Kunta Kinte original: Ekonomi Bumiputera: Walhasil balik asal
2010/04/30
1.0 SEKARANG ini, mana pun Kunta Kinte pergi, Kunta Kinte dengar orang cakap pasal ekonomi. Itu pun yang Kunta Kinte banyak dengar bila pergi tengok orang berkempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini. Daripada yang sebesar-besar orang macam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sampailah kepada Cina tua yang jual petai, semua cakap pasal ekonomi.
2.0 Patutlah macam tu. Ekonomi sangat penting. Dari lahir sampai mati, manusia terikat dengan ekonomi. Tak kira dia berniaga besar atau cari rotan dalam hutan. Apa pasal macam itu? Sebab sebagai manusia kita berkehendakkan makanan, pakaian dan perlindungan.
3.0 Orang Greek dulu kala panggil kegiatan ini ‘oikonomia’ yang maksudkan pengurusan rumah tangga.
4.0 Itulah ekonomi - pengurusan rumah tangga. Daripada pengurusan rumah tangga jadilah pengurusan kampung, mukim, daerah, negeri, negara dan dunia.
5.0 Di Malaysia kita ni, bila cakap pasal ekonomi, mahu tak mahu, kita kena cakap pasal agama, bangsa, kaum dan wilayah. Itulah keistimewaan yang Allah bagi kepada kita. Kita ada banyak agama, bangsa, suku kaum dan wilayah.
6.0 Jadi taraf ekonomi kita juga berbeza. Kita tak boleh hapuskan perbezaan ini dengan hanya buang identiti agama atau kaum. Bukan sebab apa, tapi kerana taraf ekonomi orang kita banyak berkait dengan agama, bangsa, suku kaum dan tempat dia tinggal.
7.0 Baru-baru ini Kunta Kinte bercakap dengan beberapa orang Melayu yang pandai berniaga dan yang tinggi pelajaran. Daripada mereka Kunta Kinte dengar Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) nak buat Konvensyen Usahawan Melayu bulan depan.
Baguslah, dah lama pun kita tak buat konvensyen atau kongres ekonomi. Kalau tak silap Kunta Kinte, Kongres Ekonomi Bumiputera yang terakhir pada awal 1990-an. Jadi eloklah satu konvensyen atau kongres baru dibuat.
8.0 Walaupun DPMM nak cakap pasal usahawan Melayu, Kunta Kinte rasa akhirnya kita akan balik cakap pasal ekonomi dan kedudukan orang Melayu dan kaum Bumiputera sebab kita adalah kaum majoriti di negara ini.
9.0 Tak payahlah Kunta Kinte ulang mengenai kedaifan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera berbanding kaum Cina dan India. Walaupun ada juga orang Cina dan India yang miskin, tapi yang paling ramai hidup susah adalah orang Melayu dan kaum Bumiputera lain.
10.0 Baru-baru ini seorang penyelidik Melayu yang sedang belajar di Eropah datang jumpa Kunta Kinte. Dia nak sahkan beberapa hal mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) lawan Model Ekonomi Baru (MEB).
11.0 Dia bagi tahu Kunta Kinte maklumat yang dia dapat dari sumber rasmi dalam negara dan sumber antarabangsa mengenai perbezaan ekonomi antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera, khasnya dengan orang Cina sangat luas.
12.0 Tapi Kunta Kinte bagi tahu dia, Kunta Kinte tidaklah terkejut sangat, pasal sejak DEB dilancar pada 1971, Kunta Kinte dah mula kaji perangkaan bersabit perbezaan antara kaum ini. Kunta Kinte tak terkejut sebaliknya sedih dan bimbang bila diberitahu, misalnya jurang tabungan (simpanan) antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera tambah luas.
13.0 Kita tentulah sedih dan bimbang pasal kerajaan selalu kata nisbah penabungan di negara kita antara tertinggi di dunia. Itu Kunta Kinte tak nafi. Menang betul ramai rakyat Malaysia menabung. Busuk-busuk pun bagi orang Islam dia menabung dengan Tabung Haji pasal nak tunai haji.
14.0 Tapi bila dia kata, bagi setiap RM1 yang Bumiputera simpan, bukan Bumiputera simpan dekat RM5, Kunta Kinte terkejut.
15.0 Kunta Kinte lagi terkejut bila dia bagi tahu, purata tabungan Bumiputera hanya RM536 dan lebih 90 peratus Bumiputera tak ada sebarang simpanan. Orang DPMM pernah bagi tahu Kunta Kinte, pendapatan lebih 80 peratus peniaga Melayu hanya sebanyak RM2,000 atau RM2,500 sebulan.
16.0 Kemudian penyelidik itu bagi tahu Kunta Kinte, kekayaan atau harta purata 20 peratus Bumiputera termiskin hanya RM2,300 manakala harta kekayaan 20 peratus Cina termiskin RM44,000.
17.0 Walaupun ramai Bumiputera yang lulusan universiti kerja dengan kerajaan, harta kekayaan mereka pada satu-satu masa hanya sama dengan harta kekayaan seorang pekerja Cina yang hanya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
18.0 Ini masuk akal. Bumiputera makan gaji dengan kerajaan, tapi majoriti lulusan SPM. Cina masuk berniaga atau jadi mekanik di bengkel milik Cina. Jadi tak hairanlah kalau harta kekayaan seorang Cina yang mempunyai kelulusan yang sama dengan seorang Bumiputera adalah jauh lebih tinggi. Kata penyelidik ini, perbezaan itu boleh sampai 40 peratus atau lebih.
19.0 Kalau betul angka-angka ini, Kunta Kinte kata memang teruk dan pihak berkuasa serta badan bukan kerajaan (NGO) Bumiputera kena kaji betul-betul dan ambil tindakan. Jangan tahu tapi tak buat apa-apa.
18.0 Tapi bila pengkaji itu bagi tahu Kunta Kinte, pengurus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dia jumpa lebih utamakan bottom-line (untung-rugi) daripada bantu capai matlamat DEB, Kunta Kinte sikit pun tak hairan.
19.0 Inilah bahana bila keuntungan jadi tujuan utama GLC. Kesudahannya yang dapat pinjaman, kontrak dan jadi eksekutif atasan adalah orang atau pihak yang dapat bagi keuntungan paling besar kepada mereka.
20.0 Walhasil balik asal, itulah cerita ekonomi Bumiputera, peniaga Bumiputera dan GLC yang diuruskan oleh Bumiputera. Itulah pasalnya banyak usaha tingkatkan ekonomi Bumiputera tak berhasil. Jadi Kunta Kinte harap MEB akan cuba atasi jurang dan kekangan ini.
(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KuntaKinteoriginal_EkonomiBumiputera_Walhasilbalikasal/Article)
Friday, April 30, 2010
Patuhi peraturan di Selangor
Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melawat bilik makmal dan beramah mesra bersama pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin selepas majlis perasmian sekolah tersebut, semalam.
Patuhi peraturan di Selangor
SEGALA puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, bersyukur beta ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, beta dapat bersama-sama dengan rakyat beta di dalam majlis perasmian Sekolah Agama Menengah Tinggi Jalan Kota Raja, Klang pada pagi ini.
Beta amat gembira kerana pada pagi yang berbahagia ini beta berpeluang merasmikan sebuah sekolah menengah agama tinggi yang telah menzahirkan hasrat dan menjunjung cita-cita nenda beta iaitu Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Suleiman Shah, Sultan Selangor yang ketujuh, yang mahukan pendidikan agama Islam diperkembangkan dan institusi pengajian tinggi Islam ditubuhkan bagi keperluan pendidikan masyarakat Islam di negara ini.
Beta rasa amat berbangga dengan terbinanya bangunan sekolah ini yang menempatkan anak-anak Islam bagi mengikuti sistem pendidikan Islam di negeri Selangor. Beta mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Persekutuan yang telah membantu pembangunan sekolah-sekolah aliran agama Islam di negeri Selangor ini dengan membiayai pembinaan dan penyelenggaraan bangunan sekolah, penempatan dan gaji guru-guru serta geran pengurusan pendidikan.
Bagi beta, sistem pendidikan Islam ini adalah warisan sistem pendidikan yang perlu dipertahankan dan dipertingkatkan ke arah memenuhi hasrat negeri dan negara pada masa depan. Beta percaya sekolah ini akan mengeluarkan pelajar-pelajar aliran agama Islam yang berdedikasi dan berhemah tinggi bagi memartabatkan lagi agama Islam dan beta juga percaya pelajar-pelajar lepasan sekolah ini kelak akan memenuhi permintaan institusi pengajian tinggi Islam yang terdapat di negara ini.
Beta juga bersyukur kepada Allah SWT kerana sistem pendidikan Islam berkembang dengan amat baik di negeri Selangor ini. Beta sentiasa maklum mengenai perkembangan ini melalui pendaftaran Sekolah-sekolah Agama Menengah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Beta dapati banyak faedah telah dinikmati oleh sekolah-sekolah berkenaan. Pengurusan dan pentadbiran sekolah-sekolah ini semakin mantap, guru-guru telah menikmati peluang perjawatan, bantuan-bantuan pembangunan kurikulum dan ko-kurikulum berjalan lancar serta program-program pembangunan murid semakin baik.
Beta ingin mengingatkan agar kerjasama ini diperkukuhkan lagi antara JAIS dan Kementerian Pelajaran. Apa sahaja program yang dilaksanakan mestilah tidak menghilangkan identiti, nilai, budaya dan sejarah sekolah-sekolah ini. Kurukulum Pendidikan Islam JAIS (Sukatan Al Azhar) juga perlu dipelihara dan diperkemaskan.
Kita sedia maklum, bahawa Jabatan Agama Islam Selangor adalah bertanggungjawab mengendalikan Hal Ehwal Islam di negeri Selangor. Program dan aktiviti yang disediakan kepada masyarakat Islam adalah bertujuan untuk menanamkan nilai-nilai Islam dalam diri, keluarga dan masyarakat. Program Pendidikan Islam adalah salah satu aktiviti JAIS ke arah mencapai cita-cita ini.
Beta percaya, melalui pendidikan Islam yang kukuh, ia akan mampu melahirkan generasi Islam yang teguh akidahnya, benar ibadahnya dan sejahtera akhlaknya..
Mereka inilah nanti yang akan memimpin dan membentuk sebuah masyarakat yang beridentitikan Islam. Masyarakat sebeginilah yang akan dapat memajukan negeri Selangor, bukan sekadar maju pada nilai materialnya tetapi juga maju dari segi rohani dan jasmani serta nilai kemanusiaannya.
Sekolah merupakan institusi terbaik bagi melahirkan modal insan yang berakhlak. Oleh hal yang demikian sekolah perlu menjadi pusat bagi menghasilkan insan yang terbaik untuk dimanfaatkan oleh ummah. Golongan guru di sekolah-sekolah perlu menyumbang ilmu dan pengalaman mereka untuk mengajar, mendidik dan membimbing murid-murid menjadi Muslim yang berakhlak mulia.
Guru-guru tidak wajar merasakan tugas mereka telah selesai apabila telah tamat waktu di sekolah. Fahamilah bahawa murid-murid di luar sekolah akan berdepan dengan krisis identiti, personaliti, budaya dan kerjaya. Sekiranya mereka gagal mengurus diri mereka, mungkin ramai yang akan hanyut dibawa arus pembangunan tanpa mempunyai pegangan hidup yang tertentu. Mereka ini akan menjadi manusia yang hidup tanpa pegangan dan objektif.
Sehubungan dengan itu, beta berpendapat bahawa kerjasama dengan ibu bapa wajar terus dipertingkatkan dan menjadikan sekolah milik bersama masyarakat. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu lebih aktif bersama dengan pihak sekolah bagi menjayakan aktiviti-aktiviti pembangunan akhlak di kalangan murid.
Penglibatan komuniti masyarakat perlu ditingkatkan agar masalah gejala sosial dapat ditangani bersama. Beta berharap semua pihak akan saling bekerjasama menjayakan usaha murni ini.
Beta yakin bahawa al-Quran yang dibaca dan dihayati serta solat yang didirikan dengan penuh kefahaman akan melahirkan murid yang berjaya berasaskan Islam dan tabah dalam mengharungi cabaran global. Dengan menguasai al-Quran dan memahami solat, ia akan menjadi benteng yang paling kukuh dalam mengharungi cabaran hidup remaja. Beta berpandangan bahawa untuk menjadi masyarakat Islam yang maju, seseorang itu hendaklah menguasai ilmu duniawi dan ilmu akhirat secara seimbang.
Kita mesti menerima hakikat bahawa kemajuan dunia pada hari ini adalah amat ketara jika dibandingkan dengan masa lalu. Dalam era globalisasi, dunia semakin canggih dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan teknologi yang membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain dengan begitu cepat. Selain daripada itu, sumber maklumat dan komunikasi yang lebih berkesan boleh disalurkan ke seluruh pelosok dunia dengan lebih pantas.
Justeru, beta berkenan pihak-pihak yang bertanggungjawab haruslah mengambil berat tentang perkara ini dengan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar terutamanya pelajar sekolah aliran agama, agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan dunia pada masa ini.
Oleh yang demikian, pihak kementerian dan juga JAIS perlulah mengkaji sukatan pendidikan sekolah agama ini supaya jangan hanya menumpukan kepada ajaran agama sahaja tetapi hendaklah juga memasukkan sukatan pendidikan sains dan matematik, sejarah negara kita dan lain-lain. Dengan yang demikian sekolah aliran agama akan dapat mengeluarkan murid-murid yang cemerlang dalam bidang agama Islam dan juga ilmu keduniaan.
Beta benar-benar berharap supaya generasi masyarakat Islam pada masa yang akan datang menjadi sebuah masyarakat yang berpendidikan tinggi, seimbang di antara dunia dan akhirat serta mempunyai cita-cita insan yang cemerlang.
Beta sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini bertanggungjawab untuk memastikan bahawa sistem pendidikan Islam di negeri Selangor ini berkembang dengan baik dan umat Islam mendapat pendidikan yang sempurna serta memastikan bahawa umat Islam di negeri ini bersatu padu dan tidak berpecah belah.
Rakyat beta yang beta kasihi, di sini beta ingin mengambil kesempatan untuk memberikan penjelasan terhadap titah beta supaya tidak menggunakan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat untuk berpolitik kerana ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah beta tersebut dan menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.
Beta ingin menjelaskan kepada rakyat beta semua bahawa titah larangan penggunaan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat untuk berpolitik adalah bertujuan untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadat orang Islam. Ini adalah kerana masjid dan surau merupakan tempat di mana umat Islam berkumpul bagi melakukan amal ibadat di samping mengeratkan silaturahim sesama mereka.
Sekiranya masjid dan surau dibiarkan untuk digunakan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemar kesucian masjid seperti caci-mencaci, fitnah memfitnah, tohmahan yang tidak berasas, memburukkan keperibadian seseorang dan sebagainya.
Sekiranya keadaan ini tidak dibendung dan dihalang, ia akan menyebabkan perpecahan dan perbalahan di kalangan masyarakat Islam di negeri Selangor ini.
Keadaan ini berbeza di zaman Rasulullah SAW, di mana Baginda berceramah di masjid untuk menyedarkan dan menyeru umat Islam supaya mengukuhkan perpaduan kerana pada ketika itu umat Islam diancam dan diserang oleh musuh-musuhnya.
Di masjid tempat yang paling sesuai untuk mereka berlindung dan Rasulullah SAW memberikan semangat untuk umat Islam mempertahankan agama Islam yang maha suci ini.
Nabi Muhammad SAW tidak menyebarkan fitnah atau menghina orang lain di dalam masjid sebagaimana yang berlaku sekarang ini. Baginda juga menggunakan masjid untuk menyedarkan umat Islam pada masa itu kerana di masjid tempat umat Islam berkumpul untuk beribadat dan menguatkan silaturahim.
Justeru, adalah tidak munasabah bagi membandingkan peranan Rasulullah SAW menggunakan masjid untuk berpolitik dengan keadaan sekarang yang mana ahli-ahli politik mengambil kesempatan untuk menggunakan masjid sebagai platform untuk menyebarkan agenda politik mereka.
Pada zaman Rasulullah juga tidak ada kemudahan-kemudahan lain untuk berceramah kecuali masjid berbanding zaman sekarang di mana terdapat tempat-tempat yang sesuai untuk berceramah mengenai politik seperti stadium, balai raya, pusat konvensyen dan dewan serbaguna. Berceramahlah di tempat-tempat tersebut dan jangan menggunakan masjid sebagai tempat untuk berceramah politik.
Rakyat beta juga harus maklum bahawa beta tidak menghalang rakyat dari negeri-negeri lain di Malaysia ini datang ke negeri Selangor untuk bermastautin atau mencari rezeki. Walau bagaimanapun mereka yang datang ke negeri Selangor ini hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada di negeri Selangor.
Mereka yang datang ini tidak seharusnya mempertikaikan peraturan dan undang-undang yang telah dibuat. Peraturan dan undang-undang ini diwujudkan untuk keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan rakyat negeri Selangor yang beta kasihi. Jika seorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri Selangor.
Akhirnya, beta mengucapkan syabas dan tahniah kepada JAIS yang terus menjayakan usaha meningkatkan kualiti pendidikan Islam di negeri Selangor.
Beta akan terus menyokong segala usaha menjadikan Selangor sebagai model pelaksanaan Pendidikan Islam di Malaysia. Sebagai ketua agama Islam di negeri ini, beta mengharapkan agar agama Islam dipelihara dan dipertingkatkan daripada segi dasar dan pelaksanaan.
Beta berkenan untuk melihat Islam menjadi amalan bagi masyarakat Islam di negeri ini. Ini sesuai dengan Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan. Beta percaya ia bermula dengan pendidikan yang dilaksanakan di semua sekolah JAIS.
Dengan lafaz "Bismillahir rahmanir rahim" beta merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Jalan Kota Raja Klang ini dengan nama Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin.
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0430&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm)
Orang Cina Malaysia, apa lagi yang anda mahu?
ARKIB : 28/04/2010
Orang Cina Malaysia, apa lagi yang anda mahu?
CUIT ZAINI HASSAN
SUDAH banyak kali saya menulis mengenai sikap sahabat kita, orang Cina Malaysia terhadap kerajaan yang ada sekarang. Saya juga sering mengaitkan cita-cita DAP yang mahu 'pulun' semua sekali pengaruh Cina di negara ini.
Seperti mana yang saya tulis sebelum ini, DAP sejak akhir-akhir ini sungguh senyap dalam pergerakannya. Di Selangor pun ia senyap, di Pulau Pinang pun ia mulai senyap, di Perak pun begitu. Senyap-senyap DAP sebenarnya diam-diam berisi.
Gerakan halus mereka bergerak kencang. Harus diingat arus bawah lebih bahaya berbanding ombak di atas. Tapi apakah BN sedar dengan strategi DAP itu. Jika kira-kira 30 tahun dulu, malah 20 tahun dulu, orang Melayu generasi saya amat cuak dengan DAP atas sikap cauvinisnya, kini generasi Melayu sekarang tidak tahu itu semua. Mereka sudah tidak peduli.
Mereka tidak membaca pun buku 13 Mei yang ditulis oleh Tunku Abdul Rahman dan mereka tidak pernah tahu pun wujudnya perarakan penyapu oleh DAP yang mahu menyapu orang Melayu pada masa itu.
Bukan tujuan saya mahu membangkitkan rasa benci kepada parti itu atau kepada sesiapa, tapi ia adalah sejarah yang semua orang anak-anak Melayu, Cina, India, Orang Asli malah sesiapa sahaja harus dan berhak tahu mengenainya.
Saya pernah menyarankan supaya buku 13 Mei itu dijadikan teks di sekolah. Matapelajaran sejarah yang sesetengah daripada orang Melayu sendiri amat membencinya, harus diperkuatkan semula. Aspek kenegaraan, soal-soal realiti kemalaysiaan harus diterapkan.
Masukkan juga satu subjek mengenai konsep 1Malaysia yang sudah mulai disukai ramai itu. Sejarah silam dan aspek kontemporari harus disatukan menjadi satu subjek wajib, yang harus diikuti oleh semua pelajar, bukan sahaja pelajar Sastera, malah juga pelajar Sains.
Tujuan saya membangkitkan semula perkara ini bukanlah bermakna saya ini ultra-Melayu, tetapi untuk menyatakan mengenai realiti politik yang berlaku di sekeliling kita sekarang.
Pilihan raya kecil Hulu Selangor amat unik. Dalam sains politik, ia amat menarik untuk dikaji bagaimana orang Cina (bukan semua, tapi rata-rata) masih tidak mahu kembali kepada parti kerajaan.
Apa lagi yang mereka mahu? Apakah mereka masih merasakan merekalah penentu kepada sesuatu keputusan pilihan raya di negara ini?
Perlulah diingat pilihan raya umum 2008 bukanlah satu ujian sebenar bagi proses demokrasi di negara ini. Ia terlalu artifial. Tsunami yang berlaku adalah akibat kemarahan rakyat kepada kerajaan ketika itu dan kecelaruan fikiran orang Melayu ketika itu.
Akibatnya, DAP telah berjaya mencuri peluang itu. Orang Cina ramai-ramai memihak kepada mereka dan berlakulah tsunami politik yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.
Tapi jika diambil Hulu Selangor sebagai model pilihan raya umum ke-13 kelak, orang Cina bukanlah (lagi) penentu kepada keputusannya. Orang Melayu masih lagi menjadi faktor mutlak bagi menentukan kepada keputusan itu, dengan syarat - mereka bersatu.
Bersatupun, mereka haruslah secara majoriti menyokong kerajaan dan orang India pun turut serta memberi undi kepada parti kerajaan, maka ketika itu orang Cina bukanlah penentunya. Kecualilah jika orang India dan Cina solid lari daripada BN, maka BN akan tersungkur.
Namun, hakikatnya angka majoriti undi BN di Hulu Selangor bukan lagi satu gambaran kepada kemenangan sebenar. Itu pilihan raya kecil. Semua jentera tertumpu di sini. Dalam pilihan raya umum situasinya adalah jauh berbeza.
Secara angka, Melayu Hulu Selangor pun masih tidak solid. Kita tidak pasti apa lagi yang mereka mahu. Semua yang mereka mahu sudah diberi. UMNO pun sudah tunjuk perubahan. Seorang rakan memberitahu ''mungkin kita perlu pendekatan radikal untuk menyelesaikan masalah yang tenat."
Namun, keputusan Hulu Selangor amat disenangi oleh Lim Kit Siang. Beliau dalam ucapannya di rapat umum penutup selepas keputusan kekalahan mereka diumumkan, memberitahu para hadirian yang rata-rata terdiri daripada orang Melayu, keputusan itu sebenarnya ialah kejayaan kepada 'rakyat' Hulu Selangor.
Tanpa mahu menyentuh perasaan orang Melayu di situ, beliau sebenarnya merujuk 'rakyat' itu sebagai orang Cina Hulu Selangor yang rata-rata tidak memberi undi kepada BN, tapi sebaliknya memihak kepada DAP.
Kit Siang ternyata amat gembira, sebaliknya Dr. Chua Soi Lek dan Dr. Koh Tsu Koon yang gagal.
Ironisnya, apa pula maksud Soi Lek apabila beliau berkata ''MCA kena vokal''? Saya pun tak tau?
Orang Cina Malaysia, apa lagi yang anda mahu?TAJUK di atas penuh bermakna. Apa lagi yang orang Cina Malaysia mahukan? Kita tolak dulu sebab-musabab mereka tidak menyokong kerajaan yang ada sekarang. Kita kaji dulu apa lagi yang mereka mahu?
Ikut sejarahnya orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu ini untuk mencari peluang. Mereka hidup susah di tanah besar China ratusan tahun dulu. Seperti mana orang putih berhijrah ke benua Amerika untuk mencari peluang, begitu jugalah orang Cina yang kini menghuni di negara bertuah Malaysia ini.
Ternyata, percaturan datuk moyang mereka dulu berbaloi. Mereka dapat apa yang mereka mahukan. Mereka hidup mewah di bumi bertuah Malaysia ini.
Malah, bukan Malaysia sahaja, Singapura pun mereka kuasai sepenuhnya. Singapura bukanlah negara asal mereka. Orang Cina Singapura pun asalnya adalah dari tongkang yang sama bersama-sama orang Cina Malaysia. Cuba bezanya, Singapura berjaya dikuasai sepenuhnya, dan Malaysia tidak.
Di Malaysia, orang Cina hidup aman damai bersama-sama orang Melayu, Pribumi dan India. Berbeza dengan di Singapura, di sana orang Cina yang menguasai politik dan sekaligus pemerintahan negara itu. Di Malaysia, politik dan kerajaannya masih lagi dikuasai oleh orang Melayu.
Sistem kedua-dua negara itu sama, cuma ia terbalik sahaja. Orang Melayu di sini, orang Cina di sebelah tambak itu.
Bezanya orang Melayu di Singapura dan orang Cina di Malaysia amat berlainan sekali. Orang Melayu di Singapura hidup biasa-biasa sahaja. Orang Cina di Malaysia hidup lebih daripada biasa-biasa.
Malah Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah memberi gambaran sekiranya semua bangunan orang Cina di Kuala Lumpur diangkat dari peta, yang tinggal hanyalah Kampung Baru itu sahaja. Semua yang lain ialah kepunyaan orang Cina Malaysia.
Orang Cina Malaysia amat hebat. Kesemua pekan-pekan besar dan bandar-bandar di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak dikuasai mereka.
Mereka juga berjaya melahirkan para profesional yang paling ramai dan berjaya. Sistem sekolah Cina mereka adalah antara yang terbaik di mana-mana sahaja di dunia ini (jika ada).
Kebanyakan pelajar-pelajar di kolej-kolej swasta yang terbaik di Malaysia dipenuhi oleh pelajar-pelajar Cina. Orang Melayu hanya mampu ke kolej milik kerajaan dan yang tidak ternama. Pusat-pusat membeli belah di kompleks-kompleks ternama di Malaysia dipunyai oleh orang Cina.
Di organisasi korporat dan swasta, orang Cinalah yang menguasainya. Orang Melayu boleh di bilang jari dan pekerja bawahan. Malah, kini mahu mohon kerja di situ pun perlu faham cakap Mandarin, sebagai prasyaratnya.
Akhir sekali, orang paling terkaya di Malaysia yang banciannya dijalankan saban tahun oleh sebuah majalah busines di Malaysia mendapati lapan orang Cina yang berada di 10 ke atas. Berikut adalah senarai 10 orang terkaya di Malaysia.
1. Robert Kuok Hock Nien 2. Tan Sri Ananda Krishnan 3. Tan Sri Lee Shin Cheng 4. Tan Sri Teh Hong Piow 5. Tan Sri Lim Kok Thay 6. Tan Sri Quek Leng Chan 7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhry 8. Puan Seri Lee Kim Hua 9. Tan Sri Tiong Hiew King 10. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun. (Sumber: Malaysian Business, Feb 2010)
Itulah hakikatnya Malaysia tanah airku yang tercinta ini. Apakah kerajaan sekarang yang sudah memerintah 52 tahun ini terlalu zalim, kejam dan kuku besi?
Apa lagi yang orang Cina Malaysia mahukan? Tapi saya tahu, anda tahu jawapannya.
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm&arc=hive)

Ezam Mohd Noor 2010 : Ke Mana Khairy Selepas Ini?
April 29, 2010
Ezam Mohd Noor 2010 : Ke Mana Khairy Selepas Ini?
(petikan dari blog azli shukri)
KUALA LUMPUR 28 April - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor adalah antara empat individu yang akan dilantik sebagai ahli Dewan Negara. Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengenai berita pelantikannya sebagai senator itu tetapi enggan mengulas lanjut.
"Ya, benar Alhamdulillah. Cuma saya akan buat kenyataan hanya selepas majlis angkat sumpah nanti. Sekarang masih di Jakarta, bertugas,'' katanya ketika dihubungi di sini malam ini. Beliau juga Pengerusi Yayasan Generasi Baru Nusantara.
Dalam pada itu, Utusan Malaysia difahamkan, turut akan dilantik sebagai senator ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel; Pengerusi Eksekutif Rahim & Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh, Noriah Mahat. Mereka akan mengangkat sumpah jawatan untuk tempoh tiga tahun di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Isnin ini. Bagi Palanivel, ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia. Pelantikan itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga disebut-sebut akan diberi jawatan dalam kerajaan. Sementara itu, Setiausaha Dewan Negara, Datuk Zamani Sulaiman yang dihubungi malam ini juga mengesahkan pelantikan itu tetapi enggan mengulas lanjut.
Ulasan Saya
1. Terdapat beberapa pandangan dalam soal ini - antaranya, ada dalam kalangan sebahagian besar ahli UMNO yang tidak berapa selesa dengan bekas ahli-ahli PKR yang kembali ke pangkuan UMNO. Menurut golongan ini - bekas ahli-ahli PKR inilah yang dahulu sangat ganas membelasah dan memburuk-burukan UMNO, malah, mereka juga dicop sebagai penderhaka kepada UMNO, sehingga UMNO dilihat begitu jijik serta kotor dalam kalangan rakyat jelata. Dan sekarang, ramai dalam kalangan ahli UMNO akar umbi yang tidak berpuas hati atas layanan yang diberikan kepada mantan pemimpin-pemimpin PKR, khususnya Ezam Mohd Nor.
2. Persoalan kedua - terdapat juga tanda-tanya dalam kalangan ahli UMNO akar umbi berhubung soal, perlukah UMNO diperkukuhkan dengan cara mengutip kembali ahli-ahli PKR yang sudah kembali ke pangkal jalan - bagi tujuan melondeh dan membuka pekung Anwar Ibrahim dan saki-baki kuncu-kuncunya? Menurut golongan ini - mereka bertanya, apakah UMNO tiada kekuatan sendiri? Sehingga terpaksa menggunakan bekas ahli-ahli PKR untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat kepada UMNO? Apakah UMNO tidak mempunyai cukup pemidato dan penceramahnya bagi mendapatkan semula sokongan rakyat? Golongan ini, tidak mahu UMNO dilihat seolah-olah terpaksa mengambil "orang luar" dan mengenepikan "orang sendiri" bagi mengukuhkan parti.
3. Persoalan ketiga ialah - apakah Ezam Mohd Nor akan diberi tempat dalam barisan kepimpinan DS Najid pada masa akan datang? Baik dalam kabinet, mahupun dalam parti. Dan tidak mustahil Ezam akan dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Pusat, sekaligus memegang potfolio seorang menteri. Apakah sejarah Anwar Ibrahim yang di bawa masuk oleh Dr Mahathir akan berulang?
4. Persoalan keempat - Kembalinya Ezam ke pangkuan UMNO dan dengan restu DS Najib - maka UMNO sudah mempunyai seorang pengucapan awam yang hampir setanding dengan Anwar Ibrahim - soalnya, ke mana Khairy Jamaluddin selepas ini? Apakah ini merupakan mesej daripada DS Najid bahawa Khairy telah gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pemuda UMNO? Dan apakah kumpulan pengucapan awam Pemuda UMNO yang dibentuk oleh Khairy telah gagal dengan fungsinya? Sehingga kita terpaksa mengambil Ezam bagi menyaingi kehebatan oreta Anwar Ibrahim?
5. Sememangnya, secara jujur kita akui Pemuda UMNO di bawah Khairy sangat lemah keadaanya. Tidak menonjol dan tidak ada banyak perubahan. Malah, jika di banding dengan dengan Dewan Pemuda PAS - mereka kelihatan lebih ke hadapan. Dan kehadiran Ezam dalam pentas arus perdana - setelah beliau dinobatkan sebagai senator - akan membawanya kembali ke tengah gelanggang politik, sekali gus menjadi pahlawan baharu UMNO di barisan hadapan, khususnya dalam PRU ke-13 kelak. Kehadirannya, mungkin tidak memberi apa-apa persaingan kepada Khairy dalam tempoh yang singkat - namun demikian, untuk tempoh yang panjang, ia bisa sahaja menjadi duri dalam daging kepada mana-mana pemimpin muda UMNO yang mempunyai sejarah hasad dengki dan iri hati.
6 Tetapi - bagi saya, secara berterus-terang dan jujur - saya mengalu-alukan Ezam kembali cergas ke barisan hadapan - bagi mempertahankan UMNO, andaikata tugas ini telah gagal dilakukan oleh Pemuda UMNO Malaysia secara berkesan. Malah, saya juga secara jujur mahu melihat kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia mempunyai persaingan yang sihat, dan ahli-ahli pemuda UMNO diberi kebebasan dalam memilih ketuanya yang berkualiti dan bukan liabiliti.
7. Ezam - pada saya merupakan aset baharu UMNO dalam usaha menggempur barisan pertahanan utama Anwar Ibrahim. Malah - andaikata DS Najid melantiknya sebagai menteri penuh sekali pun - saya fikir ahli-ahli UMNO akar umbi tidaklah perlu gelisah dan beralih arah. Sekurang-kurangnya - UMNO semakin bertambah dengan kepimpinan yang berkualiti.
8. Saya tidak tahu sejauh mana hubungan Ezam dengan Khairy - tetapi, setidak-tidaknya kemunculan Ezam di Parlimen, tetap akan memberi persaingan kepada Ketua Pemuda UMNO itu. Dan sesunggunhnya - untuk masa yang akan datang, persaingan yang sihat harus ada dalam memilih dan menentukan pucuk pimpinan parti.
9. Kita juga sedar - terdapat pemimpin-pemimpin UMNO yang kurang senang dengan kehadiran semula Ezam di pentas politik UMNO. Namun demikian, DS Najid tidak berupaya memuaskan hati semua ahli UMNO, bersyukur dan berfikiran terbuka, amat dituntut pada masa kini.
10. Saya percaya Ezam boleh pergi lebih jauh dalam hierarki kepimpinan UMNO pada masa akan datang. Dalam usianya yang masih muda -43 tahun- dan dengan sokongan DS Najid - tidak mustahil beliau kembali menjadi ikon golongan muda di dalam UMNO, apatah lagi dengan kelebihan pengucapan awamnya yang hebat, bertenaga dan pengalaman politiknya dalam UMNO dan PKR - menjadikan masa depan politik Ezam serba mungkin - Bahkan, jangan terkejut beliau mungkin mampu mendaki tangga Naib Presiden pada satu hari nanti.
11. Nampaknya - ramai yang tidak sedar, kehadiran semula Ezam dalam politik UMNO - bakal menyaksikan landskap politik UMNO berubah ke fasa yang baharu. Jika dahulu rumah UMNO pernah dipenuhi dengan "orang-orang ABIM" bawaan Anwar Ibrahim, maka pada kali ini - untuk permulaan yang baru ini - rumah UMNO akan mula dipenuhi dengan kehadiran "bekas orang-orang PKR" bawaan Ezam Mohd Nor. Ia terpulang kepada kita - bagaimana mahu menafsirnya. Jika dahulu Anwar Ibrahim dikatakan anak emas Dr. Mahathir, kerana membawa beliau menyertai UMNO (sekaligus menguatkan UMNO untuk bersaing dengan PAS), maka tiba giliran DS Najid pula "mungkin" menjadikan Ezam sebagai anak emas yang baharu untuk UMNO melangkah lebih jauh.
12. Walau apa pun alasanya - Ezam tetap diperlukan demi melemahkan Anwar dan PKR - hanya itulah cara yang paling segera dan pantas untuk mengembalikan semula sokongan orang Melayu kepada UMNO - setelah kaum Cina membuktikan di Hulu Selangor tiada tanda-tanda bahawa mereka akan tetap bersama BN dalam PRU yang akan datang. Kini, fokus BN adalah sedaya upaya untuk mendapatkat sebanyak mungkin sokongan orang Melayu dan India, bagi mengimbangi undi kaum Cina yang semaki hari semakin menyebelahi PKR dan DAP. Dan Ezam - merupakan kunci saktinya!.
13. Untuk masa yang akan datang - yang timbul hanyalah - apakah jenis hubungan yang akan wujud antara Ezam dengan Khairy? Sebagai pesaing, pelengkap, atau musuh? Dan bagaimana pula hubungan Ezam dengan Mukhriz? - Semua persoalan ini akan menjawab ke mana kepimpinan muda dan para pelapis kepimpinan UMNO selepas ini.
Ditulis Oleh Muhammad Azli Shukri di 11:21 AM
Label: Corat-Coret
(sumber;http://azlishukri.blogspot.com/2010/04/ezam-mohd-noor-2010-ke-mana-khairy.html)
Tuesday, April 27, 2010
P94: PKR Kalah Tapi Menang 85 Undi?
Monday, April 26, 2010
P94: PKR Kalah Tapi Menang 85 Undi?
(ipohmalay)
Dulu mereka dapat 23,177 undi. Semalam mereka peroleh 23,272. Saguhati 85 undi itu bukanlah trend yang sihat. Masalah ini jika dikaji, datang dari mana? Jelas, ianya melambangkan undi orang Melayu yang berubah corak 'from bad to worse'.
Tetapi laporan Bernama menyebut bahawa undi kaum Cina tidak bertambah. Sokongan mereka terhadap penguasaan DAP atas negeri Selangor semakin kukuh dan 85 undi itu mungkin saki-baki yang dahulunya belum mendaftar.
Jika trend ini diambil kira, ini bermakna sokongan orang Cina terhadap pembangkang semakin utuh di saat sokongan orang Cina meningkat dari 12% kepada 25% mengikut kata Koh Tsu Koon?
Mana satu yang betul ni? Jika nelihat melalui kempen-kempen dan pendedahan media, sokongan kaum Cina dan India dikatakan beralih menyokong BN.
Jika bangsa pada kertas undi boleh diketahui, wajar diletak nama nombor kad pengenalan hatta cap jari. Rumusan analisis tersebut pastinya hanya mengikut peti-peti undi yang bercampur baur.
Sentimen lama berkenaan isu yang sensitif sedikit masa lalu mungkin menjadi senjata puak PAS tempatan yang memainkan isu kaum.Tambahan pula Zaid berkempen dari masjid ke kuil. Kamalanathan kurang satu.
Jadi, kesimpulannya, Melayu Kuala Kubu perlu dipujuk kembali dan kekecewaan mereka perlu diubati. Mereka tahu PKR itu hampas namun mereka sanggup juga pangkah. Perlu diberi perhatian ialah dakwaan pengundi Cina semakin menyokong Pakatan Rakyat.
Jika ramai orang Melayu menyokong BN nescaya orang Cina terpaksa mengundi BN demi periuk nasi mereka. Kajilah guna logik akal dan intelegensi.
DITERBITKAN OLEH IPOHMALAY PADA 7:19 AM
LABEL: Jawapan, Masyarakat, Pilihanraya, Politik Semasa, Post-Election, Sinis, Soalan, Thoughts
(sumber;http://ipohmalay.blogspot.com/2010/04/p94-pkr-kalah-tapi-menang-85-undi.html)
Saturday, April 24, 2010
'Tenang, fikir dengan waras, pangkah calon yang anda suka'

TENGAH HARI semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof dihujani dengan panggilan daripada beberapa pemberita akhbar Cina.
Pertanyaan kepada Abd. Aziz berkisar kepada calon Barisan Nasional (BN), P.Kamalanathan yang didakwa sebagai 'pengundi hantu' di Sungai Siput, Perak.
Namun dijawab dengan tenang oleh beliau, 'apa salahnya'.
"Syarat menjadi calon ialah dia mesti tinggal di mana-mana negeri (warganegara Malaysia), berusia lebih 21 tahun, siuman dan tidak bankrap. Maka dibolehkan dari segi undang-undang untuk menjadi calon pilihan raya kerusi Parlimen.
"Sama seperti Datuk Zaid Ibrahim (calon PKR), mungkin beliau mengundi di Kota Bharu, tinggal di Kuala Lumpur tetapi menjadi calon di Hulu Selangor. Lantas saya bertanya balik kepada pemberita (akhbar Cina) tadi, seperti anda yang tinggal di Kuala Lumpur tetapi mengundi di Pulau Pinang mengikut daftar pengundi yang disahkan oleh kami (SPR), anda dibolehkan juga," katanya kepada Utusan Malaysia di Putrajaya semalam.
Bagi Abd. Aziz, pertanyaan-pertanyaan tadi adalah baik untuk mencari jawapan terhadap kekeliruan yang timbul. Ia juga memperlihatkan keprihatinan dan minat mendalam terhadap proses demokrasi pilihan raya di negara ini.
Sebab itu, Abd. Aziz merasakan adalah suatu kerugian yang amat besar bagi seseorang yang sudahpun tersenarai dalam Daftar Pemilih P.94 Hulu Selangor jika tidak keluar mengundi esok. Katanya, individu yang berdaftar secara sah bukan sahaja mempunyai hak untuk memilih wakil rakyat dari parti yang disukai mereka tetapi lebih dari itu, beruntung daripada mereka yang ingin sangat berbuat demikian (mengundi).
"Seperti mana yang kita tahu, proses untuk mengesahkan seseorang individu sebagai calon pilihan raya mengambil masa tiga hingga empat bulan untuk berada dalam daftar pemilih. Anda tidak boleh kata hari ini mendaftar, esok dipanggil satu pilihan raya kecil, anda segera boleh memilih wakil rakyat. Itu salah.
"Pengundi Hulu Selangor bertuah kerana mendapat peluang ini Ahad ini," katanya.
Menurut Abd. Aziz lagi, pengundi Hulu Selangor perlu mengambil peluang untuk menunaikan tanggungjawab kerana ia mungkin hanya datang sekali seumur hidup sebelum mandat kerajaan berakhir 2013.
"Ini kerana sesuatu pilihan raya kecil tidak boleh diadakan lagi jika berlaku kekosongan di luar jangka termasuk kematian wakil rakyat selepas April 2011.
"Ini kerana pilihan raya kecil tidak boleh diadakan sebelum dua tahun tempoh hayat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen," katanya.
Tempoh tiga tahun sebelum tempoh hayat itu mula dikira bermula sidang pertama Parlimen ke-12 yang bermula pada 30 April 2008. Ini bermakna mandat kerajaan dijadual berakhir pada 30 April 2013 meskipun berdasarkan sejarah pilihan raya negara, pembubaran Parlimen tidak pernah genap lima tahun pentadbiran parti pemerintah.
"Sebab itu, saya katakan tadi inilah (pengundian Ahad esok) saat terbaik anda (pengundi).
"Masuk ke tempat mengundi, segalanya rahsia, tidak ada orang yang akan kacau.
"Jangan ikut perasaan, tenang, fikir dengan waras dan pangkahlah calon yang anda suka," kata Abd. Aziz mengingatkan pengundi jangan sesekali menyerahkan kad pengenalan kepada orang yang tidak dikenali.
Untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, SPR membuka 136 saluran mengundi di 47 pusat mengundi.
Mengikut rekod SPR, sehingga akhir tahun lalu sejumlah 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih.
Dari jumlah itu, 65 peratus adalah bumiputera.
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0424&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_20.htm)
zmsegamat kata: ramai yang mengidam sekarang ni... "bila lah akan ada PRK di tempat mereka"
KENYATAAN TUN SAMBHATAN
KENYATAAN TUN SAMBHATAN
Di negeri mana di dalam dunia ini bangsa-bangsa yang mendatang diterima baik menjadi warganegaranya beramai-ramai.Beliau menegaskan bahawa hanya negara ini sahaja di dalam dunia ini telah memberi segala kemudahan kepada semua bangsa yang mendatang di sini menjadi warganegaranya.
Pemimpin-pemimpin Melayu di sini dalam tahun 1957 dahulu memberi segala kemudahan kepada bangsa-bangsa asing di sini menjadi warganegara di sini.
“Ini amat bodoh sekali kerana adanya lebih ramai bangsa-bangsa asing (khususnya Cina dan India) menjadi rakyat di sini, tentu sukar bagi orang-orang Melayu di sini hendak menguasai bangsa-bangsa lain itu.
“Jika benar mereka hendak menguasai bangsa-bangsa asing di sini, mereka dengan mudah sahaja berbuat demikian dalam tahun 1957 dahulu dengan tidak memberi kemudahan untuk bangsa-bangsa asing menjadi warganegara.
Beliau menerangkan bahawa sungguhpun orang-orang Melayu telah bermurah hati menerima baik bangsa-bangsa asing, tetapi sekarang ini mereka itulah (Melayu) golongan bangsa yang termiskin sekali.
Datuk Sambanthan bertanya: “Siapa yang memiliki bandar-bandar dan gudang-gudang serta ladang-ladang di sini. Adakah gudang-gudang dan ladang-ladang ini dimiliki oleh orang-orang Melayu?”

Kesian.... PAS Tikam PKR Dari Belakang.
Saturday, April 24, 2010
Kesian.... PAS Tikam PKR Dari Belakang.
Pas mengambil kesempatan dari kelemahan pkr, prk hulu selangor menjadi saksi bertapa teruknya perangai pas menikam pkr dari belakang. pkr tertekan kerana tidak cukup petugas, lalu pkr meminta bantuan dari pas, pada mulanya pas menghantar 2-3 ribu petugas mereka, tetapi masih lagi tidak cukup memandangkan kawasan hulu selangor sama luasnya dengan negeri melaka, lalu pkr meminta pas menghantar lagi petugas mereka, 10 ribu jentera pas di hantar.
Melihat kelemahan pkr di hulu selangor makin ketara, 10 ribu jentera yang di hantar itu bukan semuanya datang untuk pasang poster dan berkempen, 10 ribu jentera pas tu datang untuk mempromosikan pas di kawasan-kawasan felda yang selama ini pkr tidak berjaya tembusi, pas melihat kelemahan pkr sebagai satu kelebihan kepada mereka, kalau promosi ini mereka berjaya dan pkr kalah dalam prk ini maka pas akan menuntut kerusi perlimen hulu selangor daripada pkr.
Menurut sumber, banyak petugas-petugas pas masuk berjumpa dengan pengundi-pengundi bukan untuk berkempen tetapi mereka menerangkan tentang dasar perjuangan pas dan selepas itu mereka menghulurkan borang keahlian pas supaya di isi oleh orang yang mereka jumpa itu, pas memberikan alasan, kalau cawangan pas banyak di sini, pilihanraya umum akan datang pas boleh bertanding disini, kat sini pkr tak kuat.
Apa yang pas buat ni samalah macam yahudi amerika buat, bila iraq minta bantuan untuk kalahkan sadam hussin dia datang bantu, tapi mereka ada agenda lain, kalah je sadam hussin, amerika pun mulalah jajah iraq, jadi samalah juga dengan apa yang pas buat sekarang ini.
Posted by det at 3:09 PM
(sumber;http://darulehsantoday.blogspot.com/2010/04/kesian-pas-tikam-pkr-dari-belakang.html)
Kunta-Kinte Original: Melayu tak boleh tolak ansur hal-ehwal Islam

2010/04/16
MINGGU ini, Kunta Kinte nak cakap sikit lagi mengenai orang Melayu yang selalu sangat tolak ansur atau disuruh tolak ansur sampai rugikan bangsa sendiri. Kunta Kinte bukan kata orang Melayu kena jadi perkauman tapi fikirlah dulu bila hendak bertolak ansur.
Apa lagilah kalau tolak ansur itu babitkan hal agama. Ini orang Melayu kena ingat kerana bila kita cakap hal Melayu, sikit atau banyak kita cakap hal agama Islam juga sebab orang Melayu sewajibnya Islam.
Sedihnya sekarang, dah tak jadi macam itu. Ramai orang Melayu malas berfikir, tak tahu berfikir dan lepas itu takut atau malas bersuara. Dengan bangsa sendiri pun tak mahu bersuara apatah lagilah dengan kaum lain. Ada orang Melayu yang malu mengaku Melayu sebab mereka sudah berjaya. Mereka malu dikaitkan dengan bangsa Melayu sebab ramai lagi saudara sebangsa mereka yang miskin dan daif.
Ada pula yang hanya nak jadi Muslim dan tolak identiti bangsa kononnya sayang kepada bangsa, utamakan bangsa dan perjuangan hak bangsa adalah bercanggah dengan Islam. Ada juga yang mengaku Muslim dan Melayu tapi dalam rumah ada tempat hidang arak dan bilik khas simpan arak.
Jadi tak hairanlah kalau satu lepas satu orang Melayu diuji dan kalah sebab mereka terlalu mudah bertolak ansur atau dipaksa oleh kepemimpinan Melayu sendiri supaya bertolak ansur kononnya untuk kesaksamaan dan perpaduan.
Tapi bila kena mengena dengan Islam, Kunta Kinte rasa orang Melayu tak boleh buat tak peduli atau tak tahu, apatah lagi bertolak ansur. Kalau umat Islam Malaysia tak belajar lagi daripada isu kalimah Allah yang dituntut oleh Kristian Katholik, Kunta Kinte tak tahu bila lagi mereka akan belajar.
Jadi Kunta Kinte setuju dan sokong pendirian semua mufti yang dua hari lalu sepakat cadangkan kepada kerajaan jangan guna perkataan agama dalam nama Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama. Sebaliknya ditukar dengan perkataan kaum bagi elak kekeliruan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga hal-ehwal agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kata penubuhan jawatankuasa itu dibantah mufti dan beberapa pertubuhan Islam. Jamil Khir kata, cadangan tukar nama jawatankuasa itu dibuat kerana pada pendapat mufti-mufti, hal-hal berkaitan agama Islam adalah tanggungjawab Majlis Raja-Raja dan dah jelas ditulis dalam Perlembagaan.
Kunta Kinte harap Jamil Khir cakap terang-terang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bawa perkara ini terus kepada Kabinet. Tak payah nak babitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Minta maaflah kalau Kunta Kinte kata, Kunta Kinte tak faham macam mana Dr Koh boleh dibagi tanggungjawab ke atas jawatankuasa itu. Bukan saja sebab dia bukan Islam atau bukan Melayu, tapi dia ni bukan menteri kanan dan dia pun kalah pilihan raya.
Kalau Jamil Khir betul-betul jaga hal-ehwal agama Islam dan pakar dalam hal agama, dia wajib bagi nasihat dan pandangan yang betul kepada Perdana Menteri. Jangan jadi menteri agama ‘ya tuan’.
Islam adalah agama Persekutuan Malaysia dan majoriti penduduk Malaysia adalah Islam. Jadi eloklah apa-apa pun urusan, rundingan atau konsultasi antara agama dipimpin seorang Islam. Bukan Islam pada nama, tapi Islam pada ilmu dan amalan.
Kita kena ingat. Hal-hal bersangkut dengan agama ini bukan saja sensitif tapi rumit dan kompleks. Lagi-lagilah di Malaysia di mana banyak agama dan kepercayaan diamalkan.
Tak kiralah apa bidang kuasa jawatankuasa itu, tapi yang wakili Islam itu wajiblah pakar dalam hal-ehwal agama dan ada kewibawaan.
Jangan fikir jawatankuasa perundingan antara agama yang dianggotai oleh orang tak ternama atau orang tak berkuasa tak penting. Pandangan mereka masih boleh pengaruhi Kabinet kerana dalam Kabinet bukan semua Islam dan yang Islam pun, bukan semua pakar mengenai Islam.
Silap-silap langkah, boleh keruhkan lagi keadaan misalnya bila ahli-ahli jawatankuasa itu bercakap di luar atau terlepas cakap. Kunta Kinte yakin, semua wakil akan tertahan agama atau kepercayaan masing-masing.
Satu lagi, Kunta Kinte harap pemimpin dan pembesar Islam kenalah berhati-hati. Bukan apa, tapi takut umat Islam terperangkap dalam persaingan yang semakin hebat antara agama-agama bukan Islam dan antara mazhab yang berbeza dalam satu-satu agama.
Orang Islam kena ingat, sebuah masjid atau surau sudah cukup untuk semua orang Islam dalam satu lokasi, tapi keadaan tak sama dengan orang Kristian misalnya. Mereka ada banyak mazhab dan pecahan. Setiap mazhab dan pecahan perlukan gereja sendiri. Sebab itulah di tempat macam Petaling Jaya, ada lebih banyak gereja daripada masjid.
Orang Hindu pula mereka ada banyak ‘Tuhan’. Mereka sembah 330,000 dewa dan dewi. Sebab itulah kalau tidak dikawal mereka bina kuil di merata tempat. Orang keturunan Cina pula ada banyak kepercayaan dan setiap ‘deity’ atau datuk ada tokong sendiri.
Jadi, semua ini kita kena faham. Jangan buat keputusan atau tolak ansur dengan sesuka hati atau sambil lewa kerana kita malas berfikir atau tak mahu peningkan kepala.
Orang Melayu dan umat Islam Malaysia kena balik berfikir semula, kalau tidak maruah dan akidah mereka terancam dan kesucian Islam tercemar.
(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kunta-KinteOriginal_Melayutakbolehtolakansurhal-ehwalIslam/Article/index_html)

Malayan Union: Teladan buat generasi kini, akan datang

Oleh Yatimah Rumin
2010/04/22
PELBAGAI masalah yang tercetus dalam masyarakat kita hari ini, antaranya kerana gagal menyelusuri, menghayati dan memahami sejarah. Ada yang mempertikaikan institusi Raja dan membangkit hak orang Melayu. Mengambil iktibar daripada peristiwa lalu, jelas kepada kita bahawa kekuatan sesuatu bangsa dan negara terletak kepada kekukuhan jati diri setiap warganya, kewibawaan pemimpin dan kedaulatan Raja-Raja.
Malah, pengorbanan pemimpin terdahulu dalam memerdeka dan membangunkan negara ini wajar dihargai dan dijadikan teladan oleh semua. Raja-Raja Melayu pula berperanan sebagai penaung dan tonggak perpaduan bagi semua rakyat tidak mengira kaum, bangsa dan agama yang dianuti.
Dalam sekian lama mempertahankan hak dan kedaulatan orang Melayu, Raja-Raja Melayu tidak sekali-kali mengetepikan hak kaum lain. Sebagai rakyat, kita perlu meletakkan kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi terhadap Raja kita. Oleh itu, marilah kita hayati pengajaran daripada peristiwa Malayan Union.
Selepas tamat perang dunia kedua, British mentadbir semula Tanah Melayu melalui Pentadbiran Tentera. Dalam pada itu, Kerajaan British bersedia dengan satu sistem pentadbiran sivil yang mengejutkan seluruh rakyat Tanah Melayu, iaitu Malayan Union.
Pentadbiran Malayan Union (1 April 1946 hingga 1948), secara umumnya sudah menukar taraf kedudukan Tanah Melayu sebagai sebuah negeri naungan kepada negeri jajahan British. Kuasa pentadbiran Tanah Melayu terletak sepenuhnya kepada Gabenor British. Ini menyebabkan Raja-Raja Melayu bukan saja kehilangan kuasa melindungi rakyat negerinya, malah turut kehilangan kuasa memerintah negeri masing-masing. Sebaliknya bidang kuasa baginda hanya dihadkan kepada hal berkaitan adat resam dan agama Islam saja.
Malayan Union juga memperuntukkan undang-undang baru yang memberi kewarganegaraan kepada semua orang yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura tanpa mengira bangsa, termasuk juga pendatang yang sudah tinggal melebihi 10 tahun. Warganegara Malayan Union juga akan memperoleh hak yang sama, termasuk penerimaan masuk ke dalam perkhidmatan awam.
Kuasa Raja-Raja Melayu dan persoalan kerakyatan di bawah Malayan Union ini membangkitkan kemarahan seluruh orang Melayu. Perasaan tidak puas hati ini mula tersebar luas. Suara kritikan diluahkan dalam akhbar Utusan Melayu, Majlis dan juga Warta Negara. Golongan cendekiawan dan pemikir menyuarakan keresahan serta melontarkan idea bagi membangkitkan semangat agar orang Melayu bersatu dalam menggalas masalah dihadapi secara lebih telus dan bersepadu.
Situasi ini akhirnya mencetuskan satu gelombang bersepadu antara suara rakyat dan pemerintah dalam menentang dasar Malayan Union. Kemunculan Malayan Union menyuntik kesedaran orang Melayu bahawa perjuangan besar untuk mendapatkan kembali maruah dan kedaulatan negara tidak mungkin tercapai dengan suara minoriti.
Menyedari hakikat ini, satu kongres yang menghimpunkan 41 persatuan Melayu seluruh negara diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Selangor pada 1 hingga 4 Mac 1946. Kongres ini didukung dan digerakkan Pengerusi Persekutuan Melayu Selangor, Zainal Abidin Ahmad (Zaaba); Yang Dipertua Pergerakan Melayu Semenanjung, Datuk Onn Jaafar dan Yang Dipertua Ikatan Melayu Perak, Datuk Panglima Bukit Gantang bersama-sama pemimpin pertubuhan Melayu lain di seluruh Persekutuan Tanah Melayu.
Kongres Melayu yang pertama ini dirasmikan Sultan Selangor, Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj. Dalam ucapan perasmiannya, baginda Sultan amat menyokong penuh penubuhan sebuah Persatuan Umat Melayu yang kuat di Tanah Melayu bagi menjamin kepentingan dan hak orang Melayu serta negara terus terpelihara.
Kongres yang berlangsung selama empat hari itu membuat tiga ketetapan utama – penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar), membantah penubuhan Malayan Union dan mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu.
Dengan ketetapan itu, akhirnya Umno secara rasmi diisytiharkan penubuhannya pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor. Cogan kata ‘Hidup Melayu’ mendasari perjuangan Umno pada ketika itu dipimpin Onn Jaafar.
Apabila Tunku Abdul Rahman mengambil alih pucuk pimpinan Umno, cogan kata ‘Hidup Melayu’ ditukar kepada ‘Merdeka’. Berlandaskan cogan kata ini, perjuangan Umno diperhebatkan sehingga negara berjaya beroleh kemerdekaan.
Kejayaan itu adalah hasil permuafakatan dan sokongan padu seluruh rakyat kepada pemimpin dan Raja-Raja Melayu. Rakyat mulai sedar, kita tidak boleh selamanya berada di bawah telunjuk penjajah. Fenomena ini adalah satu kejutan besar kepada pihak British yang sentiasa beranggapan bahawa orang Melayu adalah bangsa yang lemah dan pasif dalam mengendalikan keperluan serta kepentingan masyarakat mereka sendiri.
Rentetan peristiwa sejarah negara ini amat penting difahami dan dihayati semua rakyat negara ini, tanpa mengira lapisan masyarakat dan batas kaum. Malayan Union, walaupun singkat usianya, meninggalkan impak amat hebat dan ia menjadi satu pengajaran yang amat berharga buat kita semua sebagai generasi pewaris.
Satu perkara menarik perlu diketahui umum, kegagalan pelaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu tidak langsung bergantung kepada kekuatan bala tentera atau jumlah senjata yang digunakan. Tidak juga melalui sebarang pertempuran atau keganasan. Sebaliknya, penentangan diajukan adalah melalui gabungan kuat suara rakyat serta pemimpin yang dipayungi Raja-Raja Melayu. Penyatuan suara ini juga amat unik sehingga dapat merungkai segala percaturan dan rancangan rapi yang disusun pihak British.
Jalinan erat kerjasama antara rakyat, pemimpin dal Raja ibarat selirat akar di umbi. Teguh akar dan umbi, maka teguhlah pokoknya. Cetusan semangat dan inspirasi daripada Malayan Union perlu diambil dan disemat sentiasa dalam jiwa setiap rakyat ketika mengharungi apa juga kemelut dan keadaan. Ketelusan, kebijaksanaan dan kewibawaan pemimpin pula akan membawa rakyat dan negara ke arah kemajuan yang seimbang, kemakmuran dan kesejahteraan.
Hakikat perlu kita fahami ialah institusi Raja yang diwarisi secara tradisi sejak dulu lagi sesungguhnya amat penting buat kita semua dan wajar untuk ia dipertahankan bersama. Jika hilang tradisi ini, maka hilanglah tonggak warisan negara. Dan hilangnya juga tidak akan berganti lagi.
Penulis ialah Pegawai Arkib di Arkib Negara
(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MalayanUnion_Teladanbuatgenerasikini_akandatang/Article/index_html)

Kerakusan politik Penasihat PKR mula makan diri

Oleh Jamhariah Jaafar
2010/04/24
Ramai keluar parti selepas sedar percaturan Anwar termasuk pemilihan Zaid bertanding di Hulu Selangor
TERPAKU seketika melihat senarai nama sahabat meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikeluarkan seorang blogger dan terngiang suara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bercerita mengenai bekas timbalannya itu pada kempen di Serendah, malam kelmarin.
Persoalan yang tercetus ialah mengapa teman yang sanggup berkorban ketika dia susah, tiba-tiba dan satu demi satu meninggalkannya ketika dia bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat menuju ke Putrajaya. Lagi terkedu apabila seorang sahabat calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang ditemui ketika berkempen di Hulu Selangor, mengemukakan teori bahawa pencalonan peguam kaya raya ini mempunyai kaitan rapat dengan siapa orang paling layak menjadi ‘Perdana Menteri’, sekiranya Anwar ke penjara sekali lagi dan pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Blogger, Jebat Must Die (http://jebatmustdie.wordpress.com/) ketika menyenaraikan 38 orang kuat PKP meninggalkan parti itu kerana kecewa dan hilang kepercayaan terhadap Anwar, turut melemparkan persoalan yang wajar diberi perhatian iaitu:
“Jika mereka (dalam senarai) yang pernah menjadi orang kuat dan panglima terkanan Anwar sudah meninggalkan PKR dan pakatan pembangkang, mengapa saudara saudari sekalian yang saya rasa tidak pernah mengenali Anwar secara dekat, yang hanya pernah melihat beliau dari jauh atau hanya dalam televisyen, atau mungkin pernah berjabat tangan hanya sekali dua dengan beliau, masih mahu menyokong Anwar?
“Adakah anda semua pemimpin atau ahli politik bahagian PKR? Adakah saudara saudari pernah makan tengah hari dengan Anwar? Saudara saudari pernah berceloteh, bergurau senda dengan beliau? Saudara saudari kenal beliau secara dekat sudah bertahun-tahun? Saudara saudari sering berhubung melalui telefon dengan beliau?
“Saudara saudari begitu rapat dengan Anwar sehingga boleh dengan senang keluar masuk banglo mewah milik Anwar? Tidak pernahkan? Jadi mengapa saudara saudari masih ingin menyokong Anwar tatkala mereka di atas yang begitu rapat dengan beliau sudah meninggalkan beliau atas dasar hilang kepercayaan?
“Apakah bendanya yang membuat saudara saudari begitu HADAP sekali dengan Anwar Ibrahim hinggakan saudara saudari sekalian masih mempercayai beliau, walaupun mereka yang begitu kasihkan Anwar suatu waktu dulu sudah meninggalkan beliau?”
Dr Mahathir ketika berceramah di Serendah malam kelmarin, turut mengemukakan persoalan sama, terutama membabitkan orang pertama meninggalkan PKR, Dr Chandra Muzaffar yang ketika itu sudah menjadi Timbalan Presiden, tapi memutuskan hubungan kerana justifikasi parti itu untuk keadilan semakin terpesong daripada matlamat asal.
Sahabat Zaid pula percaya bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika menjadi ahli Umno tidak lama dulu, mempunyai impian untuk menjadi Perdana Menteri dan menyedari dia tidak akan mencapai impian itu jika kekal bersama Umno.
“Cuba tengok arah aliran kepemimpinan yang ada dalam PKR sekarang. Dengan membuat andaian Anwar mungkin dipenjara kerana kes mahkamahnya... selain Azmin (Ali), siapa lagi calon terbaik bagi PKR untuk menjadi Perdana Menteri.
“Kawan-kawan memang sedar, Zaid mempunyai cita-cita amat tinggi dan dia sudah nampak tidak dapat pergi jauh jika kekal bersama Umno. Kerana itu, dia menyertai PKR yang dianggap boleh menjadi platform untuk mencapai impian indah itu sekiranya PKR boleh menumbangkan kerajaan BN,” kata sumber ini.
Tambahnya, dengan kekayaan yang dimiliki ketika bersama Umno membuatkan Zaid menjadi antara orang paling berpengaruh dalam PKR hari ini, apa lagi dengan kemampuannya dan Anwar untuk mendapatkan sokongan serta bantuan dana daripada kumpulan berpengaruh di dalam serta luar negara.
“Kita perlu melihat perancangan terutama membabitkan pelan peralihan kuasa dalam PKR, sekiranya Anwar ditimpa kejadian tidak diingini. Azmin mungkin berasa dia lebih layak berasaskan kepada kesetiaannya kepada Anwar selama ini, tetapi Zaid memiliki kekayaan yang jauh melimpah ruah berbanding Azmin.
“Antara Azmin dan Zaid, ramai yakin Anwar akan memilih Zaid sebagai penggantinya, kerana Zaid lebih lantang, berani dan berwibawa untuk menjadi pemimpin tertinggi,” kata sumber berkenaan.
Kerana itu tambah sahabat ini, Zaid dipilih sebagai calon di Hulu Selangor – Anwar memerlukan seorang yang lantang dan berani untuk membantunya di Parlimen bagi tempoh dua tahun akan datang.
Bekas Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Noordin, pernah menggelar Zaid sebagai antara Firaun Kecil dalam PKR dan membuat keputusan untuk keluar parti kerana tidak tahan dengan kerenah beberapa firaun kecil ini.
“Dalam soal Zaid yang mahu saya dipecat daripada parti, saya tidak berminat melayan politikus hingusan dan opportunis macam dia. Saya hendak bertanya apakah pendirian dia mengenai hudud, kerana dulu dia pernah saman kerajaan Kelantan kerana hendak laksanakan hudud. Selepas itu Pas perlu buat pendirian terhadap orang macam ini. Kita hendak tahu sejauh mana Pas boleh berkompromi dengan soal Islam ini,” katanya ketika membuat keputusan keluar PKR baru-baru ini.
INFO: Senarai keluar PKR:
# Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional)
# S Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong)
# Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR)
# Anuar Shaari (Setiausaha Anwar Ibrahim)
# Fairus Khairuddin (Adun Penanti – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)
# Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru)
# Zulkifli Noordin (Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim)
# Zainur Zakaria (bekas peguambela Anwar, AJK Parti Keadilan Nasional)
# Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan dan juga Ketua Penerangan PKR)
# Nell Onn (Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional)
# Jeffrey Kitingan (Naib Presiden PKR))
# Marina Yussuf (Naib Presiden Parti Keadilan)
# Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan)
# V. Arumugam (Adun Bukit Selambau)
# Mohd Radzi Salleh (Adun Lunas)
# Badrul Hisham Abdullah (Adun Pelabuhan Kelang)
# Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal)
# Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR)
# Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)
# Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)
# Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)
# Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihan raya Keadilan)
# Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)
# Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)
# Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)
# Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)
# Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)
# Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)
# Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)
# Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)
# Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)
# Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)
# Jamaluddin Mohd Radzi (Adun Behrang)
# Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Adun Changkat Jering)
# Tan Wei Shu (Adun Bakar Arang)
# Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)
# Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)
# Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak (Naib Presiden PKR)
(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KerakusanpolitikPenasihatPKRmulamakandiri/Article)

Kemenangan Kamalanathan tentukan kelangsungan politik masyarakat India

Oleh B Anbumani
2010/04/24
"KALAU masyarakat India nak memainkan peranan dan pengaruh dalam politik negara kita terutama sekali MIC, maka semua warga negara Malaysia keturunan India mesti sokong calon kita. Mereka tak banyak kerusi," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara ikhlas dan jujur.
Kenyataan itu perlu dilihat, dinilai dan dipandang serius oleh masyarakat India di Hulu Selangor demi kepentingan 1.8 juta masyarakat India di negara kita. Beliau memberi kepercayaan kepada calon India, P Kamalanathan untuk mewakili MIC/BN bagi memperkasakan lagi suara masyarakat India di negara ini dan juga Parlimen.
Masyarakat India di Hulu Selangor perlu sedar bahawa Najib begitu komited untuk menyatupadukan masyarakat India selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. Pakatan pembangkang lebih gemar bermain politik ala ‘budaya kecincaian’. Misi mereka hanya satu, mahu ‘memperalatkan’ masyarakat India untuk kepentingan politik mereka. Masyarakat India perlu menyokong calon BN daripada MIC, Kamalanathan bagi memastikan mereka mempunyai pengaruh kuat dan suara lantang dalam arena politik negara yang kini dilihat sebagai mencabar. Imej dan penjenamaan semula MIC dimulakan di Hulu Selangor.
Seperti dituntut pelbagai pihak termasuk mengambil kira suara akar umbi, MIC menamakan calon muda, bersih, berdedikasi dan berdisiplin seperti Kamalanathan demi memperjuang dan membela nasib masyarakat Malaysia dalam konteks 1Malaysia.
Hakikatnya, MIC sudah bertindak seperti ‘berani kerana benar’ dalam isu pemilihan calon kali ini. Walaupun Presidennya Datuk Seri S Samy Vellu mengakui kesilapannya menamakan timbalannya, Datuk G Palanivel sebagai calon BN awal lagi, beliau tidak tunduk kepada tekanan untuk melepaskan kerusi itu. Beliau berjaya mempertahankan kerusi Hulu Selangor untuk terus diwakili MIC sejak 1986.
Seperti kata Perdana Menteri ‘kita bagi peluang kepada MIC kerana kalau kita nak kira majoriti, tak ada satu pun kerusi Parlimen yang keturunan India ada majoriti. Jadi sampai bila mereka ada peluang untuk wakil Parlimen? Sampai kiamat pun tak ada wakil.’
MIC hanya menang tiga kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri pada 2008. Namun kerajaan BN tetap melantik wakil MIC, Datuk Dr S Subramaniam sebagai Menteri Sumber Manusia mewakili suara masyarakat India dalam Kabinet. MIC turut diperuntukkan dua jawatan Timbalan Menteri dan tiga jawatan Exco di kerajaan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Malah kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas pembangunan Kabinet mengenai masyarakat India yang dipengerusikan Perdana Menteri. Baru-baru ini, Kabinet juga menubuhkan jawatankuasa khas pemantau masyarakat India.
Dalam tempoh setahun ini, Najib mengambil pelbagai pendekatan mendekati masyarakat India secara rela, tulus dan lurus hati. Penduduk India di Hulu Selangor begitu selesa apabila ditanya mengenai prestasi Najib sebagai Perdana Menteri. “Beliau amat terbaik sekali. Beliau adalah Perdana Menteri kami,” kata seorang pengundi India di kawasan Kalumpang.
Pada PRU 2008, Palanivel dilaporkan berjaya menarik 51 peratus undi masyarakat India. Berdasarkan kajian penulis di kawasan masyarakat India, pengundi lama masih bersama MIC dan BN. Kata mereka kemenangan calon MIC amat penting demi survival masyarakat India di luar bandar.
Dalam tempoh kurang 24 jam lagi, jentera Pemuda, Puteri dan Wanita MIC perlu melipatgandakan usaha untuk menawan hati pengundi generasi muda yang dikatakan terpengaruh dengan budaya emosional yang cuba dipaparkan pakatan pembangkang.
“Kami bukan India yang cepat lupa… kami tetap ingat jasa dan pengorbanan Palanivel di kawasan ini. Mungkin perubahan masa menuntut pembaharuan dan kami yakin dengan penampilan calon muda dan berwawasan seperti Kamalanathan memberikan imej baik kepada MIC dan BN.
“Saya amat menyayangi MIC dan BN. Janganlah kita bertindak seperti kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” kata pengundi di Kerling.
Rata-rata masyarakat India yang ditemui tidak terlepas daripada menyebut nama Samy Vellu. Mereka masih menghormatinya sebagai pemimpin yang disegani. Namun, mereka berpandangan masanya sudah berlalu dan berharap kemenangan MIC di Hulu Selangor menjadi ‘hadiah istimewa’ kepada Samy Vellu sebelum beliau bersara.
Mereka turut mengakui kerja kuat Samy Vellu untuk membantu masyarakat India walaupun dirinya sering menjadi sasaran selepas 2008. Mereka berharap MIC dapat menampilkan calon berwibawa pada peringkat cawangan, bahagian, negeri dan nasional. Mereka tidak mahu pemimpin cawangan menjadi pemimpin kosmetik dan berperangai seperti one man show.
Kata mereka, MIC perlu mengutamakan kualiti bukannya kuantiti. Bilangan cawangan yang banyak tidak mencerminkan kekuatan sebenar parti itu pada peringkat bahagian. Di sebalik cakap-cakap itu, bekas penyokong Hindraf dikatakan sudah mula kembali menyokong kepemimpinan Perdana Menteri atas beberapa dasar.
Pertubuhan Hindraf dikatakan gagal membalas jasa dan budi baik masyarakat India setelah gerakan itu ‘berkecai’ dalam tempoh dua tahun. Di sebalik insiden itu, masyarakat India terhutang budi kepada Najib yang membebaskan lima pemimpin Hindraf seperti diharapkan mereka.
Masyarakat India di Hulu Selangor langsung tidak mengenali Zaid (calon PKR) dan kurang serasi dengannya. Mereka yakin kebolehan Kamalanathan sebagai seorang insan biasa tanpa kedudukan tinggi dapat ‘merakyatkan Parlimen Hulu Selangor’ sekiranya terpilih nanti.
Masyarakat India perlu keluar daripada permailan politik pihak pembangkang di Hulu Selangor ketika ini.
Selepas dua tahun menghilangkan diri, mereka menjanjikan bulan dan bintang ketika PKR dilanda krisis dalaman paling teruk. Kuasa di tangan anda, tetapi jangan tersilap langkah seperti 2008.
Penulis ialah perunding media dan pemerhati politik
(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KemenanganKamalanathantentukankelangsunganpolitikmasyarakatIndia/Article)

Lagi mau kencing ka?
Lagi mau kencing ka?
Fakta di bawah ditujukan khas kepada bakal pengundi Hulu Selangor yang berada di luar kawasan dan tidak berkesempatan untuk balik mengundi dalam tempoh berkempen; serta ditujukan juga kepada seluruh pengundi di negeri Selangor Darul Ehsan umumnya. Selamat membaca dan berfikirlah dengan hati terbuka.
22 fakta pembohongan dan kezaliman kerajaan DAP+PKR+PAS di Selangor:-
1) 16 September 2008, Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia di Stadium MBPJ, Kelana Jaya yang kononnya sebagai hari pembentukan "kerajaan baru Malaysia". - Tidak Berlaku.....BOHONG!
2) Kerajaan negeri mensasarkan kutipan hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009. Tetapi royalti pasir 2009 hanya RM4.6 juta. - Tidak tercapai.....BOHONG!
3) Kerajaan negeri mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi Negeri meliputi lima projek dengan jangkaan perbelanjaan melebihi RM50 bilion melalui inisiatif pembiayaan
swasta. - Tidak tercapai.....BOHONG!
4) Kerajaan Selangor "membeli" hutang syarikat korporat Talam Corporation menggunakan wang kerajaan negeri/duit rakyat bernilai RM392 juta. - Tidak Bermoral.....ZALIM!
5) Kerajaan Selangor merampas aset tanah YBK di Serendah dan memulangkan bayaran tunggakan cukai RM5.7 juta walaupun telah dilunaskan oleh Yayasan Melaka dengan persetujuan Bendahari Negeri Selangor. - Salah Guna Kuasa.....ZALIM!
MANIFESTO PAKATAN PEMBANGKANG DALAM PRU-12 BERKENAAN URUSTADBIR BERWIBAWA
6) Berjanji memastikan semua pemimpin bersih dari rasuah tetapi pemimpin DAP & PKR yang rasuah dibela.....BOHONG!
7) Berjanji menghentikan campurtangan politik dalam perniagaan tetapi DAP banyak campurtangan dalam urusan pentadbiran & perniagaan.....BOHONG!
MANIFESTO PAKATAN PEMBANGKANG DI PRU-12 BERKENAAN SOSIAL DAN KEBAJIKAN
8) Berjanji memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang di hantar ke nurseri. - Tidak dilaksanakan.....BOHONG!
9) Berjanji memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah. - Tidak Dilaksanakan.....BOHONG!
10) Berjanji memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumahtangga. - Tidak Dilaksanakan.....BOHONG!
11) Berjanji membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi belia. - Tidak Dilaksanakan.....BOHONG!
12) Berjanji memberi elaun kepada ibu tunggal yang layak. - Tidak Dilaksanakan.....@OHONG!
13) Berjanji memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga anak-anak kecil mereka sepenuh masa. - Tidak Dilaksanakan.....BOHONG!
14) Berjanji membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri. - Tidak Dilaksanakan.....BOHONG!
MANIFESTO PAKATAN PEMBANGKANG DI PRU-12 BERKENAAN KESIHATAN RAKYAT
15) Berjanji untuk menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas. - Tidak Dilaksanakan.....BOHONG!
MANIFESTO PAKATAN PEMBANGKANG DI PRU-12 BERKENAAN EKONOMI RAKYAT
16) Berjanji untuk menyediakan premis perniagaan yang cukup. - Tidak Dilaksanakan.....BOHONG!
17) Berjanji memberikan bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda. - Tidak Dilaksanakan.....BOHONG!
18) Berjanji akan memberi insentif untuk menggalakkan belia dan wanita muda berniaga - sewa minimum akan dikenakan untuk bil air dan elektrik bagi 2 tahun pertama. - Tidak Dilaksanakan.....BOHONG!
19) Berjanji mengurangkan cukai pintu kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%. - Tidak Dilaksanakan.....BOHONG!
20) Berjanji melaksanakan program bagi rakyat miskin dengan memastikan petani dan nelayan jana pendapatan yang lebih tinggi di atas paras kemiskinan. - Tidak Dilaksanakan.....BOHONG!
MANIFESTO PAKATAN PEMBANGKANG DI PRU-12 @ERKENAAN KESELAMATAN RAKYAT
21) Berjanji akan menggantikkan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan. - Tidak Dilaksanakan.....BOHONG!
JANJI LAIN PAKATAN PEMBANGKANG KEPADA RAKYAT SELANGOR
22) Berjanji melaksanakan Pilihan Raya Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tetapi memberi alasan ianya tidak boleh dilaksanakan kerana tiada dalam mana-mana akta. - PEMBOHONG...PEMBOHONG...PEMBOHONG!
Ramai pemimpin dan blogger pro pembangkang sering melabelkan BN sebagai penipu selama ini. Anda nilaikanlah sendiri pihak mana yang sebenarnya yang menipu rakyat? Siakap senohong gelama ikan duri...
(sumber;http://paneh.blogspot.com/2010/04/lagi-mau-kencing-ka.html)
P94 : Kisah Pembohongan Dan Kezaliman PR di Selangor!
Ahad, April 18, 2010
P94 : Kisah Pembohongan Dan Kezaliman PR di Selangor!
Berikut adalah diantara tawaran-tawaran ataupun janji-janji manis yang telah diberikan oleh Pakatan Rakyat semasa PRU ke 12 yang lalu. Setelah 2 tahun lebih memerintah negeri Selangor Darul Ehsan, maka inilah hasil-hasil yang telah dijanjikan oleh mereka! Janji memang mudah, nak melaksanakan amat sukar sekali - Janji hanya tinggal janji sahaja!
Perkara : Antara Janji-janji PRu ke 12 yang tak terlaksana
1.) 16 September 2008, Perhimpunan Perdana
Sambutan Hari Malaysia di Stadium MBPJ,
Kelana Jaya kononnya pembentukan “kerajaan
baru Malaysia”.
Status : BOHONG - ( Tidak Berlaku )
2.) Kerajaan negeri mensasarkan kutipan hasil
pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009.
Tetapi royalti pasir 2009 hanya RM 4,6 juta.
Status : BOHONG - ( Tidak Berlaku )
3.) Kerajaan negeri mengumumkan Pakej
Rangsangan Ekonomi Negeri meliputi lima
projek dengan jangkaan perbelanjaan melebihi
RM 50 bilion melalui inisiatif pembiayaan
swasta.
Status : BOHONG - ( Tidak Capai )
4.) Kerajaan Selangor "membeli" hutang syarikat
korporat Talam Corporation menggunakan
wang kerajaan / duit rakyat bernilai RM 392
juta.
Status : ZALIM - ( Tidak Bermoral )
5.) Kerajaan Selangor merampas aset tanah YBK
di Serendah dan memulangkan bayaran cukai
tunggakan cukai RM 5.7 juta walaupun telah
dilunaskan oleh Yayasan Melaka dengan
persetujuan Bendahari Negeri Selangor.
Manifesto - Urustadbir Berwibawa.
Status : ZALIM - ( Salah Guna Kuasa )
6.) Memastikan semua pemimpin bersih dari
rasuah.
Status : BOHONG - ( Tidak Jelas )
7.) Menghentikan campur tangan politik dalam
perniagaan.
Manifesto – Sosial & Kebajikan.
Status : BOHONG - ( Tidak Jelas )
8.) Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap
anak yang dihantar ke nurseri.
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
9.) Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi
pendidikan pra-sekolah.
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
10.) Memberi bantuan kepada anak-anak muda
untuk mendirikan rumah tangga.
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
11.) Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi
bagi belia.
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
12.) Memberi elaun ibu tunggal yang layak
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
13.) Memberi elaun khas suri rumah yang memilih
untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil
mereka.
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
14.) Membantu setiap rakyat Selangor untuk
mendapatkan kediaman sendiri.
Manifesto – Kesihatan Rakyat
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
15.) Menyediakan perubatan percuma untuk warga
65 tahun ke atas.
Manifesto – Ekonomi Rakyat
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
16.) Menyediakan premis perniagaan yang cukup
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
17.) Memberi bimbingan perniagaan kepada
golongan belia dan wanita muda.
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
18.) Galakan kepada belia dan wanita muda
berniaga - sewa minimum / membayar air dan
elektrik dua tahun pertama.
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
19.) Mengurangkan cukai pintu kediaman
20% dan cukai premis komersial - 10%.
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
20.) Program bagi rakyat miskin - petani dan
nelayan jana pendapatan yang lebih tinggi di
atas garis kemiskinan.
Manifesto – Keselamatan Rakyat
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
21.) Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan
sistem baru yang lebih berkesan.
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
Antara Janji-janji Lain:
22.) Melaksanakan Pilihan Raya Peringkat Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT). Tidak boleh
dilaksankan kerana tiada dalam peruntukan
mana-mana akta.
Qtatus : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
Amat mudah menabur janji sebelum berkuasa dan selepas berkuasa janji hanya tinggal janji. Kata-kata tidak dikotakan. Adakah di PRK P94 Hulu Selangor ini Pakatan Rakyat bakal menghidangkan atau menaburkan janji-janji baru selepas gagal melaksanakan janji-janji terdahulu semata-mata untuk mendapatkan undi!
Sekurang-kurangnya rakyat sudah bijak untuk menilai apa yang sudah kerajaan negeri Selangor telah lakukan terhadap mereka selama 2 tahun lebih. Walaupun BN kalah dan hilang kuasa di negeri Selangor, namun soal kebajikan rakyatnya tidak pernah dilupakan.
BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan NAsional ( BN ).
Suara Politik
Taminsari
(sumber;http://belantan.blogspot.com/2010/04/p94-kisah-pembohongan-dan-kezaliman-pr.html)
TANBIHUL GHOFILIIN
TANBIHUL GHOFILIIN
23 April 2010 Oleh Zulkifli Noordin pada 5:41 PM
Label: PAS, PRK Hulu Selangor
Zaid Ibrahim bersama Malik Imtiaz dan lain-lain dalam Forum anjuran Kumpulan Artikel 11 di Hotel Cititel Pulau Pinang 14 Mei 2006
Ustaz Hafiz Nordin mengetuai demonstrasi menentang kumpulan Artikel 11
melibatkan Zaid Ibrahim pada 14 Mei 2006
Para demonstran dari BADAI menentang kumpulan artikel 11
yang melibatkan Zaid Ibrahim pada 14 Mei 2006
Salam 2 all.
Pada 14.10.2008, Mahkamah Majistret Pulau Pinang menjatuhkan hukuman denda RM2,000-00 atau penjara 14 hari keatas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Ustadz Hafiz Nordin bersama dengan dua orang lagi iatu Ustadz Sahul Hameed (seorang pendakwah bebas) dan Hj Abdul Rahim Ismail (seorang aktivis PAS).
Apakah dosa mereka sehingga mereka dihukum Mahkamah? Kerana mereka menentang cubaan Kumpulan Artikel 11 untuk mengadakan Forum bertajuk "Federal Constitution: Protection For All" di Hotel Cititel Pulau Pinang pada 14.05.2006. Kumpulan Artikel 11 adalah dianggap sebagai kumpulan yang cuba nak menghidupkan semula usaha penubuhan IFC yang dihentikan atas arahan Kerajaan pada tahun 2004.
Antara mereka yang terlibat dalam forum anjuran Kumpulan Artikel 11 itu adalah Zaid Ibrahim. Ya, Zaid Ibrahim, "calun pengantin" yang kini hebat dikompangkan oleh Pakatan Rakyat dan ditakbirkan oleh segelintir pemuka PAS didalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor sekarang sebagai "calun berwibawa" mereka (gambar diatas membuktikan dengan jelas penglibatan Zaid sebagai ahli panel forum tersebut).
Ustadz Hafiz Nordin adalah Pengerusi Badan Anti IFC (Badai) yang ditubuhkan oleh PAS Pulau Pinang dan diletakkan dibawah naungan Dewan Ulama'. Badai yang ditubuhkan pada 20.04.2006 bertujuan untuk menggagalkan rancangan jahat penubuhan IFC dan penentangan terhadap cubaan meminda Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Saya juga adalah antara orang yang paling aktif menentang Kumpulan Artikel 11 pada masa itu dan memberi sokongan penuh kepada penubuhan Badai, malahan saya terlibat secara langsung dengan Badai.
Pada 16.05.2006, Ustadz Hafiz Nordin telah membuat kenyataan menegaskan bahawa Badai akan "mempertahankan Islam sehingga titisan darah terakhir" dan memberi amaran keras kepada pihak yang terlibat dengan Kumpulan Artikel 11 dalam cubaan yang dianggap menghina Islam dan umat Islam. Ustadz Hafiz Nordin, seorang pejuang tulin Islam telah membayar harga yang mahal untuk perjuangannya, beliau dan para sahabat lain dihukum oleh Mahkamah atas pendirian tegas beliau.
Hari ini kelihatan seolah-olah perjuangan Dewan Pemuda PAS dan Dewan Ulama' PAS pada masa itu dilupakan sama sekali.)Sokongan yang diberi kepada Zaid Ibrahim dalam PRK Hulu Selangor seolah-olah menghina perjuangan mereka ini.
Sudah lupakah kita siapa Zaid Ibrahim!!
* Inilah orangnya yang memfailkan saman untuk menghalang dan membatalkan perlaksanaan Enakmen Hudud, Qisas & Ta'zir oleh Kerajaan PAS Trengganu;
* Inilah orangnya yang menyokong tindakan Tun Mahathir memecat Tun Salleh Abas dan beberapa Hakim Mahkamah Agung pada tahun 1988 yang mencetuskan krisis kehakiman yang serius;
* Inilah orangnya yang yang dihukum oleh UMNO kerana politik wang;
* Inilah orangnya yang sibuk berebut jawatan dan mengejar kedudukan didalam UMNO semasa Anwar Ibrahim dibicarakan dan dipenjarakan;
* Inilah orangnya yang mendapat banyak kerja dan tugasan guaman daripada UMNO dan menjadi kaya hasil daripadanya;
* Inilah orangnya yang terlibat dengan Kumpulan Artikel 11 dan IFC yang menyebabkan pejuang Islam saperti Ustadz Hafiz Nordin dihukum oleh Mahkamah.
Saya menyeru kepada saudara/i dan sahabat pejuang Islam yang masih punya sedikit semangat perjuangan dan nur Islam didalam PAS supaya kembali memikirkan ke arah mana perjuangan saudara/i. Mengapakah politiking melampau yang sempit menyebabkan saudara menjadi buta terhadap perjuangan Islam yang sebenar. Letakkanlah Islam sebagai asas perjuangan saudara. Saya menyeru saudara kepada perjuangan "One Islam: Aqidah didahulukan; Syariat di martabatkan".
Kalau saudara/i tidak berasa malu kepada ALLAH dan Rasul pun, sekurang-kurangnya malulah kepada pejuang Islam saperti Ustadz Hafiz Bin Nordin, Ustadz Sahul Hameed dan Haji Abdul Rahim Ismail. Janganlah dipersia-siakan perjuangan dan pengorbanan mereka. Dan jadikanlah PRK Hulu Selangor pada hari Ahad 11 Jamadil Awal/ 25 April ini sebagai bukti dan persaksian kita dihadapan ALLAH kelak bahawa kita meletakkan Islam dahulu, politik kemudian.
Inilah satu tanbihul ghofiliin-peringatan bagi mereka yang lalai. Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayahNya kepada saya dan saudara/i para pejuang Islam semua; dan semoga kita semua diberi keampunan oleh ALLAH atas kelekaan dan kelalaian kita.
Ingatlah amaran ALLAH, "Alam a' had ilaikum yaa banii aadama alla ta'buduussyaiton, innahu lakum 'aduwwummubiin-wahai bani Adam, bukankah sudah Aku peringatkan kamu sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata, mengapa kamu menentang (Aku)!"
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Dubai, Emirat Arab Bersatu
Jumaat
09 Jamadil awal 1431
23 April 2010
(sumber;http://zul4kulim.blogspot.com/2010/04/tanbihul-ghofiliin.html)

Friday, April 23, 2010
Undi Calon BN Demi Pengaruh Politik Orang India - PM
BERITA nStar online
Khamis April 22, 2010
Undi Calon BN Demi Pengaruh Politik Orang India - PM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
RAWANG: Masyarakat India diseru supaya menyokong calon Barisan Nasional (BN) daripada MIC bagi memastikan suara mereka berpengaruh dalam politik negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, peluang yang diberikan oleh BN kepada parti kaum India itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor perlu dihargai.
"Kalau mereka (kaum India) nak memainkan peranan dan pengaruh dalam politik negara kita terutama sekali MIC, maka semua warga negara Malaysia terutamanya keturunan India mesti sokong calon kita.
"Mereka tak banyak kerusi, (oleh itu) calon inilah yang mesti disokong oleh mereka," katanya di sini malam ini.
Pilihan raya kecil ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara BN, yang diwakili oleh Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mempertaruhkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
Selain itu Najib berkata, kerajaan BN selama ini sentiasa mengamalka konsep permuafakan dalam agihan kuasa bagi memastikan kestabilan politik negara terpelihara.
"Masa depan negara bergantung kepada kestabilan politik, tengoklah permuafakatan kita ini cantik, kita boleh bertolak ansur walaupun kerusi ini majoritinya orang Melayu.
"Tapi kita bagi kepada MIC kerana kalau kita nak kira majoriti, tak ada satu pun kerusi Parlimen yang keturunan India ada majoriti.
"Jadi sampai bila mereka (ada peluang) wakil Parlimen? Sampai kiamat pun tak ada wakil," katanya.
(sumber;http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/4/22/mstar_berita/20100422001135&sec=mstar_berita)

Perlembagaan Vs Pelaksanaan Menekan Bumiputera
Sunday, April 11, 2010
Perlembagaan Vs Pelaksanaan Menekan Bumiputera
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
PADA 3 April lalu, Persatuan Wartawan Melayu Kelantan yang di pelopori oleh wartawan dan aktivis sosial, Dr Alias Mohamed, telah menjemput saya memberi ceramah mengenai Perlembagaan dan hak istimewa orang Melayu.
Tujuannya adalah untuk membahaskan kekangan antara apa yang termaktub dalam Perlembagaan dengan apa yang diamalkan.
Kata alu-aluan majlis oleh Dr Alias, mukadimah oleh Profesor Dr Hashim Yaacob, Naib Canselor, International University College of Nursing dan perasmian oleh Pengarah Penerangan Negeri Kelantan, Mohd Nasir Salleh.
Berikut adalah inti pati pembentangan saya itu yang saya ingin berkongsi dengan pelawat dan pembahas blog ini. Kalau ada apa-apa yang kurang, marilah sama-sama kita memperlengkapkannya.
Hak istimewa orang Melayu
1. Hak istimewa orang Melayu mendahului Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Ia wujud lama sebelum penjajah Eropah datang ke rantau ini.
Hatta pada zaman penjajahan pun, empayar Melayu seperti yang diwakili oleh Kesultanan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu tidak pernah dijajah dalam erti kata yang mutlak.
Hanya pelabuhan Melaka dan sekitarnya saja yang jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Kerajaan Melayu Melaka dan negeri-negeri Melayu terus wujud sebagai pemerintahan berdaulat.
Istilah penjajahan adalah diayah Barat. Tetapi ia berkesan ke atas minda orang Melayu. Sampai hari ini pun, ramai orang Melayu, akibat tidak celik sejarah dan kompleks rendah diri, percaya Tanah Melayu dijajah.
2. Melayu adalah bangsa bertolak ansur dan mudah dipengaruhi. Pada tahun 1946, Melayu bangun menentang Malayan Union (Kesatuan Malaya) dan menolak kerakyatan kaum-kaum pendatang.
Sepuluh tahun kemudian, atas pujukan dan desakan Inggeris, orang Melayu bersetuju dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, malah bersedia menerima lebih setuju kaum pendatang sebagai warganegara Malaya merdeka.
3. Suruhanjaya Reed memperakukan kerakyatan orang Cina dan India, tetapi mengiktiraf hak dan kedudukan istimewa orang Melayu sebagai ciri yang mendahului Perlembagaan. Perlembagaan sekadar memaktubkan keistimewaan itu.
4. Gabungan pemaktuban hak istimewa orang Melayu dan pemberian kewarganegaraan kepada kaum-kaum pendatang adalah Kontrak Sosial antara orang Melayu dengan kaum-kaum pendatang. Pakar undang-undang Allahyarham Profesor Tan Sri Ahmad Ibrahim menyifatkan Perlembagaan sebagai Perjanjian Damai.
5. Perkara 153 Perlembagaan amat jelas dan terperinci mengenai apakah yang dimaksudkan dengan hak istimewa orang Melayu dan Anak Negeri Sarawak dan Sabah.
Antaranya, Perkara 153 membuat peruntukan berikut:
“Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.”
6. Malangnya, keistimewaan orang Melayu dan peruntukan-peruntukan fundamental Perlembagaan, termasuk Perkara 153 dan peruntukan mengenai bahasa, pendidikan dan ekonomi dicabar dan dipertikai sejak awal lagi oleh parti-parti radikal bukan Melayu.
7. Cabaran ini sangat lantang dan terbuka ketika kempen pilihan raya umum 1969 – kempen terpanjang dalam sejarah pilihan raya Malaysia.
8. Peristiwa berdarah 13 Mei memberikan kesedaran, sebab dan alasan kepada Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein menutup jurang antara peruntukan Perlembagaan dengan pelaksanaan (amalan), menggunakan pendekatan ekonomi.
DEB Cuba Mengisi Tuntutan Perlembagaan
Berikutan Dengan itu, lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang matlamat sejagatnya membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat agar bangsa-bangsa di Malaysia tidak lagi dikaitkan dengan kegiatan ekonomi.
Selain membasmi kemiskinan, DEB diperkenalkan untuk menangani masalah ketidakseimbangan ekonomi di antara pelbagai kaum di Malaysia yang menjejaskan perpaduan antara kaum dan keamanan negara.
Sejak Merdeka pada tahun 1957, pembangunan ekonomi di dorong oleh kuasa pasaran hasil peninggalan Inggeris. Dalam banyak hal, Persekutuan Tanah Melayu lebih maju daripada banyak negara baru merdeka yang lain di dunia kerana kekayaan hasil bumi serta infrastruktur ekonomi yang ditinggalkan Inggeris.
Akibat dasar dan sistem peninggalan Inggeris itu, pertumbuhan ekonomi selepas merdeka tidak disertai oleh pembahagian yang adil. Malah ketidakseimbangan ekonomi di kalangan kaum dan daerah menjadi lebih buruk.
Paras kemiskinan pada permulaan DEB adalah sangat tinggi iaitu 49.3 peratus dan majoriti adalah orang Melayu dan Bumiputera lain. Menjelang tahun 2005, paras kemiskinan telah turun kepada kurang daripada enam peratus. Begitu juga pengangguran.
9. Pada permulaan DEB, pemilikan kekayaan korporat Bumiputera hanya 1.9 peratus berbanding orang asing 60.7 peratus dan Bukan Bumiputera 37.4 peratus. Kuota yang diperuntukkan kepada Bumiputera sangat sederhana – hanya 30 peratus daripada kekayaan korporat dan guna tenaga.
Namun, kerana kemunduran ekonomi dan pemikiran serta sifat tolak ansur yang keterlaluan, orang Melayu tidak mempertikaikan pembahagian yang sangat tidak adil ini.
Bumiputera begitu daif dan terkebelakang dalam bidang ekonomi serta pemikiran mengenai pembangunan hingga ketidakseimbangan ini sama ada tidak disedari atau tidak mampu ditentang.
Namun kita harus akui bahawa DEB tidak gagal. Sebaliknya ia berjaya mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera lain, walaupun ia lebih memberi faedah lebih besar kepada orang bukan Melayu. Khasnya orang Cina.
Dalam masa yang agak singkat, kemiskinan telah dapat dikurangkan dan guna tenaga, khasnya di kalangan Bumiputera, menjadi hampir penuh. Walaupun ukuran paras kemiskinan terus dipersoalkan, kemiskinan telah turun kepada 5.7 peratus menjelang Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010).
Namun begitu jurang kemiskinan antara bandar dan luar bandar masih berterusan dan ketara. Pada tahun 2006, iaitu permulaan RMK9, kemiskinan luar bandar berada di paras 11.9 peratus berbanding 2.5 peratus di bandar.
Kemiskinan Bumiputera pada tahun 2004 dianggarkan 8.3 peratus berbanding 2.9 peratus bukan Bumiputera.
Malah pada beberapa tahun kebelakangan ini, jurang pendapatan antara kaum dan intra-kaum (dalam kaum yang sama) telah meluas semula.
Ini dibuktikan benar apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, dalam pembentangan rangka Model Ekonomi Baru (MEB) pada 30 Mac, menyatakan 40 peratus daripada penduduk Malaysia mempunyai pendapatan bulanan kurang RM1,500.
Manakala pemilikan korporat, termasuk oleh agensi-agensi pemegang amanah Bumiputera seperti PNB, hanya di sekitar 18-19 peratus sahaja, sedang pemilikan bukan Bumiputera telah meningkat kepada 60 peratus, melepasi matlamat DEB.
Walaupun guna tenaga Bumiputera dalam bidang profesional dan perburuhan telah meningkat, namun nisbahnya masih belum boleh mengatasi kaum minoriti Cina dan India.
Di sini berlaku satu lagi kekangan yang sangat menakutkan apabila Perdana Menteri sendiri, ketika membentangkan MEB mengatakan 80 peratus daripada tenaga kerja negara hanya mempunyai kelulusan SPM.
Apakah kesilapan orang Melayu?
(I) Sikap orang Melayu/Bumiputera sendiri – nak cepat kaya, mudah puas dan iri hati:
(II) Kekurangan modal kewangan dan modal insan di kalangan Bumiputera;
(III) Kelemahan sistem pelaksanaan, penyelarasan dan pemantauan;
(IV) Rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan;
(V) Terlalu bergantung dan menyerah kepada sistem politik dan pentadbiran yang didominasi oleh Bumiputera (akhirnya diabaikan dan dikhianati);
(VI) Padang permainan tidak sama rata atau ada padang yang tidak boleh dimasuki orang Melayu kerana agamanya, dan dimonopoli oleh bukan Melayu/Islam (misalnya arak, judi dan yang tidak serasi dengan hukum Syariah);
(VII) Kerana penguasaan mereka dalam ekonomi, orang bukan Bumiputera mendapat naungan (patronage) yang lebih besar daripada pemerintah berbanding Bumiputera.
(Cuma Bumiputera akibat kedangkalan pemikiran cepat iri hati dan menuduh Melayu jadi kroni dan pemungut sewa (rentier). Realitinya, kroni dan rentier raksasa adalah bukan Bumiputera yang menggunakan operasi pasaran untuk berjual-beli aset, lesen,monopoli dan francais yang diberikan oleh kerajaan.)
Harapan Bumiputera Di Bawah MEB
Model Ekonomi Baru (MEB) ringkasnya bermatlamat mengubah ekonomi Malaysia daripada berpendapatan sederhana kepada tinggi selaras dengan hasrat mencapai
status negara maju menjelang tahun 2020.
Perdana Menteri berkata pendapatan per kapita akan dinaikkan daripada AS$7,000 (lebih kurang RM23,000) sekarang kepada AS$15,000 (RM49,000) menjelang akhir dekad ini.
Di bawah model itu, kerajaan tidak akan membenarkan lagi amalan “memungut sewa” (rentier) dan "penaungan” (patronage) yang telah mencemar matlamat membantu golongan sasaran di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Di masa yang sama, pemerintah berulang kali bercakap mengenai penghapusan subsidi yang menjadi payung kepada golongan berpendapatan rendah, tetapi menjadi sumber kekayaan kepada kapitalis dan pemilik industri.
Kesimpulannya
(I) Kekangan antara peruntukan Perlembagaan dan amalan akan berterusan jika orang Melayu keseluruhannya tidak mengawasi saudara sebangsa dalam kelompok politik, pemerintahan dan pentadbiran agar menjadi lebih telus dan mengotakan apa yang dikata;
(II) Orang Melayu tidak boleh lagi menyerahkan bulat-bulat nasib mereka kepada parti-parti politik, pemerintahan dan pentadbiran yang diterajui oleh Melayu. Mereka wajib bertanya dan menegur kepimpinan politik, pemerintahan dan pentadbiran Melayu secara terbuka.
(III) Kepentingan bangsa wajib mengatasi afiliasi dan taat setia kepartian;
(IV) Melayu wajib mewujudkan semula kepelbagaian suara untuk mendesak dan mengawasi agar kepentingan mereka tidak diabaikan;
(V) Melayu wajib membuang sikap negatif seperti iri hati, menghina bangsa sendiri, rendah diri tetapi terlalu bertolak-ansur dengan bangsa-bangsa lain sehingga merugikan bangsa sendiri;
(VI) Orang Melayu wajib mengkaji dan memahami falsafah, ideologi dan nilai moral kaum-kaum bukan Melayu sebelum boleh bersaing secara berkesan dengan mereka.
(sumber;http://kadirjasin.blogspot.com/2010/04/perlembagaan-vs-pelaksanaan-menekan.html)
Subscribe to:
Posts (Atom)