Friday, January 1, 2010
rbf: CATATAN SEDIH KU DI TAHUN BARU
Friday, January 1, 2010
CATATAN SEDIH KU DI TAHUN BARU
Aku masih tidak boleh tidur sampai sekarang, walaupun sejak jam 10 malam tadi lagi aku berada di atas katil. Badanku memang penat hari ini,kepala ku berat, tapi aku tetap tidak lena. Lantas aku terus bangun untuk mencoretkan kisah sedihku ini.
Selama ini, setiap kali malam tahun baru menjelma,aku pasti akan membawa anak-anakku untuk melihat pertunjukan bunga api.
Tetapi pada malam ini walaupun anak-anakku merengek-rengek meminta untuk melihat pertunjukan bunga api, aku menolak. Rayuan demi rayuan mereka aku tolak.
Lantas aku memanggil ketiga-tiga anakku sambil mengusap kepala mereka aku memberitahu, "abah sayang anak-anak abah semua, abah tak pernah tolak permintaan kamu semua, tapi malam ini abah harap kamu semua tidak sedih dengan abah. Abah ada tugas lain yang lebih penting lagi". "Tugas apa abah, abah duduk rilek ja,mana ada tugas" soal anak perempuanku yang berusia lapan tahun.
Lantas aku menjawab "tugas seorang ayah dan tugas seorang Islam". Mereka semua kebingungan. Lalu aku berkata, "beginilah anak-anak abah sekalian, kamu semua masih kecil,kamu semua masih tidak faham, tugas sebagai seorang ayah,bukan sekadar bagi makan anak-anak, bagi baju sekolah anak-anak dan bagi duit sekolah. Banyak tugas abah yang lain, termasuklah mewarisi negara ini kepada kamu semua dan anak-anak kamu yang akan datang dalam keadaan sebagaimana atok dan nenek mewarisi kepada abah,sampai masanya nanti kamu semua akan faham" Terlalu sukar untuk menerangkan kepada mereka.
Lalu mereka meninggalkan aku keseorangan diatas katil setelah diminta oleh aku. Aku cuba melelapkan mata, pusing kiri tak boleh lelap, pusing kanan tak boleh lelap. Sekejap panas,sekejap sejuk. Baru nak terlelap ,tiba-tiba terngiang-ngiang di telinga mendengar apa yang hakim Mahkamah Tinggi KL cakap petang tadi, iaitu, perkataan Allah bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja. Mataku segar kembali,kepala pening.
Aku cuba untuk melelapkan mata lagi. Baru nak lelap tiba-tiba aku terbayang pula wajah paderi itu yang berdiri tersengih bangga depan pintu mahkamah, sambil menunjukan bible versi arab. Mataku cerah kembali,kepalaku pening balik.
Bila nak terlelap balik,terbayang pula wajah khalid samad yang celaka itu. Kenapalah manusia macam ini pun masih ada lagi. Kalau aku dapat dia,memang aku akan bagi penerajang pada dia.
Ternyata keputusan mahkamah petang tadi telah memberi mimpi ngeri padaku. Ianya betul-betul menghuru-harakan hidupku hari ini dan mungkin juga hari-hari yang akan datang.
Fikiran aku jadi betul-betul tak tenteram. Hati aku berkata, kita telah dijajah kembali. Dijajah cara moden. Dijajah cara moden inilah yang susah. Jika dijajah sebagaimana jepun atau british dulu senang. Kita boleh angkat senjata dan lawan. Dijajah cara begini susah,angkat keyboard komputer pun salah, silap-silap kita pula yang ke dalam dulu. Tapi nak buat macam mana,kedalam pun ke dalam lah. Kalau kita tak buat ,siapa lagi yang nak buat. Berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian. Biar kita susah sekarang, jangan kita susah di masa depan.
Sesekali otak ku berfikir , mereka datang tempat kita, mereka diberi itu, diberi ini ,diberi segala-galanya. Sekarang mereka sudah lebih-lebih pula. Ibarat seorang pembantu rumah di rumah kita. Mereka datang bekerja untuk kita , tetapi kita tidak melayan mereka sebagai pekerja,kita layan mereka sebagai ahli keluarga. Makan bersama,pergi kemana-mana pun kita bawa bersama,kita jaga dia sebaik mungkin sebagai ahli keluarga. Satu hari si pembantu rumah tersebut cabar isteri kita, dan dia nak tidur bersama kita dalam bilik kita. Apa perasaan isteri kita ? Melampau !
Keputusan mahkamah hari ini,benar-benar mengajar kita erti perpaduan umat. Semua umat Islam di Malaysia harus bersatu dan lupakan perbezaan politik. Jika ini berlaku tiada lagi ruang untuk umat Islam dipermain-mainkan. Kita berkuasa penuh terhadap negara ini. Jangan sampai Allah turunkan bala seperti Acheh baru kita nak bersatu.
Mungkin akan ada orang yang akan berkata, "ah,pergilah rbf,macamana nak bersatu kalau hang pun setiap hari hentam pas". Ya betul, saya setuju. Tapi sejahat mana pun kita orang Islam,setakat mulut saja,sekadar untuk melepaskan geram dihati. Satu hari pasti ada titik pertemuan. Nak bergaduh setakat mana sangat. Satu hari nanti,kau mati aku usung jenazah kau dan aku mati kau usung jenazah aku pula. Sejahat mana pun orang itu, sebenci mana sekali pun kita padanya, bila dia mati dan kita terima berita, tetap kita akan melawat,tak kira melawat jenazahnya di rumah atau melawat kuburnya. Paling kurang pun satu ayat Al-Fatihah kita akan sedekahkan kepadanya. Itulah dia orang-orang Islam. Tapi, janganlah sampai nak tunggu mati baru nak bersatu, mana ada nikmat. Semasa hidup inilah kita harus bersatu.
Soal penyatuan umat Islam ini kita tidak boleh tunggu lama-lama lagi. Ianya perlu diselesaikan segera. Jika tidak, banyak lagi perkara-perkara pelik lain yang akan berlaku. Musuh-musuh memang menunggu masa untuk mengambil kesempatan. Mereka nampak tenang,mereka nampak baik, tapi dalam diam-diam mereka ngap. Air yang tenang ,jangan disangka tiada buaya.
Soal nak bersatu ini bukan susah sangat pun. Semudah ABC sahaja. Formulanya hanya begini, UMNO buang ego, PAS buang ego, saling bermaafan, lupa yang lama, buka yang baru, selesai masalah, rakyat hidup suka.
Posted by ruang bicara faisal at 2:21 AM
(sumber:http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2010/01/catatan-sedih-ku-di-tahun-baru.html)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment