Sunday, July 26, 2009

PEMIMPIN UMNO TAK TAHU AYAT "TERIMA KASIH"-SANG KELEMBAI



Kenapa Sang Kelembai tak menulis lagi?

Sang kelembai. Blogger pertama dipecat dari UMNO di zaman Pak Lah. Sebenarnya, Zaharin di pecat dua kali dari UMNO tapi telah diterima semula.
“Apasal Blog Sang Kelembai sunyi sekarang? Tak ada balun?” Tanya Dato Mohd Nazri Aziz secara berseloroh kepada Zaharin Mohd Yasin. “Dah masuk UMNO Cif, nak tulis apa lagi” saya mencelah.

Zaharin atau lebih popular dengan nama blognya Sang Kelembai seperti biasa senyum dan bangun “perjuangan dah selesai Cif. Saya terlibat menjatuhkan kerajaan Dollah Bodowi. Nak balun apa lagi” katanya sambil tergelak besar. Gelak Sang Kelembai adalah trade mark beliau. Kalau dia tergelak di parlimen, orang yang minum di Mall pun tahu itu gelak Sang kelembai.

Perbualan diatas berlaku beberapa minggu lepas dalam ruang rihat MP di dewan Parlimen. Siang tadi bila saya minum dengan Zaharin di Seri Pacific Hotel. secara serius saya bertanya kepada Zaharin kenapa tak update blog.
“Musli, aku nak bagi tau engkau, bangsa UMNO ini bangsa yang tak tahu mengenang budi. Pernah kah menteri UMNO, pegawai-pegawai dia atau sesiapa sahaja yang hantar sms atau telepon engkau kata TERIMA KASIH selepas engkau menulis membantu UMNO?”

“You bukan blogger elit. Mereka tenguk orang. You pergi Manek Urai siapa peduli?. Mereka tak tenguk engkau. Menteri ni ingat mereka dah hebat. Mereka dah kaya. Mereka bukan ada niat nak membantu. Kita kena kejar meminta dari mereka. Kita pula kena samun mereka selepas mereka dah menyamun negara! Kita dianggap pencacai yang terpaksa terhegeh-hegeh nak minta tolong. Tapi mereka? Mereka tak akan berubah”

Saya agak tergamam dengan ayat Zaharin. Tetapi memang ada kebenarannya. “Di Indonesia, 3 hari sebelum hari membuang undi PEMILU Presiden SBY panggil semua blogger. Mereka dihormati. Di sini, siapa mustahakkan blogger macam kita?” Tegas Zaharin.

Petangnya sewaktu dengan seorang lagi rakan blogger Zabidi Hj Saidi (memo belakang)Sang Kelembai mengulangi kata-kata diatas. Fikir-fikirkanlah.....

Posted by musli oli at 1:34 AM

(SUMBER;http://muslioli.blogspot.com/2009/07/pemimpin-umno-tak-tahu-ayat-terima.html)

4 comments:

PAKMALAU said...

Salam.
...harap izin dan halakan saya..mengambil sedikit sedutan tulisan sang kelebai untuk paparan..pengajaran!
wassallam

Anonymous said...

Usaha tangga kejayaan. Jangan terus melenting. Cuba diusulkan kepada S/U UMNO atau Ketua Penerangan UMNO. Pemimpin terbaru nampak lebih terbuka. Kumpulkan ahli dan adakan pertemuan. Itu cara terbaik. Bukan keluar, lepas tu masuk balik untuk jatuhkan seseorang pemimpin, lepas tu keluar balik. Tak sudah cerita macam tu. Usaha Tawakal Redha. TQ.

Anonymous said...

sikit2 kecewa .. lepas tu protes balik pemimpin, sampai bila nak maju.
baik kumpulkan semua yg terlibat, bincang baik2 apa yg nko org nak, kemudian jumpa pihak yg boleh membantu .. mohon pengikhtirafan.

Mv Agusta said...

Dia dah puas balun, siap main ugut kalau tak bagi... jadi pada yang kena siapa nak ucapkan terima kasih. La dok bising sebab tak ada orang nak sara. Samalah perangai MSO dalam PAS. Kononnya atas nama kebebasan dan keadilan. Dah ramai pemimpin yg jadi mangsa mereka ini. Allah lebih mengatahui. Diluar lebih ramai lagi bloger yg berjuang ikhlas mempertahankan umno tanpa dikenali oleh pemimpin dan mereka tidak sesekalipun memeras ugut parti dan pemimpin. Sudah-sudahlah sdra Sang kelembai.