Wednesday, July 1, 2009
Pemuda Umno derma 10 sen seorang bayar denda
Muda Mohd Noor
Jun 30, 09
7:56pm
Empat pemimpin Pemuda Umno Selangor bersiap sedia membayar denda maksimum sebanyak RM4,000 berhubung kekecohan terhadap pemimpin DAP Karpal Singh di Parlimen, 26 Febuari lalu.
Ketua Pemuda bahagian Serdang, Engku Salleh Engku Abdul Jamal yang turut didapati bersalah berkata, setiap ahli pergerakan itu di negeri tersebut akan menderma 10 sen seorang untuk membayar denda tersebut.
Hari ini jawatankuasa khas Parlimen mengenakan denda RM1,000 setiap seorang ke atas mereka. Keputusan muktamad akan ditentukan dalam perbahasan dewan, Khamis ini.
Selain Engku Salleh, tiga ketua Pemuda bahagian lain: Latt Sharizan Abdullah (Petaling Jaya Utara), Megat Zulkarnain Omar Din (Gombak) dan Zahari Shaari (Shah Alam).
“Saya setuju dengan cadangan supaya setiap ahli Pemuda membayar 10 sen seorang kerana inilah masanya untuk mereka menunjukkan perpaduan di kalangan ahli,” kata Engku Salleh ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Secara berseloroh, beliau berkata, jika kutipan melebihi RM4,000, bakinya akan digunakan untuk membeli kerusi roda bagi kegunaan ahli parlimen yang kurang upaya.
“Kita akan beli dua kerusi roda itu dan Karpal Singh tidak perlu lagi membawa kerusi roda untuk digunakan di Parlimen,” tambahnya.
Sementara Shahrizan pula berkata, beliau menerima keputusan itu secara terbuka dan akan membayar denda berkenaan.
Susulan keputusan jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Shahrizan memohon maaf kepada Parlimen atas kejadian tersebut tetapi tidak kepada Karpal.
(sumber;http://www.malaysiakini.com/news/107560)
zmsegamat kata; tak sokong derma 10sen dari pemuda umno selangor, apakata kita buka kepada semua ahli pemuda umno di seluruh negara, derma 1sen seorang, tentu lebih dari dua kerusi roda dapat dibeli....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
setuju dengan zm....
berapa lah sangat ngan 10 sen seorang pun...semua ahli umno patut nenyumbang bagi menyatakan sokongan padu pada jaguh2 muda PEMBELA MELAYU & ISLAM..
harap cadangan ini dapat digerakkan bukan sekadar cakap kosong
lagi setuju kalau ada acc yg boleh bank-in.. biar ramai yg dapat menyumbang terutama penyokong di luar selangor.
beri sokongan kpd pelapis muda UMNO ni..
Setuju. Tubuh dana. Sokong kepada penentang si Celaka.
Post a Comment