Friday, January 8, 2010

MELAYU BERPECAH PUNCA GEREJA CABUL KESUCIAN ISLAM ?


Friday, January 8, 2010

MELAYU BERPECAH PUNCA GEREJA CABUL KESUCIAN ISLAM ?
Oleh SYED ALI ALHABSHEE

SEMUANYA berpunca daripada keputusan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Hakim Bee Lan membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguan gereja Katolik, Herald-The Catholic Weekly.

Sebelum ini, isu akhbar berkenaan pernah menjadi perbahasan panas di Dewan Negara dan kerjaaan difahamkan pernah menggantung permit penerbitannya.

Akibat daripada keputusan penghakiman tersebut yang dibuat berdasarkan Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, telah membangkitkan api kemarahan umat Islam kerana kesucian agama mereka telah dicabuli.

Seluruh umat Melayu di setiap setiap pelusuk negeri bangkit dengan satu nada, mereka bersatu kerana kemuliaan Islam telah dinodai dan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama telah diperlekehkan.

Bagaimanapun, rakyat khususnya umat Melayu di negara ini tetap mempertahankan Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa Raja atau Sultan di setiap negeri adalah ketua agama Islam.

Walaupun keputusan Mahkamah Tinggi itu barangkali akan berubah setelah kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuannya, tetapi kemarahan orang Melayu tidak akan mudah padam.

Dengan berselindung di sebalik proses penghakiman, maka keputusan itu dilihat tidak menyalahi aspek perundangan, tetapi jika dikembalikan kepada sudut syariah, maka secara nyata ianya menyentuh kepada aqidah dan sensitiviti umat Islam.

Di sinilah, jiwa dan perasaan umat Islam seperti dihiris oleh keputusan tersebut ketika Ketua Biskop Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam meraikan ‘kemenangannya’.

Keputusan tersebut bagaimana pun tetap memperlihatkan seperti ada agenda tertentu oleh pihak gereja Kristian keatas umat Islam di negara ini.

Kita tidak tahu dan tidak pernah berpeluang untuk tahu apakah sebenarnya doktrin Kristian khususnya gereja Katolik begitu beria-ia mahu menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan akhbar mingguannya.

Hakikat kalimah ‘Allah’ membabitkan soal aqidah dan tauhid kepada umat Islam, manakala istilah God jika diterjemahkan akan membawa maksud Tuhan. Antara Allah dan Tuhan ada perbezaannya.

Dalam keadaan terluka dan terhina akibat keputusan Mahkamah Tinggi itu, umat Melayu perlu bermuhasabah diri; kenapa ianya berlaku dan diperlakukan sekarang?

Secara rasionalnya, pihak bukan Islam mengambil kesempatan ini kerana melihat rata-rata umat Islam di negara ini telah berpecah kepada beberapa kumpulan kecil kerana berpegang kepada idealisma politik sempit.

Umat Islam dipecah-belahkan oleh pemimpin Islam sendiri yang dirasuk oleh kepentingan kuasa politik. Mereka bertopengkan agama untuk memuaskan hawa nafsu politik.

Inilah penyebab yang membawa kepada perpecahan umat Melayu atas nama agama Islam. Masing-masing taksub dengan anutan politik sehingga sukar untuk diperbetulkan.

Melayu menjadi tidak berdaya untuk bangkit kerana pergeseran yang dicetuskan oleh pemimpin mereka sendiri.

Melayu menjadi longlai dan lemah kerana sentiasa seronok dengan kumpulan masing-masing yang menghabiskan masa untuk berpolitik dan dipolitikkan.

Justeru itu, tidak perlu lagi untuk kita mengimbas kejadian pahit peristiwa 13 Mei 1969 mahupun isu Natrah apabila membicarakan pergeseran kaum dan agama.

Kita mungkin sekadar boleh jadikan teladan betapa umat Islam dihina sebegitu rupa dalam isu Natrah (Nadra@Hurbedina Maria Hertogh) apabila kemenangan berpihak kepada Kristian sehingga berlaku rusuhan menyebabkan 18 nyawa orang Islam terbunuh pada 12 Disember 1950 di Singapura.

Justeru itu, kita di Malaysia tetap berasa kecewa dan sedih apabila PAS, kononnya sebuah parti politik yang melaungkan konsep kerajaan Islam langsung tidak berminat untuk ‘berdamai’ dengan UMNO (parti pemerintah yang memperjuangkan kepentingan Melayu) atas nama persaudaraan Islam.

Pemimpin PAS dengan rasa angkuh dan takburnya menolak cadangan kerajaan perpaduan sambil mengkafirkan ahli-ahli UMNO, tetapi dalam masa yang sama menghalalkan cara untuk bersubahat dengan DAP, yang secara terbuka menentang keras kerajaan Islam.

PAS juga tergamak melacurkan maruahnya semata-mata untuk bersubahat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang langsung tidak bertunjangkan kepada prinsip Islam.

Inilah adalah sekadar contoh jelas betapa sikap buruk dan hipokrit pemimpin politik Islam yang hanya memperkudakan agama untuk kepentingan politik mereka.

Soal bukan Islam semakin biadab, kurang ajar dan prejudis kepada orang Melayu (Islam) di negara ini bukan lagi perkara baru, malah semakin ketara dan akan terus berlaku selagi orang Melayu masih berpecah-belah dan bersengketa sesama sendiri.

Ini semua berpunca kerana umat Islam sendiri yang sengaja membuka ruang kepada musuh Islam dengan enggan kembali berpegang kepada tali Allah yang mengingatkan ’supaya jangan bercerai-berai’.

Maka kesempatan itulah dipergunakan sebaik mungkin oleh bukan Islam, termasuk pihak gereja untuk mengaibkan maruah umat Islam dengan penggunaan kalimah ‘Allah’.

Kesimpulannya, walaupun kita boleh menyalahkan pihak gereja yang sengaja mencabuli dan mencerca kesucian agama Islam di negara ini, tetapi dalam masa yang sama kita juga sepatutnya menoleh ke belakang, melihat apakah kita sudah benar-benar bersatu atas nama ketuanan Melayu dan saudara seagama ?

Inilah yang perlu diberikan keutamaan dalam perjuangan politik, kerana sebelum musuh Islam meruntuhkan agama Islam, maka mereka terlebih dahulu akan menghancurkan kekuatan orang Melayu.

Barangkali inilah juga agenda tersirat disebalik penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katolik di Malaysia!

Posted by syed ali alhabshee at 3:31 PM

(sumber;http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2010/01/melayu-berpecah-punca-gereja-cabul.html)

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, ingin dinyatakan di sini, kawan agak keliru dengan insiden ni yang mana kekadang ada pihak sengaja merancang untuk mengambil kesempatan politik dengan isu ini dan selepas itu tuduh UMNO punya angkara.......

Kawan bukan hendak menuduh mana-mana pihak....

Tetapi, semua sudah maklum, di negeri Sarawak akan menghadapi P/Raya Negeri dalam tahun ini, memandangkan kebanyakan masyarakatnya menganut agama Kristian dan lain-lain agama.

Golongan ini menyedari masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sarawak sudah mula kurang yakin dengan perjuangan mereka, adalah tidak mustahil isu kalimah 'Allah' dan diekori pembakaran gereja sengaja dirancang untuk menaikkan rasa benci penganut-penganut bukan Islam kepada Kerajaan BN.........

Semua pihak perlu berhati-hati disebalik agenda jahat dan licik 'pemikir yahudi' ini.....

Anonymous said...

salam,

Melayu berpecah bukan la angkara gereja atau mana2 kuil sekali pun.. Melayu itu punca sendirinya berpecah.. Ingat isu yg hangat diperkatakan skrg bukanlah Isu Agama malah Isu ini dlm ertikata yg jelas dan tepat adalah isu Kepentingan ahli politik yg kemaruk untuk gelaran PM.. jgn salahkan anjing2 suruhannya salahkan Dirinya sebagai Tuan kpd anjing2 tersebut..

Musuh Melayu adalah Melayu itu sendiri..