Saturday, July 18, 2009
Segera umum hasil siasatan punca kematian elak spekulasi berterusan–Gerak
Gerakan Rakyat Integriti & Anti Korupsi (Gerak Malaysia) dan Majlis Integriti Angkatan Muda Malaysia menyarankan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyegerakan pengumuman hasil siasatan lengkap kematian Teoh Beng Hock.
Pengerusi Gerak, Mohd Naxree Mohd Yunus berkata, ianya penting bagi mengelak spekulasi negatif berterusan terhadap kewibawaan SPRM dan juga memberikan penjelasan seadilnya terhadap masyarakat umum dan keluarga mangsa berhubung kematian pegawai khas Exco Selangor itu.
Gerak Malaysia menyarankan empat langkah segera yang perlu diambil oleh SPRM bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seumpama ini berlaku lagi. Saranan tersebut adalah:
1) Pihak SPRM hendaklah dengan kadar segera memasang kamera litar tertutup (CCTV) disetiap cawangan SPRM Negeri termasuk di bilik siasatan dan ruang premis berkenaan pada lokasi yang strategik.
2) Jangka waktu siasatan haruslah ditetapkan dengan waktu yang lebih wajar dan tidak melebihi jam 9.00 malam bagi mengelakkan risiko keselamatan terhadap saksi.
3) Bagi kes-kes penting dan memerlukan rakaman percakapan dalam tempoh 24 jam, pihak SPRM adalah wajar untuk memastikan keselamatan saksi termasuk menyediakan pengawal pengiring sehingga dipastikan saksi selamat beredar daripada pejabat SPRM.
4) Saksi yang terpaksa disiasat sehingga lewat malam haruslah dipastikan pulang dengan sekurang-kurangnya dua orang wakil keluarga yang boleh datang mengambil saksi bagi memastikan kondisi mental, fizikal dan emosi terakhir saksi selepas di soal siasat oleh pihak SPRM.
Gerak Malaysia yakin jika langkah-langkah segera ini diambil, maka kemalangan yang tidak diingini terhadap saksi boleh dikurangkan risikonya secara segera.
Gerak juga bersetuju dengan langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk melantik pakar patologinya sendiri bagi membantu pakar-pakar patologi polis dalam melengkapkan kertas siasatan kes itu.
Langkah ini juga penting bagi memastikan ketelusan, keadilan dan dapat memuaskan hati kelurga mangsa terhadap laporan siasatan nanti.-18/7/2009
(sumber;agendadaily)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kita sebagai rakyat janganlah kepor sangat.kerajaan punyai cukup kakitangan utk sempurnakan kes mendiang Teoh ni.janganlah sifat macam sudu lebih drp kuah.eh,eh betul ke?
Post a Comment