Sunday, July 12, 2009

Bukan Dr.Khir Toyo Seorang Saja Ada Banglo Mewah…?



Minggu lepas sekali lagi mantan MB Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo mewarnai berita utama laman web alam siber yang didominasi oleh pembangkang apabila ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim membongkar cerita banglo mewah Khir Toyo di Shah Alam.

Gegak gempita juga rakyat Selangor seolah olah kaget dan terpegun menatap gambar gambar harta singgahsana milik ADUN Sungai Panjang yang tersiar itu. Sudah tentulah komen pun bersahut-sahutan…, tak kurang juga komen negatif dari orang UMNO sendiri!

Reaksi Khir Toyo hanya cuba meyakinkan rakyat bahawa nilai banglo mewahnya itu bukanlah RM24 juta tetapi tidak lebih dari angka RM5 juta. Barangkali Khir Toyo lupa bahawa dia menjadi “target of the limelight” sebagai bekas Ketua Kerajaan Negeri Selangor, maka segala apa yang berjaya dibongkar sudah pasti akan cenderung kearah mengkuburkan beliau… Ternyata bahawa impian dan perancangan Khir mahu membina sebuah mahligai hasil dari “titik peluhnya” tidak pernah mengambil kira ataupun menjangkakan bahawa kerajaan negeri Selangor boleh tumbang ketangan pembangkang pada Pilihanraya ke 12 yang lalu, jika beliau mampu membaca kejadian Tsunami 8 Mac, besar kemungkinan banglo ini tak akan didirikan…

Sebenarnya bukanlah sesuatu yang “ganjil dan pelik” untuk seorang manusia biasa mahu membina rumah kediamannya sendiri mengikut “kemampuan” masing-masing. Diri kita sendiri pun setelah bekerja atau berniaga, lazimnya akan menabung untuk membina mahligai buat keluarga tersayang. Begitu juga mereka yang berjaya dalam karier tersendiri, ada peningkatan dari segi pendapatan dan hasil perniagaan, sudah pasti akan membawa taraf kehidupan kearah jauh lebih baik, sebagai contoh dari tinggal dirumah teres satu tingkat akan berpindah ke rumah dua tingkat, seterusnya kerumah bekembar ataupun banglo sekiranya rezeki melimpah luah. Natijahnya, telah menjadi lumrah mata memandang sekeliling kita akan taraf kehidupan sahabat handai, saudara mara dan ahli ahli keluarga diukur daripada kemampuan pemilikan aset masing masing.

MILIK SIAPAKAH BANGLO MEWAH YANG DISIARKAN DIATAS TADI..?

Kenapakah kemampuan untuk hidup mewah hanya dilihat pada ahli ahli politik BN sahaja?
Apakah dikalangan pemimpin Pembangkang tidak ada yang mampu membina Mahligai Mewah..?
Tidak adakah diantara pemimpin pemimpin Pembangkang yang pernah mengecapi pemilikan wang ringgit ataupun aset bernilai jutaan ringgit..???

Gambar banglo Mahligai Mewah yang disiarkan ini juga memiliki nilai [value] jutaan ringgit! Terletak dilereng bukit di Prime Area Kuala Lumpur. Hiasan binaannya pula membawa ciri ciri resort ‘ala-kampung di dalam bandar’ bersama lanskap yang cantik dan turut lengkap dengan kolam renang dan ada surau untuk majlis rasmi.

Siapa tuan punya Banglo Mewah yang dibina dalam kawasan elit Kuala Lumpur ini..?

Walaupun pemilik bango mahligai mewah ini merupakan salah seorang pemimpin utama pembangkang, namun beliau juga manusia biasa, yang mahukan ahli keluarganya hidup dalam susasana aman, damai dan penuh ceria mengecapi NIKMAT “ hasil usaha gigihnya”. Begitulah juga dengan naluri Khir Toyo yang mahukan ahli keluarganya mendapat yang terbaik darinya sebagai ketua famili.

Khir Toyo seharusnya lebih bijak membuat keputusan agar tidak diheret ke kancah kontrovesi oleh pembangkang yang sentiasa memerhati tindak tanduk serta susun atur langkahnya. Janganlah nanti ianya bakal menjadi beban liabiliti buat UMNO-BN bertarung di gelanggang Pilihanraya ke 13….

Posted by Medan Info Kita at 1:59 PM 7 comments

(sumber;http://medan-info-kita.blogspot.com/2009/07/khir-toyo-seorang-saja-ada-banglo-mewah.html)

No comments: