Saturday, January 23, 2010
SULTAN JOHOR MANGKAT - AL FATIHAH!
Saturday, January 23, 2010
SULTAN JOHOR MANGKAT - AL FATIHAH!
DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi yang mangkat senja hari ini merupakan seorang Raja yang amat disayangi dan berjiwa rakyat. Baginda berumur 77 tahun pada 8 April lepas.
Akhbar The Star menyifatkan baginda sebagai ‘Raja Yang Menginspirasi’.
Baginda naik takhta sebagai Sultan Johor apabila ayahanda baginda Almarhum Tuanku Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim mangkat pada 10 Mei 1981. Baginda menjadi Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong VIII antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989. Semasa menduduki tahkta Kerajaan Persekutuan, baginda menunjukan keperihatin terhadap rakyat, terutama anggota pasukan keselematan. Baginda telah beberapa kali mencemar duli semasa perayaan Hari Raya Aidil Fitri melawat anggota pasukan keselematan diperbatasan dan sempadan. Ini termasuk terbang keatas kapal TLDM yang sedang membuat rondaan dilaut.
Sultan Iskandar semasa melawat LIMA
Baginda juga mendermakan keseluruhan elauns sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sepanjang menduduki takhta kepada sebuah NGO, Yayasan Iskandar. Dana ini digunakan sebagai membantu pembiayaan pelajar mereka yang kurang berkemampuan.
Sultan Iskandar sebagai Kolonel Kehormat GGK
Baginda juga merupakan Kolonel Kehormat Rejimen Grup Gerak Khas dan menunjukan minat dalam aktiviti sukan.
Sebagai seorang ketua keluarga, baginda adalah seorang ayahnada dan nenda yang amat penyayang. Baginda menentukan cucunda baginda, Tunku Ismail Ibrahim Ibni Tunku Ibrahim Ismail agar dilatih sebagai pegawai kadet di Dehradum, India dan menyoroti perkembangan cucunda tersebut dengan rapat. Baginda juga minat kepada irama keroncong.
Sultan Iskandar semasa merasmikan WPI
Baginda membelakangkan protokol dan membuat kenyataan politik semasa upacara merasmikan Wilayah Pembangunan Iskandar di Danga Bay pada November 2006 apabila menitahkan agar Kerajaan tidak mempercayai orang asing terutama ‘orang putih’ dan mencadangkan wilayah itu dinamakan Wilayah Pembangunan Rahman Andak berbanding dengan nama baginda kerana menghargai pengorbanan Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor itu. Baginda juga menitahkan agar Tambak Johor dirobohkan, “Biar air lalu”, berbanding dengan keputusan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan agar projek Jambatan Bengkok dibatalkan pada bulan Mac 2006.
Semasa perasmian Dewan Undangan Negeri Johor ke XII pada tahun 2009, baginda menitahkan akan mengunakan saluran perundangan untuk mengambil kembali Pulau Batu Putih yang telah diputuskan oleh Mahkamah Antarabangsa menjadi milik Singapura. Baginda juga bertegas agar cadangan untuk ‘Jambatan Ke III’ tidak diadakan.
Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat keatas roh baginda.
Hasil Nukilan Big Dog!
Saya House PK ingin mengucapkan Takziah kepada semua rakyat Johor kerana telah kehilangan Tuanku yang sangat mulia jiwanya! Namun di kala rakyat negeri Johor kesdihan ada juga blogger PAS yang kurang ajar dan tidak beradap telah menyiarkan posting yang menghina Almarhum DYMM:
http://adukataruna.blogspot.com/2010/01/dah-mampos-buat-cara-mampos-la.html
Klik gambar untuk imej yang lebih jelas. Klik sini untuk ke blog syaitan peliharaan PAS ini, inikah di ajar oleh N.ajis? Saya harap Menteri KDN ambil tindakan ke atas perkara ini, sudah-sudahlah menjadi pengecut selama ni! Klik sini untuk cerita lanjut...
Ada lagi berita pasal blogger kurang ajar yang maka bapak dia terlupa nak ajar tu kat sini dan sini
Aku harap esok kita ramai-ramai buat laporan polis!
Posted by House PK at 2:07 AM
Labels: almarhum tuanku sultan johor
(sumber;http://parpukari.blogspot.com/2010/01/sultan-johor-mangkat-al-fatihah.html)
zmsegamat kata: ada juga "manusia" begini "adukataruna.blogspot.com"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment