Tun Dr. Mahathir: Kekalkan pembangunan yang BN bawa dan jayakan
Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan pengundi P094 Hulu Selangor bahawa pemerintahan Barisan Nasional mengutamakan rakyat semua kumpulan etnik.
Beliau merakamkan rasa syukur kerana diberikan peluang dan tenaga kerana masih mampu berkempen, walaupun pada usia hampir 85 tahun. Sambil mengimbau kembali pengalaman pertama berkempen semenjak 1946 lagi, beliau mengingatkan Parti Perikatan dan Barisan Nasional berjaya membangunkan negara dan rakyat secara kuantitatif dan kualitatif. Tahap kehidupan meningkat kerana kejayaan pemerintahan merangkumi penglibatan semua kumpulan etnik dan bukan hanya orang Melayu semata mata.
Presiden UMNO V dan Pengerusi BN III itu berkempen untuk calon BN PRK P094 Hulu Selangor P. Kamalanathan di Pusat Daerah Menngundi Serendah malam ini dan dihadiri 1,500 orang tempatan yang datang berpusu pusu dan keadaan penuh sesak. Turut hadir ialah Presiden Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Pengerusi BN Perlis Dato’ Seri Shahidan Kassim dan MP Pasir Mas Dato’ Ibrahim Ali.
Keamanan dan keharmonian yang diberjaya dikekalkan merupakan ciri penting kemajuan dan pembangunan dapat dijana dan diberikan tumpuan. “Orang negara lain datang sini untuk belajar dari kita walaupun mereka terdiri dari satu kaum sahaja, tidak seperti kita”.
“Hari ini kita lihat semua etnik berkerja diseluruh Malaysia, melakukan macam macam pekerjaan termasuk etnik dari pendalaman Sabah dan Sarawak” dan mengambil contoh pembangunan yang BN berjaya bawa memungkinkan orang dari pendalaman Sarawak berjaya sehingga ketahap CEO GLC. “Idris Jala adalah contoh bagaimana etnik yang dahulunya British sifatkan sebagai ‘orang asli yang menjadi pemburu kepala’, kini berjaya menguruskan Malaysia Airlines dengan baik dan membawa keuntungan”.
“Orang kata saya rasis tapi masa ekonomi kita hampir lumpuh dan ramai peniaga hampir bankrap akibat sekarang matawang 1997, tindakan saya menyelamatkan semua, termasuk peniaga Cina” menyingkap krisis ekonomi 1997-8 “Bukti tindakan yang kita ambil adalag jelas apabila etnik Cina memberikan sokongan kuat pada BN dalam PRU 10 November 1999. Kalau saya rasis, kenapa sokongan etnik Cina solid pada masa itu?”.
“Ramai juga yang datang kepada saya dan mengucapkan ‘Terima Kasih’, termasuk orang Cina. Kalau rasa ‘Terima Kasih’, undilah BN!”.
Menjelaskan penglibatan beliau dengan mesyuarat agung PERKASA yang dikatakan rasis, “Ibrahim Ali ini selalunya lebih garang dari UMNO, termasuk dalam Dewan Rakyat. Kadang kadang, kita perlukan orang macam ini”.
Beliau mengingatkan orang yang sentiasa ‘lompat parti’ ini sebagai “Jangan percaya orang macam ini. Nanti kita undi dia, dia lompat ke lain. Terutama orang yang minum dan mabuk. Tidak boleh percaya”, sambil menerima tepukan gemuruh.
Mengulas mengenai isu ‘kuda’, “Saya biasa bela kuda. Ada 30 ekor. Baka baik baik. Tapi tak dak sekor pun berlumba, terutama untuk judi”.
“Ada orang tu ada firma guaman cukup besar, sampai 100 peguam. Tapi dia tak pernah pergi Mahkamah pun. Kerja dia hanya sain borang. Dulu, dia datang pada UMNO mintak kerja. UMNO pun dulu biasa bagi dia kerja (Bermula selepas ‘UMNO diisytiharkan tidak sah pada 4 Feb 1988).. La ni, dia ‘Kacang Lupakan Kulit’!”
Tun Dr. Mahathir menaruh harapan agar PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak “Dapat memperbetulkan apa yang orang dulu buat” dan dengan jelas membuat rujukan kepada kelemahan pentadbiran PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Semasa sessi soal jawab sidang media, beliau mengingatkan semua etnik wajar bekerjasama rapat untuk menentukan proses pembangunan berterusan. Apabila ditanya mengenai undi etnik Cina yang dikhuatiri tidak memihak kepada BN, “Orang Cina tak boleh berkelahi dengan orang lain. Orang Cina mesti kerjasama dengan orang lain juga. Sama macam orang lain perlu berkejasama dengan orang Cina”. Beliau yakin pengundi P094 Hulu Selangor akan kembali mengundi BN kerana “Pada 2008, mereka bukan menolak BN. Mereka undi Pembangkang kerana kecewa. Mereka. Juga biasa mengundi orang India, jadi isu kaum bukanlah menjadi hal”..
Beliau juga mengesa Ketua-Pembangkang-Tanpa-Parti Anwar “Mat King Leather” Ibrahim untuk “Bersumpah secara yang betul, dalam masjid dengan menjunjung Al Quran. Saiful dah buat. Jangan bersumpah diluar masjid sahaja”.
(sumber;http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/04/22/tun-dr-mahathir-kekalkan-pembangunan-yang-bn-bawa-dan-jayakan/)
No comments:
Post a Comment