Friday, April 16, 2010

Palanivel - Tak Usah Kamu Merajuk.



Palanivel - Tak Usah Kamu Merajuk.

Dr Novandri Hasan Basri

Kamalanathan telah dipilih sebagai calon BN di pilihanraya kecil Hulu Selangor. Keputusan itu dibuat oleh Pengerusi BN, DS Najib Tun Razak. Dan ianya muktamad.

Apa yang kita mahu lihat sekarang ialah komitmen daripada seluruh jentera MIC sama ada di Hulu Selangor dan juga MIC pusat. Kita mahu melihat muka-muka jawatankuasa 18 cawangan MIC di Hulu Selangor yang telah mengugut kepimpinan teringgi BN supaya mereka mengotakan janji Presiden MIC mereka iaitu DS Samy Vellu yang mengaku akan akur dengan keputusan akhir Pengerusi BN.



Kita juga mahu melihat kelibat Palanivel yang berkemungkinan besar sedang merajuk sampai meleleh air mata kerana tidak dipilih kali ini. Mungkin kerana itulah beliau tidak hadir semasa penamaan calon BN.

Tapi, itulah yang dinamakan politik. Seseorang itu tidak boleh selama-lamanya berada di atas sana dan mereka perlu mengaku bahawa masanya akan tiba untuk mereka diturunkan atau tidak dipilih lagi.

Palanivel mungkin amat sukar untuk menerima kenyataannya tetapi di dalam tempoh kempen pilihanraya yang terlalu pendek, kita tidak perlu melayan kerenah Palanivel jika beliau mulai melenting atau mungkin bertanding di atas tiket bebas.

Dalam masa yang sama, Palanivel juga tidak boleh melayan emosi kekecewaan beliau terlalu lama disebabkan tempoh berkempen yang terlalu singkat. Palanivel akan tampak lebih gentleman, berwibawa dan dipandang tinggi jika beliau mampu mengenepikan emosi beliau itu dan bersama-sama berkempen sehingga ke hari mengundi.

Kepada Palanivel, tidak perlulah merajuk lagi. Tua-tua tu tak molek nampaknya...buang tabiat sahaja.

(sumber;http://novandri.blogspot.com/2010/04/palanivel-tak-usah-kamu-merajuk.html)

zmsegamat kata: dah nampak sape bakal Presiden MIC selepas ni..

No comments: