Thursday, April 8, 2010
Calon MIC. Kalau UMNO Tak Protes, Kenapa Bloggers Perlu Melenting..?
Ramai yang tidak mahukan calon MIC menjadi wakil BN untuk PRK P094 Hulu Selangor. Jika ditanya dikalangan masyarakat kaum India sekalipun sudah pasti jawapannya “TIDAK”. Apatah lagi kalau ditanya kepada orang melayu dan kaum tionghua, jawapannya mudah, TIDAK!
Malah jika mahu dibuat nisbah juga boleh melihatkan jawapan 10:1, daripada bilangan ramai ditanya sepuluh orang akan mengatakan tidak dan jikalau bernasib baik hanya satu boleh bersetuju mahukan calon MIC.
Mengikut rekod yang termaktub dalam keputusan PRU 12 tahun 2008 bagi P094, sepatutnya TIDAK ada sebab untuk Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel tewas ditangan Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad.
Kesemua ketiga-tiga DUN dalam Hulu Selangor iaitu Batang Kali, Hulu Bernam, dan Kuala Kubu Bharu berjaya dimenangi oleh BN. Seharusnya G Palanivel menang mudah dengan lebih 5,000 undi majoriti. Malang sekali rakyat yang mengundi di Hulu Selangor benar benar membuktikan “People Power” ataupun “Kuasa Rakyat”, maka berkuburlah gelaran Yang Berhormat setelah selama lebih 3 penggal menjadi milik pemimpin MIC ini.
Natijahnya bukti yang cukup jelas…, mesej yang cukup terang kepada BN, bahawa MIC sudah tidak mahu diterima lagi pada PRU ke 12.
Bukan sahaja G Palanivel yang ditolak oleh rakyat, bahkan hampir kesemua pimpinan utama MIC tewas dikubu kuat masing masing pada PRU ke 12;
Samy Vellu, Presiden tertonggeng di Sungai Siput,
Sothianathan, Setiausaha Agung tertiarap di Teluk Kemang,
Vigneswaran, Ketua Pemuda dimandikan di Kota Raja,
Kamala Devi, Ketua Wanita tersungkur di Kapar.
Diperingkat negeri juga, kesemua wakil wakil MIC menjadi lauk santapan samada kepada wakil PAS, PKR atau DAP. Begitulah HEBATnya kuasa rakyat yang bergema dikalangan kaum hindu melaungkan MAKKAL SAKTI..!
Apakah kita sudah boleh mentafsirkan itu semua sebagai bahan lipatan sejarah..? Sebaik-baiknya eloklah dilihat sebagai suatu Most Expensive Lesson yang telah diajar oleh rakyat kepada kerajaan.
Setelah setahun Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri, sudah pastilah beliau juga mendapat maklumat yang “exclusive” berkaitan dengan sokongan rakyat terhadap kerajaan BN yang berusaha keras mahu kembalikan keyakinan rakyat.
Konsep 1 Malaysia yang membawa slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” sudah semakin sinonim dengan halwa telinga rakyat dinegara ini. Kalau dulu bila sebut sahaja Dr Mahathir Mohamed maka terpandanglah dalam fikiran kita Bersih Cekap Amanah. Pada hari ini bila muncul sahaja kelibat Najib maka terpacul terus logo 1 Malaysia.
Seterusnya kita harus melihat sejauh manakah penerimaan rakyat terutamanya kaum bukan melayu terhadap 1 Malaysia hak milik Najib? Inilah elemen tersangat penting setelah keputusan PRU 12 terbukti yang menjadi mangsa kemarahan rakyat adalah hampir kesemua wakil MIC dan ramai juga wakil MCA.
Secara mudah untuk disebut, kaum india dan cina sudah muak dan jelek dengan BN. Mujurlah UMNO masih utuh dimana tidak semua wakilnya tumbang samada diperingkat negeri mahu pun di Parlimen, dalam erti kata lain lebih ramai wakil UMNO berbanding MCA, Gerakan dan MIC.
Begitulah pasang surutnya cuaca politik tanahair dimana pada tahun 1999 tatkala ramai wakil UMNO berputih mata, BN dikuatkan oleh kemenangan cemerlang wakil MCA, Gerakan dan MIC.
Hari ini sudah tiba waktunya untuk Datuk Seri Najib melalui ujian paling getir! Inilah PRK yang sulung dinegeri Selangor, sebuah negeri yang paling “terkesan” bahana Tsunami 2008 kerana disinilah terdapat ramai pengundi bukan melayu.
Taburan penduduk diklasifikasikan sebagai Masyrakat Majmuk sudah pastinya menjadi kubu kuat kerajaan Pakatan yang dipimpin oleh DAP yang menggunakan PKR sebagai baruanya dan mereka bersama-sama berasmaradana dibelakang PAS….
Pilihanraya kecil di negeri Selangor ini sebenarnya adalah peluang terbaik untuk Najib “menguji” sejauh manakah “kekuatan” rakan komponen bukan melayu iaitu MCA, Gerakan dan MIC.
Sebagai Orang Nombor Satu dalam kerajaan Malaysia, sudah pasti Datuk Seri Najib mahukan kemenangan ini sebagai pembakar semangat setelah dua tahun BN sentiasa diaibkan dalam kebanyakan pilihanraya kecil
Biarpun secara sifir paling mudah bagi menjamin kemenangan ini, BN tidak seharusnya mengulangi keputusan meletakkan calon MIC setelah terbukti rakyat tidak mahu menerima wakil dari parti kaum India ini.
Namun demi menjaga semangat kolisi yang dipupuk selama berpuluh puluh tahun, Najib sebenarnya meletakkan “benchmark” ini kepada semua pihak untuk melahirkan kembali semangat perpaduan yang sudah punah semenjak Mac 2008….. Lu pikirlah sendiri!
Tafsiran disebalik keputusan ini melihatkan sebagai suatu ruang yang baik untuk Najib membuat keputusan yang lebih mudah pada Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang. Sekiranya calon MIC tetap tewas pada 25hb April nanti, maka tidak menjadi sebarang isu langsung untuk kerusi Hulu Selangor diberikan semula kepada UMNO.
Itulah sebenarnya perkiraan mudah untuk kita lihat. Ibarat menarik rambut dari dalam tepung, rambut janganlah putus, tepung jangan pula berselerak….
Semoga sahabat Bloggers yang melenting akan kembali faham maksud tersirat disebalik keputusan PM yang kita hormati ini!
BN TIDAK AKAN TEWAS PADA 25 APRIL DI PRK P094 HULU SELANGOR
Sebagai mengakhiri penulisan ini ada sesuatu yang harus kita sedar mengenai kedudukan Parlimen Hulu Selangor.
Beban kemenangan sebenarnya adalah dipihak PKR dan Pakatan, bukannya dipihak BN!
Kerusi Parlimen P094 milik PKR, sekiranya pada 25 April rakyat kembalikan sokongan kepada BN, bermakna PKR hilang kerusi dan GAGAL mempertahankannya…..
Sebaliknya jika rakyat masih mahu kepada wakil PKR, maka kekallah kerusi itu di Parlimen.
BN sebenarnya TIDAK kalah…, tetapi belum berjaya merampas kerusi yang dimiliki oleh PKR!
Faham..? BN tidak kalah, tiada istilah kalah dalam hal ini, cuma belum berjaya merampas kerusi PKR….
Bilangan kerusi Pakatan tak akan bertambah dalam sidang Dewan Rakyat sekiranya PKR yang akan dipilih rakyat Hulu Selangor pada 25 April nanti.
Diwaktu yang sama bilangan kerusi BN juga tak akan berkurangan di Parlimen…..
Anwar Ibrahim semestinya TIDAK akan menjadi Perdana Menteri apabila diumumkan PKR berjaya kekalkan kerusi Hulu Selangor.
Diwaktu yang sama Datuk Seri Najib tidak akan menjadi Ketua Pembangkang setelah pengundi Hulu Selangor mahu “mengekalkan” wakil rakyat dari parti pembangkang….
Oleh itu tidak wajarlah Datuk Seri Najib menjadi bahan cacian "mereka" yang tidak bersetuju dengan keputusan beliau....
Sesungguhnya Yang Baik Itu Datangnya Dari Allah swt
Yang Buruk Itu Datangnya Dari Anwar Ibrahim
Posted by Medan Info Kita at 4:24 PM
(sumber;http://medan-info-kita.blogspot.com/2010/04/calon-mic-kalau-umno-tak-protes-kenapa.html)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
UMNO tak protes? Memang benarlah anggapan orang melayu selama ini. Terlalu murah hati. Kuasa diserah, biasiswa diserah, maruah pun diserah!!! Itu minta maaf, ini minta maaf, malah tak buat salah pun minta maaf. Nak pegang keris pun dah takut. Budaya Melayu pun tak berani nak pertahankan. Baik tak keluar mengundi lagi baik kalau sentimen orang Melayu dah tak diambil kira. Mungkin lagi baik kalau mengundi calon bebas Melayu...sekurang-kurangnya kalau ada isu Melayu & Islam mungkin dia akan rasa bertanggungjawab.
Melayu memang cepat lupa kata pemimpin tersohor UMNO Tun Dr Mahathir. Baru baru beliau telah dikutuk hebat oleh Pemuda MCA dan orang kuat Gerakan kerana hanya Tun mempertahankan Perlembagaan Persekutuan berhubung hak-hak Melayu. UMNO senyap sepi tak mempertahankan Tun walaupun pemimpin agong kita dihina. Bolehkah diharapkan UMNO untuk mempertahankan Melayu kalau pahlawan Melayu yang terulung pun UMNO tak sanggup nak pertahankan. Ingatkah lagi Ahmad Ismail Ketua UMNO Bukit Bendera. Lihat betapa biadapnya MCA & Gerakan menuntut tindakan keras diambil terhadap beliau tanpa memperdulikan UMNO. Apa UMNO buat? Menyalak pun tidak malah ekor diletak dicelah kangkang. Bolehkah diharapkan pemimpin UMNO. Teringat Dato Musa Hitam yang menasihatkan Melayu supaya lebih kurang ajar & jika bangsa lain tidak mahu bersama melayu & tidak menghormati melayu, Melayu bersedia untuk memerintah Negara ini bersendirian. Itulah dikatakan Melayu jantan, bukan macam hisamudin, cakap aje lebih.
Post a Comment