Saturday, January 16, 2010

YB Zulkifli Noordin :MAKIN KURANG AJAR!

MAKIN KURANG AJAR!
13 January 2010 Oleh Zulkifli Noordin pada 12:34 AM




( Sebuah Masjid yang dibom dan diruntuhkan oleh puak pengganas Serbia di Bosnia. Rayuan dan tangisan umat Islam Bosnia langsung tidak diambil peduli oleh dunia)


Salam 2 all.



1. Nampak gaya segelintir puak-puak Kristian ini tidak faham bahasa perdamaian. Dalam keadaan kita turut bersimpati dengan kejadian pembakaran beberapa buah gereja yang berlaku baru-baru ini, maka kita membuat keputusan untuk tidak membuat apa-apa komen berkenaan isu kalimah ALLAH bagi meredakan keadaan. Kita hulurkan bantuan, rakan taulan kita daripada NGO Islam turun padang membantu mengawal beberapa buah gereja.



2. Tapi kebaikan yang kita tunjuk dibalas dengan tuba. Kalau melihat tulisan-tulisan dalam dunia internet termasuk di media maya beberapa hari kebelakangan ini, kita dapati mereka bukan sahaja makin angkuh, tetapi membantai umat Islam dengan begitu teruk. Saya tidak mahu perturunkan apa yang ditulis mereka, kerana akan pasti umat Islam bertindak agresif. Tetapi saya berikan amaran kepada puak-puak ini, termasuk para liberalis dan penyembah agama human rightist ini supaya menjaga sikit adab dan menghormati kesabaran umat Islam. Janganlah mengambil kesempatan daripada sikap bertolak ansur yang ditunjukkan oleh umat Islam. Dan jangan terlalu kurang ajar sampai memaksa umat Islam mengambil tindakan tegas!



3. Saya tidak lupa dengan apa yang dilakukan oleh Yahudi dan Barat di Amerika. Kononnya atas alasan membalas serangan 11 Sept 2001 yang kononnya dibuat oleh "teroris Islam", maka segala pembantaian terhadap umat Islam dan agama Islam menjadi halal. Sedangkan hakikatnya dunia mula mempersoalkan kemungkinan besar mereka sendiri yang meletupkan Menara WTC tersebut sebagai prelude untuk menghalalkan tindakan mereka terhadap Islam.



4. Saya lihat seolah-olah trend dan modus operandi yang sama sedang berlaku di negara kita. Kononnya atas alasan ada beberapa pembakaran dilakukan atas beberapa buah gereja (yang sampai hari ini kita pun tidak tahu siapa yang sebenarnya melakukannya), namun itu dijadikan alasan dan sandaran untuk membantai dan menghentam Islam akhir-akhir ini.



5. Kes terbaru yang disebut semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagaimana seorang lagi Kristian memfailkan permohonan mencabar hak untuk dia membawa CD daripada Indonesia yang jelas menghina nama ALLAH dari kacamata seorang Muslim yang tinggal di Malaysia. Kali ini mereka menuntut hak membawa masuk bahan-bahan Kristian tulisan Melayu daripada negara jiran kita Indonesia, negara yang hari ini umat Islam nya pun ada yang dah terkeliru (lihat berita yang dilampir dibawah).



6. Selepas ini apakah mereka akan menuntut sebagaimana yang dituntut di Indonesia, supaya umat Islam tidak lagi membaca atau mengaji ayat-ayat yang menceritakan tentang kesyirikan, kekufuran dan kesesatan Yahudi dan Kristian, kerana kononnya demi menjaga keharmonian kaum dan perpaduan rakyat. Ayat-ayat tersbut kononnya mengguris perasaan penganut Kristian dan Yahudi.

7. Daripada gelagat dan tindak-tanduk mereka hari ini, saya tidak hairan suatu hari nanti mereka akan mendesak perkara yang sama di Malaysia. Kalau perkataan ALLAH pun ada Melayu bersedia nak "jual", inikan pulak demi perpaduan dan keharmonian kaum,.

8. Maka akan ada dikalangan kita nanti yang akan menjadi jaguh kampung menari-nari gendang yang dimainkan oleh segelintir puak-puak Kristian ini. Berhati-hatilah umat Islam, walaupun kita, dan saya sendiri bersimpati dengan insiden pembakaran beberapa gereja baru-baru ini, tapi jangan sampai kita terkeliru dengan isu sebenarnya, iaitu penyalahgunaan kalimah ALLAH yang perlu kita pertahankan. Janganlah sampai nama ALLAH pun tergadai dek kerana mainan politik kita yang tak ada penghujungnya.



Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
27 Muharram 1431
13 Januari 2010

####################################################

MALAYSIAN INSIDER
13 Januari 2010

Another ‘Allah’ court battle looms
By Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, Jan 12 — The High Court here fixed March 15 for the mention of an application by a Melanau woman to challenge the Home Ministry’s decision in confiscating eight compact discs of Christian religious teachings containing the word “Allah”. The date was fixed by deputy registrar Nik Mohd Fadli Nik Azlan, setting the stage for another court battle over the word “Allah”. The country has been gripped by a raging debate over the word since the High Court ruled on December 31 that the Catholic weekly Herald’s Bahasa Malaysia edition had a constitutional right to use the word “Allah” in its Christian sense. The ruling sparked protests from Muslim groups and has been linked to a series of firebombing and arson attacks against at least eight churches in the past few days. In the latest case, the applicant has claimed that the compact discs which were confiscated was for her own personal use. The said publications were in audio visual form and had the words “Allah” printed on them. Jill Ireland Lawrence Bill, 27, was granted leave on May 4 last year to initiate the judicial review proceedings against the ministry and the government, as respondents. She wants an order of certiorari to quash the ministry’s decision to confiscate the CDs, an order of mandamus to direct the ministry to return the CDs to her and a declaration that she has the legitimate expectation to exercise her right to possess, use and import publications containing the word “Allah”. On May 11 last year, the ministry seized the CDs under Section 9 (1) of the Printing Presses And Publications Act 1984 when Ireland, a clerk, disembarked at the Low Cost Carrier Terminal (LCCT) in Sepang. The CDs containing titles including “Cara Menggunakan Kunci Kerajaan Allah, Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah and Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah” were brought in from Indonesia. Ireland, a Sarawakian native of the Christian faith, claimed that she used the word “Allah” in her prayers, worship and religious education. She claimed that she received a letter dated July 7 last year from the ministry outlining the reasons for the confiscation, including that it was a threat to security, that it used prohibited words and that it was a breach of Jakim guidelines

(sumber;http://zul4kulim.blogspot.com/2010/01/makin-kurang-ajar.html)

No comments: