Sunday, January 31, 2010

CAUVINIS CINA dan berfikiran KOMUNIS

CAUVINIS CINA dan berfikiran KOMUNIS
Written by mykmujohor

Melayu mudah di TIPU dengan aksi PELUK PELUK macam ni dah LONGLAI

BORHAN Namat bersama isterinya, Che Nolia Hashim begitu sedih melihat gerai buah-buahan mereka yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu di Permatang Pauh dirobohkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, semalam.(gambar Mingguan Malaysia 31.01.2010)

Penang hari ini menyaksikan bagaimana para peniaga Melayu ditekan dengan maha dahsyat. Gerai-gerai milik peniaga Melayu di persisiran kawasan pelancongan utama di Feringgi dirobohkan tanpa rasa belas kasihan sedangkan gerai-gerai perniagaan milik kaum Cina mekar bak cendawan tumbuh.

Mengapa ada "double standard" begini? Mengapa seperti ada perancangan tersusun untuk menyingkirkan saki baki para peniaga Melayu di kawasan pulau di Penang?

Bukan pihak mykmujohor yang menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai CAUVINIS, tetapi kepimpinan PKR sendiri seperti Bekas Ketua Perhubungan Negeri PKR , saudara Zahrain sendiri seperti dilapor Utusan mencemuh Lim Guan Eng sebagai Cauvinis Cina , Diktator dan pentingkan diri sendiri!

Ia juga disokong oleh seoarang lagi pemimpin PKR yang juga Ahli Parlimen KUlim BAndar Baharu, saudara Zul.

Apa yang terjadi ini semestinya menjadi pengajaran kepada Melayu-Melayu diluar sana supaya jangan terikutikut dengan sentimen menyokong Anwar dan Nik Aziz ,dan sanggup menggadaikan undi mereka mengundi DAP kononnya percaya bahawa Anwar dan Nik Aziz mampu membawa suara Melayu dikemudian hari.

Apa yang berlaku menunjukkan , DAP tidak dapat dikawal oleh rakan-rakan Melayu mereka di dalam PKR dan PAs sepertimana MCA dan Gerakan serta MIC dan PPP yang hormat akan UMNO di dalam Barisan Nasional.

Percayalah UMNO walaupun dengan segala kekurangan yang terpalit kepadanya dewasa ini, masih merupakan parti keramat orang Melayu dan wajar terus diperkasakan menjadi kuat.

UMNO yang kuat pastinya mampu membawa suara Melayu di dalam Kerajaan.

Di bawah adalah petikan Utusan mengenai LIm GUan Eng dari kaca mata Bekas Pengerusi PKR Penang yang masih lagi menjadi ahli PKR dan PR.

Guan Eng seorang diktator - Zahrain

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 29 Jan. - Krisis pakatan pembangkang semakin serius dan merebak ke Pulau Pinang apabila Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim secara keras menyerang Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Menggambarkan Guan Eng sebagai 'diktator, cauvinis dan berfikiran komunis' Zahrain yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, pakatan pembangkang perlu menghentikan sebarang tolak ansur dengan pemimpin itu setelah dia gagal menunaikan janji-janji pilihan raya umum lalu.

Menegaskan bahawa beliau tidak menyerang DAP, Zahrain menyatakan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP akan menjadi liabiliti kepada pakatan pembangkang sekiranya masih mengekalkan rentak pentadbiran yang diamalkan sekarang.

"Guan Eng tidak suka dikritik. Dia akan segera melabelkan mereka yang mengkritik itu sebagai ejen Barisan Nasional (BN).

"Malah rakan-rakannya dalam DAP juga tidak boleh membantah apabila beliau mengeluarkan pendapatnya," katanya seperti dipetik oleh akhbar The Star, semalam.

Kata Zahrain, antara janji-janji pilihan raya yang masih belum ditunaikan adalah pengenalan pilihan raya ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sistem tender terbuka.

"Guan Eng mungkin berat hati untuk mengadakan pilihan raya ahli majlis PBT itu kerana ia akan mengurangkan kuasanya apabila rakyat Pulau Pinang boleh menggunakannya sebagai mekanisme untuk menilai prestasi kerajaan negeri.

"Beliau juga berjanji untuk melaksanakan sistem tender terbuka, tetapi telah membuat proses itu semakin teruk apabila dia sendiri yang mempengerusikan lembaga tender," katanya yang mengakui proses semak dan imbang semasa era BN lebih baik.

Tambah Zahrain, setiap kali beliau mengkritik cara pentadbiran Ketua Menteri yang disifatkan seperti seorang diktator, beliau dituduh menjadi ejen UMNO.

"Saya sudah pasti bukan ejen UMNO. Saya cuma tidak mahu melihat pakatan pembangkang bergerak melawan janji-janji yang dibuatnya sebelum ini.

"Adalah amat memalukan bagi pakatan pembangkang apabila projek-projek dianugerahkan berdasarkan kepada asas siapa kenal siapa," katanya.

Beliau berkata, Guan Eng sebenarnya tidak sesuai menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang memandangkan beliau bukan orang tempatan dan tidak memahami sentimen masyarakat setempat.

"Beliau juga gagal membawa masuk pelaburan asing meskipun telah melawat ke seluruh dunia untuk menarik pelaburan.

"Pengundi sedang memerhati. Orang Pulau Pinang amat teliti mengenai perkembangan ekonomi," katanya.

Zahrain juga mempersoalkan kewajaran sebahagian ucapan Guan Eng semasa konvensyen pakatan yang dibuat dalam bahasa Mandarin.

"Sebagai pemimpin dalam pakatan pembangkang, beliau sepatutnya menghormati ahlinya yang pelbagai kaum dan berucap dalam bahasa yang difahami oleh semua," katanya.

Serangan Zahrain menyusul selepas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin tidak sependapat dengan parti dalam isu kalimah Allah.

Kontroversi itu turut melibatkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad apabila Zulkifli membuat laporan polis ke atas pemimpin Pas terbabit.

Malah ahli PKR itu turut mencabar sebarang tindakan lembaga disiplin parti tersebut yang ah menaikkan kemarahan Ketua Biro Politik PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang sebelum ini keluar daripada UMNO, meletak jawatan sebagai menteri dan senator untuk menyertai parti itu.

(sumber;http://www.mykmujohor.com/index.php?option=com_content&task=view&id=1384&Itemid=53)

PAS JOHOR "PENIPU" dan PENGKHIANAT NEGARA


PAS JOHOR "PENIPU" dan PENGKHIANAT NEGARA
Written by lolox Batu Pahat

Pemasluan surat rasmi Perhubungan UMNO Johor oleh pihak Pembangkang "PAS JOHOR" bagi meraih sokongan golongan muda di dalam pilihanraya Kampus (28 Jan 2010) hari ini adalah satu perbuatan yang salah disisi undang-undang negara dan perlu di dakwa.

Kesahiaan Surat ini telah pun di buat dan ianya adalah satu pemalsuan yang jelas.

mengikut tinjauan tujuan propaganda ini di lakukan adalah untuk memburukan UMNO Johor dan kerajaan kepada pelajar-pelajar Universiti,

Pihak Pembangkang khususnya di negeri Johor kini kelihatan sudah tidak bermaya dan lesu, berbagai isu rakyat kini telah pun di selesaikan oleh pihak kerajaan dengan begitu cermelang, isu kemiskinan, pendidikan dan kemudahan rakyat telah pun dilaksanakan.

oleh itu kepada Pembangkang di Negeri Johor, Jangan lah cuba menggunakan tektik kotor dan salah di sisi Undang2 dalam meraih sokongan, diharap Perhubungan UMNO Negeri Johor dapat memantau setiap propaganda pihak pembangkang ........

sumber surat pembohongan dari http://minda-kembara.com/v2008/?p=2289 ... laman Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat, Ketua Lajnah Hal Ehwal Pengguna & Alam Sekitar PAS Johor, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Ketua Penerangan PAS Kluang,

(sumber;http://www.mykmujohor.com/index.php?option=com_content&task=view&id=1380&Itemid=53)

Roboh gerai: Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu beri penjelasan


Roboh gerai: Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu beri penjelasan

BORHAN Namat bersama isterinya, Che Nolia Hashim begitu sedih melihat gerai buah-buahan mereka yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu di Permatang Pauh dirobohkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, semalam. [ Berita di muka 3 ] – mingguan/Sazali Che Din

PULAU PINANG 30 Jan. – Kerajaan negeri didesak menyatakan status gerai milik bukan bumiputera yang banyak beroperasi tanpa mengikut garis panduan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi terlepas daripada sebarang tindakan.

Yang Dipertua Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Yusoff Mohd. berkata, gerai-gerai itu beroperasi tanpa dipantau sehingga menimbulkan pelbagai masalah termasuk kesesakan lalu lintas dan kotor.

Menurutnya, beliau hairan dengan sikap kerajaan negeri yang seperti tutup mata terhadap keadaan tersebut sedangkan gerai-gerai kecil Melayu yang tidak mengikut garis panduan dirobohkan.

“Kami mahu kerajaan negeri beritahu kepada orang ramai kenapa gerai-gerai sedemikian tidak diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan negeri sejak akhir-akhir ini merobohkan beberapa gerai milik peniaga kecil Melayu kerana didakwa beroperasi tanpa lesen.

Antaranya kedai makan atas pokok Do Re Mi di Tanjung Bunga, diikuti Three N Ikan Bakar di Bukit Dumbar dan banyak lagi gerai peniaga Melayu yang bakal menerima nasib sama selepas ini.

Bagaimanapun tinjauan Mingguan Malaysia di beberapa lokasi sekitar Georgetown mendapati, gerai-gerai bukan Melayu dibiarkan berniaga di bahu-bahu jalan sehingga mengganggu lalu lintas.

Malah terdapat juga penjaja yang membuang sisa-sisa makanan ke dalam longkang sehingga salurannya tersumbat sekali gus mencemarkan persekitaran.

Antara kawasan-kawasan berkenaan adalah sepanjang Jalan Weld Quay, Lebuh Chulia, Lebuh Kimberley, Lorong Baru, Jalan Macalister, Jalan Burma dan Sungai Dua.

Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian berkata, sebagai sebuah kerajaan yang sering melaung-laungkan keadilan dalam pentadbiran, amalan diskriminasi sedemikian sepatutnya tidak wujud.

Menurutnya, kekayaan ekonomi seharusnya dikongsi dan diagih secara sama rata antara semua kaum.

“Hak peniaga kecil atau besar wajib dipertahankan tanpa mengira bangsa.

“Kalau kerajaan negeri mahu bertindak mengikut undang-undang, ia patut dilaksanakan terhadap semua peniaga tidak mengira kaum.

“Jika tidak, macam mana pentadbiran Pulau Pinang boleh dikatakan kerajaan yang adil,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Sivamurugan, tindakan kerajaan negeri itu hanya akan melebarkan jurang kekayaan antara etnik di negara ini khususnya orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Beliau menambah, jika itu berlaku, sudah pasti ia akan menjejaskan ikatan perpaduan rakyat berbilang kaum.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0131&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm)

Guan Eng seorang diktator - Zahrain

Guan Eng seorang diktator - Zahrain




Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Krisis pakatan pembangkang semakin serius dan merebak ke Pulau Pinang apabila Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim secara keras menyerang Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Menggambarkan Guan Eng sebagai 'diktator, cauvinis dan berfikiran komunis' Zahrain yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, pakatan pembangkang perlu menghentikan sebarang tolak ansur dengan pemimpin itu setelah dia gagal menunaikan janji-janji pilihan raya umum lalu.

Menegaskan bahawa beliau tidak menyerang DAP, Zahrain menyatakan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP akan menjadi liabiliti kepada pakatan pembangkang sekiranya masih mengekalkan rentak pentadbiran yang diamalkan sekarang.

"Guan Eng tidak suka dikritik. Dia akan segera melabelkan mereka yang mengkritik itu sebagai ejen Barisan Nasional (BN).

"Malah rakan-rakannya dalam DAP juga tidak boleh membantah apabila beliau mengeluarkan pendapatnya," katanya seperti dipetik oleh akhbar The Star, semalam.

Kata Zahrain, antara janji-janji pilihan raya yang masih belum ditunaikan adalah pengenalan pilihan raya ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sistem tender terbuka.

"Guan Eng mungkin berat hati untuk mengadakan pilihan raya ahli majlis PBT itu kerana ia akan mengurangkan kuasanya apabila rakyat Pulau Pinang boleh menggunakannya sebagai mekanisme untuk menilai prestasi kerajaan negeri.

"Beliau juga berjanji untuk melaksanakan sistem tender terbuka, tetapi telah membuat proses itu semakin teruk apabila dia sendiri yang mempengerusikan lembaga tender," katanya yang mengakui proses semak dan imbang semasa era BN lebih baik.

Tambah Zahrain, setiap kali beliau mengkritik cara pentadbiran Ketua Menteri yang disifatkan seperti seorang diktator, beliau dituduh menjadi ejen UMNO.

"Saya sudah pasti bukan ejen UMNO. Saya cuma tidak mahu melihat pakatan pembangkang bergerak melawan janji-janji yang dibuatnya sebelum ini.

"Adalah amat memalukan bagi pakatan pembangkang apabila projek-projek dianugerahkan berdasarkan kepada asas siapa kenal siapa," katanya.

Beliau berkata, Guan Eng sebenarnya tidak sesuai menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang memandangkan beliau bukan orang tempatan dan tidak memahami sentimen masyarakat setempat.

"Beliau juga gagal membawa masuk pelaburan asing meskipun telah melawat ke seluruh dunia untuk menarik pelaburan.

"Pengundi sedang memerhati. Orang Pulau Pinang amat teliti mengenai perkembangan ekonomi," katanya.

Zahrain juga mempersoalkan kewajaran sebahagian ucapan Guan Eng semasa konvensyen pakatan yang dibuat dalam bahasa Mandarin.

"Sebagai pemimpin dalam pakatan pembangkang, beliau sepatutnya menghormati ahlinya yang pelbagai kaum dan berucap dalam bahasa yang difahami oleh semua," katanya.

Serangan Zahrain menyusul selepas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin tidak sependapat dengan parti dalam isu kalimah Allah.

Kontroversi itu turut melibatkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad apabila Zulkifli membuat laporan polis ke atas pemimpin Pas terbabit.

Malah ahli PKR itu turut mencabar sebarang tindakan lembaga disiplin parti tersebut yang ah menaikkan kemarahan Ketua Biro Politik PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang sebelum ini keluar daripada UMNO, meletak jawatan sebagai menteri dan senator untuk menyertai parti itu.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm)

Hentam Guan Eng: DAP dakwa Zahrain kecewa tender syarikat RM2 ditolak

Hentam Guan Eng: DAP dakwa Zahrain kecewa tender syarikat RM2 ditolak

Krisis PKR dan DAP Pulau Pinang menjadi bertambah hangat bila Pengerusi DAP negeri itu ,Chow Kon Yeow hentam balik Ahli Parlimen PKR Bayan Baru Datuk Seri Zaharin Hashim kerana melabel Ketua Menteri Lim Guan Eng diktator,chauvinis dan berfikiran komunis .

Pengerusinya Chow Kon Yeow Sabtu mendakwa beliau diberitahu oleh Guan Eng bahawa kekecewaan Zahrain berpunca dari kerajaan negeri menolak keputusan pemberian tender mengurus Kelab Golf Bukit Jambul yang diswastakan kepada sebuah syarikat bernilai RM2.

Zahrain ialah pengerusi Island Golf Properties.

Menurut Chow sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang Guan Eng telah meminta lembaga pengarah menolak pemberian tender berkenaan dan membuka tawaran tender baru.

Beliau juga mendakwa Zahrain kecewa kerana digugurkan sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Katanya UMNO dan BN sendiri tidak pernah label Guan Eng sebagai komunis semasa beliau ditahan dibawah ISA pada tahun 1987.

Chow member amaran kepada Zahrain agar tidak cuba memecahbelahkan pakatan pembangkang di negeri itu.

Tegasnya DAP negeri dan pimpinan parti itu berdiri teguh dibelakang Guan Eng.

Sementara itu mengulas hal berkenaan selepas satu amjlis di Pekan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menilai krisis politik parti pembangkang terutama di Pulau Pinang kini di tahap amat serius dan bukan sekadar masalah dalaman sahaja.

Katanya dakwaan pembangkang masalah dalaman yang dihadapi itu hanya disebabkan perselisihan pendapat adalah tidak benar tetapi membabitkan perbalahan serius antara pemimpin mereka.

Sehubungan itu, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno menafikan bahawa UMNO sebagai dalang terhadap apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang sekarang. -30/1/2010

‘Tembak menembak’ di Utara…


Ibarat tak kenal tak maka tak cinta .Begitu juga lumlahnya antara Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim dan Lim Guan Eng bila mereka hari demi hari semakin mengenali antara satu sama lain lebih dekat lagi.

Memang mengejutkan kalau dengar cara Ahli Parlimen PKR Bayan Baru dan bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang ini membelasah sakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Kalau sudah sangguh cop Guan Eng sebagai 'diktator, cauvinis dan berfikiran komunis' rasanya tidak perlu ayat lain untuk ditokok tambah bagi mengambarkan kemarahan Zahrain.

Apakah ini satu sandiwara atau satu rangkap seloka dalam boria Pulau Pinang?

Mereka yang di luar Pulau Pinang mungkin terkejut dengan episod ‘ tembak menembak’ terbaru di Utara ini.

Namun ikut ceritanya ledakan Zahrain itu adalah satu perasaan yang sudah lama terpendam sejak cinta sejati DAP-PKR dan PAS mekar berputik dengan kejayaan menawan Pulau Pinang semasa pilihanraya umum Mac 2008 makin layu.

Macam-macam rungutan sudah kedengaran dikalangan ahli PKR negeri itu mengenai Guan Eng.

Seperti yang didakwa Zahrain banyak janji pilihanraya mereka yang tidak tertunai. Antaranya ialah pengenalan pilihan raya ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sistem tender terbuka.

Memanglah berat seperti dakwanya kalau Guan Eng tidak boleh dikritik dan senang-senang melabel siapa yang bersuara sebagai ejen UMNO.

Lebih teruk lagi Zahrain mendakwa Guan Eng sebenarnya tidak sesuai menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang memandangkan beliau bukan orang tempatan dan tidak memahami sentimen masyarakat setempat.

"Guan Eng tidak suka dikritik. Dia akan segera melabelkan mereka yang mengkritik itu sebagai ejen Barisan Nasional (BN).

"Malah rakan-rakannya dalam DAP juga tidak boleh membantah apabila beliau mengeluarkan pendapatnya," katanya.
Dalam pada itu tentu semua orang nak dengar apa pula Guan Eng bila Zahrain mendakwa Ketua Menterinya itu gagal membawa masuk pelaburan asing meskipun telah melawat ke seluruh dunia untuk menarik pelaburan.

"Pengundi sedang memerhati. Orang Pulau Pinang amat teliti mengenai perkembangan ekonomi," katanya.

Bagaimana pula dengan bab Zahrain mempersoalkan kewajaran sebahagian ucapan Guan Eng semasa konvensyen pakatan yang dibuat dalam bahasa Mandarin.

"Sebagai pemimpin dalam pakatan pembangkang, beliau sepatutnya menghormati ahlinya yang pelbagai kaum dan berucap dalam bahasa yang difahami oleh semua," katanya.

Mungkin selepas ini seperti biasa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mencelah untuk mendamaikan krisis terbaru di negeri asalnya itu.

Demi politik… krisis ini pasti akan nampak macam bakal akan reda selepas itu.

Namun episod Zaharain-Guan Eng juga pasti akan meninggalkan parut yang mendalam.

Ada satu jenaka sinis dikalangan orang-orang di Pulau Pinang.Bunyinya…. Balik Pulau Bayan Lepas…Sana Terlepas Sini Terpelau .-30/1/2010


(sumber;http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a)

Tun Dr Mahathir :Orang Melayu serba salah…simpan lama-lama nanti meletup


Orang Melayu serba salah…simpan lama-lama nanti meletup

Oleh: ROSLAN BIAN


Tun Dr Mahathir Mohamad merasakan orang Melayu yang kini dalam keadaan serba salah melihat parti-parti yang dipimpin oleh orang Melayu,UMNO,PAS dan PKR kini lebih mengejar sokongan bukan Melayu hingga adakala membuat keputusan yang menyakitkan hati orang Melayu.

Bekas Perdana Menteri itu berpendapat kewujudan banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan Melayu dan Islam membuktikan ada yang tidak kena dengan parti-parti politik Melayu

“Apa yang dituntut bukan Melayu sama ada baik atau buruk akan dilayan parti yang mewakili orang Melayu demi mendapat sokongan bukan Melayu,”katanya.

Kata Dr Mahathir, inilah pendirian parti yang dipimpin orang Melayu ketika ini baik UMNO , PAS maupun PKR.

“Tiga parti ini tidak lagi beri perhatian kepada orang Melayu malah kadangkala buat keputusan yang menyakitkan hati orang Melayu.

“Kini PAS boleh peluk cium orang bukan Islam untuk dapatkan sokongan sebab mereka tahu orang Melayu tiada pilihan dan menyokong mereka kerana tidak suka pada UMNO,” ujarnya.



Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Negeri Selangor di Keramat, petang Sabtu yang turut dihadiri Presiden Perkasa, Datuk Paduka Ibrahim Ali.

Kata Dr Mahathir orang Melayu tidak suarakan pendirian kecuali tunggu pilihan raya.

Beliau mengingatkan adalah pentingnya rintihan orang Melayu didengar.

“Kalau dengar orang lain saja, jadi orang Melayu makin lama makin kecewa. Simpan lama-lama nanti meletup,” katanya.

Beliau menyifatkan Melayu tidak suka mengacau orang lain kerana tidak mahu dianggap penentang atau racist, beliau memberi contoh kesan pilihan raya umum 2008 bagaimana mereka berpaling tadah.

“Mereka hanya kata, kami akan sokong. Sebaliknya, rakyat yang kecewa berpaling padah dan kesannya apa yang berlaku pada pilihan raya umum ke 12 lalu.

“Apabila mereka tolak UMNO, barulah pemimpin Melayu sedar bahawa dengan menguasai parti tidak bermakna mereka dapat menguasai orang Melayu keseluruhan,” kata Dr Mahathir.

Menurut Dr Mahathir, orang Melayu kini dalam keadaan serba salah.

“Orang Melayu sejak dahulu setia pada raja dan pemimpin hingga tidak berani menegur pihak berkenaan,” katanya.

Tambah beliau, rakyat berpendapat, jika tidak sokong parti pemerintah, parti lawanpun teruk juga.

“Maka rakyat tiada pilihan. Kerajaan serta pimpinan parti pula anggap Melayu akan sokong sebab tiada pilihan.

Dr Mahathir menegaskan, kewujudan banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan Melayu dan Islam membuktikan ada yang tidak kena dengan parti-parti politik Melayu.

Beliau berkata, orang Melayu lebih suka perdengarkan pendapat, rintihan dan rasa kecewa melalui NGO termasuk Perkasa berbanding berjuang dalam mana-mana parti.

Sehubungan itu katanya, parti politik kena dengar bisikan orang Melayu jika mahu menang pilihan raya.

“Kemenangan mungkin tidak besar tetapi jika terhakis kerana gerakan NGO ini, parti boleh kalah.

“Jangan main-mana dengan NGO. Mereka ada keluarga dan boleh jadi jumlahnya besar. Peluang kemenangan tipis jika tiada undi golongan tidak puashati ini,” tegasnya.

Katanya, walaupun jumlah mereka tidak besar tetapi ianya boleh tentukan menang atau tidak sesuatu parti politik.

Dr Mahathir berkongsi pengalaman ketika pilihan raya menentang allahyarham Yusof Rawa apabila beliau tewas disebabkan anggap boleh menang jika bukan Melayu yang kecil tidak mengundinya.

“Kenyataan itu sebabkan 3,000 undi lari dan PAS yang menang,” katanya.

Beliau turut mendedahkan mengenai sikap murah hati pemimpin terdahulu memberikan kira-kira 1 juta kerakyatan kepada bangsa lain hingga Melayu bukan lagi majoriti.

“Mungkin generasi pertama berterima kasih tetapi generasi baru ingin lupakan sikap murah hati ini. Bangsa lain lempar tuduhan bertalu-talu sebab Melayu lemah, bermurah hati dan tidak mahu menjawab kerana akan dituduh racist,” katanya.

Dalam sidang media selepas itu, Dr Mahathir mengulas perkara sama berkata, Melayu tidak suka mengacau orang lain.

“Dulu masa saya komplen pasal jambatan (bengkok) umpamanya, mereka tak mahu keluar, tak mahu protes. Bila mai pilihan raya, baru mereka undi parti lawan. Rugilah macam itu.,” katanya. 30/1/2010




NGO wujud kerana ada berpendapat UMNO tak mampu pejuang hak Melayu - Tun Dr Mahathir


Kewujudan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) disebabkan ada pada kalangan orang Melayu berpendapat UMNO tidak mampu memperjuangkan hak kaum ini secara bersendirian, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun kata beliau, pertubuhan itu tidaklah sekuat UMNO dalam memperjuangkan bukan saja kaum Melayu malah bangsa lain di negara ini.

"Pada kalangan orang Melayu, mereka berasakan bahawa Umno secara bersendirian tidak begitu mampu untuk melindungi mereka, justeru mereka perlukan NGO," katanya kepada pemberita selepas program Bicara Perdana di Kuala Lumpur Khamis.

Beliau diminta mengulas mengenai kewujudan Perkasa dalam memperjuangkan hak orang Melayu yang dilihat sesetengah pihak sebagai lebih proaktif berbanding UMNO.

Perkasa yang didaftarkan sebagai NGO pada September 2008 diketuai Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang terkenal dengan kelantangannya dalam membicarakan isu-isu berkaitan orang Melayu.

Terdahulu pada sesi Bicara Perdana itu, Dr Mahathir turut mengingatkan kaum Melayu, sebagai bangsa teras dalam negara, agar terus memelihara dan meningkatkan perpaduan sesama mereka sebelum merealisasikan perpaduan antara kaum.

"Kita sedia maklum, Melayu merupakan bangsa teras dan kaum majoriti dalam negara.

"Justeru jika Melayu sendiri tidak kuat bagaimana kita mahu menguatkan hubungan dengan kaum lain di negara ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat negara ini melihat semula sejarah penting yang menunjukkan kaum Melayu pernah mengalami perpecahan pada kalangan mereka sendiri melalui kewujudan parti-parti serpihan.

"Kita akan jadi lemah dan dijajah oleh pihak lain serta keistimewaan orang Melayu akan terhakis jika perpaduan tidak dijaga dan perkara sama mungkin akan berulang," katanya.-28/1/2010


(sumber;http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_7fdf756e-7f000010-175b7f90-cb45d01a)

Saturday, January 30, 2010

Saya Mahu Terus Jadi Orang Melayu : A Kadir Jasin


Thursday, January 28, 2010

1. MAAF cakap, saya bangga jadi orang Melayu. Walaupun kadangkala saya malu dengan sikap, tabiat dan pencapaian sesetengah orang Melayu apatah lagi apabila orang Melayu dikaitkan dengan rasuah dan kemalasan, namun saya tetap bangga jadi orang Melayu di Malaysia.

2, Saya yakin orang Cina pun bangga jadi orang Cina dan orang India pun bangga jadi orang India. Tidak mengapalah kalau ramai generasi muda India dan Cina meminjam nama orang putih walaupun mereka bukan Kristian dan tidak boleh berbahas Inggeris dengan baik. Dalam suasana tiru meniru cara Malaysia ini, orang muda Melayu pun terikut-ikut guna nama Inggeris.

3, Justeru itu saya tetap akan mempertahankan identiti Melayu dalam Kad Pengenalan dan dokumen-dokumen rasmi lain. Lagipun, identiti Melayu itu mengesahkan saya sebagai seorang Muslim, Bumiputera dan tidak makan daging babi atau minum arak.

4, (Baru-baru ini saya makan di sebuah restoran canggih di Bangsar. Saya minta spageti dengan kepah. Tapi ada chardonnay. Jadi saya tanya, chardornnay betul atau ala Malaysia. Dia kata betul. Jadi haramlah. Tapi spageti dengan kepah boleh dimasak tanpa arak. Ajaibnya di Malaysia ni, benda haram pun boleh jadi halal dengan menukar bahan. Maka bacon yang asalnya daripada daging babi, tapi di Malaysia dihalalkan dengan menggunakan daging lembu atau ayam Belanda.)

5, Oleh sebab itu saya tidak setuju sama sekali dengan cadangan kerajaan supaya penyataan bangsa dalam borang kerajaan dihapuskan kecuali untuk tujuan bancian dan perangkaan.

6, Bernama memetik Pelan Hala Tuju (PHT) Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak hari ini sebagai berkata:

7, “Dalam memupuk kerajaan 1Malaysia, adalah dicadangkan supaya penyataan bangsa dalam borang kerajaan dihapuskan kecuali untuk tujuan bancian dan perangkaan.”

8, Am I Malaysian just because I am proud being a Malay. Adakah cinta saya kepada Malaysia hambar dan kosong kerana saya mahu kekal sebagai seorang Melayu dan mahu identiti Melayu saya itu direkodkan?

9, Saya tidak peduli kalau orang Cina, India, Iban, Kadazan yang semua yang lain tidak mahu menyatakan afiliasi kaum mereka dalam Kad Pengenalan, Sijil Lahir, Sijil Mati, Sijil Nikah, geran tanah dan segala macam lagi dokumen rasmi Kerajaan 1Malaysia. Itu hak mereka.

10, Mana tahu orang Cina dan India Malaysia tidak lagi bangga dengan asal usul etnik mereka dan mahu jadi bangsa 1Malaysia.

11, Saya mahu identiti Melayu saya diketahui dan diakui kerana saya adalah anak peribumi Tanah Melayu, satu bangsa dari Kepulauan Melayu (the Malay Archipelago) dan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan.

12, Takdirnya saya mati di tepi jalan dan sesiapa pun menemui jasad saya yang kaku itu mereka akan tahu saya seorang penganut Islam apabila mereka melihat bangsa saya tercatat sebagai Melayu.

13, Sesungguhnya saya cukup sedih dan gusar apabila satu demi satu, sedikit demi sedikit apa sahaja yang mengaitkan orang Melayu dengan bangsa, negara dan hak asasinya semakin hari semakin dihakis.

14, Membuang pengenalan bangsa dalam borang dan dokumen rasmi seperti dicadangkan itu adalah satu lagi contoh ke arah penghapusan identiti Melayu sebagai bangsa induk, bangsa peribumi dan bangsa majoriti di bumi Malaysia ini.

15, Adakah semata-mata kerana orang bukan Bumiputera “rasa kehilangan hak, diskriminasi dan malah rasa geram” terhadap Dasar Ekonomi Baru maka saya, sebagai orang Melayu, tidak lagi berhak menyatakan identiti bangsa saya?

16, Kalau orang bukan Bumiputera rasa kehilangan hak, diskriminasi dan rasa geram kerana mereka beranggapan DEB tidak menguntungkan mereka, apakah semua orang Melayu dan Bumiputera puas hati dengan dasar itu?

17, Adalah satu kesilapan yang sangat besar menganggap Melayu dan Bumiputera tidak tahu bahawa yang lebih ramai menjadi kaya raya dan senang lenang akibat DEB adalah orang bukan Bumiputera.

18, Jadi, tolonglah jangan kacau saya kalau saya bangga jadi Melayu dan mahu kebangsaan saya direkodkan secara rasmi. Terima kasih.

19, Untuk makluman lanjut mengenai PHT yang diumumkan oleh menteri perdana itu, sila baca rencana berikut dari Bernama yang saya siarkan sepenuhnya tanpa suntingan:


Era Baru Bagi 1Malaysia Dengan Transformasi Kerajaan

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Negara akan membuka lembaran baru 1Malaysia dengan pelaksanaan Model Ekonomi Baru dan pencapaian hasil Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Ini akan mendorong kepada bentuk ekonomi moden yang pesat, masyarakat yang bersatupadu dan kerajaan berwibawa bagi menangani isu-isu seperti penghijrahan keluar tenaga pakar, modal dan penyertaan positif dari semua kaum, menurut Pelan Hala Tuju GTP yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Misi perpaduan kita bukan sekadar demi keharmonian dan hubungan baik semata-mata sebaliknya apa yang penting ialah pembinaan sebuah negara Malaysia yang produktif dan berdaya saing serta pencapaian Wawasan 2020.

"Meskipun perjalanan kita menuju Wawasan 2020 mungkin sukar, kita yakin faedahnya lebih besar memandangkan kepelbagaian budaya yang terhasil dan kelebihan persaingan yang lebih banyak yang diwujudkan oleh pendekatan ini," katanya dalam laporan pelan itu.

Pelan itu menekankan pentingnya menggalakkan integrasi menerusi inklusif dalam mengurus polariti antara asimilasi dan pemisahan dalam masyarat pelbagai etnik di Malaysia.

"Sebagai negara, banyak isu yang dihadapi dan dikenalpasti oleh rakyat sebagai penting adalah polariti seperti antara kaya dan miskin, muda dan tua dan merentas agama, bangsa dan wilayah," katanya.

Penyampaian enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam GTP akan mengurangkan ketidaksamaan dan mengurangkan perasaan tidak puas hati yang kadangkala dicetuskan dalam terma perkauman, katanya.

Enam NKRA adalah mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkatkan pendidikan, meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah, mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar dan mempertingkatkan pengangkutan awam bandar.

Pelan itu menyebut pelaksanaan Dasar Ekonomi baru (DEB) telah mendorong kepada 'beberapa hasil yang tidak diingini', antaranya rasa kehilangan hak, diskriminasi dan malah rasa geram yang dirasai oleh bukan Bumiputera, yang disebabkan oleh sikap sesetengah pegawai di agensi-agensi tertentu.

Terdapat juga jurang pendapatan di kalangan masyarakat Bumiputera, menyebabkan rasa tidak puas hati semakin meningkat di kalangan segmen tertentu dalam masyarakat.

Faktor-faktor ini telah mendorong banyak rakyat Malaysia, terutamanya golongan profesional untuk bekerja dan tinggal di luar negeri serta penghijrahan bakat semakin bertambah serius.

Ditambah dengan penubuhan Ekuinas, dana equiti swasta untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi, dan sektor kewangan dan 27 sekter kecil telah diliberalisasikan, lebih banyak inisiatif sedang dirangka sebagai sebahagian daripada Model Ekonomi Baru yang dijangka diumumkan pada suku pertama tahun ini.

Kerajaan juga akan menaiktaraf kualiti sekolah kebangsaan supaya menjadi sekolah pilihan kepada semua pelajar dengan peruntukan kepada bahasa ibunda komuniti masing-masing menjadi antara langkah menangani sektor pendidikan dan perpaduan negara di bawah 1Malaysia.

Inisiatif lain termasuk mewujudkan sekolah asrama 1Malaysia dengan pelajar pelbagai kaum dan pemberian biasiswa kebangssan mengikut merit untuk pengajian di universiti antarabangsa.

Dalam memupuk kerajaan 1Malaysia, adalah dicadangkan supaya penyataan bangsa dalam borang kerajaan dihapuskan kecuali untuk tujuan bancian dan perangkaan.

Ia juga dicadangkan supaya lebih ramai orang Cina dan India digalak menyertai perkhidmatan awam manakala pegawai Bumiputera yang berasal dari Sabah dan Sarawak akan dinaiktaraf.
Posted by A KADIR JASIN at 3:48 PM

(sumber;http://kadirjasin.blogspot.com/2010/01/saya-mahu-terus-jadi-orang-melayu.html)

Tindakan mencemar di dua masjid cabar polis, gugat keselamatan negara: Tan Sri Musa

'Jangan main api'
Oleh Suhana Roslan
suhanaroslan@bharian.com.my

HISHAMMUDDIN pada sidang media di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, semalam. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Tindakan mencemar di dua masjid cabar polis, gugat keselamatan negara: Musa

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, memberi amaran polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan negara dengan mencemarkan rumah ibadat.

"Jangan cuba bermain dengan api, saya tidak mahu keselamatan negara diganggu. Polis juga tidak mahu orang ramai atau mana-mana parti mencabar polis dengan memainkan isu sensitif," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penemuan empat kepala babi hutan bersama sejumlah wang tunai di dua masjid di Jalan Klang Lama di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian di Masjid Al-Imam At-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, seorang jemaah, Sharif Shaari, 57, menemui satu bungkusan putih mengandungi dua kepala babi di kawasan letak kereta masjid berkenaan ketika hendak menunaikan solat Subuh, kira-kira jam 5.30 pagi.

Beberapa keping wang kertas RM1, RM5 dan RM10 berjumlah RM35 juga ditaburkan di sekeliling bungkusan itu.


MUSA meninjau tempat kepala babi ditemui di Masjid Al-Imam At-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Kuala Lumpur, semalam.

Kira-kira jam 5.45 pagi pula, bilal Masjid Jumhuriah Taman Datuk Harun menemui satu bungkusan mengandungi dua kepala babi bersama 30 keping wang kertas RM1 di pintu belakang masjid berkenaan.

Musa yang ditemui pemberita di Masjid Al-Imam, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai perbuatan khianat dan polis tidak menolak kemungkinan dua kejadian itu dilakukan individu atau kumpulan sama.

Beliau berkata, ini berdasarkan persamaan modus operandi yang digunakan dalam kedua-dua kejadian itu.

Musa berkata, beliau sudah mengarahkan polis melakukan pemeriksaan segera di semua restoran dan kedai makanan eksotik di sekitar Lembah Klang bagi membantu siasatan kes itu.

"Pemeriksaan itu memastikan sama ada kepala babi hutan itu dibawa dari premis berkenaan atau tidak," katanya.

Musa juga menasihatkan ahli jawatankuasa masjid dan orang ramai bertenang dan tidak mengambil tindakan sendiri, sebaliknya salurkan maklumat yang ada bagi membantu polis menahan pihak terbabit.

"Kita bersikap adil dan tidak kira kumpulan mana dilaporkan, akan ditangkap dan dikenakan tindakan seperti kes kebakaran gereja, baru-baru ini yang hampir selesai," katanya.

(sumber;http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20100128042128/Article/)

Memburu dari mana datangnya kepala babi



Salhan K Ahmad
Jan 28, 10
5:00pm

Kepala babi hutan yang ditemui di dua masjid di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya semalam mungkin diperolehi daripada satu sumber ternakan haiwan tersebut, menurut seorang imam masjid terlibat.

Menurut ketua imam Masjid Al-Imam Al-Tirmizi di Taman Sri Sentosa, Abu Bakar Yaakob babi berkenaan mungkin diperolehi daripada ladang ternakan yang terdapat di Banting atau Semenyih.

"Babi hutan ini mungkin yang dipelihara di ladang itu. Mungkin saja, kita tak tahu betul atau tidak," katanya yang mendapat maklumat berkenaan melalui laporan akhbar.

Ketika ditemui Malaysiakini di masjid tersebut hari ini, Abu Bakar bagaimanapun tidak dapat memastikan tarikh dan keluaran akhbar yang dimaksudkannya itu.

"
Babi hutan ini dibela untuk pasaran makanan eksotik," katanya lagi dan menambah terdapat beberapa restoran yang menyediakan hidangan daripada haiwan seperti itu di kawasan berkenaan.

Abu Bakar juga berkata pihak yang bertanggungjawab meletakkan kepala haiwan berkenaan di perkarangan masjid mungkin merancangnya dengan rapi kerana kegiatan mereka sukar dijejaki.

"Kita tengok kerja mereka ini sangat rapi, macam sudah dirancang. Di masjid (Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya) pun seperti itu juga.

"Setakat ini kita masih belum boleh agak siapa punya kerja sebenarnya," katanya lagi yang tidak mahu membuat sebarang tuduhan liar agar tidak mengganggu siasatan polis.

Selitkan nasihat pada majlis tazkirah

Ditanya mengenai pendekatan yang diambil bagi meredakan kebimbangan ahli kariah masjid berkenaan, beliau berkata akan menyelitkan nasihat dalam majlis tazkirah yang dianjurkan.

"Kita juga akan nasihatkan para penceramah agama di masjid ini supaya tidak menimbulkan prasangka atau tuduhan-tuduhan kepada mana-mana pihak atas kejadian yang berlaku," katanya lagi.


Sementara itu, seorang lagi imam masjid tersebut, Zulkifli Mohamad berkata masjid itu kini sedang mengambil langkah untuk meningkatkan tahap keselamatan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

"Kita bertemu dengan pengarah JAWI semalam dan beliau memberi reaksi positif untuk tempatkan pengawal keselamatan di masjid ini.

"Pengawal ini untuk berkawal di waktu malam sahaja. Buat masa ini, polis juga beritahu akan tingkatkan rondaan di kawasan ini," katanya.

Kepala babi hutan mungkin sisa buruan

Sementara itu, seorang pemburu pula berkata kepala babi berkenaan juga mungkin diperolehi daripada sisa buruan.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Loo menjelaskan, walaupun pemburuan dan penjualan babi hutan memerlukan lesen, bahagian-bahagian badan binatang itu tidak sukar untuk diperolehi.

Tambahnya, yang berpengalaman memburu babi hutan selama 20 tahun, pemburu lazimnya membuang kepala, perut dan belulang selepas binatang itu ditembak.

Katanya, bahagian-bahagian yang tidak dikehendaki itu, biasanya dibiarkan di hutan untuk dijadikan makanan binatang liar lain, ataupun diletakkan di dalam beg plastik dan dibuang di kawasan berdekatan.

Tambahnya, lokasi pemburuan haiwan itu termasuk di Hulu Langat, Hulu Klang dan juga Puchong.

Babi peliharaan mudah dikenali

Sementara itu, Pengerusi Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Beh Kin Hee berkata, babi hutan digunakan pada kes pencemaran masjid semalam mungkin kerana jika babi peliharaan digunakan ia mudah dikenali.

Beh menjelaskan babi dari satu-satu ladang itu boleh dikenal pasti melalui tanda yang dilekatkan di telinga binatang itu ketika ia berumur satu minggu.


(sumber;http://www.malaysiakini.com/news/123140)

Pasukan khas ditubuhkan untuk siasat kepala babi




Jan 28, 10 2:48pm

Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian empat kepala babi hutan diletakkan di kawasan dua masjid di Petaling Jaya pagi semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata pasukan khas itu telah dikerahkan mencari setiap maklumat bagi menyelesaikan kes berkenaan.

"Kes ini melibatkan keselamatan dan keamanan negara, dan perlu ditangani segera," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kewangan Berhemat di Kuala Lumpur hari ini.

Muhammad Sabtu berkata siasatan dijalankan untuk mengesan saksi dan petunjuk kepada kes itu selain mencari motif perbuatan itu.

"Kalau sesiapa ada maklumat, tolong salurkan kepada kita," katanya.

Semalam dua bungkusan kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletakkan di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron manakala dua bungkus lagi serta baldi berisi jumlah wang yang sama dijumpai di hadapan pintu masuk ke perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa.

Pada ucapannya pada majlis itu pula, Muhammad Sabtu berkata penyelia kewangan di setiap balai dan ibu pejabat polis telah diarah untuk mengenal pasti pegawai-pegawai dan anggota di bawah selian masing-masing yang dibebani hutang.

"Langkah perlu diambil agar masalah hutang tidak mendatangkan kesan jangka panjang kepada mereka yang terlibat," katanya.

Muhammad Sabtu berkata pemantauan secara berterusan dan berkala juga hendaklah dibuat terhadap gaya hidup pegawai dan anggota supaya mereka yang terlibat dengan masalah ini hidup secara sederhana dan mengikut kemampuan.

- Bernama
(sumber;http://www.malaysiakini.com/news/123123)

KPN: Bertenang dan tampil bantu polis




Jan 27, 10 11:56am

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta semua pihak supaya bertenang dan tidak meletakkan undang-undang di tangan sendiri.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan polis.

Musa juga memberi amaran tegas kepada mana-mana pihak supaya tidak melakukan provokasi yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Pagi tadi, kepala babi dikesan dilontarkan di dua masjid sekitar Jalan Klang Lama, di ibu negara,

Kepala babi berkenaan dijumpai di masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan di masjid Al-Imam Al-Tirmizi di Taman Sentosa.

Nurul Izzah turut di masjid

Dalam pada itu, ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang juga berada di tempat kejadian berharap, satu siasatan diraja dilakukan bagi menangani kes-kes mencemarkan rumah ibadat.

Ditanya sama ada dia puashati dengan tindakan polis setakat ini, Nurul berkata, "Saya tak kata berpuashati tetapi saya lihat ada ketekunan".

Nurul Izzah juga berkata, kejadian seumpama itu adalah di luar jangkaan dan terdapat juga kebatasan dalam bilangan anggota polis.

Nurul Izzah tiba pada jam 9 pagi, manakala Musa pula tiba kira-kira jam 11 pagi, walaupun pihak polis dilaporkan berada di lokasi seawal jam 6.40 pagi.

Malam ini
, Nurul Izzah akan menghadiri majlis tazkirah di masjid yang sama.

Sementara itu, imam masjid berkenaan, Zulkifli Mohamad kesal dengan perbuatan tersebut.

Katanya, beliau keluar melihat bungkusan itu selepas dimaklumkan oleh seorang anak kariah.

Berikutan kejadian itu, mereka menghubungi polis.

Serangan mungkin cetuskan pertelingkahan kaum

Sementara itu Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang sampai ke Masjid Jumhuriyyah Taman Datuk Harun pada jam 1.30 petang bersolat Zohor terlebih dahulu sebelum melawat tempat kepala babi hutan itu ditemui.

Bercakap kepada media selepas itu, Khairy berkata beliau meminta pihak polis melakukan rondaan kekal di masjid dan rumah ibadat bagi mengelakkan perkara seumpama itu berulang.

Khairy yang juga ahli parlimen Rembau meminta semua pihak mengelakkan spekulasi berhubung perkara berkenaan.

Ditanya sama ada kes di Kampung Datuk Harun ini membimbangkannya kerana mungkin mencetuskan pertelingkahan kaum Khairy menganggap semua serangan terhadap rumah ibadat adalah membimbangkan.

(sumber;http://www.malaysiakini.com/news/122985)

Kepala babi dilontar dalam perkarangan dua masjid




Jimadie Shah Othman
Jan 27, 10
10:55am
dikemaskini 2.50pm

Kepala babi ditemui dilontarkan ke dalam perkarangan dua buah masjid sekitar Jalan Klang Lama hari ini.

Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.

Serangan ini dipercayai ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God'.

Menurut saksi, dua kepala babi dijumpai oleh jemaah di perkarangan masjid ketika datang hendak menunaikan solat Subuh pada jam 5.30 pagi.

Selain kepala babi, kepingan wang kertas juga ditemui ditaburkan di di situ.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pegawainya datang untuk menyiasat kawasan kejadian.

Wang juga dijumpai bertaburan

Sementara itu, satu beg plastik yang berisi dua kepala babi hutan di temui di tempat letak kereta Masjid Al-Imam Al-Tirmizi oleh seoang penduduk, Sharif Shaari, 57, yang datang pada jam 5.45 pagi tadi untuk mengerjakan solat Subuh.

Sharif, seorang peniaga, bersama seorang kawannya ternampak beg plastik itu tetapi tidak menyangka ia berisi kepala babi, lalu mereka terus masuk ke masjid untuk mengerjakan solat.

Selepas mengerja solat Subuh, mereka keluar semula untuk memeriksa beg tersebut dan terkejut apabila mendapati ia mengandungi dua kepala babi hutan.

Mereka juga ternampak kepingan wang kertas ditaburkan di situ. Ia termasuk sekeping wang RM1, RM5 dan RM10 - kesemunya bernilai kira-kira RM35.

Mereka kemudian terus masuk semula ke masjid dan memaklumkan perkara itu kepada imam masjid berkenaan, Zulkifli mohamad.

Seorang daripada mereka menelefon pihak polis yang tiba kira-kira 6.40 pagi tadi.





Bungkusan lutsinar


Manakala di Masjid Jumhuriyah Taman Datuk Harun, Petaling Jaya - berdekatan dengan lebuh raya Pantai Baharu (NPE) - terdapat dua kepala babi hutan ditemui di perkarangan masjid berdekatan di pintu belakang kira-kira jam 6 pagi tadi oleh anak kariah.

Jarak antara kedua-dua masjid tersebut adalah sejauh 3km.

Saksi kejadian, Mohd Hilmi Bakri, 20, seorang pelajar berkata ketika beliau ke masjid berkenaan untuk menunaikan solat Subuh, beliau ternampak kira-kira 20 orang sedang berkerumun melihat sebuah bungkusan lutsinar.

Berdekatan dengan bungkusan itu juga terdapat 30 wang kertas RM1. Mereka membiarkannya kerana menyangka bungkusan mengandungi bayi yag dibuang.


Kemudian, seorang pegawai masjid menghubungi pihak polis kira-kira jam 6.30 pagi. Dua anggota polis tiba dan membuka bungkusan tersebut, dan mendapati ia berisi kepala babi hutan.

Selepas itu, dua kereta peronda polis datang dan mengambil kepala babi hutan itu kira kira jam 7.30 pagi tadi.

Sementara itu, timbalan nazir masjid berkenaan, Hasbullah Zainal berkata beliau kesal dengan kejadiaan tersebut yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Beliau juga meminta anggota kariah supaya bertenang dan menyerahkannya kepada pihak keselamatan untuk menyiasat kejadian itu.


(sumber;http://www.malaysiakini.com/news/122975)

Tuesday, January 26, 2010

DANG WANGI REPOT 002868/10



24 January 2010 Oleh Zulkifli Noordin pada 8:43 PM 31 komentar

Salam 2 all.

YB Khalid Samad berkata: “Undang-undang Islam yang melarang penggunaan kalimah ALLAH dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman”. Alasannya kerana “pada masa undang-undang itu diluluskan (pada tahun 1988), mungkin tahap kefahaman umat Islam terhadap agama (Islam) begitu lemah sehingga perlu dilindungi”.

Itulah tohmahan YB Khalid Samad terhadap undang-undang Islam negeri Selangor, dan penghinaan beliau terhadap umat Islam yang dikatakan terlalu lemah kefahaman terhadap Islam!!

Nasihat saya kepada YB Khalid, kalau beriya-iya sangat nak menyokong Kristian menyalahguna nama ALLAH sebagai ada anak Jesus pun janganlah melampau sangat; sampai menghina undang-undang Islam dan umat Islam.

Sedangkan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988 yang melarang penggunaan nama ALLAH itu adalah undang-undang yang sah dibuat oleh Dewan Undangan Negeri Selangor mengikut peruntukkan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Dan DYMM Sultan Selangor sudah pun bertitah mengharamkan penggunaan nama ALLAH oleh orang bukan Islam didalam negeri Selangor Darul Ehsan!!

Kenyataan YB Khalid Samad ternyata bercanggah dengan Dasar Pakatan Rakyat yang diisytihar semasa Konvensyen Khas Pakatan Rakyat pada 19.12.2009 dan ditandatangani oleh YB DSAI, YB Lim Kit Siang dan YB Tuan Hj. Hadi Awang yang menegaskan bahawa, "Pakatan Rakyat akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam bagi agama Persekutuan dan agama lain boleh di amalkan dengan aman dan damai; dan mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berpelembagaan".

Ternyata dan terbukti kenyataan YB Khalid tersebut tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, tidak menghormati kedudukan Islam dalam Perlembagaan, dan tidak menghormati institusi Raja yang memerintah Negeri Selangor Darul Ehsan!

Setelah beristikhorah, dan berbincang dengan beberapa sahabat dan ‘ulama dan ‘ilmuan Islam, saya membuat keputusan membuat lapuran polis. Saya tidak mahu dimasa akan datang apabila generasi masa itu melihat kembali sejarah yang berlaku pada tahun 2010, bilamana kalimah ALLAH dihina sebegitu rupa, agama Islam dan umat Islam diperlekeh sebagai lapuk dan ketinggalan zaman, kita tidak berbuat apa-apa pun!!

Moga ALLAH memberikan keampunan kepada saya dan memberikan petunjuk dan hidayahNya dan memberi saya kekuatan istiqomah untuk meneruskan perjuangan memartabat dan mendaulatkan risalah Islam ini yang semakin mencabar akhir-akhir ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
08 Safar 1431
23 Januari 2010

##################################################################

LAPURAN POLIS DANG WANGI / 002868 /2010
OLEH ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU

Saya merujuk kepada lapuran yang disiarkan oleh akhbar portal MalaysiaKini bertarikh 21.01.2010 yang ditulis oleh Jimadie Shah Othman bertajuk “Enakmen larang kalimah ALLAH ketinggalan zaman” (sesalinan dilampirkan). Saya percaya ini ada kaitan dengan isu penyalahgunaan kalimah ALLAH oleh segelintir kumpulan Kristian saperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lapuran itu memetik kenyataan YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam yang menyatakan “enakmen agama (Islam) yang melarang penggunaan kalimah ALLAH dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman”. Alasannya kata beliau “pada masa undang-undang itu diluluskan, mungkin tahap kefahaman umat Islam terhadap agama (Islam) begitu lemah sehingga perlu dilindungi”.

Enakmen yang dirujuk oleh beliau ialah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988 (“Enakmen tersebut”).

Saya ingin menegaskan bahawa Enakmen tersebut telah dibuat dengan sempurna dan sahnya oleh Dewan Undangan Negeri Selangor berdasarkan kuasanya dibawah Artikel 74 (2) Perlembagaan Persekutuan dibaca dengan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut “Undang-Undang Negeri...boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang menganut ugama Islam”.

Malahan DYMM Tuanku Sultan Selangor telah menitahkan baru-baru ini bahawa penganut ugama lain adalah diharamkan daripada menggunakan perkataan “ALLAH” dalam Negeri Selangor Darul Ehsan.

Saya percaya bahawa kenyataan YB Khalid Samad adalah berunsur hasutan dan menghina DYMM Sultan Selangor dan Dewan Undangan Negeri Selangor serta menghina umat Islam secara umumnya. Saya juga percaya bahawa kenyataan beliau itu boleh menyebabkan atau cuba menyebabkan, atau berkemungkinan menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau perasaan permusuhan, benci membenci; atau memudaratkan atau cuba memudaratkan, atau berkemungkinan memudaratkan, pemeliharaan keadaan harmoni dan perpaduan, diatas alasan-alasan agama, diantara umat Islam atau dengan penganut agama Krisitian atau lain-lain agama.

Oleh itu saya membuat lapuran ini agar suatu siasatan dibuat terhadap kenyataan YB Khalid Samad tersebut atas kesalahan samada:

1. menurut Akta Hasutan; dan/atau
2. Seksyen 298A Kanun Kesiksaan; dan/atau
3. Enakmen atau undang-undang berkaitan Islam bagi Negeri Selangor Darul Ehsan.

Sekian lapuran saya.

ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU
Sabtu, 07 Safar 1431 / 23 Januari 2010

(SUMBER;http://zul4kulim.blogspot.com/2010/01/dang-wangi-repot-00286810.html)

KHUTBAH 06 SAFAR: AGENDA KUFFAR

22 January 2010 Oleh Zulkifli Noordin pada 5:50 PM 1 komentar
Label: Kalimah ALLAH

Salam 2 all.

Segala puji bagi ALLAH Tuhan Yang Maha Esa, kami ikhlas beragama kerana ALLAH walaupun kafir,musyrik dan munafik tidak menyukainya. Saya menyeru kita semua, bertaqwalah kita dengan taqwa sebenarnya kepada ALLAH swt, dan janganlah kita mati melainkan sebagai Muslim.

ALLAH memperingatkan kita umat Islam bahawa "Sesungguhnya Yahudi n Kristian tidak akan redho dgn kita sampai bila2 selagi kita tidak mengikut cara hidup mereka. Katakanlah, cukup petunjuk ALLAH bagi kami. Tetapi,jika kamu menuruti Yahudi n Krtistian setelah datang 'ilmu (Al Quran) kepada kamu, maka tiada lah petunjuk dan bantuan Aku bagi kamu" Al Baqarah:120.

Sidang Jumaat sekelian, ALLAH memperingatkan bagaiamana Yahudi dan Kristian akan terus-menerus menjalankan rancangan dan konspirasi untuk menyesatkan kita sehingga kita menurut telunjuk mereka.

Sebab itu sesungguhnya amatlah bodoh dan jahil bagi kita jika menilai isu penyalahgunaan kalimah ALLAH dari sudut hak segelintir Kristian dlm negara kita. Kerana sebenarnya ada agenda dan konspirasi besar lebih daripada itu yang menjadi perancangan mereka.

Persoalan yang sepatutnya kita bertanya, siapakah tuhan yangg disembah oleh Kristian? Jawabnya Jesus!
Siapakah nama tuhan kristian yang mereka gunapakai samada dalam bahasa inggeris,tamil,cina dll? Jawabnya Jesus!

Oleh itu, mengapa mereka beriya-iya mahu mengguna nama ALLAH bagi kristian versi Melayu?

Jawabnya sudah tentu ada agenda jahatnya, agenda halus untuk memperolok-olok dan mempermainkan nama ALLAH Yg Maha Esa. Untuk memporak-perandakan agama Tauhid yang benar dan hak ini.

Sebenarnya ini adalah antara agenda jahat golongan yg memperjuangkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama atau IFC dalam negara ini. Perjuangan mereka adalah untuk menyamaratakan semua agama. Setelah gagal, mereka lakukan pelbagai cara untuk menghidupkan isu IFC dengan mencetuskan pelbagai isu dengan tujuan menunjukkan betapa pentingnya IFC ini ditubuhkan, menjadi medan dialog dan perbincangan kononnya bagi menyelesaikan isu-isu agama yang mereka sendiri reka dan cetuskan.

Mereka tahu mereka akhirnya akan tewas juga dalam penyalahgunaan nama ALLAH ini. Tetapi dengan mencetuskan isu sebesar penyalahgunaan nama ALLAH, dan dengan pembakaran masjid, surau, gereja, gurdwara dll, mereka berharap kita akan menerima desakan betapa pentingnya IFC ditubuhkan.

Kini ada diantara kita umat Islam sudah terperangkap dengan mainan halus ini. Sudah ada diantara kita mula mengangguk kepala mengiya-iyakan cadangan penubuhan IFC.

Sedarlah sidang Jumaat yang dikasihi ALLAH, penubuhan IFC adalah kesinambungan daripada siri-siri usaha untuk menyesatkan kita umat Islam. Tujuan besar IFC adalah meletakkan Islam sama dengan agama lain.

Sedangkan Islam itu agama a'la-ianya tinggi, tiada yg lebih tinggi daripada Islam. Islam adalah agama haq dan benar, dan pasti menang atas agama lain,walaupun musyrikin kafir tidak suka. (Attaubah:33).

Malah Perlembagaan Negara sendiri meletakkan Islam ditempat yang tinggi dan mulia. Islam dijadikan agama persekutuan, dan institusi-institusi Islam diberi tempat dalam Perlembagaan, daripada masjid, sekolah, hingga ke mahkamah syariah. Malah undang-undang Islam tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun walaupun perlembagaan atau undang-undang negara digantung dalam keadaan darurat.
Inilah kedengkian dan kesumat dihati para kuffar, merka tidak boleh menerima hakikat ini.

Mereka berjaya lakukannya di Indonesia apabila Sukarno menerima dan melaksanakan Dasar Pancasila hingga agama semua dianggap sama. Disebabkan agama semua sama, maka tuhannya juga perlu sama. Maka jadilah nama ALLAH yg Esa menjadi nama tuhan kristian dan agama lain. Sehinga muncullah gereja dimerata Indonesia dengan nama Rumah ALLAH Pengasih. Hinggakan bila mati poun disebut "Allahyarham Paulus telah kembali ke rahmat ALLAH, semoga dia mendapat tempat didalam syurga ALLAh berserta Anaknya AlMasih dan Bunda Maryam. Mari kita adakan acara selawat (koir) untuk memperingati Allahyarham"-sedangkan Paulus simati itu sebenarnya kristian. Begitulah celarunya masyarakat disana.

Hinggakan bila ditanya gadis Melayu Islam mengapa mahu dipilih juga jejaka Kristian sebagai teman, jawabnya kerana udah tidak ada beza dong, "Enrika juga tuhannya ALLAH, dia juga mahu ke syorga,jadi apa bezanya pak" tanya gadis-gadis Melayu di Indonesia!!

Semoga ALLAH memberikan petunjuk kepada kita akan fitnah besar yg sedang melanda umat Islam di Malaysia hari ini.

Bersyukurlah kerana kita di Malaysia adalah satu-satunya umat Islam yg kesucian aqidahnya masih tepelihara dan belum tercemar. Walaupun ada dikalangan kita sudah terperangkap dengan konspirasi dan agenda halus kuffar ini, sehingga ada yang sanggp melondehkan aqidah dan agamanya menari-nari menurut gendang tarian kafir la'natullah ini, namun percaya dan yakinlah, kami akan terus memperjuangkan aqidah Islam yang suci ini walaupun terpaksa berdepan dengan segala tohmah dan mehnah.

Biarlah kita dituduh jumud dan bodoh oleh manusia, tetapi yang dikira disisi ALLAH ialah nilai ketaqwaan kita. Kalau sampai nama ALLAH pun kita rela gadai demi habuan dunia yang terlalu sedikit, apa lagi yang tinggal kepada kita umat Islam.

Oleh itu saya menyeru diri saya dan para jemaah rahimakumullah supaya bersatulah kita dibawah tali ALLAH, peganglah Al Quran dan sunnah Rasul dengan sebenar-benarnya. Sesiapa juga yang mengucap kalimah La ila haillallah..mereka ada ikhwanul muslimin. Mereka saudara kita. Sesiapa yang menentang ALLAH, yang enggan mempertahankan kalimah La ila ha illallah, itu adalah musuh ALLAH, dan musuh ALLAH adalah musuh kita juga.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
06 Safar 1431
22 Januari 2010

(SUMBER;http://zul4kulim.blogspot.com/2010/01/khutbah-06-safar-agenda-kuffar.html)

PENGHINAAN OLEH YB KHALID SAMAD

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu P.18
PENGHINAAN OLEH YB KHALID
21 January 2010 Oleh Zulkifli Noordin pada 6:13 PM

KENYATAAN AKHBAR
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU

Salam 2 all.
Saya merujuk kepada kenyataan YB Khalid Samad yang disiarkan oleh media MalaysiaKini hari ini Khamis 05 Safar 1431/21 Januari 2010 (versi Bahasa Melayu) dimana beliau menyatakan bahawa larangan penggunaan kalimah ALLAH yang terkandung didalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 "sudah ketinggalan zaman" dan perlu dikaji semula untuk tujuan dimansuhkan.

Saya berpendapat kenyataan YB Khalid ini adalah tindakan melampau dan kemuncak kepada penghinaan besar beliau terhadap agama Islam dan institusi Islam dinegara ini khususnya bagi negeri Selangor. Pada saya ianya satu kenyataan yang melambangkan sikap angkuh dan sombong dan berasa diri hebat tanpa mengambil kira pandangan orang lain.

YB Khalid sepatutnya sedar bahawa dalam pertemuan di rumah Dato' Seri Anwar Ibrahim pada hari Isnin 02 Safar 1431/ 18 Januari 2010 isu kalimah ALLAH ini telah dibincangkan dengan panjang lebar, dan ternyata kebanyakan 'ulama' dan ilmuan muktabar Islam yang hadir saperti Dr. Kamal Hassan (bekas rektor UIA), Ustadz Abd Ghani Shamsuddin, Sdr Cikgu Azmi (Teras) dan lain-lain ternyata tidak bersetuju kalimah ALLAH boleh digunakan oleh umat Kristian yang berfahaman ketuhanan triniti, sebaliknya kalimah ALLAH hanya boleh digunapakai oleh mereka yang mentauhidkan dan mengesakan ALLAH. Malahan pendapat ini juga dikongsi oleh 'ulama' dan ilmuan lain (yang tidak hadir) saperti Dr. Syed Naquib Al Attas (bekas Rektor Istac), Datuk Dr. Siddiq Fadhil (Pengerusi Wadah), termasuk pakar perlembagaan Datuk Dr. Professor Shad Faruqi (UiTM). Memang ada agamawan dan mereka yang menyokong saperti Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Salahudin Ayub, Hanipa Maidin (yang kesemuanya daripada PAS), termasuk Dr. Mohd. Nor Manutty (PKR) dan beberapa orang lain.

Sebagaimana kata Dato Seri Anwar sendiri, ternyata ada perbezaan pendapat yang sangat ketara, dan perbezaan itu menyebabkan rumusan kesepakatan tidak dapat dicapai pada malam itu sebagaimana yang diharapkan beliau.

Saya berpendapat kenyataan YB Khalid Samad tersebut adalah suatu penghinaan terhadap Yang DiPertuan Agong yang telah menitahkan supaya agama Islam dan peruntukkan Perlembagaan berkaitan Islam hendaklah dihormati. Ianya juga satu penghinaan besar dan penderhakaan terhadap Paduka Tuanku Sultan Selangor yang telah bertitah dengan jelas bahawa penggunaan nama ALLAH oleh bukan Islam dilarang dan diharamkan sama sekali dalam negeri Selangor.

Malahan saya berpendapat kenyataan beliau itu satu penghinaan terhadap fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah memfatwakan pelarangan penggunaan nama ALLAH dikalangan bukan Islam.

YB Khalid Samad perlu faham bahawa pelarangan penggunaan kalimah ALLAH didalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 adalah dibuat secara sah menurut undang-undang berdasarkan peruntukkan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Ianya dibuat setelah perundingan, perbincangan, muzakarah, kajian dan perbahasan mendalam oleh para ulama' dan ilmuan Islam dan para cendikiawan. Ianya terkandung bukan sahaja di Selangor, tetapi juga di 9 negeri lain kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Ianya adalah undang-undang yang sah dan berkuatkuasa. Ianya bukan undang-undang yang dibuat daripada atas pokok oleh golongan bodoh dan jahil. Dan umat Islam tidaklah sebodoh dan selemah yang beliau nyatakan. Sebaliknya kejahilan itu adalah pada beliau sendiri akibat daripada sikap sombong dan fanatik beliau mahu memaksa orang lain menerima pandangan beliau yang terlalu jumud dan sempit.

Pada pendapat saya, kenyataan dan tindak-tanduk beliau adalah memudharatkan dan/atau boleh memudharatkan keadaan harmoni atau perpaduan dikalangan umat Islam, malahan boleh mencetuskan ketegangan diantara umat Islam dan bukan Islam. Pada saya, ianya suatu kesalahan yang boleh disiasat dan diambil bukan sahaja dibawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Selangor, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988; malahan tindakan boleh diambil dibawah Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan.

Saya dengan ini mendesak supaya:

1. YB Khalid Samad segera menarik balik kenyataan beliau yang menghina Islam, Yang DiPertuan Agong dan Sultan Selangor tersebut dalam tempoh 24 jam;

2. YB Khalid hendaklah meminta ma'af kepada Yang DiPertuan Agong dan Paduka Tuanku Sultan Selangor khasnya kerana pada saya kenyataan beliau adalah satu sikap derhaka yang terbuka terhadap paduka Tuanku Yang DiPertuan Agong dan Tuanku Sultan Selangor, dan beliau hendaklah meminta ma'af kepada umat Islam khususnya di Selangor atas kenyataan biadap dan menghina tersebut;

3. Jabatan Agama Islam dan pihak berkuasa negeri Selangor perlu menyiasat kenyataan tersebut menurut peruntukkan undang-undang negeri Selangor yang ada, dan jika didapati ada kesalahan yang dilakukan, hendaklah mengambil tindakan pendakwaan jenayah syarie terhadap beliau di mana-mana Mahkamah yang berbidang kuasa;

4. Pihak Polis DiRaja Malaysia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah menyiasat kenyataan ini menurut Akta Hasutan ataupun Seksyen 298A Kanun Kesiksaan, dan sekiranya ada kes hendaklah suatu pertuduhan jenayah dikenakan terhadap YB Khalid Samad;

5. Kepimpinan PAS perlu menyiasat tindak-tanduk YB Khalid Samad ini terutama kenyataan terbaru beliau ini dan saya syorkan supaya tindakan disiplin diambil dengan memecat beliau daripada PAS kerana ternyata sikap dan tindak-tanduk beliau kebelakangan ini adalah sangat memudharatkan PAS dan memberi tanggapan yang sangat negatif kepada perjuangan PAS untuk mendaulatkan dan memartabatkan Islam.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
05 Safar 1431
21 Januari 2010

#######################################################

(Petikan daripada MalaysiaKini (versi Melayu) bertarikh Khamis 21.01.2010)

'Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan zaman'

Jimadie Shah Othman Jan 21, 10 2:23pm

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berpendapat enakmen agama yang melarang penggunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman.Justeru, ia perlu dibuka kepada perbincangan semula.

“Bagi pandangan saya, ya (ketinggalan zaman). Dan ia bercanggah sebenarnya dengan semangat di sebalik usaha dakwah Islam. Saya menyeru untuk ia dibincang, untuk dibuka untuk dibincang,” kata Khalid.“Bukan kata sudah buat, okeylah semua ikut sahaja, lepas itu tidak boleh kaji balik sama sekali. Itu satu kaedah dan pendekatan yang jumud dan tidak harus ada pada umat Islam.

Beliau diminta mengulas sama ada undang-undang itu sudah ketinggalan zaman apabila berkata Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 boleh dikaji kembali sekiranya kefahaman umat Islam semakin mantap.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam, Khalid berkata, pada masa undang-undang itu diluluskan, mungkin tahap kefahaman umat Islam terhadap agama begitu lemah sehingga perlu dilindungi.

'Enakmen bukan hukum bersifat qatii'“Namun, enakmen-enakmen merupakan undang-undang pentadbiran keagamaan dan bukan hukum yang bersifat qatii (putus) yang tidak boleh berubah,” katanya yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri.Selain melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam, enakmen yang sudah digubal lebih sepuluh tahun lalu turut melarang penggunaan 24 kalimah lagi.Antaranya ialah ilahi, wahyu, ulama, imam dan nabi.

Pada 7 Januari lalu, Umno Selangor menghantar memorandum kepada Sultan Selangor meminta campurtangan baginda bagi menangani isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.Ketua biro agama parti itu, Datuk ismail Kijo yang mengetuai perhimpunan itu dilaporkan berkata, enakmen berkenaan jelas menyebut penggunaan perkataan tersebut dilarang.

Sultan Selangor pada 11 Januari lalu dilapor menitahkan semua pihak berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama lain selain Islam.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa memberitahu, titah itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan baginda pada 5 Januari lalu.Mohamad Adzib berkata, Sultan Selangor turut meminta MAIS memaklumkan kepada rakyat tentang wujudnya undang-undang menghalang pengunaan kalimah Allah seperti termaktub dalam enakmen itu.

(sumber;http://zul4kulim.blogspot.com/2010/01/penghinaan-oleh-yb-khalid.html)

Monday, January 25, 2010

Satu-satunya Sultan pernah zahirkan khutbah Jumaat


Satu-satunya Sultan pernah zahirkan khutbah Jumaat

JOHOR BAHRU 23 Jan. - Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot menyifatkan Almarhum Sultan Iskandar merupakan seorang insan yang cukup istimewa kerana baginda merupakan satu-satunya Sultan atau Raja di negara ini yang pernah menyampaikan khutbah di masjid-masjid.

''Semasa sihat baginda akan mengutuskan untuk menunaikan sembahyang Jumaat di masjid utama di daerah-daerah dan atas kesediaan, baginda menzahirkan hasrat untuk menyampaikan khutbah di masjid terbabit.

''Ini menjadi satu kebanggaan bagi rakyat khasnya masyarakat Islam di negeri ini,'' katanya.

Beliau yang pernah menjadi Timbalan Mufti dan Mufti Johor selama 10 tahun berkata, itulah keunikan dan kelebihan yang ada pada baginda.

Nooh berkata, pada dasarnya baginda seorang Sultan yang mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya terutamanya mengenai agama Islam.

Menurutnya, semasa menjadi mufti beliau dikurniakan darjah kebesaran antaranya Pingat Ibrahim Sultan (PIS), Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ), Setia Paduka Mahkota Johor (SPMJ) dan Pingat Lama Dalam Perkhidmatan (PLP).

''Sebagai tanda kasih dan sayang saya terhadap baginda, malam tadi saya bersama Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Kiyai Shamsuddin serta beberapa imam dan pegawai Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) tidak tidur hinggalah ke saat pemakaman baginda.

''Kami bersama kerabat diraja Johor hinggalah saat baginda menghembuskan nafas terakhir telah menguruskan upacara pemakaman baginda dengan harapan berjalan lancar. Ini merupakan sumbangan terakhir saya untuk Almarhum yang amat dikasihi,'' katanya.

Nooh berkata, Istana Besar akan mengadakan bacaan tahlil selama tiga hari berturut mulai malam ini, manakala masjid-masjid di daerah-daerah akan mengadakan perkara sama untuk tempoh berkenaan.

''Sama-samalah kita berdoa agar roh baginda ditempatkan bersama roh-roh orang yang soleh dan mendapat keampunan, rahmat daripada Allah SWT," katanya.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm)

Pemakaian Perkabungan Di Johor Sukarela Dan Bukan Paksaan


25 Januari, 2010 16:48 PM

Pemakaian Perkabungan Di Johor Sukarela Dan Bukan Paksaan

JOHOR BAHARU, 25 Jan (Bernama) -- Pemakaian pakaian perkabungan di kalangan rakyat Johor berikutan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar pada Jumaat lepas, adalah secara sukarela dan tiada unsur paksaan, kata Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli.

Sehubungan dengan itu beliau menafikan sekeras-kerasnya khabar-khabar angin yang mengatakan mereka yang tidak memakai pakaian perkabungan akan dikenakan tindakan seperti denda atau ditangkap.

"Baginda (Sultan Johor Sultan Ibrahim) telah meminta saya untuk menyatakan bahawa pemakaian perkabungan itu adalah secara tulus ikhlas daripada rakyat dan tiada sebarang unsur-unsur paksaan."

"Pemakaian perkabungan itu adalah untuk menunjukkan taat setia dan kasih sayang rakyat kepada (Almarhum) baginda dan adalah dilakukan secara tulus ikhlas," katanya pada persidangan akhbar di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, Sultan Ibrahim merasa terkilan dengan penyebaran khabar-khabar angin itu kerana Tuanku amat prihatin kepada keadaan rakyatnya dan tidak mahu menimbulkan sebarang kesusahan kepada mereka.

Abdul Rahim berkata, penyebaran khabar-khabar angin itu bertujuan untuk memburuk-burukkan Sultan Johor.

"Ia tidak masuk akal dan tidak benar (dakwaan tentang tindakan terhadap mereka yang tidak memakai pakaian perkabungan)," katanya.

Beliau berkata pakaian perkabungan bagi lelaki Islam di Johor adalah songkok yang berlilit kain putih selebar 5.0sm manakala bagi wanita Islam pula adalah dengan memakai tudung putih.

Bagi rakyat Johor yang bukan beragama Islam pula menurutnya, mereka boleh mengenakan lilitan kain hitam selebar 7.62sm di lengan kiri atau memakai tali leher berwarna hitam.

Tempoh pemakaian perkabungan katanya, adalah selama tujuh hari bermula dari tarikh kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar pada Jumaat lepas.

Abdul Rahim turut menjelaskan bahawa penutupan pusat-pusat hiburan di Johor dan pembatalan permainan adalah hanya pada hari pemakaman Almarhum Sultan Iskandar pada Sabtu lepas.

Beliau juga berkata, gelaran Sultan Johor kini adalah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Di Pertuan Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim.

Bagi "royal consort", gelaran yang diperkenankan ketika ini adalah Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Bagi Raja Muda Johor, beliau berkata gelaran yang diperkenankan adalah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.

Mengenai tulisan di dalam sebuah blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar, beliau yang tidak membacanya menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan mengenainya.

Pada Ahad, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya telah menerima sebanyak 25 laporan polis daripada mereka yang marah dengan tulisan blog terbabit dan menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat serta mengheret pihak yang bertanggungjawab ke mahkamah.

-- BERNAMA

(sumber;http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=470891)

Tan Sri Sanusi Junid:SEBAGAI RAJA, SULTAN, KAWAN DAN MANUSIA BIASA


Monday, January 25, 2010
KDYMM TENGKU ISKANDAR DALAM KENANGAN
KDYMM SULTAN MAHMUD ISKANDAR IBNI ISMAIL AL-KHALIDI

SEBAGAI RAJA, SULTAN, KAWAN DAN MANUSIA BIASA


1. Saya turut menziarahi jenazah KDYMM Tengku Iskandar yang saya kenal sebagai ' a king, a sultan and a friend.'

2. Sebagai seorang 'king' atau Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dari 26 April, 1984 ke 25 April, 1989 saya, selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Kebangsaan mempunyai kesempatan menghadap KDYMM Tuanku untuk melaporkan atau meminta nasihat mengenai sesuatu acara sambutan. Persiapan untuk sambutan bermula lebih kurang 5 bulan sebelum 31hb Ogos setiap tahun.

3. Sayalah orang yang paling merasa gerun apabila KDYMM Tuanku ditabal menjadi Yang Di Pertuan Agung ke 8, kerana saya adalah yang paling kuat berkempen di waktu krisis perlembagaan berlaku.

4. Oleh kerana imej KDYMM Tuanku agak menakutkan maka apabila Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir memberitahu saya Yang Di Pertuan Agung menitahkan saya menghadap maka saya telah melambat-lambatkan temujanji kerana membuat persiapan fizikal untuk menghadapi kemarahan KDYMM Tuanku.

PERASAAN TAKUT BERUBAH MENJADI HORMAT

5. Bila saya berdepan dengannya sebagai Raja, KDYMM Tuanku, dengan kedua tangannya di belakang, telah berjalan ke kiri dan ke kanan di depan saya, yang sedang berdiri tegak, dan secara mengejut bertanya ' engkau kata aku gila ya? ' Saya menjawab ' Ku Tuanku.' KDYMM bertanya lagi 'kenapa engkau kata aku gila?' Saya menjawab 'kerana kita sedang berlawan Tuanku, patik dalam pasukan UMNO pimpinan Dr. Mahathir dan Tuanku di pihak raja-raja Melayu. Itu pasukan yang sedang bertentangan Tuanku. Patik mohon ampun jika itu melukakan hati Tuanku.' Tuanku berdehem dan berdiri terdiam.


6. KDYMM Tuanku telah mengulangi soalan yang sama tiga kali dan saya juga menjawab dengan jawapan yang sama sebanyak tiga kali juga. Akhirnya KDYMM Tuanku telah mendekati saya dan memegang bahu saya sambil berkata, 'kalau engkau bekerja di Istana Johor aku lantik engkau jadi panglima. You are a good team player. Awak sokong ketua awak' Pada ketika itulah saya terkejut dan perasaan takut saya berubah menjadi hormat KDYMM Tuanku.

PERSIAPAN MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN


7. Pada satu peritiwa yang lain saya telah menghadap KDYMM Tuanku dengan satu soalan yang agak 'embarassing'. Lantaran mengidap penyakit ghout saya melihat KDYMM Tuanku, secara berterusan dan tanpa henti, meminum kopi o ais dari sebuah gelas yang besar; dan saya perhatikan juga bagaimana beliau sering menghentikan perbincangan dan meninggalkan majlis kerana terlalu banyak meminum kopi o. Maka Jawatankuasa Sambutan Hari Kebangsaan terpaksa memutuskan samada KDYMM Tuanku dapat bertahan dan tidak minum dan meninggalkan majlis sepanjang hampir 3 jam acara sambutan diadakan.

8. Bila saya menghadap dan bertanya kepada KDYMM Tuanku mengenai ' Tuanku's pattern of discharging excess water, as a result of overdrinking coffee 'o'' KDYMM Tuanku menyergah 'You are interfering with my private life.' Memerhatikan KDYMM Tuanku agak berang, saya bernasib baik kerana, KDYMM Tuanku Sultanah Zanariah, yang ada bersama, telah mencelah 'Dato' Sanusi must have a reason for asking.' KDYMM Tuanku tersenyum dan bertanya 'Kenapa awak nak tahu?'

RAJA YANG BERTIMBANG RASA


9. Saya menjelaskan bahawa di dalam perarakan Hari Kebangsaan ada banyak pasukan berpakaian seragam. Pasukan ini akan melintasi pentas di Raja dan akan mengangkat tabik hormat. Jika KDYMM Tuanku tidak membalas tabik maka pasukan berpakaian seragam ini akan 'mark-time' dan berkawad di tempat sampailah tabik mereka dibalas. Apabila jawatankuasa mengetahui jangka masa yang diperlukan untuk Yang Di Pertuan Agung berangkat meninggalkan Pentas Di Raja maka, untuk jangka masa itu, dapatlah jawatankuasa mengaturkan 'brass-band' dari sekolah-sekolah untuk lintas di depan pentas dan bukan pasukan berpakaian seragam yang memerlukan tabik balas SPB Yang Di Pertuan Agong. Dengan cara itu bolehlah perarakan berjalan tanpa halangan. Mendengar penjelasan ini DYMM Tuanku tersenyum sambil berkata 'Setiap 30 minit'.

10. Itulah sebabnya pada tahun pertama KDYMM Tuanku menjadi SPB YDP Agung Jawatankuasa Sambutan Hari Kebangsaan telah menganjurkan pertandingan 'brass-band' antara sekolah untuk mengisi masa sekitar 10 minit antara jarak 30 minit, sepanjang masa perarakan yang lebih dua jam itu.

11. Pada 31 Ogos 31 Ogos, 1984 seluruh Jawatankuasa Sambutan telah terkejut apabila SPB YDP Agong tidak tinggalkan pentas walau sekali pun kerana, mengikut KDYMM Tuanku Sultanah 'Tuanku tidak mahu menyusahkan rakyat ............ dia puasa semalaman dan tidak minum kopi o ais.' Saya kemudian diberitahu bahawa pegawai yang ditugaskan untuk memberitahu kepada saya mengenai tidak perlunya masa untuk SPB YDP Agong meninggalkan majlis telah tidak disampaikan kepada saya. Yang penting ialah kejadian ini menunjukkan betapa bertimbang-rasanya KDYMM Tuanku untuk tidak menyusahkan rakyat.

RAJA SEBAGAI MANUSIA BIASA


12. Satu kejadian lagi yang mengejutkan seluruh negara, termasuk yang melihat acara sambutan melalui TV, ialah apabila SPB YDP Agong, sebagai manusia biasa, telah terlupa dirinya sebagai raja, daan telah turun dari pentas, kerana keghairannya dan seronoknya melihat perbarisan motorsikal, di dalam perarakan, dan terus menahan sebuah motosikal untuk ditunggangnya buat seketika semasa perarakan sedang berjalan.

MEMPERTAHANKAN ADAT DAN ADAB


13. Sebagai seorang Raja yang sangat mementingkan adat istiadat Melayu KDYMM Tuanku tersangat prihatin terhadap adat dan adab. KDYMM Tuanku tidak pedulikan samada seseorang itu seorang pakar undang-undang, walau di peringkat antarabangsa sekalipun, jika beliau tidak pedulikan adat dan adab dan tidak sopan dalam hubungan dengannya sebagai Raja. Pendirian inilah yang telah menyebabkan peritiwa pemecatan hakim yang pernah berlaku dalam sejarah negara kita. Malah dengan peristiwa ini juga menjadi nyata bahawa KDYMM Tuanku mempunyai ingatan yang sungguh lama ke atas sesuatu peristiwa yang berlaku padanya

14. Bila saya tanya KDYMM Tuanku atas sebabnya beliau mahu menjadi Agung sedangkan Sultan Johor sebelumnya telah mengelak dari menerima jawatan ini apabila sampai gilirannya. KDYMM Tuanku telah memberitahu dengan satu ayat yang saya masih teragak-agak maksudnya sampai ke hari ini iatu 'jika aku boleh tunggu bertahun-tahun untuk dapat jawatan kenapa orang lain tak boleh tunggu?' Kerana kemangkatannya maka saya tidak mempunyai kesempatan untuk bertanya.

TEGAS BERTINDAK KE ATAS SESIAPA YANG AMBIL KESEMPATAN ATAS KEBAIKANNYA

15. Sebagai manusia biasa KDYMM Tuanku mempunyai kegemaran yang tidak diketahui ramai. Salah satu darinya ialah kegemarannya kepada sate yang mentah. Saya sering dipanggil ke Istana Johor di Kuala Lumpur hingga larut malam semata-mata kerana saya menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar yang bertanggung-jawab membesarkan sistem francais SATE' RIA di bawah MARA. Selalulah saya membekalkan sate dari SATE' RIA dengan menalipon Pengerusi MARA Holdings Sdn. Bhd. Encik Wan Hanafi Wan Daud untuk memastikan pembekalan ada walau pukul 12 malam sekalipun. SATE' RIA tidak pernah gagal menyampaikan tempahan. Pada satu hari, kira-kira pukul 1 pagi saya mendapat telefon menyatakan KDYMM Tuanku inginkan sate tetapi sate dari SATE' RIA sudah kehabisan. Saya pun terus ke Hotel Holiday Inn untuk mendapatkan bekalan. Malangnya sate itu telah menggangu kehazaman YDP Agong dan kira-kira pukul 5 pagi saya mendapat telefon langsung dari KDYMM Tuanku menyatakan sate' itu bukan sate' dari SATE' RIA. Saya pohon maaf dan menyatakan ianya dari sebuah hotel kerana sate' dari SATE' RIA sudah kehabisan. KDYMM Tuanku dengan suara menyindir menjawab 'Thank you for being honest. I can understand.'

16. Setelah mengenal KDYMM Tuanku begitu lama saya telah ambil kesempatan untuk bertanya mengenai beberapa kejadian yang membuat namanya disebut-sebut oleh orang-ramai dengan cara yang tidak menyedapkan pendengaran. KDYMM Tuanku menjawab 'aku baik dengan semua orang, tapi jangan pula ambil kesempatan bila akau baik. Contohnya, Dato' baik dengan saya maka semua keluarga saya juga baik dengan Dato' tetapi janganlah ambil kesempatan atas kebaikan aku itu. Jangan ganggu keluarga aku.' Bila saya bertanya lagi KDYMM Tuanku menjawab 'I have no need to explain to the press, they should know me. Aku tahu bila orang tak suka kat kita buat apa pun, beri penjelasan apa pun, orang tetap tak suka ....' Sebagai seorang yang berperanan dalam politik saya tahu dan faham maksud KDYMM Tuanku. Saya berjanji akan menulis mengenai fakta ini dan inilah saya tulis dalam blog ini.

PENGALAMAN DI PANDU OLEH KDYMM TUANKU

17. Saya adalah salah seorang yang berpeluang bersama KDYMM Tuanku sebagai penumpang dalam kereta yang di pandunya. Dalam satu lawatan saya ke Istana Johor saya telah dibawa keliling kawasan istana melihat muziumnya dan taman binatang. Di waktu melintasi jalan saya lihat KDYMM Tuanku mempunyai 'sense of humour' yang membahayakan. Bila sampai di lampu trafik KDYMM Tuanku telah berhenti bila lampu membolehkan berjalan, sebaik sahaja lampu merah KDYMM Tuanku pun tekan minyak dan kereta meloncor kedepan menyebabkan pemandu kereta lain bising menekan hon kerana tidak tahu 'yang bergurau itu ialah Sultan mereka.'

18. Waktu sampai di kebun binatang KDYMM Tuanku telah tunjuk kepada saya beberapa ekor buaya miliknya yang sedang ketiduran. KDYMM Tuanku bertanya kepada saya 'Datuk Menteri Pertanian ... apa sebab buaya tu letih dan terus tidur saja.' Saya menjawab 'tak cukup makan Tuanku.' 'Apa makanan buaya yang Tok Menteri tahu.' 'Bangkai ayam tuanku ... . yang paling murah.'' Awak tak tahu ... buaya ini teringin nak makan daging Menteri yang banyak cakap ....' sambil paling tersenyum kepada saya.

GEMAR LAGU KERONCONG

19. Dalam perjalanan seterusnya, sambil memandu dengan penuh yakin, KDYMM Tuanku pun menyanyi sebuah lagu keroncong yang tidak begitu jelas senikatanya kepada saya. Saya komen 'Tuanku suka keroncong.' 'Favourite aku Julie Sudiro dan Yusni Hamid ...... macam mana suara aku?' Saya menjawab 'lebih baik Tuanku terus jadi Sultan sahaja dan jangan buat kerja lain.' 'Jadi tak sedaplah suara aku.' ' I did not say that Tuanku.' 'Aku pun tahu ...... aku suka kau jujur dan ikhlas ..... jangan macam Mat Bulat ... dia kata aku boleh jadi recording artis ... dia nak ampu aku....' Tidak hairanlah bila saya nampak Julie Sudiro terduduk letih di atas lantai di belakang barisan tempat duduk keluarga di Raja dalam dewan bersemayam di hari pengkebumian.

20. Peristiwa terakhir yang tinggal dalam kenangan ialah di waktu saya, isteri, Dato' Syed Hussein Al Habshee dan isterinya menjadi tetamu KDYMM Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah dalam majlis santapan tengah hari di Istana Johor. Kami yang hadir merasa agak gerun kerana di atas meja makan, di dalam cermin kaca, ada anak-anak buaya kecil yang masih hidup. Tetapi, kerana sedapnya hidangan dan isi cerita-cerita yang dikisahkan oleh KDYMM Tuanku kami pun terlupa kepada buaya di depan. Ini adalah pertemuan terakhir saya dengan KDYMM Tuanku.

21. KDYMM Tuanku Sultan Iskandar adalah seorang raja, sultan, kawan dan manusia ( a King, a Sultan, a friend and an ordinary human being ) yang akan kekal dalam kenangan manis saya dan isteri untuk selama-lamanya. Lebih-lebih lagi kerana kemangkatan KDYMM Tuanku kebetulan jatuh pada hari ulang tahun ke 38 resepsi perkahwinan saya di Panti Perwira Angkatan Laut, Djalan Prapatan No. 38, Djakarta pada 22 Januari, 1972. Semoga Allah s.w.t. menempatkan KDYMM Tuanku di samping hamba-bambaNYA yang terpilih.


Posted by Sanusi Junid at 12:18 AM
Labels: SEJARAH

(sumber;http://sanusijunid.blogspot.com/2010/01/kdymm-tengku-iskandar-dalam-kenangan.html#more)