semangat persaudaraan ukhuwah kerjasama yang jitu dan kecemerlangan yang tidak kita duga.
Mesej yang hendak disebutkan ialah titik permulaan untuk perubahan yang kita sebutkan. Semangat perpaduan kita pupuk dan jalin untuk mendapatkan asas kukuh.
Perubahan tidak akan berlaku dalam keadaan berbalah, tidak akan tercerna kalau masih wujud dalam kalangan kita yang berpuak-puak dalam parti kita sendiri.
Proses kedua untuk berubah adalah perubahan daripada segi jiwa kita, yang digelar kesatuan minda (wahdatul fikr) dan kesatuan hati (wahdatul qalb). Ia seperti yang diperkatakan dalam empat rukun perubahan dan pembaharuan parti ketika dibahaskan dalam Perhimpunan Pemuda tiga hari lepas.
Ini memerlukan kita mempunyai kesanggupan untuk membawa kesedaran secara lebih dalam berdasarkan muhasabah kita sendiri.
Namun bersediakah untuk kita tinggalkan fiil kita yang buruk. Antara faktor yang agak merisaukan kepimpinan sekarang adalah gaya fiil-fiil yang lama yang mana masih mengongkong kita. Ini menyebabkan tiada kesediaan untuk melakukan pembaharuan dalam tempoh seberapa segera mungkin.
Sebenarnya susah mahu berubah, kerana sudah biasa bak kata orang "alah bisa tegal biasa". Kita sahut untuk berubah tapi bila pulang ke kawasan masing-masing, tiada berlaku sebarang perubahan atau lambat berlaku kerana tidak adanya sense of urgency. Atau kesediaan untuk menyegerakan perubahan selepas berada dalam sindrom selesa agak panjang.
Agak luar biasa apabila semua ahli parti sanggup berjuang untuk menyebarkan mesej kepada seluruh masyarakat. Tetapi apa yang penting adalah kesediaan untuk masing-masing melakukan perubahan dalam tempoh seberapa pantas yang mungkin.
Sebab itu pelan tindakan yang dilaksanakan semua peringkat akan diperhalusi. Dan aturkan gerak kerja daripada segi soal perubahan yang akan dilaksanakan seperti program-program mesra rakyat yang akan dilancarkan di semua peringkat. Supaya kita bersama-sama dapat memikul amanah untuk melaksanakan program yang berkesan. Biar rakyat dapat lihat sudah ada perubahan dan dinilai secara positif oleh rakyat.
Pimpinan tertinggi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menunjukkan beberapa langkah untuk mendampingi rakyat.
Ia bukan setakat meninjau tetapi mengambil langkah segera untuk perubahan dan pembaharuan yang mana kemudiannya dalam tempoh enam bulan, perlu ada tinjauan semula untuk dilakukan. Dan kesan daripadanya terdapat kesan positif kepada rakyat.
Touch point adalah perkara yang dikehendaki oleh masyarakat. Jika langkah-langkah ini dilakukan walaupun kecil tetapi bermakna bagi masyarakat. Kalau dapat dilakukan masyarakat akan dapat menilai kita.
Perdana Menteri telah menggariskan inisiatif-inisiatif yang perlu dilakukan di peringkat pemimpin atau peringkat negeri dan sayap-sayap yang ada. Saya harap November ini akan menjadi permulaan untuk kita mulakan perubahan.
Soal kesukarelawan makin pudar, tanggungjawab lebih besar, kita jadi lesu, peruntukan program tak dapat dilaksanakan dan dibangkitkan pula oleh perwakilan.
Menjadi pemimpin sifatnya agung
Syarat dipakai adat dijunjung
Negeri dijaga rakyat dilindung
Kasihnya panjang sayang bersambung
Kepada yang miskin tiada sombong
Kepada kaya tiada menyanjung
Dijadikan pemimpin sejahtera kampung
Bersama rakyatnya sekain tudung
Dijadikan tua membawa tuah
Hidup rukun rezeki melimpah
Dijadikan induk membawa berkah
Wibawanya besar tuah bertambah
Umatnya tidak mengenal susah
Inilah ungkapan pantun yang boleh kita berikan kepada Presiden parti. Saya ingin ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Hishammuddin, Pengerusi Jawatakuasa Perlembagaan yang saya tahu telah mengambil masa berbulan, kalau pun tidak berminggu. Berbulan untuk membentangkannya pada persidangan agung.
Dan saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada saudara yang telah meluluskannya sebulat suara tentang pindaan perlembagaan yang dicadangkan. Apa yang penting ialah langkah-langkah susulan yang akan diambil.
Datuk Seri Hishammuddin akan membawa ke Jawatankuasa Pengurusan dan kita akan teliti sebahagian daripada perakuan yang disebut dalam perhimpunan ini oleh beberapa perwakilan. Kita akan ambil kira.
Kita pastinya tahu bahawa keputusan yang terbaru ini mungkin proses pemilihannya akan datang, bila proses pemilihan itu akan ditetapkan oleh Majlis Tertinggi dan dipersetujui oleh Presiden parti. Kalau kita mahu menggunakan fasa-fasa yang lepas, ada 18 bulan lagi iaitu sebelum tempoh itu tamat. Selepas tamat iaitu waktu untuk laksanakan proses pemilihan seperti yang diperakukan ini, tentunya akan mengambil masa yang lama sikit.
Tetapi apa pun sebab daripada pekara yang kita putuskan dalam perhimpunan ini akan memberi implikasi daripada segi perubahan mesyuarat-mesyuarat bahagian kita akan datang.
Saya ingin sebutkan di sini juga ialah soal tentang apa yang telah pun disuarakan saudara-saudari iaitu usaha untuk memperkemaskan senarai keahlian dan sistem pendaftaran yang perlu kita lakukan. Apabila setiap daripada kita tidak lagi perlu membayar yuran lebih daripada sekali yang telah pun dibayar untuk menjadi ahli seumur hidup, maka soal yang penting ialah untuk kita simpan rekod.
Kerana apa yang boleh terjadi ialah jika ada ahli-ahli yang telah keluar dari kampung dan balik selepas lima tahun, dan pulang semula untuk bertanding dan melaporkan kepada ketua cawangan baru, mungkin rekodnya tidak ada. Ini boleh menyebabkan timbul kesulitan-kesulitan.
Saya telah pun memberitahu Presiden parti mungkin satu caranya ialah untuk kita membuka senarai pendaftaran dan pengesahan keahlian di peringkat cawangan pada tiap-tiap tahun. Walaupun tidak bayar yuran tetapi hendaklah disahkan supaya nama itu masih hidup di dalam senarai di peringkat cawangan. Dan cawangan akan mengetahui berapa bilangan ahli di peringkat cawangan masing-masing. Ini satu daripada perkara yang kita akan ambil kira dan saya fikir bukanlah sukar untuk dilaksanakan.
Saya rasa dengan sistem yang telah pun diputuskan dalam perhimpunan ini, maka bukan saja ahli kita atau sistem dalam UMNO akan menjadi lebih demokratik tetapi ia akan memberikan ruang dan peluang untuk kita melahirkan barisan kepimpinan yang lebih jitu.
Yang pergi menerusi satu proses penilaian yang agak lebih jauh daripada hanya pada perhimpunan agung. Kerana waktu ini dengan pindaan baru ahli-ahli di peringkat cawangan mempunyai hak untuk menentukan siapa pemimpin mereka.
Maka dengan proses penilaian ini saya yakin bahawa pemimpin yang akan terpilih menerusi sistem baru yang telah kita laksanakan nanti bukan setakat demokratik tetapi pemimpin yang lebih berwibawa.
Tuan Pengerusi Tetap, saya cuma ingin nyatakan satu lagi tentang perkara yang dibangkitkan mengenai soal Kementerian Pendidikan. Ada beberapa perkara yang telah disebutkan, bukan sahaja di sini tetapi di perhimpunan Puteri terutamanya.
Saya mahu menyatakan tentang cadangan kita untuk menerapkan pendidikan agama di kalangan anak-anak kita.
Sememangnya pendidikan agama ini kita tahu penting dan untuk memastikan perkara ini terlaksana, kementerian kita telah pun mewajibkan pendidikan agama kepada semua murid beragama Islam.
Di samping itu mana-mana institusi pendidikan yang mempunyai lima murid beragama Islam dimestikan untuk menawarkan mata pelajaran agama Islam. Bagi memantapkan lagi pendidikan Islam, strategi yang digunakan ialah melalui pemantapan kegiatan-kegiatan di sekolah. Seperti kursus dakwah kepimpinan pelajar, tadarus al-Quran dan solat bistari.
Di samping itu perkara yang juga menjadi fokus di peringkat Kementerian Pelajaran ialah untuk memperkasakan pendidikan agama. Iaitu melalui program j-QAF di sekolah-sekolah.
Mesyuarat penyelarasan di antara kementerian saya, Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini telah pun secara dasarnya bersetuju untuk memperluaskan program j-QAF di sekolah-sekolah. Dan menjadikan program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) sebagai sebahagian daripada program pendidikan Islam sepanjang hayat.
Kementerian Pelajaran juga menggalakkan sekolah agama rakyat mendaftar dengan pihak kementerian untuk membolehkan bantuan disalurkan ke sekolah-sekolah ini. Sehingga kini terdapat sebanyak 156 buah daripada 1,731 buah sekolah agama rakyat KAFA telah mendaftar dengan Kementerian Pelajaran.
Bagi tahun 2009, kerajaan telah pun membelanjakan sebanyak RM281.4 juta untuk sekolah agama bantuan kerajaan dan RM37 juta untuk sekolah agama rakyat atau menerusi program KAFA. Juga ada dicadangkan untuk pelajaran jawi, kerana sememangnya tulisan jawi merupakan satu elemen dalam mata pelajaran pendidikan Islam di sekolah rendah.
Waktu pembelajaran adalah dua waktu bagi tahun satu dan satu waktu bagi tahun dua hingga tahun enam. Bagi sekolah menengah tulisan jawi telah pun diterapkan oleh guru-guru ketika melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Setelah program j-QAF dilaksanakan pada 2005, kelas pemulihan jawi telah pun diperkenalkan bagi memulihkan murid-murid Islam yang tidak menguasai tulisan jawi. Mulai 2005 hingga kini, tulisan jawi telah disisipkan dalam akhbar Utusan Malaysia melalui usaha sama Kementerian Pelajaran Malaysia.
Saya akhirnya ingin sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada sidang perwakilan yang telah pun bersama-sama untuk beberapa hari ini membahaskan usul dan telah pun menyatakan satu komitmen baru untuk kita bekerja lebih keras. Dengan harapan itu, saya yakin UMNO akan terus hidup, pulih dan mampu untuk meneruskan wadah kita untuk membela nasib bangsa agama dan negara kita.
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1017&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm)
BLOGGERS tertua meninggal dunia
WAJAH bloggers tertua dunia, Amelia Lopez yang meninggal dunia pada usia 97 tahun.
ari ini merupakan hari jadi saya dan cucu saya yang terkenal dengan sifat kedekut menghadiahkan saya satu laman blog," demikian baris pertama ayat yang tertulis dalam blog orang tertua di dunia yang mempunyai laman blog sebelum ini, Amelia Lopez.
Beliau bagaimanapun meninggal dunia pada usai 97 tahun minggu lepas.
Kematian beliau telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka yang sering melayari blognya kerana terlalu banyak kisah dan pengalaman menarik yang dikongsi bersama mereka.
Lopez yang memiliki blog sejak dua tahun lepas sebelum ini merupakan seorang yang langsung tidak tahu menggunakan laman web namun bertukar kepada seorang yang terkenal di dunia siber kerana usianya.
"Apabila saya melihat cucu saya menggunakan Internet ia telah menarik perhatian saya.
"Saya bertanya kepada diri saya, apa bendanya ini? Dan kemudian saya memahami bahawa saya boleh mengetahui tentang apa saja melalui Internet. Sejak itu saya berazam untuk memilikinya," katanya dalam blog.
Dengan jumlah mereka yang telah melayari blognya mencecah 60,000 orang, blog tersebut dipenuhi dengan cerita tentang pengalaman hidupnya serta mereka yang berkomunikasi melalui laman sembang.
Laman blognya sebelum ini boleh dilayari pada alamat http://amis95.blogspot.com.
Laman ini telah menarik perhatian pembaca dari seluruh dunia serta memberi peluang untuk Lopez berhubung dengan generasi muda, sesuatu yang tidak pernah diimpikannya sebelum ini.
Kebanyakan kisahnya berkait dengan sejarah hidupnya yang panjang, yang bermula dengan baik sebelum bertukar menjadi sengsara akibat perang saudara yang berlaku di Sepanyol serta pemerintahan diktator yang panjang oleh Jeneral Francisco Franco.
"Tiada sesiapa yang mempedulikan tentang wanita tua dan tiada sesiapa yang sayang pada kami lagi.
"Namun saya amat terkejut kerana melalui Internet, remaja yang berumur 18, atau 14 tahun boleh berkongsi dengan saya tentang kehidupan mereka, apa yang mereka fikirkan serta meminta pandangan saya," katanya.
Jumlah pengguna Internet berusia 65 tahun kini semakin menurun dan hanya 2.7 peratus mereka berusia lebih 74 tahun pernah melayari Internet di Sepanyol. Bagaimanapun teknologi merupakan medium terbaik menghubungkan antara golongan tua dan muda.
"Saya merupakan seorang yang banyak cakap dan kini saya berasa sangat teruja kerana ramai yang menulis kepada saya," tulisnya di dalam blog.
Malah beliau sekali-sekala beliau akan menyatakan betapa cantiknya dirinya satu ketika dulu dan seolah-olah tidak menyedarinya. Namun kini rambutnya telah pun bertukar putih dan terpaksa berjalan dengan menggunakan tongkat.
"Lihatlah diri saya satu ketika dulu, dan kini lihatlah keadaan sebenar diri saya dan apa yang telah terjadi pada saya sekarang. Mata saya tidak lagi secantik dulu, bentuk badan saya malah semuanya.
"Umur telah menyebabkan saya menjadi begini, namun internet telah memberi nyawa baru kepada saya," kata Lopez
Atas kesungguhannya itu, Perdana Menteri Sepanyol Jose Luis Rodriguez Zapatero pernah menulis satu ucapan tahniah kepada Lopez atas usaha mengenai laman blognya dan turut menggesa agar warga emas lain turut mencontohi beliau.- Reuters
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1018&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_bb.htm)
Subscribe to:
Posts (Atom)