Monday, July 6, 2009

CM Yab Lim Guan Eng Memang Pandai Berlakon



Mula mula jadi Ketua Menteri, Guan Eng berkata akan tinggal di rumah milik keluarganya sebagai langkah berjimat cermat. Pada 26 Jun 2008, Guan Eng berpindah ke Seri Teratai. Gambar di atas menunjukkan Guan Eng sedang main bola di halaman rumahnya di Seri Teratai bersama dengan anak dan isterinya Betty Chew. Setahun selepas itu, Guan Eng tidak mahu tinggal di situ lagi. Guan Eng berpindah ke banglo yang lebih mewah di No. 25, Jalan Pinhorn. Guan Eng berpindah lagi. Katanya di Seri Teratai ada anai-anai, semut api dan musang. Maka berbelanjalah Guan Eng, ratusan ribu ringgit untuk kos pengubahsuaian banglo mewah di Jalan Pinhorn (baca sini). Inilah amalan cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang diamalkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang ini.


Gambar rumah penduduk di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang. Cekap, akauntabiliti dan telus, rumah banglo Guan Eng kalau hendak dibanding dengan rumah penduduk di Kampung Pala amat jauh sekali bezanya. Guan Eng tidak mahu turun ke Kampung Buah Pala. Dua orang timbalan diminta selesaikan masalah tersebut. Sampai ke sudah, Guan Eng tidak mahu turun. Akhirnya, untuk cuci tangan, Guan Eng minta kerajaan pusat selesaikan pada 5 Jun 2009 (baca sini).

(sumber;http://anginperubahan.blogspot.com/)

Kpg Buah Pala: Guan Eng minta bantuan Najib
Jul 5, 09 12:17pm

Kerajaan Pulau Pinang akan menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meminta bantuan daripada kerajaan persekutuan untuk mengambil alih tanah di Kampung Buah Pala.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri mengakui tidak mampu untuk mengambil alih tanah di kampung itu daripada sebuah koperasi dan pemaju untuk membolehkan 23 keluarga terus tinggal di situ kerana kosnya terlalu tinggi.

"Kita boleh ambil alih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah, kita harap kerajaan pusat boleh beri bantuan," katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Lim berkata walaupun kerajaan negeri prihatin terhadap nasib penduduk berkenaan yang diarahkan keluar dari kawasan itu, namun kos untuk mengambil alih semula tanah itu adalah terlalu tinggi memandangkan status tanah itu adalah pegangan bebas dan telah diluluskan untuk tujuan pembangunan.

Lim bagaimanapun, tidak menyatakan kos untuk mengambil alih tanah itu.

Beliau berharap kerajaan persekutuan dapat membantu kerajaan negeri mengambil balik tanah itu daripada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang dan membayar pampasan kepada pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd.

Penduduk Kampung Buah Pala terpaksa berpindah setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk kekal di tanah yang mereka duduki sejak sekian lama bagi memberi laluan kepada pemaju untuk membangunkan kawasan itu.

Bagaimanapun penduduk berkenaan enggan berpindah dan meminta kerajaan negeri membantu menyelesaikan masalah mereka itu.

(sumber:http://www.malaysiakini.com/news/107859)



Guan Eng memang pandai berlakon. Bila timbalan ketua menteri tidak buat kerja, dia minta letak jawatan. Bila ada anai-anai, semut api dan musang berpindah ke banglo mewah. Bila ada masalah di Kampung Buah Pala, minta timbalan ketua menteri yang selesaikan. Bila tidak boleh selesai, minta bantuan kerajaan pusat. Bila memerintah, perlu bertanggungjawab. Usah lepas tangan begitu sahaja. Memimpin macam Khalifah Umar Abdul Aziz, amal ma'aruf, nahi mungkar, apakah Guan Eng lupa pada kata-kata yang pernah diungkapkan ini?

Posted by azrinizam at 5:01 PM 0 comments

(sumber;http://anginperubahan.blogspot.com/)

Sewa ‘banglo mewah’, Guan Eng diminta buat penjelasan

PULAU PINANG 5 Julai – Belum pun berjaya menyelesaikan kontroversi pengambilalihan tanah di Kampung Buah Pala di sini, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dibidas lagi.

Kali ini, isu perpindahan beliau dari kediaman rasmi di Seri Teratai ke sebuah banglo mewah di No. 25, Jalan Pinhorn di sini.

Tindakannya itu dikatakan mencerminkan sikap pemimpin itu yang ‘cakap tak serupa bikin’.

Guan Eng sebelum ini selalu menekankan bahawa kerajaan negeri pimpinannya akan mengamalkan budaya berjimat cermat dan berbelanja secara sederhana.

Pemuda Gerakan negeri pada sidang akhbar di pejabat parti di Jalan Macalister di sini hari ini mahu Guan Eng mendedahkan alasan sebenar beliau perlu berpindah ke rumah sewa mewah itu.

Naib Ketuanya, H’ng Khoon Leng berkata, pendedahan itu perlu dan bersesuaian dengan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang sering dilaung-laungkan Guan Eng supaya rakyat mengetahui perkara sebenar.

Menurut beliau, alasan Guan Eng masalah anai-anai, semut api dan musang di Seri Teratai menyebabkan beliau berpindah ke banglo mewah amat mengecewakan kerana kesemuanya itu hanya masalah kecil yang dapat diatasi dengan mudah.

‘‘Kita semua tahu, dia (Guan Eng) memang suka menyalahkan orang lain, namun alasannya menyalahkan binatang seperti anai-anai, semut api dan musang, kami rasa hanya masalah kecil.

‘‘Saya minta beliau memberi penjelasan secara telus mengapa perlu berpindah ke kediaman mewah itu,’’ ujarnya.

Menurutnya, walaupun kediaman baru Ketua Menteri itu hanya sebuah banglo biasa sebelum ini, namun selepas proses pengubahsuaian, ia sudah menjadi mewah dan dipercayai melibatkan kos ratusan ribu ringgit.

‘‘Masalahnya, siapakah yang membayar kos berkenaan. Saya minta dia jawab. Esok pun sudah boleh jawab,” kata Khoon Leng.

Menurut Koong Leong, Ketua Menteri itu harus memberi jawapan secepat mungkin dan bukannya mengelak setiap kali ditanya.

‘‘Kami juga mahu tahu tempoh perjanjian penyewaan, bila pengubahsuaian mula dilakukan, bila pembayaran elaun perumahan beliau bermula dan yang paling utama, bila beliau akan pulang ke Seri Teratai. Ini semua kita mahu penjelasan.

‘‘Saya percaya beliau akan terus mengelak menjawab soalan-soalan kami ini. Jika beliau tetap tidak mahu menjawab, kami akan mengambil tindakan susulan yang lain. Namun, ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat,” katanya.

Tambah Khoon Leng, sebagai ketua kerajaan negeri, tindakan Guan Eng cuba menghindarkan publisiti banglo mewah itu amat bertentangan dengan gaya pimpinan biasanya yang suka kepada publisiti.

Guan Eng pernah dibidas mengenai isu kediamannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri April tahun lalu apabila menyatakan akan tinggal di rumah milik keluarganya sebagai langkah berjimat cermat.

Bagaimanapun, beliau berpindah ke Seri Teratai pada 26 Jun tahun lalu.

Pada persidangan itu, Shabudin Yahya (BN-Permatang Berangan) berkata, tindakan Ketua Menteri itu berpindah ke rumah rasmi menyaksikan ia diubah suai dengan kos kira-kira RM122,000 dan ia tidak mencerminkan langkah untuk menjimatkan duit kerajaan.

(sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_11.htm)

1 comment:

http://pemudatamanperuda.blogspot.com said...

ASSALAMUALAIKUM...BAGI SAYA MUDAH SAHAJA PASAL GUAN ENG NI, CERITANYA BEGINI...Pada suatu hari, di dalam sebuah kelas semasa sedang belajar, suasana menjadi sangat tidak selesa kerana murid-murid lain tiba-tiba merasakan ada bau tahi manusia yang sungguh menusuk kalbu. Tiba-tiba tak semena-mena, si murid A telah bangun dan telah menuduh si murid B yang berak. Si murid B merasakan teraniaya dan menyatakan bahawa si murid A yang berak cirit di dalam kelas. Dengan tersipu-sipu akibat malu, si murid A telah merayu dan memohon pertolongan si murid B membasuh beraknya. Si murid B dengan lantasnya menjawab "LU BASUH SENDIRI LU PUNYA BERAK, PANDAI BERAK, PANDAI BASUH LAAAAA" Dengan rasa segan dan malunya, si murid A tadi pun pergilah ke tandas untuk membasuh najisnya yang busuk itu....Moral cerita ialah kalau kita sudah terberak cirit, janganlah kita meminta bantuan kawan untuk tolong membasuh najis kita. Seharusnya kita mestilah bertanggungjawab membasuh najis kita sendiri....ALLAH MAHA BESAR